Anda di halaman 1dari 4

KEPRIHATINAN KEPADA

“BINATANG TERBIAR DI
JALANAN DI BANDAR DAN DI
LUAR BANDAR DI NEGARA INI
 Banyak NGO yang peka kepada
kehidupan binatang terbiar seperti
kucing dan anjing terutamanya di
kawasan Bandar. Perbelanjaan yang
besar perlu dikeluarkan dalam
pengurusan makanan, tempat
peliharaan dan perubatan. Ada
haiwan yang telah disahkan SIHAT
dari segi perubatan veterinary
diambil oleh ahli komuniti yang peka
dan komited dalam nilai ihsan. Ada
golongan yang menyuarakan
“perangai kurang elok dengan
melabelkan aktiviti memelihara
haiwan berkenaan walaupun bukan
asalnya haiwan terbiar, dilabelkan
sebagai PERBUATAN MEMBAZIR.
Perlakuan suka “mencerca dan
menghina “ sifat prihatin dan ihsan
individu tanpa mengira pegangan
agama dan budaya adalah suatu
PERLAKUAN MANUSIA
MENGUTAMAKAN KEHIDUPAN DIRI
SENDIRI SAHAJA. Bahkan mereka
tidak menilai diri sendiri juga BANYAK
MELAKUKAN PERBUATAN MEMBAZIR
atas satu aspek “ berbelanja atas
NILAI NAFSU yang didorong oleh
TABIAT SYAITAN. Perbelanjaan bukan
atas NILAI KEPERLUAN akan sesuatu
barang dan perkhidmatan tetapi
perbelanjaan itu LEBIH INGIN
BERBANGGA DIRI DAN SIFAT RIAK
yang tidak ke mana pun.
 Setiap sen duit yang dibelanjakan
untuk kegiatan memberi makan
kepada binatang terbiar itu juga bagi
Umat Islam di mana juga Insya Allah
akan memperoleh ganjaran pahala.
Perbuatan amal kebaikan bukan
hanya kepada Manusia yang patut
diberi haknya, bahkan binatang,
tumbuh-tumbuhan dan makhluk
Allah SWT yang lain juga seharusnya
diberikan haknya.
 Lakukanlah perbuatan amal kebajikan
kepada haiwan terbiar, dan haiwan
peliharaan seperti kucing walaupun
bukan dari species yang mahal, tanpa
diselitkan dengan “nada-nada
merungut dan menyesal” kerana
perlu mengeluarkan perbelanjaan
kewangan yang besar pada setiap
bulan.

“ Nilai Ihsan di jiwa setiap manusia khasnya seorang


Muslim itu sukar dipupuk melainkan atas keinsafan
diri untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT”.
Motivator, Penulis, Guru dan Pengamal
Pengubatan Islam, 7 Julai 2018.

Anda mungkin juga menyukai