Anda di halaman 1dari 2

al-Mufti (orang yang mengeluarkan fatwa)

dan al-Mustafti (orang yang meminta fatwa)

Definisi
Al-Mufti ialah orang yang memberitahu tentang hukum Syara'.
Al-Mustafti (orang yang meminta fatwa) ialah orang yang bertanya tentang
hukum Syara'.
Syarat-syarat fatwa
Terdapat beberapa syarat yang membolehkan fatwa, antaranya ialah:
1. Al-Mufti mestilah mengetahui hukum samada secara yakin atau zhan
rajih (sangkaan yang kuat). Jika tidak dia mestilah tawaqquf (tangguhkan).

2. Dia mestilah mendapat gambaran menyeluruh tentang sesuatu soalan


supaya dapat menghukum kerana menghukum sesuatu perkara itu cabang
daripada memahami gambarannya.

Sekiranya sukar untuknya memahami kata-kata al-mustafti (orang yang


meminta fatwa), hendaklah dia meminta penjelasan. Sekiranya soalan al-
mustafti (orang yang meminta fatwa) memerlukan perincian, hendaklah dia
bertanya tentang perincian itu atau terus memperincikan dalam jawapannya.

Sebagai contoh, apabila ditanya tentang seorang yang meninggal dan


mempunyai anak perempuan, saudara lelaki dan bapa saudara sebelah bapa
yang seibu seayah; hendaklah dia bertanya tentang saudara lelaki itu adakah
yang seibu atau tidak. Dia boleh juga terus memperincikan dalam jawapan
dengan berkata, “Sekiranya saudara lelaki itu seibu maka dia tidak dapat
apa-apa dan selepas anak perempuan mengambil bahagiannya, bapa
saudara sebelah bapa dapat yang selebihnya. Sekiranya saudara lelaki itu
bukan seibu maka selepas anak perempuan mengambil bahagiannya,
saudara lelaki dapat yang selebihnya dan bapa saudara sebelah bapa tidak
dapat apa-apa.”

3. Dia mestilah berfikiran tenang supaya dapat memahami gambaran masalah


itu dan dapat menyesuaikannya dengan dalil-dalil Syara'. Dia tidak
dibenarkan berfatwa semasa berfikiran kusut samada disebabkan marah,
sedih, bosan dan lain-lain.

Terdapat juga beberapa syarat yang mewajibkan fatwa, antaranya ialah:

1. Apa yang ditanyakan itu sudah berlaku. Sekiranya belum berlaku lagi tidak
wajib dia berfatwa kecuali sekiranya tujuan al-mustafti ialah untuk menimba
ilmu. Di sini, dia tidak boleh menyembunyikan ilmu sebaliknya dia mestilah
menjawab soalan itu bila-bila masa sahaja ditanya.

2. Al-Mufti tidak dapat mengesan bahawa tujuan al-mustafti (orang yang


meminta fatwa) ialah berdegil, mencari kelonggaran, melaga-lagakan
pendapat-pandapat ulama atau apa sahaja tujuan yang buruk. Sekiranya dia
dapat kesan perkara ini, tidak wajib dia berfatwa.

3. Fatwa itu tidak mendatangkan kefasadan yang lebih besar. Sekiranya


mendatangkan kefasadan yang lebih besar, wajib dihentikan fatwa demi
untuk menolak kefasadan besar menggunakan kefasadan kecil.

Perkara yang dituntut daripada seorang al-mustafti (orang yang meminta


fatwa)

1- Tujuannya mestilah mencari kebenaran untuk diamalkan dan bukannya mencari


kelonggaran atau mematikan hujah mufti atau apa sahaja tujuan buruk lain.

2- Dia tidak oleh meminta fatwa kecuali daripada orang yang dianggapnya
berkeahlian untuk berfatwa. Hendaklah dia memilih mufti yang paling berilmu lagi
paling warak. Ada pendapat yang mewajibkan perkara ini.

Anda mungkin juga menyukai