Anda di halaman 1dari 12

Nabi Muhammad s.a.w.

pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak. Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah AlFatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........." Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan AlFatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah AlFatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........" Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu': "Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t." Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali. Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh. Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh. Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t. Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh. Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu". Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu". Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w." "Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:

"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang." Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

Surah Al-fatihah hendaklah dibaca di luar solat juga (dengan memahami setiap ayatnya) kerana: 1. 2. Di dalam hadith bahawa Al-Fatihah (sejauh berkaitan kedudukannya) ialah Surah teragung Al-Quran. Ia adalah Saba Mathali dan ia adalah Quranul Azim Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda: Daku telah dierikan Fatihatul Kitab (Surah Al-Quran yang pertama) dari bawah Arasy (dari khazanah yang khas) Dalam hadith yang lain bahawa pernah jibrail a.s sedang duduk berdekatan Rasulullah SAW apabila tiba-tiba, ia mendengar dari atas, iaitu dari langit, satu suara yang benda pecah. Hazrat jibrail a.s berkata malaikat tertentu telah turun dari langit yang tidak pernah turun sebelumnya hari ini. Malaikat ini memberi salam dan berkata Wahai Rasulullah SAW semoga tuan diberkati. Tuan telah dianugerahkandengan dua cahaya yang tidak pernah diberikan kepada seornag Nabi pun sebelum ini. Satu ialah Fatihatul Kitab dan yang kedua ialah dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah. Apa sahaja huruf yang tuan baca daripadanya kan diberi ganjaran.

3.

Surah al-Fatihah

Surah ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, al-Sabai alMasthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama fatihah sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai 22 nama, sama ada secara tauqif daripada Nabi atau ijtihad para sahabat. Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.

Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul dan al-Thalabi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi. Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-Arabi, al-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah: Menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah. Pendapat yang ketiga ini diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat. Keistimewaan dan fadhilat surah al-Fatihah Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah, antaranya: 1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mualla. 1. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Kaab. 1. Dua cahaya yang digembirakan oleh Malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah alBaqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas. 1. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri. 1. Kelebihan al-Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

1. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasaie, Ibn
Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya: Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik. Aku pun baca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya awak berjampi dengan sebenarnya. Inilah sebahagian daripada fadhilat al-Fatihah. Inti pati dan kandungan surah al-Fatihah Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul al-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyrik, iktiqad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesakannya dalam beribadat, minta pertolongan dan doa Mohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solihin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru, dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud asas.

Al-Syahid Hasan al-Banna dalam risalahnya Mukadimah fi al-Tafsir berkata: Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya. Al-Syahid Syed Qutub dalam tafsirnya Fi Zilal al-Quran antara lain berkata: Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati aqidah Islamiyyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat. Al-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Maarij al-Tafakkur membahagikan intipati al-Fatihah kepada empat, iaitu: Pertama Kedua Ketiga Keempat : Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti. : Tuntutan Allah terhadap hambanya beribadat dan bergantung kepadanya tanpa sekatan dengan yang lain. : Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji hanya sirat almustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya. : Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.

Justeru, dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala intipati al-Quran. Tafsir ayat pertama Maksudnya: Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Makna ayat ini ialah, akan mulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu. Ibn Jarir berkata: Sesungguhnya Allah mendidik Nabi-Nya Muhammad SAW dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunnah bagi sekalian makhluknya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat. Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat yang pertama yang diturunkan dalam surah al-Alaq. Justeru, Allah muqaddimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah al-Taubah, ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini mohon rahmat sedangkan surah al-Taubah mengisahkan tentang perang atau hukuman Allah. Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah ia akan terputus. Hadis ini dihasankan oleh al-Nawawi, maksud terputus di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.

Al-Alusi dalam kitabnya Ruh al-Maani berkata: Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar al-Tunisi menaqalkan ijmak ulama bahawa Allah muqaddimah setiap kitab-Nya dengan basmalah. Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah iaitu Allah, al-Rahman dan al-Rahim. Allah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: Hai manusia kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji. Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri Allah yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. Inilah ajaib nama ini. Perbezaan antara Allah dan Ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak sekutukan dengan yang lain yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. Sebaliknya Ilah menunjukkan umum sama ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau tuhantuhan yang bathil lainnya. Al-Rahman dan al-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. AlRahman dan al-Rahim apabila disekalikan sebutan memberi makna yang berbeza, di mana alRahman lebih umum dan di dunia ini sedangkan al-Rahim khusus untuk ahli taat di hari akhirat. Sebaliknya, apabila disebut al-Rahman atau al-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah. Hikmah dikhususkan sebutan al-Rahman dan al-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara: 1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah, Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan ibadah memohon kepada-Nya. 1. Nama al-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru, dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah. Kenapa disebut dengan nama Allah, tidak Allah sahaja? Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Jawabnya: Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah. Kedua, al-Allamah Abu Suud membezakan antara sumpah dan minta berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin. Matlamat bacaan basmalah Antara faedahnya ialah tabarruk dengan nama Allah, membesarkannya, menghalau syaitan, menzahirkan kelainan daripada musyrikin yang menyebut dengan berhala masing-masing, keamanan bagi orang takut, ikrar ketuhanan, iktiraf nikmat dan pertolongan kepada Allah.

Disunat bacaan basmalah pada beberapa keadaan Dalam melayari kehidupan, amat perlu digantung harap kepada Allah dalam segala urusan apatah lagi yang penting dan besar. Bacaan basmalah amat sesuai dan dan perlu dalam keadaan seperti berikut: 1. Dalam urusan-urusan yang besar, seperti surat Rasulullah s.a.w kepada Raja-raja Rom, Parsi dan lain-lain. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abi Thalib dan lainnya. 2. Ketika wuduk. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Abi Hurairah. 1. Ketika masuk masjid. Seperti riwayat Ahmad dan Ibn Majah daripada Fatimah al-Zahra. 1. Ketika masuk rumah. Seperti riwayat Abu Daud daripada Abi Malik al-Asyari. 1. Ketika keluar rumah. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Ummu Salamah. 1. Ketika menaiki kenderaan. Seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ali bin Rabiah. 1. Ketika menutup pintu. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Jabir. 1. Ketika makan dan minum. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Aisyah RAnha. 1. Ketika sembelih binatang. Seperti hadis muttafaq alaih daripada Abayah bin Rifaah daripada datuknya. 1. Ketika masuk pasar. Seperti riwayat al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain daripada Buraidah. 1. Ketika hendak tidur. Seperti riwayat Abu Daud dan al-Hakim daripada Abi al-Azhar. 1. Ketika pagi dan petang. Seperti riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan lain-lain daripada Uthman bin Affan. 1. Ketika sangat sakit dan lapar. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas. 1. Ketika mendatangi ahli. Seperti riwayat Syaikhan dan Imam Ahmad daripada Ibn Abbas. Secara umumnya, bacaan basmalah disunatkan pada perkara ibadah dan juga perkara yang harus tidak dalam perkara haram. Ini kerana perkataan zi-bal dalam hadis ialah sesuatu yang waras atau ada faedah kemuliaan seperti kata Allamah al-Munawi. Beberapa permasalahan feqah

1. Basmalah adakah daripada al-Fatihah. Terdapat tiga pendapat ulama dalam masalah
ini: a) b) Termasuk daripada ayat al-Quran untuk semua surah kecuali surah Baraah bagi memisahkan antara surah diletakkan basmalah. Termasuk daripada surah al-Fatihah. Inilah mazhab Syafie.

c)

Termasuk daripada surah al-Fatihah dan muqaddimah setiap surah.

Dan setiap pendapat mengemukakan hujah-hujah dan dalil-dalil masing-masing. Ulama feqah menyebut dalam kitab masing-masing secara panjang lebar khususnya imam al-Tabarani mengarang kitab khusus dinamakan Ahkam al-Basmalah mengisbatkan bahawa basmalah termasuk dalam al-Fatihah. Inilah pendapat yang rajih ulama tafsir seperti al-Alusi, al-Qurtubi, Ibn Kathir dan ramai lagi dengan menghuraikan panjang lebar dalam kitab masing-masing. Ancaman daripada membuang nama-nama Allah dan ayat-ayat daripada kitab-Nya atau hadis Rasulullah s.a.w ke tanah/bumi /tempat keji Riwayat Abu Daud daripada Umar bin Abdul Aziz bahawa Nabi pernah melintasi satu kertas yang jatuh di bumi dan bertanya kepada pemuda: Apa ini? Jawabnya: Terdapat bismillah padanya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Allah melaknat sesiapa yang melakukannya, jangan kamu letak bismillah kecuali pada tempatnya. Sebaliknya, memeliharanya boleh dikurnia Allah dengan hikmah seperti riwayat al-Baihaqi dalam Syuabnya daripada Abi Abd Rahman al-Sulami pada menceritakan Mansur bin Ammar bahawa beliau didatangkan hikmah, sebabnya dia mendapati perca kertas di atas tanah tertera kalimah basmalah. Diambilnya tetapi tiada tempat untuk disimpannya lantas ditelannya. Pada malamnya dia bermimpi ada suara berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah membuka pintu hikmah dengan kemuliaanmu terhadap perca kertas itu, selepas itu dapatlah dia bercakap dengan hikmah. Al-Imam al-Qusairi juga mengkisahkan kisah yang hampir sama tentang Bisr al-Hafi. Justeru, sayugialah dimuliakan kalam Allah dengan sebesar-besar takzim kerana ia melambangkan ketakwaan hati. Fadhilat surah Al-Fatihah dan Cara mengamalnya.. Optitech on Mon Jan 11, 2010 12:05 am Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada. Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah. Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.

Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:

Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut. Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut. Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):

Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya)

Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian langit-langit dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan) 2. Baca dengan penuh khusyuk dan Tawadhu 3. Tawakal sepenuhnya pada Allah 4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.

Wallahualam.

induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan AlQuran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat. Antara Hadis Rasulullah S.A.W. yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah: 1. "Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun." 2. "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan "amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan." 3. "Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah AlFatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah." 4. "Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya." 5. Suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W. sedang berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang

membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda: "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai." Ulama pernah berkata: 1. "Surah Al-Fatihah sunat dibaca semasa masuk dan keluar masjid." 2. "Pahala orang membaca surah Al-Fatihah seperti pahala diberi kepada orang yang membaca dua pertiga Al-Quran." 3. "Barangsiapa yang disenaraikan sebagai ahli neraka, jika anaknya membaca surah

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya. Dan Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin. Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca Al-Fatihah diwaktu hendak tidur, Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Muawwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah AlFatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku.. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati.. Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab Qaddasallaahusirrahu: Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t. Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali. Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insyaallah menjadi sembuh. Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada si sakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh. Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t. Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh. Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali: Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu.

Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali: Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu. Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun) Sabda Nabi Muhammad s.a.w. Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan: Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lainlain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang. Lalu mengucapkan Yaa Rabbi sebanyak 5 kali. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan."

Anda mungkin juga menyukai