Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan selawat Hari ini kita membincangkan tentang kelebihan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Selawat adalah permohonan kepada Allah SWT agar memberikan berkah dan rahmat kepada nabi Muhammad SAW beserta keluarganya dan para sahabatnya. Allah SWT menyeru kepada orang-orang yang beriman supaya berselawat kepada nabi seperti dalam firmanNYA: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. (Surah Al-Ahzab: 56). Rasulullah SAW menerangkan beberapa kelebihan yang diperolehi bagi orang yang berselawat ke atas nabi , antaranya: 1. Satu kita untuk Rasullah SAW, Allah SWT berselawat untuk kita 10 kali. Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. ( HR Ahmad, Nasai dan Al Hakim) Allah SWT meninggikan darjat orang yang berselawat 10 kali, memberikan 10 kebajikan, menghapuskan 10 kejahatan dan membebaskan dari kemunafikan. Mendapat tempat yang paling utama bersama Rasulullah SAW di hari kiamat, mendapat tempat di syurga bersama syuhada dan jauh dari api neraka. Mendapat keberkahan dalam setiap urusan penting, terpelihara dari kesusahan, dan menjadi orang yang dermawan. Dengan berselawat 100 kali sehari, Allah akan mendatangkan pelbagai hajat. Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. (HR Ibnu Majah dan Jabir) Sebagai pengganti zakat dan sedekah (pembersihan diri dari dosa) bagi orang-orang yang tidak memiliki kelebihan harta Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu. (HR Ibnu Mardawaih) Jika berselawat 10 kali pagi dan 10 kali petang, akan mendapat syafaat Rasulullah SAW di hari kiamat. Jika di baca 3 kali siang dan 3 kali malam, akan mendapat pengampunan dosa sehari semalam. Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. (HR Tabrani)

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8. Fadhilat Selawat 1000 kali sehari Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga. (HR Abus Syaikh dari Anas)

Kesimpulannya, Allah mengurniakan keberkahan, rahmat dan kegembiraan kepada orang yang berselawat. Jadi jangan lupa berselawat setiap hari. Terdapat banyak jenis selawat dan paling utama ialah

Selamat Ibrahimiah seperti yang dibaca dalam tahiyyat akhir. Boleh juga diamalkan selawat yang agak ringkas iaituAllahumma Solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wasallam. Apabila disebutkan nama nabi, kita hendaklah berselawat ke atas baginda, dan janganlah kita sekali-kali lupa berselawat ke atasnya seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku Apapun kelebihan yang diperolehi oleh orang yang berselawat, niatkan amalan selawat kita adalah untuk mendapat rahmat dan redha Allah, bukan semata-mata untuk mendapatkan fadhilatnya, kerana ia menandakan tahap keikhlasan yang paling tinggi. Orang yang mendapat redha Allah, Insyaallah akan terselamat dari api neraka dan syurga adalah balasannya.

Anda mungkin juga menyukai