Anda di halaman 1dari 4

Cara Menemukan Barang Sihir Yang Ditanam Di Sekitar Rumah Atau Tempat Berkaitan

17/06/2019 Aduan

Make money part-time

Cara Menemukan Barang Sihir Yang Ditanam Di Sekitar Rumah Atau Tempat Berkaitan

Sejak zaman nabi dulu lagi, sihir sudah ada di mana-mana. Nabi Sulaiman AS memerangi ahli
sihir manakala Nabi Muhammad SAW sendiri pernah disihir.

Sebelum saya kongsikan teknik seperti yang diceritakan oleh seorang hamba Allah ini, iaitu
teknik untuk mencari barang sihir, ditegaskan di sini bahawa teknik ini tiada sebarang keajaiban
pun. Hanya mengharapkan bantuan dari Allah swt 100 peratus.

Sihir wujud sejak berkurun lamanya

Rasulullah SAW sendiri ketika disihir, mengharapkan bantuan dari Allah semata-mata untuk
mencari barang sihir. Tetapi kita kena ingat, baginda adalah kekasih Allah.

CARA MENEMUKAN BARANG SIHIR

Sebelum tidur di waktu malam pastikan anda berwuduk dan lakukan solat sunat empat rakaat
dengan dua salam. Niatkan di dalam hati tujuan solat sunat itu ialah untuk mendapatkan
bantuan dan pertolongan dari Allah swt bagi mengetahui di mana letaknya barang-barang sihir
yang ditanam, bentuk barang sihir dan lain-lain lagi yang anda fikir perlu.
Antara bentuk sihir penyiksaan

Baca surah al-Kautsar sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat ketika solat. Selepas solat
teruskan duduk dan amalkan zikir-zikir seperti di bawah:

1. A’uu Dzubillaahi Minash Syaitoonirrojiim. Bismillahirrohmaanirrohiim – 3 kali

2. Astaghfirullaaha Rabbi, Lailaaha illallaahu, Muhammadur Rasulullah Sollallahu A’laihi


Wasallam – 10 kali

3. Subhaanallahi Walhamdu Lillaahi Walaa ilaaha illaahu Wallahu Akbar – 10 kali

4. Allah humma Solli A’la Sayyidina Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam – 11 kali

5. Surah Fatihah 7 kali (setiap kali ketika Anda sampai ke ayat Ihdinas sirataal Mustaqiim, baca
sebanyak 7 kali. Seterusnya baca sehingga ke akhir ayat dan jangan lupa lafazkan perkataan
Aamiin (seperti bacaan dalam solat).

6. Surah Al Ikhlas 3 kali.

7. Ya ‘Aalimu ‘Allimni, Ya Khabiru Akhbirni – 100 kali atau ikut kemampuan.

Patung yang ditanam di tanah perkuburan dan berjaya ditemui

BACAAN DOA SELEPAS ZIKIR


Baca pembukaan doa seperti biasa kemudian:

“Ya Allah, hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada Engkau tempat aku meminta
pertolongan, hanya Engkau yg mengetahui segalanya dan hanya Engkau yang punya
pengetahuan yang tidak terlihat.

Oleh kerana itu melalui kekuatan daya Engkau dan kekuasaanMu, hambamu memohon agar
ditunjukkan penyembunyian apa jua bentuk benda/barang sihir yang digunakan terhadap
(aku,keluarga,nama orang yang sakit).

Ya Allah, berilah hamba-Mu petunjuk dan bantuan untuk menghancurkan mereka (penyihir dan
yang menyuruh) sehingga kebenaran menang ke atas pendustaan”

Antara perbuatan sihir yang berjaya di kesan

Baca doa di atas sebanyak 7 kali

Kemudian Baca:

ALLAH Humma Solli A’la Saiyyidina Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam – 11 kali
Tiupkan diri anda sebanyak 3 kali dan ke dalam beberapa air mawar atau minyak wangi kasturi
(jika boleh yang telah diruqyah).

Jangan bercakap dengan sesiapapun dan terus tidur setelah membaca doa tidur, surah 3 Qul
atau doa-doa yang lain. Kemudian bacalah selawat sehingga anda anda tertidur.

Selain itu, seeloknya anda memakai minyak mawar atau minyak wangi kasturi yang telah
didoakan seperti di atas ke pakaian anda sebelum tidur.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat diamalkan. Jangan lupa untuk kongsikan tips ini
dengan rakan-rakan anda. Mana tahu mereka juga sedang menderita kerana sihir. Wallahu a’lam

Anda mungkin juga menyukai