Anda di halaman 1dari 39

AKADEMI AURA TRI-QUANTUM Allah swt menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang

dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukanNya). Sesiapa yang dianugerahkan hikmah maka dia benar-benar telah dianugerahkan kurniaan yang banyak. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran (surah al-Baqarah ayat 269) KUASA SARANANWednesday, January 18, 2012 12:46 PM Percaya itu Kuasa Setiap perkataan yang seseorang ucapkan akan memberikan tindakbalas terhadap pejalanan system dalaman diri terutamanya dari sudut fizikal, emosi dan spiritual. Kata-kata positif akan member kesan positif kepada diri seseorangn sedangkan kata-kata negetif akan mendatangkan kesan negetif pada diri seseorang. Dalam kaji selidik yang penah dijalankan bahawa janin di dalam rahim ibu sebelum dibacakan ayat-ayat al-Quran sentiasa bergerak aktif dengan berbagai posisi tubuh. Namun selepas dibacakan ayat-ayat al-Quran beberapa ketika, keaktifan janin mula menurun secara perlahan-lahan, memperlihatkan ketenangan. Kedudukan janin itu berakhir dalam keadaan sujud mengerjakan solat. Ia diam dan berhenti beberapa ketika. Menurut kajian bahawa setiap pemikiran yang kita fikirkan akan diterjemahkan kepada impuls elektrik yang kemudiannya mengarah pusat kawalan otak untuk mempergaruhi dan mengawal secara elektrik dan kimia setiap emosi, perasaan dan tindakan yang kita lakukan srtiap saat. Maka sudah tentu mesej-mesej positif daripada bacaan al-Quran yang diperdengarkan itu telah mempengaruhi tindakbalas kimia di dalam diri janin tersebut, lantas sifat fitrahnya itu akhirnya membawa ia sujud kepada Penciptanya. HADAPKAN WAJAH KE BAITULLAHWednesday, January 25, 2012 5:32 AM

Kajian sains moden membuktikan bahawa Baitullah merupakan pusat bumi yang meyakinkan kita tentang keistimewaan binaan Kaabah ini. Sebagai binaan terawal yang diciptakan Allah swt di muka bumi ini tentu banyak keistimewaan terhadap persekitaran yang positif yang boleh dibuktikan melalui penemuan saintifik masa kini sebagai asas menjana kekuatan emosi dan spiritual insan. Sekiranya seseorang itu bersikap dan berfikiran positif maka segala kekuatan dan kehebatan yang dikurniaan Allah swt akan terserlah melalui potensi diri manusia yang sebenar. Tidak ada tempat berhimpunnya muslim dan mukmin dengan tenaga yang cukup positif dan meluap-luap mengerakkan hati dan semangat mereka untuk bertaubat

dan melakukan yang terbaik kecuali di bumi Mekah. Begitu juga dengan tawaf yang dilakukan oleh kaum muslimin tanpa henti ketika mengunjungi Baitullah. Pusingan tubuh-tubuh manusia mengikut pusingan fitrah iaitu arah lawan jam ketika melakukan tawaf maka tenaga elektromagnetik akan dicaj yang akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang sangat besar di sekeliling Kaabah. Bayangkan betapa besar tenaga yang ada jika proses tersebut berlaku lebih ribuan tahun lalu dan berlanjutan hingga kini tanpa henti. Maka disinilah timbul sumber kekuatan fizikal, emosi dan spiritual kepada setiap pengunjunh Baitullah hingga mereka dapat menyempurnakan ibadat yang dikhususkan ketika mereka berada di sana. Faktor tenaga rohani yang terdapat disekitar Kaabah ini boleh dijadikan pemakin dalam pembinaan diri ke arah membina kecemerlangan hidup. Aspek-aspek positif yang dikaitkan dengan Baitullah ini boleh dimanfaatkan dalam aktiviti harian bagi mengukuhkan keyakinan diri kepaa Allah swt. melalui penghayatan ibadah dengan penuh tertib dan sopan.

KUASA MINDA 4Tuesday, December 06, 2011 4:21 PM AKAL DAN PEMIKIRAN MANUSIA Minda ditakrifkan sebagai proses fikiran sedar dan bawah sedar yang terjalin dan dikaitkan dengan otak terutamanya fikiran yang bersifat kebijaksanaan. Berfungsi sebagai alat penting untuk memancar getaran jalan fikiran manusia.Ia juga menerima getaran dari minda orang lain. Imaginasi merupakan alat perantara komunikasi antara jalan fikiran dengan tempat yang dapat siterima melalui rangsangan fikiran. Fikiran boleh menjadi peka terhadap rangsangan luar apabila dirangsang daya getarannya hingga peringkat tertinggi. Emosi manusia berkait rapat dengan kekuatan serta dorongan minda manusia.Minda yang dirangsang akan berfungsi dengan baik. Kebijaksanaan manusia atau tenaga fizikalnya masih belum mampu untuk mengendalikan tenaga gelombang yang menggelorakan air laut.Kebijaksanaannya juga masih belum mampu memahami daya tarikan bumi yang tidak kelihatan yang menjadikan bumi terapung diruang angkasa. Manusia tidak menghadkan pemikiran mereka kepada perkara yang tidak boleh dilihat sahaja tanpa menghiraukan benda yang boleh dilihat padahal benda yang tidak dapat dilihat itu sentiasa berada disekelilingya. Bagaimana terzahirnya Ilmu Pengetahuan? Akal merupakan urat saraf yang membezakan manusia dengan

makhluk hidup yang lain.Ada lima saraf yang membawa khabar dari panca indera ke otak iaitu:pusat akalpusat kemahuanpusat ingatanpusat kesedaranpusat nafsu Ilmu itu diperolehi dengan nur yang dicampak oleh Allah kedalam hati sesorang.Menurut al imam al-ghazali hati manusia itu mempunyai dua pintu iaitu:Pintu yang terbuka kearah alam malakut iaitu luh mahfuz dalam alam malaikat.Menurutnya hakikat sesuatu itu adalah tersurat dan gambarannya dapat dicapai oleh pendakian hati yang bersih.Pintu yang terbuka kearah panca indera yang bertumpang kepada alam mulk dan alam syahadah(kerajaan duniawi dan alam nyata). Pintu ini hanya akan terbuka kepada orang yang berzikir kepada Allah semata-mata. Kejayaan manusia bermula daripada akal fikiran yang merupakan punca untuk menghasilkan sesuatu. Akal itu nur (cahaya) yang dibekalkan dihati manusia diaman alirannya bersambung sampai ke otak. Firman Allah yang bermaksud: ALLAH MENGURNIAKAN HIKMAT(RAHSIA ILMU) KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA:DAN SESIAPA YANG DIKURNIAKAN HIMAT MAKA SUNGGUH DIA TELAH DIBERI KEBAJIKAN YANG BANYAK DAN TIADALAH YANG DAPAT MENGAMBIL PELAJARAN KECUALI ORANG-ORANG YANG BERFIKIRAN. ( SURAH AL-BAQARAH AYAT 269.) Nur cahaya merupakan suatu yang menyebabkan kita Nampak dengan jelas akan sesuatu.Ianya perlu untuk kehidupan yang berhubung dengan agama dan penerimaan petunjuk dari Allah s.w.t..Nur itu terbahagi kepada dua bahagian:Nur zahir/lahir(hissi): cahaya yang membantu kita melihat sesuatu dengan mata kepala kita sendiri seperti kita melihat sinaran matahari.Nur batin(ma`nawi): cahaya yang membantu kita melihat sesuatu dengan mata hati terhadap perkara ghaib atau memahami sesuatu hakikat. Adapun nur ini terbahagi kepada lapan lapan kategori iaitu:Nur iman; cahaya keimanan sejati yang dapat menembusi segala kegelapan dimana yang nyata keagungan Allah yang menyinari hati insan.Nur al-qalb; cahaya yang wujud dengan sempurna,diperoleh dari nur iman.Nur ar- ruh; cahaya yang diperoleh sebab patuh kepada Allah s.w.t. dan suci peribadinya hingga rohnya dapat berhubung dengan alam malaikat.Nur an-nafs; cahaya peribadi yang wujud berikutan memperoleh cahaya dari nur ar-ruh.Nur as-sirr; cahaya rahsia yang diperoleh dengan mengenal Allah,diikuti dengan hubungan kepada Maha Pencipta tanpa selain-Nya hingga dapat menyaksikan keajaiban ilahi dialam malakut,alam mulk dan alam syahadah.Nur al-aql; cahaya aqal yang wujud dengan memperoleh sinaran dari nur as-sirr.Nur al-quran; cahaya quran yang merupakan Nur Allah s.w.t. yang berhubung rapat dengan zat-Nya.Hakikatnya diserah kepada Allah,Cuma hanya diketahui inilah yang menimbulkan Nur as-sirr dan nur yang lain.Nur al-kasyf; cahaya singkapan atau nur al-quran yang paling tinggi dan memberi kesan

istimewa.Nur ini jugalah yang menyelubungi peribadi nabi Muhammad saw hingga baginda dapat memandang sesuatu dengan izin Allah s.w.t. FirmaN Allah yang bermaksud: WAHAI MANUSIA,SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADAMU BUKTI KEBENARAN DARIPADA TUHANMU(NABI MUHAMMAD DAN MUKJIZATNYA) DAN KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADAMU SATU CAHAYA(AL QURAN)YANG TERANG BENDERANG. (SURAH AN-NISAA AYAT 147) Nur ini jugalah yang dapat membuatkan pandanganmata khalifah umar al-khatab terbuka dan dapat melihat tentera islam yang sedang barjuang menentang tentera parsi dimana beliau mengeluarkan perintah menggempur tentera musuh dengan hebat hingga tentera parsi dapat ditumpaskan. Titik Ketenangan Batin. Semua perkara Material adalah wujud dari tenaga yang diperlambatkan. Apabila diri kita dikuasai oleh tenaga yang diperlambatkan, tentu kita tidak akan merasai frekuensi getaran tenaga yang lebih pantas.

Maka untuk mengalirkan tenaga yang mempunyai frekuensi getaran yang lebih pantas , kita perlu mengosongkan segala imaginasi dan khayalan yang bersifat materal daripada kotak fikiran. Kita perlu menjadikan fikiran kita berada pada titik KOSONG yang senyap dan hening yang akan membuka pintu jiwa kita untuk memperolehi tenaga yang lebih pantas iaitu Tenaga Kerohanian Pintu Tenaga Kerohanian ini perlu dibuka selebar-lebarnya melalui Titik Ketenangan Batin dengan cara menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dengan sepenuh pasrah dan tawakal.

Pada saat inilah kita berada pada Titik Ketenangan batin yang akan menyelimuti jiwa kita dengan tenaga yang mempunyai frekuensi yang sangat pantas yang dikenali sebagai Tenaga Kerohanian

HOLOGRAM DIRI MENINGKATKAN TENAGA ROHANIMonday, December 05, 2011 8:19 AM Fitrah diri setiap insan adalah positif dan sangat mulia yang dipenuhi dengan sifatsifat terpuji Asmaul Husna yang menjadi intipati roh yang ditiupkan ke dalam diri

semenjak ia diciptakan. Kita boleh mendapatkan energy positif yang sangat besar dengan Nama-nama Allah yang Sangat Agung ini bagi mengembangkan sifat-sifat positif dalam diri, disamping membuang sifat-sifat negetif dan keji dalam diri kita. Sempadan waktu dan ruang sering menyebabkan kita berada dalam tekanan, kebimbangan, kekecewaan, kerisauan dan seumpamanya. Kita perlu melakukan sesuatu agar kembali kepada fitrah, perasaan yang bebas, fikiran yang bebas daripada ikatan masa dan ruang yang dipanggil Hologram. Hati yang bersifat fitrah juga asalnya lembut dan mudah bergetar apabila disebutkan Allah tapi akhirnya ia menjadi keras hingga sukar merasai nikmat Iman dan Takwa walaupun disaat kebesaran dan kekuasaan Allah berlaku dihadapan mata.

Meditasi, tafakur dan berzikir boleh membawa rohani kita kepada Sifat hologram ini yang boleh membuatkan kita berasa tenang, bebas, tidak tertekan, tidak rasa kecewa, tidak rasa sakit dan bebas dari ikatan masa dan ruang serta energy diri akan menjadi besar.

RAHSIA SUJUD DALAM SOLATMonday, December 05, 2011 8:06 AM

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.membetulkan pundi peranakan yang jatuh.melegakan sakit hernia. (burut)mengurangkan sakit senggugut ketika haid.melegakan paru-paru daripada ketegangan.mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.meringankan bahagian pelvis.memberi dorongan supaya mudah tidur.menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.mengurangkan kegemukan.pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.\mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.KUASA MINDA 3Monday, December 05, 2011 12:15 AM

PUSAT AKAL (Otak Hadapan) Pusat Akal merupakan kurniaan Allah swt. yang membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal. Pusat Akal atau otak hadapan adalah pemandu kita ke syurga. Firman Allah swt bermaksud;Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah (Surah Al Alaq 96:16) Pusat Akal ini seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau lemah CEO maka keputusan dan tindakan-tindakan yang diambil

menjadi tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai pusat akal yang kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat. Pusat Akal ini juga menjadi tempat untuk pemikiran yang kritikal dan juga mencipta idea baru, sama seperti tugas CEO syarikat. Ia akan mengambil semua maklumat yang tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yang lain dan juga mengarahkan bahagian otak tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui database yg tersimpan dibahagian otak yang lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita-cita, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu. Pusat Akal akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan yang dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yang mendalam ini barulah ia akan mengarah bahagian otak yang lain menjalankan apa yang diingini. Pusat Akal mengandungi 30% hingga 40% daripada jumlah keseluruhan otak manusia yang mana tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11 hingga 17%. Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak? Melalui kajian, ahli sains mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian kita pada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, tetapi Pusat Akal lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara Pusat Akal juga membolehkan manusia belajar dari pengalaman dan memilih tindakan yang lebih bijak dimasa hadapan. Ia mengawal apa niat kita untuk sesuatu agenda yang kita lakukan, bukahkah di dalam Islam semua tindakan kita bergantung pada niat. Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yang sudah mencapainya. Teramat benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan maka rosaklah akhlak manusia itu sendiri.

KUASA MINDA 2Sunday, December 04, 2011 11:34 PM

KEAJAIBAN MINDA Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata Aku malaslah hari ini, Aku boringla hari ni, anda akan benarbenar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita. Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

Mengawal minda untuk lebih berjaya.

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya. Dua pemikiran dalam masa yang sama Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa. KUASA MINDA 1Sunday, December 04, 2011 11:03 PM

RAHSIA KEKUATAN MINDA Manusia memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar. Dalam masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjadi perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah. Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.

Tetapi bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama. Apalagi

menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam dan mantap. MEMBINA KEYAKINAN DIRISunday, December 04, 2011 12:05 PM

Manusia merasa dirinya hebat dengan keupayaan luarbiasa dalam memotivasikan dirinya dan orang-orang disekelilingnya dengan peningkatan motivasi sepenuh keyakinan tanpa syak (was-was), Zan (curiga) atau Waham (Sangkaan)yang bersandarkan hakikat bahawa setiap sesuatu yang berlaku pastinya dengan keizinan daripada Allah. Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila menghendaki sesuatu terjadi hanyalah dengan berkata Kun (jadilah) maka terjadilah ia. Maha Suci (Allah) Tuhan ayng memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan (surah Yaasin ayat 72 73)

Bina keyakinan diri bahawa YANG HEBAT ADALAH ALLAH DAN MANUSIA MENJADI HEBAT KERANA ANUGERAH ALLAH. Dengan kata lain, Seseorang itu hanya akan dapat merasai dirinya hebat kerana Allah ciptakannya hebat, maka segala kehebatan itu kembali kepada Allah Yang Maha Hebat!!!!

1. Kenalpasti keperluan atau masalah yang ingin diselesaikan2. Kenalpasti sebab kenapa tidak dapat memenuhi keperluan tersebut3. Timbulkan soalan tentang orang lain yang telah memperolehi keperluan tersebut secara positif dan mengembirakan4. Ulangi pertanyaan tersebut sehingga syak, zan dan waham itu semakin terhakis dari minda5. Aktifkan minda bawah sedar agar yakin untuk mengatasi masalah ini dan dapat diselesaikan segera6. Berdoa kepada Allah swt agar disenaraikan di dalam golongan orang-orang yang dipenuhi hajatnya dan dimakbulkan doanya7. Kunci dengan KEYAKINAN dan SARANAN DIRI Saidina Ali ra berkata; Takut mempunyai 100 urat, setiap kali seseorang Berjaya menghadapi ujian maka terputuslah satu urat dan akan timbul pula satu keyakinan. Untuk mengetahui rahsia membina kekuatan dan keyakinan sila mengikuti Program Pembinaan Insan Gemilang di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM MINDA BAWAH SEDAR 2Saturday, December 03, 2011 9:40 PM

MENGUASAI DIRI SENDIRI DAN FIKIRAN ORANG LAIN Sebagai ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri. Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik. Bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini. Minda Bawah Sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki. Contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang. Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.Caranya mesti betul, insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan. Adalah lebih baik jika dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan. Lebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih. Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak. Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan.

Kemudian katakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan. Seboleh-bolehnya kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas.Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi. Teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif. Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif. Kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin. Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang. Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi. Apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi. Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar. Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama. Maka dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan. Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan. Kaedah Menguasai Minda Bawah sedar Ada dua kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar;PEMERHATIANPENULISAN Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku. Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.

Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari. Melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti. Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya. Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain.

Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM. Anda Pasti Berjaya...!!! MINDA BAWAH SEDAR 1Saturday, December 03, 2011 9:31 PM

PERHUBUNGAN ANTARA MINDA SEDAR DENGAN MINDA BAWAH SEDAR Apa sahaja setting program yang dimasukkan akan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah sedar. Tiga saluran atau mode yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan hati (emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI. Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali. Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman.

Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas) Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal. Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH. Tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax. Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran mentari,. Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan sawai. Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata. Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar lawan jam. Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah sedar. Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda inginkan Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.

LIhat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa. Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah. Ingat! Jangan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR DAN TERAMAT SANTAI JIWA.

Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM. Anda Pasti Berjaya...!!!MINDA BAWAH SEDARSaturday, December 03, 2011 9:24 PM

Di dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita akan bermonolog atau berkata dengan diri sendiri. Apabila kita marah atau gembira atau sebagainya, seringkali kita berceloteh dengan diri sendiri, ramai orang mengaitkan dengan berkata di dalam hati. Sebenarnya kita berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai orang menyarankan untuk sentiasa berfikiran positif, kerana jika kita berfikiran positif, perkara-perkara yang positif akan datang ke dalam hidup kita. Disebabkan minda bawah sedar kita ini akan membantu kita dalam mencapai apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika kita sering berfikiran negatif, apa yang kita akan capai adalah benda yang negatif jua.

Bermula dari sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana ianya akan membantu kita mencapai lebih banyak perkara positif di dalam kehidupan. Gunakanlah minda bawah sedar kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana ianya telah dibuktikan, kuasa minda bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat dari minda sedar kita. Dalam suatu majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi minda bawah sedar ini telah dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan seorang pelajar di minta untuk

berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu disuruh untuk fokus mengatakan beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih kurang 5 minit, pelajar itu telah menjadi papan dan batu. 2 kerusi di tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar tersebut tetap lurus tanpa bengkok walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian tersebut lebih kukuh, seorang pelajar lain di minta untuk duduk di atas pelajar yang berbaring itu, tetapi hasilnya tetap sama, badan pelajar yang berbaring itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang lain berjalan atas badan pelajar berbaring tersebut, masih sama keputusannya, tetap lurus. Di sini kita dapat lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar tersebut telah menjadikan badannya seolah-olah papan dan batu, keras dan rata sifatnya. Begitulah kekuasaannya yang perlu kita gunakan, jika kita ingin mencapai apa juga yang kita telah fikirkan, cubalah dari sekarang untuk menggunakan kuasa minda bawah sedar kita ini, kerana pasti ianya akan membantu kita dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut. Buanglah fikiran negatif dalam hidup kita, jika orang lain negatif, berilah nasihat, tetapi jika mereka enggan mendengar, usahlah kita teruskan fikiran negatif tersebut. Hindarkan diri dari orang sebegini dan carilah mereka yang berfikiran positif. Kita tidak mampu untuk mengubah cara orang lain berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah cara diri kita berfikir. Punca utama anda tidak mencapai apa yang anda kehendaki dalam kehidupan adalahkerana anda tidak tahu berkomunikasi dengan Minda Bawah Sedar atau berkemungkinan anda menghantar mesej yang salah. Kita hanya menggunakan 10% darikekuatan minda selainnya tidak digunakan dengan betul menyebabkan 75% daripada usaha kita menemui kegagalan. Bayangkan apa akan berlaku jika kita memaksimumkan penggunaan minda kita itu. Pastinya keajaiban akan berlaku Sebenarnya fikiran kitalah yang membentuk peribadi kita. Dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita

Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM. Anda Pasti Berjaya...!!!

MINDA 2Tuesday, December 06, 2011 4:14 PM

MANUSIA MULIA KERANA MEMAKSIMAKAN PENGUNAAN AKAL Ketika Aisyah di tanya mengenai akhlak Nabi Muhammad saw., beliau menjawab; Akhlak Rasulullah saw. ialah al-Quran. Al-Quran adalah kitab suci sebagai panduan umat Islam. Jesteru itu, untuk meluhat akhlak Rasulullah saw. di dalam al-Quran memerlukan kepada ilmu dan inilah yang telah dilakukan oleh para ilmuan Islam, samada menggunakan pendekatan tradisional iaitu mengeluarkan beberapa ayat daripada al-Quran dan al-Hadis yang berkaitan dengan akhlak yang kemudiannya diulas dengan menggunakan pendekatan ahli falsafah barat. Akhlak adalah salah satu bidang kajian yang sentiasa mendapat perhatian dalam mana-mana tamadun dunia termasuklah tamadun Yunan. Permasalahan akh;ak adalah antara permasalahan yang paling rumit dan paling banyak dikaji dalam sejarah falsafah, tidak ada pengkaji dalam bidang falsafah kecuali telah menyentuh bidang akhlak ini. Permasalahan akhlak dari perspektif agama adalah lebih mendalam dan meluas serta lebih lama berbanding dengan yang didapati di kalangan ahli falsafah. Diantara tokoh falsafah yang mengkaji akhlak ialah Socratesyang memberi perhatian kepada hubungan sesama manusia. Beliau tidak mengikuti jejak ahli falsafah sebelumnya yang menumpukan kajian mereka terhadap asal usul kejadian alam, bahkan beliau menganggap kajian tersebut tidak memberi sebarang manfaat. Beliau menegaskan bahawa kita mesti membina satu visi yang berlandaskan kepada amalan, bukan setakat teori. Oleh kerana pandangan beliau bersifat demikian, beliau dikatakan sebagai orang yang menurunkan falsafah dari langit turun ke bumi. Oleh sebab itulah beliau dianggap sebagai pengasas utama ilmu akhlak kerana beliaulah yang pertama mengusahakan supaya hubungan sesama manusia hendaklah berlandaskan sains (ilmu). Akhlak dan muamalat menurut beliau tidak akan sah dan betul kecuali berlandaskan ilmu sehingga beliau menganggap ilmu itu sebagai fadilat (kebaikan). Dalam Islam dinamakan konsep Iman dan amal dengan kata lain bermuamalah dan berinteraksi menerusi ilmu dan bukannya berinteraksi secara semberono. Plato adalah murid kepada Socrates. Pandangan Plato dalam bidang akhlak berdasarkan kepada konsep idealisme dimana beliau berpendapat bahawa

disebalik alam nyata ini, ada satu lagi alam iaitu alam rohani. Diantara banyak idealisme ialah idealisme kebaikan iaitu suatu makna yang mutlak, azali, abadi dan sangat lengkap dan setiap kali amalan mendekatkan diri kepadanya lalu amalan itu memancarkan cahayanya, maka amalan tersebut menjadi lebih hampir kepada kesempurnaannya. Untuk memahami idealisme kebaikan itu memerlukan kepada latihan jiwa dan pendidikan minda. Oleh sebab itu, tidak ada yang dapat memahami fadilat (kebaikan) dengan sebaik-baiknya kecuali ahli falsafah. Beliau juga berpendapat bahawa jiwa manusia mempunyai pelbagai kekuatan yang berbeza-beza dan fadilat (kebaikan) timbul menerusi keseimbangan antara pelbagai kekuatan tersebut dan tunduknya kepada hukum akal. Asas fadilat menurut beliau ada empat (4) iaitu al-Hikmah (kebijaksanaan), as-Syajaah (keberanian), al-Iffah (wara atau integriti) dan al-Adl (keadilan). Beliau juga bependapat bahawa matlamat yang dituntut oleh manusia dalam amalannya adalah kebahagiaan dan cara untuk mencapai kebahagiaan tersebut ialah dengan menggunakan sebaik-baiknya kekuatan intelek (a-lquwwah al-aqilah). Aristo adalah pengasas konsep kesederhanaan dengan kata lain setiap fadhilat adalah pertengahan antara dua keburukan; sebagai contoh terlalu pemurah atau terlalu bakhil. Allah swt. menerangkan di dalam al-Quran yang bermaksud; Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermudan janganlah kamu terlalu menghulurkannya. Nampak jelaslah bahawa pemikiran ahli falsafah yunan dipetik daripada ajaran para Nabi yang awal tetapi mereka mengolah dan melakukan pengubah-suaian sehingga pendapat mereka hampir kepada ungkapan para Nabi. Sebenarnya akhlak dalam Islam terbahagi kepada empat (4) bahagian; Akhlak kepada pencipta, Akhlak kepada diri sendiri, Akhlak kepada sesama manusia dan akhlak kepada persekitaran termasuklah binatang dan tanam-tanaman. Salah satu kaedah umum dalam Islam ialah Jika kamu melakukan kebaikan maka kebaikan itu adalah untuk dirimu dan sebaliknya jika kamu melakukan kejahatan pada hakikatnya kamu melakukannya terhadap dirimu sendiri. Allah swt. menjelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud; Jika kamu berbuat baik, kamu berbuat baik bagi dirimu sendiridan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri. Sebagai contoh, orang yang dizalimi nampak menderita tetapi yang lebih menderita pada hakikatnya adalah orang yang zalim kerana kezaliman timbul daripadanya. Tetapi kerana daya intelek tidak begitu berfungsi, maka ramai orang yang suka menzalimi orang lain, bahkan merasa nikmat dan bangga dengannya.

Maskawaihi (325 421H) adalah tokoh Islam yang banyak terpengaruh dengan pandangan ahli falsafah dalam memahami dan menerangkan fenomena akhlak, beliau berpendapat bahawa ada tiga (3) peringkat kekuatan manusia; yang paling tinggi ialah al-Nafs al-Natiqah (intelek dan akal), yang sederhana ialah al-Nafs alSabuiyyah (sifat kebinatangan yang buas) dan yang paling rendah ialah al-Nafs alBahimiyyah (sifat kebinatangan). Menurut beliau, manusia menjadi manusia kerana akalnya, dengan akal manusia berkongsi dengan malaikat dan berbeza dengan binatang. Manusia yang paling mulia ialah manusia yang memaksimakan penggunaan akalnya dan barangsiapa yang membiarkan dua kekuatannya yang lain itu mendominasikan dirinya maka dia akan jatuh ke martabat binatang. Oleh itu, lihatlah di manakah kamu meletakkan dirimu kerana perkara ini diserahkan kepada dirimu maka terpulanglah kepada kamu untuk memilihnya. Kalau kamu mahu maka letakkanlah dalam darjat binatang, lalu kamu menjadi sebahagian daripadanya atau kamu letakkannya dalam darjat para malaikat, lalu kamu menjadi sebahagian daripadanya. Imam Al-Ghazali dikatakan banyak terpengaruh dengan idea maskawaihi dan kitab al-Zariah ila Makarim al-shariah yang membahagikan kekuatan manusia juga kepada tiga (3) bahagian; Quwwat al-Hikmah (kekuatan kebijaksanaan atau ilmu), Quwwat al-Ghadah (kekuatan sifat marah) dan Quwwat al-Shahwah (kekuatan hawa nafsu). Menurut Imam al-Ghazali, keseimbangan tiga kekuatan inilah yang menghasilkan akhlak yang mulia atau keadilan. Matlamat akhlak pada pandangan beliau ialah menimbang seseorang individu menerusi neraca syarak dan akal. Disinilah kita melihat bahawa Imam al-Ghazali mengambil kira pandangan syarak dan akal dalam menilai sesuatu perbuatan samada baik atau sebaliknya. Al-Mawardi (364 - 450H) menghuraikan akhlak Islam dalam karyanya Adab alDunya wa Al-Din dengan menggunakan pendekatan tradisional iaitu menggunakan perbincangannya dengan ayat al-Quran , hadis, syairArab dan nilai tradisi Arab yang positif tanpa merujuk kepada pendapat ahli falsafah. Maka sebagai kesimpulan, tidak dinafikan bahawa pendekatan falsafah telah membantu sedikit sebanyak dalam memahami erti akhlak Islam dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan, terutamanya dalam aspek merasionalkan sesuatu perbuatan samada melakukan kebaikan atau meninggalkan kejahatan. Sebenarnya dari perspektif agama Islam, jiwa yang sihat akan menikmati amalan yang baik dan amalan tersebut akan menyuburkannya, sementara amalan jahat akan menyeksakannya. Jiwa yang sakit pula akan sebaliknya. Oleh sebab itu, Imam al-Ghazali berpendapat bahawa ilmu dapat membantu jiwa untuk mencapai kesempurnaannya lalu layak menerima limpahan rahmat. Maka itulah tuntutan yang sebenarnya dan itulah intipati kebahagiaan. Dengan amal yang baik pula jiwa mendapat kebaikan (fadhail) dan hawa nafsu dapat dipatahkan lalu jiwa tidak lagi terganggu untuk meneruskan perjalanannya mendekatkan diri kepada Penciptanya.

Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Hazim (384 - 456H) membincangkan akhlak Islam dalam bukunya al-Akhlak wa al-Siyar au Risalah fi Mudawat al-Nufus wa Tahzib al-Akhlak wa al-Zuhd fi al-Razail. Sekalipun beliau cuba menghuraikan dalam bentuk tradisional tetapi tidak dapat lari daripada pendekatan falsafah terutamanya ketika menyentuh tentang pembahagian asas fadhail (kebaikan), beliau membahagikannya kepada empat (4) bahagian; iaitu keadilan, kefahaman , keberanian dan sifat pemurah. Tidak dinafikan bahawa beliau banyak mengemukakan pemikiran asal dalam buku tersebut dan sangat menarik untuk dibandingkan dengan karya Ibn Maskawaih al-tahzib dan karya al-Muhasibi alRiayah.

Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM. Anda Pasti Berjaya...!!! MINDA 3Saturday, December 03, 2011 9:42 PM

KEKUATAN AKAL MANUSIA Metafizik merupakan suatu cabang ilmu falsafah berhubung kebenaran. Setiap orang Islam haruslah mengemukakan persoalan di dalam dirinya yang berkaitan dengan manusia dan pemikiran, sumber-sumber ilmu pengetahuan samada daripada akal maupun wahyu, tujuan dan kaedah berfikir, pemikiran meterialisme dan pemikiran murni bagi menghapuskan fahaman falsafah spekulatif dan bidaah yang cuba mencemarkan kesucian dan kedinamikan Islam. Seterusnya kaedah ini bolehlah untuk dijadikan panduan bagi genarasi muda Islam untuk mengamalkan kaedah berfikir yang sesuai dengan syariat Islam. Suatu kaedah pemikiran Islam mestilah dikemukakan sebagai pendekatan berfikir yang cukup popular di kalangan para ulama yang muktabar, yang jelas meletakkan akal itu di bawah pimpinan wahyu, samada dalam usaha mereka menetapkan sesuatu hukum, maupun ketika mereka memperkatakan soal-soal yang berkaitan dengan takdir. qada dan gadar, hari kiamat, sifat-sifat Tuhan dan sebagainya itu yang semuanya termasuk dalam wilayah Metafizik.

Dalam ajaran Islam, kebebasan berfikir memanglah sangat digalakkan, tetapi kebebasan itu bukanlah bermaksud dengan hanya menggunakan logika sematamata untuk mendalami hal-hal yang berkaitan dengan metafizik, kerana dengan akal sahaja maka usaha itu akan kerap mengalami kegagalan. Oleh kerana akal manusia adalah terbatas dan ilmu manusia cumalah sedikit, ibarat hanya setitik air dari lautan maha luas, maka tidaklah sepadan bagi akal manusia itu untuk mengetahui dengan sejelas-jelasnya dan selengkapnya mengenai segala suatu yang ada disebalik alam fizik ini, iaitu apa yang disebut dengan metafizik itu.

Bagaimanapun, disepanjang sejarah Islam memang wujudnya kelompok-kelompok manusia yang terus memacu kekuatan rasionalnya dalam membahaskan perkaraperkara ghaib yang sudah pun diperjelaskan di dalam Al-Quran. Bagi mengelakkan perkara seumpama ini berterusan berlaku, maka kebanyakan ulama silam seperti Imam al-Ghazali telah melarang umat Islam daripada mempelajari falsafah, kerana dikhuatiri ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kehebatan berfikir dengan cara rasional itu. Nikmat terbesar yang telah dikurniakan oleh Allah swt. kepada manusia aialah akal untuk berfikir, tetapi kebanyakan manusia yang telah diberi petunjuk melalui AlQuran itu, masih tidak mahu berfikir dan menggunakan akalnya untuk membezakan antara yang haq dan yang batil. Rasullah saw. sewaktu hayatnya pernah bersabda bahawa bertafakur seminit bagi tujuan mencapai tingkat pemikiran yang paling mendalam untuk memecahkan sesuatu permasalahan itu merupakan suatu ibadat. Bertafakur sambil berzikir akan membenarkan diri menghilangkan segala-galanya sehingga semuanya menjadi kosong, maka yang ada hanyalah Tuhan semata-mata. Setiap orang Islam haruslah mengadakan hubungan dengan Allah swt., beristagarah, berkomunikasi dengan menggunakan gelombang dalaman bagi mendapatkan firasat dan menemukan diri dengan ilham yang baik yang datangnya daripada Tuhan. Merenung dengan mata hati akan memperlihatkan kepada kita bahawa bagi Allah swt., segala kehebatan alam fizikal yang berada dihadapan kita itu hanyalah tidak lebih dari serpihan debu yang melayang ditiup angin. Manusia perlu kepada kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah luaran. Orang yang fanatik tidak berupaya melihat kebenaran, mereka ada akal tetapi tidak dipergunakan untuk merenung ciptaan-ciptaan -Tuhan. Mereka lebih sesat daripada binatang kerana binatang tidak dibekalkan oleh Allah swt. dengan akal, sedangkan manusia diberikan akal tetapi tidak mempergunakannya untuk mencari kebenaran. Setiap orang Islam mestilah saling ingati mengingati tentang kebenaran dan kesabaran kerana kebenaran tidak akan wujud tanpa kesabaran. Imam Al-Ghazali pernah berkata; bahawa akibat buruk kepada pihak yang menolak amatlah berat, kerana golongan yang lemah akan pemikirannya menyangka bahawa jikalau sabda Nabi saw. dan ungkapan sufi ini bercampur-aduk tertulis

dalam kitab-kitab falsafah, atau bercampur dengan kepalsuan mereka maka kitabkitab itu mestilah dipulaukan dan jangan disebut namanya sama sekali. Malahan jikalau terdapat orang yang masih mahu menyebutnya, maka orang itu mestilah disalahkan, kerana daripada orang inilah perkara itu mula-mula sekali didengar. Maka dengan serta-merta-menurut pertimbangan akal mereka yang lemah, terus menghukum salah kerana orang yang menyebutnya ini pembuat salah. Contohnya, seorang Kristian mengucap "Laillahaillallah, Isa Rasullah", lalu disalahkan dengan alasan kerana ia mengucapkan kata-kata orang Kristian. Ia tak bersabar dan berfikir dengan tenang, adakah orang Kristian itu jadi kafir dengan mengucapkan ucapan itu ataupun ia menjadi kafir kerana ingkar kepada kenabian Muhammad saw., maka tidaklah boleh disalahkan ungkapannya atau perbuatannya yang lainnya yang tidak boleh menjadikannya kafir. Perkataan yang telah diucapkannya itu memang benar begitu dan memang benar pula disisi orang Kristian.itu sendiri. Manakala orang yang lemah pemikirannya selalu menjadi begini, mereka kenal kebenaran dengan melihat orang yang mengatakannya, bukan mengenal orang dengan kebenaran yang telah diucapkannya. Sebenarnya, orang yang berfikiran waras akan mengenali tiap kebenaran dengan meneliti perkataan itu sendiri. Kalau benar, maka akan diterima samada keluarnya daripada mulut pendusta atau orang yang benar. Malah lebih jauh daripada itu seboleh-bolehnya ia akan menapis kebenaran yang datang daripada ungkapanungkapan orang yang sesat, sepertimana mengayak emas daripada campuran tanah dan lumpur. Tukang wang yang berpengalaman tidak akan teragak-agak memasukkan tangannya ke dalam dompet atau sakunya dan memisahkan wang tulen daripada wang tiruan-:.yang palsu. Orang hulu yang tidak pernah pun mendengar loceng akan tercengang-cengang kerana tidak dapat untuk membezakan yang mana emas tulen dan yang mana pula emas tiruan. Oleh itu, jangan bimbangkan itek jatuh ke kolam, tetapi orang yang tidak pandai berenanglah yang mesti diawasi. Maka jangan sekali-kali mendekati ular, tetapi jangan bimbangkan pekerja yang mengendalikan ular kerana itu memang menjadi kebiasaannya. Akhir sekali, bahawa fikiran itu ada empat iaitu pemikiran daripada Tuhan, pemikiran daripada Malaikat, pemikiran daripada diri sendiri dan pemikiran daripada syaitan. Sedangkan tindakan yang benar-benar ikhlas itu ialah sesuatu tindakan yang tidak diketahui oleh Malaikat yang hendak mencatatnya, maupun oleh syaitan yang akan merosakkannya dan oleh jiwa yang akan membanggakannya.

Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa....

Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM. Anda Pasti Berjaya...!!! MINDASaturday, December 03, 2011 10:13 AM

MINDA:Akal, Pendengaran Dan Penglihatan Allah berfirman; Kemudian Dia menyempurnaka kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan akal dan sedikit sekali kamu bersyukur(surah as-Sajadah atat 9) Ayat ini menekankan proses penyempurnaan system pendengaran, penglihatan dan akal selepas roh di tiupkan ke dalamnya tubuh manusia. Allah swt menggunakan perkataan Pendengaran (sama) dan bukannya telinga, Penglihatan dan bukannya mata (absaar) dan akal atau hati dan bukannya otak.Pendengaran dan penglihatan adalah penting bagi proses pembentukan insan dan memberi pengaruh dan kesan besar kepada akal dan hati. Sistem Pendengaran sangat penting sekali kerana berinteraksi dengan persekitaran luar rahim sebelum janin dilahirkan. Janin di dalam rahim boleh mendengar suara yang bercakap kepadanya di luar semasa berumur 30 minggu. Bayi mampu melihat semasa berumur tujuh bulan di dalam rahim tetapi hanya dapat melihat dengan sempurna selepas dilahir. Semasa dilahirkan jumlah sel-sel otak bayi mencecah 100 bilion dan setiap sel mempunyai 1,000 tempat dimana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain. Semasa baru dilahirkan sel-sel otak ini tidak banyak berhubungan antara satu dengan lainnya tetapi apabila ia mula berinteraksi dengan alam terutamanya pada zaman kanak-kanak, sel-sel otak ini mula berhubungan dengan pesatnya. Semakin meningkat usaha dan pengalaman seseorang maka semakin rancaklah hubungan yang berlaku antara sel-sel otak ini untuk menentukan kematangan, kepintaran, sikap dan kebijaksanaan yang akan mempengaruhi

kehidupannya.Manusia tidak hanya mempunyai otak tetapi yang lebih penting ialah ia mempunyai akal yang tahu membezakan antara yang buruk dan yang baik. Bagi orang dewasa 120 bilion sel otak akan mati dalam tempoh 24 jam dan akan diganti dengan sel yang baru dalam masa 21 hari, dimana setiap satu sel akan berhubung dengan 10,000 sel yang baru.

Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM.

Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... Anda Pasti Berjaya...!!! AURAWednesday, November 30, 2011 4:17 PM

Tubuh manusia terdiri atas unsur fizikal (Jasmani) dan spiritual (ruhani), setiap sel tubuh manusia juga terdiri atas unsur Fizik (zahir) dan ruhani (Batin). Latihan fizikal dan olah nafas akan menguatkan unsur Jasmani dari sel tubuh manusia , sedang doa , wirid dan kalimat zikir yang dibaca akan menguatkan unsur rohani dari sel tersebut. Maka Dengan menggabung latihan olah nafas , olah mental dengan fikiran yang positif, berserta dengan doa , wirid dan kalimat zikir , unsur jasmani dan rohani sel tubuh akan menjadi kuat dan memancarkan energi sel yang disebut Aura . yang dapat dimanfaatkan untuk berbagai keperluan di dalam kehidupan seharian. WARNA AURA Warna aura yang timbul dari setiap orang adalah berbeza beza dan boleh berubah-ubah sesuai dengan keadaan tubuh atau pemikiran seseorang. Kebanyakan orang yang mampu melihat aura maka mereka juga mampu melihat aktiviti diluar dunia normal kita ini misalnya seperti makhluk halus. Di bawah ini adalah warna warna aura dan artinya.Putih - Warna ini banyak diartikan sebagailambang dari kesucian dimana aura ini lebih memperlihatkan sosok seseorang dari segi tingkat kerohanian. Dari beberapa orang, aura ini adalah aura dasar seseorang ketika seseorang mulai bisa melihat aura.Hitam - Warna ini disimbolkan sebagai warna yang mewakili pikiran yang negatif dan jahat.Orange -

Warna dari aura ini memperlihatkan tentang ambisi seseorang yang juga dibarengi dengan kehangatan, kekreatifan, dan emosi yang menggebu gebu untuk mencapai suatu tujuan dan misi.Merah - Warna ini bisa menggambarkan seseorang dari segi negatif dan dari segi positif. Dari segi negatif warna ini diartikan sebagai lambang kemarahan sedangkan dari segi positifnya diartikan sebagai rasa kasih sayang yang tinggi dan keceriaan seseorang.Biru - Diartikan sebagai rasa keagamaan, ketaatan seseorang, serta cita-cita yang mulia.Emas - Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Seseorang yang sedang mencoba untuk mencapai kehidupan yang sempurna dari semua visi dan misi yang telah mereka buat.Hijau Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi , simpati dan ketenangan dari seseorang ketika mempunyai cita cita untuk mencapai suatu tujuan. CAKRA TUBUH Orang yang memiliki energi sel KUAT dan PADU insyaAllah akan memiliki daya tahan yang tinggi terhadap serangan berbagai penyakit,dan memiliki kemampuan untuk menyembuhkan diri sendiri dan diri orang lain dari berbagai penyakit yang dideritanya. Unsur Fizik atau materi dari energi sel akan musnah bersamaan dengan hancurnya jasad ketika datangnya kematian. Sedangkan unsur rohani dari energi sel ini merupakan Energi Nur Ilahi yang akan tetap abadi mengikuti unsur Ruh manusia yang tetap hidup didalam barzakh, dan padang mahsyar kelak. Energi ini akan terlihat sebagai cahaya yang memancar dari tubuh orang mukmin pada hari berbangkit sebagaimana disebutkan dalam al-Quran: Hai orang-orang yang beriman, bertobatlah kepada Allah dengan tobat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahankesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (surah At Tahrim ayat 8)

Cakra Tubuh terbahagi kepada tujuh titik cakra iaitu;

1. Cakra Tulang Ekor 2. Cakra Seks

- berwarna Merah - berwarna Oren

3. Cakra Pusar 4. Cakra Ulu Hati / (solar plexius) 5. Cakra Tenggorokan 6. Cakra Alis / Ajna 7. Cakra Ubun-ubun / (Mahkota)

- berwarna Kuning - berwarna Hijau - berwarna Biru Muda - berwarna Biru Tua - berwarna Ungu

Apabila kita mengalami sakit, maka kita boleh mengatasi dengan baik melalui pengetahuan tentang titk-titik cakra itu. CAKRA RUH Unsur rohani (spiritual) dari Energi sel merupakan Nur Ilahi yang bersifat kekal dan tetap menyertai Ruh kemanapun ia pergi. Setelah datang kematian Ruh masih terus melanjutkan perjalanan hidupnya dialam barzakh, kemudian pada hari berbangkit akan dikumpulkan dipadang Mahsyar dan setelah dihisab terus melanjutkan perjalananya menyeberangi lautan api Neraka yang amat panas, selanjutnya berdiam di taman syurga yang tinggi, atau akan tetap tinggal didalam api Neraka yang amat panas. Energi Nur Ilahi melindungi orang yang bersangkutan dalam perjalanan panjang tersebut . Itulah energi yang kekal dan abadi sebagaimana disebutkan dalam alQuran: Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (surah An Nahl ayat 96) Ruh atau tubuh spiritual juga terdapat tujuh titik cakra iaitu; Cakra Qolb (dua jari dibawah susu kiri ). Sifat positif dari cakra itu akan menimbulkan iman, ikhsan, Islam, tauhid, dan makrifat. Sedang sifat negatifnya adalah sifat keiblisan yang menimbulkan kekafiran, musyrik, dan ketahayulan.Cakra Ruhi (dua jari dibawah susu kanan ), sifat positif dari cakra ini adalah taqwa dan ridho, sedangkan sifat negatifnya adalah bahimiyah yakni membuat nafsu hewan jinak, banyak makan, tamak, zina.Cakra Sirri ( dua jari di atas susu kiri ), sifat positif dari cakra ini adalah kasih sayang, ramah tamah. Sedangkan sifat negatifnya shabiyah adalah nafsu hewan buas, zalim, aniaya, keji, pemarah, dendam.Cakra Kahfi ( dua jari di atas susu kanan ), sifat positifnya adalah syukur, sabar. Sedang sifat negatifnya adalah syaitoniah iaitu hasud, irihati, khianat, munafiq, tidak jujur.Cakra Akhfa ( di tengah dada ), akan memuat ikhlas, khusuk, tadaruk, dan takafur. Sedang sifat negatif robaniyahnya adalah takabur, sombong, riak/pamer, ujub, bangga diri,

sumaah.Cakra Nafsu Natiqoh ( diantara dua alis ), positifnya menimbulkan tenang dan tenteram, sedang negatifnya nafsu amarah, yakni buruk sangka, panjang angan-angan, suka wanita, dan wang.Cakra Kullu Jasad ( di ubunubun ), efek positif cakra ini adalah ilmu, amal, sedang efek negatifnya adalah bodoh, jahil,gopoh,dan lalai. Ketujuh titik cakra itu bila difahami dengan sebenar akan menjadi ilmu pengetahuan yang benar-benar berkualiti untuk dirinya sendiri maupun untuk masyarakat umum dari berbagai penyakit, baik bersifat zahir maupun mistik. PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN GEMILANGMonday, November 28, 2011 12:25 PM

Program ini bertujuan untuk membimbing para peserta agar menjadi seorang yang berkarisma, berwibawa untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan disegani rakan dan lawanWalau siapa pun kita, sebenarnya kita dilahirkan adalah sebagai seorang pemenang untuk menjadi seorang pemimpin atau khalifah di muka bumi ini; Sesiapa yang ingin mendapatkan manfaat KEKUATAN Tenaga yang Luarbiasa bolehlah mengikut Kursus seperti berikut; PIRAMID DIRI UNTUK MENARIK TENAGA PRANA MATAHARI, BUMI DAN UDARAMANFAATKAN TENAGA DALAMAN ANDA UNTUK MEMPEROLEHI AURA KEKUATAN, KESIHATAN, KASIH SAYANG, PERLINDUNGAN DAN KEKAYAAN...Akademi Aura Tri-Quantum akan menganjurkan kursus peringkat Sijil untuk mengaktifkan Kuasa Piramid Diri; Penyelarasan Cakra Tubuh, Segi Tiga Tenaga, Ketahanan Tubuh, Bela Diri, Gerak Ilham, Pendinding, Pemagaran.Wakil Tri-Quantum setiap Negeri/Daerah diperlukan di seluruh Malaysia.Berminat? Sila daftar melalui sms dengan menaip; <PIRAMID DIRI> <NAMA> <NO KAD PENGENALAN> <ALAMAT> dan hantar ke 017 7235095 PIRAMID MINDA UNTUK MENARIK TENAGA KOSMIKMANFAATKAN KUASA MINDA ANDA UNTUK MENGUASAI DIRI SENDIRI DAN DIRI ORANG LAIN. PELAJARI KAEDAH UNTUK MEMASUKI MINDA BAWAH SEDAR DAN BERADA DI DALAM TITIK KETENANGANAkademi Aura Tri-Quantum akan menganjurkan kursus peringkat Diploma untuk mengaktifkan Kuasa Piramid minda; Meditasi & Tafakur, Daya Tarik & Daya Tolak, Menguasai Diri Sendiri & Diri Orang Lain, Magnetis, Hipnotis, Telephati, Telekenesis.Wakil Tri-Quantum setiap Negeri/Daerah diperlukan di seluruh Malaysia.Berminat? Sila daftar melalui sms dengan menaip; <PIRAMID MINDA> <NAMA> <NO KAD PENGENALAN> <ALAMAT> dan hantar ke 017 7235095

PIRAMID JIWA UNTUK MENARIK TENAGA ROHANITenaga Kerohanian adalah kekuatan yang sangat luarbiasa hebat dari khazanah ajaran Islam yang dapat

digunakan untuk mengatasi masalah, tekanan dan penyakit dalam persoalan yang sedang dihadapi di dalam kehidupan manusiaKenapa setelah sekian lama mengamalkan nilai-nilai ajaran Islam tetapi tidak merasa perubahan diri yang ketara dalam kehidupan mereka?Kenapa setelah sekian lama menunaikan solat tetapi masih lagi melakukan perbuatan keji dan mungkar?Kenapa setelah sekian lama berdoa tetapi nasib masih tidak berubah?Kenapa setelah banyak berusaha tetapi kejayaan sangat sukar untuk dicapai?Akademi Aura Tri-Quantum akan menganjurkan kursus peringkat Master untuk mengaktifkan Kuasa Piramid Jiwa kepada sesiapa yang berminat untuk memperolehi kekuatan Tenaga Kerohaniah untuk menyelesaikan segala masalah kehidupan, Rumahtangga, Pekerjaan, Kesihatan dan agar mendapat segala hajat yang diingini.!!!Wakil Tri-Quantum setiap Negeri/Daerah diperlukan di seluruh Malaysia.Berminat? Sila daftar melalui sms dengan menaip; <PIRAMID JIWA> <NAMA> <NO KAD PENGENALAN> <ALAMAT> dan hantar ke 017 7235095 PIRAMID JIWAWednesday, November 23, 2011 5:53 PM

RAHSIA TERSEMBUNYI KEAJAIBAN KAABAH Harus diingat dan wajib diimani, kedudukan Kaabah di bumi ini (Baitullah) adalah bersetentang dengan Kaabah di langit (Baitul Makmur) iaitu di Sidratul Muntaha. Para Malaikat sentiasa bertawaf tanpa henti. Oleh itu tentu dapat dibayangkan betapa hebatnya "kuasa ritual" yang melimpahi Masjidil Haram di mana terletaknya Kaabah di Kota Makkah itu. Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. - (Surah al-Imran ayat 96)Dimanakah Titik Nisbah Keemasan Di Bumi? Hasil kajian mendapati The Worlds Golden Ratio Point berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah danKutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah..

Tenaga Kerohanian adalah kekuatan gelombang yang sangat luarbiasa hebat dari khazanah ajaran Islam yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah, tekanan dan penyakit dalam persoalan yang sedang dihadapi di dalam kehidupan manusia Kenapa setelah sekian lama mengamalkan nilai-nilai ajaran Islam tetapi tidak merasa perubahan diri yang ketara dalam kehidupan mereka?Kenapa setelah sekian lama menunaikan solat tetapi masih lagi melakukan perbuatan keji dan mungkar?Kenapa setelah sekian lama berdoa tetapi nasib masih tidak berubah? Kenapa setelah banyak berusaha tetapi kejayaan sangat sukar untuk dicapai? Sesungguhnya ada dua perkara dalam kehidupan didunia ini yang seringkali menjadi sumber kegelisahan, keresahan, kebimbangan, keraguan, kesedihan, kekecewaan atau dengan kata lain menjadi punca sifat Amarah, tekanan hidup, masalah dan penyakit iaitu KEJAYAAN dan KEKAYAANSEHINGGA AKU BERKATA (KEPADA MEREKA); POHONKANLAH AMPUN KEPADA TUHAN KAMU, SESUNGGUHNYA DIA ADALAH MAHA PENGAMPUN. (SEKIRANYA KAMU BERBUAT DEMIKIAN), DIA AKAN MENGHANTARKAN HUJAN LEBAT MENCURAH-CURAH KEPADA KAMU.(Surah Nuh ayat10 11)DAN ALLAH TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENYIKSA MEREKA,SEDANG ENGKAU (WAHAI MUHAMAD) ADA DIANTARA MEREKA DAN ALLAH TIDAK AKAN MENYIKSA MEREKA SEDANG MEREKA BERISTIGFAR (MEMINTA AMPUN)(Surah alAnfal ayat 33) Apabila kita melatih diri untuk menyerap Tenaga Rohani maka kita akan memiliki Tenaga yang sangat hebat dalam diri kita, sehingga segala tekanan hidup, masalah hidup dan penyakit kehidupan akan musnah dengan sendirinya.... DEMO KEKUATAN ROHANIBARANGSIAPA MENGENAL AKAN DIRINYA MAKA DIA AKAN MENGENAL AKAN TUHANNYA Pengubatan Prana

Pukulan Jauh

Perjalanan Astral

PIRAMID MINDAWednesday, November 23, 2011 5:51 PM

KETAHUI BAHAWA KEKUATAN MINDA MAMPU MENEMBUSI KE SELURUH ALAM SEMESTALangit merupakan istilah yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala yang diisi dengan jutaan planet dan sistem suria yang bergerak dan membina di dalam system tersendiri secara teratur di atas paksi dan orbit masingmasing.Firman Allah Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka beredar di paksi tempat peredarannya. ( Surah Al-Anbia 33 ) Sistem PlanetMatahari dan planet bukanlah suatu elemen yang statik tetapi beredar di atas

paksi orbitnya sendiri.Firman Allah Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. ( Surah Yassin 38 )Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta yang mengandungi hampir 200 bilion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintangbintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai bulan. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dikira pergerakkannya.Semuanya beredar melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Berbillion-billion komet juga bergerak bersama dalam orbit yang telah ditentukan untuk mereka.Orbit-orbit alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh planet-planet langit ini tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan tertentu dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Ajaib sekali, sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.Demi langit yang mempunyai jalan-jalannya. (Surah az-Dzariyat;7) Suatu tenaga yang amat kuat memegang segala planet dan objek-objek di angkasa agar tidak bertembung antara satu sama lain. Sebaliknya tenaga ini menggerakkan segalanya di atas susun atur paksinya. Tenaga inilah yang digelar Tenaga Kosmik. Piramid Minda terletak di dalam Minda Bawah Sedar melalui keseimbangan Otak Kiri dan Otak kanan yang berfungsi sebagai penyerak warna spectrum cahaya matahari keseluruh tubuh apabila cahaya putih daripada sinaran matahari memasuki tubuh melalui ubun-ubun kepala. Piramid Minda ini lebih memberi kekuatan kerohanian, Emosi dan semangat kepada seluruh sistem tubuh. DEMO KUASA MINDATAKUTLAH KAMU AKAN FIRASAT ORANG MUKMIN Meditasi Untuk Kesihatan, Keselamatan, Kekayaan, Keberkatan & Kesejateraan KUASA MINDA BOLEH DIMANFAATKAN UNTUK BERBAGAI KEPERLUANMagnetis Hipnotis

Telepati

Telekinesis PIRAMID DIRIThursday, November 24, 2011 10:23 AM

RAHSIA PERMUKAAN PIRAMIDPiramid yang binaannya mempunyai sruktur segitiga dapat menyerap air dipersekitarannya yang panas dan ditengah-tengah perut pyramid akan terhasil wap-wap air yang mengandungi atom hydrogen dan oksigen. Maka terpancarlah air yang dapat menyerikan wajah dan mengawetkan sel-sel kulit kepada permaisuri Cleoptra yang sangat cantik jelita serta cukup menawan dengan wangi wangian bunga mawar di dalam pyramid tersebut. Ramai orang mendakwa mereka telah bertemu dengan apa yang dipanggil "kuasa piramid", dengan meletakkan objek-objek tertentu di bawah model skala Piramid Agung Giza (piramid Firaun Khufu, atau Cheops). Model piramid itu seharusnya dilaraskan supaya setiap sisinya menghadap empat mata angin utama - Utara, Timur, Selatan dan Barat. Objek itu pula harus diletakkan di bawah satu pelantar untuk meninggikannya kepada tahap satu pertiga dari ketinggian piramid itu. Selepas beberapa lama, keajaiban-keajaiban mula berlaku. Ingatlah bahawa piramid tidak berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita ,sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menggunakannya.

Piramid Diri untuk menarik gelombang Tenaga Prana yang terdapat di alam semesta ke dalam cakra tubuh untuk mengaktifkan Tenaga Dalam yang ada pada diri setiap manusia.

Piramid Diri ini terletak di dalam kedua-dua buah pinggang dan berfungsi sebagai pengumpul titisan-titisan air di dalam tubuh serta menapis air bersih. Air yang kotor mengandungi racun akan dikeluarkan dari tubuh melalui saluran kencing manakala air yang bersih akan terus disimpan didalam tubuh sebagai sumber kekuatan fizikal. Piramid ini lebih memberi kekuatan fizikal kepada tubuh.

DEMO TENAGA DALAMSaidina Ali ra berkata; Takut mempunyai 100 urat, setiap kali seseorang Berjaya menghadapi ujian maka terputuslah satu urat dan akan timbul pula satu keyakinan. Menguji Tenaga Dalam dengan saranan niat menggunakan Nafas salur Menjilat Besi Bara

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong (agama) Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian kamu (Surah Muhammad ayat 7)

Makan KacaMinum Racun

1111 Melatihkan Tenaga Dalam dengan saranan niat menggunakan Nafas Keras Masuk Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai daripada Mukmin yang lemah (H.R. Muslim) Gerak Ilham (Silat Batin)

Melatihkan Tenaga Dalam dengan saranan niat menggunakan Nafas Keras Keluar Memecah Botol Melatih Tenaga Dalam dengan saranan niat menggunakan Nafas Tahan Dan Bersiap sedialah dengan daya upaya kamu untuk menghadapi musuh dengan kekuatan (H.R. Muslim) Menahan Tetakan/Hirisan Senjata Tajam

Menahan Pukulan/Hentakan Benda-Benda Tumpul

PEMBUKAAN DAN PENYELARASAAN TRI-QUANTUMWednesday, November 23, 2011 5:57 PM

Ingatlah bahawa Tri-Quantum adalah kekuatan gelombang Tenaga Prana, Tenaga Kosmik dan Tenaga Rohani dari gabungan kekuatan Fizikal, minda dan jiwa manusia. Maka untuk mendapatkan hasil yang berkesan, anda perlu membuat penyelarasan gelombang iaitu dengan menggunakan kekuatan minda ataupun kekuatan daya pemikiran anda iaitu FOKUS MINDA terhadap kemahuan yang anda hajati. Sesiapa yang ingin memiliki kekuatan getaran gelombang Tri-Quantum harus mengaktifkan Piramid Diri yang ada pada minda bawah sedar dan ada kedua-dua biah pinggang agar dapat menarik Tenaga Prana, Tenaga Kosmik dan Tenaga Rohani. Pembukaan dan Penyelerasan hanya dibuat sekali sahaja samada secara

hadir diri atau secara jarak jauh dengan bayaran sebanyak RM 150.00. Pastikan anda telah membuat temujanji bagi menentukan masa dan tarikh penyelerasan yang hendak dibuat. Penyelerasan boleh dibuat secara hadir di dalam Program Pembangunan Insan Gemilang ataupun secara jarak jauh. Keberkesanan penyelerasan adalah sama untuk ke dua kaedah ini. Anda akan merasai perubahan secara serta merta dan dapat dibuktikan Untuk Pembukaan dan Penyelerasan secara jarak jauh Anda hanya perlu bank in ke akaun Maybank 151034647231 atas nama En SAMSON BIN SUBARI sebanyak RM 150.00 sahajaKemudian Sila daftar melalui sms dengan menaip; <BUKA> < NAMA> <NO KAD PENGENALAN> <ALAMAT> dan hantar ke 017-7235095 Pembukaan atau penyelarasan gelombang Tri-Quantum perlu dibuat untuk membolehkan tenaga kekuatan luarbiasa mengalir ke dalam tubuh dan minda agar membangkitkan potensi kekuatan diri manusia yang sebenar. Dengan gabungan kekuatan Tenaga Dalam, Kuasa Minda Bawah Sedar dan tenaga Kekuatan Rohani yang kita miliki, barulah segala program minda atau kemahuan kita dapat dijelmakan ke alam nyata ini. Jika tidak segala kemahuan akan menjadi impian semata mata.

PROFIL PENGASASWednesday, November 23, 2011 5:55 PM

Mahaguru Samson Bin Subari Mahaguru Samson Bin Subari adalah Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Gabungan GerakPanca (PSSGGP). Beliau dilahirkan di kampong peserai kecil, simpang lima, batu pahat. Johor. Sejak berumur 12 tahun lagi, beliau telah berminat mempelajari berbagai ilmu persilatan dari guru-guru dan orang-orang tua di seluruh tanah air. Beliau telah mempunyai beberapa gelanggang silat di sekitar batu pahat sejak berusia 15 tahun lagi. Diantara gelanggang persilatan masa kini ialah;1. GELANGGANG INDUK KG PESERAI KECIL, SPG 5 BATU PAHAT.2. CAWANGAN GELANGGANG TMN BUKIT PERDANA.3. CAWANGAN GELANGGANG KG BATU PUTIH.4. CAWANGAN GELANGGANG TMN SRI WANGSA.5. CAWANGAN GELANGGANG TAHFIZ AL-QURAN KG DALAM6. KELAB SILAT SEK MEN KEB DATO ONN 7. KELAB SILAT SEK MEN KEB BANANG JAYA Beliau merupakan pengasas Pertubuhan Seni Silat Gabungan Gerakpanca (PSSGGP) batu Pahat Johor yang mempunyai lima cabang ilmu persilatan iaitu;1. ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI GERAKPANCA2. ILMU TENAGA DALAM INDERASAKTI3. ILMU KEBATINAN WANGSASAKTI4. ILMU PERMAINAN SENJATA CAKRA BUANA5. ILMU PERUBATAN TRADISIONAL SYIFA AL-QUBRA

Kesemua ilmu ini adalah hasil kajian dan penelitian beliau semasa mempelajari dan mengamalkan semua ilmu persilatan, kebatinan dan kerohanian.Aura Terapi TriQuantum adalah kajian terbaru beliau dalam sains metafizik yang berkait rapat dengan sumber kekuatan manusia melalui olah pernafasan, kuasa minda dan kerohanian yang terbahagi kepada 3 modul iaitu;1. MODUL PIRAMID DIRI Menarik Tenaga Prana Matahari, Bumi dan Udara2. MODUL PIRAMID MINDA Menarik Tenaga Kosmik3. MODUL PIRAMID JIWA Menarik Tenaga Rohani Program Pembinaan Insan Gemilang dan Potensi Diri Sebenar yang berdasarkan Aura Terapi Tri-Quntum mampu dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat agar dapat mempertingkatkan potensi diri manusia yang sebenar.PENGENALANThursday, November 24, 2011 10:54 AM

AKADEMI AURA TRI-QUANTUM No 18 Jalan Joget, Taman Kemajuan, 83000 Batu Pahat, Johor SELAMAT DATANG KE AKADEMI AURA TRI-QUANTUM

Allah swt menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Sesiapa yang dianugerahkan hikmah maka dia benar-benar telah dianugerahkan kurniaan yang banyak. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran (surah al-Baqarah ayat 269) Setiap manusia mempunyai kelebihan untuk menggunakan kekuatan luarbiasa yang ada dalam dirinya. Tetapi hanya sedikit orang yang mengetahui cara untuk membangkitkannya. Mahaguru Samson adalah salah seorang yang dianugerahi Tuhan dengan Hikmah untuk membangkitkan kemampuan tersebut melalui pengalaman beliau yang bertahun-tahun mengkaji kekuatan jiwa dan kekuatan minda bawah sedar serta mengamalkan olah nafas, meditasi, tafakur dan doa berdasarkan sains metafizik secara Islamik.Maka beliau telah menemukan suatu kaedah yang efektif sekali untuk membangkitkan potensi kekuatan luarbiasa tersebut. Kaedah yang dipanggil sebagai Aura Terapi Tri-Quantum ini sangat mudah dipelajari karena sesuai dengan fitrah akal manusia yang sihat, harmoni dengan alam dan sesuai dengan tuntunan agama.Salam Hormat dari kami.Tri-Quantum

1111111111111111

Anda mungkin juga menyukai