Anda di halaman 1dari 9

Perbezaan Antara Jampi, Mentera, Serapah & Jampi Mentera.

Artikel pada kali ini akan membawa para pembaca mengetahui erti jampi, mentera
dan serapah serta perbezaan antaranya. Masyarakat Melayu dan masyarakat lain di
asia amat sinonim dengan jampi, mentera dan serapah baik dalam rawatan
penyakit malah ia menjadi amalan dalam masyarakat dahulu kala. Jampi, mentera
dan serapah sebenarnya telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Malah kaedah
pengubatan menggunakan jampi telah wujud sejak zaman jahiliyyah lagi. Konsep
kepercayaan kepada 'semangat' dan roh jahat serta animisme merancakkan lagi
penggunaan jampi, mentera dan serapah dimana melalui penggunaannya
menunjukkan bahawa manusia perlu bergantung kepada kuasa luar yang dikatakan
dapat membantunya.

Jampi merupakan susunkata yang dipercayai dapat memberi kesan keatas perkara
tertentu yang dihajati. Contohnya untuk menyembuhkan penyakit, air, minyak atau
bahan tertentu yang dijampikan dan digunakan sama ada dengan menyapukan
ketempat yang sakit atau dimandikan untuk menyembuhkan penyakit. Jampi juga
digunakan oleh orang dahulu kala dalam melakukan amalan harian seperti ketika
mandi, ketika menyikat rambut, ketika keluar rumah dan sebagainya sama ada
bertujuan untuk kecantikkan, keselamatan dan sebagainya.

Berikut diperturunkan contoh jampi bagi tujuan pengasih:-

"Hey panah ranjunaku


Panah ke langit langit runtuh
Ku panah ke bumi, bumi tembus,
Ku panah ke laut, laut kering
Ku panah hati engkau,
Hancur lebur mabuk kasih sayang padaku
Berkat doa La ilaha iLlah
Muhammadu 'r-Rasulullah".

Jampi diatas merupakan salah satu contoh jampi yang mengandungi unsur-unsur
Islam. Malah terdapat penggunaan kata La ilaha iLlah, ungkapan bismillah, sebutan
nama Allah, malaikat dan sebagainya menunjukkan adanya pengaruh Islam
diadunkan dalam jampi tersebut sedangkan sebelum kedatangan Islam jampi yang
diungkapkan tidak langsung menggunakan ungkapan tersebut sebaliknya
menggunakan perkataan yang kadangkala tidak difahami. Sungguhpun jampi diatas

diakhiri dengan kalimah tauhid kepada Allah, ianya bukanlah membuktikan jampi
tersebut dapat diterima di sisi syara'. Terdapat jampi yang mengaitkan dengan
kalimah-kalimah tertentu yang tidak difahami, nama-nama yang tidak pernah
diketahui, ungkapan lucah dan jahat dan diakhiri dengan kalimah tauhid jelas
menunjukkan jampi tersebut menyimpang dari hukum syara'. Malah
penggunaannya juga yang bertujuan tidak baik merupakan satu bentuk tujuan yang
amat bertentangan syara'.

Sebuah hadis rasulullah jelas menunjukkan keharusan penggunaan jampi selagi


mana ia bertujuan kebaikan serta menggunakan bahasa yang difahami dengan
tidak mengandungi perkara dan perbuatan syirik kepada Allah. Auf bin Malik
berkata, kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliyyah dahulu lalu
kami bertanya: "Wahai rasulullah apakah pendapat kamu tentang perkara ini ?"
Baginda menjawab: " Kemukakan padaku mentera kamu itu. Tidak mengapa jampi
mentera itu selagi tidak mengandungi syirik".

Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri termasuk dalam


penggunaan jampi. Orang kristian mempercayaai penggunaan bible dapat
menyembuhkan penyakit yang diakibatkan oleh rasukan jin, demikian juga dengan
golongan hindu dan budha yang turut mempunyai jampi tertentu dalam
menanggani masalah seharian. Masyarakat orang asli, masyarakat eskimo di kutub
utara turut mempunyai ritual dan jampi mereka sendiri dalam menghadapi
masalah. Kesemua jampi ini dihukumkan harus selagimana ia tidak menyandarkan
kesembuhan dan keberkesanan jampi selain Allah disamping penggunaan bahan
yang halal, perkataan yang difahami tidak mengandungi ungkapan yang
menyekutukan Allah serta tidak juga menggunakan perkataan lucah atau apa-apa
nama mahupun sebutan yang tidak difahami maksudnya. Jampi juga boleh
digunakan dalam apa-apa bahasa sekiranya bahasa tersebut difahami maksudnya
serta tidak bercanggah dengan perkara diatas.

Atas dalil daripada hadis diatas, dapat disimpulkan bahawa jampi adalah harus
disisi syara' sekiranya ia mempunyai ciri-ciri yang disebutkan diatas sebaliknya
adalah haram disisi syara' sekiranya ia menggunakan ungkapan yang berikut:-

1. Menyebut perkataan yang tidak difahami maksudnya kerana dibimbangi


perkataan yang digunakan merupakan kata-kata penyekutuan kepada Allah.

2. Memuja nama-nama jin dan syaitan mahupun nama-nama sembahan berhala

3. Menggunakan kata-kata lucah dan nista

4. Menggunakan bahan-bahan yang diharamkan seperti darah dan sebagainya serta


sembelihan yang bukan kerana Allah.

5. Menyakini adanya kuasa lain selain Allah dalam menjayakan permintaan.

6. Penggunaa jampi dalam perkara kejahatan


Beberapa keterangan daripada hadis telah menjelaskan keharusan menjampi
dengan bersandarkan kaedah yang dibenarkan syara' malah jampi juga turut boleh
digunakan dengan menggunakan ayat al-Quran sebagaimana yang dijelaskan
melalui kisah Abu Hurairah yang pernah menjampi ketua kampung yang disengat
binatang berbisa dengan menggunakan al fatihah. Setelah dirujuk kepada
rasulullah, baginda membenarkan tindakan Abu Hurairah dan meminta sebahagian
daripada upah yang diberikan. Keharusan jampi ini juga dapat dilihat pada sebuah
hadis dimana Abdullah b. Masud ia berkata ketika rasulullah S.A.W sedang bersolat,
ketika sujud jari baginda telah disengat oleh seekor kala jengking. Lalu rasulullah
s.a.w berkata:" Allah melaknat kala ini, juga dilaknat oleh nabi dan tidak pada yang
lain. Kemudian baginda berdoa pada sebuah mangkuk yang berisi air dan garam.
Baginda meletakkan tempat yang kena sengat dalam air garam dan membacakan
Qul huwa' Llahu ahad dan al-mu' awwizatain sehingga sembuh.

Ulama' sepakat menyatakan keharusan menjampi terutamanya dengan


menggunakan ayat-ayat al-Quran. Ulama' meletakkan taraf jampi seperti berikut:-

1. Menjampi dengan menggunakan ayat al-Quran dan doa para nabi yang terdapat
di dalam al-Quran. Inilah yang terbaik
2. Menjampi dengan menggunakan jampi dan doa yang bersumber daripada hadis
nabi s.a.w
3. Menjampi dengan menggunakan jampi atau doa-doa yang diamalkan oleh
salafussoleh
4. Menjampi dengan menggunakan jampi yang difahami maksudnya dimana ianya
mestilah menepati syarat berikut:
a) Jampi yang digunakan hendaklah tidak menyekutukan Allah
b) Jampi yang digunakan tidak memuja nama-nama jin dan syaitan atau apa sahaja
nama-nama kerana dibimbangi ianya nama-nama berhala.

c) Jampi yang digunakan tidak menggunakan sebutan yang langsung tidak difahami
manusia
d) Jampi yang digunakan tidak mengandungi kata-kata lucah, nista serta
pembohongan.
5. Menyakini hanya Allah sahajalah yang memberi bekas atas setiap perbuatan.

Perkataan mentera berasal daripada perkataan sanskrit "mantra" yang bermaksud


bentuk fikiran. Mentera asalnya merupakan ungkapan-ungkapan yang dianggap
suci yang digunakan dalam pemujaan roh atau upacara magis. Perbezaan antara
mentera berbanding jampi, mentera lebih banyak menyebut asal-usul sesuatu
benda untuk tujuan yang sama seperti jampi. Adalah dipercayai kononnya dengan
menyebut asal-usul sesuatu benda akan menyebabkan jin yang terlibat dalam
pemujaan tersebut akan tunduk dan patuh terhadap setiap arahan tukang sihir
tersebut. Sesetengah tukang sihir bukan sahaja menggunakan ungkapan asal-usul
malah dalam mentera mereka malah terdapat juga yang turut menggunakan
ancaman terhadap jin-jin tersebut agar melaksanakan tugas yang diberikan.
Berdasarkan pernyataan diatas, bolehlah disimpulkan bahawa kehadiran mentera
dalam dunia perubatan tradisional melayu adalah berkait rapat dengan sejarah
kehadiran agama di tanah melayu. Sejarah mencatatkan bahawa kelompok
masyarakat awal di Tanah Melayu pernah melalui perbagai zaman. Bermula dari
menyembah dengan berasaskan kepercayaan animisme kepada kepercayaan
budha, hindu dan kedatangan Islam telah mengubah kepercayaan karut ini kepada
kepercayaan yang sebenar. Namun, pengamalan Islam yang tidak menyeluruh
menyebabkan amalan-amalan syirik sebegini sukar untuk dihapuskan yang akhirnya
berlakulah asimilasi dalam pengamalan. Sebagaimana jampi, mentera juga tidak
terkecuali mengalami asimilasi. Ungkapan-ungkapan mentera sebahagiannya
digabungkan dengan unsur agama Islam yang mana kadang-kala ianya amat
mengelirukan pengamalnya. Hasilnya wujudlah ungkapan mentera seperti
dibawah:"Hei ulat bulu
Aku tahu asal usulmu
Engkau bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau daun sekam
Engkau keluar dari daging anak adam
Kalau engkau tidak mahu keluar dari daging Adam
Aku sumpah engkau dengan berkat Allah

Berkat Doa: La ilaha illa 'Llah


Muhammadu r-Rasulullah."
Mentera diatas merupakan contoh penggunaan kata-kata asal usul serta
penggunaan kata ancaman digunakan. Mentera diatas dipercayai digunakan dalam
merawat santau. Terdapat maklumat palsu digunakan didalam mentera diatas
dengan mendakwa ulat bulu berasal daripada bulu hidung nabi Adam. Ini satu
pembohongan keatas Nabi Adam dan merupakan satu dosa. Ungkapan asal-usulnya
dan ancamannya kesemuanya tidak menunjukkan sebarang kebenaran. (ungkapan
jampi diperolehi daripada :Santau Sebagai Satu Cabang Ilmu Sihir, 1995,
Pencetakan Watan)
Melihat kepada maksud dan asal usul perkataan mentera yang berasal daripada
bahasa sanskrit dengan sendirinya dapat memberitahu kita bahawa mentera
merupakan ungkapan kata yang sudah tentunya bertentangan dengan syara'.

Jampi Mentera Menurut Al -Quran & Al Sunnah


Masyarakat Arab seringkali menggunakan ruqyah dalam kehidupan seharian
mereka. Ruqyah ini juga diistilahkan sebagai jampi. Sesetengah orang yang
menolak penggunaan jampi dengan mendakwa bahawa Islam tidak pernah
menggunakan jampi adalah merupakan kelompok manusia yang tidak berhati-hati
ketika membuat kenyataan. Ini kerana hadis nabi jelas menunjukkan baginda
rasulullah sendiri pernah menggunakan jampi dalam peristiwa isra' mikraj ketika
mana baginda diganggu oleh Jin Ifrit. Jampi yang digunakan baginda dikenali
sebagai ruqayyah jibril. Malah beberapa peristiwa turut merakamkan penggunaan
beberapa jampi sama ada yang bersumber hadis mahupun al-Quran itu sendiri.
Penggunaan ayat al-Quran sebagai jampi yang paling mashur adalah ayat-ayat
yang dikenali sebagai al-mu' awwizat. Sebuah hadis merakamkan :

" Auf bin Malik berkata, kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliyyah
dahulu lalu kami bertanya: "Wahai rasulullah apakah pendapat kamu tentang
perkara ini ?" Baginda menjawab: " Kemukakan padaku mentera kamu itu. Tidak
mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik".

Hadis daripada Abdullah b. Masud ia berkata: Ketika rasulullah s.a.w sedang


sembahyang, ketika sujud jari baginda telah disengat oleh seekor kala jengking.
Lalu baginda pun berpaling dan berkata:" Allah melaknat kala ini juga dilaknat oleh
nabi dan tidak padanya yang lain. Kemudian baginda berdoa pada sebuah mangkuk
yang berisi air dan garam. Baginda meletakkan tempat yang kena sengat dalam air
garam dan membaca Qul huwa Llahu ahad dan al mu' awwizatain sehingga
sembuh".

Aisyah r.a merakamkan saat-saat kewafatan baginda melalui hadis berikut:

Diriwayatkan oleh A'isyah r.a. Rasulullah s.a.w telah menghembuskan ke atas


dirinya ketika sakit yang membawa kewafatan baginda dengan al mu' awwizat.
Apabila sakitnya bertambah berat, aku menghembuskannya denga al mu' awwizat
kemudian aku sapu dengan tangan baginda sendiri untuk mengambil barakah. Al
Zuhri bertanya: Bagaimana cara dia menghembus? Jawabnya: Baginda
menghembus ke atas dua tapak tangan kemudia menyapu mukanya dengan keduadua tapak tangan itu".

Fatimah r.a turut merakamkan peristiwa berikut:

Dari Fatimah binti Muhammad s.a.w bahawasanya rasulullah tatkala ia (Fatimah)


hampir bersalin, baginda telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy
datang menemui Fatimah. Maka kedua-duanya membaca ayat Kursi dan ayat inna
Rabbukumu 'Llah hingga akhir ayat, disisinya dan mereka berdua meminta
perlindungan baginya dengan mu 'awwidhatain.

Hadis riwayat Ibn Abbas menyatakan:-

Rasulullah s.a.w membaca jampi melindungi Hassan dan Hussain dengan katanya
(ertinya):-

"Aku memohon perlindungan kamu berdua dengan menyebut kalimah-kalimah Allah


yang sempurna, daripada setiap penyakit, angkara syaitan, sekalian binatang
berbisa dan daripada setiap mata yang memberi kecelakaan. Sabdanya lagi:
Beginilah Nabi Ibrahim menjampi melindungi Ishak dan Ismail a.s"

Daripada Asma' Binti Umays, ia bertanya: Ya Rasulullah, bahawa anak Jafar terkena
sakit pancaran mata jahat. Bolehkah aku membawa jampi bagi mereka? Baginda
menjawab: Boleh. Kerana sesungguhnya jika ada sesuatu itu boleh mendahului
takdir nescaya kesan daripada pancaran mata jahat itu akan mendahuluinya."

Sesungguhnya mengamalkan jampi yang bersumber daripada al-Quran mahupun al


Hadis adalah lebih baik berbanding mengamalkan jampi yang bersumber daripada
amalan orang tua dahulukala. Sungguhpun kandungan jampi yang digunakan tidak

bertentangan Islam, namun penggunaan jampi dari al-Quran dan petunjuk


rasulullah tentulah tidak akan dapat menandingi jampi-jampi sebaliknya. Selain
mendapat keberkatan, jampi menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis tentunya
diberi ganjaran pahala yang amat besar darisegi pengamalannya sebagai sunnah
serta pengamalannya dalam mendapatkan keberkatan dan keredhoan Allah dalam
mendapatkan kesembuhan selain dapat meningkatkan keyakinan dan keimanan
kepada Allah.

Apa pandangan syarak tentang jampi? Adakah harus berjampi dengan bomoh siam
atau sebagainya yang bukan Islam?

Jawapan:

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah* adalah syirik.
- (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu Masud
r.a./al-Jami as-Saghir, no. 2002)

(*At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan
seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no.
2002)

Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. melarang jampi dan menganggapnya


sebagai syirik. Namun para ulamak menjelaskan bahawa; jampi yang dilarang
dalam hadis di atas dan dianggap sebagai syirik ialah yang terkandung doa atau
pemujaan kepada selain Allah SWT, atau yang menggunakan bahasa selain Arab
atau bahasa yang tidak difahami yang besar kemungkinan mengandungi kalimahkalimah kufur atau unsur-unsur syirik. Adapun jampi-jampi menggunakan ayat al-

Quran dan doa-doa yang maksur dari Rasulullah s.a.w., tidaklah dilarang kerana
terdapat banyak nas yang membenarkannya.

Seorang sahabat nabi bernama Auf bin Malik al-Asyjaie r.a. menceritakan: Kami
biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam), kami bertanya
Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah s.a.w., apa pandangan kamu tentang jampi?.
Rasulullah s.a.w. menjawab: Tunjukkan kepadaku jampi-jampi kamu. Tidak
mengapa dengan jampi-jampi, selagi tidak ada syirik padanya.
- (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari Auf bin Malik r.a./al-Jami as-Saghir, no.
1152)

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Abdullah bin Masud suatu hari melihat di
leher isterinya terdapat tangkal benang. Lalu ia bertanya isterinya: Apa ini?. Jawab
isterinya: Tangkal yang dijampi untuk berlindung dari demam/rasa panas. Lantas
Abdullah merentap tangkal tersebut dan membuangnya. Kemudian ia berkata
kepada isterinya: Sesungguhnya ahli keluarga Abdullah bebas dari syirik'. Aku
dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan
sihir tiwalah adalah syirik. Isteri Abdullah lalu menceritakan kepadanya: Suatu hari
aku keluar dari rumah. Aku terserempak dengan seorang lelaki yang melihat aku
dengan matanya (yakni menyihir aku dengan matanya) menyebabkan mataku
sentiasa berair/mengalir air mata. Maka aku pergi kepada seorang yahudi dan ia
mengajar kepadaku satu jampi. Apabila aku membaca jampi itu, mataku pun
berhenti berair. Namun apabila aku meninggalkan jampi itu, mataku kembali berair.
Abdullah berkata (memberi penjelasan kepada isterinya) : Itulah mainan syaitan
(untuk menyesatkan kamu). Apabila kamu taatinya (yakni dengan membaca jampi
itu), ia biarkan kamu (yakni ia tidak menyakiti kamu), dan apabila kamu engkarinya
(yakni dengan meninggalkan jampi itu), ia mencucuk mata kamu dengan jarijarinya. Abdullah berkata lagi: Jika kamu melakukan sebagaimana yang diajar
Rasulullah s.a.w., adalah lebih baik dan lebih mudah sembuh iaitu kamu
merenjiskan air ke matamu sambil membaca doa: Jauhilah penyakit, wahai Tuhan
manusia. Sembuhkanlah kerana Engkaulah Tuhan yang maha menyembuhkan.
Tidak ada sembuhan melainkan sembuhan Engkau, sembuhan yang tidak akan
meninggalkan sebarang penyakit.
- (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Zainab r.a.)

Berkata Imam Muhammad bin al-Hasan: Diharuskan berjampi dengan jampi yang
terdapat di dalam al-Quran dan yang menyebut nama Allah. Adapun dengan
perkataan yang tidak diketahui (makna atau asal-usulnya), maka tidak harus
berjampi dengannya.
- (Lihat al-Muwattha, bab ar-Ruqa).

KESIMPULANNYA:

Jampi diharuskan jika menggunakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa yang maksur
dari Rasulullah s.a.w.. Lebih jelas lagi, menurut Imam as-Suyuti: Para ulama
sepakat meletakkan tiga syarat untuk mengharuskan sebarang jampi -

a) Ia hendaklah menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya.

b) Ia hendaklah menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya.

c) Hendaklah dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan


(atau memberi kesan) tetapi Allah.
- (Haqiqatu at-Tauhid, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)

Berdasarkan syarat-syarat di atas, dapat kita simpulkan juga bahawa berjampi


dengan bomoh siam atau mana-mana bomoh yang bukan Islam hukumnya adalah
haram kerana bomoh-bomoh bukan Islam itu sudah tentunya tidak akan menyebut
nama Allah ketika berjampi, akan tetapi mereka akan menyebut nama Tuhan
mereka dan ini membawa kepada syirik.

Rujukan:

1. Haqiqatu at-Tauhid, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ter. Muassasah ar-Risalah, Beirut


(2001)

2. Faidhul Qadier Syarh al-Jami as-Saghier, Imam al-Minawi, Dar al-Fikr.

Anda mungkin juga menyukai