Anda di halaman 1dari 3

MASALAH TINGKAH LAKU

Definasi Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.Tingkah
laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi.Terdapat 3 jenis masalah tingkah laku yang disenaraikan masalah
psikologi iaitu:-

1. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder )


2. Oppositional Defiant Disorder (Kecelaruan menentang dan beringkar)
3. Conduct Disorder (Kecelaruan Tingkah laku)

1. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)


a) Tiga hingga lima peratus kanak-kanak mengalami masalah ini. Lebih terdapat di kalangan kanak-kanak
lelaki.
b) Terlalu aktif sehingga mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak lain.
c) Ciri-ciri kanak-kanak mengalami masalah ADHD:-

 Gelisah
 Tidak boleh duduk diam
 Tidak mengikut arahan
 Aktiviti motor yang keterlaluan
 Tahap toleransi yang rendah kepada kekecewaan
 Kesukaran dalam tumpuan (poor eye contact)
 Tidak ada hubungan mata dengan ibu/bapa/penjaga apabila meminta sesuatu.

d) Umur sebelum 8 tahun merupakan kekerapan berlaku ADHD dan akan berkurang selepas itu dengan
episod yang lebih singkat.
e) Masalah dalam memberi tumpuan mungkin berterusan sehingga meningkat remaja dan dewasa.
2. Oppositional Defiant Disorder (ODD) (Kecelaruan menentang dan beringkar)
a) Berlaku dalam kanak-kanak sebelum umur 6 tahun.
b) Tingkahlaku menentang dan melawan orang dewasa (pihak yang berkuasa). Kerap beringkar, bersikap
negatif dan bermusuhan.
c) Terdapat perkembangan urutan kepada masalah Conduct Disorder.
3. Conduct Disorder (CD) Kecelaruan tingkahlaku
a) Conduct Disorder dikenal pasti melalui tingkah laku agresif dan anti sosial dan biasanya sebelum umur
9 tahun di kalangan kanak-kanak.
b) Kecelaruan ini melibatkan tingkahlaku negative, melibatkan pencabulan peraturan dan tidak
mengendahkan hak orang lain secara berterusan dan berulangkali.
c) Kanak-kanak yang berkecelaruan tingkahlaku menunjukkan defisit dalam tingkahlaku sosial . Secara
umumnya mereka menunjukkan cirri-ciri seperti berikut:-

 Sikap menentang secara terbuka atau berselindung


 Keingkaran
 Agresif secara lisan @ fizikal
 Suka berkelahi
 Pendendam
 Suka merosak harta benda,vandalism
 Berbohong dan Mencuri
 Mudah panas baran
 Bercenderung bebas dan berbagai-bagai sifat negatif.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU


 Genetik
 Persekitaran Keluarga

 Kestabilan emos
 Konflik perkahwinan

 Tekanan dan Skil keibubapaan

 kewangan dan kematian


 bertukar kerja

 Modeling

 rakan sebaya
 media

 Jangkaan

 jangkaan ibubapa yang terlalu tinggi


 jangkaan guru

 Cara memberi arahan

 terlalu banyak
 tidak jelas
 arahan di luar keupayaan kanak-kanak tersebut

INTERVENSI AWAL (LANGKAH-LANGKAH AWAL)


1. Sediakan persekitaran yang tenang dan teratur
2. Mesti tegas, sabar dan konsisten
3. Aturkan tugasan dengan jelas
4. Menggalakkan ibubapa untuk menyediakan rutin yang sesuai di rumah dan tetapkan masa.
5. Arahan mesti jelas, pendek, mudah dan konsisten
6. Ulang arahan dengan tenang dan cara yang positif
7. Pastikan anak selesa untuk meminta bantuan
RAWATAN
1. Terapi Tingkahlaku
 Beri maklum balas positif kepada kanak-kanak kerana tuas yang berjaya dilakukan. Memuji jika
kanak-kanak ini dapat berhenti dan memikir mengenai sesuatu tugas walaupun belum
memulanya.

2. Rawatan Ubatan

 Untuk mengurangkan aktiviti keterlaluan dan membantu dalam member tumpuan.

3. Latihan Tumpuan (Attention Training)


4. Latihan Hubungan Mata (Eye Contact)
5. Latihan Kemahiran Sosial(Social Skills & Training)
6. Intervensi Tingkahlaku
Filed under: Berita, SK Kg Gudang

Anda mungkin juga menyukai