Anda di halaman 1dari 4

1.

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah
Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan
terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali
untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk
mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan
mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN 

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati
Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah
Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an
seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang
umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat,
menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga
akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan
akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan
keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-
Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita
dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang
Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang
membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan
dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38
sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan
diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap
mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t.
akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang
membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat
melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca


seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan
terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah
surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita. 
7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah
yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis
Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat
syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam,
insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara
mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.”
Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an
sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah
s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur,
seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah
bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia
hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah
memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah
ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang
membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari
kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak
tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu
ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah
membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7
hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut
dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq
dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas
diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud
manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi
menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik
yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang
hati
Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di

syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi

daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika

baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan

bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan

surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham

pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan

bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Anda mungkin juga menyukai