Anda di halaman 1dari 2

9 Surah yang mujarab amalan Nabi Muhammad S.A.

Surah Al-Fatihah: Amalkan membaca surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Insyaallah akan aman tenteram dan jauh daripada gangguan syaitan. Untuk mencegah kemurkaan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat lima waktu.

Surah Al-Khauthar: Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1000 kali, maka Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk rezekidan kenaikan pangkat.Sesiapa yang membaca 1000 kali juga selepas solat isyak hingga dia tertidur, insyaallah dia dapat melihat Rasullullah dalam tidurnya.

Surah Al-Falaq: Siti Aisyah menerangkan: "Bahawa Rasullullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah AlFalaq dan An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan ke seluruh tubuh dan kepala." Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas sebanyak 41 kali selama tiga hari, lima hari atau tujuh hari berturut-turut.

Surah Yassin: Telah bersabda Rasullullah, "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah surah Yassin iaitu jantung al-Quran. Sesiapa yang membaca surah Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya."(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a).

Surah Al-Waqiah: Menurut beberapa hadis Rasullullah, mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam, insyaallah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap selepas solat Asar, insyaallah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Surah Al-Ikhlas: Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan:"Surah ini dinamakan surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barangsiapa yang membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

Surah Al-Khaafiruun: Sesiapa yang membaca surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca satu per empat Al-Quran, di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan(Riwayat At-Tarmizi). Sebelim tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

Surah Ad-Dhuhan: Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru-hara di Padang Mahsyar.

Surah Al-Mulk: Menurut beberapa hadis Rasullullah, mereka yang mengamalkan surah ini akan mendapat syafaat dan keampunan dosadosanya.Mereka yang membacanya pada setiap malam, insyaallah akan terselamat dari azab kubur.

#renung-renungkan dan selamat beramal >_<

Anda mungkin juga menyukai