Anda di halaman 1dari 23

Kelebihan Zikir

*

Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau
membawa makna, "sebut" dan "INGAT".

Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati.

Ingat itu ialah di dalam hati atau di dalam minda tentang
sesuatu apa-apa yang disebutkan.

Solat, membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam
definasi "zikir" kepada Allah.

Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana
bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan
sendirinya pula kita tahu akan kedudukan dan martabat diri
kita.

"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling
bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat
darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang
melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan
mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat
menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun
bersabda, "Zikir kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan
Ibnu Majah)

Tidak ada amal yang dilakukan anak Adam yang lebih
menyelamatkannya dari azab Allah selain dari zikir kepada-
Nya (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Imam al-Haddad rahimahullah menyatakan: segala zikir
dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan
secara dawam (berkekalan), Dan tidak zahir kesannya
melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan
khusyu`.

Wallahu a'lam.












AMALAN DAN KELEBIHAN
BULAN RAMADHAN
11:11 No comments
KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang
bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertakwa.
Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang
padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan
yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan
anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia
berpuasa bulan itu...

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan
ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang
mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan
masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang
fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk
manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.

Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada
umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi
laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan
solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w
mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan
Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu
langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan
jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu
pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah
ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang
yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang
melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah
mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku
pada setiap malam Ramadhan.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)


Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi
bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada
umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah
sepanjang bulan Ramadhan:


1. Solat sunat tarawih.


2. Solat-solat sunat yang lain.


3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan
seumpamanya.


4. Memberikan hidangan berbuka puasa.


5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan
seumpamanya).


6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan
kepada Allah s.w.t.


7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab
neraka.


8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan
kesabaran.


9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan
kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala
ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-
memfitnah, berbohong dan sebagainya.

Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan
Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala
sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala
seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini
terbahagi kepada tiga bahagian:


1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.


2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.


3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

FADHILAT YANG LAIN-LAIN


Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.


Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.


Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa
berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat
kelak.


Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa
berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih
dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.


Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu
tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh
ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang
berpuasa Ramadhan.

SOLAT SUNAT TARAWIH

Ibadat yang paling besar pahalanya ialah menghayati setiap
malamnya dengan solat sunat Tarawih. Menurut sebah hadis
Rasulullah s.a.w. yang panjang lebar, terdapat berbagai fadhilat dan
faedah termasuk diampuni dosa-dosa dirinya dan kedua ibu bapanya,
diberi pahala seumpama pahala tawaf para malaikat di Baitul Mamur,
bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga,
dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat dan berbagai-bagai
lagi.

Pengertian Solat Tarawih

Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat
Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati
selepas solat, fardu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah
mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum di sambung
semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memneri peluang dan galakan kepada
umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan
Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat
Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Qiamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini
dikerjakan seelepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan
waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah Rasulullah
s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa
sesiapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan
penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka
Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Lailatul-Qadar


Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t.
menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam
bulan Ramadhan tersebut.


Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang
beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan
atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).


Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada
malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para
ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah
satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah
ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada
salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan
Ramadhan.


Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam
sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan
Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir
dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu
merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih
setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan
yang sangat mulia dan penuh keberkatan.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikan
solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh
keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya
yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari)

Hukum Solat Tarawih


Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat
dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana
itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang
wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan
ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada
malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; Berjaya tetapi
tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah rugi mereka yang
berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat
sunat Tarawih.

Berjemaah lebih utama

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat
sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara
berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat bahawa
adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan
berjemaah.

Solat Tarawih 20 Rakaat


Umat Islam di Malaysia khasnya mengerjakan solat sunat Tarawih
dua puluh rakaat semenjak dahulu lagi. Ada sebahagian kecil shaja
yang solat lapan rakaat.
Demikian juga umat Islam di negara-negara lain. Jika anda pergi ke
Mekah dalam bulan Ramadhan maka anda akan dapati solat sunat
Tarawih di masjid AL-Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah
dikerjakan dua puluh rakaat.

Solat Sunat Witir


Jika anda berniat hendak bangun tengah malam, mengerjakan solat
sunat Tahajjud, solat Hajat, solat Tasbih dan sebagainya, maka solat
sunat Witir ini bolehlah ditangguhkan, dan dilaksanakan yang terakhir
sekali iaitu setelah selesai dikerjakan semua solat-solat tersebut.


Kebanyakan orang ramai yang mendirikan solat Tarawih berjemaah
di masjid atau surau, biasanya akan terus mengerjakan solat sunat
Witir tiga rakaat (dua salam) dengan berjemaah, sebaik sahaja selesai
solat sunat Tarawih.

AMALAN DI MALAM BULAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan
melipatgandakan amal ibadat. Allah s.w.t. telah menjanjikan untuk
mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda, termasuk
juga balasan syurga. Di antara banyak amal ibadat yang boleh
dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid, Qiamullail dan
solat sunat Tasbih, berzikir, bertahmid, membaca al-Quran dan
sebagainya.

1. Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi
s.a.w. telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.


Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di
masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.,
dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan
kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan
tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kaifiat Iktikaf

Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari
sebarang najis.

Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita
boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami
hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.


Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid
untuk menunaikan keperluan-keperluan yang pokok sahaja, seperti
makan minum, membuang air dan seumpamanya. Keluar dari masjid
untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.


Iktikaf di dalam masjid boleh dilakukan siang atau malam. Mereka
yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya
beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga
menjelang subuh.

2. Kelebihan Malam Lailatul-Qadar

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-
Quran surah al-Qadar, malam Lailatul-Qadar itu mempunyai fadhilat
dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi
mereka yang beriktikaf dan beribadai pada malam tersebut adalah
menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.
Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha
mencari dan beriktikaf di malam Lailatul-Qadar itu. Aisyah
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam
tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.


(Hadis riwayat Bukhari, Muslim at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas menyatakan bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
Carilah malam Lailatul-Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan
Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah
membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu
berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya,
masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang
mengetahuinya.

Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadar


Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam
Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu
tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin.
Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.


Dalam Sahi Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar
seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi.
Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan
memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang
ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik
semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu
melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana
di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada
malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih,
berdoa, beriktikaf dan sebagainya.


ELEBI HAN ZI KI R DAN SELAWAT
KELEBI HAN ZI KI R DAN SELAWAT KE ATAS NABI ,
SUNNAH


KATA-KATA HI KMAH, KELEBI HAN ZI KI R DAN SELAWAT
KE ATAS NABI, SUNNAH


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya
ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di
kabulkan Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana
hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua
dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak
dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping
beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai
menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri
dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di
ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari,
insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di
samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian
pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya
akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari,
dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang
lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila
berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. J ika baginda suka, dia
makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi
jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan
3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. J arang sekali beliau
makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau
sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan
dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali
pada air dan minum. I nsyaALLAH, perut yang sakit atau
memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya
terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam
keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu
Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali
setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya
imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai
menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda
makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan
dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap
selesai solat subuh, Maghrib dan I syak, ALLAH akan
menghindarkannya daripada sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga
mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (
astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain,
Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap
hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman
musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk
jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala
urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-I khlas,Al-Falaq dan
An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh
tubuh)mohon perlindunganNYA) Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang
akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada
mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan
junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan
dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara
rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta
tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat
Nabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang
lain (kerana bimbang terdedah aurat) Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama
tujuh J umaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat
(pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang
ringkas (mudah) Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti
doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang
menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui
Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat
sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun
(astagfirullahalaziim) tiga kali Muslim. Dalam riwayat yang
lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat
supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat
80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH
akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith:
Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya
dimulut (kerana dibimbangi terpercik) Abu Dawud

38. J iwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH
itu Maha Luas RahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku
sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada
hari kiamat dengan keadaan bercahaya Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu
terima hadiah & amat menghargainya Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap
hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak
disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan
sesuatu & jangan kamu sukarkannya Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila
kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka
berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban
hari tak kira berapa hitungannya, I nsyaALLAH dihindarkan
daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan
sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat
mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta
dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi
(apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali
Bukhari. J ika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah
seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap
isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang
baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap
hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Anda mungkin juga menyukai