Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI
KECEMERLANGAN UPSR
















Disediakan oleh:

FATIN NOR AFIQAH BINTI ZAINUDIN
NAZURAH BINTI OTHMAN
NOR AZIRAH BINTI ABDUL LATIF
SUHAILI BINTI MAMAT @ ISMAIL

SK. TAMAN DATO HARUN (1)
















































KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR

1.0 PENDAHULUAN
Program motivasi kecemerlangan UPSR dilaksanakan bertujuan meningkatkan motivasi murid
seterusnya dapat membantu murid-murid mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang
akademik malah dari segi sahsiahnya. Ceramah motivasi kecemerlangan murid ini akan
disampaikan oleh seorang penceramah luar yang dijemput. Pengisian ceramah motivasi ini
merangkumi cara-cara untuk menjadi murid yang cemerlang dan menanam sikap tanggungjawab
murid-murid untuk cemerlang. Selain itu, slot LDK juga akan turut dimuatkan dan membantu
murid-murid membina kemahiran sosial.


2.0 RASIONAL PROGRAM
Program motivasi ini merupakan satu program ke arah meningkatkan kecemerlangan murid-
murid. Melalui pengisian yang diberikan sepanjang ceramah, murid-murid dapat membentuk
keyakinan diri dan membina semangat untuk menjadi murid yang cemerlang.


3.0 MATLAMAT PROGRAM
Program motivasi ini memastikan murid-murid dapat membentuk sahsiah diri seterusnya dapat
menjadi murid yang cemerlang melalui kesedaran kepada tanggungjawab pada diri sendiri
sebagai seorang murid.


4.0 OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan tahap motivasi murid-murid terutamanya dalam bidang akademik.
Membantu murid mengenali potensi diri serta keupayaan diri sendiri.
Membina keyakinan diri murid-murid dengan motivasi yang diberikan.
Memastikan murid-murid mempunyai semangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.




5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Encik Mohammed Faudzan Bin Abdul Karim (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Puan Nazilah Binti Mahamud (Guru Penolong Kanan 1)
Puan Pakithai Boospon a/p Ponniah (Guru Penolong Kanan HEM)
Encik Hussin Bin Juri (Guru Penolong Ko-kurikulum)
Penyelaras Program : Cik Nazurah Binti Othman
Setiausaha : Cik Fatin Nor Afiqah Binti Zainudin
Teknikal : Cik Suhaili Binti Mamat @ Ismail
Dokumentasi : Cik Nor Azirah Binti Abdul Latif
Kawalan murid : Puan Noor Aishah Bt. Mohd Nordin (Penyelaras Tahun 6)
Puan Salmizan Bt. Ismail
Puan Rosnizam Bt. Abdullah
Puan Nor Aiza Bt. Ayob
Puan Siti Hasya Binti Yusof
Encik Mohamad Hafifi Bin Abd Rasid


6.0 KUMPULAN SASARAN
Program motivasi ini dilaksanakan untuk murid-murid tahun enam, iaitu seramai 150 orang
murid. Murid lelaki seramai 73 orang dan murid perempuan seramai 77 orang.


7.0 MASA DAN TEMPAT
Program motivasi ini akan dilaksanakan pada 13 Julai 2013, iaitu hari Sabtu di Dewan Sekolah
Kebangsaan Taman Dato Harun (1).


8.0 TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 pagi : Program Motivasi-SLOT 1
9.30 pagi : Rehat
9.45 pagi : Program Motivasi-SLOT 2
10.45 pagi : Majlis penutup
11.00 pagi : Bersurai
9.0 SUMBER KEWANGAN

No. Perkara Jumlah
1. Persendirian RM 100.00
JUMLAH RM 100.00


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

No. Perkara Jumlah
1. Bayaran penceramah RM 100.00
2. Hamper (dua)
- Tajaan daripada Ko-kurikulum

-
JUMLAH RM 100.00














11.0 PENUTUP
Segala sokongan dan kerjasama dari semua pihak adalah sangat dihargai bagi menjayakan
program ini. Segala sumbangan sama ada dalam bentuk moral dan material didahulukan dengan
ucapan terima kasih. Kami mengharapkan kerjasama agar kelancaran program ini dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.
Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,

.
(FATIN NOR AFIQAH BINTI ZAINUDIN)
Setiausaha,
Program Motivasi Kecemerlangan UPSR,
Sek. Keb. Taman Dato Harun (1),
Km. 12 Jalan Klang Lama,
46 000 Petaling Jaya.


Disemak oleh,

.
(ENCIK MOHD ZULKHAIRE B. MAMAT)
Mentor,
Program Motivasi Kecemerlangan UPSR,
Sek. Keb. Taman Dato Harun (1),
Km. 12 Jalan Klang Lama,
46 000 Petaling Jaya.


Disahkan oleh,

.
(ENCIK MOHAMMED FAUDZAN BIN ABDUL KARIM)
Guru Besar,
Sek. Keb. Taman Dato Harun (1),
Km. 12 Jalan Klang Lama,
46 000 Petaling Jaya.

Anda mungkin juga menyukai