Anda di halaman 1dari 12

Tarikh : 27 April 2011

Masa : 8.00 pagi 10.00 pagi


Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk :

Sang Kancil Menipu Harimau

Tahun : Tahun 5 Jujur


Bilangan murid : 30 Orang

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :


i.

Membaca kuat perkataan dan ayat berdasarkan teks Sang Kancil


Menipu Harimau dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

ii.

Membina tiga ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang terdapat


dalam teks Sang Kancil Menipu Harimau.

Hasil pembelajaran :
Fokus utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
i. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 1
i.

Membina perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Kemahiran bahasa : Kemahiran lisan, membaca, menulis


Sistem bahasa : Tatabahasa, ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi
Ilmu ; Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik
Nilai : Amanah, Tidak Menipu
Kemahiran bernilai tambah :
i) Kemahiran berfikir : menjana idea
ii) kecerdasan pelbagai : kinestetik, muzik
iii) kemahiran belajar cara belajar : mendengar dengan cekap, belajar secara berkumpulan
iv) kemahiran kontekstual : menghubungkait
Bahan bantu mengajar : Petikan teks Sang Kancil Menipu Harimau, kad gambar,
lembaran kerja, bunyi-bunyian haiwan.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah membaca cerita dongeng dan tahu serba sedikit
mengenai ayat tunggal dan ayat majmuk.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Catatan

Pembelajaran

Set induksi ( 5 minit )


Teknik penyoalan :
Contoh soalan:

i. Guru bertanyakan tentang

binatang peliharaan pelajar.

Pembelajaran
Kontekstual :
- Menghubung

i. Apakah haiwan ini?

kaitkan isi

ii. Dimanakah haiwan

pelajaran dengan

ini berada?

pengalaman sedia
ada murid.

Contoh jawapan jangkaan :


i.

Kancil dan harimau.

ii.

Di hutan dan zoo.

Bahan :
- Kad Gambar
Haiwan

Gambar haiwan :
-

Kancil

Harimau

ii. Guru menunjukkan kad gambar


haiwan kepada murid.

Tajuk pelajaran adalah


Sang Kancil Menipu
Harimau

iii. Guru mengaitkan jawapan murid


dengan tajuk pelajaran

Langkah 1 (15 minit )

Kemahiran belajar
cara belajar :

Petikan dalam lampiran 1

i. Guru mengedar petikan cerita


kepada murid.

- Mendengar
dengan cekap.
Bahan :

ii. Guru membaca petikan tersebut


dan murid menyemak bacaan.

- Petikan Sang
Kancil Menipu
Harimau

iii. Secara berkumpulan, murid


dikehendaki membaca petikan

Skala penilaian

dengan nada dan intonasi yang

bercerita

sesuai sambil murid lain


menyemak bacaan.

Penilaian merujuk kepada


skala bercerita seperti
dalam lampiran 2

iv. Guru memberi penilaian


terhadap cerita yang
disampaikan oleh murid secara
lisan.

Langkah 2 ( 15 minit)

Kemahiran Belajar
Cara Belajar :

Peta cerita lampiran 3

i. Guru mengedarkan peta cerita


kepada murid berkaitan petikan
yang dibaca.

- Memahami teks
yang dibaca.
- Belajar secara
berkumpulan.

ii. Secara berkumpulan, murid


dikehendaki menyelesaikan
soalan tersebut.

Bahan :
- Petikan teks cerita

Sang Kancil
iii. Guru dan murid berbincang
tentang peta cerita

Langkah 3 (20 minit )

Menipu Harimau
- Peta cerita

Kemahiran Berfikir:
- Menjana idea dan

i. Guru menerangkan serba sedikit

fikiran.

mengenai Kata Kerja kepada


murid-murid.
ii. Guru meminta murid
Kata Kerja :
-

Duduk
Mencari
Makan
Mendengar
Menunggu
Menunjukkan
Memberikan
Memandang
Mengejar

menyenaraikan seberapa banyak


kata kerja dalam petikan teks
tersebut.

iii. Guru meminta


murid membina dua ayat tunggal
dari kata kerja yang
tersenarai dalam petikan
tersebut.
iv. Guru mengadakan sesi
perbincangan bersama muridmurid mengenai jawapan

Bahan :
- Petikan teks cerita
Sang Kancil
Menipu Harimau

mereka.

Penutup ( 5 minit )

Kecergasan
Pelbagai:

Penutup Sosial
Bunyi- bunyian haiwan :
- Anjing
- Ayam
- Gajah
- Kambing
- Kucing
- Monyet
Penutup Kognitif
Contoh nilai :
- Amanah
- Jangan berbohong

i. Guru memperdengarkan bunyibunyian haiwan sambil

Kinestetik

Muzik

membuat pergerakan dalam


bulatan dan diikuti oleh muridmurid.
ii. Guru meminta murid-murid
menyatakan nilai dan
pengajaran daripada cerita.

LAMPIRAN 1
Cerita Sang Kancil Menipu Sang Harimau

Bahan :
- Bunyi-bunyian
haiwan

Harimau ternampak Sang Kancil duduk di bawah sepohon pokok. Pada ranting pokok
itu ada sarang tebuan.
Hah, Sang Kancil ! Puas aku cari kamu, sekarang baru bertemu, kata harimau.
Apalagi yang kamu hendak, harimau? tanya Sang Kancil.
Aku nak makan kamu, kata harimau.
Nak makan aku? Eh, sekarang tak boleh, harimau, kata Sang Kancil .
Sang Kancil memberitahu dia sedang menjalankan perintah Raja Sulaiman.
Aku diperintahkan menunggu benda ini, kata Sang Kancil sambil menunjukkan ke
arah sarang tebuan.
Sang Kancil memberitahu harimau itulah gong Raja Sulaiman.
Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan, kata Sang
Kancil.
Tentu sedap bunyi gong raja, kata harimau.
Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira, kata Sang Kancil
sambil memandang ke arah sarang tebuan itu.
Harimau meminta Sang Kancil memalu gong itu kerana ia sangat ingin mendengarnya.
Sang Kancil tidak mahu kerana katanya ia hanya diperintahkan supaya menjaganya,
dan bukan memalunya.
Tolonglah, Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Baginda bukan ada di sini, kata harimau
merayu.
Tak boleh. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tak jujur, kata Sang Kancil.
Bagaimana kalau aku yang memalunya,kata harimau.
Sang Kancil terdiam. Dia berfikir seketika.
Baiklah harimau. Jika kamu ingin memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh dari sini,
kata Sang Kancil.
Sang Kancil memberikan sebatang kayu kepada harimau.
Palulah gong itu dengan kayu ini apabila aku suruh, kata Sang Kancil.
Sang kancil pergi dari pokok itu. Apabila sudah jauh,ia berteriak dengan kuat,
Harimau, palu!
Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Wah, apabila sarangnya dipalu, maka
keluarlah semua tebuan itu lalu menyengat harimau.

Aummmm! Harimau mengaum dengan kuatnya. Dia meraung kesakitan. Semua


tebuan itu menyerang seluruh badannya. Harimau lari dengan lajunya. Akan tetapi
tebuan-tebuan terus mengejarnya. Mujurlah ia terjumpa sungai. Ia pun terjun ke dalam
sungai untuk menyelamatkan dirinya.

LAMPIRAN 2

GRED

CIRI-CIRI PERTUTURAN/BERCERITA

Cemerlang (A)

Baik (B)

Sebutan dan intonasi amat baik jelas dan betul.

Penyampaian isi cerita amat menarik dan amat lengkap.

Penggunaan bahasa amat baik, tiada kesalahan bahasa.

Penyampaian amat lancar dan amat berkesan.

Sebutan dan intonasi yang baik jelas dan betul.

Penyampaian isi cerita yang menarik dan lengkap.

Penggunaan bahasa yang baik, terdapat beberapa


kesalahan bahasa.

Sederhana (C)

Penyampaian yang lancar dan berkesan.

Sebutan dan intonasi masih baik, jelas dan betul.

Penyampaian isi cerita yang masih menarik dan lengkap.

Penggunaan bahasa masih baik, terdapat beberapa


kesalahan bahasa pada tahap sederhana.

Lemah (D)

Sebutan dan intonasi yang lemah, kurang jelas dan sering


melakukan kesilapan.

Penyampaian isi cerita yang kurang menarik dan kurang


lengkap.

Penggunaan bahasa yang lemah, banyak kesalahan


bahasa.

LAMPIRAN 4

Siapakah watak utama cerita?


Apakah kesudahan cerita ini?

Permulaa
n cerita
Akhir
cerita

Di manakah peristiwa itu berlaku?

Tajuk Cerita

Bagaimanakah keadaan watak


utama?

Jalan
cerita

Tujuan
penting watak
utama
Apakah yang hendak dilakukan
oleh watak utama?

Bagaimanakah keadaan watak


utama ketika diserang tebuan?

Kenapakah watak utama


melakukan perkara itu?

AKTIVITI PENGAYAAN

Sila cari sembilan kata kerja yang tersembunyi


N

1.

__________________________ 6.

_________________________

2. __________________________

7. _________________________

3. __________________________

8. _________________________

4. __________________________

9. _________________________

5. __________________________

AKTIVITI PEMULIHAN

Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Kami _____________ ayam goreng itu.


2. Budak itu _______________ buku di perpustakaan.
3. Semua pegawai diminta untuk _____________ dari tempat duduk.
4. Kakak ____________ teresak-esak kerana terlalu sedih.
5. Kami semua ____________ apabila melihat pertunjukan ahli silap mata

itu.
6. Pelajar-pelajar _____________ membersihkan kawasan sekolah.
7. Pak Ali _______________ harimau itu dengan senapangnya.
8. Ajwad _______________ sedulang makanan kepada tetamu.
9. Seluruh rakyat ______________ apabila
10. Julezza _____________ melihat keadaan rumahnya yang berselerak.

bangun

memberontak
membaca

terpegu

menunjukkan
menangis

Bergotongroyong

makan

tercengang
menembak

menghidangkan

mengejar

Anda mungkin juga menyukai