Anda di halaman 1dari 2

Hikayat Terung Pipit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siri sastera Fajar Bakti. ISBN 9679335100; 9679335100

'Hikayat Terung Pipit merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu
yang ditulis pada masa dahulu sekitar . Pengarangnya Tidak diketahui. Ia adalah
antara yang masih terselamat sehingga hari ini. Hikayat Terung Pipit dianggap satusatunya hikayat tertua di utara Semenanjung, khususnya Kedah dan Perlis, dan
merupakan bahan terawal cerita lisan yang dikaji oleh para sarjana Barat pada
peringkat awalnya sekitar 1920-an.
Cuma sebuah cerita sahaja yang dikumpul dan dibukukan berjodol Hikayat Terung
Pipit. Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, ianya pernah disebarkan secara
meluas sebelum Perang Dunia Kedua melalui wayang kulit Melayu dan tukangtukang cerita. Di Kedah mereka dikenali sebagai Selampit/Tuk Selampit yang juga
menjadi watak utama dalam Cerita-cerita Terung Pipit (CTP).
[sunting]Petikan

Hikayat

" ALKISAH, maka tersebutlah suatu ceritera zaman dahulukala; kisah tersebut
di Tanah Jawa. Sebermula, maka tersebutlah konon ada seorang raja dua
bersaudara, yang tuanya itu bernama Raja Kobad Syah dan yang bongsunya
itu bernama Raja Kobad Syahrin, dan adapun Raja Kobad Syah itu, ia yang
menjadi raja besar dan yang adik baginda itu diletakkan baginda menjadi Raja
Muda di bawah perintah baginda. Maka akan baginda itu terlalulah adil,

perintah setengah Pulau Jawa itu terhukum di dalam tangan baginda dua
bersaudara itu."

Anda mungkin juga menyukai