Anda di halaman 1dari 11

Solat Sunat Rawatib

Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum
atau selepas solat fardhu.
Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
5. 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
5. 2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.
Sabda Rasulullah s.a.w :





( )
Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari
Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua



rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."
(Muttafaq alaih)
NIAT SOLAT RAWATIB
1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut :


2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut :


Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
( /

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh)
dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.







|Laman Utama| |Kenali Pondok| |Mutiara Ilmu| |Kaunseling| |Forum| |Muzakarah| |Fatwa Online|




Iqra' Soft Hakcipta Terpelihara 2002






Solat Sunat Wudhuk



Solat sunat wudhuk dikenal juga dengan solat Syukur wudhu' yakni solat sebanyak
dua rakaat yang dikerjakan selepas seseorang mengambil wudhuk, tanpa ditetapkan
dengan waktu yang tertentu baik pagi, petang, siang ataupun malam.
NIAT

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat wudhu' dua rakaat kerana Allah
Taala.






Solat Sunat Tahiyyatul Masjid



Solat sunat Tahiyyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat
sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk.
DALIL
Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi masjid, maka
janganlah dia duduk sebelum solat dua rakaat".
NIAT

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana
Allah Taala.




Solat Sunat Tahajjud




Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau
sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan solat
isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tidak
mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak
terhad.
DALIL
Firman Allah Taala :

Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah
(tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat

(kedudukan) yang terpuji"
NIAT


Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD


"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah
kami dari azab neraka"


Maksudnya : "Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau
kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di
langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji
engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau
adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah
benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu
akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah
Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan
dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"

Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil
istighfar.


Maksudnya :

"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan
daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar
keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku
mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka
ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa
melainkan Engkau"




Solat Sunat Gerhana



Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini
merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah.
Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak
baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya
gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana
Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :
"
) ."
(
Maksudnya : "Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya
Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan
tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya
gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu."
CARANYA :
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau
secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana
mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama :
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua :
Sama seperti rakaat pertama.
NIAT

: Gerhana Bulan

: Gerhana Matahari


Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana
Allah Taala.




Solat Sunat Taubah



Solat sunat taubat ialah solat sunat yang dilakukan sesudah seseorang melakukan
perbuatan dosa atau merasa berbuat dosa, lalu bertaubat kepada Allah. Dengan berjanji
tidak akan mengulanginya.
DALIL
Sabda Rasulullah s.a.w :




.

( .
)
aMnduskaM : " Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan dosa, kemudian segera
bangun dan berwudhuk. Kemudia solat lalu memohon ampunan dari Allah, pasti Alla h
akan memberi ampunan baginya. Setelah itu dibaca surah ini : " Mereka yang pernah
mengerjakan kejahtaan atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri, lalu mereka
segera ingat kepada Allah, terus memohon ampunan di atas dosanya. Siapa pula yang
akan m engampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah itu mereka insaI dan sedar
bahawa ia tidak akan mengulanginya lagi perbuatan dosa seperti yang sudah - sudah,
maka mereka itu akan diberi pahala dengan syurga di mana di bawahnya mengalir air
sungai, dan di si tulah tempat mereka kekal abadi "
Selepas selesai dari solat, maka beristighfarlah banyak-banyak. Antara istighfar yang
baik ialah penghulu istighfar :


Maksudnya : "Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau,
Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan
perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang
yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku
dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat
mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"
Diriwayatkan oleh Bukhari


Solat Sunat Tasbih



Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat
bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4
rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak
4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita
membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta
surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca
sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang
kedua.
2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih
dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud
yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur
(Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan
Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan
pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan
asar)
NIAT


Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.
TASBIH YANG DIBACA


Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah
Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi
Agung.

JADUAL TASBIH
1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat 15
JUMLAH 150 X 2 = 300
2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Awal 15
Selepas Tahiyyat Awal 15
Sesudah Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Akhir 15
JUMLAH 300
DOA SOLAT TASBIH


Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-
orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana
amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat
orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar
dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti
mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang
yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang
menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat
kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga
sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga
sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan
supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau
sebagai Pencipta.

Solat Sunat Azan



Sunat Sunat Azan ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat selepas bilal
mengumandangkan azannya.

DALIL
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah Ibn.
Mughaffal Al-Mazni.

Maksudnya :Di antara dua azan itu terdapat solat dua rakaat
NIAT

Maksudnya :Sahaja aku solat sunat azan dua rakaat kerana Allah Taala

Anda mungkin juga menyukai