Anda di halaman 1dari 12

YA ALLAH

Ya Allah, Lafzhul Jalalah.


Nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian.
Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau
solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala
yang dihajati.
1. YA RAHMAN
Yang Maha Pengasih.
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita
akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan
menjadi hilang dengan izin Allah.
2. YA RAHIM
Yang Maha Penyayang.
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan
mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa
cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
3. YA MALIK
Raja Yang Maha Berkuasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya
matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan
mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.
4. YA QUDDUS
Yang Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari,
maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti
sombong, iri hati, dengki & lain-lain.
5. YA SALAAM
Yang Maha Sejahtera.
Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan
terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar,
sihat & sejahtera.
6. YA MU'MIN
Ya Maha Mengamankan.
Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala
kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam
gangguan yang merosakkan.
7. YA MUHAIMIN
Yang Maha Melihara.
Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah
fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

8. YA 'AZIZ
Yang Maha Perkasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan
menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.
9. YA JABBAR
Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.
Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang semua musuh akan
menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
10.YA MUTAKABBIR
Yang Memiliki Kebesaran.
Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak
kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan
menjadi pembantu yang setia.
11.YA KHALIQ
Yang Maha Pencipta.
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin
otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.
12.YA BARI'Yang Maha Merancang.Sekiranya kita berada di dalam kesukaran
atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut,
insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit
tersebut.
13.YA MUSAWWIR
Yang Maha Pembentuk.
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka
cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga
Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya
Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka
puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi
hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak
berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak
yang soleh.
14.YA GHAFFAR
Yang Maha Pengampun.
Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini
sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,
insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.
15.YA QAHHAR
Yang Maha Perkasa.
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan
dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orangorang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
16.YA WAHHAB
Yang Maha Memberi Kurnia.

Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di
dalam kesempitan, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam
soal apa pun akan hilang.
17.YA RAZZAQ
Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dzikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh,
insyaallah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa
berkat.
18.YA FATTAH
Yang Maha Pembuka.
Dzikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita
akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
19.YA 'ALIM
Yang Maha Mengetahui.
Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan
mendapat kemakrifatan yang sempurna.
20.YA QABID
Yang Maha Menyempitkan.
Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan
Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
21.YA BASIT
Yang Maha Melapangkan.
Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi
murah.
22.YA KHAFID
Yang Maha Merendahkan.
Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk &
tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika
mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
23.YA RAFI'
Yang Maha Mengangkat.
Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah
keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempattempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
24.YA MU'IZ
Yang Maha Membeningkan.
Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan
atau perniagaan.
25.YA MUZIL
Yang Maha Menyesatkan.
Pebanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang

kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan


sedar & membayar hutangnya kembali.
26.YA SAMI'
Yang Maha Mendengar.
Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam,
amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi
sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.
27.YA BASIR
Yang Maha Melihat.
Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan
menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik &
hidayah dari Allah.
28.YA HAKAM
Yang Maha Melapangkan.
Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci,
insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah
menerima ilmu-ilmu agama.
29.YA 'ADL
Yang Maha Adil
Dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu,
insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.
30.YA LATIF
Yang Maha Lembut
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi
para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya
menjadi laris dan maju.
31.YA KHABIR
Yang Maha Berwaspada
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat
bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.
32.YA HALIM
Yang Maha Penyantun.
Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang
mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak
akan dicabar.
33.YA 'AZIM
Yang Maha Agung.
Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x
kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan,
dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.
34.YA GHAFFUR
Yang Maha Pengampun

Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan


mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya.
Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.
35.YA SYAKUR
Yang Maha Mensyukuri.
Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima
kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan
Allah.
36.YA 'ALI
Yang Maha Tinggi
Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada
air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk
kecerdasan minda seseorang.
37.YA KABIR
Yang Maha Besar
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut
gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah.
Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)
38.YA HAFIZ
Yang Maha Penjaga
Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan
binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
39.YA MUQIT
Yang Maha Pemberi Kekuatan.
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan
makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan
menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.
40.YA HASIB
Yang Maha Pembuat Perhitungan
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini
sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib,
insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.
41.YA JALIL
Yang Maha Mempunyai Keagungan
Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah
maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.
42.YA KARIM
Yang Maha Mulia.
Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat
kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur.
Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir
ini.

43.YA RAQIB
Yang Maha Mengawasi
Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga
terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
44.YA MUJIB
Yang Maha Mengabulkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita
akan dimakbulkan Nya.
45.YA WASI'
Yang Maha Luas
Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap
pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini
sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki
sesama makhluk.
46.YA HAKIM
Yang Maha Bijaksana.
Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal
dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap
hari.
47.YA WADUD
Yang Maha Penyiram Kesejukan.
Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan
menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah
tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.
48.YA MAJID
Yang Maha Penyandang Kemegahan
Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu
hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah
semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita
sebagai ketua keluarga.
49.YA BA'ITH
Yang Maha menbangkitkan
Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada.
Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
50.YA SYAHID
Yang Maha Menyaksikan
Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap
malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.
51.YA HAQ
Yang Maha Besar

Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk


menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
52.YA WAKIL
Yang Maha Pemegang Amanah
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa,
maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut
akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.
53.YA QAWI
Yang Maha Kuat
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila
berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si
zalim.
54.YA MATIN
Yang Maha Kukuh
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat
mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk
mengganggu.
55.YA WALI
Yang Maha Melindungi
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan
kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang
yang bersifat dengki.
56.YA HAMID
Yang Maha Terpuji
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja
yang paling berhak menerima segala pujian.
57.YA MUHSI
Yang Maha Penghitung.
Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn
yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak
mungkin sesudah solat 5 waktu.
58.YA MUBDI
Yang Maha Memulakan
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan
sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.
59.YA MU'ID
Yang Maha Mengembalikan
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya,
amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan
dipertunjukkan hasilnya.
60.YA MUHYI
Yang Maha Menghidupkan

Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan
kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
61.YA MUMIT
Yang Maha Mematikan.
Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan
dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.
62.YA HAYYU
Yang Maha Hidup.
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
63.YA QAYYUM
Yang Maha Menegakkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan
memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap
manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang
terhormat.
64.YA WAJIDYang Maha Menemukan
Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
65.YA MAJID
Yang Maha Mulia.
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini
setiap hari.
66.YA WAHID
Yang Maha Tunggal
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir
ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama
sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis.
Insyaallah.
67.YA AHAD
Yang Maha Esa
Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan
melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang
lain.
68.YA SAMAD
Yang Maha Diperlukan.
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka
pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri
ini akan berasa kembali segar.
69.YA QADIR
Yang Maha Menentukan

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir
ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.
70.YA MUQTADIR
Yang Maha Berkuasa
Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita
berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat
kita.
71.YA MUQADDIM
Yang Maha Mendahulukan
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya
akan berhasil.
72.YA MUAKHKHIR
Yang Maha Mengakhirkan
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan
zikir ini.
73.YA AWWAL
Yang Maha Awal
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari,
insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.
74.YA AKHIR
Yang Maha Akhir
Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan
insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.
75.YA ZAHIR
Yang Maha Nyata
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi,
nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta
diberi kefahaman ilmu.
76.YA BATIN
Yang Maha Ghaib
Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan
membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman
ilmu.
77.YA WALI
Yang Maha Memberikan
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan
dibukakan pintu ma'rifat.
78.YA MUTA'ALI
Yang Maha Meninggikan
Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang
berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah

dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang
penting akan berhasil.
79.YA BARR
Yang Maha Dermawan
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa
yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.
80.YA TAWWABYang Maha Penerima Taubat
Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk
kembali ke jalan yang lurus.
81.YA MUNTAQIM
Yang Maha Penyiksa
Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita
akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan
orang yang zalim.
82.YA 'AFU
Yang Maha Pemaaf
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni
segala dosanya oleh Allah.
83.YA RAUF
Yang Maha Pengasih
Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa
sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada
waktu siang mahupun malam.
84.YA MALIKUL MULK
Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan
Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa
gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x
pada setiap malam.
85.YA ZUL JALALI WAL IKRAM
Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan
Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita
akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86.YA MUQSIT
Yang Maha Menyeimbangkan.
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87.YA JAMI'
Yang Maha Pengumpul
Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir
ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan
orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang
dalam jangka waktu yang singkat.

88.YA GHANI
Yang Maha Kaya.
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa
yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi
itu akan mendapat berkat.
89.YA MUGNI
Yang Maha Pemberi Kekayaan
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia &
akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah
segala hajat kita akan tercapai.
90.YA MANI'
Yang Maha Mencegah
Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap
hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim &
suka membuat angkara.
91.YA DARR
Yang Maha Pemberi Derita
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan
ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.
92.YA NAFI'
Yang Maha Pemberi Manfaat
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi
orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93.YA NUR
Yang Maha Bercahaya
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang
menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang
dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah
berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.
94.YA HADI
Yang Maha Pemberi Petunjuk
Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah,
insyaallah akan diberi pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95.YA BADI'
Yang Maha Pencipta Keindahan
Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan
zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita
akan berjaya & berjalan lancar.
96.YA BAQI
Yang Maha Kekal
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah

dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki
tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.
97.YA WARIS
Yang Maha Pewaris
Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan
dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.
98.YA RASHID
Yang Maha Bijaksana
Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu
Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.
99.YA SABUR
Yang Maha Sabar
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh
pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan
mencapai kejayaan.

INSYA-ALLAH.

Anda mungkin juga menyukai