Anda di halaman 1dari 14

1.

YA RAHMAAN

Yang Maha Pengasih.

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang &
sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.

2. YA RAHIIM

Yang Maha Penyayang.

Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar
sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

3. YA MALIK

Raja Yang Maha Berkuasa.

Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang
dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.

4. YA QUDDUS

Yang Maha Suci

Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga
dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.

5. YA SALAAM

Yang Maha Sejahtera.

Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala
penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.

6. YA MU'MIN

Ya Maha Mengamankan.

Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan
terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

7. YA MUHAIMIN

Yang Maha Memelihara.

Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi
terang & bersih.

8. YA 'AZIZ

Yang Maha Perkasa.

Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia
disegani orang kerana penuh kewibawaan.
9. YA JABBAR

Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.

Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin
Allah.

10. YA MUTAKABBIR

Yang Memiliki Kebesaran.

Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan
semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

11. YA KHALIQ

Yang Maha Pencipta.

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima
sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.

12. YA BARI'

Yang Maha Merancang.

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari
berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.

13. YA MUSAWWIR

Yang Maha Pembentuk.

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan
berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air &
dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi
sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari.
Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak
yang soleh.

14. YA GHAFFAR

Yang Maha Pengampun.

Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil
menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.

15. YA QAHHAR

Yang Maha Perkasa.

Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan &
kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
16. YA WAHHAB

Yang Maha Memberi Kurnia.

Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempian, insyaallah
segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.

17. YA RAZZAQ

Yang Maha Pemberi Rezeki.

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan
dipermudahkan rezeki yan halal & membawa berkat.

18. YA FATTAH

Yang Maha Pembuka.

Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga
mudah menerima nasihat agama.

19. YA 'ALIM

Yang Maha Mengetahui.

Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang
sempurna.

20. YA QABID

Yang Maha Menyempitkan.

Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk
ancaman.

21. YA BASIT

Yang Maha Melapangkan.

Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.

22. YA KHAFID

Yang Maha Merendahkan.

Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud
yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

23. YA RAFI'

Yang Maha Mengangkat.

Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di
kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
24. YA MU'IZ

Yang Maha Membeningkan.

Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya
bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

25. YA MUZIL

Yang Maha Menyesatkan.

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk
memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

26. YA SAMI'

Yang Maha Mendengar.

Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut
kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.

27. YA BASIR

Yang Maha Melihat.

Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak
& selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

28. YA HAKAM

Yang Maha Melapangkan.

Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati
seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.

29. YA 'ADL

Yang Maha Adil

Dizikirkan sebanak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat
berlaku adil.

30. YA LATIF

Yang Maha Lembut

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan
menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.

31. YA KHABIR

Yang Maha Berwaspada

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak
yang terpisah sekian lama.
32. YA HALIM

Yang Maha Penyantun.

Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah
dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.

33. YA 'AZIM

Yang Maha Agung.

Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan
sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan,
dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.

34. YA GHAFFUR

Yang Maha Pengampun

Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya
dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.

35. YA SYAKUR

Yang Maha Mensyukuri.

Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah
semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.

36. YA 'ALI

Yang Maha Tinggi

Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum,
insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.

37. YA KABIR

Yang Maha Besar

Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini
sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah.
Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)

38. YA HAFIZ

Yang Maha Penjaga

Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya
apabila kita berada di dalam hutan.
39. YA MUQIT

Yang Maha Pemberi Kekuatan.

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka
perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan
hilang.

40. YA HASIB

Yang Maha Pembuat Perhintungan

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum
matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang
gangguan.

41. YA JALIL

Yang Maha Mempunyai Keagungan

Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih
tinggi dan terhormat.

42. YA KARIM

Yang Maha Mulia.

Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini
sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.

43. YA RAQIB

Yang Maha Mengawasi

Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana
berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.

44. YA MUJIB

Yang Maha Mengabulkan.

Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.

45. YA WASI'

Yang Maha Luas

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah
segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad
dengki sesama makhluk.
46. YA HAKIM

Yang Maha Bijaksana.

Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas
& lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

47. YA WADUD

Yang Maha Penyiram Kesejukan.

Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa
bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.

48. YA MAJID

Yang Maha Penyandang Kemegahan

Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah
tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi&
menghormati kita sebagao ketua keluarga.

49. YA BA'ITH

Yang Maha Membangkitkan

Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan
dada dengan ilmu & hikmah.

50. YA SYAHID

Yang Maha Menyaksikan

Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan
sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah
sikapnya.

51. YA HAQ

Yang Maha Besar

Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam
menjalankan perintah Allah.

52. YA WAKIL

Yang Maha Pemegang Amanah

Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan
zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.
53. YA QAWI

Yang Maha Kuat

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan
mahupun berdepan dengan si zalim.

54. YA MATIN

Yang Maha Kukuh

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan
sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

55. YA WALI

Yang Maha Melindungi

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari
sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.

56. YA HAMID

Yang Maha Terpuji

Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima
segala pujian.

57. YA MUHSI

Yang Maha Penghitung.

Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah,
maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

58. YA MUBDI

Yang Maha Memulakan

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.

59. YA MU'ID

Yang Maha Mengembalikan

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x
setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.

60. YA MUHYI

Yang Maha Menghidupkan

Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
61. YA MUMIT

Yang Maha Mematikan.

Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik
& sebagainya.

62. YA HAYYU

Yang Maha Hidup.

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

63. YA QAYYUM

Yang Maha Menegakkan.

Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang
banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang
terhormat.

64. YA WAJID

Yang Maha Menemukan

Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka
perbanyakkan zikir ini.

65. YA MAJID

Yang Maha Mulia.

Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar
tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

66. YA WAHID

Yang Maha Tunggal

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali
selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin &
Khamis. Insyaallah.

67. YA AHAD

Yang Maha Esa

Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan
kepada diri kita atau orang lain.
68. YA SAMAD

Yang Maha Diperlukan.

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir
ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.

69. YA QADIR

Yang Maha Menentukan

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari.
Insyaallah segala hajat akan berhasil.

70. YA MUQTADIR

Yang Maha Berkuasa

Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan
mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. YA MUQADDIM

Yang Maha Mendahulukan

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x
setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.

72. YA MUAKHKHIR

Yang Maha Mengakhirkan

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.

73. YA AWWAL

Yang Maha Awal

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati
akan diperkenan Allah.

74. YA AKHIR

Yang Maha Akhir

Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu
rezeki yang halal.

75. YA ZAHIR

Yang Maha Nyata

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka
hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
76. YA BATIN

Yang Maha Ghaib

Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari
segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.

77. YA WALI

Yang Maha Memberikan

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.

78. YA MUTA'ALI

Yang Maha Meninggikan

Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak
mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan
berhasil.

79. YA BARR

Yang Maha Dermawan

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana
dengan mudah.

80. YA TAWWAB

Yang Maha Penerima Taubat

Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. YA MUNTAQIM

Yang Maha Penyiksa

Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah
dalam berhadapan dengan orang yang zalim.

82. YA 'AFU

Yang Maha Pemaaf

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. YA RAUF

Yang Maha Pengasih

Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan
zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.
84. YA MALIKUL MULK

Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan

Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak
212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.

85. YA ZUL JALALI WAL IKRAM

Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan

Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan
Allah.

86. YA MUQSIT

Yang Maha Menyeimbangkan.

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil
kepada mereka yang mengamalkannya.

87. YA JAMI'

Yang Maha Pengumpul

Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap
hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan
pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. YA GHANI

Yang Maha Kaya.

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat
berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. YA MUGNI

Yang Maha Pemberi Kekayaan

Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.

90. YA MANI'

Yang Maha Mencegah

Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan
terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. YA DARR

Yang Maha Pemberi Derita

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah
lama dihidapi akan cepat sembuh.

92. YA NAFI'

Yang Maha Pemberi Manfaat

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang
sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. YA NUR

Yang Maha Bercahaya

Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang
agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah
berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.

94. YA HADI

Yang Maha Pemberi Petunjuk

Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberia pertolongan
dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. YA BADI'

Yang Maha Pencipta Keindahan

Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas
solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.

96. YA BAQI

Yang Maha Kekal

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua
pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.

97. YA WARIS

Yang Maha Pewaris

Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang &
hidup yang berhasil.
98. YA RASHID

Yang Maha Bijaksana

Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita
akan beroleh minda yang cerdas.

99. YA SABUR

Yang Maha Sabar

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini.
Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai
kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai