Anda di halaman 1dari 1

SELAWAT TAFRIJIYAH 300x TANPA HENTI & KHAFIATNYA - Ustaz Nazrul Nasir

SELAWAT TAFRIJIYAH 300x TANPA HENTI - USTAZ NAZRUL NASIR . . Saya dah pernah share tapi saya nak
share lagi. Pertama kali saya tau tentang Selawat Tafrijiyah ni adalah ketika di Mesir lama dulu,
Alhamdulillah dah dapat ijazah dari Ustaz Nazrul Nasir Al Azhari. Menjadi amalan biasanya dibaca ketika
pembukaan majlis apa apa kitab pun. Terlalu banyak kebaikan selawat dan antaranya adalah seperti di
bawah. Cara baca Selawat Tafrijiyah adalah dibaca sebanyak 4444 kali tanpa terlebih atau terkurang.
Niatlah apa sahaja niat yang baik insyaAllah qabul. Buatlah ikut kemampuan, 4444 kali itu mungkin
boleh habis dalam masa seminggu, ataupun kurang.

♥️FADHILAT/KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYAH✨ Antara kebaikan pengamal selawat ini:

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai

5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.

6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan. Menurut Imam ad-Dainuri r..a.
Amalkan setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul
khatimah. Amalkan setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat. Amalkan setiap selepas
solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah. Amalkan setiap hari, mengetahui rahsia ghaib
atau sesuatu yang dikehendaki. Amalkan tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang
dikehendaki.

Menurut Imam Qurtubi r.a. Amalkan sebanyak mungkin. Allah hilangkan segala dukacita dan
kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan
haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan. Menurut Imam Sayyidi Muhammad Khafi
r.a. Amalkan sebanyak mungkin dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat
Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna. Wallahu A’alam Bissowab

Anda mungkin juga menyukai