Anda di halaman 1dari 16

MENGENAL SOLAT JAMAK DAN QASAR MENURUT NERACA QURAN DAN SUNNAH

OBJEKTIF PENULISAN  Mendekatkan kepada para hadirin tentang tatacara solat qasar dan jamak berdasarkan dalildalil (melalui neraca al-Quran dan Hadis sahih) serta kupasannya berdasarkan penerangan para ulamak muktabar Ahlu Sunnah Wal Jamaah.  Mendekatkan para hadirin kepada kepelbagaian pandangan yang wujud di antara mazhab dan para ulamak muktabar Ahlu Sunnah Wal Jamaah (tidak hanya terhad hanya kepada pandangan dan ulasan mengikut mazhab as-Syafiie) dengan kupasan yang lebih mendalam.  Memberikan para hadirin merasai keluasan fiqh dan bersikap terbuka dan berlapang dada dalam menilai hujah-hujah yang dikemukakan oleh pandangan yang berbeza.  Mempersiapkan para hadirin sebelum membantu golongan awam di era globalisasi dengan pelbagai soalan fiqh yang lebih mencabar.

SKEMA PENULISAN Pendahuluan Pengertian Solat Jamak dan Qasar Solat Jamak Menurut Quran dan Sunnah Solat Qasar Menurut Quran dan Sunnah Kesimpulan

PENDAHULUAN Setiap manusia pasti akan menghadapi keadaan yang memerlukannya untuk mengqasar atau menjamakkan sembahyangnya. Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam mengumpamakan musafir sebahagian dari azab

: .
Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu, dia berkata:
1 [ibnyusof@gmail.com]

Bersabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam: Musafir itu adalah sebahagian dari azab yang menghalangi seseorang itu dari makan, minum dan tidur (secara yang sempurna). Maka oleh kerana itu apabila seseorang telah selesai keperluannya dalam pelayaran, hendaklah segera pulang ke pangkuan keluarganya. [Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Haj, hadis no. 1804 dan Kitab al-Jihaad wa al-Siyar, hadis no. 3001] Mencontohi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam segala bentuk ibadah merupakan sesuatu yang disyariatkan kerana baginda merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat manusia.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) [al-Ahzaab (33) : 21] Kepentingan ittiba (mengikut petunjuk Nabi) dalam topik yang dibincangkan ini adalah berpaksikan hadis berikut:

.
Sembahyanglah kalian sebagaimana kalian melihat aku bersembahyang [Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no. 631]

PENGERTIAN SOLAT QASAR Pengertian Ringkas Solat Secara Qasar:  Memendekkan/mengurangkan bilangan rakaat solat bagi solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Iaitu bagi solat Zuhur, Asar, dan Isya. Dalil Quran


Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu meng-Qasar solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh yang nyata bagimu. [Surah an-Nisa (4) ayat 101]

Dalil Hadis Diriwayat dari Abu Yala bin Umayyah


2 [ibnyusof@gmail.com]

 Aku pernah berkata kepada Umar bin Khaththab: (Allah berfirman:) maka tidaklah mengapa kamu meng-Qasar solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir. (Namun sekarang) masyarakat sekarang sudah berada dalam keadaan aman. Umar berkata: Aku juga pernah merasa hairan sebagaimana engkau merasa hairan. Maka aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai hal tersebut. Beliau bersabda: Ia suatu sedekah yang telah disedekahkan oleh allah kepada kamu. Oleh itu, terimalah sedekah Allah. [Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat orang-orang yang musafir, no. 686]

PENGERTIAN SOLAT JAMAK Pengertian Ringkas Solat Secara Jamak:  Sembahyang jamak pula bermakna mengumpulkan dua sembahyang dalam satu waktu. Contohnya mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam satu waktu ataupun Maghrib dan Isyak dalam satu waktu.  Dua jenis Jamak i. Jamak Taqdim (yang didahulukan)  iaitu mengumpulkan sembahyang Asar bersama Zuhur dalam waktu sembahyang Zuhur atau mengumpulkan sembahyang Isyak dan Maghrib dalam waktu sembahyang Maghrib. ii. Jamak Takhir (yang diakhirkan)  ialah mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam waktu sembahyang Asar atau mengumpulkan sembahyang Maghrib dan Isyak dalam waktu sembahyang Isyak. Dalil disyariatkan jamak taqdim dan jamak takhir Dijelaskan oleh Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu:

: ! : .
Inginkah tuan-tuan saya ceritakan perihal sembahyang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sewaktu sedang dalam perjalanan. Ujar kami: Baik. Katanya: Jika baginda masih berada di rumah semasa matahari telah tergelincir (masuknya waktu Zuhur), baginda jamakkan Zuhur dengan Asar (jamak taqdim) s ebelum berangkat, tapi kalau belum lagi tergelincir, maka baginda berjalan hingga nanti bila waktu Asar masuk baginda pun berhenti dan menjamak sembahyang Zuhur dengan Asar (jamak takhir). Begitu juga jika selagi baginda di rumah waktu Maghrib sudah masuk, baginda jamaklah sembahyang Maghrib
3 [ibnyusof@gmail.com]

dengan Isyak, tetapi kalau waktu belum lagi masuk, baginda terus sahaja berangkat dan nanti bila waktu Isyak tiba, baginda pun berhenti untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak itu. [Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, hadis no. 3480, Musnad Ahmad edisi 6 jilid, rujuk jld. 1, ms. 367-368.]

MEMBEZAKAN NIAT & LAFAZ NIAT Hukum niat untuk bersolat:  Wajib kerana ianya salah satu rukun solat  Umar ibnul Khaththab radliallahu anhu berkata: Aku mendengar Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda : "Amalan-amalan itu hanyalah tergantung dengan niatnya.. [Muttafaqunalaih]  Al-Baidhawi berkata, Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkan syariat adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya. [Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 1, ms. 19]

Hukum lafaz niat sebelum bersolat: Ianya bukanlah wajib, hanya sunat menurut sebahagian ulamak Syafiiyyah (tetapi para ulamak Syafiiyyah tidak mengkhususkan sebarang bentuk lafaz) Adapun lafaz niat yang mahsyur diamalkan dalam berbicara topik solat qasar dan jamak ialah seperti berikut:


Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala


Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala


Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala


Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala


Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)  Imam Nawawi rahimahullah mengatakan,:

4 [ibnyusof@gmail.com]

Niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati. Tidak perlu dilafazkan oleh lidah. Tetapi, terdapat dua pendapat yang dinyatakan oleh pengikut Imam Syafie, iaitu sunat dan wajib. Kedua-dua pendapat ini tidak diterima. [Rujuk al-Majmu',al-Nawawi, jld. 3. hlm, 277]  Imam Nawawi rahimahullah mengatakan lagi: "Pendapat yang mengatakan sunat melafazkan niat adalah kesilapan. Sebenarnya maksud Imam Syafie 'menyebut' ialah lafaz takbiratulihram" [Rujuk al-Majmu',al-Nawawi, jld. 3. hlm, 243]  Hadis yang dikemukakan oleh Aishah radhiallahu 'anha jelas bermaksud:

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka sembahyangnya dengan Takbir [Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab al-Shalat, hadis no. 498.]

 Berkata Imam al-Syafii rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm : Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah ia memulakan sembahyangnya melainkan dengan takbir itu sendiri dan takbirnya ialah [Al-Imam al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld. 1, ms. 241] Jika memilih bahawa niat mesti dihadirkan secara muqaranah (beriringan) dengan takbiratul ihram, maka cukup dilakukan muqaranah (iringan niat dengan takbir) secara uruf, tanpa perlu mengkhususkan seperti yang disebutkan. Kerana penkhususan seperti itu tidak pernah diketahui daripada generasi terdahulu. Dan inilah yang dipilih oleh Imam Nawawi [Rujuk alMajmu, al-Nawawi, jld. 3 ms.278]. Justeru, difahami bahawa tiada satu hadis dari sanad yang sahih, atau dhaif (lemah), atau musnad (sanad yang bersambung) atau mursal (terputus sanadnya), dari sahabat,mahupun thabi'in, bahawa Rasulullah berniat dengan melafazkannya. Sekiranya tidak melafazkan niat (tetapi telah niat di dalam hati),tidak memberi kesan kepada solat selagi mana telah wujud niat untuk bersolat di dalam hati (tanpa melafazkannya), malah itu lebih tepat dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Wallahuallam.

SOLAT JAMAK MENURUT QURAN & SUNNAH Solat jamak bererti menghimpunkan dua solat dalam satu masa. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, jld. 2, ms. 336]

5 [ibnyusof@gmail.com]

Contohnya: [1] Zuhur + Asar di dalam waktu Zuhur (taqdim) atau di dalam waktu Asar (takhir). [2] Maghrib + Isyak di dalam waktu Maghrib (taqdim) atau di dalam waktu Isyak (takhir). *Perlu diingat bahawa solat jamak hanya dibolehkan antara Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Selain daripada itu tidak dibolehkan jamak kerana tiada dalil yang menunjukkan sedemikian. Dan solat jamak dan qasar tidak semestinya satu pakej (dibuat sekali), solat jamak boleh dibuat tanpa perlu mesti adanya qasar. *Solat qasar hanya boleh dilakukan ketika di dalam keadaan bermusafir manakala syarat dibolehkan solat jamak pula lebih luas. Solat Jamak Bukan Dalam Keadaan Bermusafir  Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sendiri pernah melaksanakan solat jamak ketika di Madinah.

. .
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahih Muslim hadis no: 705] Imam al-Nawawi telah berkata : Segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat (kebiasaan -pen) yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal alKabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i.[ al-Majmu, jil. 4, ms. 264]

SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK  [1] Bermusafir.  [2] Suasana yang sukar atau sulit.  [3] Jamak kerana hajat yang benarbenar mendesak.  [4] Jamak kerana hujan. [1] Bermusafir Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu menerangkan:

6 [ibnyusof@gmail.com]

: : . .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah menjamak sembahyang Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak di Madinah (bukan dalam musafir), bukan kerana dalam ketakutan atau hujan. Lalu orang bertanya kepada Ibnu Abbas: Kenapa Nabi shallallahu alaihi wasallam berbuat sedemikian? Jawabnya: Baginda bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya. [Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis no. 1211]. [2] Suasana yang sukar atau sulit. Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya. Ketika ditanya kepada Ibn Abbas radhialllahuanhu tentang mengapa dibolehkan solat jamak, beliau menjelaskan: Nabi shallallahu alaihi wasallam bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya. [Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh Abu Daud, dalam Sahih Sunan Abu Daud hadis no:1211]

[3] Jamak kerana hajat yang benarbenar mendesak. Keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya

Contoh kes: Doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya.  Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek  Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut  Dan pelbagai lagi situasi seumpamanya. Dalilnya:

: . . : . ! : . . : : . . : .

Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani
7 [ibnyusof@gmail.com]

Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! . Kemudian berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak. Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya hadis no: 705] Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata: ...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425] Dalam mempraktikkan jamak kerana hajat yang benarbenar mendesak, berikut perkara yang perlu diambil kira:

 a) Tidak dijadikan kebiasaan sehingga ianya dilakukan dalam keadaan tanpa ada sebab yang benar-benar mendesak kerana perintah asal bagi ibadah solat fardhu ialah dalam waktunya yang sedia termaktub lima kali sehari.  b) Hajat hendaklah benar benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat atau kebaikan yang lebih besar.  c) Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama. [4] Jamak kerana hujan. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjamakkan solatnya di Madinah adalah kerana turunnya hujan lebat (yang menjadi pegangan kuat mazhab Syafiie). Hikmahnya : Supaya tidak menyusahkan umatnya untuk kembali semula ke masjid dalam suasana hujan [Rujuk Majmu Fatawa : Bab Ibadah, ms. 413] Disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas radhiallahuanhu :

. .
8 [ibnyusof@gmail.com]

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. [Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahih Muslim hadis no: 705] Syarat-syarat Dan Cara-caranya Dilaksanakan a. Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan. b. Waktu yang dibenarkan untuk dijamakkan solat ialah pada waktu Zohor yang dijamakkan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang dijamakkan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada jamak taakhir dalam kes jamak kerana hujan. c. Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib. d. Hujan yang menyebabkan solat boleh dijamakkan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai renyai. e. Ada juga di kalangan ulamak Syafiiyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafiie sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat) [Lihat : al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil : 1, hal : 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, jil : 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut : Dar alKhayr, hal. 140. Dinukil daripada tulisan Ustaz Maszlee Malik, Rukhsah Solat Jamak]

SOLAT QASAR MENURUT QURAN & SUNNAH Solat qasar bererti mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya 4 rakaat secara 2 rakaat apabila seseorang itu berada dalam suasana perjalanan atau musafir. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili , jld. 2, ms. 336] Mengqasarkan solat (memendekkannya menjadi dua rakaat) di dalam perjalanan (musafir) adalah lebih baik dan utama daripada melaksanakannya secara sempurna (tamam). Daripada Abdullah bin Umar r.a. dia menyatakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

9 [ibnyusof@gmail.com]

Sesungguhnya Allah suka jika keringanan yang Dia berikan itu dimanfaatkan sebagaimana Dia tidak suka kemaksiatan kepada-Nya dilakukan. [Hadis Hasan di dalam kitab, Irwaaul Ghaliil, 3/9, no. 564] Dalil-dalil berkenaan tuntutan meng-qasarkan solat di dalam perjalanan:  Daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata: Aku pernah menemani Rasulullah s.a.w. dalam perjalanannya dan beliau tidak pernah mengerjakan solat lebih dari dua rakaat (bagi setiap solat). Demikian juga dengan Abu Bakar, Umar, dan Usman r.anhum. [Hadis Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat orang-orang yang musafir, no. 689]  Bahkan terdapat suatu pendapat dari mazhabnya Abu Hanifah dan Imam Malik, bahawa hukum melaksanakan solat secara Qasar di dalam perjalanan (musafir) adalah suatu yang wajib. [Dirujuk dari nota kaki no. 80, Ensiklopedi Solat Menurut al-Quran dan as-Sunnah, oleh Sheikh Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qahthani, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafii, m/s. 252] Jarak untuk dibolehkan qasar solat? Ada dua bentuk pandangan ulama dalam hal jarak perjalanan yang diperbolehkan sembahyang qasar. Satu kelompok membatasi jarak yang tertentu manakala kelompok yang satu lagi tidak membatasinya melainkan ianya ditentukan menurut adat kebiasaan lingkungan perjalanan seseorang. Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah berkata: hal ini (jarak perjalanan yang dianggap sebagai musafir) termasuk masalah yang banyak diperselisihkan oleh para ulama. Dalam masalah ini, Ibnu Mundzir dan selainnya menyebutkan sekitar dua puluh pendapat. [Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, (edisi terjemahan oleh Gazirah Abdi Ummah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), jld. 6, ms 128]

Melebihi dua marhalah (+-89km)? Dalil yang dijadikan sandaran berkaitan dengan jarak 2 marhalah sebagai batasan yang diperbolehkan untuk mengqasarkan sembahyang adalah seperti berikut: Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu sekalian mengqasarkan sembahyang (bagi jarak perjalanan) yang kurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan. [Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu]

Tetapi wujud hadis lain yang bermaksud:


10 [ibnyusof@gmail.com]


Sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersembahyang Zuhur empat rakaat di Madinah dan bersembahyang Asar di Dzil Hulaifah dua rakaat. [Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab Shalat Musafiraini wa Qasaruha, hadis no. 690.]

Fakta: Jarak perjalanan dari Madinah ke Dzil Hulaifah adalah 7 mil iaitu bersamaan dengan antara 12 hingga 13 kilometer. Hadis ini juga adalah sebagai bukti bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah mengqasarkan sembahyang walaupun jarak perjalanan tersebut adalah kurang dari dua marhalah (89 kilometer). Bercanggahkah kedua-dua hadis berkenaan jarak tersebut? Tidak.Kerana hadis berkenaan perlu melebihi dua marhalah dianggap sebuah hadis yang dhaif (lemah) di sisi ulamak hadis. Berkata Imam al-Syaukani rahimahullah : Hadis ini (mengqasarkan sembahyang (bagi jarak perjalanan) yang kurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan) tidak boleh dijadikan hujjah kerana dalam sanadnya (jalur perawi yang meriwayatkan hadis ini) terdapat Abdul Wahhab bin Mujahid bin Jubair, dia adalah matruk (tertolak). Imam al-Nawawi juga menyatakan beliau adalah pendusta. Menurut al-Uzdy, riwayat ini tidak sah darinya (iaitu dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu) kerana perawi yang meriwayat darinya adalah Ismail bin Iyash dan dia adalah dhaif (lemah di kalangan orang-orang Hijaz) dan Abdul Wahhab tersebut adalah orang Hijaz. Yang benar, hadis ini adalah mauquf (terhenti) pada Ibnu Abbas, sebagaimana yang ditakhrij oleh alSyafii darinya dengan sanad yang shahih. [Rujuk Imam Muhammad al-Syaukani, Nailul Authar, jld. 3, ms. 481.]
11 [ibnyusof@gmail.com]

Fakta berkenaan jarak dibolehkan qasar solat?  Fakta 1: Riwayat hadis tersebut mauquf tidak dapat dijadikan hujjah dalam menentukan hukum agama kecuali jika terdapat ijma (kesepakatan) di kalangan para sahabat. Ternyata dalam permasalahan ini tidak wujud kesepakatan di kalangan para Sahabat radhiallahu 'anhum tentang jarak 4 barid atau 2 marhalah sebagai batas minima yang diperbolehkan mengqasarkan sembahyang.  Fakta 2: Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam tidak pernah meletakkan had batasan yang memperbolehkan kita mengqasarkan sembahyang.  Fakta 3: Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam akan senantiasa mengqasarkan sembahyang apabila baginda bermusafir keluar dari Madinah.  Syaikh al-Syinqithi rahimahullah pula berkata: Pendapat yang paling kuat dan dapat dijadikan sebagai hujah menurutku adalah pendapat orang yang menyatakan: Sesungguhnya semua yang dikategorikan sebagai safar sekalipun jaraknya tidak jauh maka diperbolehkan pelakunya untuk mengqasarkan sembahyang, sebab dalam nas hanya disebutkan safar secara mutlak (tanpa dibatasi dengan ukuran jarak mahupun hari) [Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 421.]  Jarak Dibenarkan Qasar? Safar yang bagaimana dianggap maksud musafir? As-Safar bererti penempuhan jarak. As-Safar bererti keluar dari kampung halaman menuju satu tempat yang berjarak jauh sehingga kerananya pelakunya diperbolehkan untuk mengqasarkan (memendekkan) solatnya. [Rujuk: Ensiklopedi Solat Menurut al-Quran dan as-Sunnah, oleh Sheikh Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qahthani, Terbitan Pustaka Imam asySyafii, m/s. 225]

Kesimpulan;  Bagi yang ingin berpegang pada pendapat hanya boleh solat qasar selepas 2 Marhalah / 48 Batu hashimiah / 89 KM,dibolehkan kerana merupakan pandangan mahsyur di kalangan ulamak Syafiiyyah (Menurut Madzhab Syafi'ie).  Tetapi bukanlah menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bermusafir kurang dari dua marhalah untuk mengqasarkan sembahyangnya berdalilkan hadis sahih yang diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu menunjukkan perbuatan Rasullullah shallallahu alaihi wasallam . Wallahuallam. Tidak dinafikan bahawa pendapat yg tidak menetapkan jarak ini sedikit sebanyak boleh mengelirukan orang awam yg masih muqallid.

12 [ibnyusof@gmail.com]

TEMPOH DIBOLEHKAN QASAR SOLAT Ibn Rusyd rahimahullah berkata:  Pertama, mazhab Malik dan Syafie berpendapat apabila musafir ingin menetap selama empat hari,dia hendaklah mengerjakan solat secara sempurna,iaitu empat rakaat.  Kedua, mazhab Abu Hanifah dan Sufyan al-Tsauri menegaskan,jika dia bertekad untuk menetap selama 15 hari, dia wajib mengerjakan solat secara sempurna.  Ketiga, Mazhab Ahmad bin Hanbal dan Daud al-Zhahiri mengatakan bahawa apabila orang musafir berhasrat menetap kurang dari empat hari, dia hendaklah melakukan solat secara sempurna [Rujuk Bidayah al-Mujtahid, jld. m/s. 122-123] Hadis-hadis sahih yang membicarakan tentang had waktu berbeza-beza hinggakan mencapai 20 hari. Malah dikisahkan sebahagian sahabah mengqasar solat ketika musafir selama dua tahun (seperti kisah al-Hasan yang menetap bersama Abdul Rahman bin Samurah di Kabul). Ianya semua dilakukan di destinasi atau tempat tinggal tanpa menjamakkannya (qasar sahaja-pen). [Rujuk beberapa atsar dari para sahabat yang dimuatkan oleh Syaikh Sayid Sabiq, Fikih Sunnah, jld. 1, ms. 218-219.] Para ulamak yang menghadkan HANYA pada tempoh-tempoh tertentu adalah berdasarkan ijtihad mereka terhadap hadis-hadis yang sampai kepada mereka.Mari kita menilai kesekian banyak hadis yang diguna pakai oleh para ulamak ini:

:
Dari Jabir bin Abdillah, dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bermukim di Tabuk selama dua puluh hari (dan baginda) mengqasarkan sembahyang [Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis no. 1235]

: , : . . :
Yahya bin Abi Ishak berkata: Saya mendengar Anas bin Malik berkata: Kami pernah musafir bersama Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dari Madinah ke Mekah. Selama dalam musafir itu baginda melakukan sembahyang secara dua rakaat (qasar kecuali Maghrib) sehingga kembali ke Madinah. Saya bertanya: Berapa lamakah anda berada di kota Makkah? Anas menjawab: Kami menginap di Kota Makkah selama sepuluh hari. [Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Jamaah, hadis no. 1081].

13 [ibnyusof@gmail.com]

Abdullah bin Umar r.a. berkata Aku pernah menemani Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan baginda tidak melebihkan sembahyangnya dari dua rakaat dalam perjalanan (safar), begitu juga oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman [Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih Bukhari, Kitab alJumuat, hadis no. 1102.] Imam al-Shonani rahimahullah telah menulis: Sudah jelas tidak ada dalil yang menunjukkan Nabi shallallahu alaihi wasallam tidak mengqasarkan sembahyang selama masa safar telah melebihi dari waktu-waktu yang disebutkan di atas. Apabila tidak ada dalil yang menunjukkan penentuan batas waktu, maka pendapat yang lebih mendekati kebenaran ialah boleh sentiasa mengqasarkan sembahyang selama dalam perjalanan itu sebagaimana yang pernah dipraktikkan oleh para sahabat kerana memang tidak dinamai mukim dalam keadaan ragu-ragu setiap hari dan juga tidak dinamai mukim bagi orang yang singgah di satu tempat meskipun lama [Imam Muhammad bin Ismail al-Shonani, Subulus Salam, jld. 2, ms. 169.] Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata: Seorang musafir itu boleh terus mengqasar sembahyangnya selama dia masih dalam musafir. Jika dia bermukim di suatu tempat kerana sesuatu keperluan yang hendak diselesaikannya maka dia tetap boleh mengqasarkan sembahyangnya sebab dia masih dianggap sebagai musafir walaupun bermukimnya di sana sampai bertahun-tahun lamanya. Adapun kalau dia bermaksud hendak bermukim di sana dalam waktu yang tertentu (yang telah diketahui pada awal musafirnya-pen) maka menurut pendapat yang terkuat yang dipilih oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah, bermukimnya itu belum lagi menghilangkan hukum musafir, baik lama atau sebentar, selama dia tidak berniat hendak menjadi penduduk tetap di tempat itu [Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld. 2, ms. 217]

Kesimpulan ;  Pandangan yang mengatakan 3 hari boleh mengqasar solat tidak termasuk perjalanan pergi dan pulang adalah benar menurut Mazhab Syafie dan Maliki.  Pandangan yang meletakkan hari lebih dari yang disebut di atas atau tidak meletakkan had tempoh untuk qasar juga benar berdasarkan hadis-hadis sahih dan atsar-atsar para sahabah yang dilakukan oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam sendiri.

14 [ibnyusof@gmail.com]

ISU-ISU TENTANG SOLAT JAMAK & QASAR 1. Tidak solat qasar jamak kerana tidak menghafal lafaz niat qasar dan jamak? 2. Beranggapan menyempurnakan sembahyang (tidak mengqasar) adalah lebih afdhal atau baik.? 3. Musafir dahulu berlainan dengan zaman ini, kerana kini tiada masyaqqah (penghalang)? 4. Menjamakkan sembahyang hanya boleh dilakukan ketika bermusafir.? 5. Jarak perjalanan untuk diklasifikasikan sebagai musafir mestilah melebihi dua marhalah (+89km)? 6. Hanya perjalanan yang tidak mengandungi unsur yang bertentangan dengan syara membolehkan sembahyang itu diqasar atau dijamakkan.? 7. Apabila seseorang bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama lebih dari tiga hari maka hendaklah dia menyempurnakan sembahyangnya tanpa diqasarkan pada hari yang keempat dan berikutnya?

MENGAPA TIMBUL ISU-ISU SEBEGINI? Isu-isu ini berpunca akibat sedikit pendedahan terhadap beberapa tatacara menqasar dan menjamakkan solat seperti yang pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam serta para sahabatnya radhiallahu 'anhum (berdasarkan hadis sahih dan atsar para sahabah).

KESIMPULAN Tidaklah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa [Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya..[al-Baqarah (2) : 286] Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya [al-Araaf (7) : 42] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya..[al-Baqarah (2) : 286] Lebih banyak persoalan akan timbul saban hari berkaitan solat jamak dan qasar ini (yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita buat masa ini)

15 [ibnyusof@gmail.com]

Selagi golongan agamawan belum menguasai fiqh pada tahap yg munasabah, Fiqh musafir yg dipelopori oleh ahli tahqeeq ini masih belum dapat dipopularkan. Moga pembentangan ringkas ini dapat menjawab persoalan dan merungkai salah faham serta kekeliruan tentang solat jamak dan qasar. Moga pengetahuan mengenai solat jamak dan qasar ini dapat menjadi bekalan ilmu yang boleh disampaikan kepada golongan awam supaya dapat menghayati keindahan sedekah Allah ini kepada umat manusia. Semoga Allah melimpahkan hidayah dan taufik-Nya kepada kita.

16 [ibnyusof@gmail.com]

Anda mungkin juga menyukai