Anda di halaman 1dari 24

SOLAT QIYAM AL-LAIL (TAHAJJUD)

APA ITU SOLAT TAHAJJUD DAN DALIL YANG MENSYARIATKANNYA

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana
sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:


.












.






Maksudnya:
Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan
Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah
solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no:
1163.

Tahajjud terbentuk dari kata dasar hajjada yang bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga.
Maka katatahajjadtu bermaksud saya telah membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya.

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah:

Imam al-Thabari berkata: Tahajjud adalah berjaga setelah tidur terlebih


dahulu. Ibnu Faris berkata: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat di
malam hari. Sedangkan al-Kurra menyatakan: Tahajjudadalah solat malam
secara khusus. Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid
6, ms. 203.

Oleh itu solat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu setelah
mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun begitu waktu yang paling
utama untuk dilaksanakan solat Tahajjud itu adalah sepertiga malam yang terakhir (iaitu dari pukul
3.00 pagi sehingga masuk waktu subuh). Solat sunat Tahajjud ini kebiasaannya digandingkan
dengan solat sunat Witir sebagai penutupnya.

Dalil disyariatkan solat Tahajjud ini adalah sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Taala:













Maksudnya:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud"
padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa (17) : 79

Di dalam kitab al-Majaz oleh Abu Ubaidah disebutkan: Firman-Nya kerjakanlah solat Tahajjud
padanya bermaksud berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat. Rujuk kitab al-
Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202.

Dalil solat Tahajjud lebih utama dilakukan pada sepertiga malam terakhir disandarkan kepada
sabda Rasulullahshallallahu alaihi wasallam:









:



.

Maksudnya:
Rabb kita Tabaraka wa Taala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa
sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan
mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang
memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - Hadis riwayat Imam al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145.

Selanjutnya Nabi shallallahu alaihi wasallam juga bersabda:










.



Maksudnya:
Saat yang paling dekat di antara Allah dan hamba-Nya adalah pada tengah malam terakhir,
apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu
maka lakukanlah. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Dawaat, no:
3503.

Ternyata ibadah yang di dalamnya terdapat doa-doa, zikir-zikir, permintaan-permintaan dan


permohonan ampun adalah solat. Maka selayaknya solat yang paling utama setelah solat fardu ini
dilaksanakan pada sepertiga malam yang akhir.

JUMLAH RAKAAT SOLAT TAHAJJUD

Secara umumnya solat Tahajjud ini boleh dilakukan dengan dua rakaat-dua rakaat dan
ianya tidak mempunyai batasan jumlah rakaat yang maksimum. Malah ianya juga boleh
dilaksanakan dengan hanya satu rakaat solat sunat witir.

Daripada Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma, dia berkata:

.
:


:
.


Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam?
Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka
laksanakan solat witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-
Tahajjud, no: 1137.

Namun begitu jumlah rakaat yang paling utama adalah dengan tidak melebihkannya dari
sebelas atau tiga belas rakaat kerana jumlah ini adalah sebagaimana yang kebiasaannya dikerjakan
oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Daripada Aishah radhiallahu anha, dia berkata:










.



Maksudnya:
Bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam solat malam pada waktu setelah
selesai Isyak sampai terbit fajar sebanyak sebelas rakaat dengan salam setiap selesai dua
rakaat, lalu berwitir dengan satu rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.

Daripada Aishah radhiallahu anha, dia berkata:










.

Maksudnya:
Nabi shallallahu alaihi wasallam biasa solat pada malam hari tiga belas rakaat
termasuk witir, dan dua rakaat solat fajar (sunat Qabliyah Subuh). - Hadis riwayat Imam al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1140.

Abu Salamah radhiallahu anh pernah bertanya kepada Aishah radhiallahu anha tentang
solat malam Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pada bulan Ramadan. Maka Aishah
menjawab:

.

.


.

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan
tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat,
jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat
rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat
tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.
Hadis di atas ini menunjukkan bahawa solat Tahajjud ini juga boleh dikerjakan secara
empat rakaat-empat rakaat. Ianya boleh dikerjakan sebagaimana tatacara solat fardu yang empat
rakaat iaitu dengan dua tahiyyat serta satu salam

Sekiranya Nabi s.a.w mengerjakan solat Tahajjud dengan tidak melebihkannya dari
sebelas atau tiga belas rakaat, adakah diperbolehkan bagi kita semua mengerjakannya dengan
jumlah rakaat yang mengatasi jumlah rakaat yang dilakukan oleh Nabi shallallahu alaihi
wasallam? Menurut Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim:

Majoriti ulamak baik daripada kalangan salaf mahupun khalaf- justeru


berpendapat diperbolehkan untuk menambah bilangan rakaat Qiyam al-
Lail melebihi sebelas rakaat walaupun mereka tetap menyatakan bilangan sebelas
rakaat adalah bilangan yang disunnahkan. Al-Qadhi Iyadh berkata:
Tidak ada perbezaan di kalangan para ulamak bahawa tidak ada batasan
yang dilarang, baik untuk menambah atau mengurangkan dalam masalah ini (jumlah
bilangan rakaat Qiyam al-lail). Solat adalah satu bentuk ketaatan yang setiap kali
bertambah jumlah bilangannya, maka pahalanya pun bertambah. Isu yang menjadi
perselisihan adalah hal yang berkenaan dengan perbuatan Nabi shallallahu alaihi
wasallam dan apa yang telah baginda pilih untuk dirinya. Wallahu alam.
Ibnu Abdul Barr dalam kitab al-Tamhid berkata:
Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam bahawa tidak ada
batasan tertentu untuk solat malam. Solat ini adalah salah satu perbuatan sunnah
dan kebajikan, sesiapapun boleh melakukannya sedikit dan boleh
memperbanyakannya.
Aku (iaitu Syaikh Kamal) katakan: Hal ini menunjukkan bahawa pendapat
inilah yang kuat. - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-
Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-Aimmah, jilid 1, ms. 653.

TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir.
Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang
mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solatTahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau
tiga belas rakaat.

B) Tatacara Solat Tahajjud Empat Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat awal
3) Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat empat rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir.
Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang
mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solatTahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau
tiga belas rakaat.

BEBERAPA SUNNAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD

Niat Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud Sebelum Tidur


Adalah disunatkan untuk tidur terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat Tahajjud. Oleh itu bagi
mereka yang hendak melaksanakan solat Tahajjud, hendaklah dia berniat sebelum tidur bahawa dia
akan melaksanakan solat tersebut. Sekiranya seseorang itu telah berniat namun dia gagal untuk
terjaga dari tidurnya bagi mengerjakan solat Tahajjud, maka Allah Subhanahu wa Taala tetap akan
mengurniakan pahala solat Tahajjud tersebut. Sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:


.




Maksudnya:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti
menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya. - Hadis
riwayat Imam al-Nasai dalam Sunannya, KitabQiyam al-Lail, no: 1763.

Cara Untuk Menghilangkan Mengantuk


Apabila terjaga dari tidur untuk melaksanakan solat Tahajjud hendaklah berusaha untuk
menghilangkan perasaan mengantuk dari wajah dengan bersugi atau menggosok gigi dan setelah
itu mengucapkan zikir La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu
wahuwa ala kulli shayin qadir alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha illallah wallahu
akbar wa la haulawala quwwata illa billahi. Allahummaghfirli. Nabi shallallahu alaihi
wasallam bersabda:




:





.








.


"
" :

.

Maksudnya:
Barangsiapa terbangun pada malam hari lalu mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang
disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan untuk-Nya
segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah,
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: Ya Allah ampunilah aku
atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima
solatnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1154.

Satu cara lagi untuk menghilangkan perasaan mengantuk adalah sebaik sahaja bangun dari tidur
hendaklah kita mengusap wajah kita lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Ali Imran.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu anh, dia berkata:








.
Maksudnya:
Pernah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bangun tidur, lalu menghilangkan
rasa mengantuk dengan cara mengusapkan tapak tangannya pada wajahnya. Baginda
kemudiannya membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali Imran. - Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 763.

Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Megerjakan Solat Tahajjud


Hendaklah dikerjakan solat dua rakaat yang ringan sebelum memulakan solat Tahajjud.
Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:








.



Maksudnya:
Jika salah seorang dari kalian ingin melaksanakan solat malam, maka hendaklah dia
memulai solat malamnya dengan mengerjakan (solat) dua rakaat dengan agak cepat. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 768.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

Al-Hafidz Abu al-Fadhl bin al-Husain menyebutkan dalam kitab Syarah al-
Tirmidzi bahawa rahsia solat malam dimulai dengan dua rakaat yang ringan adalah
untuk segera melepaskan ikatan syaitan. Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar
al-Asqalani, Fathul Baari jilid 6, ms. 273.

Pendapat di atas ini ada hubung-kaitnya dengan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

.



.


.

.












.

Maksudnya:
Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur
dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka
tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila
kamu berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan.
Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi hari
perasaannya buruk dan malas. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-
Tahajjud, no: 1142.

Dari hadis ini dapat kita simpulkan bahawa ikatan ketiga itu hanya dapat dilepaskan setelah kita
melakukan solat yang sempurna. Oleh itu solat dua rakaat sebelum solat Tahajjud memainkan
peranan tersebut. Setelah itu dapatlah kita mengerjakan solat Tahhajud dengan penuh semangat dan
kesegaran. Wallahualam.

Mengerjakannya Di Rumah
Adalah lebih utama sekiranya solat Tahajjud tersebut dilakukan di rumah sendiri dan bukan di
masjid. Ini adalah kerana Nabi shallallahu alaihi wasallam biasa melakukan solat Tahajjud di
rumahnya sendiri. Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:




!


.


Maksudnya:
Hendaklah kalian solat di rumah kalian! Kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah
di rumahnya kecuali solat wajib. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 781.

Doa Solat Tahajjud


Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat satu doa khusus untuk solat Tahajjud. Namun begitu terdapat
perbezaan pendapat tentang di mana hendak membaca doa tersebut. Ada yang menyatakan ianya
dibaca ketika berdiri hendak memulakan solattahajjud dan ada pula yang beranggapan ianya
diucapkan setelah takbiratul ihram sebagai doa iftitah. Doa tersebut adalah sebagaimana
diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radhiallahu anh, dia berkata: Biasanya Nabi shallallahu
alaihi wasallam apabila solat di malam hari untuk tahajjud maka baginda mengucapkan:


















































.
Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau pencipta dan pemelihara (pengatur) langit dan
bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, kepunyaan Mu kerajaan langit dan bumi serta
segala isinya. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah nur (cahaya) langit dan bumi. Bagi Mu
segala puji, Engkau lah penguasa langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah haq
(Maha Benar), janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar, firman Mu adalah
benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Muhammad
shallallahu alaihi wasallam adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, hanya
kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku beriman, kepada Mu aku bertawakal dan hanya
kepada Mu aku kembali. Kerana Engkau aku memusuhi dan hanya kepada Mu aku mengambil
keputusan. Ampunilah aku atas segala yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku
lakukan, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan. Engkau lah zat yang Maha Awal
dan Maha Terakhir, tidak ada sembahan kecuali Engkau.

Sufyan berkata: Abdul Karim Abu Umayyah menambahkan:


.


Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dari Allah. Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1120.

Membangunkan Ahli Keluarga Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud


Hendaklah membangunkan ahli keluarga untuk mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah shallallahu
alaihi wasallambersabda:







.



.


.






.
Maksudnya:
Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada waktu malam lalu solat;
kemudian dia membangunkan isterinya lalu isterinya juga solat. Jika isterinya enggan maka si
suaminya memercik wajah isteri dengan air. Semoga Allah merahmati seorang isteri yang
bangun pada waktu malam lalu solat; kemudian dia membangunkan suaminya. Jika suaminya
enggan maka si isterinya memercik wajah suami dengan air. - Hadis riwayat Imam al-Nasai
dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1592.

Boleh Mengeraskan atau Memperlahankan Bacaan


Diperbolehkan untuk mengeraskan (jahr) dan memperlahankan (sirr) bacaan ketika
solat Tahajjud kerana Rasulullahshallallahu alaihi wasallam pernah membaca dengan kedua-dua
cara tersebut.

Daripada Abdullah bin Abi Qais, dia berkata:






. . .



.






:

. . .

Aku pernah bertanya kepada Aisyah tentang solat Witir Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam : Bagaimanakah bacaan Baginda ketika solat, adakah dengan suara keras atau
suara yang perlahan?
Dia menjawab: Kesemua cara tersebut baginda amalkan, kadang-kadang dengan suara
perlahan dan kadang-kadang dengan suara keras. Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1225.

Berkaitan dengan hal ini Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:

Telah banyak dibawakan hadis-hadis yang menerangkan keutamaan mengeraskan


suara dan hadis-hadis yang menjelaskan keutamaan merendahkan suara. Para
ulamak berkata: Untuk menggabungkan antara keduanya boleh dikatakan bahawa
suara perlahan lebih jauh dari perasaan riyak dan ini lebih utama bagi orang yang
khuatir akan memiliki perasaan riyak, namun apabila dia tidak takut riyak maka
suara keras itu lebih utama baginya dengan syarat tidak mengganggu orang lain
yang sedang solat, tidur atau selainnya. Dinukil dari Shahih Fiqh as-Sunnah wa
Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-Aimmah, jilid 1, ms. 647.

Memanjangkan Kadar Waktu Mengerjakan Solat Tahajjud


Hendaklah memanjangkan berdiri ketika solat iaitu dengan membaca surah yang panjang dan
melamakan sujud tatkala solatTahajjud. Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:


.



Maksudnya:
Solat yang paling utama adalah solat yang paling lama berdirinya. Hadis riwayat Imam
Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 756.

Daripada Abdullah ibnu Masud radhiallahu anh, dia berkata:



:
. :
.

Maksudnya:
Aku pernah solat bersama Nabi shallallahu alaihi wasallam pada suatu malam, baginda tetap
sahaja berdiri hingga aku ingin melakukan perbuatan yang buruk. Kami bertanya: Apakah
yang ingin kamu lakukan? Dia menjawab: Aku ingin duduk dan membiarkan Nabi shallallahu
alaihi wasallam bersolat sendirian. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab at-
Tahajjud, no: 1135.

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:

Dalam hadis di atas terdapat keterangan bahawa Nabi shallallahu alaihi


wasallam memilih untuk memperpanjangkan solat malam. Ibnu Masud adalah
seorang yang kuat dan senantiasa mengikuti Nabishallallahu alaihi wasallam. Tidak
terdetik di dalam dirinya keinginan untuk duduk, melainkan kerana panjangnya
solat tersebut melebihi kebiasaan yang beliau lakukan. Rujuk kitab karya Al-
Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 248.

Hendaklah juga membaca ayat-ayat al-Quran tersebut secara tartil dan suara yang bagus. Ini
sebagaimana firman AllahSubhanahu wa Taala:



dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil" (secara perlahan-lahan). al-Muzammil
(73) : 4

Daripada Hafshah radhiallahu anha, dia berkata:







.


Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ketika membaca surah (al-Quran) baginda
membacanya dengan tartil hingga seakan-akan surah itu lebih panjang dari biasanya. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.

Disunnahkan juga membacanya dengan suara yang baik serta berlagu. Al-Bara bin
Azib radhiallahu anh berkata:










Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Hiasilah (bacaan) al-Quran dengan
suaramu. - Hadis riwayat Imam al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Iftitah, no: 1005.

Menurut Abu Hurairah radhiallahu anh:










Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Tidaklah termasuk golongan kami orang
yang tidak melagukan (bacaan) al-Quran. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Tawhid, no. 7527.

Ingin penulis ingatkan bahawa mereka yang membaca surah atau ayat dari al-Quran dengan laju
dan tergesa-gesa adalah termasuk dalam golongan yang mengambil sikap sambil lewa dalam
beribadah. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah:

Bacaan Nabi shallallahu alaihi wasallam itu ialah secara panjang (perlahan-lahan).
Baginda berhenti pada setiap ayat dan memanjangkan suaranya. Syaikh Sayyid
Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms 338.

Namun demikian janganlah kita keterlaluan dalam melagukan bacaan al-Quran sehingga
bertentangan dengan peraturan-peratutan (tajwid pen) dalam membacanya. Syaikh Kamal al-
Sayyid Salim berkata:
Maksud melagukan bacaan al-Quran adalah dengan membaguskan
suaranya secara keras dan melantunkannya dengan nada yang lembut sehingga
mempengaruhi jiwa dan dapat mengalirkan air mata dengan syarat tidak keluar
dari aturan membaca yang benar menurut ahli Qiraat. Adapun bacaan yang
meliuk-liuk dengan nyanyian yang di luar batasan sehingga menyebabkan keluar
dari semestinya, maka jumhur ulamak tidak menyukainya (makruh). Wallahu
alam. - rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim,Shahih Fiqh as-Sunnah wa
Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-Aimmah, jilid 1, ms. 645.

Hanya sahaja pendek atau panjangnya bacaan ketika solat bergantung kepada kemampuan masing-
masing kerana Nabishallallahu alaihi wasallam tidak pernah menetapkan bacaan tertentu untuk
solat Tahajjud ini. Sekiranya tidak mampu menghafal surah yang panjang, memadailah dengan apa
yang termampu untuk dibacakan. Dari Abi Said radhiallahu anh, dia berkata:

.






Maksudnya:
Kami telah diperintah (oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam) supaya kami membaca al-
Fatihah dan apa-apa (ayat/surah) yang mudah (bagi kami). - Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 695.

Dalil tentang memanjangkan sujud pula adalah sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh
Aishah radhiallahu anha:







.















.


Maksudnya:
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa solat (malam) sebelas
rakaat, demikianlah solat yang baginda lakukan. Baginda melakukan satu kali sujud dari
sebelas rakaat itu seperti lamanya seperti salah seorang dari kalian membaca lima puluh ayat
sebelum baginda mengangkat kepalanya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1123.

Sujud tersebut dipanjangkan kerana baginda shallallahu alaihi wasallam memperbanyakan doa
ketika sujud. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:












.

Maksudnya:
Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah
ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyakan doa ketika sujud itu. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,Kitab al-Sholaah, no: 482.

Demikianlah beberapa amalan yang sabit datangnya daripada Rasulullah shallallahu


alaihi wasallam yang sepatutnya kita berusaha untuk mencontohinya demi untuk mencapai
kesempurnaan ketika mendirikan solat Tahajjud.

KESUNGGUHAN RASULULLAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam adalah seorang insan yang telah dijamin oleh
Allah Subhanahu wa Taala akan masuk ke syurga. Baginda shallallahu alaihi wasallam juga
merupakan sebaik-baik manusia malah digelarSayyid al-Mursalin iaitu penghulu segala Rasul.
Baginda merupakan seorang insan yang maksum dan bebas dari sebarang bentuk dosa. Firman
Allah Subhanahu wa Taala:













Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang
telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta
menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan
melaksanakan hukum-hukumnya). al-Fath (48) : 2

Walaupun dengan kedudukan baginda shallallahu alaihi wasallam yang sebegini sempurna tetapi
baginda tetap bersungguh-sungguh dalam mengerjakan solat Tahajjud sehingga bengkak-bengkak
kakinya. Isterinya Aishahradhiallahu anha melihat sendiri kesungguhan luar biasa baginda ini
dan beliau hairan kenapa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam masih ingin bersusah payah
melakukan ibadah tersebut sedangkan dia adalah seorang yang maksum. Kisah ini telah
disampaikan oleh Aishah radhiallahu anha sendiri di dalam sebuah hadis:




:


.


.

:
Maksudnya:
Sungguh Nabi shallallahu alaihi wasallam solat malam hingga kedua tapak kakinya
merekah. Aishah berkata kepada baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai
Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan
datang. Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat
bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Tafsir al-Quran, no: 4837.

Peristiwa yang sama juga telah dikhabarkan dari al-Mughirah radhiallahu anh, dia berkata:







.
.

:


Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasallam biasa berdiri (untuk solat malam)
hingga kedua kakinya atau kedua betisnya bengkak. Dikatakan kepadanya maka baginda
bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1130.

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ini dengan diri
kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan untung nasib kita di Hari Pengadilan juga belum
dipastikan sama ada syurga atau neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan solat Tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik
daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam? Renungilah akan hal ini dengan mendalam wahai
pembaca yang budiman.

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD

Allah Subhanahu wa Taala mengurniakan pelbagai keutamaan yang besar bagi mereka
yang melaksanakan solatTahajjud ini sebagaimana yang akan penulis paparkan di sini.

Dikurniakan Kedudukan Yang Terpuji.


Mereka yang mengerjakan ibadah pada malam hari akan dikurniakan kedudukan yang terpuji lagi
mulia di sisi AllahSubhanahu wa Taala pada hari akhirat kelak yakni dengan menjadi ahlul
jannah (ahli syurga). Ini sebagaimana Firman-Nya:












Maksudnya:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat
Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa (17) : 79













Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa
taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa
menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya
mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa
mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu
akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon
ampun). - al-Dzaariyaat (51) : 15-18

Memudahkan Seseorang Untuk Menjadi Ahli Syurga


Bagi mereka yang mendirikan solat Tahajjud akan memudahkan baginya untuk menjadi ahli
syurga.

Daripada Abdullah Ibnu Salam bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda:





.




Maksudnya:
Wahai manusia, tebarkan salam di antara kalian, berilah makan (kepada mereka
yang memerlukannya, sambunglah silaturrahin, dan solatlah pada malam hari pada ketika
manusia terlelap dalam tidur, maka kalian akan masuk Syurga dengan damai. Hadis
riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunnannya, Kitab Iqaamah al-Sholaah, no. 1334.

Dikurniakan Bilik Khas Di syurga Nanti


Di dalam syurga juga terdapat bilik yang khusus bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:


.



:

:




.





Maksudnya:
Sesungguhnya di dalam syurga terdapat bilik-bilik yang bahagian luarnya terlihat
dari dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari luarnya. Kami bertanya: Untuk siapakah
(bilik-bilik itu) ya Rasulullah? Sabda baginda: Kamar-kamar itu Allah sediakan untuk
orang yang bercakap dengan lemah lembut, memberikan makanan, senantiasa melakukan
ibadah puasa dan mendirikan solat semata-mata kerana Allah pada waktu malam di saat
manusia lain sedang tidur. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Bir wa
al-Sholaah, no: 1907.

Membentuk Keperibadian Yang Mulia


Mendirikan solat Tahajjud dapat membentuk keperibadian mulia seperti tawadhu (merendah diri),
bertakwa, menghindari sikap sombong dan pemurah dengan sedekah jariah.

















Maksudnya:
Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang
berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang
adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang
selamat dari perkara yang tidak diingini; dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang
tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan
berdiri. - al-Furqaan (25) : 63-64













Maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami
hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu,
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan
lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap
sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan
mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari
apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu
persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang
amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang
mereka telah kerjakan. - al-Sajda (32) : 15-17

Ditinggikan Darjat Bagi Mereka Yang Solat Tahajjud.


Darjat mereka yang mengerjakan solat Tahajjud ini adalah lebih tinggi dari mereka yang tidak
mengerjakannya di sisi AllahSubhanahu wa Taala.











Maksudnya:
Adakah orang yang berbakti kepada Allah pada waktu malam, bersujud serta
berdiri dan takut pada siksa hari akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama
dengan orang yang tidak sedemikian. Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-
orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-
orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna. - al-ZUmar (39) : 9

Termasuk Dalam Golongan Yang Dicintai Allah


Bagi mereka yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat Tahajjud, mereka termasuk
dalam golongan yang dicintai oleh Allah Subhanahu wa Taala

Daripada Abu Dzar, daripada Nabi shallallahu alaihi wasallam, baginda bersabda: Ada tiga
golongan orang yang dicintai Allah (yang di antaranya adalah)

















.





Maksudnya:
Seorang yang bermusafir bersama sekelompok orang lalu mereka berangkat hingga
apabila tiba waktu akhir malam, mereka mengantuk lalu mereka turun (dari kenderaan)
dan tertidur, sementara lelaki itu bangkit lalu berwuduk dan solat kerana cinta kepada
Allah, dan cinta pada apa yang berada di sisi-Nya. Hadis riwayat Imam al-Thabrani dalam al-
Sunan al-Kubra

Mudah Untuk Khusyuk.

Pada malam yang hening lagi damai menyebabkan minda seseorang itu merasa tenang. Lantaran
itu solat pada waktu malam sebegini terutamanya ketika sepertiga malam yang akhir memudahkan
kita untuk mengerjakannya dengan penuh khusyuk dan bacaan yang lebih baik. Firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala:







Maksudnya:
Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih
tetap betul bacaannya. al-Muzzammil (73) : 6

Mendekatkan Diri Kepada Allah Subhanahu wa Taala


Solat Tahajjud dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu wa Taala, menutup kesalahan
kita yang lalu serta menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam bersabda:


.

Maksudnya:
Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu merupakan
kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan
kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Dawaat, no: 3472.

Demikianlah beberapa keutamaan yang dapat diperolehi bagi mereka yang mengerjakan
solat Tahajjud. Jelaslah bagi kita bahawa untuk mereka yang mengerjakan solat Tahajjud, mereka
akan mendapat limpah kurnia daripada AllahSubhanahu wa Taala yang tidak ada tolok
bandingnya sedangkan bagi mereka yang meninggalkan ibadah yang mulia ini, mereka mengalami
kerugian yang amat besar. Sekiranya seseorang itu sedang menghadapi keadaan yang sukar
ataupun ditimpa kesusahan maka pohonlah pertolongan Allah Subhanahu wa Taala melalui
solat Tahajjud ini. Sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ketika hendak
menghadapi perang Badar dan Tabuk yang merupakan satu ujian yang besar bagi umat Islam,
baginda telah melakukan solat Tahajjud ini untuk memohon pertolongan serta perlindungan
daripada Allah Subhanahu wa Taala. Daripada Abdullah bin Amru bin al-As:















Bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam melakukan solat malam
(Tahajjud) pada saat perang Tabuk, maka para sahabat berkumpul di belakang baginda untuk
menjaganya sampai baginda menyelesaikan solatnya dan berpaling menghadapi mereka.
Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 6771.

Anda mungkin juga menyukai