Anda di halaman 1dari 10

SEJARAH DAN KELEBIHAN RASM UTHMANI

Dr. Mohd Zaini bin Shafiai


Pondok Darul Furqan Tambun Ipoh Perak

ABSTRAK

Rasm Uthmani dikenali juga sebagai rasm istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat
yang menulis mushaf al-Quran dengan rasm tersebut. Rasm ini juga dinamakan sebagai
rasm tauqifi kerana ramai dikalangan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan
kaedah yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Rasm Uthmani merupakan salah
satu daripada cabang ilmu penulisan al-Quran. Penyusunan ilmu ini merupakan usaha dan
inisiatif yang dilakukan oleh para ulama besar terdahulu demi memartabatkan al-Quran
dalam masyarakat Islam. Objektif tulisan ini bertujuan mengenal sejarah penulisan al-
Quran yang terkait dengan Rasm Uthmani serta kelebihan menulis al-Quran dengan Rasm
Uthmani. Dapatan kajian merumuskan bahawa Rasm Uthmani sangat terkait dengan Ilmu
Qiraat yang menjadi sandaran bagi setiap penulisan al-Quran. Rasm Uthmani menepati
saba’tul ahruf dan menjadi salah satu rukun al-Quran. Penulisan al-Quran dengan Rasm
Uthmani telah melalui proses atau kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh para Sahabat
RA, penulis wahyu terdahulu. Dapat disimpulkan bahawa Rasm Uthmani adalah penulisan
yang bertepatan semasa penurunan al-Quran serta menepati Urdatul Akhirah. Namun pada
hakikatnya penulisan al-Quran pada masa ini, masih lagi menjadi perbahasan dikalangan
umat hingga masih ada yang menulis dengan Rasm Imla’i. Perbezaan Rasm Uthmani dan
Rasm Imla’i juga banyak menimbulkan implikasi ke atas penulisan teks al-Quran. Jika
perbezaan ini tidak ditangani akan wujud mushaf dalam pelbagai versi yang boleh
menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam. Tulisan ini diharap menjadi perintis,
supaya ia dapat ditelaah, dikaji, difahami, diperkasai dan diimplimentasikan dalam aspek
penulisan, percetakan atau penerbitan al-Quran sejajar dengan kepentingan terhadap
memelihara kesucian al-Quran.

Kata kunci: Rasm Uthmani, Rasm Imla’i, penulisan al-Quran

1
1.0 PENGENALAN

Apabila selesai sesuatu wahyu diturunkan kepada Baginda SAW secara lisan, maka Nabi
SAW akan mengarahkan agar ia terus ditulis. Baginda SAW membaca dan penulis wahyu
menulis sebagaimana yang didengari daripada lisan Baginda SAW yang mulia 1. Para
Sahabat RA hanya akan menulis al-Quran selepas diarah oleh Baginda Nabi SAW. Tidak
terdapat dalam catatan sejarah bahawa mereka menulis al-Quran dalam satu mushaf akan
tetapi ia ditulis secara berserakan pada pelepah-pelepah tamar, kulit binatang, batu dan
lain-lain kerana alat penulisan pada waktu itu sangat terhad. Tambahan lagi, ayat-ayat al-
Quran yang ditulis berada pada tempat-tempat yang berlainan bergantung kepada sahabat-
sahabat yang menyalinnya. Namun begitu, hal demikian tidak menimbulkan masalah
kerana pada waktu itu rujukan utamanya iaitu Baginda Nabi SAW masih hidup serta
Baginda SAW mengetahui secara terperinci susunan ayat dan surah melalui hafazan
Baginda SAW dan ramai para sahabat turut menghafaznya dengan hafazan yang baik.
Sebagaimana sabda Baginda SAW2:

‫ضعوا هذه االايت ىف مكان كذا وىف ُّسورةِ كذا‬


َ
Bermaksud: “Letakkan ayat ini pada tempat ini dan pada surah ini”.

2.0 OBJEKTIF

Tulisan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

1- Mengenal sejarah penulisan Rasm Uthmani.

2- Mengela pasti kelebihan penulisan Rasm Uthmani

3- Pengawalan penulisan Rasm Uthmani di Malaysia

1
Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Jld 3, Hadis 1042
2
Al-Baihaqiy, Al-Sunan Al-Kubra, Jld 2, hlm 42

2
3.0 DIFINISI RASM UTHMANI

Rasm dari sudut bahasa bermaksud kesan3. Manakala dari sudut istilah pula ialah ilmu yang
memperihalkan pengumpulan dan penerangan tentang bentuk tulisan sama ada yang
disepakati ataupun yang dipersellisihkan daripada unsur-unsur seperti hazaf, ziyadah,
ibdal, qata‟ dan wasal antara rasm Uthmani dan Qiyasiy4. Rasm Uthmani juga di sebut
sebagai rasm istilahi. Rasm ini bertujuan menyatukan perbezaan bacaan yang berlaku
ketika itu dengan menyelaraskan penulisan Rasm al-Quran. Penulisan Rasm al-Quran ini
adalah satu sunnah Rasulullah SAW yang diikuti secara ijma’ (sepakat) oleh seluruh ulama
mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah
pengawasan Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan sunnah taqririah Nabi SAW atas
perbuatan para Sahabat RA. Kemudian, tulisan yang dikemaskini oleh Saidina Uthman RA
disepakati pula oleh para sahabat yang lain (lebih 12 ribu orang sahabat5).

4.0 SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI

Tulisan ini menghadkan sejarah penulisan al-Quran dari sudut empat masa atau bahagian

iaitu :

1. Penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah SAW. Penulisan al-Quran pada

zaman Rasulullah SAW adalah menulis ayat, susunan dan tertibnya di tempat

yang khas tetapi masih berselerak pada pelepah-pelepah tamar, kulit binatang,

batu dan lain-lain kerana alat penulisan pada waktu itu sangat terhad. Penulisan

3
Ibn Manzur, Lisan Al-Arab, Jld 12, Hlm 241
4
Basyir Al-Himyariy, tahqiq kitab Al-Muqni. Hlm 17.
5
Abdul Fatah al-Qodi, Tarikh Mushaf al-Syarif. 1999. Hlm 49

3
pada masa ini hanya sebagai tambahan kawalan pemeliharaan al-Quran yang

telah dihafal.

2. Penulisan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar RA. Penulisan al-

Quran pada zaman Saidina Abu Bakar RA adalah proses pengumpulan al-

Quran pada satu tempat dan ditulis dalam helaian-helaian kertas (suhuf) namun

tidak tersusun ayat dan surahnya. Penulisan al-Quran pada zaman beliau adalah

merangkumi kesemua (Saba’tul ahruf) Qiraat al-Quran yang diturunkan kepada

Baginda SAW sebagaimana yang disahkan pada peristiwa al-‘Ardhah al-

Akhirah.

3. Penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman bin Affan RA. Penulisan

al-Quran pada zaman Saidina Uthman RA merupakan proses menyalin al-

Quran dalam bentuk yang lebih tersusun dari sudut surah dan ayatnya didalam

beberapa mushaf agar khilaf atau perselisihan dapat dielakkan. Dr. Basyir Al-

Himyariy beliau berpendapat bahawa jumlah mushaf yang disepakati oleh

ulama adalah 4 buah iaitu Mushaf Madinah, Kufah, Basrah dan Syam.

Manakala menurut Sheikh Abdul Fatah al-Qady adalah 6 buah ditambah Mekah

dan Mushaf al-Imam. Penulisan mushaf Uthmani ditulis tanpa meletakkan

sebarang titik dan dan tanda baris.

4. Penulisan al-Quran selepas zaman Saidina Uthman al-Affan. Penulisan al-


Quran selepas zaman Saidina Uthman adalah dalam bentuk meletakkan tanda

titik. Ditandakan titik (‫ )نقطة اإلعرب‬yang dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali

(meninggal dunia pada tahun 69 hijrah pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi

Sufian). Kemudian mula ditandakan dengan titik (‫اإلعجام‬ ‫ )نقطة‬yang dipelopori


oleh Yahya bin Ya’mar dan Nasir bin Asim al-Lisi dengan perintah gabenor

4
Iraq iaitu Al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi. Penulisan al-Quran dengan
menggunakan khat naskh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg,
Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-
negara Islam yang lain sehingga kini. Penulisan al-Quran masa kini adalah
inovasi yang memudahkan ummah membaca al-Quran tetapi terkawal dengan
kaedah Rasm Uthmani.

5.0 KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

Terdapat perbezaan penulisan Rasm Uthmani dengan penulisan I’mlai. Rasm Uthmani

menggunakan enam kaedah dalam penulisan al-Quran.

1. Pertama, al-Hazfu.

Hazfu (‫ )ا ْل َحذْف‬ialah membuang atau mengurangkan. Dalam penulisan Rasm Uthmani, ada
beberapa huruf yang dibuang atau tidak ditulis tetapi wajib dibaca oleh sebahagian Qiraat
Mutawatirah sama ada ketika waqaf atau wasal. Dalam ilmu Rasm istilah hazfu adalah
bermaksud menggugurkan salah satu daripada lima huruf hijaiyyah iaitu alif, waw, ya’, lam
dan nun6. Antara kelima-lima huruf tersebut hazfu sering berlaku pada tiga huruf iaitu huruf
alif, waw dan ya’ berbanding huruf lam dan nun7. Al-Hazfu terbahagi kepada tiga bahagian.

1. Hazfu al-Isyarah. Maksud hazfu al-isyarah ialah hazaf yang berlaku pada
perkataan-perkataan yang boleh dibaca dengan lebih daripada satu Qiraat. Hazaf
tersebut untuk memberi isyarat bahawa terdapat qiraah yang lain yang boleh dibaca

pada perkataan tersebut8. Seperti hadhf alif dalam perkataan (‫سرى‬


َ ُ‫ )ا‬adalah isyarat
َ
kepada qiraah Hamzah yang membaca dengan hadhf alif (‫)اَسرى‬
َ

6
Ahmad Malik Hammad al-Futi, Miftah al-Aman fi Rasm al-Qur’an, (Dakkar: Dar al-Singhaliyyah, 1963).
7
Ibrahim bin Ahmad al-Marighni al-Tunusi, Dalil al-Hayran ‘Ala Mawrid al-Zam’an, (Kaherah: Dar al-
Hadith 2005).
8
Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Marighni al-Tunusi (2005), Dalil al-Hayran ‘Ala Mawrid al-Zam’an,
Kaherah: Dar al-Hadith, h. 66.

5
2. Hazfu Ikhtisar. Maksud hazfu ikhtisar ialah hazaf yang disebabkan untuk
meringkaskan seperti hazaf alif bagi perkataan jama‘ muzakkar atau jama’
mu’annath salim. Kedua-dua jenis jama’ ini secara umumnya ditulis dengan hazaf

alif. (‫)المسلمت( )الصلحني‬.

3. Hazfu Iqtisar. Maksud Hazfu Iqtisar ialah hazaf bagi perkataan tertentu sahaja,

seperti (‫ )امليعاد‬perkataan ini yang berada di dalam surah al-Anfal sahaja ditulis

dengan hazaf alif manakala bagi tempat-tempat yang lain ia ditulis dengan ithbat
alif.

Huruf-huruf yang di hazaf di dalam penulisan Rasm Uthmani ialah lima huruf iaitu huruf
alif, waw, ya’, lam dan nun.

1. Hazaf huruf alif berlaku dalam pelbagai bentuk perkataan seperti jama‘ muzakkar
salim (‫)العلمين‬.
2. Hazaf huruf waw. Seperti hazaf huruf waw pada perkataan fi’il marfu, perkataan ini

di akhiri dengan huruf waw (‫هللا‬ ‫ )صلح املؤمنني( )يوم يدع( )يدع اإلنسان( )ميح‬atau hazaf

waw yang terdapat dua waw dalam satu perkataan seperti (‫)داود‬.

3. Hazaf huruf ya. Hazaf huruf ya’ terbahagi kepada tiga jenis iaitu, ya’ al-

mutakallim (‫)فارهبون‬. Mengikut ejaan biasa perkataan ini ditulis dengan huruf ya’

selepas huruf nun (‫)فارهبوىن‬. Kedua, berlaku bagi perkataan tertentu seperti ( ‫واليل‬

‫)إذا يسر‬. Ketiga, hazaf ya bagi sebahagian perkataan yang mengandungi dua huruf

ya’ yang berhubung (‫)النبيني‬ (‫)األميني‬.


4. Hazfu Lam. Hazaf huruf lam hanya berlaku pada perkataan-perkataan berikut,
(‫ )الذين( )اليل( )االئي( )االتي( )الذان‬Mengikut ejaan biasa perkataan-perkataan ini
sepatutnya ditulis dengan dua lam seperti (‫)اللذين( )الليل( )الالئي( )الالتي( )اللذان‬. Tetapi

6
dalam kaedah Rasm Uthmani, perkataan-perkataan tersebut ditulis dengan satu lam
sahaja.
5. Hazfu Nun. Hazaf huruf nun hanya berlaku pada perkataan-perkataan berikut (‫)يك‬9
(‫)تك‬10 (‫)نك‬11 (‫)أك‬12 dan (‫)نىجي‬. Semua perkataan ini pada ejaan biasa ditulis dengan
nun (‫ )أكن( )نكن( )تكن( )يكن‬dan (‫ )ننجي‬tetapi di dalam Rasm Uthmani, nun tersebut
dibuang.

2. Kedua, Al-Ziyadah

Al-Ziyadah (‫)الزيَادَة‬
ِّ ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah tertentu. Maksudnya
dalam kaedah I’mlai huruf-huruf tersebut tidak ada, namun wujud dalam penulisan Rasm
Uthmani walaupun ia tidak memengaruhi bacaan. Al-Ziyadah dalam Rasm Uthmani
bermaksud huruf-huruf yang ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.
ْ ( َ‫)أَفَإيْن َمات‬
Huruf yang ditambahkan diantaranya alif, wau, ya’. Seperti (‫)أولئك( )يا ْ يئ َس‬

3. Ketiga, Al-Hamzah

Hamzah (‫ )ا ْل َه ْم َزة‬ditulis dalam bentuk alif, ya’, wau, atau seperti kepala ain. Seua huruf
hamzah di pangkal kalimah ditulis dalam bentuk alif sama ada ia Fathah (‫ )أمر‬kasrah
(‫ )إبرهيم‬atau dhummah (‫)أنزل‬.

Hamzah di tengah kalimah ditulis mengikut harakat pada huruf hamzah dan huruf
sebelumnya. Ditulis dalam bentuk alif apabila harakat fathah (‫سأ َ َل‬
َ ), ditulis dalam bentuk
ya’ apabila harakat kasrah (‫ )سُئ َل‬dan ditulis dalam bentuk wau apabila harakat dhammah
(‫)يذرؤكم‬.
Ada pula hamzah mufradah atau seperti kepala ‘ain apabila berada diakhir kalimah
dan sebelumnya adalah huruf sukun. Contoh: (‫يء‬ َ ،‫ سُ ْوء‬،‫ َماء‬،‫)م ْلء‬. Tapi ada penulisan
ْ ‫ش‬
hamzah di dalam al-Quran yang keluar dari ketentuan di atas diantaranya dalam surah Al-
Ma’arij ayat 13 ( ‫)وفَصيلَته الَّتي تُئْويْه‬.
َ Al-Isra 60 ()ً‫الر ْءيَا الَّتي أ َ َر ْينَاكَ إالَّ فتْنَة‬
ُّ ‫ ) َو َما َجعَ ْلنَا‬Sepatutnya
pada al-Ma’arij 13 dan al-Isra 60 hamzahnya ditulis dengan bentuk wau.

9
Surah al-Anfal ayat 53.
10
Surah Hud ayat 17
11
Surah al-Muddathir ayat 43.
12
Surah Maryam ayat 20.

7
4. Al-Ibdal

Ibdal (‫ )ال َبدْل‬mengganti. Adapun dalam Rasm Utsmani, Ibdal atau badal ialah menukarkan
sesuatu huruf dengan huruf yang lain. Terbahagia kepada lima bahagian:

َّ ‫صلَوة ُ (ال‬
1. Ibdal alif kepada wau: )ٍ‫ كَم ْشكَوةٍ (كَم ْشكَاة‬،)ُ‫ص َالة‬ َّ ‫ال‬
َ َ ‫سفَى (يأ‬
2. Ibdal alif kepada ya’: )‫سفَا‬ َ َ ‫ يأ‬،)‫ض َحا‬
ُّ ‫ض َحى (ال‬
ُّ ‫ال‬
3. Ibdal ta’ marbuthah kepada ta’ maftuhah : )ُ‫ ا ْم َراَتُ (ا ْم َراَة‬،)َ‫(ر ْح َمة‬
َ َ‫َرحْ َمت‬
4. Ibdal nun kepada alif : )‫َلنَ ْسفَعًا ( َلنَ ْسفَ َع ْن‬
5. Ibdal waw kepada alif seperti (‫ )الصفا‬asal huruf ketiganya adalah waw.

5. Al-Faslu Wal Waslu

Fashal dan Washal (‫)ا ْلفَصْل َوا ْل َوصْل‬. Maksud fashal atau washal adalah pemisahan atau
penggabungan dalam penulisan. Istilah lainnya adalah maqthu’ dan maushul namun
maksudnya sama. Dalam penulisan al-Quran mengikut Rasm Uthmani, terdapat banyak
kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan
cara terpisah pada tempat yang lain. Contoh (‫)إ ْن َّما – إ َّما( )أ َ ْن لَ ْن – أَلَّ ْن( )إ ْن لَ ْم – إلَّ ْم( )أ َ ْن َّال – أ َ َّال‬
(‫ع َّما‬ َ ) (‫ي َما – ف ْي َما( )كُ ّل َما – كُ ّل َما( )أ َ ْم َّم ْن – أ َ َّم ْن( )م ْن َّما – م َّما‬
َ – ‫ع ْن َّما‬ ْ ‫) َي ْو َم هُ ْم – َي ْو َم ُه ْم( )ف‬

6. Ma Fihi Qiraatan Kutiba ala Ihdahuma

Kalimah yang mengandungi Dua Qiraat dan ditulis salah satunya. Sekiranya terdapat
sesuatu kalimah mengandungi dua atau beberapa wajah Qiraat, maka penulisannya hanya
َ ‫ط ْال ُمست َق‬
satu saja dari wajah tersebut. Contoh (‫يم( ) َملك يَ ْوم الدّين‬ َ ‫ص َرا‬
ّ ‫)ننشرها( )كبير( )فتبين( )اهدنَا ال‬.

8
6.0 KELEBIHAN RASM UTHMANI

Terdapat banyak kelebihan Rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran sehingga ijma’

ulama’ menyatakan bahawa al-Quran hanya boleh ditulis dengan kaedah Rasm Uthmani.

Antara kelebihan adalah seperti berikut:-

1. Memepati sunnah (sunnah taqririah Nabi SAW)

2. Bersifat tawqifi dalam pemantauan Rasulullah SAW.

3. Salah satu daripada rukun al-Quran

4. Memepati semua Riwayat yang mutawatirah.

5. Penulisan merangkumi tujuh huruf Ilmu Qiraat (sab’at al-ahruf ).

6. Dipersetujui lebih 12 ribu sahabat (Ijma’ Sahabah)

7. Penulisan dan susunannya bertepatan mengikut bacaan Urdatul Akhirah

7.0 PENGAWALAN PENULISAN RASM UTHMANI

Di Malaysia hanya al-Quran yang menetapi kaedah Rasm Uthmani sahaja yang dibenarkan
ditulis dan dicetak. Persidangan Raja-raja Melayu pada 8 Februari 1984 telah memutuskan
agar diwujudkan peruntukan undang-undang bagi mengawal serta memeilhara kesucian al-
Quran. Pada tahun 1986 Akta Percetakan Teks al-Quran telah diwartakan. Kerajaan telah
menubuhkan Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran dan ia dianggotai
oleh para Mufti bagi setiap negeri di Malaysia. Lembaga tersebut akhirnya telah
menubuhkan sebuah jawatankuasa Lajnah Tashih al-Quran yang bertanggungjawab
memastikan kaedah penggunaa Rasm Uthmani serta penyemakan dan pengawalan
penulisan al-Quran di Malaysia.

9
8.0 KESIMPULAN

Diharapkan pembentangan dan tulisan yang ringkas ini dapat menjadi pedoman kepada

masyarakat awam untuk memahami tentang ilmu Rasm sama ada menepati kehendak

sebenar menurut disiplin ilmu tersebut atau sebaliknya, justeru, mereka dapat membezakan

antara mushaf yang ditulis menggunakan Rasm Uthmani dengan mushaf yang bukan Rasm

Uthmani. Tulisan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat awam dalam

memperkayakan pengetahuan mereka berkaitan disiplin ilmu Rasm khususnya berhubung

dalam penulisan al-Quran mushaf Rasm Uthmani.

Rujukan

Ahmad Abdul Rahim. (2011). Fitnah al-Asanid wal-Ijazati al-Quraniah. Tanta, Mesir: Dar
as-Sahabah lit-Turath.

al-Dhahabi. (2004). Siyar A'lam an-Nubala'. Lubnan: Bait al-Afkar ad-Dauliyah.

Ali Akbar (2008). Membalik Sejarah Pengumpulan dan Penulisan al-Quran. Kertas Kerja.
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

Al-Qadiy, ‘Abd al-Fattah (1982), Al-Wafi fi sharh al-Shatibiyyah fi al-Qiraat al-sab‘.


Kaherah. Al-Idarah al-‘Ammah lil Ma‘ahid al-Azhariyyah.

Al-Qadiy, ‘Abd al-Fattah (1984), Tarikh al-Qurra’ al-‘asharah wa ruwatihim wa tawatur


Qiraatihim wa manhaj kul fi al-Qira’ah. Kaherah. Al-Idarah al-‘Ammah lil
Ma‘ahid al-Azhariyyah.

Al-Qaysiyy, Abiy Muhammad Makkiy bin Abi Talib (2007). Al-Kasyf ‘an wujuh al-Qiraat
al-sab‘ wa ‘ilaliha wa hujajiha. Juz 1. Kaherah. Dar al-Hadith.

Ibn al-Jazariyy, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali bin Yusuf (1994).
Toyyibat al-Nashr fi al-Qiraat al-‘Ashr. Madinah.Makatabah Dar al-Huda.

Ibn al-Jazariyy, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali bin Yusuf (1994).
al-Durrah al-Madiyyah. Madinah. Makatabah Dar al-Huda

10

Anda mungkin juga menyukai