Anda di halaman 1dari 11

APLIKASI KAEDAH IMUNAR BAGI MEMBEZAKAN

HURUF HIJAIYAH sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫)ظ‬
DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN

NURUL HUSNA BINTI MOHD JAMIL


MOHAMAD YUSRI BIN BAKIR
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
[husnaimani@gmail.com]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengatasi masalah murid keliru dalam membezakan huruf
hijaiyah sod ( ‫)ص‬, dhod ( ‫)ض‬, tho ( ‫ )ط‬, dan zho ( ‫ )ظ‬dalam Pendidikan Al-Quran. Hasil
tinjauan awal menunjukkan terdapat lima orang murid tahun Empat Bumi di Sekolah
Kebangsaan Seri Kelebang keliru untuk membezakan huruf hijaiyah sod ( ‫)ص‬, dhod ( ‫)ض‬,
tho ( ‫ )ط‬, dan zho ( ‫)ظ‬. Tindakan yang dilaksanakan adalah menggunakan kaedah Imaginasi
Menggunakan Gambar (IMUNAR). Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data
adalah ujian pra dan pos, analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Berdasarkan
keputusan analisis data kajian, didapati bahawa kaedah IMUNAR telah berjaya
meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan pengenalan huruf hijaiyah hampir
serupa sod ( ‫)ص‬, dhod ( ‫)ض‬, tho ( ‫)ط‬, dan zho ( ‫)ظ‬. Kaedah IMUNAR juga mampu menarik
minat dan mengekalkan perhatian murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) Pendidikan Al-Quran. Justeru, kajian ini wajar diteruskan dan diaplikasikan oleh
guru-guru bagi mengatasi masalah yang sama dalam Pendidikan Al-Quran.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengenalan

Menurut Ahmad Mohd Salleh (1997), matlamat pendidikan Al-Quran adalah untuk
membina masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan
masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak
zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran.
Matlamat pendidikan Al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada
Allah SWT.Justeru, membaca Al-Quran adalah dituntut kerana di antara hikmah Al-Quran
diturunkan adalah untuk dibaca, ‘ditadabbur’, dihayati dan diamalkan.

Seperti yang kita ketahui, terdapat ibadah lain yang memerlukan kepada pembacaan
ayat-ayat suci Al-Quran seperti solat. Oleh itu, pengajaran pendidikan Al-Quran di peringkat
kanak-kanak adalah sangat penting dalam mendidik dan melatih mereka mengenal huruf,
menyebut huruf mengikut sebutan makhraj yang betul dan membaca ayat-ayat Al-Quran
dengan bertajwid dan fasih.Sekurang-kurangnya kanak-kanak yang diajar Al-Quran boleh
membaca surah Al-Fatihah dan mengamalkannya setiap kali melaksanakan perintah solat.

Sehubungan itu, atas kesedaran yang timbul, pengkaji rasa terpanggil untuk
menjalankan kajian tindakan yang berpusatkan kepada kemahiran asas mengenal huruf-huruf
Al-Quran atau dikenali sebagai huruf hijaiyah. Ternyata kepentingan menguasai kemahiran
asas mengenal huruf hijaiyah terhadap kanak-kanak adalah penting sebelum mereka mula
melangkah ke peringkat seterusnya seperti membaca potongan kalimah, kalimah dan ayat-
ayat pendek. Justeru, langkah pertama mengenal huruf hijaiyah ini perlu dikuasai oleh semua
kanak-kanak sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.
TINJAUAN LITERATUR

Merujuk Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan
yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang
dipersetujui wujud dalam kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran
memahami apa yang dibaca. Lantaran membaca menjadi sumber utama memperoleh
pengetahuan, maka kemahiran ini perlu dikuasai oleh murid diperingkat awal lagi.Hal ini
ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu
terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran
membaca.Antara kemahiran asas ini ialah mengecam dan membunyikan huruf.

Menurut Brenna (1995, seperti yang dinyatakan dalam Jamilah Ahmad, 1999) pula
menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang mereka ada
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Contohnya seperti ketika mereka berhadapan dengan
masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternative ‘b’ kepada huruf ‘p’ yang
ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruann huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin
juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf ‘b’
dengan huruf ‘d’ dan huruf ‘p’ dengan huruf ‘q’ (Higgins etal. 1996, seperti yang dinyatakan
dalam Norshazree Azwin, 2010).

Gibson & Lewin (1975, seperti yang dinyatakan dalam Ruhaida, 2005) telah
mengenalpasti bahawa huruf dipelajari dengan mengenali ciri-ciri spatial yang tertentu.
Dalam kes ini, guru-guru sangat berperanan dalam membantu murid-murid pada tahap awal
membaca untuk membezakan huruf-huruf secara visual dengan menggunakan alat bantuan
mengajar seperti buku huruf dan penggunaan kad huruf.

Berdasarakan pendapat ini, pengkaji telah mengaplikasikan kaedah IMUNAR yang


merangkumi unsur visual melalui inovasi penggunaan multimedia dan penggunaan teknik
bercerita yang menarik.Unsur visual sangat penting dalam menggilap potensi murid untuk
memperoleh sesuatu maklumat dengan pantas dan tepat.Hal ini telah dinyatakan dalam teori
kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Gadner.Menurut Gadner terdapat sembilan jenis
kecerdasan manusia iaitu kinestetik, interpersonal, intrapersonal, logic-matematik, muzik,
verbal-linguistik, visual ruang, naturalis dan spiritual atau eksistensialisme.

Sehubungan itu, pengkaji bertindak menumpukan dua jenis kecerdasan yang biasa
dimiliki oleh murid iaitu visual-ruang dan verbal-linguistik di dalam kajian ini.Murid yang
dominan dalam kecerdasan verbal-linguistik biasanya menggunakan bahasa secara berkesan
dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum.Murid jenis ini adalah paling baik belajar
melalui pendengaran.Hal ini bersesuaian dengan pengaplikasian kaedah IMUNAR yang
terkandung teknik penceritaan semasa menjalankan PdP. Murid lebih tertarik dan berminat
untuk belajar terutama ketika mendengar cerita yang disampaikan oleh pengkaji.

Murid yang dominan dengan kecerdasan visual pula lebih cenderung berfikir secara
gambaran, imej, bentuk dan paten atau corak.Mereka berkebolehan untuk membentuk model
secara visual dan mengaplikasikan model itu kepada dunia fizikal. Murid jenis ini gemar
melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca,
menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
Bertepatan dengan pengaplikasian kaedah IMUNAR iaitu singkatan kepada aktiviti
Imaginasi Menggunakan Gambar yang sudah pasti mengetengahkan unsur visual semasa
PdP. Justeru, penggunaan kecerdasan individu secara optimum semasa PdP dapat mengatasi
masalah tumpuan dan minat murid secara semulajadi.

Gambar merupakan media yang sesuai untuk membantu murid memahami sesuatu
pengajaran dengan berkesan. Penggunaan gambar dalam proses PdP perlulah terang dan
jelas dalam membantu menerangkan maksud atau konsep. Contoh gambar yang digunakan
juga mestilah tidak kabur atau lari daripada konsep asal. Mok Soon Sang menyatakan
penggunaan gambar yang menarik dapat mengekalkan perhatian murid dan membantu
menerangkan isi pengajaran (Mok, 2002). Dengan itu, pengkaji menggunakan gambar
sebagai media bagi membantu mengukuhkan lagi teknik penceritaan yang digunakan dalam
kajian ini. Penggunaan gambar dalam proses PdP dilihat sesuai sebagai media di dalam
kelas. Penggunaan media ini amat mudah dan ia memberi kefahaman kepada pelajar dalam
topik yang susah mahupun senang.

Kajian yang dilakukan oleh Alejandro menyatakan gambar sangat terkenal dalam
pengajaran guru kerana ia menggambarkan idea dan pemikiran kepada pelajar semasa proses
PdP dilaksanakan (Alejandro, 1994). Yusuf pula menyatakan penggunaan gambar dalam
proses PdP sebagai media di dalam bilik darjah memberi gambaran jelas tentang konsep dan
idea semasa isi pengajaran disampaikan (Hashim, 1998).

FOKUS KAJIAN

Pembelajaran Tilawah Al-Quran di sekolah rendah merupakan sebahagian daripada


kandungan matapelajaran Pendidikan Islam yang berasaskan Kurikulum Bersepadu sekolah
Rendah yang mengandungi tiga bahagian.Bahagian pertama ialah Tilawah Al-Quran yang
memfokuskan aspek mengenal, menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan.Aspek
kedua membaca dan menghafaz ayat-ayat lazim dan aspek ketiga ialah pengertian ayat-ayat
tertentu dalam Al-Quran.Kini, penekanan kepada bidang Tilawah Al-Quran dalam
kurikulum Pendidikan Islam semakin ketara berikutan tercetusnya program j-QAF.

Masalah utama yang ditemui oleh pengkaji semasa menjalani praktikum fasa satu hingga
tiga adalah masalah pengenalan huruf hijaiyah dalam pelajaran Tilawah Al-Quran.
Kebanyakan murid lemah hanya menghafal susunan huruf hijaiyah bermula daripada huruf
Alif (‫ )ا‬hingga huruf Ya ( ‫ )ي‬tanpa menguasai rupa spatial sesuatu huruf dengan tepat.
Masalah akan timbul apabila guru meminta murid menyebut huruf secara rawak tanpa
mengikut susunan huruf. Natijahnya, mereka gagal menyebut huruf hijaiyah yang
ditunjukkan guru dengan tepat.

Selain dari itu, murid yang mengalami masalah kekeliruan huruf juga boleh dikesan oleh
guru semasa mereka membaca Al-Quran atau IQRA’. Hal ini kerana mereka kerap kali akan
melakukan kesalahan dalam menyebut huruf-huruf tertentu. Kaedah pengenalan huruf
hijaiyah hampir sama sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫ )ظ‬yang dilaksanakan oleh
pengkaji sebelum ini hanyalah menggunakan kaedah penerangan secara berpusatkan guru
semata-mata tanpa mengaitkan unsur visual dan teknik penceritaan.

Sehubungan itu, pengkaji mendapati respon dan penglibatan murid terhadap


pembelajaran Pendidikan Al-Quran adalah tidak aktif dan tumpuan yang diberikan semasa
PdP adalah pada tahap kurang memuaskan.Masalah kekeliruan huruf berlaku dalam
kalangan murid disebabkan fungsi otak gagal merakam imej huruf dengan tepat dan
menyimpan ingatan dalam jangka masa panjang berkemungkinan disebabkan tumpuan dan
minat yang kurang semasa aktiviti pengajaran guru.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, pengkaji memperkenalkan kaedah Imiginasi
Menggunakan Gambar (IMUNAR) untuk menarik perhatian murid dengan adanya unsur
visual, multimedia dan teknik penceritaan yang dijalankan semasa PdP Pendidikan Al-
Quran. Menurut Ee Ah Meng (1997), sekiranya murid berasa seronok ketika menjalankan
sesuatu, perkara yang dialami akan diingati dengan lebih lama lagi.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti yang berikut:

Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah bertujuan meningkatkan pengusaan membezakan huruf-
huruf hijaiyah yang hampir sama iaitu huruf hijaiyah sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (
‫ )ظ‬dalam matapelajaran Pendidikan Al-Quran.
Objektif Khusus
i. Pencapaian murid dalam penguasaan huruf hijaiyah hampir sama sod (‫)ص‬, dhod (
‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫ )ظ‬dapat ditingkatkan dengan pengaplikasian kaedah
IMUNAR.

ii. Meningkatkan minat murid di dalam PdP pendidikan Al-Quran melalui


pengaplikasian kaedah IMUNAR.

SOALAN KAJIAN

i. Adakah kaedah IMUNAR membantu meningkatkan pencapaian murid dalam


penguasaan huruf hijaiyah hampir sama sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫?)ظ‬

ii. Adakah Kaedah IMUNAR yang diperkenalkan oleh pengkaji berupaya


meningkatkan minat murid dalam PdP Pendidikan Al-Quran?

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 4 Bumi di
Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang. Kelas 4 Bumi berkedudukan di tangga yang kedua
daripada keseluruhan lima buah kelas tahun empat. Murid-muridnya boleh dikategorikan
sebagai murid pintar dan sederhana tahap kognitifnya.Pengkaji menjalankan ujian pra
terhadap semua murid tahun 4 Bumi iaitu seramai 32 orang.Pemilihan responden dilakukan
adalah berdasarkan keputusan ujian pra.5 orang murid yang tidak mendapat markah penuh
dalam ujian pra telah dipilih sebagai responden kajian. Hal ini adalah bertujuan membantu
mengatasi masalah murid keliru membezakan huruf hijaiyah hampir sama.

Intervensi dijalankan dengan mengaplikasikan kaedah IMUNAR dalam PdP


Pendidikan Al-Quran. Masa bagi setiap intervensi dijalankan adalah tiga puluh minit hingga
empat puluh minit setiap sesi. Kajian tindakan ini hanya difokuskan kepada kelima-lima
orang responden yang terpilih sahaja.Kelima-lima responden adalah murid lelaki. 2 orang
responden telah membaca Al-Quran, 2 orang responden masih membaca IQRA’ 4 dan
seorang responden membaca IQRA’ 3.

Walaupun responden yang dipilih telah dikenalpasti tidak dapat membezakan huruf
hijaiyah sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫ )ظ‬dengan betul namun mereka sudah
mengenal kebanyakan huruf hijaiyah Al-Quran yang lain. Sehubungan itu, kajian ini
dijalankan bagi membantu murid lemah tahun Empat Bumi membezakan huruf hijaiyah sod(
‫)ص‬, dhod(‫)ض‬, tho(‫)ط‬, dan zho(‫ )ظ‬dengan mengaplikasikan kaedah IMUNAR
METODOLOGI

Tindakan yang dijalankan

Pengkaji mengaplikasikan model Kemmis Taggard, 1992 dalam penyelidikan tindakan ini.
Menurut Lewin (1952, seperti yang dinyatakan dalam Abdul Rahman, 1995) penyelidikan
tindakan dilaksanakan untuk melihat perhubungan serta interaksi manusia. Beliau mendapati
cara yang paling sesuai dalam perkembangan diri adalah melalui inkuiri diri sendiri dan
hubungannya dengan orang lain. Dapatan yang diperolehi akan memberi gambaran terhadap
penglibatan serta pertalian antara gaya hidup, persepsi dan tingkahlaku individu dengan
sosial masyarakat.

i. Mereflek

Pengkaji memulakan kajian dengan membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
seterusnya membuat refleksi kendiri.Tinjauan yang dilakukan adalah melalui kaedah
pemerhatian dan temu bual.Berdasarkan hasil tinjauan, pengkaji dapat mengenalpasti
masalah murid yang wujud berpunca daripada amalan pengajaran guru yang menggunakan
kaedah tradisional dan lebih berpusatkan guru. Murid tidak dapat memahami dengan jelas
perbezaan huruf hijaiyah yang hampir sama rupa bentuknya walaupun telah berkali-kali
diberi penerangan oleh guru secara lisan. Oleh hal yang demikian tidak hairanlah murid
sering keliru ketika menyebut huruf-huruf tersebut semasa membaca potongan ayat-ayat Al-
Quran.

ii. Merancang

Pengkaji merancang strategi demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran


seterusnya meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap pengenalan huruf hijaiyah yang
hampir sama khususnya terhadap huruf sod(‫)ص‬, dhod(‫)ض‬, tho(‫)ط‬, dan zho(‫)ظ‬. Pengkaji
berpendapat bahawa kaedah yang dirancang perlu lebih mudah tetapi berkesan dalam
membantu menyelesaikan permasalahan yang telah dikenalpasti sebagai fokus kajian.Untuk
itu, pengkaji membuat persediaan dengan merancang langkah serta memilih instrumen
kajian.Instrumen kajian yang digunakan termasuklah ujian formatif, ujian pra dan pos,
pemerhatian, dan temu bual. Sebelum itu, pengkaji membuat jadual kerja sebagai salah satu
strategi perancangan sebelum menjalankan kajian.Jadual kerja ini bertujuan memastikan
pelaksanaan kajian tindakan berjalan dengan lancar dan berkesan.

iii. Bertindak

Pengkaji telah menjalankan intervensi ke atas lima orang responden yang telah dipilih
berdasarkan skor ujian pra. Murid gagal mendapat markah penuh di dalam ujian pra
dijadikan sebagai responden kajian ini. Kelima-lima orang responden tersebut telah
diletakkan di dalam suatu bilik khas untuk dijalankan intervensi selama tiga puluh hingga
empat puluh minit setiap sesi.Intervensi dijalankan sebanyak empat kali.

iv. Pemerhatian

Pengkaji membuat pemerhatian berdasarkan minat, tumpuan dan tingkahlaku responden


semasa intervensi dijalankan. Perubahan tingkahlaku responden dicatat sebagai nota
lapangan. Perubahan atau perkembangan kognitif responden hanya berfokus kepada empat
huruf hijaiyah hampir sama.
Cara mengumpul data

Dalam pelaksanaan tindakan ini, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen untuk
mengumpul data kajian. Segala data diperolehi melalui pemerhatian semasa PdP dijalankan,
temu bual bersama murid dan analisis dokumen seperti ujian pra dan pos dan ujian formatif.

 Pemerhatian

Pemerhatian boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu pemerhatian berstruktur,


pemerhatian semi-berstruktur dan juga pemerhatian bukan berstruktur. Bagi kajian ini,
pengkaji telah menggunakan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian ini telah dijalankan
untuk mengenalpasti tahap penguasaan huruf murid-murid semasa menjalankan intervensi.
Murid-murid diberikan ujian formatif iaitu ujian selepas intervensif.Sepanjang pemerhatian
dibuat, rakaman gambar diambil bagi mengukuhkan lagi dapatan pemerhatian. Rakaman
gambar dapat membuktikan proses rawatan telah dijalankan ke atas responden dengan betul.

 Temu bual

Pengkaji menemubual tiga orang murid yang dikenalpasti tidak tahu membezakan huruf
hijaiyah sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫ )ظ‬bagi mengenalpasti puncanya. Temu bual
dijalankan bagi mengetahui realiti dan punca sebenar masalah kekeliruan huruf ini
berlaku.Pengkaji menggunakan temu bual jenis tidak berstruktur kerana instrumen ini lebih
memberi peluang kepada murid untuk menceritakan dan menjelaskan apa-apa yang terbuku
di hati mereka dan perubahan kepada pembelajaran mereka serta menyatakan pendapat
mereka mengenai amalan PdP guru tanpa terikat dengan skop yang ditentukan. Temu bual
juga membantu pengkaji dalam mengumpul data dengan lebih tepat dalam melaksanakan
kajian ini.

Antara soalan yang telah dikemukan kepada murid terpilih dalam temubual adalah
berkenaan tahap penguasaan membezakan huruf hijaiyah sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫ )ط‬, dan
zho (‫ )ظ‬.Selain itu, soalan berkaitan perasaan responden setelah mengikuti aktiviti PdP
menggunakan kaedah IMUNAR juga disoal.

 Analisis Dokumen

Analisis dokumen dijalankan ke atas 5 orang responden melalui semakan lembaran ujian
formatif yang telah diberikan setiap kali tamat sesi PdP menggunakan kaedah IMUNAR.
Analisis dokumen membantu pengkaji mengetahui tahap peningkatan responden terhadap
penguasaan membezakan huruf hijaiyah sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫ )ط‬,dan zho (‫)ظ‬. Graf
peningkatan dibuat berdasarkan dapatan analisis dokumen yang telah dibuat.

 Ujian Pra dan Ujian Pos

Sebelum mengaplikasikan kaedah IMUNAR dalam PdP Pendidikan Al-Quran, pengkaji


telah menjalankan ujian pra ke atas semua murid di dalam kelas 4 Bumi. Ujian pra
dijalankan bagi mengenalpasti murid yang lemah dan keliru dalam membezakan huruf
hijaiyah sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫)ظ‬.Ujian pra juga bertujuan menilai
pengetahuan sedia ada murid terhadap penguasaan mereka membezakan huruf hijaiyah sod (
‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫)ظ‬.Ujian pos pula dijalankan setelah selesai semua
pelaksanaan aktiviti PdP menggunakan kaedah IMUNAR.Ujian pos dijalankan ke atas
responden di akhir sesi kajian bagi mengetahui keputusan kajian samada berkesan ataupun
tidak.
DAPATAN KAJIAN

Dapatan 1 (Persoalan 1) :

Adakah kaedah IMUNAR membantu meningkatkan pencapaian murid dalam


penguasaan huruf hijaiyah hampir sama sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫?)ظ‬

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama ini, pengkaji merujuk kepada hasil analisis
instrumen ujian pra dan pos yang telah dijalankan ke atas lima orang responden terpilih.
Hasil analisis menunjukkan bahawa berlaku peningkatan positif ke atas kelima-lima orang
responden kajian.Perubahan positif yang amat ketara terhadap kelima-lima orang responden
selepas penggunaan kaedah IMUNAR dijalankan di dalam kelas.

Hasil analisis ujian pra dan pos mendapati 3 orang responden meningkat sebanyak
50% dan 2 orang responden lagi meningkat 10%. Ternyata aplikasi kaedah IMUNAR
semasa PdP Pendidikan Al-Quran meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan huruf
hijaiyah hampir sama sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫)ظ‬.

Markah ujian pra menunjukkan sebanyak 3 orang responden memperoleh setengah


markah daripada markah penuh iaitu sebanyak 2/4 markah manakala 2 orang responden lagi
memperoleh 3/4 markah.Peningkatan yang amat ketara setelah menjalani intervensi
sebanyak 4 kali dan hasil keputusan markah ujian pos menunjukkan kelima-lima orang
responden memperoleh markah penuh 100% iaitu 4/4 markah. Kesemua responden telah
berajaya dirawat bagi mengatasi masalah keliru membezakan huruf hijaiyah hampir samasod
(‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫)ظ‬.

Disamping itu, instrumen ujian formatif yang digunakan oleh pengkaji untuk
mengukur perkembangan pencapaian murid dalam mengenal dan membezakan huruf
hijaiayah hampir sama turut menunjukkan perkembangan positif. Sebanyak 4 orang
responden berjaya memperoleh 100% dalam ujian formatif 1 dan 2.Seorang sahaja
responden yang meningkat 50% dalam ujian formatif 2. Hal ini dengan jelas membuktikan
bahawa kaedah IMUNAR berjaya membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
penguasaan huruf hijaiyah hampir sama sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫)ظ‬.

Graf 1: Analisis keputusan ujian formatif 1 dan 2.


Graf 2 : Keputusan ujian pra dan pos

Dapatan 2 (Persoalan 2) :

Soalan Kajian 2 : Adakah Kaedah IMUNAR yang diperkenalkan oleh pengkaji


berupaya meningkatkan minat murid dalam PdP pendidikan Al-Quran?

Peningkatan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Al-Quran dapat
dibuktikan dengan jelas dalam penggunaan tiga instrumen kajian iaitu temubual tidak
berstrukur, pemerhatian tidak berstruktur dan rakaman gambar.Pertama, hasil pemerhatian
tidak berstruktur mendapati berlaku peningkatan minat responden dalam PdP Pendidikan Al-
Quran.Rujuk item nombor 2 iaitu pemerhatian yang dijalankan semasa kaedah IMUNAR
dijalankan didalam kelas.

Hasil analisis pemerhatian menunjukkan responden dilihat sangat berminat ketika


belajar dan memberikan tumpuan semasa PdP Pendidikan Al-Quran iaitu responden aktif
bertanya soalan dan kerap ketawa semasa melihat paparan gambar yang menyerupai rupa
huruf hijaiyah sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (‫)ظ‬.Disamping itu, responden juga
menunjukkan muka ceria dan sentiasa tersenyum ketika belajar.

Selain itu, item nombor 3 dalam instrumen pemerhatian menjelaskan responden


dilihat dapat mengekalkan minat belajar Pendidikan Al-Quran dan berupaya memberikan
tumpuan yang optimum semasa PdP pendidikan Al-Quran.Buktinya, tidak ada lagi
responden yang mengadu bosan ketika belajar dan sentiasa menunjukkan muka gembira dan
teruja ketika belajar.

Pengkaji merujuk instrumen temubual tidak berstruktur yang telah dijalankan keatas
responden.Item nombor 3 dan nombor 4 jelas menunjukkan peningkatan minat responden
dalam mempelajari Pendidikan Al-Quran setelah mengaplikasikan kaedah IMUNAR.Soalan
yang telah diajukan kepada responden adalah “Adakah kamu menyukai kaedah IMUNAR
yang telah kita jalankan?”.Jawapan yang diperoleh adalah sangat positif iaitu “ya, saya
sangat suka mempelajarai kaedah IMUNAR.”

Item nombor 4 pula menghuraikan pendapat responden mengenai sebab responden


menyukai kaedah IMUNAR. Jawapan yang diberikan adalah kerana kaedah IMUNAR
8
menggunakan gambar yang menarik dengan gabungan penggunakan kad huruf dan slide
power point yang cantik. Teknik bercerita yang diterapkan dalam kaedah IMUNAR juga
menambah keseronokan responden untuk belajar.

Instrumen pemerhatian melalui rakaman gambar digunakan bagi mengukuhkan


kenyataan kaedah IMUNAR yang diperkenalkan oleh pengkaji berupaya meningkatkan
minat murid dalam PdP Pendidikan Al-Quran. Pengkaji merujuk gambar 9 dan gambar 10
yang menunjukkan dengan jelas wajah responden yang ceria dengan senyuman ketika
intervensi dijalankan.Tumpuan yang diberikan semasa intervensi dijalankan dapat dilihat
dengan jelas dalam rakaman gambar tersebut.Oleh itu, dapatlah pengkaji simpulkan bahawa
kaedah IMUNAR yang diperkenalkan oleh pengkaji sangat berupaya meningkatkan minat
murid dalam PdP Pendidikan Al-Quran.

Jadual 3 : Jadual Pemerhatian sebelum, semasa dan selepas kaedah IMUNAR


dijalankan di dalam PdP Pendidikan Al-Quran.

Fasa Tindak balas Responden


Pemerhatian
Tumpuan dan minat Penguasaan huruf hijaiyah

Semasa kaedah Responden dilihat sangat berminat Responden dilihat kurang


IMUNAR ketika belajar dan memberikan menghadapi masalah membezakan
dijalankan tumpuan semasa PdP pendidikan Al- huruf hijaiyah hampir sama sod (
Quran : ‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (
 Responden aktif bertanya ‫)ظ‬.
soalan.  Kurang berlaku masalah
 Responden ketawa semasa pertukaran huruf hampir
melihat paparan gambar yang sama ketika membaca
menyerupai huruf hijaiyah Al-Quran dan IQRA’.
sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬,
dan zho (‫)ظ‬.
 Responden sentiasa
tersenyum ketika belajar.

Selepas kaedah Responden dilihat dapat mengekalkan Berlaku peningkatan penguasaan


IMUNAR minat belajar Pendidikan Al-Quran dan huruf hijaiyahhampir sama sod (
dijalankan berupaya memberikan tumpuan yang ‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dan zho (
optimum semasa PdP Pendidikan Al- ‫ )ظ‬dalam kalangan responden.
Quran.  Kebanyakan responden
 Tidak ada lagi responden dapat menjawab ujian
yang mengadu bosan ketika formatif di akhir
belajar. intervensi dengan betul.
 Muka sentiasa gembira dan
teruja untuk belajar.

Jadual 4 : Jadual Data Temu bual yang diperoleh semasa kajian dijalankan.
Bil Soalan Jawapan

2. R1
Apakah yang menyebabkan kamu berasa Aktiviti yang dijalankan oleh guru tidak
bosan ketika belajar? menyeronokkan dan sering menggunakan
kaedah yang sama setiap kali PdP.

3. R2
Adakah kamu menyukai kaedah Ya, saya sangat suka.
IMUNAR yang telah kita jalankan?

CADANGAN SETERUSNYA

Masa kajian yang dijalankan hanya selama empat minggu. Oleh itu, pengkaji mencadangkan
agar masa kajian dipanjangkan supaya hasil yang diperolehi lebih berkualiti dan
berkesan.Instrumen kajian yang digunakan haruslah diberi penambahbaikan dari segi
struktur. Contohnya, penggunaan instrumen pemerhatian tidak berstruktur dan temu bual
tidak berstruktur di dalam kajian ini dilakukan penambahbaikan dengan menjadikan
instrumen kajian temu bual berstruktur dan pemerhatian berstruktur. Hal ini boleh
meningkatkan kebolehpercayaan yang tinggi.

Guru digalakkan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti yang dapat


menarik minat murid-murid untuk belajar. Tambahan lagi, guru perlu berfikir secara kreatif
dan kritis bagi meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran ini.Aktiviti yang
menyeronokkan dapat mencuri perhatian,tumpuan dan kesediaan melakukan aktiviti dan
boleh juga mempengaruhi kemahiran menulis (Moore & Law,1990, seperti yang dinyatakan
dalam Ruhaida, 2005)

Selain itu, guru disarankan memperbanyakkan latihan dengan memberikan


pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat mudah kepada yang lebih kompleks.
Latihan secara pengulangan akan meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran motor
halus dan kemahiran menulis murid-murid. Menurut Kohn, 1998 seperti yang dinyatakan
dalam Siti Hadijah, 2004, aktiviti pengulangan akan merangsang daya ingatan dan
kemahiran kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui pengulangan yang dilalui.

Akhir sekali, pengkaji mencadangkan kajian dijalankan menggunakan jumlah sampel yang
lebih besar berbanding hanya lima orang sampel digunakan dalam kajian ini. Kebaikannya
adalah hasil kajian yang diperolehi dapat digeneralisasikan kepada jumlah sebenar.

RUJUKAN
Fatimah binti Abdul Hamid, (Disember 2012) Kajian Tindakan ‘Aplikasi Kaedah LaWaNya
Dalam Membezakan Sebutan Perkataan Yang Mengandungi Vocal E’. IPG
Kampus Ipoh, Perak.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, (2007) Pendidikan Islam Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran.Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Mahyuddin Ashaari, (2001) Pendidikan al-Quran menjana keupayaan berfikir.Jurnal


pendidikan Islam. Jil. 9. Bil. 4. November 2001.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi, (2009) Persepsi Pelajar Terhadap
Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1)
(2009).

Rosliza binti Salleh, (2012) Kajian Tindakan ‘Menguasai Kata Adjektif Menggunakan
Kaedah Gambar bagi Murid Tahun 3 Seroja SK Seri Iskandar’. IPG Kampus
Ipoh, Perak.

Anda mungkin juga menyukai