Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Tarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat al-
Quran.Manakala suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput
suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain
mengikut kehendak yang tertentu.

Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.Irama: alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW. Sabda Baginda:

Maksudnya: Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu
mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran.

Sejarah Tarannum Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan
umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian
terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Masud
RA, Abu Musa Asyari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti
Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah
pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Oleh kerana tarannum sesuatu
yang bersifat seni pendengaran (simai), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara
sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW itu.

Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta
mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai
berbagai aliran yang popular antaranya:A. Misri (Mesir).B. Hijazi (Mekah dan Madinah).C. Iraqi.D. Kurdi
(sempadan Iraq dan Turki).E. Ajami (Iran) dan lain-lain.

Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang
muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu
maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta menggarabkannya untuk bacaan Al-
Quran.
Latar Belakang Kajian

Sebagai salah satu langkah memartabatkan Ilmu Tarannum ini saya telah ditugaskan untuk mebuat satu kajian
tentang kefahaman Ilmu Tarannum al-Quran yang mana respondennya adalah imam-imam masjid yang saya
telah pilih untuk dibuat soal selidik seramai 10 orang. Mereka adalah merupakan Imam-imam masjid yang
bertauliah yang berada di sekitar daerah tempat tinggal saya dan juga di luar dari daerah tempat tinggal saya
sekarang iaitu imam-imam sekitar kampung tempat asal saya iaitu Daerah Setiu yang terletak di negeri
Terengganu Darul Iman. Responden yang terlibat ialah Imam Masjid Kampung Bintang,Imam satu dan Imam
dua Masjid Daerah Setiu,Imam Masjid Kampung Guntong Luar,Imam Masjid Kampung Bahagia Setiu, Imam
Masjid Kampung Guntong Dalam Setiu,Imam Masjid Kampung Fikri Setiu,Imam Masjid Kampung Banggol
Setiu,dan Imam Masjid Kampung Ulu Kekabu Setiu.Kajian ini telah dijalankan selama dua minggu semasa
cuti persekolahan yang lalu.

Objektif kajian :

Di akhir kajian saya dapat :

1. Mengenalpasti tahap pemahaman keseluruhan responden dalam aspek Ilmu Tarannum Al-Quran.
2. Mencadangkan beberapa cadangan untuk meningkatkan kefahaman dan mutu bacaan Al-Quran secara
bertarannum.

Metodologi kajian:

Kajian dilakukan dengan cara, iaitu:

1. Meminta Para Imam Mengisi Borang Soalan kaji selidik yang telah disediakan dan merumuskan hasil
berdasarkan borang soal selidik tersebut.
2. Mengemukakan temuabual lisan secara spontan.

Jangkaan hasil / dapatan kajian:

Di akhir soal selidik ini nanti diharapkan agar 100% responden dapat memahami, mengamalkan pembacaan
Al-Quran bertarannum. Ini adalah kerana responden adalah terdiri daripada para imam yang bertauliah yang
sudah sememangnya punyai pengetahuan tentang Ilmu Tarannum ini terutamanya tentang bacaan tarannum
yang popular di Malaysia seperti Tarannum Bayyati,Tarannum Nahawand,Tarannum Rast,Tarannum
Soba,Tarannum Hijaz,Tarannum Sikah, dan Tarannum Jiharkah.

Hasil Dapatan Kajian:

Setelah bertungkus-lumus menyediakan soalan-soalan dan melaksanakan proses kajian maka hasil yang saya
dapati daripada 10 orang Imam terbabit seperti berikut:

a ) Latar belakang pendidikan al-Quran/Tarannum.

Responden yang dikaji terdiri daripada imam-imam yang kebanyakannya adalah imam masjid kampung seperti
yang telah dinyatakan sebelum ini. Dalam aspek latar belakang pendidikan tertinggi berkaitan Al-Quran dan
Tarannum saya telah membahagikan kepada beberapa tahap iaitu,Pendidikan Al-Quran dan Tarannum di
peringkat pondok,peringkat sekolah menengah agama,peringkat sekolah menengah kebangsaan atau menengah
biasa dan yang terakhir iaitu peringkat maktab dan universiti.

Hasil kajian mendapati 5 orang daripada kalangan responden merupakan imam yang berpendidikan sekolah
menengah agama iaitu mewakili 50 %. 1 daripada mereka adalah imam berpendidikan sekolah menengah biasa
iaitu sebanyak 10 % manakala 4 daripada jumlah responden adalah imam yang mendapat pendidikan di
maktab atau universiti iaitu mewakili 40 %.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden mempunyai latar belakang pendidikan Al-Quran dan
Ilmu Tarannum,Cuma ada yang mempelajarinya secara formal manakala ada pula yang tidak formal. Bagi
bekas penuntut maktab menyatakan bahawa Ilmu Tarannum hanya diajar sedikit sahaja yang juga bermaksud
bahawa ianya diajar dengan silibus yang terhad dan tentulah tidak banyak yang dapat dipelajari oleh penuntut
di dalam sesuatu tempoh pengajian.

b ) Pengetahuan asas tentang tarannum-tarannum al-Quran.

Dalam konteks pengetahuan di dalam bidang Al-Quran sudah semestinya seseorang yang dilantik menjadi
imam adalah terdiri dari kalangan mereka yang berpengetahuan tentang Al-Quran,namun di dalam konteks
bacaan secara bertarannum ini,hasil dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa 7 orang daripada responden
yang mewakili 70% mengakui pernah belajar Ilmu Tarannum ini samada di dalam kelas formal mahupun
melalui kuliah-kuliah mingguan atau bulanan di peringkat masjid dan surau-surau kampung dan pernah
menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Baki 3 orang lagi responden yang
mewakili 30% pula mengakui bahawa tidak pernah belajar Ilmu Taranum ini melalui kelas-kelas secara formal
namun mempunyai sedikit pengetahuan tantangnya hasil daripada pembelajaran tidak formal di dalam kuliah-
kuliah di masjid-masjid dan surau-surau tertentu sepanjang hidup mereka.

Perincian kajian secara terperinci mendapati dalam bidang pengetahuan asas tentang jenis-jenis tarannum
seperti Tarannum Bayyati,Tarannum Nahawand, Tarannum Rast, Tarannum Soba, Tarannum Hijaz, Tarannum
Sikah, dan Tarannum Jiharkah dapat dirumuskan di sini iaitu seperti berikut:

JENIS-JENIS TARANNUM

TARANNUM AL-BAYYATI

Perkataan Bayyati bermaksud rumah, Tarannum Bayyati ini pada asalnya dipopularkan oleh qari-
qari di Mesir.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

Lembut disamping tegas.


Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Harmoni.
Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

Memantapkan persembahan.
Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SOBA
Perkataan Soba bermaksud rindu. Tarannum Soba ini dipopularkan oleh qari dari Negara Mesir

Sifat tarannum Soba ialah :

Gerak ringan meresap jiwa.


Alunan lembut yang mendayu.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

Menenangkan persembahan.
Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor
tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya
mereka.

Sifat Tarannum Hijaz ialah :

Gerak lambat tapi berkesan.


Ketegasan pendorong semangat
Kelincahan menghidupkan persembahan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.

Peranan Tarannum Hijaz.


Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHAWAND

Perkataan Nahawand adalah nama suatu tempat yang terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi
kini Tarannum Nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahawand

Gerak ringan yang berkesan.Kelembutan bersopan.


Sederhana memikat jiwa.
Kehalusan seni.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

Melembutkan bacaan.
Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Tarannum Rast berasal dari Parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Namun
kini Tarannum Rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast

Gerak lembut disamping ketegasan.


Kelembutan alunan.
Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

Memberi semangat kepada persembahan.


Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Tarannum Sikah juga berasal dari Parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada
kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini Tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari
Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

Gerak lambat meyakinkan.


Kelembutan menusuk kalbu.
Berciri kesedihan dan kerintihan.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah


Melembutkan persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Tarannum Jiharkah juga berasal dari parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi
(pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini Tarannum Jiharkah telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

Gerak ringan yang berkesan.


Kelembutan menusuk kalbu.
Harmoni.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

Menenangkan ketegangan persembahan.


Melembutkan persembahan.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Seterusnya, dalam Ilmu Tarannum juga terdapat beberapa istilah yang perlu difahami
oleh responden iaitu :
Harkat ialah suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qitah dan satu mahattah.
Qitah ialah suatu alunan irama pendek tanpa mahattah
Burdah asli dan sinai ialah bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang
digubah.
Mahattah ialah suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna.
Salalim suud dan nuzul ialah suara menaik dan menurun mengikut ilmu peringkat-peringkat
suara.

Ihtilal al-lahn ialah kemahiran mencondongkan suara.


Wuslah al-mumathalah ialah kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang
sesuai di dalam satu harkat.

Aspek Definisi Tarannum

Jenis-Jenis Sederhana
Tidak Tahu Kurang Mahir Mahir
Tarannum Mahir

2 orang 7 orang 1 orang 0


Tarannum
Bayyati

Tarannum 1 orang 8 orang 1 orang 0


Nahawand
Tarannum Rast 1 orang 8 orang 1 orang 0

Tarannum Soba 2 orang 7 orang 1 orang 0

Tarannum Hijaz 2 orang 7 orang 1 orang 0

Tarannum Sikah 2 orang 7 orang 1 orang 0


Tarannum 3 orang 6 orang 1 orang 0
Jiharkah

Aspek Sifat-Sifat Tarannum

Jenis-Jenis Sederhana
Tidak Tahu Kurang Mahir Mahir
Tarannum Mahir

1 orang 8 orang 1 orang 0


Tarannum
Bayyati

Tarannum 1 orang 8 orang 1 orang 0


Nahawand
Tarannum Rast 1 orang 8 orang 1 orang 0

Tarannum Soba 2 orang 7 orang 1 orang 0

Tarannum Hijaz 1 orang 8 orang 1 orang 0

Tarannum Sikah 2 orang 7 orang 1 orang 0

Tarannum 3 orang 6 orang 1 orang 0


Jiharkah
Aspek Peranan Setiap Tarannum

Jenis Kurang Sederhana


Tidak Tahu Mahir
Tarannum Mahir Mahir

1 orang 8 orang 1 orang 0


Tarannum
Bayyati

Tarannum 1 orang 7 orang 2 orang 0


Nahawand
Tarannum 1 orang 8 orang 1 orang 0
Rast

Tarannum 2 orang 7 orang 1 orang 0


Soba

Tarannum 3 orang 6 orang 1 orang 0


Hijaz

Tarannum 3 orang 6 orang 1 orang 0


Sikah

Tarannum 4 orang 4 orang 2 orang 0


Jiharkah

Rumusan Jadual Di atas :

Aspek Definisi Tarannum : Purata keseluruhan responden yang tidak tahu kesemua jenis tarannum ialah
sebanyak 13% sementara responden yang kurang mahir sebanyak 77% manakala responden sederhana mahir
sebanyak 10 %. Tidak terdapat responden yang mengaku benar-benar mahir mengenai definisi taranum
tersebut.

Aspek Sifat-sifat Tarannum : Purata keseluruhan responden yang mahir sebanyak 0 %, sederhana mahir 10
%, kurang mahir sebanyak 79 % manakala tidak tahu sebanyak 11 %.

Aspek Peranan Setiap Tarannum : Purata keseluruhan bagi aspek peranan setiap tarannum ini ialah
responden yang tidak tahu sebanyak 15 %, responden yang kurang mahir pula sebanyak 76 % manakala 9 %
lagi sederhana mahir. Tidak ada responden yang mengaku benar-benar mahir dalam aspek ini.

Aspek-aspek lain yang sangat berkaitan dengan Ilmu Tarannum yang turut dikaji seperti jadual yang
ditunjukkan:

Kajian Tentan Aspek Berkaitan Tarannum;

Aspek
Berkaitan
Sederhana
Tarannum Kurang Mahir Mahir
Tidak Tahu Mahir

Ikhtilal al- Lahn 1 orang 3 orang 4 orang 2 orang


Burdah 1 orang 5 orang 4 orang 0
Nagham 2 orang 4 orang 4 orang 0
Mahattah 1 orang 3 orang 4 orang 2 orang
Harakah 1 orang 2 orang 5 orang 2 orang

Huraian Jadual :

1. Ikhtilal al- lahnu: 1 orang tidak tahu mewakili 10 %,kurang mahir 3 orang iaitu 30 %,sederhana
mahir 4 orang iaitu 40 % manakala mahir pula 20 % iaitu 2 orang.
2. Burdah : tidak tahu 10 %,kurang mahir 50 %, sederhana mahir 40 % sementara tiada imam yang
mengaku mahir dalam aspek ini.
3. Nagham : 2 orang tidak tahu iaitu 20 %, 4 daripada responden adalah kurang mahir iaitu mewakili 40
%,4 lagi responden mengakui mereka sederhana mahir dalam hal ini iaitu 40%. Tiada responden yang
mahir di dalam aspek Nagham ini.
4. Mahattah : Responden yang tidak tahu sebanyak 1 orang iaitu 10 %, kurang mahir 30 %,sederhana
mahir 40 % dan responden yang mahir tentang aspek ini sebanyak 20 %.
5. Harakah : 10 % responden yang tidak tahu,20 % kurang mahir,50% sederhana mahir dan 20 %
responden mahir dalam aspek harakah ini.

Ingin juga saya nyatakan di sini bahawa ada beberapa Imam yang sebenarnya mengetahui aspek-aspek di atas
akan tetapi terlupa istilahnya dalam Bahasa Arab. Setelah saya jelaskan maksud istilah-istilah di atas satu
persatu barulah mereka mengakui yang sebenarnya mereka tahu tentang istilah-istilah tersebut.

c ) Kemampuan membaca al-Quran secara bertarannum.

Oleh kerana responden yang dikaji merupakan kumpulan para Imam maka sudah semestinya mereka adalah
tergolong dalam kumpulan yang berbakat dalam membaca Al-Quran dengan baik mahupun membaca secara
bertarannum. Namun demikian disebabkan oleh pendedahan yang kurang dan sedikitnya belajar dalam bidang
tersebut maka kajian menunjukkan bahawa 7 orang daripada responden yang mewakili 70 % mengaku bahawa
mereka kurang boleh bertarannum atau dengan kata lain mereka hanya menguasai bidang-bidang Al-Quran
yang lain tetapi dalam bidang tarannum atau melagukan Al-Quran ketika menjadi Imam,mereka tidak
menguasai dengan baik. Baki seramai 3 orang iaitu 30 % daripada responden mengakui bahawa mereka boleh
bertarannum dan sering melagukan bacaan ketika menjadi Imam solat.

Sila rujuk jadual dibawah :

Peratus Penguasaan
Kebolehan Bertarannum Bilangan Responden
Responden

Tidak Boleh Langsung 0 0%

Kurang Boleh 7 70 %

Boleh 3 30 %

Sangat Boleh 0 0%
d ) Cadangan imam-imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum.

Hasil dapatan daripada kajian yang telah dibuat saya telah dapat mengumpulkan beberapa cadangan yang baik
dan apa yang sangat saya puashati ialah kesemua 10 responden memberikan cadangan untuk saya kemukakan
dalam hasil kajian saya ini sebagai buah fikiran yang sewajarnya difikirkan bersama untuk ia dilaksanakan.

Cadangan-cadangan yang diberikan oleh 10 responden yang dikaji adalah seperti berikut:

Cadangan Meningkatkan Minat dan Kefahaman masyarakat Terhadap Ilmu Tarannum

Cadangan- Cadangan Jumlah Cadangan

1. Mengadakan kelas tarannum seminggu sekali di masjid- 5 cadangan


masjid atau surau-surau supaya masyarakat dapat belajar
dengan lebih kerap.

1. Melantik guru pakar untuk mengajarkan Tarannum kepada 3 cadangan


ahli-ahli masjid dan surau.

1. Pelbagaikan rancangan atau aktiviti menarik di television


yang berkonsepkan tarannum atau melibatkan Ilmu 3 cadangan
Tarannum seperti rancangan Akedemi Al-Quran dan
Rancangan Mari Bertaranum. Seterusnya media penyiaran
perlu kerapkan penyiaran rancangan-rancangan bercorak
tarannum tersebut untuk masyarakat berasa lebih dekat
dengan Ilmu Tarannum ini setelah dihidangkan dengan
rancangan sebegini dengan kerap.

1. Mengadakan kursus dan bengkel Tarannum di setiap daerah. 3 cadangan

1. Kerajaan perlu lebih giat mempromosikan ilmu yang


berteraskan Al-Quran termasuklah Ilmu Tarannum ini serta
melibatkan semua golongan sasar terutamanya golongan
kanak-kanak dan remaja untuk menjamin masyarakat yang
tidak buta Al-Quran pada masa akan datang. 2 cadangan

1. Mengadakan kursus atau bengkel tarannum secara berjadual 2 cadangan


kepada kaum ibu supaya mereka dapat mengajarkan Ilmu
Tarannum ini kepada anak-anak mereka di rumah.

1. Mengadakan kursus atau bengkel dan kelas-kelas tarannum 1 cadangan


kepada guru-guru di sekolah terutamanya guru-guru
pendidikan Islam supaya Ilmu Tarannum ini cepat tersebar
kepada murid-murid sekolah.

1. Kemaskini silibus matapelajaran disekolah dengan


memperbanyakkan silibus ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran 1 cadangan
agar dada-dada ummat Islam penuh diisi dengan Ilmu Al-
Quran.
e ) Kesimpulan/dapatan daripada kajian yang dijalankan.

Secara keseluruhannya melalui kajian yang dibuat dapatlah disimpulkan bahawa Ilmu Tarannum ini bukanlah
suatu ilmu yang senang dipelajari dan sesiapa yang mampu menguasainya bukanlah calang-calang orangnya.

Sesungguhnya tidak ada jalan yang mudah untuk menguasai ilmu berharga ini melainkan dengan
mempergiatkan usaha mempelajarinya bersungguh-sungguh melalui pelbagai cara. Ini terbukti apabila melihat
hasil dapatan kajian saya ini yang sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawa,walaupun seseorang itu telah
bergelar imam yang diberi tauliah sekalipun namun majoriti daripada keseluruhan responden mengaku bahawa
mereka masih belum menguasai ilmu Tarannum ini.

Ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan berkenaan ilmu Tarannum di negara kita ini baik pada peringkat
sekolah rendah,sekolah menengah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Walaupun akhir-akhir ini melalui
usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu rancangan yang mengetengahkan unsur tarannum seperti
Akedemi Al-Quran dan Mari Bertarannum namun ia masih belum mencukupi untuk memartabatkan ilmu ini di
Malaysia khususnya. Media massa perlu mempromosikan ilmu ini di segenap media dengan lebih kerap lagi
agar keseluruhan masyarakat terutamanya masayarakat Muslim menyedari akan kepentingan ilmu Tarannum
ini. Ia juga sebenarnya boleh juga dijadikan sebagai syiar dakwah untuk menarik golongan bukan Islam untuk
mengenali keindahan Islam yang kita anuti.

Akhirnya saya berharap semua pihak sedar akan pentingnya Ilmu Tarannum ini dan sama-samalah kita
bekerjasama untuk memartabatkannya agar ia dikuasai oleh segenap lapisan masyarakat.
Wallahualamsekian,terima kasih.

( 2700 perkataan )

Rujukan
1. Kitab Al-Quran

1. HBQE 3103 Tarannum Al-Quran,Fakulti Pendidikan Bahasa,oleh Haji Norakyairee Mohd Raus dan
DR. Adnan Mohamed Yusoff terbitan tahun 2011.

1. http://qari-qariah.blogspot.com/2008/11/maksud-tarannum.html

1. http://berita-harian-online.com/tips-menjaga-suara-tarannum/

1. http://lucksmana-suhaimi.blogspot.com/2010/04/tarannum.html

LAMPIRAN
BORANG KAJI SELIDIK
TENTANG PEMAHAMAN ILMU TARANNUM AL-QURAN

Soal selidik ini untuk mendapatkan maklum/balas tentang pemahaman Imam-Imam mengenai Ilmu Tarannum
Al-Quran
Di harap anda dapat menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik OUM untuk membuat
tugasan HBQE 3103, Ambilan januari 2010.
Segala maklum/balas yang diberikan akan dirahsiakan
Kerjasama anda melengkapkan soal selidik adalah amat dihargai.
BAHAGIAN I : LATAR BELAKANG

Tandakan ( / ) pada yang berkaitan

1. Umur : tahun

2. kelayakan Akademik : Sekolah Rendah ( )


Lulusan Pondok ( )
PMR ( )
SPM ( )
STPM ( )

3. Kelayakan Ikhtisas : DIPLOMA ( )


IJAZAH ( )
IJAZAH KE-2 ( )
PHD ( )

4. Masjid / Surau bertugas : ____________________________________________________

5. Pengalaman Menjadi Imam : tahun.

6. Tempat pengajian :_______________________________________________________

7. Bidang Pengajian : ______________________________________________________

8. Pengalaman mendalami Ilmu Tarannum :

Bil Tempat Belajar / Kursus / Bengkel / Seminar Masa / Tempoh catatan


BAHAGIAN II : SOALAN KAJI SELIDIK

Arahan : Bulatkan yang berkenaan :


Tidak Kurang Sederhana
Mahir
No PERKARA tahu mahir mahir
Pengetahuan tentang ilmu tarannum
1 A. Pengertian dan Sejarah Bayyati
B. Sifat dan peranan Bayyati
2 A. Pengertian dan Sejarah Soba
B. Sifat dan peranan Soba
3 A. Pengertian dan Sejarah Hijjaz
B. Sifat dan peranan Hijjaz
4 A. Pengertian dan Sejarah Rast
B. Sifat dan peranan Rast
5 A. Pengertian dan Sejarah Nahawand
B. Sifat dan peranan Nahawand
6 A. Pengertian dan Sejarah Sikkah
B. Sifat dan peranan Sikkah
7 A. Pengertian dan Sejarah Jiharkah
B. Sifat dan peranan Jiharkah

Tidak Kurang Sederhana


Mahir
No PERKARA tahu mahir mahir
Kebolehan Bertarannum
1 kebolehan mengalunkan bacaan Bayyati
2 kebolehan mengalunkan bacaan Soba
3 kebolehan mengalunkan bacaan Hijjaz
4 kebolehan mengalunkan bacaan Rast
4 kebolehan mengalunkan bacaan Nahawand
5 kebolehan mengalunkan bacaan Sikkah
6 kebolehan mengalunkan bacaan Jiharkah

Tidak Kurang Sederhana


No. Perkara Tahu Mahir Mahir
Mahir

Aspek Berkaitan Tarannum


1 Ikhtilal al- Lahn

2 Burdah

3 Nagham

4 Mahattah

5 Harakah

BAHAGIAN III : CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN BACAAN TARANNUM

Cadangan : __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

RAZAMAN.OUM.MEI 2011.

Anda mungkin juga menyukai