Anda di halaman 1dari 16

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui

perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang
mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari
sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sabie, dan lain-lain
lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah
difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran
yang cemerlang.

Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :



Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang
elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan
bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana
Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian
lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh
dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw
dalam sabdanya :



Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab.
Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian
dan Yahudi). (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).

1. PENGENALAN

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang
membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan
bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa
maksud intonatian, modulation, recital, chanting, singing and humming iaitu yang merangkumi
maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan
mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama
ialah:

Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi
nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan
keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.



Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama Tarannum bi al-Quran kerana bersempena sepotong hadis
Rasulullah iaitu:

( . )
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu
mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".


2. SEJARAH TARANNUM

Rasulullah SAW menerima al-Quran secara berperingkat bermula daripada tahun 610 masihi. Baginda
memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang baik. Hasil daripada galakan ini, lahirlah
generasi sahabat yang dikenali sebagai qari yang terkenal seperti Abdullah bin Masud, Abu Musa Asyari
dan beberapa sahabat besar yang lain. Kemudian ilmu ini dikembangkan ke serata pelusuk tanah arab
dan hasilnya pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah).
Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum
yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (simai), maka Jumhur qurra bersepakat
bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW sampai kepada
umat Islam yang ada pada hari ini.

Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta
mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta
mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:

A. Misri iaitu seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Mesir dan kawasan
sekitarnya.
B. Hijazi ialah seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada kawasan sekitar Mekah dan
Madinah.
C. Iraqi seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Iraq dan kawasan sekitarnya.
D. Kurdi yang dipopularkan oleh qurra disekitar Iraq dan Turki.
E. Ajami iaitu aliran yang dipopularkan oleh qurra yang bukan berketurunan Arab seperti Iran dan
beberapa Negara lain.

Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang
muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan
sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya
untuk bacaan Al-Quran.


PERBANDINGAN ANTARA GAYA BACAAN ALIRAN HIJAZI DAN ALIRAN MISRI

Aliran Hijazi

Aliran ini dikaitkan dengan persekitaran dan suasana tempatan di Mekah dan Madinah. Antara ciri
geografi di kawasan ini ialah kawasannya yang berpadang pasir, bentuk muka buminya yang berbukit
dan kebiasaannya suhu di kawasan ini adalah tinggi hingga pada satu tahap boleh mencapai 40 darjah
celcius. Oleh itu gaya bacaan dan irama bagi aliran hijazi ialah lincah, nada suara yang tinggi kehangatan.

Aliran Misri

Manakala aliran misri pula dikaitkan dengan suasana yang lebih tenang dan damai kerana Negara Mesir
terletak di lembah sungai Nil yang subur menghijau dengan tanaman dan bersuhu sederhana
berbanding suhu di kawasan Mekah dan Madinah. Justeru kita dapat lihat irama dan rentak yang
dihasilkan lebih lembut dengan lenggok suara yang sederhana.

ASAL ILHAM TARANNUM

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam,
pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain
telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun didalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-
Nagham, ataupun ilmu Al-Maqamat.




HUKUM ASAS BERTARANNUM

Berdasarkan perbahasan ulama, kita dapat memahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti
berikut;

1. Fardhu (kifayah) jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu
penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda RasuluLlah SAW:

. ( . )
Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca
dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik
(Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang
sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta
dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka
yang mengkaguminya.


Kata Ibnu Kathir: Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah
mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan,
kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.

PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM
( ).
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan
mempelbagaikan suara kamu).

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara
kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
a). Tarannum bit Tahqiq Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid.
Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad
dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan
Antarabangsa.
b). Tarannum bit Tadwir Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid.
Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-
Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh
diketahui dengan kata-kata Bihumurin jasad

1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sunani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-
lain.

Asas Tarannum Aliran Misri

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas
aliran Misri ialah:

1. Al-Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar,
Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah
terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-
qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-
tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai
menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk mengarabkan
bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qitah dan satu mahattah).
2.3.2 Qitah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).
2.3.3 Burdah asli dan sinai (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).
2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).
2.3.5 Salalim suud dan nuzul (suara mendaki dan menurun mengikut ilmu tangga-tangga suara ).
2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).
2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di
dalam satu harkat).

FALSAFAH TARANNUM BI AL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang
bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah
S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah
tarannum ialah:

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan. (Riwayat Muslim)

2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat
al-Quran sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: Mereka segera menundukkan muka sambil
menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan. (Surah al-Isra:ayat
109)

3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila al-Quran di baca
hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu
beroleh rahmat Allah Taala. (Surah al-Araf:ayat 204).
4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: Perelokkan
bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu
menambahkan keindahan seni al-Quran.

PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun
seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan
bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan
bacaan mengikut turutan (5).

Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu
yang popular di Malaysia ialah
1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

PENGENALAN JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

Lembut disamping tegas.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Harmoni.
Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

Memantapkan persembahan.
Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

Gerak ringan meresap jiwa.
Alunan lembut yang mendayu.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

Menenangkan persembahan.
Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor
tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

Gerak lambat tapi berkesan.
Ketegasan pendorong semangat.
Kelincahan menghidupkan persembahan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHAWAND

Nahawand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum
nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahawand

Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan bersopan.
Sederhana memikat jiwa.
Kehalusan seni.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

Melembutkan bacaan.
Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

Gerak lembut disamping ketegasan.
Kelembutan alunan.
Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.




Peranan Tarannum Rast

Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19
masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

Gerak lambat meyakinkan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Berciri kesedihan dan kerintihan.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.



Peranan Tarannum Sikah

Melembutkan persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19
masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya
mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Harmoni.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.



Peranan Tarannum Jiharkah

Menenangkan ketegangan persembahan.
Melembutkan persembahan.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


RUJUKAN

Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir, hlm 289.

Ruuhi al-Balbaki, 2000, al-Mawrid, Beirut: Dar al-Ilm li al-Maliyin, hlm 310.
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah
dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.


Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu: Pustaka Aman
Press, hlm 23.
Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi Pengajian Tarannum,
Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah
dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Ustaz Faizan Haji Tajuid, Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Negeri Perak tahun 2008 dan 2009,
Temubual, 1 November 2009.

Hj. Nik Jafar Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon
Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon
Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 2-7.

Anda mungkin juga menyukai