Anda di halaman 1dari 43

http://suaramaskel.blogspot.com/2012/04/pengertian-tarannum.

html
Dicatat oleh jawikukini Selasa, 24 April 2012

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu


tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki,
pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini
ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud intonation, modulation,
recital, chanting, singing and humming iaitu yang merangkumi maksud intonasi,
nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut
proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.


Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda
Baginda:

-

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan
kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran.

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar


Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan
disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya
merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut
bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat
sabie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut

bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan
sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :



Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu,
sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan alQuran itu.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara,
bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar
(Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran
bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur
Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh
dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan
oleh baginda saw dalam sabdanya :

Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara
berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu
ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi). (Hadis Riwayat Imam Thabrani &
Baihaqi).

Semoga blog Tahsin al-Quran ini dapat membantu para pelajar menguasai
Kemahiran al-Quran khususnya dalam bidang Tarannum. Sesungguhnya ahli alQuran merupakan Ahlullah Wa Khassah yang dijanjikan

http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2010/01/tarannum.html

Tarannum
Pengertian Tarannum Al-Quran

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu


tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki,
pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini
ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud intonation, modulation,
recital, chanting, singing and humming iaitu yang merangkumi maksud intonasi,
nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut
proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.


Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda
Baginda:

.
()

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan
kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran.

Sejarah Tarannum

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda


memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta

diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat


yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Masud RA, Abu
Musa Asyari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah
(Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah
sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari
ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (simai), maka
Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah
bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu,
cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai
aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta
mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan
Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini
aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari
Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum
atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas
mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

Aliran Hijazi
Padang pasir. Bukit bukau. Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya lincah dan
nada suaranya tinggi kehangatan.

Aliran Misri
Lembah nil. Subur menghijau. Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya
lembut dan suaranya sederhana kemanisan.

Asal Ilham Tarannum

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak
zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan
burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat

lagu ataupun di dalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu AlMaqamat.

Hukum Umum Bertarannum

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami


bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;
1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin
mendekati Al-Quran.
2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak
atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan
lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:


. .
()

Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab
dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian
atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan
Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan
yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai
nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka,
hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".

Kata Ibnu Kathir: Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum


syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan
(tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah
ketaatan kepada Allah SWT.

Falsafah Tarannum

Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar
kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.

PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM


()
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suarasuara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait


rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:


a). Tarannum bit Tahqiq Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut
kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar
seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di
dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
b). Tarannum bit Tadwir Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut
kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah
Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur
Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu
asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata Bihumurin jasad

1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sunani, Yaman
Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri


Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang
popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza,


Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagulagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan


aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini
menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil,
mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum
sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah

sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil
Quran yang berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting


untuk mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qitah dan satu
mahattah).

2.3.2 Qitah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sinai (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan
yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).

2.3.5 Salalim suud dan nuzul (suara mendaki dan menurun mengikut ilmu
tangga-tangga suara ).

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa


tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan


membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca
dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami
falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah:

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud: diturunkan al-Quran itu dengan penuh
kebesaran dan kehormatan. (Riwayat Muslim)

2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar


terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:
Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh
menambahkan kekusyukan dan keinsafan. (Surah al-Isra:ayat 109)

3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila
al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan
dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Taala. (Surah al-Araf:ayat
204).

4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah
SAW: Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu.
Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan
seni al-Quran.

JENIS-JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat
kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

Lembut disamping tegas.


Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Harmoni.
Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

Memantapkan persembahan.
Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

Gerak ringan meresap jiwa.


Alunan lembut yang mendayu.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

Menenangkan persembahan.
Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu
cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh
Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

Gerak lambat tapi berkesan.


Ketegasan pendorong semangat.
Kelincahan menghidupkan persembahan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

Memberi semangat kepada persembahan.


Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran).
Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

Gerak ringan yang berkesan.


Kelembutan bersopan.
Sederhana memikat jiwa.
Kehalusan seni.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

Melembutkan bacaan.
Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini
tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

Gerak lembut disamping ketegasan.


Kelembutan alunan.
Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

Memberi semangat kepada persembahan.


Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurunkurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh
qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

Gerak lambat meyakinkan.


Kelembutan menusuk kalbu.
Berciri kesedihan dan kerintihan.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

Melembutkan persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurunkurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai
oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

Gerak ringan yang berkesan.


Kelembutan menusuk kalbu.

Harmoni.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

Menenangkan ketegangan persembahan.


Melembutkan persembahan.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan
tarannum yang disusun seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.


2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula
membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan
bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5).

Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail;
susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah
1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.

2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.


3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

Dipetik dari http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada-satupetang-saya.html

RUJUKAN

Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir, hlm 289.

Ruuhi al-Balbaki, 2000, al-Mawrid, Beirut: Dar al-Ilm li al-Maliyin, hlm 310.
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran
Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu:
Pustaka Aman Press, hlm 23.
Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi
Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran
Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Ustaz Faizan Haji Tajuid, Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Negeri Perak tahun 2008
dan 2009, Temubual, 1 November 2009.

Hj. Nik Jafar Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan alQuran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran
Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 2-7.

http://toriqatuliman.blogspot.com/p/ape-ni.html

Ahmad Syarifuddin bin Mohamad

1. PENGERTIAN TARANNUM
Taranum ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya
melalui proses nada,rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keunikan
seni bacaan Al-Quran.

2. STATUS TARANNUM BIL QURAN SEBAGAI SATU BIDANG ILMU


Tarannum bil Quran adalah suatu ilmu yang digabungkan dengan kemahiran. Ia
bukanlah satu kemahiran tanpa ilmu. Jika tarannum bil Quran hanya dianggap
sebagai suatu kemahiran semata-mata, ia akan dianggap sebagai suatu yg remeh
temeh dan tidak ada kesungguhan dalam usaha mempelajarinya. Oleh itu
seseorang Qari hanya belajar secara berkala bagi memenuhi tuntutan majlis tilawah
Al-Quran sahaja. Jika hal ini berterusan, ilmu tarannum tidak akan berkembang
seiring dengan kemajuan ilmu-ilmu yang lain. Walau bagaimanapun, perkembangan
tarannum sebagai suatu ilmu dan kemahiran tidak boleh terkeluar daripada garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda :


Ertinya : Bacalah Al-Quran dengan Lahn Arab dan suaranya.

Mafhum daripada hadis ini bahawa garis panduan dalam tilawah Al-Quran
semestinya berada dalam lingkungan lahjah dan suara kearaban.

3. DALIL-DALIL DIPERINTAHKAN MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTARANNUM


Ertinya : Hendaklah kamu mempelajari kitab Allah (Al-Quran) dan ceriakanlah serta
perelokkanlah lagu bacaannya.(hadis Riwayat Muslim)


Ertinya : Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan bacaan
Al-Quran.(Hadis Riwayat Bukhari)

4. FALSAFAH TARANNUM BIL QURAN

Melagukan bacaan Al-Quran adalah suatu usaha ke arah pencapaian amalan


membaca Al-Quran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca
dengan pendengar kepada keagungan Allah s.w.t. Bertarannum tanpa memahami
falsafahnya merupakan suatu PENYELEWENGAN.
Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran sebagai wahyu Allah yang
paling agung. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "diturunkan Al-Quran itu
dengan penuh kebesaran dan kehormatan."(HR Muslim)
Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
terhadap ayat-ayat Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : "
Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan Al-Quran itu boleh
menambahkan kekhusyukan dan keinsafan..."(Surah Al-Isra' : 109)
Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan
apabila Al-Quran dibaca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk
memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah..(Surah AlA'raf : 204)
Untuk menambah keunikan seni bacaan Al-Quran : Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya : "Hiasilah Al-Quran dengan suaramu yang baik kerana membaca AlQuran dengan suara yang merdu itu menambahkan lagi keindahan Al-Quran.(HR
Hakim)

5. SEJARAH TARANNUM BIL QURAN


Berdasarkan beberapa hadith Sahih , menjelaskan bahawa Tarannum bil Quran ni
bermula sejak peristiwa Nuzul Quran di Gua Hira' pada tahun 610 Masihi ketika
Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq. Baginda
menerima ayat-ayat tersebut dan membacanya dengan elok dan cantik serta
menyuruh para sahabat membacanya secara bertarannum,bertazyin dan bertahsin.
Seterusnya para sahabat seperti Abdullah Ibn Mas'ud ra,Ubai bin Kaab ra,Salim
Maula ra,Abu Huzaifah ra,dan Abu Musa Al-Asya'ari ra telah menyebar luaskan
pengajaran Al-Quran secara sedemikian kepada para Tabi'in..

Aktiviti ini diteruskan lagi oleh para Tabi'in seperti 'Alqamah bin Qais r.ah,Abdullah
bin Al-Saib r.ah di mekah,Abu Abdul Rahman Al-Sumali di Kufah,Abdullah bin Iyasy
r.ah dan lain-lain lagi. Dalam kalangan Tabi' Tabi'in lahir beberapa tokoh AL-Quran
seperti Umar bin Abdul Aziz,Imam Muhammad bin Idris As-Syafie(imam
syafie)..imam-imam Qiraat, guru-guru Al-Quran, Qari-Qariah yang muktabar hingga
kini..

Ini merupakan contoh bacaan bertarannum...(Johan Tilawah Antarabangsa 2003)

6. PENGERTIAN BEBERAPA ISTILAH DALAM ILMU TARANNUM

Qita'ah :
Pengertian : Satu rentak atau gerak tarannum yang paling pendek tanpa mahattah
yang tertentu.

Pembahagian Qita'ah :
Qita'ah yang diwaqafkan mengikut kehendak kalimah atau ayat
Qita'ah yang diwasalkan kepada beberapa kalimah atau ayat-ayat sehingga kepada
mahattahnya yang sempurna
Peranan Qit'ah :
Sebagai daya penghidup bacaan
Sebagai daya penggerak bacaan
Membawa penekanan jiwa yang meyakinkan
Memberi keselesaan kepada pembaca Al-Quran
Memberi penyesuaian kepada kalimah atau ayat tertentu

Mahattah :
Pengertian : Satu bentuk atau gaya penghujung kepada sesuatu alunan tarannum

Peranan mahattah :
Untuk menyempurnakan setiap harakat tarannum atau getaran suara

Burdah :
Pengertian : Bunga-bunga atau renik-renik tarannum atau getaran suara

Pembahagian Burdah :
Burdah asli: Getaran suara semulajadi
Burdah Shun'a-ie : Getaran (bunga-bunga) suara yang digubah dan disusun
mengikut irama tarannum
Peranan Burdah :
Menjadi daya penggerak bacaan
Menjadi penghias bacaan yang berseni
Menjadi daya penarik sesuatu bacaan Al-Quran
Menjadi daya rangsangan yang bersemangat kepada pembaca atau pendengar

Wuslah Al-Mumathalah :
Pengertian : Kombinasi dua atau lebih irama tarannum yang berlainan atau suatu
teknik memindahkan dua atau lebih harakat tarannum yang berbeza dalam satu
bacaan

Peranan Wuslah Al-Mumathalah :


Menambahkan lagi keunikan / keindahan sesuatu harakat tarannum untuk
menghidupkan semula mana-mana harakat tarannum yang kaku atau lesu

Contoh bacaan wuslah (campuran dua tarannum)

Salalim :
Pengertian : Gaya kawalan suara bacaan untuk menambah keindahan Al-Quran
Pembahagian Salalim :

Salalim Su'ud : Gaya menaikkan tabaqat(peringkat) suara bacaan sedikit demi


sedikit
Salalim Nuzul : Gaya menurunkan tabaqat (peringkat) suara bacaan sedikit demi
sedikit
Peranan Salalim :
Untuk melahirkan keindahan bertarannum
Untuk melahirkan kemukjizatan ayat-ayat Al-Quran
Supaya mesej-mesej sesuatu ayat dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan

Ikhtilal Al-Lahn :
Pengertian : Suaran sumbang yang disengajakan mengikut irama dan tabaqat
(peringkat) yang tertentu
Pembahagian Ikhtilal Al-Lahn
Menaik : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menaik
Menurun : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menurun
Peranan Ikhtilal Al-Lahn :
Melahirkan 'Zauq' bacaan Al-Quran
Menjadi daya penarik bagi sesuatu bacaan
Mempelbagaikan persembahan tarannum

7. KATEGORI-KATEGORI TARANNUM BIL QURAN

Kategori Lembut

: Jaharkah , 'Iraqi, Nahawand dan Soba'

Kategori Sederhana Lembut : Bayyati, Husaini , Rast, Sikah ,'Usyad dan Syuri
Kategori Hangat & Keras

: 'Ajami , Hijjaz dan Kurdi

8. PEMBAHAGIAN HARAKAT DALAM TARANNUM BIL QURAN

Satu pertiga daripada harakatnya untuk melendikkan persembahan


Satu pertiga daripada harakatnya untuk menghangatkan persembahan
Satu pertiga daripada harakatnya untuk mencanggihkan persembahan

9. CIRI-CIRI PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BAIK


Untuk menghasilkan persembahan yang baik perlulah memenuhi ciri-ciri seperti
berikut :
Bersesuaian tarannum dengan ayat
Susunan tarannumnya rapi dan sesuai
Susunan harakatnyaa rapi dan bersistematik
Bersesuaian tarannum dengan hukum tajwid
Bersesuaian suara dengan tarannum dengan harakat
Pengendalian suara dan tarannumnya dengan lahjah arab

http://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/09/sejarah-tarannum.html
KHAMIS, 16 SEPTEMBER 2010
SEJARAH TARANNUM
Hasil daripada bunyi-bunyian tersebut, maka diambil istifadah atau manfaat
oleh ahli-ahli muzik dan penyair dengan mengubah dan dilunakkan mengikut
selera masing-masing. Dengan itu lahirlah kepelbagaian bentuk irama tarannum
dan muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat.
Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah
berpendapat bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian daripada
budaya masyarakat Arab silam. Sejarah menunjukkan seawal zaman Jahiliyyah
lagi, masyarakat Arab ketika itu terkenal dengan kepakaran dalam bidang syair
sehingga diwujudkan sebuah tempat yang dikenali sebagai Souq al-`Ukkaz. Ia
bertujuan untuk dijadikan medan mendeklamasikan syair-syair dan digantung
syair-syair yang indah-indah menunjukkan kebanggaan pemiliknya.
Setelah kedatangan Islam dan penurunan al-Quran, umat Islam ketika itu
disarankan supaya menukar budaya tersebut kepada membudayakan bacaan alQuran dalam kehidupan seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan
lunak. Ia bertujuan untuk menarik masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu untuk
mengisi keperluan rohani dan mempedengarkan di telinga-telinga mereka
tentang isi kandungan al-Quran al-Mukjiz.
Dalam kebanyakan Hadis-hadis Sahih, di antaranya adalah sebagaimana yang
diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-Jamial-Sahih yang
menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara bertarannum atau
berlagu. Ini dibuktikan oleh hadis berikut:
Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w
bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan
diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran.
Jumhur ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat
membolehkan membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana tidak
terkeluar dari hukum-hukum tajwid. Jika sekiranya terkeluar dari had dan hak

ayat suci al-Quran seperti menambahkan dan mengurangkan huruf, maka


hukumnya adalah haram. Perkara ini dipersetujui oleh Imam al-Mawardi yang
menaqalkan kalam daripada pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan
bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan
terkeluar lafaz huruf dari makhrajnya.
Menurut catatan Shaykh Muhammad Solih Fatani dalam kitabnya Siraj al-Qari,
pemodenan alunan tarannum khususnya muzik Arabi adalah disebabkan
pengaruh Yunani. Kemudian dipopularkan oleh pakar muzik tempatan iaitu
Ishak bin Ibrahim al-Mawsuli al-Nadim.
Justeru, berdasarkan beberapa Hadis Sahih, sejarah tarannum al-Quran ini
sebenarnya telah bermula seawal turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu
pertama di Gua Hira kira-kira seawal tahun 610 Masihi. Di bawah, merupakan
perbahasan lanjut mengenai sejarah tarannum al-Quran yang bermula sejak
zaman Baginda s.a.w:
3.1.1 Tarannum pada Zaman Rasulullah s.a.w
Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua aset yang tidak
boleh dipisahkan. Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada
Baginda s.a.w selaku pemikul amanah Allah s.w.t, penyampai risalahNya,
penerang segala isi kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya. Oleh sebab itu,
menjadi hobi dan mainan bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci alQuran. Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya seperti
berikut:
Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat
Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang
menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu
baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi

kandungannya).

Bersandarkan hadis tersebut, Imam Nawawi berpendapat bahawa Nabi


Muhammad s.a.w membaca al-Quran lalu mengulangi bacaannya. Adapun,
Jumhur Ulama berpendapat bahawa kalimah membawa maksud galakan
membaca al-Quran dengan suara yang sedap dan secara tartil.
Dalam satu riwayat yang lain pula, Baginda s.a.w pernah suatu ketika membaca
Surah al-Tur dalam solat maghrib. Perkara ini didengari oleh Muhammad ibn
Jubayr ibn Mat`am, maka beliau menyifatkan bahawa tiada seorangpun yang
lebih lunak suara bacaannya selain Rasulullah s.a.w.
Keunikan kegemaran Rasulullah s.a.w terhadap bacaan al-Quran dikongsikan
bersama para sahabatnya di mana sebagaimana termaktub dalam banyak Hadis
Nabawi, Baginda s.a.w sangat suka mendengar bacaan al-Quran di kalangan
para sahabatnya bahkan memujinya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dalam Musnadnya, Rasulullah s.a.w pernah mendengar dan
memuji Abdullah ibn Mas`ud yang membaca al-Quran ketika solat.
:



Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang ingin
membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka
hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn ummi Abd (iaitu gelaran
kepada Abdullah ibn Masud).
Dalam hadis yang lain pula, Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah ibn
Mas'ud r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah suatu ketika
meminta dibacakan al-Quran kepada Baginda s.a.w. Sabdanya: Bacalah alQur'an untukku". Lantas Ibn Mas`ud bersuara: Wahai Rasulullah s.a.w, apakah

aku yang harus membacanya, sedangkan al-Qur'an itu diturunkan kepadamu?"


Baginda menjawab: Aku lebih suka mendengarkannya daripada orang lain".
Maka dibacakan Surah al-Nisa' kepada Baginda s.a.w. Tatkala sampai pada ayat
ke-41 (seperti berikut), maka Ibn Mas`ud melihat air mata Baginda s.a.w
mengalir.
Maksudnya: Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti),
apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap
umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas
mereka itu (sebagai umatmu).
Terdapat juga hadis yang menunjukkan rasa takjub Rasulullah s.a.w dan memuji
kelunakan suara sahabatnya seperti bacaan Abu Musa al-Ash`ari sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin
Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari
jenis mizmar keluarga Nabi Daud a.s.
Saydatina Aishah r.a pernah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika beliau
bersama Rasulullah s.a.w mencuri dengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh
salah seorang sahabat Baginda s.a.w iaitu Salim, hamba kepada Abu Huzayfah
r.a. Setelah selesai bacaan tersebut, Baginda s.a.w kelihatan gembira dan
bersyukur sambil berdoa dengan pujian kehadrat Ilahi kerana menjadikan di
kalangan umatnya yang baik dalam bacaan al-Quran.
:



Dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w berhubung dengan bacaan al-Quran yang
terbaik, maka lahirlah para Qurra di kalangan para sahabat r.a yang mempunyai
kepakaran dalam pembacaan al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam sepotong
hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya; dari Abdullah
ibn `Amr r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: Ambillah bacaan al-Quran itu daripada empat orang iaitu


Abdullah ibn Mas`ud, Salim ibn Ma`qil (Maula Abu Huzayfah), Mu`az
ibn Jabal dan Ubay ibn Ka`ab r.a.
Arahan daripada Rasulullah s.a.w ini adalah amat jelas agar para sahabat r.a
mempelajari al-Quran daripada empat orang tersebut yang mempunyai bacaan
yang bagus dan tepat. Mereka telah bertalaqqi al-Quran secara mushafahah
dengan Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn Masud r.a, beliau berkata bahawa: Demi
Allah sesungguhnya aku telah mengambil al-Quran dari mulut Rasulullah s.a.w
lebih dari 70 surah. Demi Allah sahabat Rasulullah s.a.w amat mengetahui
bahawa aku paling mengetahui di kalangan mereka berhubung kitab Allah tetapi
aku bukan terbaik di antara mereka. Beliau juga berkata kami mempelajari alQuran daripada Nabi s.a.w sepuluh ayat dan kami tidak akan mempelajari
sepuluh ayat yang lain sehinggalah kami mempelajari apa yang diturunkan
Allah s.w.t dalam sepuluh ayat tersebut secara amalan.
Seterusnya beliau berkata: Demi yang tiada tuhan selainNya, jika aku
mengetahui terdapat seorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang kitab
Allah s.w.t yang dapat sampai kepadanya maka nescaya aku akan pergi
kepadanya.
Di sini jelas bahawa para sahabat r.a mempelajari al-Quran sepuluh ayat dan
menguasainya dari sudut ilmu, amalan, bacaan, hukum-hakam dan kefahaman.
Kemudian mereka menyampaikan dan mewariskan apa yang mereka pelajari
kepada generasi-generasi terkemudian.


.

Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a dan


Pascanya
Zaman para Tabi`in r.a merupakan zaman bermulanya perkembangan yang
begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan

ketamadunan. Turut sama berkembang juga iaitu pengaruh-pengaruh luaran di


mana ia berperanan sebagai faktor-faktor samping yang sedikit sebanyak
memberi impak kepada keutuhan sesuatu bidang sama ada kesannya dari sudut
positif mahupun sebaliknya. Keunikan dan ketulenan sesuatu bidang ilmu
tersebut memerlukan kepada pengawalan dan perkembangan secara positif.
Pengawalan dan perkembangan tarannum al-Quran pada zaman ini dipelopori
oleh beberapa Tabiin yang masyhur.
Pelopor/Tabiin Tarannum al-Quran
Para Tabi`In Tempat
1. Sa`id bin al-Musayb Di Kota Madinah
2. Abdullah bin al-Saib Di Kota Makkah
3. Amar bin Abdullah Di Kota Basrah
4. Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota Kuffah
5. Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham
Kemudian, ia diwarisi dan dikembangkan secara meluas oleh generasi
seterusnya seperti pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan
Imam Muhammad Idris al-Shafi`i serta imam-imam Qurra dan Qiraat sehingga
sampai zaman sekarang.
Tarannum di Nusantara
Nusantara atau dikenali sebagai Kepulauan Melayu telah menerima kedatangan
Islam seawal kurun pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh Masihi. Walaupun
banyak perselisihan pendapat mengenai fakta sebenar kedatangan Islam di alam
Melayu ini diperbahaskan oleh ahli sejarawan, namun apa yang lebih penting
untuk kita bincangkan adalah sejauh mana peranan Islam itu dalam membentuk
kebudayaan dan ketamadunan masyarakat di Nusantara.
Oleh kerana Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber dan panduan utama
dalam pelbagai aspek kehidupan, maka adalah diyakini bahawa masyarakat
Muslim ketika itu amat mementingkan ketuanan al-Quran dan kesuciannya

dijaga. Perkara ini membabitkan penjagaan secara total iaitu sama ada dari sudut

mengenal, mengeja, membaca, memahami dan mengajarkannya.


Melalui skop penjagaan al-Quran ini kita percaya bahawa konsep ini adalah
merupakan penyumbang kepada pengajian tarannum al-Quran yang
berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islami. Bermula dari kurun ke-20
Masihi sehingga kini, perkembangan agama Islam telah dapat berdiri dengan
sendirinya tanpa perlu berpaut teguh kepada mubaligh atau pendakwah Islam
dari negara India, China dan Arab. Perkembangan positif ini juga memberi
impak kepada keperihatinan masyarakat Melayu dalam menghayati al-Quran
melalui aspek tarannum. Perkara ini jelas dilihat dengan penguasaan masyarakat
Nusantara dalam pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang merupakan
agenda tahunan dunia Islam dalam mempromosikan ketulenan dan kesucian alQuran al-Karim.
Di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang bermula pada
tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam
dalam memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik. Pertandingan ini turut
memperkenalkan kurikulum bacaan al-Quran yang sebenarnya iaitu terdiri
daripada bidang tahsin al-Quran, tajwid, tarannum dan fasohah.
FALSAFAH TARANNUM DAN PERANANNYA
Falsafah dan Peranan Tarannum dalam Bacaan
al-Quran
Menurut kajian Ahmad Sunawari Long dalam bukunya Sejarah Falsafah, definisi
falsafah adalah merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan
sophos yang bermaksud menyintai dan hikmah. Menurut Plato, falsafah
adalah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Manakala al-Kindi,
seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai
hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk
mencapainya.

Lagukan kesemua susunan tarannum yang popular di Malaysia secara


bergilir-gilir mengikut kumpulan.

Jelasnya, falsafah merupakan batu asas dalam menggerakkan hala tuju sesuatu
bidang. Dalam bidang tarannum al-Quran, falsafahnya adalah berkisar dalam
lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah
memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti
yang bertepatan syara bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar
kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Oleh itu,
bertarannum tanpa memahami falsafahnya merupakan amalan yang sia-sia dan
suatu penyelewengan terhadap nilai ilmu itu sendiri.
Dalam mencapai matlamat dan falsafah tarannum, peranannya juga merupakan
aset yang perlu diketahui oleh setiap Qari dan Qariah,

Peranan Tarannum
1. Untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar
2. Untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama
3. Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan
4. Untuk mendapat rahmat daripada Allah s.w.t
5. Untuk mewarnai seni bacaan al-Quran
3.2.2 Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia
Qari dan Qariah dari Malaysia masa kini telah menyusun lagu bacaan al-Quran
dan mempopularkannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 berikut.
Jadual 3.3: Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia
Bil. Jenis Lagu/Tarannum Catatan
1. Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast
2. Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan Sikah
50% Qari dan Qariah
mengamalkan kedua-dua bahagian ini.
3.
Bayyati - Nahawand - Rast - Sikah dan
Jiharkah

30% Qari dan Qariah


mengamalkan bahagian ini.
4. Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan Sikah
15% Qari dan Qariah
mengamalkan bahagian ini.
5. Bayyati - Iraqi - Hijaz - Sikah dan Rast
5% Qari dan Qariah
mengamalkan bahagian ini.

PEMBAHAGIAN SENI TARANNUM ALQURAN


Ilmu tarannum adalah merupakan suatu seni bunyi yang bertujuan untuk
melunakkan suara ketika membaca ayat suci al-Quran. Getaran bunyi yang
keluar melalui peti suara manusia perlu dikawal dengan baik untuk mencapai
tahap kelunakan dan keindahan sesuatu bacaan. Oleh sebab itu, keperluan
mengetahui falsafah, peranan dan konsep tarannum merupakan perkara utama
yang perlu dititikberatkan oleh para Qari dan Qariah.
Di antara skop asas ilmu tarannum ini ialah pembahagian seni tarannum alQuran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum Arab Hijazi dan
tarannum Arab Misri.
Tarannum: Lahjah Arab Hijazi
Tarannum lahjah Arab Hijazi adalah merupakan satu kaedah alunan irama
bacaan al-Quran yang popular sebelum tahun 1940-an. Ia bermaksud irama dan
alunannya yang dipengaruhi oleh suasana padang pasir, berbukit bukau dengan
suhu kepanasan yang agak tinggi. Irama dan rentaknya juga agak lebih lincah di
samping nada suaranya yang meninggikan kehangatan.
Para Qari Hijazi biasanya mengalunkan bacaan al-Quran berdasarkan asas-asas
tarannumnya yang tersendiri. Ia boleh dirumuskan dengan ungkapan:
Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi:

Definisi ungkapan bagi asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi adalah seperti

Jadual 3.4 berikut.


3.3
TOPIK 3 PERKEMBANGAN SENI TARANNUM AL-QURAN 53
Jadual 3.4: Definisi Ungkapan bagi Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi
Bil. Ungkapan Definisi
1. Huruf Singkatan nama lagu Banjakah
2. Huruf Singkatan nama lagu Husayni
3. Huruf Singkatan nama lagu Mayyah
4. Huruf Singkatan nama lagu Rakbi
5. Huruf Singkatan nama lagu Dukah
6. Huruf Singkatan nama lagu Sikah
7. Huruf Singkatan nama lagu Jaharkah
Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas, terdapat beberapa lagi lagu
tambahan seperti Ruma, `Ushshaq, Rast, Unsad, Sun`ani, Yaman, Hijaz, Hirab
dan lain-lain lagi. Namun dewasa ini kemasyhuran lagu-lagu tersebut sudah
tidak dipopularkan lagi oleh kebanyakan para Qari dan Qariah. Tetapi terdapat
negeri-negeri yang tertentu sahaja yang masih mempopularkannya sebagai irama
bacaan al-Quran dan senikata berzanji.
3.3.2 Tarannum: Lahjah Arab Misri
Selepas tahun 1940-an, Tarannum lahjah Arab Misri mengambil alih takhta
populariti dalam kaedah alunan irama bacaan al-Quran daripada lahjah Arab
Hijazi. Tarannum lahjah Arab Misri bermaksud irama dan alunannya yang
dipengaruhi oleh suasana lembah Sungai Nil yang subur menghijau dengan
suhu iklimnya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya juga agak
lebih lembut di samping nada suaranya yang sederhana.
Al-Shaykh Taha al-Fashni dari Mesir berpendapat bahawa kebiasaannya para
Qari warga Mesir mengalunkan bacaan al-Quran yang tidak lari daripada asasasas
tarannum yang empat iaitu Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast. Adapun lagu
selain daripada 4 kaedah asas ini adalah merupakan lagu tafarra` iaitu cawangan
lagu-lagu lain seperti Husayni, Kurdi, Soba, `Ajam, Nahawand, Nawa Asar

(`Ushshaq), Sikah dan Jaharkah.


Demikianlah 12 lagu yang biasa diamalkan oleh para Qari dari Mesir sebagai
alunan lagu bacaan al-Quran. Manakala selebihnya, kebiasaannya diamalkan
dalam melagukan Qasidah dan lagu-lagu muzik sahaja.

Perbezaan di antara Tarannum Lahjah Arab Hijazi dan Misri


Lahjah Arab Hijazi Lahjah Arab Misri
1. Popular sebelum tahun 1940-an Popular selepas tahun 1940-an
2. Dipengaruhi suasana padang pasir dan
suhu yang panas
Dipengaruhi suasana Lembah Sungai Nil dan suhu yang sederhana
3. Irama dan rentaknya lebih lincah dengan nada suara yang tinggi
Irama dan rentaknya lebih lembut dengan nada suara yang sederhana
4. Amalan lagunya terdiri daripada tujuh lagu iaitu Banjakah, Husayni, Mayyah,
Rakbi, Dukah, Sikah dan Jaharkah Amalan lagunya terdiri daripada empat
asas tarannum iaitu Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast
Tarannum adalah istilah yang popular dan dikenali oleh kebanyakan
masyarakat di alam Melayu. Tajwid dan Maqamat pula adalah istilah yang
popular di kalangan masyarakat Arab.
Ilmu ini diilhamkan melalui beberapa unsur seperti bunyi kicauan burung,
geseran kayu, tiupan angin dan bunyi air mengalir.
Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah
berpendapat bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian
daripada budaya masyarakat Arab silam.

Kedatangan Islam telah mengubah budaya tersebut kepada


membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian masyarakat
Arab silam dengan bacaan yang lebih baik dan lunak.
Rasulullah s.a.w telah memberi tunjuk ajar berhubung dengan bacaan alQuran yang terbaik, sehingga lahirlah para Qurra daripada kalangan para

sahabat r.a. yang mempunyai kepakaran dalam pembacaan al-Quran.


Zaman para Tabi`in r.a adalah merupakan zaman bermulanya
perkembangan yang begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang
keilmuan, budaya dan ketamadunan.
Di Nusantara khususnya di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah alQuran yang bermula pada tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah
menarik minat umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-Quran
dengan baik.
Falsafah tarannum berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran
iaitu suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran
dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syarak bagi
menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati
keagungan Allah sebagai Maha Pencipta.
Skop asas ilmu tarannum terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum
Arab Hijazi dan tarannum Arab Misri.
Arab Misri

http://ipgmkdri.edu.my/saidi/?_page=2

[Pendahuluan] [Maksud] [Takrif] [Asal Usul]

PENDAHULUAN

Taranum al-Quran merupakan satu cabang seni suara dalam bacaan al-Quran
yang dapat dirasai keindahan sebutan dan bunyi-bunyi huruf-huruf al-Quran sebagai
mukjizat kepada Rasulullah SAW. Bunyi dan lafaz-lafaz huruf yang dialunkan oleh
pembaca menggambarkan maksud ayat-ayat sesuai dengan intonasi dan kehendak
ayat itu sendiri

Alunan Taranum al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian, bahkan


tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair. qasidah dan nasyid. Tidak ada kitabkitab agama lain yang dialunkan seindah bacaan al-Quran, kerana Taranum al-

Quran itu mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan sesuai dengan
kehendak ilmu tajwid al-Quran.

Untuk mendapat kemahiran ini tidak ada jalan mudah untuk menguasaimya
melainkan melalui pengajaran dan pembelajaran secara Talaqqi Musyafahah dari
guru-guru yang berkaedah dan muktabar. Talaqqi dan musyafahah merupakan
pengajaran dan pembelajaran al-Quran sunnnah Rasulullah SAW dan Sahabat
baginda. Dengan demikian al-Quran terpelihara dari kesalahan dan kecacatan
dalam bacaan.

[Home]
MAKSUD TARANUM AL-QURAN

Dalam bahasa arab Taranum bererti lagu ,dindangan dan nyanyian. Taranum
juga sinonim dengan dengan istilah nagham, ghina, luhun dan tatrib. Di Malaysia
istilah Taranum khusus diertikan untuk lagu-lagu al-Quran. Penggunaan istilah ini
mula digunakan dalam ujian Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan
antarabangsa di Malaysia. Namun di Negara Arab, Indonesia dan lain-lain tidak
menggunakan istilah ini untuk lagu-lagu al-Quran. Mereka lebih mengenali dengan
istilah Nagham al-Quran .

[Home]
TAKRIF TARANUM

Takrif Taranum al-Quran yang ialah :


Satu ilmu mengenai kaedah suara yang di bunyikan mengikut nada dan irama
tertentu bertujuan untuk mengelokkan bacaan khususnya bacaan al-quran. -Tuan
Haji Nik Jaafar Nik Ismail.

[Home]

ASAL USUL LAGU ARAB

Ahli sejarah tidak dapat memastikan bilakah Lagu Arab bermula. Secara
umumnya Taranum itu telah pun wujud sebelum Islam lagi yang diamalkan dalam
lagu nyanyian orang-orang Arab dan hamba abdi. Dikatakan bahawa Batalamus al-

Hakim al-Falasufi merupakan pengasas lagu dan muzik. Kemudian diikuti oleh Ishak
bin Ibrahim al-Musily al-Qadim sebagai pengasas lagu-lagu arab. Ia dipercayai
dililhamkan dari ketukan kayu, bunyi anginbertiup, bunyi ombak, bunyi binatang,
suara air mengalir dan sebagainya. Kemudian digubah oleh ahli-ahli suara sehingga
tercipta pelbagai nama lagu dan nagham seperti Bayati, rast, Hijaz, Jiharkah dan
sebagainya.

ASAL USUL TARANUM AL-QURAN

Menurut Ibn Manzur sejarah bermulanya lagu al-Quran ada dua pendapat. Pendapat
pertama mengatakan bahawa lagu al-Quran itu berasal dari nyanyian anak-anak
orang kafir yang tertawan ketika di dalam peperangan menentang kaum Muslimin.
Pendapat kedua mengatakan bahawa lagu-lagu al-Quran dari nyanyian nenek
moyang bangsa Arab.

[Home]

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN

Seni lagu tidak boleh dipisahkan dari orang-orang Arab. Seni lagu tidak
boleh dipisahkan dari orang-orang arab bahkan orang arablah yang paling minat
dengan seni lagu. Ibn Arabi menerangkan bahawa kebiasaan orang arab ketika
menunggang unta sentiasa mengalunkan lagu samada ketika berjalan , duduk atau
berehat di bawah pokok atau sedang bekerja.

Anas pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah dinyanyikan semasa


dalam pengembaraan dengan nyanyian di belakang qafilah unta dan terus menjadi
adat bangsa arab pada Rasulullah dan Para sahabat.Lagu-lagu ini menjadikan
gurindam syair yang dialunkan dengan suara yang merdu dan rentak yang
harmonisehingga unta merasa ringan bebanan yang dipikulnya dan merasakan
dekat perjalanan yang jauh kerana terpesona dengan nyanyian qafilah itu

Apabila al-Quran diturunkan pada tahun 601M di Gua Hirak Rasulullah terus
menghafaznya dan membacanya dengan teliti dan cermat serta mengelokkan
suara baginda, agar bacaan al-Quran menjadi lebih indah dan merdu. Seterusnya

Rasulullah menggalakkan Sahabat baginda membaca al-Quran dengan suara yang


indah dan merdu dengan memindahkan lagu-lagu tradisi arab ke dalam bacaan alQuran. Selain menjadi hiburan ia akan membawa pahala yang besar.

Banyak bukti-bukti yang menunjukkan Rasulullah membaca al-Quran


dengan cara Taranum dan suara yang baik.Diantaranya:

Jubair bin Mutim seorang penyair arab yang terkenal memeluk islam kerana
kemerduan suara Rasulullah ketika membaca surah at-Tur ketika solat Maghrib.

Al-Barra bin Azib menceritakan beliau terpesona dengan bacaan surah at-Tin
Rasulullah ketika solat Isyak.

Abdullah bin Maghfal telah menyaksikan kemerduan suara Rasulullah ketika


membaca surah surah al-Fath semasa mencapai di Hudaibiyyah.
Ketiga-tiga sahabat di atas menyifatkan bacaan Rasulullah suatu bacaan
yang yang paling baik dan merdu yang belum pernah didengar sebelumnya
menerusi ungkapan berikut:

Dari ungkapan di atas jelas kepada kita bahawa Rasulullah sebenarnya adalah
seorang Qari yang mempunyai suara yang sangat merdu dan dikagumi oleh
sahabat-sahabat baginda malah kemerduan suara baginda semasa membaca alQuran membawa hidayat kepada masyarakat untuk tertarik kepada islam dan
seterusnya menerima islam . Seterusnya Rasulullah juga menggalakan sahabat
baginda membaca al-Quran dengan suara yang elok dan merdu.Justeru ramai lah
para sahabat baginda muncul sebagai Qari-Qari yang dapat mengalunkan bacaan
yang indah dan merdu.

QARI-QARI PADA ZAMAN RASULULLAH

1. Abu Musa al-Asyari.

Beliau adalah seorang sahabat Nabi yang mempunyai suara yang sangat merdu
sangat menarik sehingga Rasulullah menggelarkan beliau dengan gelaran mizmar
atau seruling sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Abu Usman an-Nahdi seorang sahabat Nabi pernah berkata: Aku pergi ke
rumah Abu Musa al-Asyari ketika itu beliau sedang membaca al-Quran . Aku tidak
pernah dengar tidak pernah dengar suara syambas (alat muzik yang dibuat dari
kayu seruling (alat yang ditiup) lebih indah dan merdu daripada suara Abu Musa.

2. Husaid bin Hudhair (Seorang penyair arab ). Pada suatu malam beliau membaca
satu surah al-Quran al-Karim berhadapan denganya seekor kuda tertambat dengan
tali.Ketika beliau sedang mengalunkan bacaan al-quran tiba-tiba turunlah segumpal
awan kearahnya dan menyelubunginnya dan kuda yang terikat di sisinya merontameronta sehingga putus talinya dan lari dari situ. Keesokan harinya beliau
menceritakan peritiwa tersebut kepada Rasulullah dan rasulullah bersabda:

3. Salim Maula Abu Huzaifah.

Beliau juga seorang qari yang mempunyai suara yang merdu yang menjadikan
kebanggaan Rasululah sehingga Rasulullah melahirkan rasa kesyukuran baginda
dengan sabda baginda dengan sabdaNya:

Selain itu terdapat ramai lagi sahabat Rasulullah yang mempunyai suara
yang merdu dan dapat mengalunkan bacaan al-Quran dengan suara yang indah
dan baik. mereka termasuklah:

Ali Bin Abu Talib


Uthman bin Affan
Zaid bin Thabit
Abdullah bin Masud
Bilal bin Rabah
Abu Darda
Ubay bin Kaab
Aqabah bin Amir
Abu Syabil ak-Qamah bin Qais

QARI-QARI PADA ZAMAN TABIIN

Pada zaman Tabiin pula terdapat beberapa orang tokoh yang terkenal di bidang
taranum al-Quran diantaranya:
Umar bin Abd Aziz
Urwah
Said al-Musayyab
Muaz bin Jabal
Sulaiman bin Yasar
Ibnu Syihab al-Zuhri

QARI-QARI PADA ZAMAN TABI TABIIN

Dikalangan pengikut Tabiin juga terdapat tokoh-tokoh Qari yang terkenal dengan
kemerduan suara dan dapat melagukan al-Quran dengan suara yangbaik .Diantara
mereka ialah:
Muhamad bin Jaafar
Abu Jaafar
Syaibah
Nafi

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN

Perkembangan lagu-lagu al-Quran yang mutawatir dan berlahjah arab


terbahagi kepada dua aliran:

1. Lagu-lagu Arab Hijazi (Makawi)

Lagu-lagu arab hijazi berasal dari orang-orang Hijaz (Mekah dan Madinah) Irama
lagu-lagu ini biasanya dibawakan dengan bentuk irama yang turun naik. Lagunya
agak keras dan kasar dan tidak banyak variasi namun tetap indah dan tersendiri
sesuai dengan sifat prang-orang Hijaz. Diantara nama-nama lagu asas yang popular
dalam aliran ini di singkatkan dalam perkataan:

Huruf ba

: Lagu Banjakah

Huruf ha : Lagu Husaini


Huruf mim : Mayyah
Huruf Ra

: Rakbi

Huruf dal : Dukah


Huruf sin : Sika
Huruf jim : Jiharkah

Selaian itu terdapat juga lagu-lagu tambahan atau lagu-lagu cawangan dari lagulagu asas yang tersebut di atas iaitu:Ruma, unsad, usyaq, harb, rast, yaman hijaz
dan lain-lain.

2. lagu-lagu Arab Misri.

Lagu-lagu arab Misri ialah lagu-lagu yang dipopularkan Qari-Qari Mesir . Lagu-lagu
di dalam aliran ini biasa di bawa dengan bentuk irama dari bawah ke atas. Lagunya
lebih lembut, mempunyai banyak variasi, dan mengandungi banyak harakah.
Terdapat tujuh lagu asas yang popular dalam aliran ini disingkatkan dalam
perkataan :

1. Hurfu ba

: Bayyati

2. Huruf ha

: Hijaz

3. Huruf Sod

: Soba

4. Huruf ra

: Rast

5. Huruf jim

: Jiharkah

6. Huruf ; sin

: Sika

7. Huruf dal

: Nahawand

TOKOH-TOKOH QARI MESIR YANG TERKENAL

1.

Sheikh Muhamad Rafaat

2.

Sheikh Muhamad Sidiq Minsyawi

3.

Sheikh Raghib Mustafa Ghalwash

4.

Sheikh Abd.Basit Abd.Somad

5.

Sheikh Kamil Yusuf Kamil Buhtami

6.

Sheikh Khalil Husori

7.

Sheikh Ahmad Ruzaiqy

8.

Sheikh Ibrahim Syasyai

9.

Sheikh Muhamad Tablawy

10.

Sheikh Amir Said Uthman

11.

Sheikh Ali Hajjaj Suwaysi

12.

Sheikh Mustafa Ismail

13.

Sheikh Dr Muhamad Nuainak

14.

Sheikh Abul Ainain Syuaisya

15.

Sheikh Sayyed Mutawali

16.

Sheikh Sayyid Said

17.

Sheikh Taha Fasyni

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Di Malaysia taranum al-Quran berkembang dalam dua peringkat iaitu


sebelum tahun 40an dan selepas tahun 40an. Sebelum tahun 40an lagu-lagu yang
popular di kalangan qari Malaysia ialah lagu-lagu dari irama aliran Hijazi. Qari yang
mengalunkan lagu irama hijazi ini dikenali dengan angkatan lama yang diketuai
oleh Yusuf Kedondong dari kelantan.

QARI-QARI ISTANA

Qari-qari yang mahir dan berkebolehan dalam bacaan al-quran mendapat


tempat yang istimewa dan dipandang tinggi bukan saja di kalangan masyarakat
tetapi di kalangan raja-raja melayu yang memerintah negeri masing-masing.
Mereka mendapat kedudukan yang istimewa dimana setengah mereka dilantik
sebagai Qari Istana yang berperanan sebagai penyebar bacaan al-Quran baik di
istana ataupun di kalangan masyarakat. Mereka lah yang memperkenalkan lagulagu al-Quran yang berlahjah arab kepada masyarakat setempat memperdengarkan
bacaan mereka di majlis-majlis rasmi kerajaan, majlis khatam quran, kenduri kawin ,
haflah-haflah tertentu yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu kita
dapati negeri-negeri yang mempunyai ramai qari di raja mempunyai bilangan qari
dan qariah yang ramai dan handal dalam bacaan taranum al-quran.Di antara qariqari istana yang terkenal sekitar tahun 1922-1940an ialah:

1.

Muhamad Yusuf Kedondong. (Kelantan)

2.

Haji Muhamad Lintar (Terengganu)

3.

Haji Muhamad Ribat (Kedah)

4.

Haji Sulaiman (Johor)

5.

Haji Khalid (Selangor)

6.

Haji Muhamad Jempol (Negeri Sembilan)

7.

Haji Mohyiddin dikenali dengan Dato Canai Kinitan (Perak)

Selepas tahun 40an qari-qari Malaysia mula popular dengan lagu-lagu aliran
misri yang dipopularkan oleh qari-qari yang dikenali dengan angkatan baru diketuai
oleh Hj Ahmad Maksum Pergau. Angkatan baru ini terdiri dari mereka yang belajar
taranum al-Quran di negeri Mesir selepas tahun 40an. Berikutnya muncullah qariqari yang terkenal dan berkebolehan dalam taranum al-Quran, lebih-lebih lagi
dengan keperihatinan kerajaan yang memerintah pada masa itu (Persekutuan Tanah
Melayu ) menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran yang memgumpulkan qariqari dari seluruh pelusuk negara untuk memperdengarkan bacaan masing-masing.
Keberkesanan musabaqah bacaan al-quran ini menyebabkan kerajaan telah
menganjurkan musabaqah bacaan al-Quran di peringakat antarabangsa yang
berjaya dianjurkan kali pertama pada tahun 1961. Sejak itu taranum al-quran
tersebar dengan meluas di segenap pelusuk dunia islam

QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA

1.

Tn Hj Ahmad Maksum Pergau (kelantan)

2.

Tn Hj Nik Jaafar Nik Ismail (Kelantan)

3.

Tn Muhamad Muhamad Yusuf (Kelantan)

4.

Tn Hj Ismail Hasyim (Kedah)

5.

Tn Haji Abdul Majid (Kelantan)

6.

Tn Hj Saidin bin Abdul Rahman (P.Pinang)

7.

Tn Hj. Abd.Ghani bin Abdullah (Kedah)

8.

Tn Hj. Ahmad Jusuh (Perlis)

9.

Tn Hj. Shafie bin Katie (Selangor)

10.

Tn Hj Muhamad bin Hasry (Wilayah Persekutuan)

11.

Tn Hj Saleh bin saidi (Johor)

12.

Tn Hj. Abd.Rahim (Kelantan)

13.

Tn Hj.Asmawi Duet ( Sarawak)

14.

Tn Hj Muhamad Awang (Terengganu)

15.

Tn HjMuhamad Ismail (Terengganu)

16.

Tn Hj.Abdul Rasyid Ali (Terengganu

17.

Tn Hj Daud Che Man

18.

Tn Hj. Muammar Z.A (Indonesia)

19.

Tn Hj Mirwan Batubara (Indonesia)

TOKOH-TOKOH QARIAH

1.

Hjh Rogayah Sulung (Terengganu)

2.

Hjh Faridah Mat Saman (Kelantan)

3.

Hjh Rafeah Abd Rahman (P.Pinang)

4.

Hjh Rahmas Abdullah (Johor)

5.

Hjh Sapinah bt Mamat (Kelantan)

Anda mungkin juga menyukai