Anda di halaman 1dari 3

3.

4 Teori diterapkan dalam Permainan Hit and Built


Pembelajaran dan pengajaran yang baik lagi berkesan tidak akan berlaku tanpa
perancangan rapi yang perlu berlandaskan sesuatu yang kukuh dan diakui
kebenarannya.Oleh hal demikian,Permainan Hit dan Built telah dirangka khusus
berpandukan beberapa teori pembelajaran.Munurut Kerlinger(1986),teori ialah satu set
prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara
sistematis.
Permainan Hit dan Built menggunakan teori behavioris yang telah diperkenalkan oleh Ivan
Pavlov(1849-1936).Menggunakan masa sebagai ransangan neutral menyebabkan muridmurid bertindak balas terhadapnya.Murid-murid berusaha menyempurnakan Permainan
dalam masa yang singkat.Kumpulan yang dapat menyelesaikan permainan dalam
permainan tersebut akan dkira sebagai pemenang.Sebaik sahaja guru menekan jam dan
memberi
arahan
permainan
bermula,murid-murid
secara
automatik
terus
memulakannya.Pistol permainan disifatkan sebagai ransangan semulajadi dimana pistol
permainan sangat serasi dan secara semulajadinya kanak-kanak amat menyukai barangbarang permainan.Sebaik sahaja melihat guru pistol permainan,murid-murid akan
menunjukkan rasa seronok dan mejangkakan sesuatu yang menyeronokkan akan
dialaminya.Papan bulat pula sebagai simbol ransangan terlazim yang merujuk kepada
gerakbalas murid-murid apabila peluru terkena papan tersebut,mereka akan terus mencari
kepingan untuk dilekatkan padanya.Perkara ini berlaku secara berterusan dan menjadi
terlazim.Apabila peluru tersebut tersasar daripada papan bulat tersebut,murid-murid akan
mencubanya berulang kali sehingga berjaya.
Hit dan Build juga dicipta berdasarkan teori pelaziman operan E.L.Thorndike.Murid-murid
diletakkan didalam satu posisi yang perlu dimainkan peranan terntentu.Sekiranya berjaya
menyelesaikan satu salah satu kepingan papan bulat tersebut,mereka akan diberikan
ganjaran.Dalam usaha menembak sasaran,ada murid-murid yang menembak secara
rawak,ada yang mengatur posisi terlebih dahulu,dan ada yang membuat pelbagai gaya
sebelum menembak.Pelajar yang berjaya menembak sasaran mempercayai bahawa
melakukan perkara yang sama akan membawa kejayaan buat kali kedua.Justeru,murid
tersebut akan berusaha dan sekiranya berjaya buat kali kedua,maka satu kesimpulan dapat
dibuat bahawa posisi,kedudukan pistol dan daya digunakan mestilah seperti yang telah
dilakukan.Selain itu,permainan ini juga mengikuti piawaian tiga prinsip/hokum pembelajaran
anjuran Thorndike.Murid-murid terlebih dahulu mengalami hukum kesedian yang diterapkan
melalui pengajaran dan pembelajaran tentang topik tersebut didalam kelas,kemudian
mendapat penerangan secara jelas tentang cara bermain.Sebagai latihan,murid-murid
diberi peluang mencuba permainan tersebut berulang kali supaya memberikan kesan yang
positif dan menyeronokkan.Hukum Kesan pula dititikberatkan dengan memberikan ganjaran

kepada semua murid-murid terutamanya yang berjaya supaya terus merasa seronok akan
pelajaran khususnya jawi.
Peneguhan dan hukuman dalam teori Pelaziman Operan B.F Skinner juga turut
menyumbang didalam penghasilan permainan Hit and Built ini.Konsep peneguhan dan
hukuman menjadi fokus utama didalam permainan ini.Murid yang berjaya
menyempurnakan papan bulat akan merasa seronok dan mahu melakukanya sekali
lagi.Peneguhan positif ini menankan rasa cinta dan seronok terhadap topik yang
diajar.Peneguhan negatif pula adalah guru yang bertindak sebagai fasilitator tidak
mengeluarkan kata-kata yang melemahkan semangat murid-murid bahkan memberikan
sokongan padu dan motivasi yang berterusan kepada murid-murid.Hukuman tarik pula
dikenakan kepada murid-murid apabila tidak dapat menyempurnakan papan bulat iaitu
mereka dikehendaki mengulangi permainan tersebut.Hukuman beri adalah ganjaran yang
dijanjikan hasil menyempurnakan bulatan tersebut.
Selain daripada itu,teori pembelajaran kognitif juga turut dititikberatkan didalam permainan
ini.Teori Celik Akal Kohler(Gestalt) yang menfokuskan kepada kognitif iatu cara bagaiamana
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Dalam permainan ini,Papan bulatan ditampal
dipapan hitam dengan jarak yang telah ditetapkan.sesetengah murid yang mempunyai
kurang ketinggian tetapi bertanggungjawab untuk menembak papan tersebut akan
berusaha menembak sasaran dengan tepat.Cubaab buat kali pertamanya adalah gagal
namun sikap tidak putus asanya membuatkan dia menjinjingkan kaki dan menembak
sasaran.Hal ini menunjukkan murid-murid berusaha mengguanakan akal fikiran untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.Masalah seterusnya yang perlu diselesaikan oleh muridmurid ialah melekatkan kepingan pada papan bulat.Murid-murid berbincang dan
menggunakan pengetahuan untuk mengeluarkan kata putus.Perkara sedemikian
meransang kognitif murid-murid untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tambahan pula,hukum pragnanz atau teori pengamatan kumpulan Gestalt turut diguna
pakai dalam permainan ini.Teori tersebut mengusulkan pembelajaran berlaku secara
keseluruhan-bahagian-kesuluruhan.Pada permulaannya,murid-murid akan memerhatikan
papan bulat secara keseluruhan yang mengandungi tiga lapisan.Kemudian,mereka mula
berfikir sebaik sahaja melihat bahagian-bahagian kosong pada papan bulat
tersebut.Pengamatan dan penanggapan berlaku dan mereka mula membuat andaian
didalam kepala masing-masing tentang ruang-ruang kosong didalam papan bulat
tersebut.Akhirnya,mereka kembali melihat secara keseluruhan dan membuat
kesimpulan.Begitu jugalah pelaksanaan permainan ini,murid-murid akan melihat ruang
sasaran yang terkenan kemudian melihat suku kata sedia ada dan gambar,dan mencari
kepingan sambungan suku kata tersebut.

Disamping itu,permainan ini juga menitikberatkan aspek pembinaan pengetahuan dalam


diri murid-murid berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme oleh Jean Piaget (18961980).Sebelum memulakan permainan,tajuk suku kata terbuka jawi diajar kepada muridmurid dengan jelas dan menyeluruh.Maklumat dan pengetahuan yang diajar ketika ini
adalah proses asimilasi dan akomodasi.Semasa permainan dijalankan,proses akomodasi
terjadi apabila terdapat perkataan dan ejaan sesuatu objek yang belum pernah dijumpai
oleh murid-murid.Oleh hal demikian,melalui perbincangan diantara mereka akan
mewujudkan disequilibrasi dan mendapat pengetahuan atau maklumat baharu

Anda mungkin juga menyukai