Anda di halaman 1dari 22

Penghargaan

Alhamdullilah .
Sekalung doa dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatnya maka
dapatlah saya menyiapkan kajian yang bertajuk Ting-Ting Minda Meningkatkan Penguasaan
Kemahiran Membaca Gabungan Perkataan Suku Kata Terbuka dan Tertutup Dalam Kalangan
Murid-Murid Tahun 2 Amanah.
Ucapan terima kasih dan salam penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr. Ab. Latiff Bin
Muda selaku Pensyarah Pembimbing Kajian saya ini kerana dengan tunjuk ajar beliau maka terlaksanalah
Kajian Ting-Ting Minda untuk meningkat kemahiran membaca tulisan Jawi semasa Pengajaran dan
Pembelajaran . Beliau juga telah menjadi pendorong dan pembimbing kepada saya untuk menghasilkan
sebuah tugasan dengan baik. Tidak lupa juga kepada guru pembimbing yang memberi tunjuk ajar
sepanjang penyelidikan dijalankan.
Di samping itu juga, terima kasih tidak terhingga kepada murid-murid Tahun 2 Amanah seramai
10 orang Sekolah Kebangsaan Telok Menegon, Klang yang menjadi bahan penyelidikan sepanjang kajian
saya.
Akhir sekali , adalah diharapkan agar kajian ini akan menjadi panduan untuk tatapan
generasi akan datang terutama dalam era serba bermaklumat dan berteknologi. Penggunaan kaedah
permaianan iaitu Ting-Ting Minda semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Jawi tahun 2
Amanah ini akan menjadi bukti bahawa semua guru harus bersama-sama menggembleng tenaga dalam
mempertingkatkan Falsafah Pendidikan Negara yang bermaklumat dan berinformasi untuk membina
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang demi masa hadapan.
MAZRITA BINTI MOHD TAWIL
SMP FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI 2015

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

TING-TING MINDA: MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN


MEMBACA GABUNGAN PERKATAAN SUKU KATA TERBUKA DAN
TERTUTUP KV KVK

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah
bertujuan
untuk
menyokong proses
pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras dengan keperluan murid
dalam mengatasi masalah-masalah dalam menguasai kemahiran
membaca suku kata terbuka dan tertutup yang dihadapi pelajar-pelajar
tahun 2 Amanah.
Jesteru, inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru -murid yang diketengahkan ini TING-TING MINDA,
telah menggabungkan teknik permainan kata untuk mempertingkatkan
kemahiran membaca perkataan kv kvk / kvk kv, di kalangan 10 orang murid
Pemulihan Jawi
Tahun 2 Amanah SK Telok Menegon Kl ang
S el angor . Permainan kata - perkataan kvk , perkataan kv+ kv dank v +
kvk dalam Ting Ting Minda, untuk membantu meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca satu suku kata dan dua suku kata di kalangan 1 0 pelajar
tahun 2 Amanah. Responden ini, telah dirawat dengan Ting-ting Minda
selama 60 minit setiap sesi rawatan. Rawatan ini dijalankan selama 8 minggu
sahaja.
Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan.
Keputusan Ujian Post telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan
bacaan kv kvk pelajar. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan
pelajar amat berminat untuk membaca, 7 orang daripada mereka telah
memahami dan
menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya.
Mereka amat seronok ketika bermain permainan ini. Secara keseluruhannya,
Ting-Ting Minda telah berjaya memupuk minat dan mempertingkatkan
penguasaan kemahiran membaca pelajar.

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

1.0 REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Saya adalah guru Pendidikan Islam di SK Telok Menegon Klang Selangor daripada
tahun 2002 hinggalah sekarang. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah
mendengar bacaan dari murid 2 Amanah melalui aktiviti membaca Sayang Jawi,
saya juga telah memberi kad-kad bacaan berbentuk ayat-ayat mudah dan carta
bergambar berdasarkan sukatan Pelajaran Jawi Tahun Dua. Timbul persoalan di
fikiran saya

mengapa agaknya mereka tidak boleh

menyebutkan huruf Jawi dan

membaca perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata. Oleh sebab itu,
saya telah menjalankan pemerhatian

tidak berstruktur dalam P&P saya. Hasil

dapatannya, mereka kurang berminat untuk membacaak mengenal huruf Jawi


sepenuhnya, ada yang kenal huruf tetapi tidak boleh membaca suku kata berdasarkan
kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang memberi
tumpuan terhadap apa yang dibaca

dan amat suka bermain-main semasa P& P

terutama di kelas biasa. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka
akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan kajian
tindakan ini.
2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya
memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk Secara khususnya murid
berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat suku kata dan masalah
pengamatan. Untuk mengatasi masalah mereka, satu inovasi berbentuk permainan
telah diketengahkan. Saya yakin jika saya mempelbagaikan kaedah PdP,sikap negatif
dan pencapaian murid-murid dalam kemahiran membaca dapat ditingkatkan. Melalui
pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru menarik minat murid dalam
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

Pelajaran Jawi dengan mengaplikasikan

inovasi Ting-Ting Minda berasaskan Teori Kecerdasan Kinestastik, merupakan daya


pengerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid. Pengajaran dan Pembelajaran
Guru Murid menjadi lebih seronok, dan guru dapat mengetahui kekuatan dan
kelemahan murid. Akhirnya manipulasi alat dan bahan digunakan untuk aktiviti
pengukuhan seterusnya.

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

3.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN TINDAKAN


3.1

Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca


gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dalam kalangan
murid pemulihan Jawi melalui teori Kecerdasan kinestatik.
3.2 Objektif Khusus
i.

Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca suku kata terbuka ( kv)
dan suku kata tertutup ( kvk ) dengan lancar.

ii.

Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca gabungan perkataan


suku kata terbuka dan tertutup ( kv kvk ) dengan lancar

.iii.

Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri, meningkatkan jati


diri dan punya rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri melalui TingTing Minda.

iv.

Mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid,

murid dengan

guru,dan murid dengan murid melalui Ting_Ting Minda.


4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid pemulihan Jawi tahun 2
Amanah seramai 10 orang murid. Empat orang perempuandan enam orang
lelaki yang tidak menguasai kemahiran membaca Jawi.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
i. Kaedah Soal selidik
Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah mengedarkan borang soal selidik dan
diedarkan kepada 10 orang murid tahun 2 Amanah untuk mendapatkan maklum
balas tahap penguasaan bacaan gabungan suku kata terbuka dan tertutup
sebelum dan selepas Ting-Ting Mindadiperkenalkan.
ii. Kaedah Temu Bual
Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan
saya, bahawa mereka tidak minat membaca. Saya juga, telah mengadakan temu
5

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

bual secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalan dan sikap 10 orang
murid 2 Amanah terhadap bacaan sebelum dan selepas Ting-Ting Minda
diperkenalkan.

Dapatan daripada temubual tersebut, saya dapati

murid ini tidak suka membaca Jawi. Kesemuanya

10 orang

mengaku tidak pandai

membaca, tetapi mereka suka mendengar orang membaca dan merasa aktiviti
membaca tidak seronok serta tulisan Jawi adalah sukar untuk dibaca. Oleh itu,
mereka tidak suka mengambil bahagian membaca di dalam kelas kerana takut
tidak boleh membaca teks ujian yang diberi.. Daripada dapatan ini , andaian
saya, murid tidak berminat untuk membaca adalah benar.
iii. Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra dan Ujian Pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka membatangkan gabungan perkataan
suku kata terbuka dan tertutup kv kvk. Item Ujian Pra dan Ujian Pos adalah
sama iaitu 20 perkataan dalam masa 4 minit berasaskan Kad Ujian Diagnostik
(bacaan).
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Analisis soal selidik
Responden telah memberikan respon yang positif dan analisis soal selidik
yang telah dijawab berdasarkan jawapan Ya dan Tidak
Analisis Data Soal Selidik
BIL
PENYATAAN ITEM
1
Pembelajaran tanpa bahan bantu mengajar (BBM) sangat
membosankan.

YA

TIDAK
(0%)

(100%)
2

Saya bosan dan tidak berminat belajar Jawi jika tiada


permainan.

YA

TIDAK

(100%)

(0%)

YA

TIDAK

(100%)

(0%)

Saya mudah membaca dengan bantuan Ting-Ting Minda

Saya lebih menyukai membaca Jawi selepas belajar


6

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

dengan Ting-Ting Minda.

YA

TIDAK

(100%)

(0%)

YA

TIDAK

Saya dapat menyiapkan latihan selepas guna Ting-Ting


Minda.

(80%)

(20%)

Saya suka aktiviti seperti Ting-Ting Minda ini


dijalankan pada tajuk-tajuk lain dalam
kemahiran Jawi.

YA
(100%)

TIDAK
(0%)

Penggunaan
Ting-Ting
Minda
dalam
pengajaran dan pembelajaran guru tidak
sesuai.

YA
(0%)

TIDAK
(100%)

Bahan-bahan yang disediakan dalam Ting-Ting


MInda yang disediakan oleh guru sangat
menarik.

YA
(100%)

TIDAK
(0%)

Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan


melalui Ting-Ting Minda.

YA
(80%)

TIDAK
(20%)

10

Saya yakin dapat membaca tulisan Jawi


dengan baik setelah belajar guna Ting-Ting
Minda.

YA
(100%)

TIDAK
(0%)

5.2.2 Analisis temubual


Dapatan daripada temubual selepas kajian dijalankan, saya dapati

10 orang

murid ini berminat dan sangat suka membaca Jawi. Kesemuanya mengaku
bahawa merasa aktiviti membaca adalah suatu seronok serta tidaklah sukar
untuk dibaca apabila kita member tumpuan dan fahaman dengan baik. Mereka
berasa ada keyakinan yang tinggi dan tidak berasa bosan ketika belajar.

DATA TEMU BUAL


SIKAP TERHADAP BACAAN
Sukakah kamu membaca selepas guna TingTing Minda
Adakah membaca menyeronokkan
Adakah kemahiran membaca membosankan
semasa PdP
Adakah kamu pandai membaca selepas
7

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

SEBELUM
KAJIAN
TIDAK
(70%)
TIDAK
(80%)
YA
(90%)
TIDAK

SELEPAS KAJ
YA
(100%)
YA
(100%)
TIDAK
(0%)
YA

aktiviti
Ting-Ting Minda
Sukakah kamu mendengar orang lain
membaca

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

(10%)
TIDAK
(20%)

(90%)
YA
(100%)

5.2.3 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos


Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti
berikut: Jadual
Jadual 1
Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Responden.
Responden

Ujian Pra

Ujian Pos

% Peningkatan

IRWAN

20

55

35

KHUZAIRI

55

100

45

AKIF

32

88

56

ABID

30

88

58

JIBRIL

30

60

30

IZZAT

55

100

45

KHAYRIN

40

90

50

NUR IRDINA

40

100

60

AMIRAH

50

90

40

DANIA

50

80

30

Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian pelajar. Walaupun masih terdapat pelajar yang lemah tetapi tiada
pelajar yang gagal berbanding dengan ujian Pra di mana terdapat 4 orang telah
gagal.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Saya memperkenalkan permainan Ting- Ting Minda, berasaskan

Pendekatan

Kecerdasan Kinestatik, untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat


mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan
suku kata terbuka dan tertutup kv kvk ketahap yang optimun (boleh membaca 20
patah perkataan setiap set yang dikaji dengan sebutan yang betul dalam masa
kurang 4 minit selepas kaedah rawatan ini dilaksanakan. Saya telah merangka
4 aktiviti yang dinamakan Ting-Ting minda.
o Aktiviti 1- Ting-ting Minda 1, saya menjalankan pengukuhan sebutan
suku kata kv.
9

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

o Aktiviti 2-Ting-Ting Minda 2 pula, saya menjalankan pengukuhan


sebutan perkataan kvk sahaja.
o Aktiviti 3- Manakala dalam Ting-ting Minda 3, saya memberikan
peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan

daripada suku kata

terbuka kv + kv.
o Aktiviti 4-Ting-ting Minda 4, saya membuat peneguhan dalam
membaca perkataan gabungan daripada suku kata tertutup kv + kvk
Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini:
*

Tapak Ting-Ting Minda.

Buah Dadu Minda.

Kad-kad perkatan kv .

Kad-kad perkataan kvk .

Kad perkataan sukukata terbuka dan tertutup.

5.3.1 PelaksanaanTindakan
Bagi menilai dan memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
alat-alat yang disediakan termasuklah;

Kad Minda graf pencapaian kemahiran bacaan murid


(responden) dari semasa ke semasa

senarai semak perlakuan murid

senarai semak pencapaian setiap responden

kad-kad bacaan ujian pra, bahan-bahan dan aktiviti


rawatan dan ujian pos.

Murid murid ini diberi rawatan klinikal melalui aktiviti Ting-ting Minda
selama 6 minggu di dalam kelas dan semasa penyelidik tiada kelas.
Setiap aktiviti yang dijalankan saya akan memberi markah kepada muridmurid saya. Berikut adalah kateria markah yang saya gunakan.

Permakahan diberi secara kutipan bintang.

Satu ( * ), satu markah.

Dalam setiap pusingan murid melakukan 3 aktiviti mengikut kemahiran yang


telah ditetapkan, sebagaimana dalam lampiran yang diberi.

Mereka yang gagal dalam permainan ini akan diberi latih tubi dalam latihan
bacaan intensif mengikut tahap kelemahan mereka.

10

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

Murid yang gagal dalam aktiviti pusingan akan diberi peluang untuk
meneruskan permainan setelah menjalani latih tubi bacaan intensif.

Kriteria permarkahan ini sama dalam ke 4 aktiviti yang berlainan kemahiran


bahasanya.

5.4

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN

Murid murid ini diberi rawatan klinikal melalui aktiviti Ting-ting Minda selama 8
minggu di dalam kelas dan semasa penyelidik tiada kelas.
Aktiviti 1- MODEL TING-TING MINDA 1

Minggu 1 kemahiran suku kata kv

Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan.

Murid sebut dan langkah ke petak 1.

Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu.

Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal dan sebut suku kata
yang terbina.

Meneruskan lompatan yang ke 3 dan mengambil kad suku kata


yang terbina.

Murid akan mengambil bintang di petak terakhir sekiranya


betul.

11

Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 3 pusingan.

MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

b
k

Dadu Minda

4
Bintang minda
3

Poket huruf vokal (a.i.e,o,u)


Poket huruf konsonan(k,n,d..)

Poket poket suku kata kv

Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 1, ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kv.
- Refleksi
Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 1dilaksanakan,saya merasa sangat seronok,kerana murid
saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria, Pada awalnya mereka terpegun
melihat saya menggunakan menyusun Blok membentuk ting-ting dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Wah.Apa ni?...Nak main ting-ting.

Itulah, kata-kata gembira yang diluahkan oleh muridmurid ini. Pencapaian


bacaan sukukata kv mereka dalam aktiviti Ting-ting Minda 1 ini
membanggakan saya, Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad
Minda 1.
MODEL TING-TING MINDA 2
AKTIVITI 2 kemahiran suku kata kvk.

Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan.

Murid sebut dan langkah ke petak 1.

Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu.

Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal .

Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad huruf


konsonan.
Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil kad suku

kata kvk yang sama dengan yang dikumpulkan serta menyebut bunyinya.

Mengambil bintang sekiranya betul kad suku kata yang diambil dan betul
sebutannya.

Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 3 pusingan.

b
Dadu Minda k
Bintang minda

3
Poket poket suku kata kvk (la. gu,tu

Poket konsonan (h ,d, f,h )


Poket huruf vokal (a, e,I,o,u)

Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 2, ternyata aktiviti ini
dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kvk.

- Refleksi
Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 2 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira,
kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang sentiasa ceria,
Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan tidak
sabar-sabar untuk bermain .Hari ini, aku nak dapat bintang banyak, nanti
dapat aku pulak dapat hadiah..!, Itulah , harapan mereka ketika menjalankan
aktiviti ini. Walaupun, aktiviti

Minda 2 ini lebih tinggi aras kemahirannya

berbanding aktiviti Minda 1, pencapaian bacaan tiga orang murid ini semakin
meningkat. Ini membanggakan saya.Jumlah markah mereka dapat dilihat
daripada jadual kad Minda 2. Tiga orang daripada mereka telah mencatatkan
peningkatan yang membanggakan daripada pencapaian Aktiviti Minda 1. Dua
orang lagi , walaupun mereka mendapat markah 4 dan 5 semasa aktiviti ini,
pada saya pencapaian mereka memuaskan sebab murid ini adalah dalam
kategori yang amat lemah. Seorang daripada mereka kerap tidak hadir ke
sekolah kerana kurang sihat.
MODEL TING-TING MINDA 3
AKTIVITI 3, kemahiran membaca perkataan terbuka kv + kv

Murid baling buah dadu berlabel suku kata kv.

Murid sebut dan langkah ke petak 1.


Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu.

Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata kv dan baca perkataan yang
dibina terbina.

Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan


yang terbina.Murid membatangkan perkataan yang diambil.

Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang


sekiranya betul sebutannya..

Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 3 pusingan.

ba
ku
Bintang
minda
Dadu
Minda
4
Poket suku kata kv (la,gu,

3
2
Poket huruf konsonan(k,n,d..)

Poket perkataan kv kv
(vila, dadu)

Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 3, ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kv kv.
Jadual 3 : Kad Minda Minggu Kemahiran kv+kv
Bil

Nama

P1

P2

P3

P4

P5

Jum

Pelajar A

***

***

***

***

***

15

Pelajar B

***

***

***

***

***

15

Pelajar C

***

***

***

***

***

15

4
5

Pelajar D
Pelajar E

***
-

***
***

***
***

***
***

***
***

15
12

- Refleksi
Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 3 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira
dan terharu, kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dengan penuh
keyakinan. Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan
dan bertolak ansur semasa bermain .Cikgu, boleh tak kalau saya belajar kat
kelas ni aje, saya nak baca buku cerita. Itulah kata-kata daripada mereka
yang mengusik naluri saya,sungguh tersentuh hati ini, kerana rupa-rupanya
saya telah berjaya memupuk minat untuk membaca pada aras kemahiran yang
tinggi,diluar aras kemahiran yang saya kaji... Ini membanggakan saya.
Berdasarkan jadual Kad Minda 3, 7 orang daripada mereka telah mencatatkan
markah 100% dalam bacaan perkataan kv kv dalam permainan Ting-ting
minda 3 ini.
MODEL TING-TING MINDA 4
AKTIVITI 4, kemahiran membaca perkataan tertutup kv + kvk

Murid baling buah dadu berlabel suku kata kv.


Murid sebut dan langkah ke petak 1.
Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu.
Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata kvk dan baca perkataan

yang dibina terbina.Contoh : datuk


Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad
perkataan
yang terbina.Murid
membatangkan perkataan yang diambil.
Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil
bintang sekiranya betul sebutannya..
Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 3
pusingan

b
Dadu Minda

k
4

Bintang minda

3
1

Poket huruf vokal (a.i.e,o,u)


Poket huruf konsonan(k,n,d..)
Poket poket suku kata kv

- Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 4, ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan
tertutup kv kvk pada tahap yang amat membanggakan .
- Refleksi
Jadual 5 : Analisis Data Temu Bual Sebelum Dan Selepas Kajian
Analisa Sikap
Bil sebelum
Bil selepas kajian
Kajian
Sikap terhadap bacaan

%
Ya

%
tidak
5/5
100
5/5
100
5/5
100
5/5
100

Sukakah kamu membaca


Adakah membaca itu seronok
Adakah pelajaran bacaaan paling kamu
Minat
Adakah kamu pandai membaca
Sukakah kamu mendengar orang
Membaca

5/5
100

%
Ya
5/5
100
5/5
100
5/5
100
5/5
100
5/5
100

%
tidak

Jadual 6 :Analisis Data Soal Selidik Sebelum Dan Selepas Kajian

Sikap terhadap bacaan

Analisis sikap terhadap bacaan


sebelum Kajian

selepas kajian

Tidak berminat
Tidak suka mata pelajaran Bahasa Melayu
Tiada keyakinan diri
Tidak berminat untuk membaca

Bil
%
Ya
2/5
40
2/5
40
5/5
100
5/5
100

Bil
%
tidak

%
Ya
5/5
100
5/5
100
5/5
100
5/5
100

%
tidak

Peningkatan minat membaca ini dapat dibuktikan berdasarkan daripada ke dua-dua


jadual di atas. Di mana sebelum kajian 100% pelajar hanya suka mendengar orang
membaca sahaja.100% pelajar tidak Tetapi selepas kajian 100 % murid suka
membaca dan menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Inilah
salah satu luahan kata yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian,
Cikgu dulu saya susah jawi nak baca, tetapi sekarang rupa-rupa senang je, ..Di sisi
murid, pengaplikasian Ting-ting Minda dalam P&P telah meningkatkan motivasi,
menghilangkan rasa rendah diri, meningkatkan tahap kepuashatian murid dan
semangat untuk terus belajar. Hal ini kerana mereka telah berjaya melepasi
halangan iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca. Tanpa dapat dinafikan
bahawa bahasa merentas kurikulum. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar
harapan ini disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam
kaedah rawatan menggunakan teknik Ting-ting Minda.
Jadual 7 : Data Analisis Ujian Pra dan Ujian Post - Catatan Ting-Ting Minda 1 hingga 4

M1 minggu 1, M2 minggu 2, M3- minggu 3, M4 Minggu 4, M5- minggu 5

Manakala jadual 7 di atas menunjukkan peningkatan yang amat ketara pelajar dalam
Ujian Pra dan Pos di mana peningkatan PURATA sebanyak 69/80 dalam Ujian Post. 3
orang daripada mereka mencatatkan pencapaian 100%, seorang lagi mencatatkan
markah 64/80 manakala seorang lagi yang baru hadir ke sekolah setelah 2 tahun tidak
bersekolah

telah mencatatkan markah 50%. Kebolehan mereka membaca 4 set

bacaan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dengan cepat dan lancar
dalam permainan ini amat di luar dugaan dan membanggakan saya. Apa yang lebih

membanggakan saya ialah, 4 orang daripada mereka telah berjaya dikembalikan


semula ke kelas biasa.
Di pihak guru pula, saya dapat merangka rancangan pengajaran yang menarik minat
murid kepada pelajaran Jawi dan dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Selain
daripada itu kaedah ini juga menjadi daya penggerak kepada pengukuhan bacaan
murid. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, guru dapat mengetahui
kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas ini penting untuk tindakan susulan
yang selanjutnya.
Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan
murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk menyebut perkataan sambil bermain.
Perasaan ini perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi, seperti
dalam mengajar

membaca perkataan yang mengandungi 3 suku kata dan lebih, serta

membaca ayat. Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan
merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti yang
tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba,
untuk terus menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam
bentuk material atau non material ( pujian dan sanjungan ). Rumusannya , aplikasi
Ting-ting Minda dalam P&P pel aj aran Jaw i secara tidak langsung telah membantu
murid untuk menguasai kemahiran membaca seiring dengan matlamat Program jQAF, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan
intelek.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar.Saya
mencadangkan untuk mengguna pakai Teknik Permainan ini untuk mengajar
kemahiran membaca dalam sirah dan akidah . Teknik ini juga boleh digunakan untuk
mempertingkatkan kemahiran menulis perkataan berasaskan latih tubi membaca
. Saya juga berhasrat untuk membina model-model Ting-ting Minda lain dengan
melengkapkan lagi model ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih
menarik, serta melengkapkannya dengan soalan-soalan serta kaedah yang lebih

mencabar dan kreatif. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadi
proses P&P lebih menarik, berkesan danmenyeronokkan. Akhir kata , GURU YANG
KREATIF, AKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG DEDIKASI, KEJAYAAN
BERERTI
KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA ALAT ,MURID BELAJAR
DENGAN RALAT.
BIBLIOGRAFI
Buku panduan,Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas(masalah
penguasaan 3M).1998
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Model Buku Panduan Tahun 2, (bagi kegunaan program pemulihan jawi
Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Puan

Hajah Juliani bt. Abdullah, Kaedah


Sayang,Gabungan Majlis Guru Besar

Cepat

Membaca,

Bacalah

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam


Pengajaran & Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara
Belajar.Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selan Osni, Bahasa Melayu Tahun Satu (transisi) Asas Bacaan Fahaman dan
tulisan.
Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Heineman Asia.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian ,


Nurin Enterprise

Anda mungkin juga menyukai