Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis.

Yang dihormati para pensyarah sekalian, ahli jawatankuasa pilihanraya kampus 2022, sahabat
perjuangan sekalian seterusnya warga dewan serta warga intelek berkarisma. Salam sejahtera,
salam perpaduan serta salam menjulang pendidikan Malaysia.

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian,

Sebelum bibir membuka bicara, sebelum manifesto dirungkai rapi,

Izinkan saya untuk memperkenalkan diri. Nama diberi Mithchellyn binti Jineus dari PISMP Bahasa
Melayu 1 Ambilan Jun 2021. Berdirinya saya disini, adalah untuk membuktikan diri bahawa saya
mampu menabur bakti sebagai salah seorang calon bagi Biro Kebudayaan dan Kesenian.

Sebelum membentangkan manifesto saya, izinkan saya untuk memberi serba sedikit kelayakan serta
pencapaian yang telah saya genggam sebelum ini. Semenjak dari sekolah rendah sehingga ke sekolah
menengah, saya pernah memegang jawatan sebagai pengawas sekolah, pengawas asrama,
pengawas pusat sumber serta pengawas SPBT selama 5 tahun berturut-turut iaitu dari tingkatan 1
sehingga ke tingkatan 5.

Beralih pula kita ke slot yang seterusnya, izinkan saya untuk membentangkan manifesto saya dalam
kerusi yang dipertandingkan iaitu biro Kebudayaan dan Kesenian. Pertama sekali, saya akan
mengadakan kolaborasi kesenian dan kebudayaan bersama institusi kerajaan dan bukan kerajaan
bagi memperkayakan serta meluaskan pengalaman pelajar IPGKR dalam merealisasikan impian
‘Guru Serba Boleh’.

Manifesto saya yang kedua pula berbunyi, menjadi pengatur cara dalam membuka peluang sama
rata untuk semua pelajar bagi menampilkan potensi diri dalam aspek kesenian dan kebudayaan.
Seperti yang kita tahu, IPGKR mempunyai satu kelab yang mengumpulkan individu yang berpotensi
dalam bidang tarian iaitu Rajang Dancers. Oleh itu, hasrat saya adalah untuk menghidupkan kembali
Rajang Dancers yang sekian lama terbengkalai akibat daripada Covid-19 yang mengekang kita untuk
menjalankan aktiviti. Jika sebelum ini, kita mempunyai Rajang Dancers, apa kata sekiranya kita
menubuhkan satu kelab baharu iaitu Rajang Singers yang mengumpulkan bakat-bakat yang
berpotensi dalam bidang nyanyian. Banyak platform-platform yang boleh kita buka untuk
menghidupkan kembali kesenian dan kebudayaan di IPGKR misalnya melalui pembukaan halaman
Youtube, Tiktok, Instagram, Facebook dan lain-lain. Banyak posting-posting serta aktiviti menarik
yang boleh kita jalankan dan perkenalkan kepada orang ramai melalui platform ini.

Tibalah masanya bagi manifesto saya yang terakhir iaitu apa yang ingin saya realisasikan sekiranya
saya memikul amanah ini ialah saya ingin mengembangkan bakat kesenian dan kebudayaan
khususnya dalam diri siswa siswi Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang melalui penganjuran
kepelbagaian program kebudayaan dalam pelbagai peringkat sama ada peringkat kampus, peringkat
negeri, peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa.

Maka dengan itu, selesailah sudah pembentangan manifesto daripada saya.


Akhir kata dengan rasa rendah diri, saya mohon kepada anda semua, jika anda rasa saya layak, jika
anda rasa saya mampu, jika anda rasa saya patut, undilah saya sebagai pemimpin anda. Jangan undi
saya kerana anda mengenali saya, tetapi undilah saya kerana saya benar-benar layak.

Akhirnya, sebagai peringatan untuk kita bersama,

Jangan undi calon kerana rupanya,

Jangan undi calon kerana ketinggiannya,

Tapi undilah calon terbaik yang mampu membimbing kita.

Sekian, itu sahaja daripada saya. Mohon undur diri. Salam perpaduan. Sekian, terima kasih.

Lebih**

Berikutan dengan kesibukan saya dalam memimpin jawatan-jawatan ini dan diselitkan lagi dengan
peperiksaan, PT3 serta SPM, saya mampu mendapat keputusan yang cemerlang walaupun saya akui
tanggungjawab yang saya pegang adalah amat sukar.

Jutaan ucapan terima kasih saya hulurkan kerana sudi hadir mendengar bicara pemimpin pada
malam ini. Kehadiran kalian semua pada malam ini merupakan petanda awal yang menunjukkan
sokongan kerjasama yang baik kepada bakal pemimpin JPP bagi sesi 2022/2023.

Selaras dengan moto saya iaitu One for all, All for one, saya percaya bahawa sebagai salah seorang
bakal pemimpin, saya mampu menjadi batu loncatan kepada komuniti iaitu anda semua dan anda
semua juga mampu membantu saya untuk merealisasikan impian yang bakal memanfaatkan kita
semua.

Suara-suara emas ini mampu kita manfaatkan dalam majlis-majlis yang bakal dijalankan misalnya
MAKP.

Tiada gunanya Mithchellyn binti Jineus ini tampil berkata-kata menabur janji kerana setiap bait-bait
kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan nanti. Namun apa yang paling penting, saya
akan memberikan khidmat yang terbaik sekiranya dipilih kelak.

Pada tahun 2015 sehingga tahun 2018, saya pernah mewakili bahagian Mukah ke peringkat negeri
sebanyak 4 kali dalam pertandingan nyanyian solo serta nyanyian solo klasik irama tradisional yang
bertempat di SMK Sedaya Kanowit, SMK Julau 1, SK Abang Haji Matahir serta SMK Dalat. Pada tahun
2016, saya pernah memenangi pertandingan Debat Bahasa Melayu Ala Parlimen dan mewakili
daerah Mukah ke peringkat negeri di SMK Julau 2. Bukan itu sahaja, saya juga merupakan wakil
sekolah dalam pertandingan tarian tradisional semenjak dari sekolah rendah sehingga ke sekolah
menengah. Banyak lagi pencapaian lain yang tidak lekang masa ingin saya katakan dek kekangan
masa yang menyekat kita.
Antara aktiviti yang boleh kita laksanakan ialah Karnival Kebudayaan dimana banyak aktiviti-aktiviti
misalnya ‘Booth Seni dan Budaya’ yang melibatkan semua pelajar dan menuntut kita untuk
memperkenalkan budaya kita dalam pelbagai peringkat kepada semua.

Melalui kesemua aktiviti yang diadakan, saya percaya bahawa banyak bakat terpendam yang mampu
kita timbulkan dalam kalangan pelajar IPGKR. Kesenian dan kebudayaan bukan sahaja tertumpu
kepada bidang tarian dan nyanyian bahkan ia juga merangkumi aspek adat dan budaya yang boleh
didedahkan kepada semua orang. Di IPGKR ini, kita datang daripada pelbagai pelusuk negeri dan
semua orang berpeluang untuk memperkenalkan adat juga budaya mereka.

Saya percaya bahawa dalam kalangan kita, banyak individu yang berbakat tetapi tidak mendapat
peluang untuk menonjolkan diri mereka disebabkan sifat malu atau kurang diberi pendedahan. Oleh
itu, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengadakan aktiviti yang melibatkan semua pelajar
untuk mencungkil bakat mereka supaya semua orang mampu menonjolkan diri mereka dan tidak
tersisih. Kita boleh mengadakan aktiviti berkaraoke setiap hujung minggu seperti yang dilakukan
pada tahun lepas. Kita juga boleh mengadakan aktiviti tarian seminggu sekali pada hari tertentu
untuk mengasah bakat kita.

Kita boleh menjemput orang luar yang lebih berpengalaman dalam bidang tarian atau nyanyian juga
mengadakan bengkel bagi mengasah bakat-bakat yang ada di IPGKR. Kolaborasi bersama IPG atau
institusi lain boleh diadakan dengan objektif yang jitu iaitu bagi berkongsi idea serta pendapat yang
boleh membantu kita dalam apa-apa projek yang akan datang.

Seorang guru yang hebat akan sedar bahawa tugasnya bukan hanya mengajar tetapi guru yang
hebat juga akan mahir dalam pelbagai perkara bahkan akademik, sukan dan dalam aspek ini, boleh
saya katakan guru yang hebat, hebat dalam seni dan budaya yang bukan hanya tertumpu kepada
tarian dan nyanyian malahan adat dan budaya di malaysia. Itulah definisi saya dalam konteks guru
serba boleh.

Anda mungkin juga menyukai