Anda di halaman 1dari 11

Iktibar daripada sejarah

Latar belakang ayat

 Allah SWT mengarahkan Rasulullah SAW supaya


menyampaikan dakwah kepada kaum musyrikin.
 Allah SWT telah memberi isyarat kepada baginda
bahawa dalam usaha dakwahnya baginda akan
sentiasa ditentang dan didustai.
 Sebagai peransang supaya baginda bersabar, tidak
kecewa dan berputus asa.
Intisari ayat

 Allah memberi perangsang pada Rasulullah untuk bersabar.


 Mengambil iktibar daripada balasan yang Allah SWT timpakan kepada
umat terdahulu.
 Allah tidak suka dengan pendusta yang tidak serik dengan balasan yang
ditimpa atasnya
 Mereka sepatutnya menggunakan mata ,akal dan telinga supaya insaf
dan beriman.
Sejarah perjuangan para nabi dan penentangan
terhadapnya

1. Kaum nabi Nuh


 Selepas kewafatan nabi Adam lebih kurang seribu tahun, manusia
kembali menyembah berhala.
 Nabi Nuh diustuskan untuk menghapuskan semua kekufuran,
 Nabi Nuh mendapat tentangan yang hebat.
 Mereka menyatakan bahawa Nabi Nuh sesat , gila dan pembohong,
 Baginda berusaha sehingga 950 tahun.
 Tetapi tiada sesiapa yang mahu menjadi pengikutnya.
 Allah turunkan banjir yang besar sebagai balasan terhadap kedegilan
dan kejahatan mereka.
2. Kaum Nabi Hud
 Nabi Hud diutuskan ke atas kaum Aad (tinggal di Yaman).
 Mereka hidup dengan menyembah berhala dan mengikuti amalan nenek
moyang mereka.
 Baginda dianggap bodoh , penipu dan cuba untuk mengubah amalan
nenek moyang mereka.
 Allah menurunkan bala iaitu kemarau selama tiga tahun beserta angin
ribut yang dahsyat.
 Keadaan ini menyebabkan tanah yang subur menjadi tandus lagi
kontang.
 Kemudian Allah susuli pula dengan angin rebut yang amat dahsyat
berlaku selama 8 hari 7 malam.
 Semua terkena bala kecuali kaum yang mengikut nabi Hud
3.Kaum Nabi Soleh
  Diutuskan kepada kaum Samud yang tinggal di Hijir antara Madinah
dan Tabuk.
 Tinggal dalam bukit yang diukir menjadi rumah yang cantik.
 Mereka menyembah berhala dan menentang semua ajaran yang dibawa
oleh nabi.
 Mereka merancang untuk membunuh baginda.
 Allah menurunkan bala iaitu letusan suara keras yang membinasakan
pada waktu pagi.
4.Kaum Nabi Ibrahim

 Diutuskan kepada semua umatnya.


 Kaum Kaldan menguasai dunia yang berpusat di Babylon.
 Mereka menyembah berhala dan diketuai oleh Raja Namrud.
 Baginda menasihati mereka tetapi nasihat tersebut tidak diendahkan.
 Ayahandanya, Azar juga tidak mendengar.
 Hujah-hujah kukuh telah diberikan tetapi mereka masih berdegil.
 Allah membinasakan mereka dengan menimpakan keatasmereka
runtuhan bangunan.
5.Kaum Nabi Lut
Baginda merupakan anak saudara kepada nabi Ibrahim
Diutuskan kepada kaum Sadum, di Syam (Jordon)
Mereka merupakan golongan paling keji daripada kaum-kaum sebelum ini
Mereka menghalau dan menolak seruan Nabi Lut
Allah terbalikkan bumi dan turunkan hujan batu sebagai bala
Kesalahan :
Syirik
Sembah berhala
Hubungansejenis
Balasan :
Dibalikkan bumi dan turunnya hujan batu
6.Kaum Nabi Syu’ib
 Diutuskan kepada kaum berbangsa arab di bandar Madyan.
 Selain menyembah berhala , mereka suka menipu dalam sukatan dan
timbangan apabila berjual beli.
 Menentang seruan nabi Syuib dan menghalau bagindakeluar dari
bandar tersebut.
 Allah membinasakan mereka dengan satu gempa bumiyang dahsyat.
Kesalahan :
 Syirik
 Sembah berhala
 Hina nabi
 Tipu dalam perniagaan
Balasan :
 Gempa bumi sehingga mencabut nyawa mereka
7.Kaum Nabi Musa
 Seruan nabi ditentang oleh Kaum Qubti yang menguasai Mesir dibawah pemerintahan
Firaun
 Firaun melakukan kezaliman dengan menjadikan mereka sebagai hamba dan membunuh
anak lelaki kerana dibimbangi kuasanya terancam
 Sebagai peringatan awal Allah menurunkan bala bentuk kemarau, ribut taufan , serangan
serangga serta menukar air sungai menjadi darah.Firaun dan pengikutnya tetap degil
 Akhirnya Allah membinasakan mereka didalam laut merah
 Kesalahan :
 Melakukan kezaliman
 Syirik dan mengaku sebagai tuhan
 Menyeksa dan membunuh manusia
 Balasan :
 Kemarau , ribut taufan , serangan serangga seperti kutu dan katak sertaair yang
bertukar menjadi darah
Faedah mengembara

 Mengambil iktibar daripada kesan peninggalan sejarah.


 Menambah pengetahuan dan pengalaman.
 Menjalin persahabatan dan bertukar-tukar maklumat.
 Melihat dan mempelajari kebudayaan pelbagai bangsa untuk dijadikan
pengajaran.
 Melapangkan fikiran dan perasaan dengan mellihat keindahan alam.
 Mempertahankanperjuangan para nabi dan rasul
 Orang Islam bertanggungjawab melakukankerja-kerja dakwah , amal
makruf nahi mungkar untuk menggelakkan daripada ditimpa bala
bencana.

Anda mungkin juga menyukai