Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

AQIDAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 PELAJARAN 25

EHSAN [ ]

MAKSUD
1. Bahasa: dari bahasa arab iaitu [ ] bermaksud berbuat baik dan tekun
melaksanakan sesuatu.
2. Istilah: seseorang itu menyembah Allah Taala seolah-olah dia melihatNya dan
meyakini bahawa Allah Taala melihat perbuatannya.

MUQADDIMAH
1. Sifat Ehsan menuntut hambanya untuk melakukan kebaikan kerana menyedari Allah
Taala sedang memerhatikannya dan dia hanya mengharapkan kebaikan dari
sisiNya sahaja.
2. Asas kehidupan beragama terbina atas 3 landasan utama iaitu IMAN, ISLAM dan
EHSAN.
3. Dalil Hadith ialah:

Beritahu kepadaku akan Ehsan. Baginda bersabda: Engkau menyembah Allah Taala seolah-
olah engkau sedang melihatNya, dan jika engkau tidak mampu membayangkan melihat Allah
Tala, maka engkau perlu merasa bahawa Allah Taala melihat engkau.

MUROQOBAH [ ]

MAKSUD
1. BAHASA: berasal daripada perkataan Arab [ ] bererti pengawasan, pemerhatian
atau penyaksian.
2. ISTILAH: Keupayaan diri untuk sentiasa merasakan diri diawasi dan diperhatikan oleh
Allah Taala, sentiasa mentaati perintahNya dan menjauhi maksiat [larangan Allah
Taala].
3. DALIL/ HUJJAH:
ً ‫ان َّعلَّى ُكل َّش ۡى ٖء َّشه‬
٥٥ ‫يدا‬
َّ َّ َّ َّ َّ
‫إِن ٱلل ك‬
ِ ِ
55. Sesugguhnya Allah Taala sentiasa menyaksikan setiap sesuatu.

MUQADDIMAH.
1. Muroqobah adalah manifestasi daripasa sifat ehsan.
2. Ini menyebabkan seseorang itu akan berusaha mengawal dan memelihara diri
kerana dia merasakan bahawa dirinya sentiasa berada dalam pengawasan Allah
Taala.
3. Kualiti ibadah berkesan kepada:
a. Musyahadah [ ]: seseorang melakukan ibadah seolah-olah dia melihat
Allah Taala.
b. Muroqobah [ ]: seseorang yang melakukan ibadah dalam keadaan dia
meyakini Allah Taala sedang memerhatikannya.
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
AQIDAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 PELAJARAN 25

EHSAN ialah kemuncak prestasi dalam IBADAH, MUAMALAH dan AKHLAK.


Seseorang Muslim perlu menyedari perkara ini dan berusah sebaik mungkin bagi
mencapau tujuan/ tahap ehsan berkenaan.

EHSAN DALAM ASPEK IBADAH.


1. Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan Allah dengan Ikhlas.
2. Sentiasa merasakan nikmat beribadah yang mendorong kepada Tawajuh [ ]
kepada Allah Taala.
3. Berusaha untuk mendapatkan ganjaran pahala dari sisi Allah Taala.
4. Memelihara kesucian akidah supaya tidak rosak atau terbatal.
5. Istiqamah dalam mengerjakan ibadah samada kewajipan fadhu ain atau
amalan sunat.

EHSAN DALAM MUAMALAT.


1. Mewujudkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
2. Membina hubungan baik dengan keluarga, jiran tetangga dan anggota
masyarakat.
3. Sentiasa amanah, jujur dan menepati janji ketika berurusan dan melakukan aktiviti
sosial.
4. Menunaikan hak dan kewajipan terhadap manusia dengan sebaiknya.

EHSAN DALAM AKHLAK.


1. Melakukan yang makruf dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan.
2. Mengamalkan sikap/ sifat mahmudah dan berakhlak mulia seperti bercakap
benar, menepati masa dan rajin menolong orang lain.
3. Bersyukur atas segala nikmat.
4. Redha dalam setiap ketentuan Ilahi [baik dan buruk].

KEPENTINGAN EHSAN .
1. EHSAN ialah tonggak yang menegakkan kerangka agama Islam selain Iman dan
Islam.
2. Antara kepentingannya ialah:
a. Selari dengan Iman dan Islam dalam menentukan hala tuju kehidupan
muslim samada bahagia di dunia/ akhirat.
b. Jaminan kehidupan muslim sejati ketika beribadat, mualamalh dan
melakukan aktiviti kemasyarakatan.
c. Sifat ehsan ialah tindakbalas seseorang untuk melakukan amar makruf,
nahi mungkar.
d. Ehsan meliputi perlakuan sesama manusia yang bersangkut urusan dunia
dan akhirat.
e. Ehsan dituntut dilaksanakan kepada HAIWAN dan TUMBUHAN.
f. DALIL/ HUJJAH:
 
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
AQIDAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 PELAJARAN 25

Daripada Abi Ya’la Syaddad bin Aus r.a, daripada Baginda Nabi SAW telah
bersabda: Sesengguhnya Allah Taala telah mewajibkan Ehsan [menyempurnakan
sesuatu dengan baik] terhadap semua perkara. Seandainya kamu membunuh
maka bunuhlah dengan sempurna dan sekiranya kamu menyembelih maka
sembelihlah dengan sempurna. Hendaklah seseorang menajamkan pisaunya
dan merehatkan penyembelihannya.

USAHA-USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MEYAKINI EHSAN.

INDIVIDU.
1. Pelajar perlu menghayati perjalanan sirah para sahabat, ulamak dan ahli ibadat
seperti Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali dan Junaid alBaghdadi untuk mencapai
tujuan kualiti ibadat.
2. Seseorang pekerja perlu mempunyai perancangan dan strategi untuk mencapai
kejayaan.

MASYARAKAT.
1. Anggota masyarakat hendaklah berakhlak mulia dan menghormati orang lain;
tanpa mengira tua atau muda.
2. Masyarakat berperanan mematuhi segala undang-undang negara berkaitan
pemuliharaan alam sekitar dan haiwan agar tidak berlaku kemusnahan.

NEGARA.
1. Pihak pemerintah/ kerajaan perlu memupuk sifat ehsan dalam diri warganegara.
2. Menuntut warganegara berbuat ehsan/ baik kepada sesiapa sahaja samada
manusia atau persekitaran atau haiwan.
3. Kerajaan perlu mengadakan kursus dan seminar akhlak serta moral untuk
menghapuskan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pengabaian
tanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai