Anda di halaman 1dari 1

Bidang Hadith

Pendidikan Islam Tingkatan 2

PELAJARAN 9 : MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT.

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya
dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi,
maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim]

1- Abu Said al-Khudri r.a ialah salah seorang pakar hadith dalam kalangan sahabat Nabi SAW. Nama
penuhnya ialah Said bin Malik bin Sinan. Dari kaum Ansar suku Bani Khazraj. Beliau memeluk Islam
sejak kecil lagi. Pernah menjadi mufti di Madinah dan meninggal di Madinah tahun 74 Hijrah.
2- Perbuatan mungkar dapat dicegah dengan iman yang kuat. Iman dapat ditingkatkan melalui amal
ibadat seperti solat yang KHUSYUK.
3- Maksud kemungkaran ialah ;
a. Bahasa : perbuatan atau perkataan yang dianggap buruk oleh akal yang sihat.
b. Istilah : perbuatan atau perkataan yang ditegah oleh syarak atau melanggar perintah Allah
Taala.
4- Kita hendaklah berusaha melaksanakan ibadat wajib dan memperbanyakkan ibadat sunat serta
membersihkan hati dengan berzikir kepada Allah Taala.
5- Hukum menangani kemungkaran ialah WAJIB. – [dalil surah ali Imran ayat 110]
6- Cara menangani kemungkaran ialah;
a. Tangan : mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan
bidang kuasa seperti ketua keluarga, ketua kelas, pengawas, ketua masyarakat dan ketua
negara.
b. Lisan : menegur, menasihati atau melaporkan kemungkaran sama ada secara lisan atau
tulisan.
c. Hati : membenci dan menjauhi kemungkaran tersebut, berazam untuk tidak melakukannya
dan berharap serta berdoa agar pelakunya diberi hidayah untuk bertaubat.
7- Hikmah menangani kemungkaran;
a. Dapat meningkatkan kualiti diri melalui nasihat dan teguran.
b. Mewujudkan masyarakat yang harmoni kerana bersikap prihatin.
c. Negara aman sejahtera kerana mendapat keredhaan Allah Taala.
8- Pengajaran Hadith;
a. Mencegah kemungkaran dengan kuasa dan kemampuan yang ada seperti menguatkuasakan
undang-undang atau peraturan.
b. Menangani kemungkaran secara lisan atau tulisan seperti nasihat dan teguran yang membina.
c. Membenci kemungkaran dalam hati dan berusaha untuk menjauhinya.
9- Amalkan doa ini;

“Ya ALLAH, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar, dan kurniakanlah kami untuk dapat mengikutinya. Dan
perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah, dan kurniakanlah kami untuk dapat menghindarinya. Janganlah
ENGKAU menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-
orang yang bertaqwa.”

Anda mungkin juga menyukai