Anda di halaman 1dari 10

Kp: Memelihara Kualiti Asas (5): Memelihara

Pendidikan Diri (Tarbiah Dzatiah)


dakwahdantarbiah.com/8002-2

7 April 2019

TARBIAH dzatiah (pendidikan terhadap diri sendiri) ialah usaha-usaha tarbiah yang
dilakukan oleh seorang muslim atau seorang da’ie terhadap dirinya sendiri untuk
memperkuatkan kepribadian Islamnya yang meliputi aspek ruh, ‘aqal dan jasad.
Tujuannya ialah supaya seorang muslim atau seorang da’ie itu sentiasa memiliki
kekuatan untuk menjalankan pelbagai tanggungjawab. Bagi da’ie tarbiah dzatiah, dengan
taufik daripada Allah SWT, akan memberikan bekalan yang berterusan kepadanya untuk
menjalankan amal-amal Islami. Persiapan diri da’ie seharusnya terus meningkat selaras
dengan perkembangan da’wah dan peningkatan masuliyah (tanggungjawab) yang
dipikul.

Sebab-Sebab Pentingnya Tarbiah Dzatiah

1. Menjaga diri mesti didahulukan daripada menjaga orang lain.

Allah SWT berfirman:


‫ۡل‬ ‫ٗر‬ ‫ۡه‬
َٰٓ‫َأُّيَه ا ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنوْا ُقٓوْا َأنُفَس ُك ۡم َو َأ ِليُك ۡم َنا ا َو ُقوُد َه ا ٱلَّناُس َو ٱ ِح َج اَر ُة‬
Wahai orang beriman, jagalah diri dan keluargamu daripada api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu. (At-Tahrim : 6)

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menyeru orang beriman menjaga diri sendiri
dahulu. Bertolak daripada diri sendiri yang terjaga dan terpelihara, maka orang beriman
di taklifkan untuk memelihara ahli keluarga dan orang di bawah tanggungjawabnya
daripada api neraka.

Bagi orang beriman, lebih-lebih lagi da’ie, tarbiah terpenting untuk dirinya ialah menjaga
diri daripada siksa Allah SWT dan neraka-Nya. Erti menjaga diri daripada neraka, seperti
mana dikatakan oleh Ibn Sa’di Rahimahullah, ialah dengan mewajibkan diri mengerjakan
perintah Allah SWT, menjauhi larangan-Nya dan bertaubat daripada apa saja yang
dimurkai-Nya atau apa saja yang mendatangkan siksa.

2. Jika anda tidak mentarbiah diri anda, maka siapa lagi yang akan mentarbiah anda?

Apabila anda telah dewasa dan menjangkau umur melebihi lima belas tahun, jika anda
tidak mentarbiah diri anda sendiri, maka siapa lagi?

Di sa’at anda telah dewasa, maka andalah yang lebih tahu perkara-perkara yang
mendatangkan maslahat dan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat kepada diri
sendiri. Jika anda tidak mentarbiah diri anda sendiri, maka anda akan kehilangan umur
atau detik-detik kehidupan yang sangat berharga. Akibatnya, anda akan rugi di hari
perhimpunan dengan Allah SWT. Allah SWT berfirman:
‫ۡو ۡج ُك ۡو ۡل ۡمِۖع‬
1/10
‫ۡو ۡج ُك ۡم ۡو ٱۡل ۡمِۖع‬
‫َي َم َي َمُع ِلَي ِم َج‬
(Ingatlah) hari Allah menghimpunkan kamu pada Hari Perhimpunan. (At-Thaghabun : 9)

3. Hamba akan bertemu dengan Allah SWT secara individual pada hari kiamat.

Penghisaban Allah SWT pada hari kiamat terhadap setiap hamba-Nya adalah bersifat
individu, bukan bersifat kolektif. Setiap manusia akan diminta pertanggungjawaban
terhadap amal baik dan amal buruknya. Firman-firman Allah SWT:
‫ۡو ۡلَٰي ۡر‬
‫َو ُكُّلُه ۡم َء اِتيِه َي َم ٱ ِق َمِة َف ًد ا‬
Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-
sendiri. (Maryam : 95)
‫ي اٗب‬ ‫ۡلۡو ۡي‬ ‫ۡف‬ ‫ۡق ۡأ َٰت‬
‫ٱ َر ِك َبَك َكَفٰى ِبَن ِس َك ٱ َي َم َع َل َك َح ِس‬
Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab
terhadapmu. (Al-Isra’ : 14)

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):


Setiap orang daripada kamu pasti diajak berbicara dengan Rabnya, tanpa penterjemah
antara dirinya dengan-Nya. (Muttafaq alaih)

Kerana itu barangsiapa mengambil berat tarbiah dirinya (tarbiah dzatiah), maka
InsyaAllah hisabnya diringankan dan ia akan selamat daripada siksa dengan rahmat
Allah SWT.

4. Tarbiah dzatiah lebih mampu menghasilkan perubahan diri.

Setiap muslim pasti memiliki a’ib, kelalaian dan melakukan perkara yang berdosa. Ia
lebih tahu akan rahsia dirinya, kelemahannya dan kekuatannya. Maka seseorang itu tidak
akan dapat meluruskan kesalahan-kesalahannya atau memperbaiki aib-aibnya dengan
sempurna dan kekal jika ia tidak melakukan tarbiah dzatiah. Jika ia menginginkan
pembinaan dirinya, ia sendirilah yang lebih layak untuk merancang tarbiah dzatiah untuk
dirinya bagi mencapai perubahan diri.

5. Tarbiah dzatiah akan menghasilkan tsabat dan istiqamah.

Tarbiah dzatiah, dengan taufik daripada Allah SWT, adalah jalan yang utama bagi
seorang muslim atau da’ie untuk tsabat (tetap) dan istiqamah atas jalan iman dan
petunjuk hingga ke akhir hayatnya. Tarbiah dzatiah juga akan memberi kekuatan kepada
diri muslim atau da’ie untuk terdepan dengan segala fitnah, kesusahan dan cabaran di
jalan da’wah. Keyakinan terhadap Allah SWT yang sentiasa dipertingkatkan dan
keyakinan kepada jalan da’wah yang sentiasa diperkukuhkan akan menjamin seseorang
itu untuk terus tsabat dan istiqamah.

Dengan ini, da’ie tidak mudah futur (lemah dan bermalas-malasan), tidak mudah kendur
semangat juangnya, tidak jumud dalam pemikirannya, tidak kebingungan berhadapan
dengan pelbagai tuduhan dan mampu menyelesaikan pelbagai persoalan yang
dihadapinya.

2/10
6. Tarbiah Dzatiah melahirkan qudwah hasanah

Antara kewajipan bagi orang beriman ialah menjadi penda’wah di jalan Allah SWT. Cara
yang terbaik dan berkesan untuk berda’wah kepada manusia ialah da’ie berda’wah
bersama dengan qudwah hasanah yang dimilikinya, dalam aspek iman, ilmu dan akhlak.
Qudwah yang tinggi dan berpengaruh tidak akan dapat dibentuk dengan cara mendengar
khutbah atau ceramah sahaja. Namun ia dapat dibentuk melalui tarbiah dzatiah yang
benar.

Dengan qudwah hasanah da’i dapat memperbaiki keadaan yang ada, mengajar, memberi
taujih dan mentarbiah. InsyaAllah ia akan dapat diterima oleh manusia, sama ada
keluaraga, kaum kerabat, rakan, jiran ataupun masyarakatnya. Inilah cara yang betul
untuk memperbaiki realiti kerosakan masyarakat masa kini.

7. Cara yang benar untuk memperbaiki realiti yang ada

Tanggungjawab orang beriman adalah besar. Beliau wajib menjadi da’ie untuk merubah
kehidupan umat manusia dalam pelbagai lapangan – akhlak, pendidikan, ekonomi,
politik, sosial dan sebagainya.

Untuk mengubah realiti umat yang pahit kini memerlukan persiapan diri yang maksima,
syamil dan seimbang. Persiapan diri yang besar dan meliputi pelbagai bidang
memerlukan tarbiah dzatiah yang bersungguh-sungguh. Oleh itu dengan kekuatan
tarbiah dzatiah sedemikian akan memampukan da’ie untuk memperbaiki realiti yang ada
dari semasa ke semasa.

8. Tarbiah Dzatiah adalah mudah.

Tarbiah dzatiah mempunyai pelbagai wasilah dan cara, seperti memelihara solah yang
khusyu’, memperbanyakkan solah sunat, qiyamulail, membaca al-quran, membaca buku,
berfikir, berzikir, berpuasa dan membuat kajian-kajian. Seorang mu’min atau da’ie hanya
perlu memilih cara yang sesuai dan utama untuk dirinya. Ia tidak perlu bersusah payah
mencari mad’u di luar rumahnya, kerana dirinya sendiri adalah mad’u bagi tarbiah
dzati’ah. Apa yang perlu bagi dirinya ialah menjadualkan diri dan mendisiplinkan diri
dengan aktivit-aktiviti tarbiah dzatiah.

Namun perlu diingatkan bahawa tarbiah dzatiah bukanlah segala-galanya untuk


memperbaiki dan merubah masyarakat. Sesungguhnya tarbiah dzatiah adalah permulaan
dan proses membekali diri dengan pelbagai kekuatan ke arah untuk berkerja, berda’wah
dan berjihad bagi memperbaiki masyarakat

Tarbiah dzatiah bagi penda’wah di zaman Rasulullah SAW

Utusan-utusan Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa mereka dapat


mengembangkan da’wah di pelbagai tempat. Mereka dapat bertahan sebagai da’ie
meskipun jauh daripada Rasulullah SAW.

3/10
Contohnya, Mus’ab bin Umair sebagai da’ie Rasulullah SAW yang pertama di Madinah.
Beliau dapat mengembangkan da’wah di Madinah dan berhasil membangunkan
masyarakat Islam di sana walaupun berjauhan daripada murabbinya, iaitu Rasulullah
SAW. Sehinggalah Madinah menjadi tapak bagi daulah Islamiyah pertama.

Begitu juga Ja’far bin Abi Thalib dan sahabat-sahabat lain tinggal di Habsyah dalam
tempoh yang cukup lama. Mereka dapat mempertahankan diri mereka dalam keimanan
dan ketaqwaan meskipun jauh daripada saudara-saudara mereka yang lain. Rasulullah
SAW begitu bangga dengan mereka di saat mereka pulang ke Madinah. Baginda
menyatakan: “Aku bingung apakah yang membuat diriku gembira, apakah kerana
menangnya kita di Khaibar atau kerana kembalinya kaum muslimin daripada Habsyah?”.

Begitulah contoh keperibadian penda’wah yang mampu melaksanakan amanah yang


mulia. Mereka dapat menunaikan tugas da’wah dengan sebaik-baiknya. Ini adalah hasil
daripada tarbiyah dzatiyah yang ada pada diri mereka, dengan izin Allah SWT.

Da’wah Berkembang Berdasarkan Kesedaran Diri, Inisiatif dan Kreativiti

Penda’wah yang sebenar akan mengembangkan da’wah atas kekuatan dirinya – yakni
berdasarkan kesedaran, inisiatif dan kreativiti yang ada pada dirinya. Kekuatan diri
terbina daripada tarbiah dzatiah. Beliau tidak semata-mata bergantung kepada suapan
bahan-bahan tarbiah daripada kepimpinan atau murabbinya (walaupun tidak dinafikan
bahawa bahan-bahan tarbiah daripada kepimpinan atau murabbi sangat penting untuk
dipegang, difahami dan dijadikan sebagai petunjuk utama dalam kerja-kerja da’wah).

Penda’wah sebenar tidak bersikap menunggu arahan ketua dalam organisasi da’wahnya
atau menunggu petunjuk daripada murabbinya semata-mata. Bahkan penda’wah
sebenar mampu mengembangkan da’wah sebagaimana semestinya. Dengan tarbiah
dzatiah, penda’wah akan mampu bergerak aktif, memanfaatkan peluang-peluang da’wah
dan sanggup pula menghadapi pelbagai persoalan, permasalahan dan cabaran dalam
kerja-kerja da’wahnya.

Meskipun demikian ini tidaklah bermakna penda’wah boleh melepaskan diri atau
membebaskan diri garispanduan-garispanduan ketuanya. Sehingga ia merasakan tidak
perlu merujuk kepada kepimpinannya dalam kerja-kerja da’wahnya dan lepas bebas
daripada kawalan ketuanya. Yang benar ialah penda’wah Islam perlu kreatif dan cergas
dalam mengembangkan daw’ahnya, namun kreativiti dan kecergasannya itu tetap berada
dalam ruanglingkup dasar-dasar atau garispanduan-garispanduan yang ditentukan oleh
organisasinya atau ketuanya. Atau dengan kata lain, kreativiti dan kecergasan penda’wah
mestilah tidak terkeluar daripada prinsip-prinsip amal jama’ie yang dipegang oleh
organisasi da’wahnya.

Contohilah Huzaifah bin Yaman, sewaktu beliau ditugaskan oleh Rasulullah SAW untuk
memasuki barisan musuh. Huzaifah mendapati Abu Sufyan sedang memanaskan
tubuhnya kerana kesejukan. Pada saat itu Huzaifah mampu dan berpeluang untuk
membunuh Abu Sufyan. Tetapi ia teringat akan pesanan Rasulullah SAW bahawa

4/10
tugasnya ialah memerhati keadaan musuh dan melaporkan pemerhatiannya kepada
Rasulullah SAW, bukan untuk membunuh Abu Sufyan, meskipun ia berpeluang berbuat
demikian.

Rasulullah SAW telah meletakkan syarat tarbiah dzatiah bagi penda’wahnya

Tidak dinafikan lagi bahawa tarbiah dzatiah perlu menjadi amalan dan keperibadian
penda’wah Islam. Bahkan Rasulullah SAW mengambil hal ini sebagai pra-syarat bagi
penda’wahnya yang akan mengembangkan da’wah Islam di tempat lain.

Sebelum sahabat baginda diutus ke suatu tempat, baginda mempertimbangkan


kemampuannya dalam memelihara diri dan membangunkan diri sendiri. Hal ini telah diuji
oleh Rasulullah SAW terhadap Mu’az bin Jabal ketika beliau akan diutuskan ke Yaman.
Sabda Baginda:

“Wahai Mu’az, apabila kamu berada di tempat yang baru nanti, jika bertemu dengan
suatu persoalan, dengan apa kamu akan putuskan?. Mu’az menjawab: Aku akan
putuskan berdasarkan kitab Allah. Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi: Jika kamu
tidak bertemu (jawapannya) dalam kitab Allah, dengan apa kamu akan putuskan?. Jawab
Mu’az: Aku akan tetapkan berdasarkan Sunnah Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah
SAW bertanya lagi: Jika kamu tidak dapati di dalamnya (sunnah Rasulullah SAW), apa
yang akan kamu lakukan? Mu’az menjawab: Aku akan putuskan dengan akal fikiranku
(ijtihadku)”.

Ternyata jawaban Mu’az sangat memuaskan hati Rasulullah SAW. Baginda melihat kualiti
Mu’az, yang sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah, telah melayakkannya
untuk memikul tugas daw’ah yang mulia. Kualiti seperti inilah yang diharapkan mampu
menyelesaikan setiap permasalahan yang muncul di lapangan da’wah.

Tarbiah Dzatiah adalah Penampung Kelonggaran Tarbiah

Adalah sangat baik seorang d’ie sering dibimbing oleh ketuanya atau menyertai halaqah
yang dipimpin oleh seorang da’ie lain yang lebih bekemampuan daripadanya. Seseorang
muslim perlu istiqamah dan iltizam (melibatkab diri dan komited) dengannya agar dapat
memelihara sahsiahnya. Di samping itu seorang muslim perlu iltizam dengan program-
program pendidkan lain seperti daurah (kursus), qiyamulail, rehlah (perkelahan),
perkhemahan dan latihan jasmani demi menyempurnakan tarbiahnya.

Namun hakikat yang kadang-kadang berlaku seorang muslim tidak dapat iltizam dengan
halaqahnya kerana menghadapi keadaan-keadaan tertentu seperti out-station,
ditugaskan di kawasan jauh daripada sahabat-sahabatnya dan jatuh sakit yang tidak
mengizinkannya menghadiri halaqah. Keadaan seperti ini menyebabkan beliau jauh
daripada bi’ah solehah (suasana yang baik) dan mendedahkannya kepada kelemahan
dan kelalaian. Maka dalam suasana ini tarbiah dzatiah sangat penting untuk
membolehkannya terus istiqamah di jalan da’wah. Beliau perlu merancang tarbiah dirinya
dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memperkuatkannya.

5/10
Satu keperluan bagi da’i untuk istiqamah dan memberi keutamaan kepada halaqahnya.
Setiap minggu beliau memperolehi pengisian daripada ketuanya atau pendidiknya. Inilah
yang utama. Manakala tarbiah dzatiah adalah penyambung, pengukuh dan
pelengkapnya.

Aspek-aspek dalam tarbiah dzatiah

Aspek-aspek yang perlu dipelihara atau ditingkatkan oleh penda’wah dalam tarbiyah
dzatiyah terhadap dirinya ialah:

1. Ar Ruhiyah

Sudah menjadi keperluan asasi bagi penda’wah untuk meningkatkan kekuatan dan
ketahanan rohnya. Sehinggalah ia tidak lemah dalam memikul dalam tugas da’wah yang
besar, mencabar dan rumit.

Oleh itu, setiap penda’wah perlu memiliki program peribadi dalam menjaga kekuatan
rohnya, seperti merutinkan diri untuk solat berjama’ah di masjid, puasa sunat, membaca
Al-Quran, qiyamullail, berzikir, bertaubat, menziarah kubur dan melakukan apa-apa
aktiviti yang memberi kesan kepada kekuatan roh. Dengan usaha-usaha sebegini,
insyaAllah roh da’ie akan sentiasa kuat dan segar.

Adalah baik bagi penda’wah untuk memelihara kekuatan rohnya melalui mekanisma yang
boleh di nilai atau diukur secara saksama oleh pendidiknya atau rakannya atau oleh
dirinya sendiri, misalnya – melalui jadual/senarai semak amalan-amalan yang bertujuan
memperkuatkan roh.

Ambillah pelajaran daripada amalan para sahabat RA dalam mentarbiah roh mereka.
Misalnya, ada yang menjaga diri agar dalam keadaan sentiasa berwudhu’. Ada yang
sentiasa menziarahi orang yang dalam kesusahan. Ada yang merziarahi kubur.

2. Al Fikriyah (Pemikiran)

Pemikiran atau ‘aqal manusia sentiasa menuntut kepada pengisian ilmu agar tidak
mengalami kejumudan atau kebekuan. Ilmu penda’wah perlu sentiasa meningkat dan
berkembang. Untuk memenuhi keperluan ini, penda’wah tidaklah boleh berpada dengan
pengisian atau muatan ilmu yang diperolehi daripada pendidikna dalam halaqah atau liqo’
tarbawiyah sahaja. Bahkan penda’wah perlu menelaah buku, menghadiri majlis ilmu,
membuat kajian, terlibat dalam diskusi ilmu dan mengulangkaji bahan-bahan bacaan.

Hasan Al-Banna dalam kitab Majmu’atur Rasailnya menegaskan tentang kewajiban


anggota organisasi Islamnya, antara lain, ialah membaca dan memiliki perpustakaan
peribadi di rumahnya, walaupun kecil.

3. Al Maliyah (kebendaan)

6/10
Da’wah di samping memerlukan kekuatan roh, kekuatan ilmu dan kekuatan sahsiah, juga
memerlukan kekuatan kebendaan. Justeru itu penda’wah harus mampu mencari nafkah
atau pendapatan bagi menampung keperluan hidupnya, agar ia tidak menjadi beban
kepada orang lain. Inilah apa yang dimaksudkan Hasan Al Banna bahawa seorang ahli
da’wah itu perlu mampu mencari rezeki atau nafkah bagi penghidupannya (qadirun alal
kasbi). Dengan kemampuan kebendaan, bukan sahaja membolehkan penda’wah
menampung keperluan hidup diri dan keluarganya, bahkan boleh pula bersadaqah dan
berinfaq fisabilillah.

Para sahabat yang diridhai Allah SWT telah memberikan pelajaran bahawa mereka tidak
menjadi beban bagi saudara mereka. Kaum Muhajirin yang datang ke Madinah tidak
membawa apa-apa harta benda, namun mereka tidak semata-mata mengharapkan
bantuan daripada kaum Ansar. Kaum Muhajirin mampu mengembleng kebolehan mereka
mencari harta benda bagi menampung keperluan kehidupan. Mereka terus berusaha dan
akhirnya dapat hidup berdikari sebagaimana selayaknya, malah ada yang lebih baik
daripada keadaannya di Makkah.

4. Al Maidaniyah (Penguasaan Medan Da’wah)

Penguasaan medan da’wah juga sangat penting bagi perkembangan da’wah. Seorang
penda’wah mesti memahami medan yang dihadapinya. Mengenali segala peluang dan
halangan da’wah di medannya. Penguasaan atau kefahaman terhadap medan da’wah
yang baik dan sempurna akan membolehkan penda’wah menentukan strategi dan taktik
da’wah yang tepat untuk menuju sasaran da’wah.

Para sahabat RA, ketika berada di tempat yang baru, mereka belajar mengenali medan
da’wah mereka dan lingkungannya. Sehingga perjalanan da’wah mereka berjalan dengan
baik dan berkembang pesat. Sepertimana da’wah di Madinah oleh Mush’ab bin Umair
dan sahabat-sabahat yang lain.

5. Al Harakiyah (Penguasaan Terhadap Organisasi atau Gerakan Dakwah)

Dari semasa ke semasa organisasi atau gerakan da’wah akan memutuskan strategi dan
gerakkerjanya. Kefahaman penda’wah terhadap realiti amal Islami dalam gerakan
organisasinya adalah penting agar beliau dapat menyesuaikan gerakkerjanya dengan
gerakkerja organisasi. Agar beliau menjadi penguat dan pendokong kepada segala
gerakkerja organisasi. Juga agar beliau serasi dan sebati dengan gerakkerja organisasi.
Dengan cara ini barulah organisasi atau gerakan da’wah akan dapat mencapai
matlamatnya untuk membimbing manusia kepada Allah SWT.

Perancangan Tarbiah Dzatiah

Dalam merancang program tarbiah dzatiah, penda’wah boleh mempertimbangkan


langkah-langkah berikut:

1. Menentukan keutamaan program tarbiah dzatiah.

7/10
Tentukan keutamaan program tarbiah dzatiah berdasarkan keperluan dan permasalahan
diri da’ie. Misalnya, dalam aspek ruhiyah – solah berjama’ah di masjid, puasa sunat dan
berqiyamulail. Atau dalam aspek fikriyah – tentukan buku yang perlu dibaca. Lazimnya,
untuk membolehkan seseorang itu istiqamah dalam program tarbiah dzatiah maka
dimulai dengan program yang ringan dan mudah. Misalnya untuk berqiyamulail, dimulai
dengan bangun beberapa ketika sebelum subuh agar dapat melaksanakan beberapa
raka’at solah sunat, sebelum mewajibkan diri bangun beberapa jam sebelum subuh.

2. Menanamkan tekad, keazaman dan berdoa.

Tanamlah tekad dan keazaman dalam diri supaya boleh iltizam secara amali dengan
program tarbiah dzatiah. Tekad dan keazaman ini perlu diperbaharui setiap hari.
Berdoalah kepada Allah SWT agar diringankan dan dipermudahkan-Nya untuk
melakukan program tarbiah dzatiah.

3. Merancang program tarbiah dzatiah dengan bantuan Buku/Jadual Semak Amalan.

Perancangan dan pelaksanaan program tarbiah dzatiah boleh dipermudahkan dengan


bantuan Buku Semakan Amalan. Antara contoh, item dalam buku tersebut adalah seperti
berikut:

HARIAN:

1 Istighfar (70 – 100 Kali)

2 Tilawah Al-Quran (Setengah Atau 1 Juzuk)

3 Zikir Al-Ma’thurat

4 Solat Berjamaah Di Mesjid Atau Surau

5 Solat Sunat Rawatib

MINGGUAN:

1 Qiyamulail (1 – 7 Kali Seminggu)

2 Hafaz Al-Quran (2 – 7 Kali)

3 Hafaz Al-Hadith (2 – 7 Kali)

4 Solat Sunat Dhuha (2 – 7 Kali)

5 Puasa Sunat Isnin/Khamis (1 – 2 Kali)

6 Membaca Buku Islam (3 – 7 Kali)

7 Menghadiri Majlis Bimbingan Atau Halaqah (Minmun Sekali)

8 Mewujudkan Atau Mengendalikan Kumpulan Bimbangan (Misalnya Kumpulan


Rakan Sebaya) (Minimum Sekali)

8/10
9 Memberi Bimbingan Kepada Keluarga Misalnya Mengadakan Halaqah Keluarga
(Minimun Sekali Seminggu)

10 Riadhah (3 Kali)

11 Keluar Berdakwah

BULANAN:

1 Derma

2 Menghadiru Kursus/Seminar/Kuliah Ilmu

3 Menyertai Qiyamulail

4 Menyertai Rehlah/Musafir/Rekreasi

5 Ziarah

Penutup

Tarbiah dzatiah, insyaAllah, mampu memelihara dan meningkatkan kekuatan dan daya
tahan seorang muslim atau penda’wah. Apabila penda’wah istiqamah dengan program-
program tarbiah dzatiah, maka insyaAllah beliau tidak akan lemah rohnya, tidak akan
jumud pemikirannya, tidak akan menjadi bebanan kebendaan kepada saudara-
saudaranya, tidak akan kebingungan menghadapi persekitarannya dan tidak akan
tergelincir daripada garispanduan atau dasar-dasar organisasinya. Dengan tarbiah
dzatiah, akan muncullah penda’wah-penda’wah yang berwibawa, cergas dan kreatif
dalam memikul amanah da’wah. Penda’wah-penda’wah akan terus berstamina dalam
memikul bebanan da’wah yang semakin besar dan mencabar.

Organisasi da’wah pula tidak akan disebokkan dengan permasalahan internal dan konflik
dalaman. Bahkan ia akan disebokkan oleh kerja-kerja peluasan, pengembangan dan
penguasaannya. Organisasi da’wah akan terus meluncur menuju matlamatnya,
insyaAllah. £

Susunan: Abu Taqiy Hussein

Rujukan:

1. Tarbiyah Dzatiyah, Solihin Abu ‘Izzuddin, Bina Insani Press, Solo.


2. Ikhwan Online – Tarbiyah Dzatiyah.
3. Laman Web: Sedutan dari buku Tarbiah Dzatiah karya Abdullah bin Abdul Aziz Al-
Aidan.
4. Buku: Mutaba’ah Amalan.

9/10
10/10

Anda mungkin juga menyukai