Anda di halaman 1dari 14

AKIDAH - TAWAKKAL MEMUPUK KESUCIAN JIWA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.


Perkataan tawakkal berasal daripada Bahasa arab iaitu ‫ وكل‬yang bermaksud
menyerahkan atau mempercayai. Menurut istilah bermaksud perasaan hamba Allah swt atas
segala usaha yang telah dilakukan. Manakala kesucian jiwa pula dapat ditakrifkan sebagai ‫قلب‬
‫ سليم‬yakni hati yang sejahtera. Secara tuntasnya, saya akan berkongsi bagaimanakah perasaan
tawakkal mampu memupuk kesucian jiwa.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Yang pertama ialah,” Yakin dan Percaya Allah Sebagai Penguasa Alam Semesta”.
Setiap umat islam perlu percaya akan kewujudan Allah sebagai Al- Khaliq iaitu pencipta
semua makhluk yang berada dimuka bumi ini. Setiap perkara yang berlaku samada perkara
yang membawa kebaikan ataupun keburukan adalah disebabkan kuasa Allah S.W.T .
Contohnya seperti peristiwa kebakaran yang berlaku biarpun disediakan dengan kelengkapan
peralatan untuk mengelakkan kejadian daripada berlaku. Ataupun peristiwa kematian
berpunca daripada kemalangan yang tragis biarpun sudah memakai tali pinggang keledar.
Siapakah yang harus dipersalahkan? Salahkan iman kerana tiada konsep tawakkal.
Sebagaimana surah Al Maidah ayat 23 yang berbunyi:

‫وعلى الله فتوكلوا ان كنتم مؤمنين‬


Yang bermaksud: Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-
benar orang yang beriman.

Maka benarlah yakin dan percaya segala perkara yang berlaku pasti terselit sejuta hikmah
jika disulami dengan perasaan tawakkal.

Muslimin dan muslimat sekalian,

Yang kedua ialah, “Usaha Cemerlang Tawakkal Disulam“. Kita mudah terjerat dengan
perasaan resah dan gundah tatkala menghadapi keadaan yang menyentuh soal status rezeki
kita. Kadang-kadang kita hilang pertimbangan sehingga mudah menyalahkan orang lain
apabila gagal dalam usaha pencarian rezeki. Tamsilnya, manusia sanggup mengkhianati
kawan, bomoh kini dijulang, maruah tidak dipandang demi kepuasan nafsu tidak diundang
dek kerana dendam.

Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda “jika kamu benar-benar bertawakkal kepada
Allah, pasti kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia keluar(dari
sarangnya) dalam keadaan kempis perutnya, dan pulang dalam keadaan berisi perutnya.
Riwayat imam Ahmad, At-Tarmizi dan Ibnu Majah. Sebagaimana firman Allah SWT dalam
SURAH AL ANKABUT Ayat 6:

‫م‬ ‫م م مم‬
‫يويملن ِيجاَيهيد ِفيمإليناَ ِ ديياَهدد ِلنِينلفسه ِإملن ِالليه ِليغيم ن‬
‫ن ِيعمن ِاليعاَليم ي‬
‫ي‬
Yang bermaksud:Dan barang siapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk
dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh
alam.
Rasulullah memberikan perumpamaan orang yang bertawakkal kepada Allah dengan
kehidupan seekor burung. Bukan bermaksud menantikan rezeki tanpa berusaha tetapi perlu
disulami dengan nilai tawakkal supaya menjadi insan berakal moga kekal di syurga.

Yang ketiga ialah,”Doa Penyeri Tawakkal Kepada Ilahi”. Pada hari ini, manusia sering
menyalahtafsirkan konsep tawakkal yang sebenar dalam islam. Hal ini kerana, mereka hanya
menyerahkan setiap urusan kepada Allah bulat-bulat kata orang Sabah, tetapi lupa akan
mutiara doa yang sepatutnya seiring dengan konsep tawakkal ini. Contoh yang cukup sinonim
dengan kehidupan sebagai pelajar. Apabila tiba waktu peperiksaan maka sibuk berlumba-
lumba untuk mendapat kejayaan. Dinoktahkan dengan tawakkal. Tetapi mereka lupa satu
perkara. Apakah dia? Doa yang tidak dilafazkan.

Dalam surah Al mukmin ayat 60:

‫ادعوني استجب لكم‬


Yang bermaksud berdoalah kamu kepadaku, nescaya akan kuperkenankan doa kamu itu’. Doa
tanpa usaha dan tawakkal adalah sia-sia, tawakkal tanpa doa dan usaha adalah angan-angan.
Benarlah doa penyeri tawakkal kepada ilahi.

Nampaknya kita dihambat masa, oleh itu, marilah kita bersama-sama menanamkan sifat
bertawakkal dalam diri masing-masing agar Allah mencintai kita sebagai umat yang
bertawakkal kepadanya. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, terimalah serangkap
pantun daripada saya.

Bintang barat terbit petang,

Bintang timur terbit pagi,

Jika tidak melarat panjang,

Panjang umur bertemu lagi.

Sekian wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt.


AKIDAH - AKIDAH KUKUH UMAT TEGUH
Bismillahirrahmanirrahim.

‫صلنةَا دنوالتسلندم نعنلىَ نسبَيمدنناَ دمنحتمدَّد نونعنلىَ آلممه‬ ‫ نوالنعاَمقنبةَ لميلدمتتمقيينن نوال ت‬, ‫ب النعاَنلمميينن‬ ‫انيلنحيمدد م‬
َ‫ل نر ب‬
‫صنحاَمبمه أنيجنممعيينن‬
‫نوأن ي‬

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah


Menjunjung kasih tuan pengerusi majlis,barisan panel penghakiman yang arif lagi
bijaksana,guru-guru serta hadirin dan hadirat yang jauh di mata namun dekat dihati.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah tatkala kita dipertemukan dalam satu
majlis keilmuan yang mana para malaikat turut berpusu-pusu duduk Bersama kita,
berzikir dan mendengar fikrah islamiyyah.
Insha Allah pada hari ini saya akan cuba membawa hati-hati para hadirin agar turut
serta Bersama saya menyelami, mendalami dan menghayati akan satu maudu’ islami
yang berjudul “Akidah Kukuh Umat Teguh”.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum saya mengupas maudu’ ini dengan lebih mendalam, mari saya
terangkan definisi syarahan saya. Perkataan akidah dapat diterjemahkan sebagai
ikatan ataupun simpulan yang berasal daripada perkataan Bahasa arab iaitu ‫عقد‬.
Manakala dari segi istilah bermaksud kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap
Allah tanpa sebarang pengaruh daripada luar. Umat teguh pula dapat ditafsirkan sebagai
masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira warna kulit, bangsa ataupun agama. Ibaratnya,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, akidah kukuh umat teguh berkehendakkan
saya untuk mengupas dengan lebih lanjut apakah elemen yang penting dalam membina
akidah yang kukuh.

Muslimin dan muslimat sekalian,

Yang pertama ialah “Akidah mantap tunjang keharmonian diri”. Pada zaman globalisasi
kini, akidah umat islam kian terancam kerana remaja zaman sekarang mudah terpengaruh
dengan budaya barat. Mereka lebih suka meniru tanpa menyelidik terlebih dahulu dan
berfikir apakah akibat yang bakal ditempuh. Contohnya seperti budaya hedonisme yang kian
menular, pasangan berjalan berkepit-kepit, atau seorang wanita dibonceng mat rempit. Lebih
malang lagi, ada diantara mereka yang terjebak dengan fahaman ajaran sesat. Masyallah..
Adakah ini yang ingin kita lihat? Sudah tentu tidak. Itulah mengapa remaja harus diterapkan
dengan nilai yang baik dan akidah yang benar sejak kecil lagi supaya terhindar daripada
terjerumus dalam lembah sosial yang negatif. Sebagaimana surah An-Nisa ayat 125 yang
berbunyi:

‫موممنن أمنحمسنن دديِنناً دمممنن أمنسلممم مونجهمهن دملد‬


yang bermaksud: Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas
menyerahkan dirinya kepada Allah.
Tuntasnya, akidah yang mantap perlu disemai, dipatri dalam setiap diri individu agar terbukti
ajaran yang perlu difahami, dihayati dan dicintai.

Yang kedua ialah “Akidah Mantap Memupuk Kebahagiaan Keluarga”. Institusi


keluarga memainkan peranan yang amat signifikan bagi melahirkan keluarga yang sakinah.
Ibu bapa perlu menerapkan anak-anak mereka dengan ajaran islam dan memberi
pendekatan akidah yang sebenar seiring dengan perkembangan dunia yang semakin moden
ini. Ibubapa juga perlu menunjukkan dahulu contoh yang baik kepada anak-anak. Jangan
menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Orang kata, anak-anak ibarat
kain putih, ibubapalah yang bertanggungjawab dalam mencorakkannya. Sebagaimana firman
Allah dalam surah Al-Furqan yang berbunyi:

‫ب َلممنا َإملن َأملزمواَإجمنا َمومذررتيِاتإمنا َقمترمة َأملعميِنن َمواَلجمعلمنا َلإلمم تإقيِمن َإممام ا‬
‫مواَلتإذيِمن َميِمقوملومن َمرتبمنا َمه ل‬
Yang bermaksud: Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah
kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),
dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Maka,jelaslah bahawa ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam membina akidah yang
utuh kepada anak-anak. Lantas lahirlah kebahagian keluarga. Saudara jangan kita menyesal
jika suatu hari nanti kita dimasukkan ke dalam rumah orang-orang tua, dibiar dan diabai
tanpa dibelai dengan kasih sayang. Ketika itu, sedikit sesalan pun tiada guna kerana nasi
sudah menjadi bubur.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Yang ketiga ialah,”Akidah Mantap Negara Sejahtera”. Dasawarsa ini, masyarakat
perlu berganding bahu dalam melaksanakan program-program yang berunsurkan
keagamaan. Hal ini kerana, program ini dapat memupuk akidah yang mantap dan kental
serta menjadikan kita lebih mengenali dan lebih menghayati agama. Biar kita buta
penglihatan, jangan buta hati dan fikiran. Tamsilnya, program-program yang dianjurkan oleh
jawatankuasa masjid seperti ceramah agama, tadarus al quran atau pertandingan yang
diadakan harus kita sokong penuh bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai akidah yang
utuh dan berkualiti. Sebagaimana dalam surah As-Saba ayat 15 yang berbunyi:

‫بنن ِ يغ ندفننوُرر ن‬
‫بينل نيد نةرنن ِ طينين نبينةرنن ِ يوير ن‬
Yang maksudnya: (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan
Yang Maha Pengampun".

Maka akan lahirlah negara yang aman dan damai tanpa sebarang kemaslahatan.

Saudara,

Nampaknya masa semakin mencemburui kita. Oleh itu, marilah saudara, mari kita Bersama-
sama menghayati dan mengambil iktibar daripada syarahan saya itu tadi. Semoga akidah kita
semakin mantap dan teguh dalam mengharungi cabaran pada zaman modenisasi ini. Segala
yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari saya. Sebelum saya
mengakhiri syarahan saya,terimalah serangkap pantun dari saya.
SIRAH - RASULULLAH QUDWAH PELAJAR CEMERLANG
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.
Sekalung aplisiasi kepada peneraju acara, yang dihormati barisan panel penghakiman
yang arif lagi bijaksana. Sekuntum senyuman dilontarkan kepada penjaga masa yang
setia dengan loceng keramatnya, guru-guru pencetus revolusi negara, hadirin dan
hadirat para cendekiawan sekalian. Saya Mohammed Shahidin bin Mat Rudin.
Tuntasnya, saya berdiri dipentas mulia ini untuk menyampaikan syarahan yang
bermaudu’ “Tawakkal Memupuk Kesucian Jiwa”. Saudara dan saudari, sebelum lidah
menyusun kata, sebelum bibir rancak berbicara, izinkan saya memantastasikan
maudu’ syarahan saya pada hari ini agar terkesan dalam sanubari hadirin. Rasullullah
merupakan seorang yang diperintahkan oleh Allah swt untuk membimbing manusia ke jalan
yang benar dan menyampaikan wahyu. Pelajar cemerlang pula dapat ditafsirkan seorang
insan yang berintelektual yang berkualiti. Tuntasnya, Saya akan berkongsi bagaimana
Rasulullah sebagai ikutan kepada pelajar cemerlang.

Yang pertama ialah,”Rasulullah Qudwah Akhlak Terpuji”. Rasulullah SAW


mempunyai akhlak yang sangat terpuji. Maka tidak hairanlah baginda digelar sebagai Al Amin
yang bermaksud yang jujur. Pelbagai peristiwa yang menunjukkan contoh teladan bagi umat
manusia. Mari kita imbau peristiwa dimana baginda selalu memberi makan kepada seorang
pengemis yahudi. Walhal, si pengemis itu selalu mencaci dan memaki baginda sehinggalah
baginda wafat. Akhirnya sehinggalah dia mengetahui bahawa orang yang selalu memberi
makan itu adalah Rasulullah SAW. Kehebatan dan ketinggian akhlak Rasulullah membawa
sinar hidayah kepada manusia lain biarpun setelah kewafatan baginda. Sebagaimana
SURAH AL QALAM ayat 4:

‫كوإإننكك لككعلكىى لخللقق كعإظيِقم‬


Yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang
agung.

Tuntasnya : Rasulullah qudwah akhlak terpuji kepada semua pelajar bagi membina pelajar
yang mempunyai daya saing yang tinggi dengan negara-negara yang lain. Bak pepatah
melayu “ berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” dengan negara maju yang lain.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Yang kedua ialah,”Rasulullah Qudwah Kepimpinan Kualiti”. Rasulullah merupakan


pemimpin agung sehingga kini. Baginda bukan sahaja pemimpin kepada umat manusia
malah merupakan seorang pemimpin kepada keluarganya. Kepimpinan Rasulullah terbukti
apabila berjaya menyatukan kaum muhajirin dan ansar semasa peristiwa hijrah. Bukan itu
sahaja, malah kepimpinan ini turut menjadi bukti apabila peristiwa perletakkan hajarul
aswad yang dapat diselesaikan dengan aman tanpa pertumpahan darah.

Sebagaimana hadis rasulullah yang berbunyi :

‫كلكم راء وكل راء مسئول عن رعيته‬


Yang mana maksudnya : kita semua adalah pemimpin, dan kita akan bertanggungjawab atas
apa yang kita pimpin. Tidak kisahlah seorang ketua menjadi pemimpin kepada anak buahnya,
atau seorang apa menjadi pemimpin kepada keluarganya. Yang penting berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Muslimin dan muslimat sekalian,


Yang ketiga ialah,”Rasulullah Qudwah Ibadah Cemerlang”. Rasulullah SAW sentiasa
beribadah walaupun sudah dijanjikan syurga . Baginda selalu melakukan amalan ibadah
seperti qiamullail ,bersedekah kepada fakir miskin. Baginda tidak pernah lupa akan Allah
SWT. Bahkan baginda sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Contohnya, baginda sering
melakukan amalan diwaktu malam seperti solat tahajjud. Malah akan hadis mengatakan
bahawa baginda melakukan solat sehingga bengkak kakinya. Bukan disebabkan penyakit,
tetapi disebabkan ketaatan yang teguh melakukan ibadah. Ayuh tuan-tuan . Sebagaimana
firman Allah dalam surah Muhammad ayat 33:

‫عوُا‬ ‫يِاَ أ أيِهاَ ال لذيِن آمعنوُا أ أطيِعوُا الل له أ‬


‫طيِ ع‬
‫وأ ط‬ ‫أ أ‬ ‫ط ع‬ ‫ط أ أ‬ ‫أ ي أ‬
‫أ‬
‫ماَل أك ع م‬
‫م‬ ‫وأل ت عب مططعلوُا أ م‬
‫ع أ‬ ‫ل أ‬‫سوُ أ‬
‫اللر ع‬
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada
Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan
amal-amal kamu!

Maka, jadikanlah Rasulullah sebagai qudwah ibadah cemerlang bagi melahirkan pelajar yang
gemilang.

Nampaknya kita dihambat oleh masa. Maka, marilah kita Bersama-sama mencontohi
baginda dari segi akhlak, kepimpinan dan ibadah yang cantik pekertinya agar menjadi
seorang muslim yang sejati. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, terimalah serangkap
pantun daripada saya.

Bintang barat terbit petang,

Bintang timur terbit pagi,

Jika tidak melarat panjang,

Panjang umur bertemu lagi.

Sekian wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt.


SIRAH - KETOKOHAN PARA SAHABAT MODAL INSAN BESTARI
Bismillahirrahmanirrahim.

‫صلنةَا دنوالتسلندم نعنلىَ نسبَيمدنناَ دمنحتمدَّد نونعنلىَ آلممه‬ ‫ نوالنعاَمقنبةَ لميلدمتتمقيينن نوال ت‬, ‫ب النعاَلنمميينن‬ ‫انيلنحيمدد م‬
َ‫ل نر ب‬
‫صنحاَمبمه أنيجنممعيينن‬
‫نوأن ي‬

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah


Menjunjung kasih tuan pengerusi majlis,barisan panel penghakiman yang arif lagi
bijaksana,guru-guru serta hadirin dan hadirat yang jauh di mata namun dekat dihati.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah tatkala kita dipertemukan dalam satu
majlis keilmuan yang mana para malaikat turut berpusu-pusu duduk Bersama kita,
berzikir dan mendengar fikrah islamiyyah.
Insha Allah pada hari ini saya akan cuba membawa hati-hati para hadirin agar turut
serta Bersama saya menyelami, mendalami dan menghayati akan satu maudu’ islami
yang berjudul “Ketokohan Para Sahabat Model Insan Bestari”.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum saya mengupas maudu’ ini dengan lebih mendalam, mari saya
terangkan definisi syarahan saya. Ketokohan sahabat rasulullah merujuk kepada
kepimpinan tokoh-tokoh yang beriman dan pernah bertemu dengan Nabi
Muhammad SAW manakala model insan bestari pula ialah suri tauladan yang baik
bagi melahirkan manusia yang bijaksana.
Muslimin dan muslimat sekalian,
Yang pertama ialah,”Keimanan Bilal bin Rabah Model Insan Bestari”. Ahad, Ahad,
Ahad.. Kalimah tauhid inilah yang membasahi lidah sahabat Rasulullah Bilal bin
Rabah tatkala dirinya disiksa dan diheret mengelilingi Kota Mekah di bawah terik
mentari. Namun , keimanan yang kental telah merasuk jiwa Bilal lantas dirinya sedikit
pun tidak berpaling daripada mengesakan Allah. Allah berfirman dalam Surah Ali
Imran ayat 102:
‫ييِاَ ِأييِنييهاَ ِالمذيِين ِآيمنِدوُا ِاتلندقوُا ِالليه ِيحلق ِتدنيقاَتممه ِيولِ ِيدتوُتدلن ِمإلِ ِيوأينَلنتدلم ِدملسلمدموُين‬
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah
dengan sebenar-benar takwa kepadanya dan janganlah kamu mati kecuali dalam
keadaan beragama islam.
Masihkah kita ingat akan peristiwa kemalangan maut di Mesir yang melibatkan
pelajar perubatan Malaysia, Muhammad Ammar b. Zulkifli? Ibunya telah menerima
kehilangan anak ini dengan penuh yakin bahawa ada hikmah terselindung di sebalik
ujian. Maka, jelaslah Bilal bin Rabah model insan bestari.
Yang kedua ialah,”Keluarga Sumayyah Ummu Ammar bin Yasir Contoh Jihad
Teragung”. Pernahkah saudara dengar mengenai kisah keluarga Sumayyah ini?
Sumayyah merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Mughirah. Sumayyah
berkahwin dengan Yasir bin Amir iaitu seorang pengembala dan dikurniakan seorang
anak lelaki bernama Amar bin Yasir. Keluarga Sumayyah mendapat hidayah daripada
Allah setelah islam menampakkan sinar di kota mekah. Sumayyah dan keluarganya
memeluk islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya. Setelah tuannya
mengetahui tentang keislaman keluarga mereka, tuannya mengajak mereka kembali
kepada agama nenek moyang mereka yang dahulu iaitu Lata dan Uzza. Namun,
keteguhan mereka terhadap agama Allah yang tiada lunturnya membuatkan mereka
sekeluarga menolak ajakan tuannya itu sehingga mereka diseksa sehingga mati.
Rasulullah berasa terharu dan simpati dengan keluarga Sumayyah dan menenangkan
mereka dengan bersabda:
Sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.
Dalam surah Ankabut Allah berfirman:

‫س ِأيلن ِيِدلنتنيردكوُا ِأيلن ِيِيندقوُلدوُا ِآيملنِاَ ِيودهلم ِلِ ِيِندلفتيندنِوُين‬َ‫نِا‬


‫ب ِالل‬ ‫أيح م‬
‫س‬
‫ي ي د‬
Yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata:”Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu
cubaan?)
Maka, fikirkalah betapa besar pengorbanan generasi sahabat dalam
mempertahankan islam jika dibandingkan dengan sumbangan kita pada hari ini.
Apakah akan terjadi seandainya pelajar-pelajar islam hari ini tiada semangat jihad?
Sedarlah, antara punca pelajar islam gagal mendidik kaum lain dalam penyampaian
akademik adalah kerana mereka tiada semangat jihad dalam menimba ilmu
pengetahuan.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Yang ketiga ialah,”Wawasan Akhirat Khalid Al-Walid Wajar Menjadi Contoh
Kepada Kita”. Matlamat akhir bagi setiap umat Islam adalah untuk mendapat
kebahagiaan di akhirat dan inilah wawasan Khalid al-Walid, sahabat Rasulullah yang
mendapat gelaran Saifullah ataupun pedang Allah. Beliau sangat bercita-cita untuk
mati syahid di medan peperangan dan sikapnya sangat positif dalam menghadapi
setiap rintangan perjuangan. Walau bagaimanapun, impian tersebut tidak tercapai
kerana perancangan Allah mengatasi segalanya. Allah berfirman dalam surah Ali-
Imran ayat 54:
‫ال كو ا‬
‫ال كخليِلر اللكماَإكإريِكن‬ ‫كوكمككلرولا كوكمكككر ا‬
Yang bermaksud: Mereka merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik
perancang.

Khalid telah meninggal dunia di atas katil. Demikianlah kekuasaan Allah dan manusia
akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya. Namun, wawasan akhirat
Khalid ketika berjuang di medan jihad, wajar dijadikan contoh seterusnya
membuktikan bahawa Wawasan Akhirat Khalid al-Walid wajar menjadi contoh
kepada kita.
Saudara,
Nampaknya masa semakin mencemburui kita. Oleh itu, marilah saudara, mari kita
Bersama-sama menghayati dan menjadikan ketokohan para sahabat itu sebagai
teladan kepada kita. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu
datangnya dari saya. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada hari ini, terimalah
serangkap pantun dari saya.
Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bersua lagi.
Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt.
SOSIAL - DADAH MEMUSNAHKAN DIRI
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.
Sekalung aplisiasi kepada peneraju acara, yang dihormati barisan panel penghakiman
yang arif lagi bijaksana. Sekuntum senyuman dilontarkan kepada penjaga masa yang
setia dengan loceng keramatnya, guru-guru pencetus revolusi negara, hadirin dan
hadirat para cendekiawan sekalian. Saya Mohammed Shahidin bin Mat Rudin.
Tuntasnya, saya berdiri dipentas mulia ini untuk menyampaikan syarahan yang
bermaudu’ “Dadah Memusnahkan Diri”. Saudara dan saudari, sebelum lidah
menyusun kata, sebelum bibir rancak berbicara, izinkan saya memantastasikan
maudu’ syarahan saya pada hari ini agar terkesan dalam sanubari hadirin. Pengertian
dadah dapat diterjemahkan sebagai bahan kimia yang digunakan oleh tubuh manusia
atau haiwan untuk merawat penyakit. Ianya akan mengakibatkan kemudaratan
kesihatan jika diambil secara berlebihan. Manakala frasa memusnahkan diri pula
ialah memudaratkan atau merosakkan kesihatan tubuh badan manusia. Tuntasnya,
saya akan berkongsi bagaimana najis dadah memusnahkan diri manusia.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Yang pertama ialah,”Gejala Dadah Punca Keruntuhan Moral”. Pada era kini, kita terlalu
banyak didedahkan dengan masalah sosial dalam kalangan remaja terutamanya najis dadah.
Bukan setakat ini sahaja, malah ada diantara remaja yang turut menjadi pengedar dadah
demi untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan.Pada akhir tahun 2014, sebanyak 77
peratus daripada 20,00 penagih yang direkodkan oleh agensi anti dadah kebangsaan. Lebih
membimbangkan sebanyak 60 peratus terdiri daripada golongan remaja yang berumur
dalam linkungan 20-30 tahun. Pun begitu, pada tahun 2016, sebanyak 43% peningkatan kes
kematian berpunca daripada najis dadah ini.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 195:

‫ا نونل دتيلدقوا مبأ نييمديدكيم إمنلىَ التتيهلدنكمةَ نوأنيحمسدنوا إمتن ت ن‬


‫ا‬ ‫نوأنينمفدقوا مفيِ نسمبيمل ت م‬
‫ب ايلدميحمسمنينن‬ ‫ديمح ب‬
Yang bermaksud: Dan belanjakanlah harta benda kamu di jalan Allah dan janganlah kamu
mencampakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana
sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.

Jelaslah bahawa dadah ini boleh mendatangkan kesan buruk sehingga boleh membawa
maut.

Muslimin dan muslimat sekalian,

Yang kedua ialah,”Gejala Dadah Perosak Institusi Keluarga”. Keluarga merupakan tempat
bagi mendidik anak-anak dalam menerapkan nilai-nilai keislaman. Ibu bapa memainkan
peranan yang amat signifikan bagi membimbing anak-anak mereka agar tidak hanyut dengan
hal keduniaan semata-mata. Namun begitu, kita harus sedar bahawasanya anak-anak kita
tidak lagi selamat sepenuhnya. Hal ini kerana, mereka mudah terpengaruh dengan budaya
luar apatah lagi terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah. Turut memalukan
sehingga ada anak-anak yang berkelakuan kasar terhadap ibu bapa mereka sekiranya tidak
mengikut kehendak mereka. Malah ada yang tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral
iaitu sumbang mahram terhadap ahli keluarga sendiri dek kerana terjebak dengan najis
dadah tersebut.

Sebagaimana dalam surah An-Nisa ayat 29 yang berbunyi:

Maka jelaslah dadah merosakkan institusi keluarga.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Yang ketiga ialah,”Gejala Dadah Menyebabkan Kemunduran Negara”. Kerajaan dan


anggota masyarakat perlu berganding bahu untuk membanteras penyalahgunaan dadah.
Masalah dadah masih merupakan musuh utama negara.Adakah anda masih ingat kes enam
remaja maut terlebih ambil dadah methamphetamine dalam konsert terbuka di Bukit Jalil ?
Bukan setakat itu, penyalahgunaan dadah ini akan menimbulkan banyak masalah jenayah
dalam masyarakat termasuk mencuri, merompak, memeras ugut , mahupun membunuh.
Malah negara kita akan dipandang hina oleh negara yang lain berikutan kes-kes ini yang
semakin berusaha. Marilah kita bersama-sama membanteras gejala dadah.

Sebagaimana dalam surah

Maka benarlah gejala dadah negara mundur.

Nampaknya kita dihambat masa, kesimpulannya,dadah ini memusnahkan diri. Jadi, jagalah
tingkah laku kita kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sebelum
saya mengakhiri syarahan saya, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Bintang barat terbit petang,

Bintang timur terbit pagi,

Jika tidak melarat panjang,

Panjang umur bertemu lagi.

Sekian wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt.


SOSIAL - DOSA BESAR PUNCA KEHANCURAN UMMAH
Bismillahirrahmanirrahim.

‫صلنةَا دنوالتسلندم نعنلىَ نسبَيمدنناَ دمنحتمدَّد نونعنلىَ آلممه‬ ‫ نوالنعاَمقنبةَ لميلدمتتمقيينن نوال ت‬, ‫ب النعاَنلمميينن‬ ‫انيلنحيمدد م‬
َ‫ل نر ب‬
‫صنحاَمبمه أنيجنممعيينن‬
‫نوأن ي‬

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah


Menjunjung kasih tuan pengerusi majlis,barisan panel penghakiman yang arif lagi
bijaksana,guru-guru serta hadirin dan hadirat yang jauh di mata namun dekat dihati.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah tatkala kita dipertemukan dalam satu
majlis keilmuan yang mana para malaikat turut berpusu-pusu duduk Bersama kita,
berzikir dan mendengar fikrah islamiyyah.
Insha Allah pada hari ini saya akan cuba membawa hati-hati para hadirin agar turut
serta Bersama saya menyelami, mendalami dan menghayati akan satu maudu’ islami
yang berjudul “Dosa Besar Punca Kehancuran Ummah”.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum saya mengupas maudu’ ini dengan lebih mendalam, mari saya
terangkan definisi syarahan saya. Dosa merupakan suatu bentuk kesalahan yang
melanggar perintah Allah dan pengsyariatannya. Dosa merupakan balasan bagi orang
yang melakukan larangan Allah. Dosa terbahagi kepada 2 iaitu dosa besar dan dosa
kecil. Manakala kehancuran ummah dapat diterjemahkan sebagai kebinasaan
masyarakat yang dahsyat. Oleh itu, pada hari ini, dosa besar punca kehancuran
ummah berkehendakkan saya untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Yang pertama ialah,”Dosa Syirik Punca Kehancuran Ummah”. Syirik ialah menafikan
keesaan Allah SWT sebagai pencipta yang satu. Syirik ini merupakan salah satu dosa besar
yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi
yakni syirik tersembunyi dan syirik jali yakni syirik secara terang-terangan. Pada zaman ini,
salah satu perbuatan syirik yang sering dilakukan oleh masyrakat ialah mempercayai bomoh
atau tangkal. Mereka sanggup melabur duit demi memenuhi kepuasan nafsu semat-
mata.tanpa mengira soal dosa dan pahala.

Sebagaimana surah Al-Maidah ayat 72 yang berbunyi:

Tuntasnya perkara syirik ini membawa kepada kehancuran ummah jika tidak dibendung oleh
masyarakat sekarang. Maka kuatkanlah akidah demi menjaga maruah agama islam.

Yang kedua ialah,”Dosa Meninggalkan Solat Punca Kehancuran Ummah”. Peristiwa israk
dan mikraj yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW merupakan peristiwa agung sehingga
kini. Melalui peristiwa inilah umat manusia mendapat pengsyariatan ibadah solat untuk
menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT. Namun apa yang berlaku sekarang, manusia lebih
gemar membeli belah tanpa menunaikan solat. Manusia lebih gemar bersiar-siar di taman
sedangkan lupa akan taman solat yang perlu dilaksanakan. Mereka yang tidak solat ini akan
mudah terpengaruh dengan perbuatan maksiat seperti tidak menutup aurat dan pergaulan
bebas. Perkara inilah merupakan fitnah kepada agama sehingga ummah berpecah belah.

Sebagaimana dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

Maka benarlah dosa meninggalkan solat punca kehancuran ummah. Maka jagalah solat
kerana solat itu ibarat tiang agama,jika solat tidak dilaksanakan maka hancurlah tiang yang
menjadi kekukuhan dalam sesuatu perkara.

Muslimin dan muslimat sekalian,

Yang ketiga ialah,”Dosa Meminum Arak Punca Kehancuran Ummah”. Arak dalam bahasa
arab adalah al khamru. Iaitu bahan alkohol yang boleh memabukkan. Arak merupakan dosa
besar sekiranya orang islam meminumnya. Arak ini boleh menjadikan seseorang berasa
khayal dan tidak sedarkan diri. Masalah ini sudah semakin parah khususnya para remaja.
Mereka suka berhibur di kelab-kelab malam sambil menikmati air kencing syaitan ini tanpa
mengganggap perbuatan itu sebagai dosa besar. Firman Allah swt

Dalil surah al maidah ayat 90-91.

Seorang penyelidik membuat kajian bahawasanya kebanyakkan orang yang gila dan
mendapat gangguan saraf disebabkan meminum arak. Ingatlah,sekali kita meneguk arak
Maka jelaslah bahawa dosa meminum arak punca kehancuran ummah.

Saudara,
Nampaknya masa semakin mencemburui kita. Oleh itu, marilah saudara, mari kita
Bersama-sama menghayati dan
Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari saya.
Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada hari ini, terimalah serangkap pantun
dari saya.
Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bersua lagi.
Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai