Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIDKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

TINGKATAN 5 : PELAJARAN 8 UstDi, NDr 011-10095423

TUNTUTAN MELAKSANAKAN PEKERJAAN YANG UTAMA

ِ ِ‫ارةَ ۡٱل َم ۡس ِج ِد ۡٱل َح َر ِام َك َم ۡن َءا َمنَ بِٱهَّلل ِ َو ۡٱليَ ۡو ِم ٱأۡل ٓ ِخ ِر َو ٰ َجهَ َد فِي َسب‬
ِ ۗ ‫يل ٱهَّلل ۚ ِ اَل يَ ۡستَ ُوۥنَ ِعن َد ٱهَّلل‬ َ ‫أَ َج َع ۡلتُمۡ ِسقَايَةَ ۡٱل َحٓاجِّ َو ِع َم‬
ٰ
‫يل ٱهَّلل ِ بِأَمۡ ٰ َولِ ِهمۡ َوأَنفُ ِس ِهۡ`م أَ ۡعظَ ُم د ََر َجةً ِعن َد‬
ِ ِ‫ُوا فِي َسب‬ ْ ‫ُوا َو ٰ َجهَد‬ `ْ ‫َاجر‬ َ ‫وا َوه‬ ْ ُ‫ ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬١٩ َ‫ٱلظَّلِ ِمين‬ ‫َوٱهَّلل ُ اَل يَ ۡه ِدي ۡٱلقَ ۡو َم‬
ٓ
٢٠ َ‫ك هُ ُم ۡٱلفَٓائِ ُزون‬ َ ِ‫ٱهَّلل ۚ ِ َوأُوْ ٰلَئ‬
19. Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan haji dan [hanya
perbuatan] memakmurkan masjid alHaram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah Taala dan Hari
Akhirat serta berjihad pada jalan Allah Taala? Mereka [yang bersifat demikian] tidak sama di sisi Allah Taala,
dan Allah Taala tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
20. [Sesungguhnya] orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Taala dengan harta benda
dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah Taala [daripada orang yang hanya memberi
minum orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja] dan mereka itulah orang yang berjaya. [al-
Taubah: 19-20]

INTISARI AYAT;
1- Allah Taala menafikan bahawa kaum musyrikin berhak mengimarahkan Masjidil Haram kerana
Akidah mereka yang tidak beriman kepada Allah Taala walaupun mereka melaukan perbuatan yang
baik seperti mengurus bekalan air Jemaah Haji.
2- Allah Taala menjelaskan bahawa para mikmin yang beriman dan berhijrah ialah golongan yang
lebih mulia di sisi Allah serta layak mendapat rahmat dariNya berbanding kaum Musyrikin
Quraisy.

ASBAB AL-NUZUL.
1- Dalam riwayat oleh Imam Muslim bahawa pada suatu hari [Hari Jumaat] Saidina Nukman bin
Basyir r.a bersama-sama dengan beberapa orang sahabat duduk bersebelahan Mimbar Rasulullah
SAW.
2- Mereka membicarakan tentang amalan-amalan yang dilakukan oleh mereka. Berkata salah seorang
di antara mereka; “Aku tidak akan mempedulikan amal soleh yang lain setelah Islam tersebar
[Fathu Makkah], kecuali akan memberikan makan kepada orang yang naik Haji”.
3- Sahabat yang lain pula berkata bahawa dia hanya akan memakmurkan masjidil Haram. Seterusnya
berkata pula yang lainnya bahawa dia hanya akan berjihad pada Jalan Allah Taala sahaja dan
perbuatan itu lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh sahabat-sahabat sebelum ini.
4- Saidina Umar r.a menengking dan melarang mereka bercakap dengan kuat di sisi mimbar
RAsulullah SAW. Selepas selesai solat Jumaat, Saidina Umar al-Khattab menghadap Rasulullah
SAW dan meminta fatwa tentang apa yang menjadi perselisihan di antara para sahabat itu.
5- Maka turunlah ayat 19-20 untuk menunjukkan pekerjaan yang perlu diutamakan oleh Umat Islam.

Asbab Nuzul Kedua:


1. Diriwayatkan bahawa Saidina Tolhah bin Syaibah r.a, Saidina Abbas r.a dan Saidina Ali bin Abi
Talib k.w, berbangga dengan diri masing-masing.
2. Saidina Tolhah bin Syaibah r.a berkata : aku yang menguasai BaituLLAH dan pada akulah
kuncinya. Saidina Abbas r.a pula berkata: aku pemberi minuman kepada Jemaah haji dan
pengurus mereka. Saidina Ali bin Abi Talib k.w berkata: Aku adalah orang pertama yang

4
PENDIDIDKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 : PELAJARAN 8 UstDi, NDr 011-10095423

sembahyang menghadap kiblat sebelum orang lain menghadapnya dan aku sering memimpin jihad
fi sabiliLLAH.
3. Maka turunlah ayat ini yang menerangkan bahawa orang beriman kepada Allah Taala dan Hari
Akhirat serta berjihad fi sabiliLLAH adalah jauh berbeza dengan orang-orang yang hanya
mengurus orang naik haji dan orang yang mengurus baituLLAH.

MAKSUD AL-AULAWIYAT [‫]األوالويات‬


1- Berasal daripada perkataan Aula [‫ ]أوىل‬yang bermaksud utama, unggul dan penting.
2- Menurut Yusof al-Qordhowi : Aulawiyat ialah keutamaan, menetapkan sesuatu pada
martabatnya, tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang
berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang
kecil. Perkara ini boleh dijadikan panduan untuk membuat sesuatu keputusan dalam urusan
kehidupan.

AMALAN YANG MENGUTAMAKAN ALLAH TAALA DAN RASULULNYA SAW DALAM


KEHIDUPAN.

1. Taat kepada perintah Allah Taala Dan Rasululnya SAW melebihi segala perkara.
ِ ‫وا ٱهَّلل ۖ َ إِ َّن ٱهَّلل َ َش ِدي ُد ۡٱل ِعقَا‬
٧‫ب‬ ْ `ۚ ‫ َو َمٓا َءات َٰى ُك ُم ٱل َّرسُو ُل فَ ُخ ُذوهُ َو َما نَهَ ٰى ُكمۡ ع َۡنهُ فَٱنتَه‬.......
ْ ُ‫ُوا َوٱتَّق‬
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu hendaklah kamu serta amalkannya, dan apa jua
yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah Taala,
sesungguhnya Allah Taala amatlah berat azab siksaannya [bagi orang yang melanggar perintahNya] [Surah al-
Hasyr: ayat 7]

2. Menjaga amanah Allah Taala dan RasulNya SAW.


٢٧ َ‫وا ٱهَّلل َ َوٱل َّرسُو َل َوتَ ُخونُ ٓو ْا أَ ٰ َم ٰنَتِ ُكمۡ َوأَنتُمۡ ت َۡعلَ ُمون‬ ْ ُ‫ٰيَٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬
ْ ُ‫وا اَل تَ ُخون‬
27. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhinati [amanah] Allah dan Rasulnya SAW, dan [janganlah] kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui [salahnya]. [al-Anfal : ayat 27]

3. Mengembalikan segala urusan agama kepada Allah Taala dan Rasulnya SAW sekiranya
berlaku perselisihan pendapat.
ۡ َ‫`ر ٰ َذلِ``ك‬
ُ‫ر َوأَ ۡح َس`ن‬ٞ `‫خَي‬ ۡ
ِ ۚ `‫ول إِن ُكنتُمۡ تُ ۡؤ ِمنُ``ونَ بِٱهَّلل ِ َوٱليَ` ۡ`وِ`م ٱأۡل ٓ ِخ‬ ُ ‫فَإِن تَ ٰنَ َز ۡعتُمۡ فِي َش ۡي ٖء فَ ُر ُّدوهُ إِلَى ٱهَّلل ِ َوٱلر‬
ِ `‫َّس‬
‫ت َۡأ ِوياًل‬
59. Kemudian jika kamu berbantah-berbantah [perselisihan] dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada [Kitab] Allah Taala [al-Quraan] dan [al-Sunnah] Rasulnya SAW, jika kamu benar-benar
beriman kepada Allah Taala dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik [bagi kamu] dan lebih elok pula
kesudahannya. [al-Nisa’ : ayat 59]

4. Mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.


:‫بضيندا نبي برسبدا‬
‫ قالوا يا رسول‬.‫ إال من أىب‬،‫ كل أميت يدخلون اجلنة‬:‫ قال‬ ‫ أن رسول اهلل‬،‫عن أيب هريرة رضي اهلل عنه‬
)‫(رواه البخاري‬ .‫ ومن عصاين فقد أىب‬،‫ من أطاعين دخل اجلنة‬:‫اهلل ومن يأىب؟ قال‬
،‫ واه``اي رس``ول هللا‬:‫ فارا صحابت برت``اث‬.‫ستياف اومتك̀و اكن مماسوقي شرض مالءينكن يغ اغضن‬

5
PENDIDIDKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 : PELAJARAN 8 UstDi, NDr 011-10095423

‫ سس``ياف ي`غ ط`اعت كف``داكو اكن مماس``وقي` ش`رض دان‬: ‫ منج`واب‬ ‫لنتس سيافاكه يغ اغضن؟ نبي‬
.‫سس``````````ياف ي``````````غ مغيغكريك``````````و ب``````````رارتي` دي اغض``````````ن ماس``````````وق` ش``````````رض‬
)‫(روايت البخاري‬

USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MELAKUKAN PERKARA TERBAIK BERDASARKAN


KEUTAMAAN DALAM KEHIDUPAN.

1- Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.


2- Menyucikan diri daripada sifat-sifat yang tercela.
3- Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu peekrjaan serta melaksanakan pada tahap terbaik.
4- Mengorbankan harta benda untuk menegakkan Islam.
5- Melakukan kebaikan untuk mencapai keredhaan Allah Taala.
6- Melatih diri untuk menjadi seorang Muslim yang bermoral dan beretika dalam semua aspek
kehidupan pada setiap masa.

Pengajaran Ayat;
1- Orang yang beriman hendaklah berjihad pada jalan Allah Taala kerana perbuatan itu mulia di sisi
Allah Taala.
2- Orang Islam dituntut untuk berjihad dengan membelanjakan harta benda ke jalan Allah Taala
kerana perbuatan tersebut lebih besar ganjarannya berbanding amalan-amalan yang lain.
3- Kita hendaklah melaksanakan sesuatu perkara itu dengan sebaik mungkin untuk mencapai
keredhaan Allah Taala.
4- Umat Islam ditegah membandingkan amalan-amalan soleh antara sesama Muslim kerana
perbuatan itu tidak digalakkan dalam Islam.

Anda mungkin juga menyukai