Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

TINGKATAN 5 : AKIDAH ISLAMIAH PELAJARAN 25 UstDi, NDr. 011-1009 5423

KONSEP PAHALA DAN DOSA


BIL PERKARA PAHALA DOSA
1. Maksud :bahasa Ganjaran atau balasan yang baik Hukuman atau balasan yang
buruk
2. Maksud : Istilah Ganjaran baik yang dikurniakan Balasan buruk daripada Allah
oleh Allah Taala kepada manusia Taala kerana melakukan sesuatu
kerana mematuhi perintahNya yang dilarang oleh Allah Taala
dan menjauhi laranganNya. atau meninggalkan perintahNya.
Al-Thawab [‫اب‬ ِ َّ ،ُ‫ اخْلَ ِطْيئَ ة‬،‫ب‬ َّ
ُ ‫ ]الثَّو‬dan al-Ajru [ ،‫ص يَا ُن‬
ْ ‫ الع‬،ُ‫الس يِّئَة‬ ُ ْ‫ال ذن‬
3. Istilah dalam al-Quraan
َ
‫َجُر‬
ْ ‫]األ‬ ُ‫اد دان ا ِإلمْث‬ُ ‫الََف َس‬
4. Contoh Mengerjakan solat, bersedekah, Membunuh, derhaka kepada
menuntut ilmu, menunaikan ibubapa, mengumpat, dan lain-
haji, berpuasa, dan lain-lain. lain

Orang yang membuat kebaikan walau seberat Zarrah akan diberikan balasan baik oleh Allah Taala.
Orang yang membuat kejahatan/ dosa walau seberat Zarrah sekali pun, Allah akan memberikan azab
di akhirat kelak.
Balasan Allah akan menjadi neraca keimanan pada seseorang samada mereka percaya dengan
amaran Allah Taala atau tidak.

َ َ‫ َو َمن يَ ۡع َم ۡل ِم ۡثق‬٧ ُ‫فَ َمن يَ ۡع َم ۡل ِم ۡثقَا َل َذ َّر ٍة خ َۡي ٗرا يَ َر ۥه‬


٨ ُ‫ال َذر َّٖة َش ٗ ّرا يَ َر ۥه‬
7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat
(balasan)nya
8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan
melihat (balasan)nya pula [al-Zalzalah : 7-8]

PEMBAHAGIAN DOSA.
BIL JENIS DOSA KETERANGAN/ DALIL
1. Dosa Kecil  Segala kesalahan yang berada di luar batasan hukum had dan seksaan di
akhirat yang mana larangannya tidak disertai dengan ancaman
kemurkaan dan seksaan daripada Allah Taala.
 Kebaikan/ amal baik boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan.
ٰ
َ ِ‫ت ٰ َذل‬
١١٤ َ‫ك ِذ ۡك َر ٰى لِل َّذ ِك ِرين‬ ِ َ‫إِ َّن ۡٱل َح َس ٰن‬
ِ ۚ ‫َِّا‬-‫ت ي ُۡذ ِه ۡبنَ ٱل َّسَٔٔ‍ي‬
114. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan
(dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang
yang ingat [Surah Hud : ayat 114]

2. Dosa Besar Setiap dosa yang disebut dalam al-Quraan dan Hadith serta diakhiri sebutan
dengan ancaman api neraka atau mendapat kemurkaan dan seksaan Allah
Taala.
‫ول‬
َ ‫ قَالُوا يَا َر ُس‬." ‫ات‬ ِ ‫السبع الْموبَِق‬ ِ " ‫ قَ َال‬ ‫ ع ِن النَّيِب‬ َ‫عن أَيِب هريرة‬
ُ َ ْ َّ ‫اجتَنبُوا‬ ْ ِّ َ َْ َ ُ ْ َ
،‫س الَّيِت َح َّر َم اللَّهُ إِالَّ بِاحْلَ ِّق‬
ِ ‫الن ْف‬ ِّ ‫ َو‬،‫ َو َما ُه َّن قَ َال " الش ِّْر ُك بِاللَّه‬،‫اللَّ ِه‬
َّ ‫ َو َقْت ُل‬،‫الس ْحُر‬ ِ
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 : AKIDAH ISLAMIAH PELAJARAN 25 UstDi, NDr. 011-1009 5423

BIL JENIS DOSA KETERANGAN/ DALIL


ِ َ‫ف الْمحص ن‬ ِ َّ ‫ والتَّويِّل ي وم‬،‫ وأَ ْك ل م ِال الْيتِي ِم‬،‫الرب ا‬
‫ات‬ َ ْ ُ ُ ‫ َوقَ ْذ‬،‫الز ْح ف‬ َْ َ َ َ َ َ ُ َ َ ِّ ‫َوأَ ْك ُل‬
ِ ِ
ِ َ‫ت الْم ْؤ ِمن‬
." ‫ات‬
‫(رواه‬
ُ َ‫الْغَ افال‬
)‫البخاري ومسلم‬
Jauhilah Tujuh dosa yang membinasakan, para sahabat bertanya: Wahai
Rasulullah; apakah dosa itu? Rasulullah SAW menjawab: “Syirik terhadap
Allah Taala, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah Taala
kecuali dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan riba’, lari
dari medan perang dan menuduh wanita mukmin yang menjaga
kehormatannya melakukan zina.”

TAHUKAH ANDA? Tambahan ilmu.


Taubat dari segi bahasa ; kembali
Taubat dari segi istilah; kembali taat kepada Allah Taala dan menyesal bersungguh-sungguh terhadap
dosa besar/ kecil serta memohon keampunan daripadaNya.
Hukum bertaubat ADALAH WAJIB.

Faktor yang membawa kepada pahala;


1- Sentiasa berusaha membuat kebaikan untuk memajukan diri dengan membuat amalan yang
berfaedah serta meninggalkan amalan yang sia-sia.
2- Memperbanyakkan amal kebajikan dan sedekah jariah sebagai bekalan pahala selepas mati.
3- Mencari rakan yang baik kerana mereka akan menegur / menasihati jika kita melakukan
kesalahan [silaturrahim yang baik boleh membangunkan masyarakat ke arah amar makruf dan
nahi mungkar]
4- Berusaha mendalami ilmu pengetahuan yang secukupnya melalui majlis ilmu [mereka yang
mengikuti majlis ilmu akan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik]

Faktor yang membawa kepada dosa;


1- Menurut pengaruh hawa nafsu dan hasutan syaitan yang menggoda manusia agar melakukan
maksiat dan kemungkaran.
2- Kurang didikan agama/ malas menuntut ilmu; hanyut dengan anasir yang menyebabkan
kejahatan.
3- Lemah iman dalam diri menyebabkan tidak dapat menangkis godaan dan bisikan syaitan yang
sentiasa menyesatkan manusia.
4- Pengaruh kawan-kawan yang menyimpang daripada batas-batas syariat [mempengaruhi untuk
melakukan maksiat]

KEPENTINGAN PAHALA DAN DOSA DALAM KEHIDUPAN


INDIVIDU 1. Yakin Bahawa Setiap Amal Perbuatan Di Dunia Ada Perkiraan Pahala Dan
Dosa;
 Setiap individu akan menerima balasan terhadap semua perbuatan yang
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 : AKIDAH ISLAMIAH PELAJARAN 25 UstDi, NDr. 011-1009 5423

dilakukan seadilnya. Perkiraan ini untuk menguji siapakah yang terbaik


amalannya ketika hidup di dunia.
2. Dapat Melihat Tahap Sebenar Kehambaan Manusia Di Sisi Allah Taala;
 Muslim yang taat kepada Allah Taala akan berlumba-lumba melakukan
kebaikan lalu mendapat pahala dan sebaliknya muslim yang engkar akan
mendapat dosa.
1. Mengukuhkan Perpaduan Dalam Masyarakat;
 Sifat mazmumah dalam masyarakat seperti mengadu domba, fitnah, dengki,
perlu dijauhi. Justeru perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat akan
dapat diperkukuhkan sebaiknya.
MASYARAKAT
2. Mengelakkan Malapetaka Dan Kemurkaan Allah Taala;
 Azab dan bencana yang menimpa umat manusia sejak dulu adalah
peringatan Allah Taala kepada sesuatu kaumyang berpunca daripada
keengkaran mereka terhadap Allah Taala.
1. Mempertahankan Integriti Negara;
 Negara yang berintegriti tinggi ditadbir urus oleh pemimpin yang Taat pada
Allah Taala.
 Mereka sentiasa menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan dipandang
NEGARA mulia oleh Negara lain kerana pembangunan dan kebaikan yang dilakukan.
2. Mengekalkan Keamanan Negara;
 Faktor yang boleh menyebabkan kekacauan dalam negara seperti jenayah,
pemberontakan dan peperangan dapat dihapuskan apabila pemimpin dan
rakyat benar-benar menghayati konsep pahala dan dosa.

TAHUKAH ANDA? Tambahan ilmu


 Integriti ialah tahap konsistensi antara nilai moral yang dipegang seseorang individu dengan
cerminan tingkahlaku [perkataan atau perbuatan] yang ditunjukkan.

USAHA UNTUK MENINGKATKAN KEIMANAN MELALUI KONSEP PAHALA DAN DOSA.


1. Sentiasa melakukan amal soleh berserta niat yang ikhlas sebagai bukti
keimanan kepada Allah Tala serta manifestasi sayahadah dalam bentuk
INDIVIDU perbuatan.
2. Sentiasa bertaubat kepada Allah Taala apabila melakukan kesilapan atau dosa
iaitu kembali kepada fitrah bersih daripada dosa.
1. Mengadakan program pengimarahan masjid/ surau agar masyarakat sentiasa
terdorong untuk bersama-sama melakukan amal ibadat wajib dan sunat secara
berterusan di masjid.
MASYARAKAT
2. Sentiasa mengeratkan silaturahim antara masyarakat agar sebarang masalah
dapat diketahui dan diambil tindakan kerana amalan baik dapat disuburkan jika
mereka bersatu padu.
1. Penguatkuasaan undang-undang ke atas individu yang melakukan dosa dan
maksiat yang setimpal agar mereka mendapat pengajaran di atas apa yang
NEGARA mereka lakukan. [denda maksima, penjara, dll]
2. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar agar kebaikan dapat dibudayakan
dalam kalangan rakyat manakala kerosakan dan kemungkaran dapat dibanteras.

Anda mungkin juga menyukai