Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

TINGKATAN 5 : PELAJARAN 7 UstDi, NDr 011-1009 5423

MELAKUKAN TRANSFORMASI DALAM KEHIDUPAN

+ْ ‫و ٍم َحتَّ ٰى يُ َغيِّر‬+ۡ +َ‫ا بِق‬++‫ ِر ٱهَّلل ۗ ِ إِ َّن ٱهَّلل َ اَل يُ َغيِّ ُر َم‬+ۡ‫ونَ ۥهُ ِم ۡن أَم‬++ُ‫ ِه َو ِم ۡن َخ ۡلفِِۦه يَ ۡحفَظ‬+‫ت ِّم ۢن بَ ۡي ِن يَد َۡي‬ٞ َ‫لَ ۥهُ ُم َعقِّ ٰب‬
‫ ِهمۡۗ َوإِ َذٓا‬+‫ا بِأَنفُ ِس‬+‫ُوا َم‬
١١ ‫ال‬ ٍ ‫أَ َرا َد ٱهَّلل ُ بِقَ ۡو ٖم س ُٓوءٗ ا فَاَل َم َر َّد لَ ۚۥهُ َو َما لَهُم ِّمن دُونِِۦه ِمن َو‬
Bagi tiap-tiap seseorang ada Malaikat penjaganya, silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang
mengawasi dan menjaganya [dari sesuatu bahaya] dengan perintah Allah Taala. Sesungguhnya Allah Taala tidak
akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri
dan apabila Allah Taala menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum Bala bencana [disebabkan
kesalahan mereka sendiri], maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu,
dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. [al-Ra’du : 11]

INTISARI AYAT:
1. Allah Taala memerintahkan para Malaikat supaya mengawasi manusia setiap waktu sama
ada di siang hari atau di malam hari termasuk menjaga manusia daripada di timpa
bahaya.
2. Allah Taala menjelaskan bahawa sebahagian Para Malaikat ditugaskan untuk mencatat
segala amal baik dan buruk manusia.
3. Allah Taala tidak akan mengubah keadaan/ nasib sesuatu kaum itu malah akan menarik
nikmat yang ada pada mereka sehingga mereka mengubahnya sendiri.

PENGERTIAN MALAIKAT DAN TUGASAN


1. Malaikat ialah Kata Jamak daripada perkataan Malakun [‫ ]مالك‬atau Malaka [‫]ملك‬.
2. Malaikat diciptakan daripada Cahaya, tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia dan
mampu menyerupai bentuk makhluk yang lain daripada rupa asal mereka.

TUGAS-TUGAS MALAIKAT
1. Bertasbih kepada Allah Taala.
ۤ ‫ك اَل يَ ۡست َۡكبِرُونَ ع َۡن ِعبَا َدتِِۦه َويُ َسبِّحُونَهۥُ َولَ ۥهُ يَ ۡس ُج ُد‬
٢٠٦ ۩ َ‫ون‬ َ ِّ‫إِ َّن ٱلَّ ِذينَ ِعن َد َرب‬
Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka
mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud. [al-A’raf : 206]

2. Memikul ‘Arasy Allah Taala.


ْ ۖ +ُ‫ت َۡغفِرُونَ لِلَّ ِذينَ َءا َمن‬+‫ونَ بِِۦه َويَ ۡس‬++ُ‫ ِد َربِّ ِهمۡ َوي ُۡؤ ِمن‬+ۡ‫بِّحُونَ بِ َحم‬+‫ولَ ۥهُ ي َُس‬+
‫ا‬++َ‫وا َربَّن‬+ ۡ +‫ش َو َم ۡن َح‬ َ ‫ر‬+ۡ +‫ونَ ۡٱل َع‬++ُ‫ٱلَّ ِذينَ يَ ۡح ِمل‬
٧ ‫اب ۡٱل َج ِح ِيم‬
َ ‫ُوا َسبِيلَكَ َوقِ ِهمۡ َع َذ‬ +ْ ‫ُوا َوٱتَّبَع‬ ۡ َ‫َو ِس ۡعتَ ُك َّل َش ۡي ٖء ر َّۡح َم ٗة َو ِع ۡل ٗما ف‬
ْ ‫ٱغفِ ۡر لِلَّ ِذينَ تَاب‬
(Malaikat-malaikat) yang memikul ´Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan
mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya
Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang
bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala. [Surah
Ghafir : 7]

3. Menyeksa Penghuni Neraka.


ٓ
َ‫َاد اَّل يَ ۡعصُون‬ٞ ‫ظ ِشد‬ٞ ‫ ٱلنَّاسُ َو ۡٱل ِح َجا َرةُ َعلَ ۡيهَا َم ٰلَئِ َكةٌ ِغاَل‬+‫وا قُ ٓو ْا أَنفُ َس ُكمۡ َوأَ ۡهلِي ُكمۡ ن َٗارا َوقُو ُدهَا‬
ْ ُ‫ٰيَٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬
٦ َ‫ٱهَّلل َ َمٓا أَ َم َرهُمۡ َويَ ۡف َعلُونَ َما ي ُۡؤ َمرُون‬
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. [Surah al-Tahrim : 6]

4. Menyampaikan Wahyu Kepada Rasulullah SAW.


1
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 : PELAJARAN 7 UstDi, NDr 011-1009 5423

١٩٤ َ‫ك لِتَ ُكونَ ِمنَ ۡٱل ُمن ِذ ِرين‬


َ ِ‫ َعلَ ٰى قَ ۡلب‬١٩٣ ُ‫ نَ َز َل بِ ِه ٱلرُّ و ُح ٱأۡل َ ِمين‬١٩٢ َ‫َنزي ُل َربِّ ۡٱل ٰ َعلَ ِمين‬
ِ ‫َوإِنَّهۥُ لَت‬
192. Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam
193. dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril)
194. ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan.
[al-Syuara’]

5. Memberi Salam Kepada Ahli Syurga.


ۡ‫ ٰلَ ٌم َعلَ ۡي ُكم‬+‫ َس‬+‫ا‬+َ‫ا َل لَهُمۡ خَ َزنَتُه‬++َ‫ا َوق‬++َ‫ا َوفُتِ َح ۡت أَ ۡب ٰ َوبُه‬++َ‫ق ٱلَّ ِذينَ ٱتَّقَ ۡو ْا َربَّهُمۡ إِلَى ۡٱل َجنَّ ِة ُز َمر ًۖا َحتَّ ٰ ٓى إِ َذا َجٓا ُءوه‬
َ ‫َو ِسي‬
ٰ
٧٣ َ‫ َخلِ ِدين‬+‫ِط ۡبتُمۡ فَ ۡٱد ُخلُوهَا‬
73. Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam surga berombong-rombongan (pula). Sehingga
apabila mereka sampai ke surga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-
penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal
di dalamnya" [al-Zumar : ayat 73]

Perubahan Berdasarkan Ayat [ ۗ ۡ‫هم‬


ِ ‫بِأَنفُ ِس‬ +ْ ‫]إِ َّن ٱهَّلل َ اَل يُ َغيِّ ُر َما بِقَ ۡو ٍم َحتَّ ٰى يُ َغيِّر‬
‫ُوا َما‬
1- Memulakan perubahan pada diri sendiri dahulu supaya menjadi lebih yakin kerana tidak
mungkin kita mengajak orang lain untuk berubah sedangkan diri sendiri masih ditakuk
yang lama.
2- Memulakan prubahan secara perlahan-lahan walaupun sukar supaya kita dapat merasakan
perubahan itu dalam diri kita.
3- Tidak bertangguh dalam memulakan perubahan kerana semakin lama bertangguh akan
menjadi semakin susah untuk melakukannya.
4- Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan melakukannya dengan bersungguh-
sungguh sepenuh hati.
5- Apabila berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu sehingga
menjadi sebati dengan diri.

KEPENTINGAN USAHA DAN IKHTIAR DALAM MELAKUKAN PERUBAHAN DALAM HIDUP;


1- Menzahirkan rasa syukur dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala atas
apa yang mereka usahakan.
2- Mengelakkan daripada timbulnya sifat berputus asa dalam diri sewaktu melakukan
perubahan dalam hidup.
3- Menngkatkan ekonomi negara hasil daripada peningkatan taraf hidup masyarakat.
4- Mewujudkan kelompok masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain.
5- Meningkatkan taraf kehidupan manusia ke arah yang lebih positif.

STRATEGI DAN USAHA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN KUALITI HIDUP;


1- Berdoa kepada Allah Taala agar Allah Taala mengubah diri kita ke arah yang lebih baik
disamping berusaha dan bertawakkal kepada Allah Taala.
2- Mulakan dengan perubahan yang ringan, bersesuaian dengan bakat dan kemampuan diri
seseorang.

2
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 : PELAJARAN 7 UstDi, NDr 011-1009 5423

3- Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh agar mendatangkan hasil yang


maksima dan memberi manfaat kepada orang lain.
4- Bertaubat dengan memohon keampunan Allah Taala dan berazam untuk meninggalkan
dosa-dosa yang telah dilakukan.
5- Istiqamah untuk berubah ke arah kebaikan dengan menetapkan matlamat dan tujuan
untuk berubah.

PENGAJARAN AYAT;
1- Kita hendaklah mengubah nasib diri kita sendiri dengan melakukan setiap pekerjaan
dengan bersungguh-sungguh.
2- Setiap manusia hendaklah meyakini bahawa tiada tempat untuk memohon pertolongan
ketika ditimpa bencana kecuali hanya kepada Allah Taala.
3- Manusia hendaklah mempercayai bahawa Allah Taala menugaskan para Malaikat untuk
mengawasi manusia pada setiap masa/ waktu.
4- Kita hendaklah meyakini kebesaran dan keadilan Allah Taala kerana Allah telah
menjanjikan balasan yang baik untuk hambaNya yang berusaha melakukan kebaikan dan
meninggalkan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai