Anda di halaman 1dari 4

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

TINGKATAN 5 PELAJARAN 23 UstDi, NDr. 011-1009 5423

MAKRIFATULLAH ASAS DALAM KEHIDUPAN.

Imam al-Ghazali membahagikan MakrifatuLLAH kepada 2 bahagian;


1. MAKRIFAT ZAT : pengetahuan bahawa Allah Taala wujud dengan sendirinya, tidak beranak dan tidak
diperanakkan serta tidak ada yangs erupa denganNya.
2. MAKRIFAT SIFAT : pengetahuan bahawa Allah Taala Maha Hidup, Maha Mengetahui, Maha Kuasa,
Maha Mendengar, Maha Melihat dan lain-lain sifat kesempurnaan yang dimiliki oleh Allah Taala.

KONSEP MAKRIFATULLAH BERSERTA DALIL.


BIL PERKARA PENJELASAN/ KETERANGAN
MakrifatuLLAH atau Mengenal Allah Taala; ialah mengetahui dan
mempercayai dengan YAKIN tentang wujudnya Allah Taala sebagai
1. PENGERTIAN PENCIPTA dan PENTADBIR seluruh alam yang bersifat dengan sifat
kesempurnaanNya.
Setiap muslim WAJIB mengetahui dan mengenal pencipta alam ini kerana
dengan MakrifatuLLAH manusia akan mencapai puncak kesedaran yang
akan menentukan perjalanan kehidupan manusia seharian.
2. HUKUM
Sebaliknya ketiadaan MakrifatuLLAH, akan menjaddikan manusia hidup
tanpa tujuan yang jelas.
1- Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala kurniakan.
FAEDAH 2- Sentiasa bersabar jika ditimpa musibah atau kesusahan.
3. [seseorang yang
3- Merasakan ketengan dalam kehidupan.
kenal Allah Taala]
4- Sentiasa mencari redha Allah Taala dalam kehidupan.

DALIL MAKRIFATULLAH
‫ ٱلَّ ِذينَ يَ ۡذ ُكرُونَ ٱهَّلل َ قِ ٰيَ ٗم ا‬١٩٠ ‫ب‬ ِ َ‫ت أِّل ُوْ لِي ٱأۡل َ ۡل ٰب‬
ٖ َ‫ار أَل ٓ ٰي‬ِ َ‫ف ٱلَّ ۡي ِل َوٱلنَّه‬ ِ َ‫ٱختِ ٰل‬
ۡ ‫ض َو‬ ‫ق ٱل َّس ٰ َم ٰ َو ِ أۡل‬
ِ ‫ت َوٱ َ ۡر‬
ۡ
ِ ‫إِ َّن فِي َخل‬
َ ‫ض َربَّنَا َما خَ لَ ۡقتَ ٰهَ َذا ٰبَ ِطاٗل س ُۡب ٰ َحنَكَ فَقِنَا َع َذ‬ ‫ق ٱل َّس ٰ َم ٰ َو ِ أۡل‬ ۡ
‫اب‬ ِ ‫ت َوٱ َ ۡر‬ ٗ ‫َوقُع‬
ِ ‫ُودا َو َعلَ ٰى ُجنُوبِ ِهمۡ َويَتَفَ َّكرُونَ فِي َخل‬
١٩١ ‫ار‬ ِ َّ‫ٱلن‬
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat
tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan
mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [Surah Ali
Imran]

PERANAN WAHYU DALAM MEMBIMBING AKAL MENGENAL ALLAH TAALA.


1. Membimbing Akal Manusia Agar Mencapai Makrifatullah.
Wahyu yang diturunkan oleh Allah Taala melalui para nabi kepada umat manusia menerangkan
tentang Allah Taala sebagai Tuhan yang Maha Esa dan Pencipta sekalian alam.
2. Mengajak Manusia Melaksanakan Syariat Allah Taala.
 Allah Taala menurunkan wahyu untuk membimbing manusia kearah kebenaran dan
mengenal Allah Taala.
 Setiap perkara yang melibatkan urusan manusia dijelaskan dalam al-Quraan.

1
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 PELAJARAN 23 UstDi, NDr. 011-1009 5423

 Dengan menggunakan wahyu, manusia akan dapat mencapai makrifatuLLAH dengan penuh
kesedaran.
3. Mendidik Manusia Supaya Sentiasa Berfikiran Positif.
 Antara anugerah agung terhadap manusia ialah Allah Taala telah menciptakan manusia
sebagai makhluk yang berakal.
 Disebabkan keistimewaan akal yang dimiliki oleh manusia ini, Islam telah meletakkan Hifzu
al-Aqal [‫ ]حفظ العقل‬iaitu memelihara akal sebagai salah satu Maqasid al-Syariah [ ‫]مقاصد الشريعة‬
yang perlu dijaga.
4. Menerangkan Tentang Perkara-Perkara Ghaib.
 Akal manusia sangat terbatas dan tidak mampu berfikir mengenai perkara yang diluar dari
alam nyata seperti Zat Allah Taala, Alam Barzakh, Hari Kiamat, Alam Malaikat dan lain-lain.
 Manusia memerlukan petunjuk Allah Taala iaitu Wahyu untuk mengenal Allah Taala dan
menerangkan perkara-perkara yang ghaib.

TAHUKAH ANDA???
Apakah Maksud Maqasid al-Syariah??
1- Perkataan Maqasid berasal darri perkataan Qosoda [ ‫ ]قصد‬bermaksud Pegangan atau Punca.
2- Perkataan al-Syariah berasal daripada perkataan Syara’a [ ‫ ]ش رع‬bermaksud sumber air yang tidak
pernah putus dan terus mengalir.
3- Ulamak Feqah menyebut Maqasid al-Syariah [ ‫ ]مقاص د الش ريعة‬bermaksud Makna dan Tujuan yang
dikehendaki syarak dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan manusia
merangkumi keperluan asasi [‫ ]ض رورية‬yang memelihara 5 perkara; AGAMA, NYAWA, AKAL,
KETURUNAN dan HARTA manusia.

PANDANGAN ULAMAK TENTANG KONSEP TAQLID DAN HUKUMNYA DALAM MAKRIFATULLAH.


PENGERTIAN TAQLID;
1. Bahasa Berasal daripada perkataan Qaladah [ ‫]قلده‬, iaitu meletakkan sesuatu di leher yang
melingkarinya.
2. Istilah 1. Menurut al-Aamadi [‫ ]اآلمدي‬dalam Lisanul Arab [‫]لسان العرب‬, taqlid ialah
pengamalan yang bersandarkan pendapat orang lain tanpa disertai hujjah.
2. Imam al-Ghazali berpendapat taqlid ialah menerima sesuatu pendapat tanpa
mengetahui alasan atau hujjah.
3. Rumusannya; taqlid bermaksud menerima atau mengambil pendapat orang
lain tanpa mengetahui hujjahnya mengikut al-Quraan atau al-Sunnah
Rasulullah SAW.
3. Dalil ‫وا بَ ۡل نَتَّبِ ُع َمٓا أَ ۡلفَ ۡينَا َعلَ ۡي ِه َءابَٓا َءنَ ۚٓا أَ َولَ ۡو َك انَ َءابَ ٓا ُؤهُمۡ اَل يَ ۡعقِلُ ونَ َش ٗۡٔ‍يا‬
ْ ُ‫ُوا َمٓا أَن َز َل ٱهَّلل ُ قَال‬
ْ ‫َوإِ َذا قِي َل لَهُ ُم ٱتَّبِع‬
١٧٠ َ‫َواَل يَ ۡهتَ ُدون‬
170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka
menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek
moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak
mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"

HUKUM BERTAQLID.

2
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 PELAJARAN 23 UstDi, NDr. 011-1009 5423

1- Imam al-Baijuri [‫ ]البيجوري‬dalam Kitab [ ‫ ]الحاشية البيجوري على جوهرة التوحيد‬telah menghuraikan bahawa
para Ulamak telah berselisih pendapat dan pandangan berkenaan IMAN orang yang bertaqlid;
a. TIDAK BOLEH BERTAQLID : terutama dalam akidah kerana orang yang bertaqlid dalam
akidah dikira KUFUR.
b. BOLEH BERTAQLID : tetapi berdosa seseorang itu apabila terus bertaqlid sedangkan dia
mampu untuk mengkaji perkara tersebut.
2- Pendapat yang ROJIH/ TEPAT ialah PENDAPAT YANG KEDUA.
a. Ini kerana wajib bagi seseorang yang berkemampuan untuk belajar dan tidak berpegang
semata-mata dengan TAQLID kerana boleh membuka ruang kesamaran dan kekeliruan
daripada konsep Islam yang sebenar.

KEPENTINGAN MAKRIFATULLAH UNTUK MENINGKATKAN KEIMANAN.


Terhindar daripada kesesatan dan kelalain dalam melaksanakan
tanggungjawab;
1. Islam adalah agama yang menyelamatkan manusia daripada kesesatan dengan
mengajar dan membimbing manusia dalam semua aspek kehidupan. Kesemua
perkara tersebut berada dalam satu lingkungan mengenal Allah Taala.
INDIVIDU
Meningkatkan keimanan dan menjadi orang yang Berjaya di dunia dan akhirat;
Ulamak tauhid telah menggariskan satu panduan kepaada umat Islam
2. Awwaluddin MakrifatuLLAH [‫ ]اول الدين معرفة هللا‬iaitu teras mengenal agama ialah
kita mengenal Allah Taala melalui fahaman terhadap ke semua sifat
kesempurnaan Allah Taala.
Melahirkan masyarakat yang lebih taat pada Allah Taala;
Mengenal tanda kebesaran dan kebijaksanaan Allah Taala akan menjadikan
1.
masyarakat peka dengan tugas yang wajib dilaksanakan seperti mengamalkan
amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan masyarakat.
MASYARAKAT
Melahirkan rasa syukur atas nikmat keharmonian dalam masyarakat;
Keharmonian yang dikurniakan adalah tanda sifat al-Rahman dan al-Rahim Allah
2.
Taala yang harus diterjemahkan oleh masyarakat dengan mensyukuri nikmat
tersebut dan berusaha untuk mempertahankannya.
Pentadbiran negara berjalan dengan adil dan bersih;
Pemimpin negara yang mengenal Allah akan menjauhi perkara yang dilarang
1. seperti RASUAH dan PECAH AMANAH dan menjadikan iman dan taqwa kepada
Allah Taala sebagai asas pentadbiran kerana yakin dengan janji dan balasan Allah
Taala.
NEGARA
Melahirkan sebuah negara Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur;
Rakyat akan mencontohi pemimpin yang memahami konsep makrifatuLLAH
2. kerana kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab. Hasilnya, sebuah
negara Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur [ ‫ ]بلدة طيبة ورب غفور‬seperti yang
terkandung dalam al-Quraan dapat dibangunkan.

Maksud Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur [‫]بلدة طيبة ورب غفور‬


1- Negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun.
2- Allah Taala mengutuskan Nabi Sulaiman ke negeri Saba’ yang diperintah oleh Ratu Balqis dan
pemerintahan Nabi Sulaiman bersandarkan Iman dan Taqwa.
3- Negeri Saba’ digambarkan sebagai negeri yang dilimpahi nikmat kurniaan Allah Taala serta
penduduk yang selalu bersyukur.

3
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 PELAJARAN 23 UstDi, NDr. 011-1009 5423

USAHA DAN TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI MENINGKATKAN KEIMANAN MELALUI
MAKRIFATULLAH DALAM KEHIDUPAN.
Bertadabbur mengkaji ayat-ayat Allah Taala seperti golongan Ulul Albab
1. [‫ ]أولو األلباب‬untuk meningkatkan tahap keimanan sehingga menjadi patuh, tunduk
dan taat kepada penciptanya.
INDIVIDU
Membuat penyelidikan ilmiah dalam bidang akidah supaya mampu menangkis
2. sebarang ancaman musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan
dan meragukan pemikiran umat Islam.
Memperbanyakkan halaqah ilmu khususnya dalam bidang Akidah supaya
1. masyarakat memahami dengan lebih mendalam konsep MakrifatuLLAH dan
diterapkan dalam keehidupan agar keimanan dapat ditingkatkan.
MASYARAKAT Sentiasa menghayati Maqasid al-Syariah [‫ ] مقاصد الشريعة‬dengan mengambil cakna
dalam hal ehwal masyarakat sekeliling dengan memelihara agama agar setiap
2.
warga masyarakat prihatin dan membantu antara satu sama lain jika berlaku
penyelewengan akidah.
Menekankan kekuatan iman dan ilmu dalam negara kerana kemajuan yang
didorong oleh aspek ketakwaan melalaui makrifatuLLAH akan menjadikan
1.
negara makmur dan mendapat pengampunan Allah Taala sejajar dengan konsep
NEGARA Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur [ ‫]بلدة طيبة ورب غفور‬
Menerapkan unsur akidah yang mantap dalam sistem pendidikan agar setiap
2. murid dilengkapi dengan prinsip keimanan melalui makrifatuLLAH agar
bertepatan dengan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

TAHUKAH ANDA???
1. ULUL ALBAB [‫ ]أولو األلباب‬ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji
sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektif yang betul.
2. ULUL ALBAB menggunakan akal untuk mengenal keagungan, kebijaksanaan dan keadilan Allah Taala
dengan meneliti ayat Kauniah [ ‫ ]كونية‬atau ayat Syar’Iyyah [ ‫ ]شرعية‬iaitu ayat Hukum, sehingga mereka
tunduk dan patuh pada Allah Taala.

Anda mungkin juga menyukai