Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A : ESEI

Huraian mengenai pengertian mukjizat al-Quran dan jenis jenisnya .

Huraian mengenai pembahagian mukjizat yang terdapat di dalam al-Quran (dari segi uslub , kandungan dan ilmu pengetahuan .

Penjelasan 3 mukjizat al-Quran dari segi sains dengan mengaitkan ayat-ayat al- Quran dengan teori-teori Sains .

PENDAHULUAN Setiap Rasul yang diutus oleh Allah s.w.t kepada manusia dibekali dengan

keistimewaan-keistimewaan yang disebut mukjizat. Mukjizat ini bukanlah kesaktian ataupun tipu muslihat untuk memperdayai umat manusia, tetapi kelebihan yang

Allah s.w.t kurniakan ini adalah untuk meneguhkan kedudukan para RasulNya dan mempertegas seruan (dakwah) mereka agar manusia beriman kepada Allah s.w.t dan tidak mempersekutukan-Nya (tauhid). Namun mukjizat setiap nabi dan rasul berbeda-beda. Hal ini disesuaikan dengan karakter dan kapasiti kaumnya yang menjadi objek dakwah. Para ulama berpendapat, di antara mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad saw, yang terbesar

adalah mukjizat al-Quran. Al-Quran adalah merupakan kitab suci penyempurna kitabkitab suci para nabi sebelumnya. Al-Quran bukan hanya petunjuk untuk mencapai kebahagiaan hidup bagi umat Muslim, tapi juga seluruh umat manusia. Salah satu keajaiban Al-Quran, adalah terpelihara keasliannya dan tidak berubah sedikit pun sejak pertama kali diturunkan pada malam 17 Ramadan 14 abad yang lalu hingga kiamat nanti. Keaslian firman-Nya, al-Quran sudah dijamin oleh Allah, seperti dalam


Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan aal-quran surah alhijhrlquran, dan Sesungguhnya Kami pula yang benar-benar memeliharanya. (QS Al-Hijr: 9) Bukti keaslian ini adalah banyaknya penghafal al-Quran yang terus lahir ke dunia, dan pengkajian ilmiah terhadap ayat-ayatnya yang tak pernah berhenti. Keajaibannya, walaupun al-Quran diturunkan 14 abad lalu, namun ayat-ayatnya banyak yang menjelaskan tentang masa depan dan bersifat ilmiah. Bahkan dengan kemajuan ilmu dan teknologi masa kini, banyak ayat-ayat al-Quran yang terbukti kebenarannya. Para ilmuwan telah berhasil membuktikan kebenaran itu melalui sejumlah eksperimen atau kajian ilmiah.

PENGERTIAN MUKJIZAT Menurut bahasa kata Mukjizat berasal dari kata ijaz diambil dari kata kerja ajaza-ijaza yang bererti melemahkan atau menjadikan tidak mampu. Pelakunya (yang melemahkan) dinamai mujiz. Bila kemampuannya melemahkan pihak lain amat jelas sehingga mampu mengalahkan lawan, ia dinamai mukjizat. Dari segi istilah pula ialah Sesuatu yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun. Menurut Imam as-Sayuthi dalam kitab Al-itqan fi 'Ulum Al-Quran adalah kejadian yang melampaui batas kebiasaan, didahului tentangan, tanpa ada tandingan. Menurut Ibnu Khaldun adalah perbuatan-perbuatan yang tidak mampu ditiru manusia. Maka ia dinamakan mukjizat, tidak masuk kategori yang mampu dilakukan hamba, dan berada di luar standard kemampuan mereka. Bagi pendapat Quraish Shihab pula dalam bukunya yang berjudul Mukjizat Al-Qur`an menjelaskan bahwa kejadian luar bisaa yang dimaksud adalah sesuatu yang berada diluar jangkauan sebab dan akibat yang terdapat secara umum pada hukum-hukum alam (sunatullah) yang diketahui oleh manusia.

MUKJIZAT AL-QURAN Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang terakhir yang Allah s.w.t turunkan

kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan inilah yang dikatakan mukjizat yang utama kepada seorang Nabi,sedangkan Nabi-nabi sebelum baginda pun Allah s.w.t ada turunkan kitab tetapi kehebatan al-Quran mengatasi semuanya itu sehingga dikatakan mukjizat yang paling utama dan besar.Kita disuruh membaca dan mengamalkan apa yang terkandung didalam al- Quran kerana ianya adalah satu pedoman,petunjuk dan pengubat yang terhebat .Begitu banyak rahsia yang terkandung

didalamnya,setiap huruf dan ayat mengandungi hikmah yang amat besar.Kebanyakan diantara kita hanya membacanya tanpa mengetahui isi maknanya .

Ijaz (kemukjizatan) adalah menetapkan kelemahan. Kelemahan menurut pengertian umum ialah ketidakmampuan mengerjakan sesuatu, lawan dari kemampuan. Apabila kemukjizatan telah terbukti, maka nampaklah kemampuan mujiz (sesuatu yang melemahkan). Yang dimaksud dengan ijaz ialah menampakkan kebenaran Nabi dalam pengakuannya sebagai Rasul dengan menampakkan kelemahan orang Arab untuk menghadapi mukjizatnya yang abadi, iaitu al-Quran dan kelemahan generasi-generasi sesudah mereka. Mukjizat adalah sesuatu hal yang luar biasa yang disertai tentangan dan selamat dari perlawanan. Maksud kemukjizatan al-Quran bukan semata mata untuk melemahkan manusia atau menyedarkan mereka atas kelemahanya untuk mendatangkan seumpama al-Quran akan tetapi tujuan yang sebenarnya adalah untuk menjelaskan kebenaran al-Quran dan Rasul yang membawanya dan sekaligus menetapkan bahwa sesuatu yang dibawa oleh mereka hanya sekadar menyampaikan, mengkhabarkan dan menyerukan risalah Allah s.w.t Mukjizat (Al-Quran) yang dikurniakan kepada nabi Muhammad SAW. sangatlah berbeza dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi-nabi terdahulu. Jika para nabi sebelumnya bersifat Hissiy-Matrial sedangkan Al-Quran bersifat maknawi. Perbezaan tersebut berdasarkan perutusan para nabi sebelum Muhammad s.a.w.

ditugaskan pada masyarakat dan masa tertentu. Oleh kerana mukjizat tersebut hanya sementara. Sedangkan al-Quran tidak terbatas pada masyrakat dan masa tertentu , malahan berlaku sepanjang masa Al-Quran mempunyai berbagai mukjizat. Antaranya ialah : i. Al-Quran akan sentiasa dijamin oleh Allah daripada ditokok tambah atau

dikurangkan kandungan didalamya untuk dijadikan pedoman dan panduan umat manusia hinggalah hari kiamat. Sebagaimana firman Allah swt :


Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya . ii. (surah al-Hijr ayat 9)

Wahyu (al-Quran) diturunkan ALLAH ke Lauhil Mahfuz (alam ghaib). Dari Lauhil Mahfuz, ia diturunkan ke Baitul Izza (langit dunia). Dari langit dunia inilah wahyu turun sedikit demi sedikit kepada Nabi Muhammad saw selama 23 tahun. Kitabkitab suci yang lain seperti kitab Taurat dan Injil diturunkan sekali turun. Ini menunjukkan isi kandungan al-Quran itu adalah lebih banyak dan lebih luas kerana al-Quran itu Allah s.w.t jadikan kekal sebagai kitab panduan kepada manusia sehingga ke Hari Kiamat.

iii. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril tanpa huruf dan tanpa suara. Wahyu pertama turun kepada Nabi s.a.w ialah pada malam 17 Ramadan. Al-Quran dipelihara Allah dari menjadi rosak iaitu manusia tidak

boleh merosakkan isi kandungan al-Quran walaupun pelbagai percubaan telah dilakukan manusia untuk merosakkannya. iv. Salah satu tanda mukjizat al-Quran ialah ia mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang hanya dapat diketahui huraiannya dan kebenarannya pada masa ini kerana zaman kita ini adalah zaman ilmu pengetahuan. Kalimah yang pertama diturunkan ialah kalimah Iqra' ertinya bacalah. Ilmu pengetahuan hanya akan didapati melalui membaca (belajar). Contoh ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan telah terbukti benar pada zaman ini adalah seperti pentingnya darah

manusia

bagi

mengenal sehinggalah

DNA,

proses

kehamilan

dari

mula yang

berlakunya menakjubkan

persenyawaan

menjadi

seorang

manusia

pembentukan paras rupanya. Begitu juga dengan sistem kejadian hujan (water cylce) , kehidupan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, perjalanan matahari dan bulan dan segala cakrawala yang ada di atas langit. Ilmu yang terdapat dalam al-Qur'an tidak ada dasarnya dan hanya menunggu manusia menggalinya sahaja. v. Mukjizat al-Quran bukan sahaja pada ilmunya, tetapi juga ia adalah ayat-ayat yang sangat mudah untuk dihafal dan diingat walaupun seseorang itu tidak fasih dan tidak faham bahasa Arab. Sehingga anak-anak kecil juga tidak ada masalah menghafal surah al-Fatehah. Tidak ada satu pun kitab agama lain yang dapat dihafal keseluruhan isi kanduangannya oleh pengikutnya walau bagaimana taat pun mereka itu akan agamanya. Hanya al-Quran sahaja yang dapat dihafal isinya dengan pertolongan Allah jua. Orang yang menghafal al-Quran digelar sebagai al-Hafiz. Dengan adanya al-Hafiz inilah al-Quran akan terpelihara dari dirosakkan oleh musuh-musuh Islam. vi. Begitu juga tidak akan ada orang Islam yang akan merasa jemu mendengar ayatayat al-Quran dibacakan berulang-ulang kali. Malahan bagi orang-orang beriman semakin banyak membaca dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran akan menambah rasa suka kepada al-Quran dan menambahkan rasa keimanan di hatinya. vii. Al-Quran adalah untuk manusia. Di dunia ia menjadi syifaa' (ubat atau penawar) bagi manusia dan di akhirat ia menjadi syafaat (memberi pertolongan) ketika manusia menghadapi perhisaban amalnya. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 57,


Maksudnya; "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Qur'an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi syifaa' (penawar / ubat) bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam

dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud; " Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafaat (pertolongan) kepada tuannya."

Itulah al-Quran, mukjizat yang masih lagi wujud sehingga ke hari ini supaya kita dapat saksikan sendiri kebenaran kerasulan Nabi Muhammad saw. yang diutus Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia sehingga ke Hari Kiamat. Sebagai Muslim yang beriman, hendaklah kita sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran dengan membaca dan memahami isi kandungannya. Apabila telah memahami al-Quran dengan sendirinya kita aka merasa senang beramal dengannya iaitu mengikut dan taat akan segala perintah Allah s.w.t yang terkandung di dalamnya. Orang yang beramal dengan

al-Quran akan mempunyai akhlak yang terbaik kerana akhlak Nabi Muhammad s.a.w adalah akhlak al-Quran.

JENIS JENIS MUKJIZAT Mukjizat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : 1. Mukjizat hissy )( Mukjizat hissy ialah mukjizat yang dapat dicapai dan dirasai oleh pancaindera. Mukjizat jenis ini lebih mempengaruhi jiwa umum dan ianya mudah difahami oleh semua golongan manusia. Kebanyakan mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi dan rasul dari kalangan bani Israel berupa mukjizat hissy. Ini kerana umat manusia pada masa itu kecerdasan mereka terlalu rendah. Sebagai contohnya, mukjizat nabi Musa a.s adalah terletak pada tongkatnya yang boleh

bertukar menjadi ular , pembelahan laut. Manakala Nabi Isa a.s pula boleh menyembuhkan penyakit sopak, menghidupkan orang yang sudah mati , banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s, api yang tidak membakar Nabi Ibrahim a.s, dan sebagainya. Mukjizat hissi ini tidak kekal ini sesuai dengan sifat mukjizat yang diturunkan kepada para Nabi selain Nabi Muhammad. Jenis mukjizat ini hanya berlaku untuk zaman tertentu. Oleh karena itu wajar kalau sifat mukjizat tersebut tidak kekal. Menurut Muhammad Syahrur, kejadian-kejadian tersebut merupakan fenomena alam yang melampaui zamannya.Namun perbuatan tersebut bukan bererti keluar dari

hukum alam. Menurutnya, api yang tidak membakar Nabi Ibrahim a.s boleh difahami berdasarkan hukum alam kerana sifat api itu ada dua iaitu boleh membakar dan tidak boleh membakar. Sifat api membakar terjadi kepada kita, sementara sifat api yang tidak membakar terjadi kepada Nabi Ibrahim a.s. Begitu pun, penghidupan orang mati pada zaman Nabi Isa a.s. tidak berada di luar dunia empiris, namun boleh difahami dengan memahami konsep kebangkitan manusia secara fisik setelah mati pada hari Kiamat nanti. Jadi, menurut Syahrur bukan hal yang berlawanan dengan hukum alam ketika ada orang yang hidup setelah mati, kerana kita semua juga nanti akan dibangkitkan lagi setelah mengalami kematian.

2. Mukjizat maknawi (aqli) ( ) Mukjizat maknawi (Aqli) ialah mukjizat yang hanya dapat difahami oleh manusia

dengan akal serta mata hati sahaja. Mukjizat jenis ini hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w sahaja iaitu al- Quran. Di samping itu Nabi Muhammad saw juga mempunyai mukjizat hissy, ini kerana umat yang dihadapi oleh

Nabi Muhammad s.a.w adalah bersifat yang kian hari kian maju fikirannya. Dengan lain perkataan mukjizat al- Quran itu boleh difahami dengan menggunakan akal fikiran yang murni dan mata hati memandangkan kandungannya adalah sesuai dengan ilmu pengetahun dan akal manusia serta terang terbukti kebenarannya.

jenis mukjizat yang kedua ini bersifat kekal dan berlaku sepanjang zaman. Mukjizat tersebut adalah al-Quran al-Karim. Ini adalah kerana perutusan

Nabi Muhammad s.a.w (sebagai penerima mukjizat ini) adalah merupakan nabi terakhir, sehingga mukjizatnya harus memiliki sifat abadi dan berlaku sampai dunia ini hancur. Peristiwa Isra dan Mikraj juga dianggap sebagai mukjizat maknawi. Rasulullah s.a.w telah diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan diangkat ke lagi sehingga Sidral Muntaha. Seterusnya baginda telah melihat tanda tanda kekuasaan tuhannya yang paling besar. Peristiwa isra dan mikraj ini dianggap sebagai mukjizat maknawi kerana ianya memerlukan pemahaman melalui akal manusia yang waras , lebih lebih lagi peristiwa ini hanyalah berlaku kepada nabi Muhammad s.a.w dan ianya tidak dapat disaksikan oleh manusia biasa .

Anda mungkin juga menyukai