Anda di halaman 1dari 48

BAB 1

ALAM DAN MANUSIA


Norain Hamzah IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA
PENDAHULUAN

Hasil Pembelajaran Kandungan Bab

 Menerangkan kejadian 1.1 Kejadian alam dari


alam dan mansia dari perspektif agama dan
pelbagai perspektif.
sains
 Menghuraikan
keperluan agama 1.2 Kejadian manusia
menurut kepercayaan dari perspektif agama
dan amalan. dan sains
 Menjelaskan peranan 1.3 Alam dan manusia
akhlak dalam
kehidupan. dari perspektif Islam
PENDAHULUAN
3

Pada umumnya semua manusia percaya bahawa alam


ini ada permulaan, dahulunya tidak ada kemudian ia
diadakan. Persoalannya bilakah ia bermula dan
siapakah yang menciptakannya? Persoalan inilah yang
sering berlegar di pemikiran hampir setiap manusia
sejak zaman berzaman. Bagi mereka yang hanya
bergantung kepada kemampuan akal, maka lahirlah
pelbagai hipotesis dan teori tentang penciptaan alam
dan manusia. Pada hakikatnya manusia tidak akan
mampu mencari kebenaran yang hakiki dengan hanya
berpandukan akal yang ada pada mereka.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
4

Permulaan Alam Menurut Sains Barat


 Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' -
zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan
kesusasteraan di Eropah, ahli-ahli sains Barat mula memikirkan tentang
kejadian alam dan melahirkan beberapa teori tentangnya.
Teori Letusan Besar atau ‘Big Bang’
 Bumi, matahari, bulan, bintang dan sebagainya yang ada sekarang ini
dahulunya tidak ada. Kira-kira 15- 20 billion tahun yang lalu satu
letusan besar telah berlaku akibat daripada pemampatan jisim atom di
ruang alam.
 Pemampatan jisim-jisim atom ini telah menghasilkan suhu yang
tersangat amat panas.
 Apabila bahan atom yang padat itu meletus, ia berpecah dan berkecai
dalam bentuk awan hidrogen yang kemudiannya menjadi awan galaksi.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
5

 Pada peringkat awal, alam semesta ini telah dipenuhi


dengan gas panas dan bahan radiasi. Gas panas dan padat
itu tersebar luas memenuhi ruang dan akhirnya menyejuk
lalu membentuk ketulan yang terapung-apung di alam
semesta. Ketulan gas-gas inilah yang membentuk bintang-
bintang di sistem cakerawala di alam ini. Bumi dan planet
yang lain dikatakan berasal daripada bahagian matahari
yang memisahkan diri pada masa matahari masih berupa
kabut yang tebal. Bahagian yang terpisah itu menjadi sejuk
dan terjadilah planet-planet seperti sekarang. Proses
pembentukan itu berjalan terus-menerus mengikut hukum
alam yang memakan masa berbillion tahun.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
6

 Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya


bercantum padu, kemudian berlakulah satu
letupan yang kuat (cosmix explotion) 10 hingga 20
bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big
bang'.
 Sejak itu berlakulah pengembangan dan
penyejukan (expending and cooling) sehingga
akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan
seumpamanya.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
7
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
8

 Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General


Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein
pada tahun 1915.
 Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia,
Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi
teori ini.
 Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti
kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan
menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini
sedang mengembang.
 Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang
mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti
satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan
pengembangan ini.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
9

 TEORI BIG BANG DI DALAM AL-QURAN

 Perkara ini sudah lama diceritakan dalam al-Quran:

Allah berfirman: “Apakah orang-orang kafir tidak


melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada
asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian
kami pisahkan keduanya…”
(Surah al-Anbiya ayat 21:30)
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
10

 Ayat ini mengandungi pengertian:


 Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan
satu entiti (suatu yang wujud) tunggal.
 Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah
tercantum dalam satu unit.
 Pemisahan berlaku secara sistematik untuk
menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan
jirim (ordering matter)
 Proses pembentukan alam ini berlaku secara
bertahap-tahap selepas dari pemisahan itu.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
11

 Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap


(nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang
menjadi asal kejadian alam semesta.
 Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap
yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia
dicahayakan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas
yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
12

 Ilmu pengetahuan moden, ilmu


astronomi, pengamatan dan
teori, dengan jelas menunjukkan
bahawa pada suatu ketika
seluruh alam semesta masih
berupa 'gumpalan asap' .
 Para ilmuwan sekarang dapat
melihat pembentukan bintang-
bintang baru dari peninggalan
'gumpalan asap' semacam itu.
Rujuk http://lisanul-
hakim.blogspot.com/2012/06/proses-kejadian-alam-
menurut-al-quran.html untuk maklumat lanjut.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
13

 Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit


dan langit itu masih merupakan asap,... “
(Surah Al-Fussilat, 41: 11)

 matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain


terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka
dapat ditarik kesimpulan bahwa matahari dan bumi
dahulu merupakan satu kesatuan.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
14

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU BIOLOGI


 Manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens

(Bahasa Latin untuk manusia), sebuah spesis primate


dari golongan mamalia yang dilengkapi otak
berkemampuan tinggi. Spesis primate ini terdiri dari
seluruh lemur, monyet dan manusia. Primate berasal
dari kata Latin Primates, yang bererti ‘salah satu
yang pertama, terbaik, noble’.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
15

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU LOGIK


 Manusia adalah binatang. Kelebihan manusia
berbanding binatang-binatang lain adalah
kebolehannya berkata-kata dan berfikir.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
16

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU JIWA


 Manusia adalah sama sifat hidupnya dengan
haiwan. Dalam erti kata sama keinginan mahu
makan, berketurunan, merasai sakit, sihat,
merasai tua dan mati dan sebagainya.

Marah Beranak Makan Sakit Seronok Ngantuk


1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
17

 KEJADIAN MANUSIA
BERDASARKAN SARJANA
BARAT – TEORI EVOLUSI
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
18

 Pernyataan Charles Darwin - manusia moden berevolusi


dari sejenis makhluk yang mirip kera. Selama proses
evolusi tanpa bukti ini, yang diduga telah dimulai dari 5
atau 6 juta tahun yang lalu, dinyatakan bahawa terdapat
beberapa bentuk peralihan antara manusia moden dan
nenek moyangnya. Menurut senario yang sungguh dibuat-
buat ini, ditetapkanlah empat kelompok dasar sebagai
berikut:

 Australophithecines (2 juta tahun)


 Homo habilis (2.33 to 1.4 juta tahun)
 Homo erectus (300,000 tahun)
 Homo sapiens (200,000 tahun)
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
19

 Australophithecines

 Homo erectus

Semua gambar adalah


 Homo habilis gambaran oleh manusia kini
sahaja berdasarkan fosil
tengkorak yang ditemui.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
20

Tiada fosil (tulang)


ditemui
Terdapat fosil (tulang) Terdapat fosil (tulang)
ditemui ditemui dan manusia
kini
Pernyataan Charles Darwin adalah bercanggah dengan fakta.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
21
Penipuan Ahli Sains Mengenai Teori Evolusi
 Plitdown Man
Setelah dijalankan ‘ujian florin’ ke atas Plitdown Man oleh Kenneth Oakley, dari Jabatan
Paleontologi Muzium British pada 1949, didapati gigi-gigi pada rahang Plitdown Man
adalah kepunyaan seekor Orang Utan yang dipasangkan (pada rahang tersebut) dan
segala peralatan primitif yang ditemui adalah bahan-bahan tiruan yang telah dipalsukan
dengan peralatan-peralatan besi. Dalam ujian lain, didapati tengkorak tersebut adalah
kepunyaan manusia berusia 500 ribu tahun dan tulang rahang pula kepunyaan seekor
orang utan yang telah mati. Gigi-giginya ditokok tambah agar mirip seperti manusia.
 Nebraska Man
Senario kaum Nebraska hidup bersama-sama keluarganya sebenarnya hanyalah
berasaskan dari sebatang gigi khinzir. Lukisan-lukisan dijadikan asas mengukuhkan teori
yang tidak berasas dan melanggar etika-etika saintifik yang sepatutnya dipatuhi.
 Ota Benga
Ota Benga sebenarnya adalah orang asli Afrika yang dianiaya. Dia ditangkap dan
dimasukkan ke dalam zoo dan dipamerkan bersama-sama binatang yang lain. Ota Benga
telah dilayan seperti haiwan. Kerana tidak tahan menerima layanan buruk ini, Ota Benga
telah membunuh diri.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSEKPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
22

 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT


– MATERIALIS
Manusia hanyalah secebis daging, darah, tulang, urat, sistem
saraf, kelenjar dan tisu-tisu. Manusia hanyalah adunan unsur-
unsur bumi dan kehidupan ini adalah peredaran sistem-sistem
fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan
kewujudan, fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan
hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah
daripada percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah
pusingan hari-hari tertentu yang dapat diambil kesempatan
untuk merasai kenikmatan sepenuhnya sebelum mati.
Sesungguhnya dunia ini untuk makan, minum dan tidur. Dengan
masa, lama kelamaan manusia akan luput dan fana. Tiada apa-
apa lagi selepas itu.
KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA BUDDHA

23

(Rujuk http://naspazi.multiply.com/journal/item/6 untuk melihat huraian


lanjut mengenai kejadian manusia mengikut agama Buddha.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
24

 Kelahiran makhluk melalui empat cara:


 Pertama, Jalabuja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari
kandungan, seperti manusia, kuda dan kerbau.
 Kedua, Andaja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari
telur, seperti burung.
 Ketiga, Sansedaja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari
kelembapan, seperti nyamuk dan ikan.
 Keempat, Opapatika Yoni - iaitu makhluk yang lahir
secara mendadak dan dalam keadaan dewasa. Seperti
dewa dan syaitan.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
25

 Sebarang kelahiran makhluk atau makhluk yang bakal


lahir mestilah melalui salah satu dari cara kelahiran di
atas yang disebabkan oleh adanya Karma - perbuatan
yang menyebabkan timbulnya syarat untuk kelahiran
semula makhluk berkenaan. Sansedaja Yoni tidak sama
dengan abiogenesis kerana aspek kamma tidak
terdapat dalam teori abiogenesis. Opapatika Yoni
bukan bermakna wujud dengan sendirinya tanpa
sebab.
 Opapatika Yoni wujud kerana disebabkan oleh
kekuatan Atita Kamma, dan tidak melalui fasa embryo.
Maknanya setiap makhluk berasal dari makhluk yang
sentiasa silih berganti dari satu alam kepada alam yang
lain sebelum mencapai Nibbana atau Nirvana.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
26

AJARAN BUDDHA MENGENAI MANUSIA


1. Kehidupan ini adalah suatu penderitaan - Kelahiran, menjadi tua,
penyakit, mati, perpisahan, kehadiran yang dibenci, perpisahan,
tidak memperoleh yang dikehendaki dan lain-lain.
2. Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia
3. Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan perasaan
dan menghilangkan nafsu serta kemahuan, melemparkannya jauh-
jauh dan mengikisnya dari kita.
4. Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh
perbuatan-perbuatannya di masa kehidupan yang lalu.
5. Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai
nirwana iaitu musnahnya semua nafsu dan kehendak. Tidak ada
lagi karma yang menyebabkan kelahiran kembali setelah tercapai
nirwana.
KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA HINDU

27

Rujuk http://id.wikipedia.org/wiki/Mitos_penciptaan untuk maklumat lanjut mengenai


kejadian manusia berdasarkan agama Hindu.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
28

 Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta


dalam suatu proses yang sangat panjang. Pada
mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan,
sering disebut sebagai zaman: “ketika itu belum ada
apa-apa dan semuanya belum menentu.”
 Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama
yang disebut Purusa, iaitu roh sebagai asas yang
menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk
yang maujud mahupun yang mujarad. Lima jasad
maujud atau panca maha bhuta; iaitu akasa –
angkasa, bayu – angin, teja – cahaya, apah - zat cair
dan pretiwi - zat padat .
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
29

Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk


Paramanu atom. Gabungan kelima-lima unsur ini telah menghasilkan
wujud baru yang disebut Brahmanda, iaitu segala planet dan bintang
sebagai sebahagian dari isi alam semesta. Brahmanda maknanya
benda bulat berbentuk telur ciptaan Brahman.
Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan mencipta isinya, seperti
haiwan, tumbuhan dan manusia. Proses penciptaan manusia adalah
sari dari panca maha bhuta, iaitu enam jenis rasa, seperti manis,
pahit, masin, masam, pedas dan kelat. Semua unsur ini telah berpadu
dengan unsur lain, iaitu cita, budi, ahangkara, dasendria, panca
tanmatra dan panca maha bhuta. Sebatian semua unsur ini telah
menghasilkan dua unsur benih kehidupan, iaitu sukla - benih lelaki
dan swanita - benih perempuan. Yang demikian, maka terciptalah
manusia.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
30

 AJARAN HINDU MENGENAI MANUSIA


1. Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai
malapetaka dan penderitaan.
2. Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila
insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan
akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan
semula bahkan bersatu dengan Tuhan.
3. Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila
insaf bahawa jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. Cita-cita
tertinggi manusia adalah berpisah selama-lamanya dari benda
(material).
4. Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin, Ksyatria, Vasya dan
Syudra). (Ada yang mengatakan tambahan – Paria).
5. Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran Semula.
KEJADIAN MANUSIA BERDASARKAN
AGAMA YAHUDI

31

Rujuk http://amarsuteja.blogspot.com/2012/12/asal-usul-manusia-menurut-yahudi-
dan.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian manusia menurut agama Yahudi.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
32

 Kitab Kejadian (Genesis) – Tuhan menciptakan alam dengan


segala isi-isinya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia
dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan berhenti mencipta
dan beristirehat serta disucikannya hari itu.
 Manusia pertama, Adam dijadikan-Nya dari tanah dan
ditempatkan dalam Taman Eden. Dari tulang rusuk Adam
diciptakan pula isterinya, Hawa. Seekor ular (iblis) telah
menipu Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini
mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya
dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh
kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi
nenek moyang kepada segala manusia di muka bumi ini.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
33

AJARAN AGAMA YAHUDI MENGENAI MANUSIA


1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila melakukan


perkara-perkara tertentu seperti menjamah mayat (najis
selama tujuh hari), melahirkan anak maka si ibu dianggap
kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan jika anak
perempuan selama 80 hari) dan sebagainya.
5. Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi Yaaqub

adalah putera-putera terpilih yang dimuliakan Tuhan


berbannding bangsa-bangsa lain.
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT
AGAMA KRISTIAN

34

Rujuk http://amarsuteja.blogspot.com/2012/12/asal-usul-manusia-menurut-yahudi-
dan.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian manusia menurut agama Kristian.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
35

 Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada


perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi
kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis
dalam Perjanjian Lama.
 Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam
Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA disebutkan
sebagai berikut:
 “Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu
tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam
hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk
yang hidup.” (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang
perempuan. Ia adalah manusia pertama. “seperti ada
tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang
hidup.” (1 korintus 15:45)
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
36

 Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan ADAM


KEDUA. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus
dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan
hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi Tuhan yang
maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari
perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar
dapat dikorbankan dengan sempurna.
 Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan yang
maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti
yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan Tuhan yang
sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan maha
pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan
sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
37

AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA


1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini


dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang
dilakukan oleh Adam.
5. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci
untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.
6. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh
diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila
seseorang itu membuat pengakuan di hadapannya.
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA
MENURUT ISLAM

38

Rujuk http://076115asas.blogspot.com/2008/04/proses-kejadian-manusia-menurut-
al.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian manusia menurut Islam.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
39

 Sebagaimana Yahudi dan Kristian, Islam juga menjelaskan


bahawa manusia pertama adalah Adam a.s. Daripada Adam
Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang
biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.
 Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses
penciptaan Adam a.s. iaitu:
 - Dari air
 - Dari tanah (at-turab)
 - Dari pati tanah (at-tin)
 - Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib)
 - Dari tanah yang panas dan berbau (hama’in masnun)
 - Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar)
 - Meniupkan roh
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
40

Peringkat-peringkat kejadian manusia dalam perut ibu:


 Nuffah (segumpal air)

 Alaqah (segumpal darah)

 Mudghah (segumpal daging)

 Luhman (daging)

 Hulqan Akhara (bentuk manusia)

 Faiza Sawwaituhu (menyempurnakan ciptaan bentuk


rupa manusia)
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
41

 Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan


dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54
bahawa keturunan manusia juga berasal daripada
air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara
saintifik sebagai spermatozoon. Oleh itu beliau
melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas
hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain
yang merangkumi saripati tanah dan saripati air
yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan
manusia.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
42

AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA


1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas


mati.
3. Allah SWT. Menyediakan ganjaran pahala dan dosa
atas setiap perbuatan manusia.
4. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih
(fitrah).
5. Perlakuan dosa manusia adalah tanggunggannya
sendiri dan hak untuk mengampunkannya adalah
hak mutlak Allah SWT.
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
43
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
44

 Alam semesta yang dicipta tuhan adalah untuk


keperluan manusia membina kesihatan rohani,
jasmani, jiwa dan raga untuk menghayati
kewujudan Allah swt dengan sifat kudrat, iradat,
ilmu dan hayatNya.
 Kejadian alam semesta bermula dengan
penciptaan langit dan bumi yang mengedari bulan
dan matahari. Maka siang dan malam pun silih
berganti untuk membina kehidupan jasmani yang
menghayati kehidupan rohani.
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
45

 Bumi adalah alam nyata atau raga yang mengandungi


unsur tanah dalam bentuk pepejal yang bersifat
dingin.
 Langit pula adalah alam ghaib atau jiwa yang
mengandungi air dalam bentuk cecair bersifat lembap.
 Angin adah alam nyawa yang memenuhi ruang di
antara langit dan bumi dalam bentuk wap yang
bersifat kering.
 Api pula adalah tenaga meliputi langit dan bumi
dalam bentuk haba yang bersifat panas.
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
46

 Apabila langit menghujani


bumi dengan unsur air bumi
menjadi basah untuk membina
tenaga jiwa dan raga. Unsur
angin pula memberi nyawa
kepada alam jiwa dan raga di
bumi untuk membina alam
kehidupan jasmani. Alam
kehidupan di bumi
memerlukan unsur api untuk
meransang tenaga jasmaninya
yang membina kehidupan
rohani.
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
47

 Kehidupan manusia memerlukan unsur tanah, air


angin dan api yang membina bahan makanan,
minuman, udara dan haba untuk membina tenaga
raga manusia dalam bentuk darah, daging, nafas
dan haba. Tenaga raga manusia pula membina
tenaga jiwa dalam bentuk perasaan kesedaran,
pemikiran dan kefahaman. Tenaga jiwa manusia
dinyatakan oleh tenaga jasmani dalam bentuk
paras rupa, gerak geri, tingkah laku dan
budibahasa. Kehidupan jasmani menghayati
kehidupan rohani iaitu kudrat, iradat, ilmu dan
hayat Allah swt.
KESIMPULAN
48

 Meskipun terdapat pelbagai teori tentang kejadian


alam dan manusia, ia hendaklah berdasarkan logik
akal dan panduan daripada kitab.
 Kejadian alam dan manusia berdasarkan Islam
hendaklah berpandukan kepada Al-Quran serta
gabungan kajian sains yang boleh dibuktikan
dengan kajian saintifik.

Anda mungkin juga menyukai