Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Permainan papan adalah aktiviti sosialisasi yang diterima oleh manusia sejak masa
dahulu. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat diperolehi oleh seseorang yang melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti permainan papan yang dapat meningkatkan pemikiran yang strategik,
yakin dan tenang. Selain daripada itu, permainan ini juga membantu kembangkan kebolehan
berfikir secara kritis dan serta membina disiplin seseorang individu demi memperkuat
ketenangan dan keharmonian minda.

Pada zaman ini, terdapat pelbagai jenis permainan papan mengikut peringkat usia dan
tidak kira lelaki atau perempuan. Kebanyakan permainan papan mempunyai keistimewaan dan
kelebihan yang tersendiri. Permainan papan dapat menggalakkan dan mencabar kekuatan
kemahiran analisis para pemain kerana permainanan papan akan memainkan otak kanan dan
juga menaikkan kreativiti otak, kesabaran, intuisi, penyelesaian masalah, dan banyak lagi
(Susilawati, 2016). Permainan papan juga memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan hubungan sosial melalui interaksi di kalangan masyarakat. Seterusnya, jenis-
jenis permainan papan yang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia seperti contohnya,
“Congkak”, “Backgammon”, “Chess”, “Othello”, “Ular Tangga”, “Scabble”, “Checkers”,
“Weiqi” (atau terkenal sebagai Go), “XiangQi”, “Mahjong”, “Monopoli” dan sebagainya
(Khairi, 2015). Setiap permainan papan tidak menggunakan papan yang sama, setiap
permainan memiliki papannya tersendiri dengan bentuk dan gambar yang berbeza. Sebagai
tambahan, permainan papan dapat mengajar kami melalui pengalaman sebahagian kehidupan
yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing yang telah berusaha untuk
mengekalkan tradisi dan pengajaran permainan papan kepada generasi yang akan datang (Hill,
2016).

Kumpulan kami telah memilih catur Cina (Weiqi) sebagai tajuk kajian. Kami memilih
tajuk ini kerana Weiqi merupakan permainan papan yang mempunyai banyak pengajaran-
pengajaran bagi falsafah kehidupan yang bermanfaat. Melalui permainan papan Weiqi, kami
boleh memahami tamadun Cina. Permainan ini juga dapat menunjukkan kebangkitan tamadun
Cina tetapi semakin ramai masyarakat Cina di Malaysia zaman sekarang semakin melupakan
permainan papan ini.
Objektif Kajian

Kami ingin mengaji:

1. Pandangan masyarakat Cina terhadap catur cina (Wei Qi)


2. Sebab-sebab catur cina tidak terkenal di Malaysia
3. Cara-cara mempromosikan catur cina

Latar Belakang

Terdapat satu pepatah iaitu “琴棋書畫詩酒茶花” apabila diterjemahkan, ia bermakna

“piano”, “catur”, “buku”, “lukis”, “puisi”, “wain”, “Teh”, “bunga” dan pepatah ini juga
menunjukkan kehidupan elegan yang berasal dari China kuno (Chan, 2010). Selain itu,
Perkataan “Qi” dalam Wei Qi adalah imej utama yang bermakna “catur”, ia mempunyai
metafora yang bermakna kebijaksanaan, mengurus dan bekerjasama.

Weiqi adalah salah satu permainan papan tertua di dunia. Weiqi di Korea yang dikenali
sebagai Baduk, manakala di China nama Weiqi / Weichi (ertinya permainan mengurung rantau
ini). Di samping itu, beliau juga dinamakan Igo atau Go di Malaysia, India, Jepun, dan Eropah.

Permainan ini berasal dari China sekitar tahun 3000-4000 SM, kemudian permainan
papan ini dapat tersebar ke Korea dan ianya dinamakan sebagai Baduk. Selepas itu, ia
diubahsuai oleh Jepun serta menamakan permainan papan catur Cina sebagai Igo melalui
perjalanan sejarah yang sangat panjang. Tambahan pula, permainan ini juga dapat tersebar ke
Eropah selepas Perang Dunia II, kemudian merebak ke negara-negara lain manakala ianya
dinamakan sebagai Weiqi atau WeiChi di China serta di Malaysia.

Mengikut legenda, Maharaja Yao (2357-2255 B.C.) menciptakan Weiqi untuk


mencerahkan anaknya Dan Zhu. Dia juga menyatakan bahawa anak Shun Shang Jun tidak
terang dan Shun (2255-2205 B.C.) membuat Weiqi untuk mengajarnya. Sekitar, adalah elemen
penting dalam permainan Weiqi. Objektif permainan Weiqi adalah untuk mendapatkan lebih
banyak wilayah (wilayah yang dikelilingi) daripada wilayah lawan, bukannya memberi makan
pada banyak biji lawan. Dari segi faedah terdapat banyak, iaitu melatih keseimbangan otak kiri
otak kanan, melatih kreativiti, kesabaran, intuisi, penyelesaian masalah, dan lain-lain.

Cara main Weiqi adalah dua pemain (biji catur hitam dan putih) bertempur untuk
memaksimumkan wilayah yang mereka kuasai, dan mengelilingi daerah besar di papan dengan
batu-batunya. Pemain juga perlu memakan batu-batu musuh yang menyusup daerahnya dan
melindungi batu-batu mereka dari penangkapan untuk mendapatkan sebanyaknya wilayah
kosong. Markah akan diberi atas kawasan wilayah, satu persimpangan dalam wilayahnya akan
bagi satu markah kepada pemain, bukan dikira oleh bilangan batu.

Hasil Kajian

1. Pandangan masyarakat Cina terhadap catur Cina (Weiqi)

Menurut temubual kami dengan Naib Pengerusi “Malaysia Go Association”(MWA),


beliau menjelaskan bahawa majoriti orang muda dalam masyarakat Cina yang berminat untuk
menyertai kelas-kelas Weiqi disebabkan ia adalah sesuatu permainan yang strategik dan tenang
serta melatih mereka bagaimana caranya untuk megajar mereka membuat pemilihan dalam
hidup. Weiqi dapat membantu orang berfikir secara rasional ketika permainan tersebut
berlangsung dan dalam kehidupan seseorang. Melalui bahan bacaan kami dalam sebuah buku
yang bertajuk “Go Nasion: Chinese masculinities and the game of weiqi in China”, Weiqi juga
dikatakan konsep permainan ini serupa dengan kehidupan sebenar, kalau seseorang hanya
mementingkan keuntungan hadapan atau memiliki pemikiran yang tamak, sampai terakhir
pasti mendapat keputusan yang sia-sia. Ini menunjukkan setiap permainan papan mempunyai
kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dalam pengembangan minda dan jiwa.

Seterusnya, kami juga mangadakan temubual dengan Setiausaha bagi MWA, beliau
memberitahu Weiqi merupakan sesuatu permainan papan yang masyarakat Cina ingin
melindungi dan mewarisi selama-lamanya. Menurut beliau, kebanyakkan persatuan, institusi
atau sekolah Cina ingin mempromosikan Weiqi kepada generasi muda, sebab mereka
memahami Weiqi merupakan hasil tradisi Cina yang berfaedah kepada masyarakat Cina.
Menurut pemerhatian dari lawatan kami, dapat memerhatikan kelas-kelas Weiqi mereka adalah
majoriti ialah generasi muda berumur jarak antara 16 ke 25. Ini menunjukkan masyarakat Cina
ambil berat atas tradisi mereka, dan mereka terima pengajaran dari nenek moyang dari zaman
lama China.

Selain itu, menurut temubual kami dengan juruaudit bagi MWA, Weiqi ialah sesuatu
permainan yang susah nak faham, unik dan mencabar. Beliau menjelaskan bahawa
kebanyakkan masyarakat Cina kini jarang dengan aktiviti Weiqi sebab majoriti kaum Cina di

Malaysia tidak boleh terima cabaran. Melalui rujukkan perpustakkan yang bertajuk “黑白人

生,彩虹思维”(Kehidupan hitam dan putih, pemikiran pelangi),pengarang tersebut juga

terangkan banyak generasi muda Cina berhenti main Weiqi sebab mereka tidak boleh
menerima kekalahan. Dari segi kajian psikologi yang menjelaskan mengapa banyak generasi
muda pada masa kini akan melarikan diri daripada menghadapi cabaran atau sesuatu situasi
yang tidak dijangkakan oleh mereka.

2. Sebab-sebab catur Cina tidak terkenal di Malaysia

Menurut temubual kami dengan Naib Pengerusi “Malaysia Go Association”(MWA)


beliau menjelaskan bahawa sebab-sebab catur Cina Weiqi tidak terkenal di Malaysia kerana
papan permainan Weiqi itu bukan senang dan bukan murah untuk mendapatkannya. Tambahan
pula, apa yang membuat Weiqi sukar untuk belajar kerana permainan ini mengandungi konsep
yang lebih dipengaruhi oleh kreatif dan logik seseorang itu. Bandingkan Weiqi dengan
XiangQi (Chinese Chess), XiangQi senang main dan mudah dapat dari pasaran seluruh dunia
demikian Weiqi dilupakan oleh masyarakat (Berliner, 2015). Oleh itu, ramai generasi muda
lebih suka permainan papan yang senang difahami daripada permainan yang memerlukan masa
dan usaha untuk dipelajari.

Seterusnya, kami juga menemubual dengan Setiausaha bagi MWA, beliau


memberitahu kami bahawa weiqi tidak mempunyai banyak guru yang mengajar bagaimana
bermain Weiqi dan permainan ini juga sukar untuk diajar. Menurut beliau, Weiqi lebih baik
dipelajari apabila dimainkan daripada ketika belajar kerana permainan papan ini tidak
mempunyai had semasa bermain dan peraturannya tidak berkaitan dengan kemenangan tidak
seperti permainan lain seperti “Chess” yang peraturannya terhubung dengan kemenangan. Di
samping itu, terdapat ramai generasi muda yang telah hilang keminatan mereka semasa
mempelajari bagaimana untuk bermain Weiqi.
Menurut temubual kami dengan juruaudit bagi MWA, beliau memberitahu kami
tentang generasi muda sekarang yang tidak berminat dengan Weiqi kerana teknologi sekarang
sudah maju dan kebanyakkan generasi muda lebih berminat untuk bermain permainan video
daripada bermain permainan yang bertradisi dan berbudaya. Menurut sumber internet, dari
ucapan Smith kami dapat sahkan generasi pada masa kini telah ketagih dengan permainan
video dan permainan tradisional telah merosot (Smith, 2017). Kesimpulannya, permainan Cina
ini tidak dipelajari dan asal usul ketamadunan Cina akan dilupakan oleh generasi yang akan
datang.

3. Cara-cara mempromosikan Catur Cina

Menurut temubual kami dengan Naib Pengerusi “Malaysia Go Association”(MWA)


dan Encik Chia mereka menjelaskan bahawa ada cara-cara untuk memperkenalkan Weiqi
kepada masyarakat muda Cina ialah menambahkan kelab ko-korrikulum Weiqi demi menarik
perhatian generasi muda untuk menyertai aktiviti tersebut di peringkat sekolah atau di institusi
tinggi. Selain itu, kewujudan kelab ko-korrikulum untuk mengendalikan aktiviti Weiqi di
peringkat tersebut boleh meningkatkan peminat-peminat terhadap permainan papan Weiqi.
Kelab ko-korrikulum yang mendapati banyak peminat akan menggalakkan persaingan antara
ahli-ahli kelab tersebut. Oleh sebab itu, Wei Qi antara permainan papan yang paling berdaya
saing. Persaingan dan interaksi kelab korrikulum yang melibatkan hadiah boleh meningkatkan
pengaruh permainan papan Weiqi kepada masyarakat Cina.

Seterusnya, menurut temubual kami dengan Setiausaha bagi MWA, beliau


mengesahkan bahawa salah satu kaedah untuk mempromosikan Weiqi kepada masyarakat Cina
ialah melalui pendidikan dan pengetahuan terhadap pengajaran Weiqi merupakan cara yang
sesuai untuk mengajar masyarakat Cina yang muda. Menurut beliau, kelab Weiqi perlu
menyediakan berbagai buku bacaan, buku rujukan dan buku panduan untuk Weiqi demi ahli-
ahli kelab Weiqi untuk mempelajari asal usul, pengajaran dan juga cara bermain Weiqi.
Tambahan pula, suasana yang sesuai perlu disediakan untuk peminat berlatih Weiqi. Ini
membolehkan peminat-peminat aktiviti ini mempelajari tentang Weiqi dan juga bermain Weiqi
tanpa ganguan. Di samping itu, ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dari buku-buku boleh
digunakan sebagai prinsip kehidupan.

Menurut buku rujukan bertajuk “Go Nasion: Chinese masculinities and the game of
weiqi in China”, cara-cara yang terbaik untuk mempromosikan Weiqi kepada masyarakat Cina
adalah melalui pendidikan dari awal tadika semasa umur 3 sampai 6. Pendidikan semasa kecil
ini dapat meningkatkan ketangkasan dan merangsang kecerdasan otak. Selain itu, nilai moral yang
dapat diperolehi dari bermain Weiqi adalah kualiti psikologi yang baik, lebih keyakinan diri, kawalan
diri, kemampuan diri dan kestabilan emosi. Setiap manusia perlu dilatih semasa kecil serta
menambahkan peminat generasi muda kerana keingintahuan kanak-kanak adalah kuat dan
mereka suka bermain setakat mempromosikan dan mendidik mereka adalah cara yang terbaik
dan termudah untuk mempromosikan permainan papan Weiqi demi menarik minat mereka
untuk menerima permainan papan semasa kecil lagi (Choong, 2008). Ini dapat memanam nilai
kebudayaan dan juga mendisiplinkan masyarakat Cina semasa awal hidup.

Kesimpulan

Mengikut kajian kami, Weiqi banyak mendatangkan faedah kepada minda manusia
melalui penyelidikan kami yang mendalam mengenai Weiqi dapat memperbesarkan niat
konsep logik tradisional yang boleh meningkatkan kebijaksanaan manusia. Tambahan pula,
Weiqi boleh mendorong perkembangan dan kecerdasan otak, kemajuan kepekaan, memori,
keupayaan focus, kekuatan pemerhatian, berfikir kritis, kemahiran analitik dan perancangan
strategik. Tambahan pula, bermain Weiqi juga dapat meningkatkan interaksi sosial antara
pemain kerana permainan ini memerlukan masa yang banyak untuk bermain.

Pada zaman sekarang, Weiqi tidak diamalkan dari peringkat awal sekolah sehingga
peringkat pengajian tinggi. Weiqi adalah permainan yang sangat unik dan harus dimainkan
oleh sesiapa yang memilih untuk memainkannya Oleh sebab itu, kami ingin mencadangkan
kepada semua pihak sekolah atau pihak institusi tinggi untuk mempromosikan dan
mengadakan kelab Weiqi sebagai satu aktiviti kurikulum. Ini membolehkan generasi muda
yang akan datang dapat mendedahkan diri mereka kepada permainan papan Weiqi yang
terdapat banyak faedah.

Weiqi juga boleh berkongsi nilai budaya dengan generasi masa hadapan supaya
pengajaran Weiqi dapat memberi manfaat kepada kehidupan kita dalam setiap keadaan. Oleh
itu, dari penyelidikan dan penemuan kami, kami berharap Weiqi boleh diwarisi kepada
generasi-generasi muda yang akan datang kerana permainan ini dapat memberikan banyak
pengajaran yang dapat digunakan sebagai pendidikan kita untuk menjadi manusia yang
bermoral.
Bibliografi
1. Berliner, H., 2015. Compare Go To Chess. [Online]
Available at: https://senseis.xmp.net/?CompareGoToChess%2FDiscussion
[Accessed 28 11 2017].

2. Chan, W., 2010. 人生八雅——琴棋书画诗酒花茶. [Online]


Available at: http://www.360doc.com/content/10/1214/19/257271_78128862.shtml
[Accessed 27 11 2017].

3. Choong, M., 2008. 棋类活动对儿童智力的影响综述. CSCD.

4. Hill, J., 2016. Learn about Malaysian culture through board games at game night. The Post ,
26 10.

5. Khairi, N. F. A., 2015. Jurnal Permainan Tradisional. [Online]


Available at: https://www.slideshare.net/mieyz/jurnal-permainan-tradosional
[Accessed 28 11 2017].

6. Moskowitz, M. L., 2013. Go Nasion: Chinese masculinities and the game of weiqi in China.
California: University of California Press.

7. Smith, K., 2017. We’re losing a whole generation of young men to video games. [Online]
Available at: https://nypost.com/2017/07/08/were-losing-a-whole-generation-of-young-
men-to-video-games/
[Accessed 24 11 2017].

8. Susilawati, D., 2016. Republika. [Online]


Available at: http://www.republika.co.id/berita/gaya-
hidup/parenting/16/03/17/o45w66328-psikolog-paparkan-manfaat-besar-permainan-
papan-untuk-anak
[Accessed 28 11 2017].

9. 藩台成, 2008. 黑白世界,彩色人生. Taiwan: 时报.

Anda mungkin juga menyukai