Anda di halaman 1dari 62

TEMA : JUVANA

Marcapada segenap masyarakat sering menuding jari menyalahkan ibu bapa apabila
masalah kebejatan moral yang melibatkan anak-anak bawah umur atau juvana semakin
menghantui cita-cita negara dalam merealisasikan wawasan negara. Blok-blok pemikiran
yang prejudis seperti ini harus dihakis daripada kotak pemikiran masyarakat yang terus
mencipta persepsi yang salah.
Akibat kemewahan yang melimpah ruah, remaja bersikap materialistik dan tidak dapat
membezakan yang baik dan buruk. Limpahan kemewahan telah membutakan hati dan
pemikiran mereka sehingga menyebabkan nilai jati diri semakin ghaib dalam benak dan
diri remaja. Ilmu agama yang dangkal menjerumuskan remaja melibatkan diri dalam
rencaman kes juvana seperti merompak, penyalahgunaan dadah, pecah rumah dan lain-lain.
Terdapat beberapa implikasi negatif yang akan dihadapi oleh individu apabila mereka
terjerumus dalam kancah negatif seperti kes juvana. Kebejatan nilai moral dan jati diri dalam
kalangan remaja akan menyebabkan mereka dipandang serong oleh masyarakat. Hal ini
menyebabkan mereka disisih dan dipulau oleh kelompok masyarakat kerana dianggap sebagai
perosak bangsa ibarat rumput di tepi jalan.
Langkah drastik yang efektif seperti membuat kempen raksasa secara bersepadu perlu
digiatkan tanpa bersikap prejudis bagi mengekang masalah kebejatan moral ini daripada
terus menjadi ruwet bagai api dalam sekam. Dimensi minda yang berada pada takuk lama
seharusnya diperkasakan seiring dengan arus kemodenan dunia supaya seluruh masyarakat
kosmopolitan dapat berganding bahu dalam melaksanakan agenda perdana ini.
Bagi mengurai kemelut ini, pengemblengan tenaga semua pihak bagai aur dengan tebing
amatlah ditagih dan tidak hanya terletak dipundak ibu bapa sahaja kerana yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing. Tuntasnya, segala sorotan rundingan meja bulat
yang menyeru ke arah pembaikan sistem sosial dan masyarakat seharusnya disambut baik
dalam usaha mengekalkan tamadun tempatan demi kepentingan generasi masa hadapan.

LATIHAN A
Berkiblatkan
budaya asing

Menjaga tepi
kain orang

Api kecil baik


dipadam

Menganggap
hitam dikatakan
putih, putih
dikatakan hitam

Anak badak
jangan dikejarkejar

Sebelum nasi
menjadi bubur

Kebejatan
akidah

Membenamkan
budaya barat

Limpahan
kemewahan

Duniawi yang
mengejar
materialistik

1.Remaja zaman sekarang terlalu ___________________________ kerana terpengaruh oleh


rakan sebaya mereka yang masih lagi mencari arah tuju dalam kehidupan mereka.
2. __________________________ remaja sukar dibendung kerana mereka terlalu mengikut
kata hati mereka dan tidak memikirkan implikasi yang akan berlaku.
3.Kita harus ____________________________ bagi mengurangkan masalah juvana yang
semakin banyak supaya remaja kita tidak terikut budaya kuning.
4.Remaja perlu pulang ke pangkal jalan ____________________________ dan remaja itu
perlulah melakukan sesuatu perkara yang berfaedah bagi mengisi masa lapang.
5.Remaja yang terlibat dalam kes juvana ,mereka sering _____________________________.
6.Masyarakat perlu memainkan peranan penting bak kata pepatah
____________________________ dalam mengatasi masalah sosial yang berlaku dalam
kalangan remaja.
7. Ibu bapa perlu mengawal anak-anak remaja mereka bak kata pepatah
______________________ supaya mereka menjadi orang yang berguna apabila dewasa
kelak.
8. Banyak remaja yang menyimpang dari landasan agama kerana terdedah dengan
_________________________ yang dicurahkan sejak kecil lagi.
9. Punca kebejatan akidah remaja pada masa ini berpunca daripada sikap lepas tangan
segelintir ibu bapa yang hanya mementingkan _____________________________ .
10. Remaja pada zaman ini seperti ____________________________ kerana sanggup
melakukan perkara yang membahayakan diri mereka seperti terlibat dalam lumba haram dan
mengambil dadah.

TEMA : PELANCONGAN
1. Cameron Highland menjanjikan panorama hijau kepada pengunjungnya.
2. Melalui pelancongan , Malaysia dapat mempamerkan citra bangsa yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
3. Kemajuan dalam bidang pelancongan telah merapatkan jurang digital Malaysia
dengan negara elit yang lain seperti Amerika Syarikat , Jepun dan Perancis.
4. Selain meningkatkan pendapatan negara , pelancongan juga dapat memperbaik
imbangan pembayaran bak kata pepatah sambil menyelam minum air.
5. Langkah-langkah bagi memajukan sektor pelancongan patut dilaksanakan umtuk
meningkatkan pendapatan negara agar kita dapat berdiri sama tinggi duduk sama
rendah dengan negara-negara maju lain seperti Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu
( U.A.E ) dari aspek ekonomi.
6. TEMA : PELANCONGAN .
Latihan .B
buah mulut

glokal dan
global
seperti enau
dalm belukar

perkembangan
teknologi
maklumat yang
luas dan tiada
batasnya
berdiri sama
tinggi , duduk
sama rendah

wahana dalam
pembangunan
mega

aur dengan
tebing

bersatu teguh ,
bercerai roboh

indah khabar
dari rupa

Tak kenal maka


tak cinta

hati gajah sama


dilapah , hati
kuman sama
dicecah
bahasa
menunjukkan
bangsa

jika tidak
dipecahkan
ruyung ,
manakan dapat
sagunya
tak kenal maka
tak cinta

1. Agensi-agensi pelancongan perlu bersikap kreatif bagi menerokai bidang pelancongan


dengan memperluas konsep dan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti
ekopelancongan , pelancongan alam sekitar , pelancongan pendidikan , pelancongan
perubatan dan sebagainya seperti pepatah ____________________________________
____________________________________________.

2. Jika usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas , hasrat untuk melihat sektor
pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi kenyataan tidak akan
kesampaian bak kata pepatah ________________________________________________.
3. Industri pelancongan harus diperkembang dan diperkasa pada peringkat
_________________________ supaya menjadi tumpuan para pelancong dari seantero
dunia.
4. Malaysia mampu menjadi sebuah negara destinasi pelancongan tropika indah yang
tersohor dan berpotensi di rantau Asia dan dunia dengan keistimewaan yang dimiliki oleh
negara ini kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ___________________
_____________________________________________________ dengan berkomitmen
memajukan industri pelancongan negara ini.
5. Tindakan rakyat sangat penting dengan memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak
swasta dalam usaha memajukan sektor pelancongan agar negara dapat _______________
____________________________________ dengan negara-negara maju serta membantu
negara mencapai tahap agar maju pada tahun 2020.
6. Semangat kejiranan secara tidak langsung sangat penting kerana perhubungan erat
sebagaimana ________________________________________ akan dijalinkan dan sikap
__________________________________ tidak patut ada dalam masyarakat agar rakyat
dapat menggembleng tenaga bersama seperti ___________________________
____________________untuk mencapai kemajuan.
7. Kita sebagai rakyat Malaysia boleh mengaplikasikan __________________________
___________________________________________ untuk memperkenalkan negara kita
ke seluruh dunia dan mengikis persepsi pelancong yang berpendapat bahawa Malaysia
hanya _________________________________________.
8. Industri pelancongan di Malaysia menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat
memacu pertumbuhan industri lain yang semuanya berperanan sebagai ___________
____________________________________________ Malaysia.
9. Rentetan itu , pusat-pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan
tapak untuk mempamerkan kepelbagaian budaya Malaysia dan alat permainan tradisional
kepada pelancong asing.Tindakan ini pasti dapat memajukan industri pelancongan kerana
_____________________________________.
10. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan dan lembut bahasa kerana _____________
__________________________ dengan melayan pelancong secara baik kunjungan
mereka ke Malaysia memberi kenangan manis dan menjadi ____________
____________________ apabila pelancong pulang ke tanah air mereka.

TEMA : BANGUNAN BERSEJARAH


1.Pihak kerajaan perlu mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu
dikekalkan dan dilestarikan bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
2.Binaan unik yang terdapat pada bangunan bersejarah seperti Kota AFamosa boleh
diemplikasikan sebagai daya penarik kepada golongan pelancong di samping memperingati
sejarah negara bak kata pepatah bangunan ini dijadikan serampang dua mata.
3. Pembangunan yang pesat pada masa ini telah menjadi duri dalam daging kepada
pemeliharaan bangunan bersejarah yang terdapat di dalam negara.
4. Keindahan bangunan bersejarah yang terdapat di dalam negara dapat mengangkat identiti
negara ke seantero dunia .
5. Bangunan bersejarah amat penting untuk generasi masa kini dan juga generasi yang akan
datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa
sejarah yang tercatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dogeng,
mitos dan lagenda.

LATIHAN.C
Sudah terang lagi bersuluh
Ghaib dalam benak fikiran masyarakat
Tiada galang ganti
Bangunan gajah putih.
Nilai estetika

Tak kenal maka tak cinta


Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Lambang nasionalisme negara
Tinggal sebagai catatan dalam lipatan sejarah
Hamparan bangunan yang unik

1. Bangunan bersejarah mempunyai nilai seni dan _________________________ yang


penting.
2. Bangunan bersejarah akan mengingatkan kita tentang peristiwa lama yang
_____________________________.
3. Sebut sahaja negeri Melaka, tergambar dalam fikiran kita _______________bercirikan
seni bina Portugis.
4. Bangunan bersejarah haruslah dipelihara agar _________________________.
5. Seni bina Masjid Kapitan Keling yang halus dan bercirikan islamik perlu dikekalkan
agar tidak menjadi __________________________.
6. Menara Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Pulau Pinang dinamakan untuk
memberi penghormatan kepada Perdana Menteri Malaysia kedua yang ____________.

7. Kerajaan harus mengambil langkah drastik yang efektif untuk memelihara bangunan
bersejarah agar kekal menjadi _______________________.
8. Bangunan dan pancutan Air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek
dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor iaitu En. Steven
Harper .Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis
peribahasa , yakni________________________.
9. Bangunan bersejarah harus dijadikan simbol kemegahan negara agar tidak
___________________________.
10. ____________________,kempen raksasa sememangnya diperlukan bagi memelihara
tradisi yang telah diwariskan.
TEMA : JIRAN
Pendekatan yang telah ditetapkan oleh ahli jawatankuasa penduduk kampung melalui
Kempen Semangat Kejiranan bertujuan memupuk insan yang komited dalam diri penduduk
kampung ibarat seperti air dalam talam.
Penduduk yang bersifat autoritorian dapat menjamin keselamatan dan keharmonian hidup
bermasyarakat. Senario ini persis slogan bersekutu bertambah mutu.
Satu wahana yang konkrit dan pragmatik wajib dilaksanakan sesama jiran tetangga agar
persefahaman dapat dibentuk. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa seikat bagai sireh,
serumpun bagai serai.
Cogan kata bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat perlu
difahami dan dihayati agar penduduk setempat terikat dalam norma hidup masyarakat
yang aman sentosa.
Rukun tetangga seharusnya dijadikan induk perpaduan untuk melahirkan generasi muda
yang kaya dengan semangat kejiranan bak kata pepatah elok kata dalam muafakat, buruk
kata di luar muafakat.
LATIHAN D
Kancah
kemiskinan

Mempamerkan
citra bangsa
A

Pendekatan
humanistic

Perkhidmatan
integriti

B
C
Bersama bersatu Di bawah satu
menuju alaf baru bumbung
muafakat
F
G
H

Banyak udang
banyak garam,
banyak orang
banyak ragam D
Bukit sama didaki,
lurah sama
dituruni
I

Interaksi social
E
Muafakat
membawa
berkat
J

1.Kata pepatah ________________________ _____ kerana setiap pekerjaan akan


membuahkan hasil apabila wujudnya kerjasama dalam masyarakat.
2.Fenomena ini dapat dikaitkan dengan peribahasa _____________________________kerana
sebagai masyarakat yang harmoni kesusahan dan kesenangan harus dikongsi bersama.
3.Penduduk kampung Sirajuddin berada ______________________________ semasa
menjalankan program gotong-royong dengan lancarnya.
4.Konsep 1 Malaysia yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri ____________________
yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.
5. Bagi menyelesaikan masalah perselisihan faham yang dihadapi antara penduduk
kampung,_________________________________ perlu diambil dengan segera.
6.Perpaduan antara jiran tetangga, perlu diperkukuh demi kepentingan bersama
melalui___________________________________.
7.Bertegur sapa merupakan satu proses yang melibatkan ______________________________
antara penduduk setempat.
8.Walaupun terdapat segelintir masyarakat yang dilanda _____________________________
namun, semangat kejiranan antara penduduk tetap teguh dan bersepadu.
9.Sungguhpun________________________________________ walaupun begitu, semangat
kejiranan tidak pernah luntur.
10.Tanggapan ________________________ perlu dititikberatkan dalam kotak minda
masyarakat setempat.

TEMA : KEMALANGAN

1.Pihak kerajaan telah melakukan satu anjakan paradigma bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya melalui kempen-kempen kesedaran kerana malang tidak berbau.
2.Kadar kemalangan yang semakin meruncing perlu dibawa ke tengah bagi mengurangkan
kematian akibat kemalangan kerana tiada guna jika sudah terhantuk baru terngadah.
3.Sikap pandu cermat jiwa selamat perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi
membendung masalah kemalangan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

4.Masyarakat perlu memupuk sikap biar lambat asalkan selamat dengan berhati-hati di
jalan raya agar kadar kemalangan dapat dikurangkan.
5.Masalah kecelaruan emosi menyebabkan berlakunya kemalangan,masyarakat perlu ingat
sebelum kena jimat sebelum habis supaya kemalangan dapat dielakkan.
6.Laporan kes-kes kemalangan diadun dengan kisah mengecewakan kerana kehilangan
orang yang tersayang.
LATIHAN E
Seperti lipas
kudung

Mencurah air ke
daun keladi

Hanya diadun
dengan kisahkisah
mengecewakan
Satu anjakan
paradigma

Bagai enau dalam


belukar,
melepaskan pucuk
masing-masing
Bagai melepaskan
batuk ditangga

Kecelaruan emosi

Ingatlah orang
tersayang

Berhati-hati
dijalan raya

Ingat sebelum
kena, jimat
sebelum habis

1.Pengguna jalan raya seharusnya tidak bersikap_________________________________agar


dapat melahirkan masyarakat yang berhemat di jalan raya.
2.Sikap_____________________________________dapat dilihat dalam diri masyarakat
yang tidak mengendahkan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
3.Langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan bagi mengurangkan kadar kematian
seperti cogan kata___________________________________________.
4.Musim perayaan seharusnya menjadi detik yang menggembirakan namun kini
_____________________________________________________.
5.Sikap______________________________________dapat mengurangkan kemalangan
terutama pada musim-musim perayaan.
6.Sikap remaja yang terburu-buru semasa memandu membawa padah.Senario ini
persis____________________________.
7.___________________________dapat dilaksanakan melalui penyelenggaraan jalan raya
yang lebih efisien.
8.Masalah________________semasa memandu harus diatasi agar tiada gangguan semasa
memandu di jalan raya.
9.Sebelum memulakan perjalanan,kenderaan haruslah diperiksa dengan teliti bak kata pepatah
__________________________________________________.
10.Pemandu bas yang culas diibaratkan ____________________________ kerana tidak
mengendalikan kenderaan dengan sempurna.

01. TEMA BUDAYA MEMBACA

Ilmu pelita hidup


Membaca jambatan ilmu

Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan.

Bangsa membaca bangsa berjaya

Membaca memerdekakan minda.

"Saya sanggup dipanggil sebagai pemboros kerana membelanjakan sebahagian


besar daripada pendapatan saya untuk membeli buku". Mantan Perdana
Menteri India - Nehru.

Orang yang tidak membaca umpama katak di bawah tempurung.

Socrates:"Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya


diriku".

02. TEMA SEMANGAT KEJIRANAN


Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Muafakat membawa berkat.

Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain.

Anak orang anak sendiri

Beranak seorang mendidik ramai.

Bagai aur dengan tebing

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Hamka:"Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu,bermakna memberi


sesuatu kepada dirimu sendiri".

03. AMALAN MENABUNG


Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.

Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Sediakan payung sebelum hujan.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Victor Hugo: "Tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya".

04. PELANCONGAN
Jauh perjalanan luas pengalaman.
Budi bahasa budaya kita.

Kecil tapak tangan, nyiru sama tadahkan.

Negara Bersih, Rakyat Sihat .

Datuk Seri Ng Yen Yen: Pada tahun 2010 seramai 2.2 juta pelancong telah
melawat Malaysia; Perbelanjaan RM6 bilion.

05. KEMALANGAN JALAN RAYA


Biar lambat asalkan selamat.
Malang tidak berbau.

Sudah terhantuk baru tengadah.

Nasi sudah menjadi bubur.

Alah bisa tegal biasa.

Hadis Nabi: Sabar itu sebahagian daripada iman.

06. BANGUNAN BERSEJARAH


Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Hanya jauhari mengenal manikam.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu
sebagai pengajaran masa sekarang.

07. KELUARGA
Bapa borek anak rintik.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis
dengan warna pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan
dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tidak mahu menjadi seperti kata peribahasa,'Ketam menyuruh anaknya


berjalan lurus'.

Ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak mereka.

Peribahasa Bahasa Arab: 'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'.

08. NEGARA / CINTAKAN NEGARA / PATRIOTISME


John F.Kennedy: "Jangan bertanya apakah sumbangan negara untuk anda.
Sebaliknya bertanya apakah sumbangan anda untuk negara".
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Biar putih tulang, jangan putih mata.

Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Seberkas lidi kuat kudratnya berbanding dengan sebatang lidi yang mudah
dipatahkan.

Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak
berselerak.

Frasa menarik dalam karangan

1Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya


2Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7Alaf baharu - Masa terkini
8Mutakhir ini - Pada masa kini
9Seantero dunia - Seluruh dunia
10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu

22Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum


23Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke
semasa
25Landasan berfikir - Cara berfikir
26Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27Mengaibkan diri - Memalukan diri
28Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31Bacul - Tidak bersemangat
32Badai kehidupan - Cabaran hidup
33Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34Berkongkalikung - Bersepakat
35Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36Praja - Kota / negeri
37Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40Nawaitu diri - Keinginan diri
41Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43Portfolio menteri - Tugas menteri
44Pentas siasah - Dunia politik
45Polemik - Bahas / debat / konflik
46Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47Linglung - Hilang ingatan
48Falah - Kejayaan / kemenangan
49interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,

b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala

(Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)


a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang
berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........

n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......


o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN


KARANGAN
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda
kita telah .
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan
oleh rakyat kita sendiri.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan
PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi
masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita
ini.
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan .
Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik
dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi
hingga ke akar umbi.
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
Kita dapat menyaksikan betapa
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
Lazimnya, dalam keadaan
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
Pada hemat saya
Pada pandangan saya
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
Sebagaimana yang kita ketahui
Sebagaimana yang kita maklumi
Sejak awal lagi

Sejak kebelakangan ini


Selain itu, pada masa ini juga
Seperti yang telah dinyatakan
Umum mengetahui bahawa
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM
KARANGAN
Bagi sesetengah orang
Begitu juga dengan
Begitu juga halnya dengan
Bertitik tolak daripada itu
Bukan itu sahaja
Dalam hal ini
Dalam konteks ini ..
Dalam zaman yang serba canggih ini
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
Dengan adanya
Dengan berbuat demikian
Dengan perkataan lain ..
Disebabkan hal itu
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Hal ini berlaku disebabkan
Hal ini penting dalam
Hal ini serupa dengan
Hal yang serupa berlaku apabila
Ini disebabkan
Ini membuktikan bahawa
Ini menggambarkan bahawa
Ini secara tidak langsung akan
Ini semua meninggalkan kesan kerana
Ini tentu sekali membuatkan
Jadi kita perlu
Jadi kita hendaklah
Keadaan ini tentunya
Lantaran itu sehingga kini
Kesemua ini menyumbang kepada
Kita mengakui hakikat bahawa
Kita sering menonton di kaca televisyen
Kita sering membaca di dada-dada akhbar
Memandangkan keadaan yang sedemikian
Namun sejak kebelakangan ini
Oleh itu, bolehlah dikatakan
Secara logiknya masa yang
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
Keadaan ini seharusnya boleh
Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
Kendatipun demikian, kita masih
Yang paling nyata ialah

Yang perlu kita pastikan ialah


PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun
menunjukkan bahawa sebanyak
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
Sebagai contohnya
Biar kita lihat
Biar kita ambil contoh
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
Sebagai analoginya,
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
Intihanya,
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
Konklusinya,
Dengan ini diharapkan
Bukan itu sahaja
Mudah-mudahan perkara ini
Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, insyallah perkara ini akan
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah
buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi
adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata,
maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan."
~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat
meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu
memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey
John Schwartz

10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar
perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan."
~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala
rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan
yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan
penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah,
hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak;
sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk
mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah
manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan
kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang
membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh
penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk
berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa
yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas
dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Amalan Gaya Sihat


1.berdasarkan petikan hadis berbunyi, "jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu
sakit". jelaslah disini bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai
dalam kehidupan manusia.

Perpaduan
1.pada 31 oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan timbalan perdana menteri
Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain untuk mempelajari

pengalaman Malaysia mengekalkan perpaduan dan amalan tolak ansur dalam hal
agama.
2.integerasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha
memupuk perpaduan kaum dapat di mulakan sejak di bangku sekolah
menengah.
3.perayaan-perayaan di malaysia telah membuka dimensi baru dalam mengubah
corak integrasi nasional di negara ini.
4.peribahasa barat ada mengatakan jika kesemua labah-labah bersatu pasti
singa sekalipun dapat di tewaskan.
5. bersatu teguh bercerai roboh.

Jenayah
1.menurut sejarah dunia, empayar rom jatuh disebabkan banyaknya kes
pembunuhan, kes rogol, dan keruntuhan akhlak.
2.hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mengikut langkah-langkah
syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu membuat pekara keji
dan jahat.

Berakhlak
1.daripada aisyah r.ha, rasulullah bersabda "sesungguhnya allah menyukai sikap
berlemah lembut dalam semua perkara.
2.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "muliakanlah anak-anak kamu
dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Kasih Sayang
1. daripada Abu Musa Al Asyari, rasulullah bersabda yang bermaksud "kaitan
antara seorang yang beriman dengan yanhg lainnya ialah umpama sebuah
binaan yang menguatkan antara satu sama lain.
2. kasih sayang tidak dapat di beli dengan harta ataupun wang ringgit.

01. absurd = mustahil, tidak masuk akal


02. ketidakacuhan = sikap tidak memperdulikan sesuatu
03. beradaptasi = membuat penyesuaian
04. adiwangsa = bangsa utama (mulia)
05. adiwarna = amat indah, amat bagus
06. akademikus = orang yang berpendidikan / lepasan universiti
07. aktual = yang sebenarnya
08. mengakulturasi = menyerapan budaya ke sesuatu budaya yang lain
09. alhasil = akhirnya, kesudahannya
10. seantero = seluruh
11. apologetik = menyesali sesuatu perbuatan yang sudah terlanjur
12. apresiasi = penghargaan terhadap sumbangan atau jasa seseorang
13. asimilasi = berpadu menjadi satu
14. pengasimilasian = proses mengasimilasikan sesuatu
15. pembabibutaan = melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang
16. membahalakan = memuja, mendewa-dewakan
17. memperbonekakan = mempermainkan
18. bobrok = rosak, binasa
19. membobrokkan = merosakkan, membinasakan
20. cemerkap = tidak cermat melakukan sesuatu
21. kecemerkapan = kelalaian
22. mendampilkan = merapatkan
23. darulfana = dunia yang tidak kekal abadi
24. de facto = pada hakikatnya, sebenarnya
25. de jure = menurut undang-undang
26. memperdekap = menjadikan lebih dekat
27. kedekadenan = kemerosotan (nilai, kualiti dan lain-lain)
28. mendugalkan = memuakkan, meloyakan
29. keefisienan = kecekapan
30. egosentrik = mementingkan keperluan diri dan tidak peduli orang lain
31. egotisme = mementingkan diri sendiri
32. eksistensi = kewujudan
33. evasif = mengelak diri daripada sesuatu tanggungjawab
34. memfaalkan = meramalkan
35. memfadihatkan = memalukan seseorang, mengaibkan

36. fanatisisme = keyakinan yang amat kuat terhadap sesuatu


37. berfantasi = berangan-angan, berkhayal
38. memfantasikan = mengkhayalkan, mengangan-angankan
39. fundamental = sangat penting
40. secara generalisasinya = kesimpulannya
41. menggeneralisasikan = membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara
42. kehakikiannya = keadaan yang sebenarnya
43. hipokrasi = perbuatan berpura-pura baik
44. mengimplementasikan = melaksanakan
45. mengintegrasikan = menyatupadukan (kaum)
46. inteligensia = orang bijak pandai
47. mengisbatkan = menentukan, menetapkan
48. mengalicaukan = mengelakkan
49. ketidakkeruanan =keadaan tidak tentu arah
50. kekhilafan = kesalahan kerana kurang teliti atau kurang pengalaman
51. terkhilaf = tersalah, terkeliru
52. khisit = iri hati, cemburu
53. mengomidikan = memperdayakan, mempermainkan, menipu
54. kolaborasi = berkerjasama dengan pihak musuh
55. kolaboratif = kerjasama antara dua pihak
56. melemahlesukan = menjadikan lemah, tidak bermaya
57. maslahat = berfaedah, berguna
58. kemaslahatan = faedah, kegunaan
59. musyawarah = perundingan antara kedua-dua belah pihak
60. bermusyawarah = berunding, berbincang, bermesyuarat
61. mengqadimkan = meramalkan
62. memperyahudikan = memandang hina
63. seyogia = sepatutnya
64. yuda = peperangan
65. mentarbiahkan = mendidik, mengasuh

Koleksi 1 - Frasa Menarik


-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus
yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap

membelenggu.......
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat
tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai
kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha
yang
cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak
mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar
jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang
generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang
sempit
-masyarakat yang naif dengan mata
kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang
berketerampilan, bersahsiah mulia dan
berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu
kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan
keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling
bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang

beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak
bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius
semua
pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan
tercabut
daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
-mendepani realiti baru dunia yang pantas
berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang
murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan
aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan
dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat

-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat


-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum
menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda
negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-perhatian dan pemantauan
-budaya dan amalan harian
-menyuntik semangat
-wadah berkesan untuk mendidik
-menggembleng tenaga dan sumber
-pengisian jiwa dan minda
-menjadi benteng tenaga dalam memerangi
-platform
-pembentukan insan
-ketulusan dan keazaman
-petanda jelas
-meracuni masa dpn
-era globalisasi
-nadi kehidupan
-komunikasi bermakna
-secara holistik
-pendidikan dan pembangunan moral
-merangsang tenaga intelektual
-usaha membina tamadun bangsa
-merosakkn moral
-menempa kejayaan
-meningkatkan kesedaran masyarakat
-elemen
-relevan
-tuntutan pemodenan
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-instrumen perpaduan
-zaman muasir ini (sekarang)
-hamba teknologi

Koleksi 2
deduksi - kesimpulan
sayembara - peraduan
propaganda - ideologi - pendapat yang mempengaruhi
norma - ketentuan - peraturan
ekstermis - orang yang bersikap melampaui
batas
gembleng - memadu (tenaga)
interim - bersifat sementara
dunia tanpa sempadan
-fitrah prodeo : flora dan fauna
-kemaslahatan : kebaikan
-melestarikan - mengekalkan
-gedung ilmu, sekolah teratak ilmu
-cabaran masa depan yang kian rencam
-Sesungguhnya, menangis ketika berundur adalah lebih baik daripada merintih
selepas melangkah
-Zaman bertukar, musim berganti....
-Remaja bukan sahaja permata dalam rumah tangga dan generasi harapan
masa depan keluarga malah merupakan pewaris kegemilangan negara
-Impaknya, bayangkan keadaan di negara kita
yang mencapai tahap jenayah/penagihan
dadah sifar!
-Diharapkan biarlah aspek pendidikan itu
tunjangnya dipaterikan dengan agama.
-mengadu domba : melaga-lagakan
-wahana : saluran
-anjakan paradigma : peralihan drpd 1 lingkungan kpd sesuatu yg baru
(fikiran)
-visi kudsi : visi suci
-anak watan pewaris bangsa : remaja

Koeksi 3 - Kosa Kata Luas


1. bermaharajarela - berleluasa

2. konflik jiwa - pergolakan jiwa


3. menopang dagu -termenung
4. tonggak- asas/dasar
5. aset- sesuatu yang bernilai
6. menuding jari- menyalahkan orang lain
7. seantero- seluruh
8. malapetaka- bencana/ bala
9. keserakahan- kerakusan, ketamakan
10. konklik -kuat, kukuh, mapan
11. merealisasikan -menjadikan kenyataan
12. vandalisme- merosakkan harta benda
13. lumrah- kebiasaan
14. duniawi -hal-hal dunia
15. ketandusan -tidak ada
16. disisihkan- dipinggirkan
17. kritikal- serius
18. sanubari -jiwa
19. akar umbi -punca
20. meranapkan- menghancurkan
21. kesedaran sivik -kesedaran tentang
tanggungjawab
22. perdana- utama
23. materialistik -kebendaan
24. membendung- mengawal
25. realiti- hakikat
26. berjat* kawan
27. pancarobah -keadaan yang kacau
28. mengheret- membawa kepada
29. seyogia* harus, patut
30. merunsingkan -merisaukan
31. kepupusan - kehilangan
32. khazanah -harta benda
33. global- dunia seluruhnya
34. pusaka- sesuatu yang diwarisi turuntemurun
35. warisan- harta pusaka
36. prihatin- peka
37. demonstrasi -menunjukkan
38. gemuruh- hebat
39. serampang dua mata -melakukan dua
kerja serentak

40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.
73.
74.
75.
76.
77.
78.
79.
80.

terjebak- terlibat
arkib- tempat menyimpan benda khazanah
mencungkil -mencari
iltizam -harapan tinggi
silaturahim -persaudaraan
motivasi -semangat tinggi
menyarankan- mencadangkan
era -zaman
sistematik- teratur, mengikut peraturan
intensif -giat, bersungguh-sungguh
menberangsangkan- membanggakan
menimba- mendapat
rentetan- ekoran
tersadai -tidak bergerak
peras ugut- ancaman, paksaan
dif -tetamu
sahsiah- keperibadian
komitmen- kesungguhan
perpestif -tanggapan
julung-julung- kali pertama
nadi- penggerak
mengikis- membuang
kegawatan- kejatuhan
tampil- keluar
syabas- tahniah
kewibawaan- keupayaan
muafakat -kerjasama
terpikul -tertanggung
teladan -contoh
mengubah- menukar
dinafikan -disangkal
menyeru -meminta
ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan
mutakhir-terkini
fasilitator- pemudah cara
fleksible -mudah diubahsuai
kebejatan- kejatuhan
persada -gelangang
boikot -dipulaukan
manfaat- faedah
total -menyeluruh

81. senggang -santai, tidak sibuk


82. bergelandang- berperlesetan
83. maslahat -faedah
84. norma- adat
85. tersohor- terkenal
86. kutsi -suci
87. diuar-uarkan- dicanangkan
88. dana -modal
89. menerajui- memimpin, mengetuai
90. imej -penampilan
91. emansipasi- hak kebebasan
92. merenoatkan- mengagalkan
93. dimonopoli- dikuasai
94. kolot- kuno
95. profesion- kerjaya
96. infomasi- penerangan
97. intergrasi- perpaduan
98. aspirasi -cita-cita, keinginan
99. memudaratkan- memburukkan
100. dinamis- berdaya saing
101. progresif- sihat dan cemerlang
102. drastik -cepat
103. perisai -pertahanan
104. diagnosis- mengenalpasti
105. permantauan- pengawasan, pemeriksaan
106. manifesto -pendirian
107. waswas -tidak yakin
108. natijahnya -kesannya
109. mencerminkan- melambangkan
110. jenama -jenis barang
111. pornografi- bahan-bahan lucah
112. diiktiraf- diakui
113. obligasi -semangat
114. impak -kesan
115. tuntasnya- keseluruhannya
116. akur- bersetuju
117. efektif- berkesan
118. konvensional- ceramah
119. panji- bendera
120. individualistik- mementingkan diri
sendiri

121.
122.
123.
124.
125.
126.
127.
128.
129.
130.
131.

manipulasi tindakan
musibah -bencana
lewa -tidak sepenuh hati
prosedur- peraturan
inisiatif -daya usaha
anasir -gejala
penggemblengan- penyatuan
transisi -perantaraan
kaliber -berkeupayaan
darsawarsa- satu dekad
insentif -imbuhan, ganjaran

Koleksi 4 - Frasa Menarik


1.Memanifestasikan fikiran - Menggunakan
idea dengan sebaik-baiknya
2.Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap
sesuatu
3.Memberikan impak - Mengakibatkan /
menyebabkan
4.Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara
.mendalam
6.Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7Alaf baharu - Masa terkini
8.Mutakhir ini - Pada masa kini
9.Seantero dunia - Seluruh dunia
10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11.Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan
pandangan / pemikiran
12.Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan
pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan
proses jual beli
14.Lebih intelektual dan berketerampilan
Lebih bijak dan berkebolehan

15.Bitara - Tiada tandingan / eksklusif /


hanya satu-satunya
16.Simbiosis - Dua benda yang saling
berkaitan
17.Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal
/ bermenung / tidak berfikiran matang
18.Mendabik dada - Kesombongan akibat
kejayaan / keangkuhan
19.Mengkodifikasikan undang-undang
Menyelaras undang-undang / peraturan
20.Kestabilan spiritual dan fizikal Keseimbangan rohani dan jasmani
21.Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang
mengawal sesuatu
22.Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23.Anjakan paradigma - Perubahan demi
kemajuan atau kebaikan
24.Relevan dengan kehendak zaman
Diterima dengan perubahan dari semasa
ke semasa
25.Landasan berfikir - Cara berfikir
26Masyarakat konvensional - Masyarakat
.umum / biasa
27. Mengaibkan diri - Memalukan diri
28.Alma mater - Sekolah / universiti /
tempat pelajar
29.Kemapanan fikiran - Keteguhan cara
berfikir
30.Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31.Bacul - Tidak bersemangat
32.Badai kehidupan - Cabaran hidup
33.Inteligensia - Kumpulan manusia yang
pandai
34.Berkongkalikung - Bersepakat
35.Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36.Praja - Kota / negeri
37.Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38..pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39.Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan
dan sehari-hari
40.Nawaitu diri - Keinginan diri

41.Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri


42.privasi - Keadaan atau suasana bersendiri
tanpa sebarang gangguan
43.Portfolio menteri - Tugas menteri
44.Pentas siasah - Dunia politik
45.Polemik - Bahas / debat / konflik
46.Melikwidasikan - Membubarkan /
memansuhkan
47.Linglung - Hilang ingatan
48.Falah - Kejayaan / kemenangan
49.interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu

Koleksi 5 - Kosa Kata Luas


1. Ironinya,Impak -Kesannya
2. Memorabilia -kenangan manis yg x dpt
dilupakan.
3. Mutakhir ini, Marcapada ini, - Dewasa ini
4. Obses - terlalu terikut-ikut
5. Rencaman -Pelbagai
6. Wadah -Alat
7. Disemarakkan -digiatkan
8. Dijana -dijalankan
9. Memperkasa -meningkatkan
10. Kekangan -masalah
11. Kemelut -masalah
12. Glokal/lokal -peringkat tempatan
13. Global -peringkat dunia
14. Sarwajagat -peringkat antarabangsa
15. Dangkal -pengetahuan yg cetek
16. Arus Modenisasi -Zaman moden
17. Diuar-uarkan -diberitahu,dihebahkan
18. Rentetan itu, -Sehubungan itu
19. Sinergi -kerjasama
20. Kebejatan moral -keruntuhan moral

21. Ukhrawi -rohani (berkenaan akhirat)


22. Duniawi - berkenaan dunia
23. Nescaya -pasti
24. Enteng -ambil mudah/ringan
25. menerjah - (cth: menerjah masuk)
26. Remeh - (cth: dipandang remeh)
27. Diimplementasikan -digunakan
28. Nirmala -Hening (pagi yg hening)
29. Izhar -Jelas
30. Delinkuen -tidak mematuhi peraturan
31. Komentar -komen
32. Polemik -isu yg sering dibincangkan
33. Penuh iltizam -penuh semangat
34. Inovasi -kemajuan
35. Mangkin yang efektif -faktor-faktor
penyebab..
36. Pragmatis -praktikal
37. Menjurus -menyebabkan
38. Mengorak -memulakan (cth: mengorak
langkah)
39. Seantero - seluruh (cth: seantero dunia)
40. Perencah -faktor
41. Keakraban -hubungan yg erat
42. Belenggu -konkongan
43. Berkaliber -(cth: pemimpin yg berkaliber)
44. Mercu-menempa
45. Kontemporari -masa kini
46. Utopia -masyarakat yg terlalu
ideal/sempurna (tidak mungkin diwujudkan)
47. Rohaniah dan insani -nilai-nilai kemanusiaan
48. Terhunus -telah sedia tercabut (cth: keris
yang terhunus)
49. Khusyuk -menumpukan perhatian
50. Nafsi -sikap mementingkan diri
51. Evasif -sikap mengelak diri drpd sesuatu
tanggungjawab
52. Hedonisme -mementingkan keseronokan
53. Serampang dua mata -dasar yg mempunyai
2 objektif
54. Signifikan -bermakna atau penting
55. Meledakkan -menyebabkan terbitnya

sesuatu
56 Modal insan -pembangunan manusia (cth:
modal insan yg cemerlang)
57. Komitmen -memberikan sepenuh tenaga
(kerjasama)
58. Prestij -reputasi (cth: anugerah yg
berprestij)
59. Entiti mithali -sesuatu yg patut diteladani
60. Justifikasi -suatu alasan yg menjadikan
sesuatu wajar dilakukan/diberikan
61. Darah setampuk pinang -belum ada
pengalaman lagi
62. Anjakan paragdigma -perubahan yg baik
63. Altruisme -sifat suka mengutamakan
kebajikan orang
64. Kendatipun begitu -walaupun begitu
65. Takuk lama -tahap lama
66. Tersohor -terkenal/termasyur
67. Sementelahan pula -tambahan pula,lebihlebih agi
68. Tergusur -terheret,tertarik
69. Sofistikated -bersifat kompleks
70. Mayapada -dunia
71. Luwes - tidak terlalu ketat (peraturan)
72. Memanifestasikan -melahirkan,menunjukkan
73. Arus globalisasi -Zaman global (dunia tanpa
sempadan)
73. Heterogen -pelbagai
74. Pidana -kejahatan
75. Aspirasi -cita-cita
76. Ghalibnya -biasanya,lazimnya
77. Swadaya -kekuatan sendiri
78. Uswah -teladan,contoh
79. Dominan -utama
80. Tarbiah -pendidikan
81. Menyoroti -membicarakan
82. Pasrah -menyerah
83. Kealpaan (alpa) -Kecuaian/lupa
84 Ideal -mulia
85 Berhempas pulas -berkerja keras
86. Dirangkaikan -dihubungkan

87. Mampan -mantap


88. Metropolitan -bandar raya
89. Tamsilan -contoh
90. Nescaya -sudah tentu
91. Filsafat -falsafah
92. Ideal -sempurna/sesuai
93. Petualang -penghalang
94. Efisien -menjlnkan tugas dgn cekap
95. Ruwet -kalut,kusut atau sulit
96 Mantan -bekas
97. Holistik mulia
98.vital-penting
99. ikhtisas- mata pencarian
100. aktivis org yg melibatkan diri
secara aktif
101. tidak bernoktah- tiada pengakhiran
102. turun padang- turuts serta
103.berintegriti-mempunyai kejujuran
104.meneroka- menyelidik
105. aroma- bau
106. alternatif- pilihan
107.vital- penting
108.pesimis-orang yang bersikap tidak yakin
akan pendirian
109.inderloka- syurga
110. teruja- timbul minat/keinginan yang kuat
KOLEKSI 6
KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN
DALAM KARANGAN
sumber: Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu)

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal


adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati
dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak
pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran

selamanya tidak akan maju. (Home)


04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang
sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang
yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya
kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik,
dan hanya Allah sahajalah tempat meminta
pertolongan" (Surah Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua
menjadi satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah
adanya seseorang yang selalu memberi semangat
untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita
kerjakan. (Davey John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir
sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua
akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi
tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula
salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga
dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia
tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu
bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk
merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu
tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian
hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan
mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia
yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan
Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah AlBaqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.18.
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk
berlari.

19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan


usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubatubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali
hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat,
dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh
hati.

SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua piha
terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusa
oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.

FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangan
masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).
RANGKA KESELURUHAN
Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan
JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb
AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)

AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi


AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan
1I ( SEKIRANYA )
Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa
CONTOH APLIKASI RUMUS
Menabung
(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang
lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang
melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya
tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )
(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah
digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan
kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)

(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institu
kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap
aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap,
simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )

(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat
sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan
peribahasa)
CONTOH APLIKASI RUMUS
Merancang perbelanjaan

(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, suda
tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan
perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut
dilakukan ? )
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli
pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat
semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga.
( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota
keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.
(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli
dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi
kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan
buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.

(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang
selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI
KARANGAN CEMERLANG IALAH :
ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
PERENGGAN SEIMBANG
ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
SATU ISI -SATU PERENGGAN
KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.

- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langka
langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.
PENUTUP KARANGAN
Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi
yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak
mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan.

Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar
terhadap isu yang telah dibincangkan.
Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa
karangan sudah tiba ke penghujung.

Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untu
mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan.

Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca ju
boleh diutarakan.
Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang
dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.
SEKIAN
SELAMAT MENULIS
TERIMA KASIH

Sumber: http://bmmgcm.wordpress.com/pena-gc-bm-gkc/datin-mariam/penulisan/

TERIMA KASIH
BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pembe

apatkan markah yang paling banyak di sini. Jawab soalan ini dahulu walau susah mana soalan
tersebut. Buat rangka dan rancang perenggan anda. markah 100, jangan sia-siakan.

Ingat, sekurang-kurangnya mesti 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada
sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah kata. 70 untuk pendahuluan dan
70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 54o patah kata. Cukup
untuk mendapat 1A dengan andaian yang lain-lain cemerlang. kalau tulis kurang
daripada 400, sukar untuk dapat markah tinggi.

Kenapa? Senang sahaja, tentu isi karangan tidak dapat dihuraikan dengan mantap.
Apabila isi tidak mantap, maka markah akan berkurang.

Ingat peraturan menulis perenggan. Ini sangat penting. Pengurusan perenggan yang
baik akan meningkatkan impression pemeriksa.

Pastikan ayat topik sangat jelas. Misalnya kalau soalan itu mahukan anda menuliskan
usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan, maka ayat topiknya hendaklah jelas
iaitu antaranya -- Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan
adalah dengan memastikan semua peralatan masak dan dapur dalam keadaan yang
bersih. (Ini ayat topik) maksud ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik
perbincngan dalam perenggan itu. Dan ayat topik ini mestilah jelas menjurus
jawaban soalan tersebut.

Lepas ayat tersebut barulah huraikan ayat topik. (Ayat huraian) Dalam huraian, anda
hendaklah menjelaskan bagaimana untuk memastikan semua peralatan masak dan
dapur itu sentiasa dalam keadaan bersih. Contohnya: Semua periuk belanga dan
peralatan lain hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan pencuci yang
selamat. Air yang digunakan hendaklah air yang bersih dan bukan air yang telah
digunakan berulang kali sebagaimana yang dapat dilihat di sesetengah premis
perniagaan yang menakung air untuk membersihkan peralatan dapur mereka. Dapur
juga hendaklah sentiasa disapu dan dikemaskan. Segala barang yang lama dan tidak
diperlukan hendaklah dibuang. Begitu juga sampah dan bahan buangan yang lain
hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang bertutup agar tidak dihurungi lalat.
Dapur hendaklah bebas daripada lalat, lipas, tikus dan sebarang haiwan yang dapat
membawa penyakit.

panjang tak? cuba kira berapa jumlah perkataan tersebut? Ini belum habis lagi. Anda
hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul
merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti
Jelaslah, oleh itu, Sebab itulah, Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya, dan
banyak lagilah... Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa
puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan
terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau
ada.

Contoh: Jelaslah bahawa peralatan masak dan dapur yang bersih amat penting untuk
menghindarkan keracunan makanan daripada berlaku. Oang kata, lebih baik mencegah
daripada mengubati. (Baca yang bercetak kuning berterusan. ini adalah satu
perenggan.)

Ingat! Satu isi satu perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan isi. Jangan ada isi
dalam pendahuluan atau penutup. Masalah berat ni kalau ada yang buat macam itu.

Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu


Tingkatan 5

1. Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks m/s 1)


Soalan Contoh
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk
mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.

Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.


2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 23)
Soalan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan
kejayaan seseorang itu.

Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa
ini.
3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 48)
Soalan Contoh
Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana
banyak kelebihannya.

Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita.


4. Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks m.s. 75)
Soalan Contoh
Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum membuat
keputusan untuk membelinya.

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila membuat


keputusan untuk membeli sesebuah rumah itu.
5. Alam Pekerjaan (Buku Teks m.s. 101)
Soalan Contoh
Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang pada
masa depan.

Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan.
6. Pendidikan Industri (Buku Teks m.s. 126)
Soalan Contoh
Pendidikan tentang industri memainkan peranan penting dalam era perindustrian masa
kini.

Sejauh manakah pendidikan industri ini penting kepada negara?


7. Biolembangan (Buku Teks m.s. 147)
Soalan Contoh
Sektor pertanian perlu dimajukan untuk menjamin keperluan makanan bagi penduduk
di negara kita.

Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara kita.


8. Pelaburan (Buku Teks m.s. 167)
Soalan Contoh
Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing
untuk membangunkan ekonominya.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah


negara.
9. Teleperubatan (Buku Teks m.s. 187)
Soalan Contoh
Pada masa ini, penyakit kanser merupakan penyakit berbahaya yang digeruni oleh
segenap lapisan masyarakat kerana menjadi pembunuh secara senyap.

Huraikan punca-puncanya dan langkah-langkah untuk menanganinya.


10. Sukan Seantero Dunia (Buku Teks m.s. 210)
Soalan Contoh
Negara kita telah berjaya menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan pada peringkat
antarabangsa dalam jangka masa beberapa tahun ini.

Bagaimanakah penganjuran sukan tersebut berupaya untuk memberikan manfaat


kepada negara kita?
11. Komunikasi Global (Buku Teks m.s. 230)

Soalan Contoh
Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui penggunaan Internet
mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia.

Bincangkan pernyataan tersebut.


12. Pelestarian Budaya Warisan (Buku Teks m.s. 249)
Soalan Contoh
Ada pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah adat resam sesuatu kaum itu tidak
patut diamalkan lagi pada masa ini.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.


Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu
Tingkatan 4

1. Senario Masyarakat Kita (Buku Teks m.s. 1)


Soalan Contoh
Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman
dan harmoni.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan tersebut.
2. Ambang Remaja (Buku Teks m.s. 23)
Soalan Contoh
Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan
yang penting untuk membangunkan negara ini.
Ulas pernyataan di atas.
3. Dunia Semakin Canggih (Buku Teks m.s. 50)
Soalan Contoh
Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas
kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat.
4. Keranamu Malaysia (Buku Teks m.s. 75)

Soalan Contoh
Banyak kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa
negara kita juga setanding dengan negara maju yang lain.
Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada peringkat
antarabangsa.
5. Melestarikan Alam Sekitar (Buku Teks m.s. 100)
Soalan Contoh
Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) untuk mengatasi masalah pencemaran alam namun masih kurang berkesan
untuk mengatasinya.
Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
6. Riadah (Buku Teks m.s. 127)
Soalan Contoh
Aktiviti memancing ikan semakin diminati oleh sesetengah anggota masyarakat pada
masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti terebut.
7. Generasi Kita (Buku Teks m.s. 156)
Soalan Contoh
Remaja pada hari ini perlu diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka
merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan.
Ulas pernyataan di atas.
8. Gaya Hidup Sihat (Buku Teks m.s. 180)
Soalan Contoh
Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda dikehendaki menulis
rencana yang bertajuk Budaya Makanan Segera dalam Kalangan Masyarakat .
Tulis rencana itu selengkapnya.
9. Kerjaya (Buku Teks m.s. 203)
Soalan Contoh
Anda berminat untuk menulis rencana tentang masalah mahasiswa yang menganggur

dan hanya berminat untuk bekerja makan gaji selepas menamatkan pengajian.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
10. Warisan Bangsa (Buku Teks m.s. 223)
Soalan Contoh
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan
kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.
Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut.
11. Industri Pelancongan Malaysia (Buku Teks m.s. 249)
Soalan Contoh
Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang utama dalam
bidang ekonomi dan hal ini penting untuk memajukan negara.
Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara.

cara cara mengharumkan nama sekolah


# tanggungjawab keluarga dalam memupuk amalan membaca
# amalan berjimat cermat,menabung
jenayah pemerdagangan manusia
konsep sekolah penyayang ,cara menghargai guru
sifat sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki
# langkah langkah memelihara peninggalan sejarah (bangsa /bangunan sejarah)
punca punca kemerosotan bekalan makanan dunia
# 1 murid 1 sukan
peranan ibu bapa dalam mengalakkan anak anak menjaga alam sekitar.
Ramalan yang dapat dari seminar skor A .
Bagi yang bertanda (#) tu kena bagi lebih perhatian. Namun ini semua hanyalah ramalan

Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah
kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250
patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180.

30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah
kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan
sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka.

Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang
diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian
atau cemerlang.

Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi


peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau
dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen
lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan


calon.

1. Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu
diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat
diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan
beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Persoalannya, apakah cara-cara untuk ?
2. semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya generasi Y ini
dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk
menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau
tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang
sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan
yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama
3. Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba
masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalam
kehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan
yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya,
adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran itu, kita
perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan
sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan
4. Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah
menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah
pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi
susah.
5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa
disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan
pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apaapa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia
yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang menyatakan bahawa kehidupan
sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan
berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam
aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak
akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.
6. Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui
paparan media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup
sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi

negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan
misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran
yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana
daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk
menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.
7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah
menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap
tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi
mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik
dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus
operandi untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin
sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk
menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul pada suatu
masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita
perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
8. Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan
sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda
mereka telah menjadi anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis
bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan
sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi.
Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti,
heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang

tua-tua api kecil baik dipadam.


Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi
Keluarga
1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang
mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup
angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada
institusi keluarga.

2. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya


menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;
anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

3. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka
mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali
bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri
berjalan mengiring.

4. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka persis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa
merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anakanak.

5. Lantaran

itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk


hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anakanak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya
hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

6. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara
untuk membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal
lagi bahawa Institusi keluarga merupakan uslub yang represif dalam membentuk
keperibadian anak-anak.

7. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap


bagai melepaskan batuk di tangga.

8. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu
mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata
mutiara pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

9. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk
mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap
ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis
segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.

10. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja
lari dari rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi
sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka
berbanding dengan hal-hal lain.

11. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar
bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak
mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan
yang sempurna amat didambakan.

12. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak
mahu dihimpit dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.

Cara Menulis Karangan Berpandu dan Umum ( Fakta)


( BAHASA MELAYU SPM)
Nama:.........................................
Tarikh:............
TEKNIK PENULISAN KARANGAN BERPANDU DAN KARANGAN UMUM

ANTARA CIRI-CIRI KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR


A Pengenalan

Takrif definisi tidak tepat


Tidak menarik, tidak memperlihat

Isi

Isi kurang dan tidak mencukupi


Isi tidak menepati tajuk. Isi bercampur-aduk

kematangan berfikir
dengan isi konkrit dan bukan konkrit
Tidak lengkap dan terlalu pendek
Isi tidak disusuli contoh dan huraian
Tidak menjurus kepada kehendak soalan dan Isi berulang-ulang (sama)
Fakta yang diberi kurang tepat atau salah.
isi
Isi kurang logik, tidak matang, tidak jelas dan
Ayat meleret-leret dan tidak releven
sempit pengetahuan (Sikap kurang membaca)
Isi terpesong

C)

Pemerengganan

D)

Bahasa

Tidak sesuai dan kadang-kadang isi bercampur Bahasa lemah, tidak lancar
Berbelit-belit, sukar difahami
aduk dalam satu perenggan atau perenggan
Ejaan dan tatabahasa banyak kesalahan
yang dibuat tidak mengandungi isi baru.
Bercampur-aduk, tidak seimbang, tidak teratur Struktur ayat terhad, kosa kata tidak tepat
Jumlah bilangan perkataan sangat kurang,
dan tidak kemas.
tidak memenuhi syarat
Perenggan yang dibuat ada yang terlalu
panjang, adayang terlalu pendek.

E)

Format

F)

Tidak menepati atau tidak mengetahui


langsung formatyang dikehendaki
Tidak dapat membezakan kehendak karangan
sama adakarangan berformat atau tidak

Tulisan

Tidak jelas, sukar dibaca dan difahami


Mengelirukan, comot, terdapat banyak kesalahan
ejaan
Terlalu kecil tulisan dan tidak kemas

berformat

Justeru, perbaiki ciri-ciri kelemahan di atas semasa mengarang.


PERBEZAAN KARANGAN UMUM DAN BERPANDU
Karangan berpandu

Karangan Umum

Bilangan Perenggan Isi

Bilangan Perenggan Isi

4 isi

5 isi

Bilangan Muka Surat

Bilangan Muka Surat

2 ms

2 1/2 @ 3 ms

Bilangan Perenggan

Bilangan Perenggan

6 perenggan

7 perenggan

Jenis pengenalan.
Secara umumnya, pelajar boleh memilih cara menulis pengenalan sama ada secara
umum atau memilih beberapa lagi jenis pengenalan yang lain.
Jenis-jenis pengenalan:1. Pengenalan jenis umum.

2. Pengenalan jenis definisi.

2. Pengenalan jenis pendapat pemimpin.

4. Pengenalan jenis suasana.

5. Pengenalan jenis persoalan.

6. Pengenalan jenis sejarah.

7. Pengenalan jenis berita.

8. Pengenalan jenis peribahasa.

9. Pengenalan jenis dialog.

10.Pengenalan jenis puisi.

11.Pengenalan jenis lagu.

1. Pengenalan jenis umum.


Penulisan pengenalan jenis umum memerlukan pelajar menulis dua jenis ayat
iaitu
a) ayat rangsangan
b) ayat arahan.

Ayat rangsangan ialah ayat yang berfungsi untuk merangsang pembaca untuk
membaca karangan tersebut seterusnya dan meninggalkan kesan yang bermakna
kepada pembaca atau pemeriksa. Justeru, dalam penulisan perenggan pengenalan
jenis umum ini pelajar perlu mampu menulis ayat-ayat yang menarik, merujuk

kepada tema berdasarkan soalan karangan dan isu yang dikaitkan seelok-eloknya
berkaitan isu semasa yang hendak dikaitkan secara umum. Sebaliknya, jika ayat
yang dibina tidak merangsang minat pembaca, situasi ini akan menyebabkan
pengenalan anda biasa sahaja dan tidak ada ciri keistimewaan untuk memikat
pembaca.

Ayat arahan pula bermaksud ayat yang menjawab kata kunci soalan karangan
yang ditugaskan. Melalui ayat arahan ini pembaca atau pemeriksa sudah tahu isi
yang ingin anda tulis atau garap dalam penulisan seterusnya. Kebiasaannya ayat
arahan ditulis pada bahagian akhir perenggan pengenalan.

Contoh soalan:
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan
yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada
pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar
dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang
awam. (AR1) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu
perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (AR2) Fenomena ini sekali
gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, dan boleh merosakkan
masyarakat dan ekonomi negara.(AR3) Oleh itu, semua pihak harus berusaha
untuk membanteras gejala rasuah kerana rasuah mendatangkan pelbagai masalah
kepada masyarakat, ekonomi, dan maruah negara. ( AA)

Contoh soalan 2.
Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir setiap
hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi kes kemalangan jalan raya.
Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun media cetak
menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1) Pada musim-musim
perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya kehilangan nyawa atau
mengalami kecacatan anggota akibat terlibat dalam kemalangan. (AR2) Dari segi
stastik pula, kadar kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang
tertinggi di dunia. (AR3) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan

Pengangkutan Jalan perlu mengambil langkah drastik dan berkesan untuk


mengatasi masalah ini. (AA)
Dalam jawapan contoh pengenalan di atas ( AR1 ) ialah ayat rangsangan 1, (AR2)
ayat rangsangan 2, (AR3) ayat rangsangan 3, dan (AA) ayat arahan.

2. Pengenalan jenis definisi.


Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah
mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes
ini sentiasa berlaku dan berulang.

Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai
hukuman. Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang
dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera.
Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk
fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak punca yang
boleh menyebabkan insiden ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

3. Pengenalan jenis pendapat pemimpin.


Kepentingan

bahasa

Inggeris

kepada

rakyat

dan

negara.

Bincangkan.

Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan
yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa
Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia
ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan
penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita.
Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada
kepada rakyat mahupun negara.

4. Pengenalan jenis suasana atau situasi.


Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumah tertimbus oleh runtuhan
batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari
celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas
kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut.
Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi panik
kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan bagi menyelamatkan mangsa.
Tambahan pula, tiada alat yang boleh saya gunakan untuk membantu saya
menyelamatkan mereka. Namun begitu, saya menggagahkan semangat dan
mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah
runtuhan batu itu dapat diselamatkan.

5. Pengenalan jenis persoalan.


Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada
pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?
Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya
yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan
jalan

raya

atau

pihak

kerajaan?

Persoalannya,

apakah

faktor-faktor

yang

menyebabkan kemalangan ini berlaku?

6. Pengenalan jenis sejarah.


Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara
kita

merosot.

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri
dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini
diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di
Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula,
keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan
bola

sepak

Korea

Selatan.

Namun

demikian,

apakah

punca-punca

yang

menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot
atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?

7. Pengenalan jenis berita .


Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara.
Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem
pengangkutan

moden

telah

disediakan

bagi

kemudahan

para

pengguna.

Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.


Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif. Demikian tajuk berita yang terpapar
di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban.
Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi
yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan
teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia
ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis
sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan
lain-lain lagi.

8. Pengenalan jenis peribahasa.


Peribahasa jiran sepakat membawa berkat sangat tepat digunakan sebelum ini
oleh
masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka
yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada
usaha untuk terus memupuknya.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan
dalam
kalangan masyarakat.
Jiran sepakat membawa berkat. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang
amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan
konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan
jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah,
malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut
apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi
mangsa pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran
mengamalkan konsep pemuafakan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh.
Hal ini tentu mengetepikan maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan
ini.

9. Pengenalan jenis dialog.


Ceritakan sebuah karangan yang berkait dengan peribahasa air yang dicincang
tidak

akan putus.

Kataku pergi! Pergi!! pekik Kassim.

Pergi kataku! kataku lagi.

Mengapa mesti aku pergi? balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresakesak menahan kesakitan.

Bukankah ini rumahku juga? tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana
dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi.

10. Pengenalan jenis puisi.


Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena
Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda.
Tajuk esei yang ditetapkan ialah Faedah Berjimat Cermat.
Tulis esei anda itu selengkapnya.
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang
sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan
busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak,
ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu
akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara
literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut
mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan
perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang
umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.

11. Pengenalan jenis lagu.

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor
pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani.
Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi
negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.
Burung yang berkicau
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang
Lagu Desa Tercinta dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama
Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu
tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan.
Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan
sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan
sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan
penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan
terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya
sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor
pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan
negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan
bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

Apabila kita baca, dan teliti pengenalan di atas, setiap pengenalan berkenaan
ada
kekuatan dan memberi impak yang besar kepada pembaca.

PASTIKAN ANDA BIJAK MEMILIH PENGENALAN SESUAI SEMASA


MENGARANG
KERANA TINDAKAN ANDA TERSEBUT MEMBERI KESAN KEPADA MARKAH

Cara membina perenggan isi.

Selepas pendahuluan, pelajar-pelajar perlu menulis perenggan isi pula. Biasanya,


isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada
perenggan yang ketiga, dan seterusnya. Dari segi isi, pelajar-pelajar dikehendaki
menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja. Walau bagaimanapun, pelajarpelajar boleh mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau
huraian.
Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya m e n ga n d u n g i
e mp a t aya t d a la m s et i a p p e re n g ga n s e p e r t i ya n g dinyatakan di bawah ini:
(a)

Ayat judul;

(b)

Ayat Huraian;

(c)

Ayat Bukti/Contoh; dan

(d)

Ayat penegas.

Contoh Perenggan Deduktif


(1) Satu daripada punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah
disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak
kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai pertandingan
di peringkat kebangsaan atau luar negara. (3) Sebagai contohnya, ada kalangan
pemain negara yang tidak mengikuti jadual latihan yang ditetapkan oleh jurulatih
dan paling memeranjatkan ada segelintir pemain yang terlibat dengan rasuah dengan
mencatur keputusan perlawanan. (4) Justeru, persatuan bola sepak negari dan
kebangsaan perlu mengambil berat masalah ini agar tidak memalukan mutu sukan
bola sepak negara. Bak kata pepatah, jangan sampai nasi menjadi bubur (5 )

** Bentuk penulisan isi seperti ini selalu ditulis oleh pelajar semasa mengarang.
Ayat (1) Ayat judul, ayat ( 2 ) ayat huraian, ayat (3) ayat contoh, ayat (4 ) ayat penegas
dan ayat ( 5 ) frasa menarik/ peribahasa.
B. Cara membina perenggan penutup.
Pada peringkat ini, pelajar-pelajar dikehendaki membuat kesimpulan atau
menyimpulkan isi-isi penting yang telah dibicarakan. Pelajar juga dikehendaki
menyatakan pendirian tentang tajuk yang dikemukakan. Kesimpulan yang ditulis
itu hendaklah bersifat lebih umum dan padat. Dari segi kepanjangan, perenggan
yang dibina seimbang dengan perenggan isi dan pendahuluan. Tegasnya, ayat

dalam perenggan penutup ini terdiri daripada kesimpulan, ayat yang berupa
cadangan, harapan, dan sebagainya.
Umumnya, fungsi kaedah penulisan penutup sesebuah karangan sama
dengan fungsi kaedah pengenalan dan kaedah binaan perenggan isi iaitu untuk
memastikan kepanjangan setiap perenggan anda seimbang untuk menunjukkak
kepada pembaca dan pemeriksa bahawa anda seorang pelajar yang mahir
menghasilkan karangan yang menarik dan bermutu. Tegasnya, kaedah binaan
pengenalan, kaedah binaan perenggan isi dan kaedah binaan perenggan penutup
bertujuan untuk anda mampu menghasilkan karangan peringkat cemerlang
semasa menghasilkan karangan.
Contoh karangan penutup menggunakan binaan ayat:Kata penyimpul

+ ayat cadangan + ayat cadangan + ayat cadangan + ayat

harapan
(1) Sebagai kesimpulannya, kes kemalangan jalan raya yang begitu tinggi di negara
kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi. (2) Dalam hal ini,
pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang
melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada.
(3)

Kempen-kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak agar

kesannya menyeluruh. (4) Pihak berkuasa pula janganlah memilih bulu ketika
menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan raya pula hendaklah
ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab bersama.
(1)Kata penyimpul, ayat (2) ayat cadangan, ayat (3) ayat cadangan dan ayat (4) ayat

harapan.
Berdasarkan soalan di bawah cuba, lengkapkan karangan berpandu di bawah.
Soalan karangan berpandu:

Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia

Pernggan Pengenalan:-Kriteria
Lagu Negaraku

Contoh Ayat
Negaraku,

Tanah tumpahnya darahku,


Rakyat hidup bersatu dan maju, .........
Ayat Rangsangan 1

Bait-bait lagu lagu kebangsaan Negaraku di atas menyemai bibit


semangat cinta akan negara dalam kalangan warga Malaysia.

Ayat Rangsangan 2

Sebagai rakyat yang sayang akan negara , kita perlu memberi keutamaan
kepada negara baik dari segi ekonomi, politik dan perpaduan negara.

Ayat Rangsangan 3

Justeru, antara kewajiban kita sebagai warga negara Malaysia adalah


untuk membeli barangan buatan tempatan.

Ayat Penegas

Terdapat beberapa kebaikan ..................................................................

Perenggan Isi:Pembinaan perenggan Isi ( Pertama)


Kriteria
Ayat Judul

Contoh Ayat
Antara kebaikan membeli barangan buatan Malaysia adalah untuk menjimatkan
perbelanjaan isi rumah sesebuah keluarga

Ayat Huraian 1

Hal ini kerana ...........................Malaysia lebih murah berbanding barangan yang


...........................................

Ayat Huraian 2

Barangan import lebih ................kerana kebiasaannya barangan berkenaan


dikenakan

cukai

oleh

kerajaan

berbanding

barangan

yang

dikeluarkan.......................
Ayat Huraian 3

Tambahan pula, barangan buatan Malaysia tidak ada bezanya dengan barangan
luar negara malah lebih .....................dan .....................oleh masyarakat.

Ayat Contoh

Contohnya kereta buatan Malaysia seperti


...........................................dan ...............memang sudah diterima pakai
kebanyakan negara luar termasuk negara maju seperti Britain.

Frasa menarik

Kita haruslah menyahut seruan kerajaan dengan slogan Cintailah Barangan


Buatan Malaysia. Alah membeli menang memakai.

Ayat Penegas

Tegasnya, kita harus membeli barangan buatan Malaysia kerana tindakan


membeli barangan buatan negara dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga.

Pembinaan perenggan Isi ( Kedua )


Kriteria

Contoh Ayat

Ayat Judul

Selain itu, membeli barangan buatan Malaysia dapat meningkatkan imej negara di
..............................

Ayat Huraian 1

Siapa

lagi

yang

perlu

memberi

kepercayaan

kepada

barangan ................................sendiri jika tidak kita sebagai warga Malaysia?


Ayat Huraian 2

Sekaligus, masyarakat luar akan memandang tinggi masyarakat negara kita yang
bangga menggunakan barangan jenama ................................

Ayat Huraian 3

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan di Malaysia

perlu

menggunakan kereta buatan ...................... sebagai usaha untuk mempromosi


kereta berkenaan.
Ayat Huraian 4

Paling membanggakan, ada pelancong yang .............................apabila memandu


atau menaiki kereta sewa buatan Malaysia.

Ayat Contoh

Antara contoh syarikat penyewa kereta terkenal di Malaysia seperti Syarikat Kereta
Sewa Hawk, Syarikat Kereta Sewa Taman Maluri, Selangor, Syarikat Kereta Sri
Perak di Perak dan sebagainya.

Frasa Menarik

Sepatutnya, slogan ............................perlu diimplementasikan dalam penggunaan


barangan buatan tempatan.

Ayat Penegas

Jelasnya di sini, ..................................................................................................

................................................................................................

Pembinaan perenggan Isi ( Ketiga )


Kriteria
Ayat Judul

Contoh Ayat
Budaya membeli barangan buatan tempatan juga dapat menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Ayat Huraian 1

Sebagaimana yang kita sedia maklum, industri pembuatan barangan


Malaysia

telah

berjaya

menghasilkan

barangan

berkualiti

seperti ............................................................................................................
......
Ayat Huraian 2

Malahan, barangan ini bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan ,


negara jiran malah dieksport ke negara maju.

Ayat Huraian 3

Justeru, sebagai seorang warganegara Malaysia, kita sepatutnya bangga


menggunakan barangan buatan sendiri kerana secara tidak langsung

tindakan ini dapat meningkatkan imej negara di ...........................


Ayat Contoh

Antara barangan yang boleh kita utamakan , selain membeli kenderaan


adalah dengan membeli telefon bimbit keluaran negara seperti CSL.

Frasa Menarik

Justeru kita perlu mengelakkan daripada bersikap seperti kera di hutan


disusukan, anak di ..........................................

Ayat Penegas

Tegasnya, ......................................................................................................
..............

Pembinaan perenggan Isi ( Keempat )


Kriteria
Ayat Judul

Contoh Ayat
Bahkan juga, membeli barangan buatan Malaysia dapat memajukan industri
tempatan.

Ayat Huraian 1

Sekiranya masyarakat tempatan sendiri tidak mengambil inisiatif untuk


membeli barangan Malaysia, berkemungkinan besar pengusaha industri
berkenaan akan gulung tikar.

Ayat Huraian 2

Tambahan

pula,

apabila

industri

tempatan

tidak

boleh

beroperasi

mengeluarkan barangan mereka, sudah pasti barangan keluaran negara luar


terutama negara maju akan memonopoli pasaran tempatan.
Ayat Huraian 3

Apabila berlakunya situasi begini, sukar untuk industri Malaysia bertapak


semula seperti sediakala. Sudah terhantuk ..................................

Ayat Contoh

Antara contoh barangan buatan luar yang menguasai pasaran tempatan


seperti kereta jenama Honda, Toyota dan Mitsubishi sedangkan syarikat
pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua mengeluarkan kereta jenama
Malaysia.

Frasa Menarik

Oleh sebab itu, masyarakat Malaysia perlu bekerjasama bagaikan aur


dengan tebing untuk memajukan industri kereta buatan Malaysia agar kita
boleh berdiri sama tinggi dan .....................................................
................................................................................

Ayat Penegas

Konklusinya, kemajuan industri tempatan bergantung kepada sikap


pengguna negara ini. Jika mereka mengutamakan barangan tempatan,
sudah pasti industri tempatan akan berdaya saing seperti industri negara
luar.

Pembinaan isi perenggan penutup.


Kriteria

Contoh Ayat

Kata Peyimpul

Intihanya, Kesimpulannya, Akhir kalam, Konklusinya, Tuntasnya,

Ayat Cadangan

Masyarakat sebagai pengguna, pengeluar barangan, dan kerajaan perlu


saling bekerjasama untuk memastikan barangan buatan Malaysia diguna
pakai oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.

Ayat Cadangan 1

Masyarakat sebagai pengguna perlu mengutamakan barangan keluaran


tempatan sebagai barangan pilihan utama

mereka semasa membuat

pembelian.
Ayat Cadangan 2

Sementara itu, pihak pengeluar perlu sentiasa meningkatkan kualiti


barangan keluaran mereka supaya mendapat kepercayaan daripada pihak
pengguna.

Ayat Cadangan 3

Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik melalui Kementerian


Pengguna membantu mempromosikan ....................................................
......................................................................

Ayat Harapan

Apabila semua pihak di atas bekerjasama bagaikan aur dengan tebing


sudah pasti barangan buatan Malaysia mampu menjadi barangan
keutamaan dan kebanggaan negara.

Anda mungkin juga menyukai