Anda di halaman 1dari 17

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

a. AL-Ubudiyyah
: prinsip organisasi yang berkaitan dengan
matlamat dan fungsi utama manusia sebagai
hamba Allah.
: merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang
insan dengan setelusnya hanya kepada Allah.

"Janganlah kamu sembah dua Tuhan. Hanya


dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlak kamu
kepadaKu. Allah memiliki apa-apa yang dilangit
dan di bumi dan kepada-Nya hendaklah kamu
ptuh selam-lamanya. Adakah kamu takut
kepada yang lain daripada Allah"

Setiap manusia merupakan khalifah yang


dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka
bumi.

KONSEP UBUDIYAH

1. Allah tidak meredhai hambaNya yang


bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan
mengurung diri di dalam rumah-rumah
ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan
beribadat, sedangkan manusia
boleh beribadat di mana sahaja .

2. Hubungan manusia dengan Allah adalah


berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan
yang azali. Manusia telah mengakui
ketuhanan (ubudiah) Allah serta menyatakan
kesanggupan untuk mengabdikan diri
semata-mata kepadaNya .

Konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat


mencorakkan pembentukkan individu
warganya,tetapi juga membentuk halatuju serta
budaya organisasi tersebut.

PERKARA PENTING YANG BERKAITAN


DENGAN UBUDIYYAH SERTA
HUBUNGANNYA:

1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu


seiring dengan konsep pengabdian diri kepada
Allah.

2. Cara, kaedah atau kegiatan yang


dilaksanakan untuk mencapai matlamat
organisasi juga perlu seiring dengan
konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini
menjadikan cara untuk untuk
mencapai matlamat tersebut mengambil kira
nilai dan prinsip islam dan menegaskan
penolakan terhadap kensep'matlamat
menghalalkan cara'.

3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi


perlu didokong oleh semangat pengabdian
diri kepada Allah .

KESAN YANG POSITIF KEPADA


PEMBENTUKAN WATAK WARGA
ORGANISASI ERTA BUDAYA ORGANISASI
YANG DIWUJUDKAN:

1. Warga organisasi akan mengaitkan segala


kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini
mereka seorang yang sensitif dengan arahan
dan tegahan agama. Oleh itu,ia dapat
mengambarkan bahawa agama menjadi nilai
atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi

2. Warga organisasi akan berusaha untuk


menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai
satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-
syaratnya .

3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi


sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip
agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan
dan mengurangkan pelbagai bentuk
perkara yang negatif .

4. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan


tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi.
Seluruh warga dapat menjadikan agama sebagai
penentu nilai utama dalam
kegiatan perkambangan organisasi .

b. Al-Syura
: merupakan prinsip pengurusan islam yang kedua .
: kepentingan ditegaskan dengan nyata di dalam Al-
Quran dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah
s.a.w serta bekalan para sahabat .

KEPENTINGAN AL-SYURA DALAM


HUBUNGAN DENGAN PENGURUSAN:

1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat


menjadi lebih baik berdasarkan logik akal ,
keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai
lebih baik daripada pandangan seorang .

2. Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat


hasil daripada perbincangan yang lebih matang
dan mendalam .

3. Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan


dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan
dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis
yang ramai .

4. Melalui syura , kesalahan yang besar dapat


dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah
diputuskan secara ramai .
5. Syura akan meningkatkan komitmen pekerja
kerana keputusan tersebut dibuat secara
bersama.Dengan ini , mereka akan merasakan
keputusan dibuat itu adalah keputusan bersama dan
bukan keputusan individu sahaja .

6. Syura juga merupakan wadah untuk


memanfaatkan mereka yang berilmu berpengalaman
dan berkemahiran.

SIFAT-SIFAT BAIK YANG DISYARIATKAN:

1. Seorang yang pintar atau bijaksana,berpandangan


jauh dan berhati suci .
2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan
tidak membantu orang-orang yang zalim dan
melakukan kejahatan .
3. Seorang yang jujur dan bertaqwa .
4. Seorang yang tidak pengecut tidak kedekut dan
tidak tamak .
5. Seorang yang adil
6. Seorang berilmu dan terpelajar .
7. Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan
tugas dan amanah .
FUNGSI SYURA:

1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi .


2. Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang
difikirkan berfaedah mengikut syariah .
3. Meluluskan program-program kewangan .
4. Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan
memikirkan bagaimanakah cara untuk
melicinkan lagi pentadbiran organisasi .
5. Berkuasa mengishtiharkan rancangan
darurat organisasi yang difikirkan perlu .
6. Meluluskan kontrak, perkonsian dan
perjanjian dengan organisasi luar .
7. Memberikan kebebasan kepada setiap ahli
syura untuk menyatakan pendapat demi
kemaslahatan organisasi .
8. Menggunaan harta dan belanjawan
organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh
syura .

c. Al-Hurriyah
: Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah
satu prinsip pengurusan islam.
: Islam menentang sebarang bentuk
penghambaan tanpa pengalasan kecuali
penghambaan terhadap Allah.

ISLAM MENJAMIN KEBEBASAN MANUSIA :

1. Kebebasan beragama, atau mengamalkan


agama dan fahaman yang dianuti .
2. Kebebasan berfikir .
3. Kebebasan bersuara.
4. Kebebasan memiliki dan mencari harta.
5. Kebebasan untuk menuntut ilmu.
6. Kebebasan bergerak.

KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN


UNTUK SETIAP INDIVIDU:

1. Ia tidak menganggu kepentingan orang lain,


atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam
islam, apabila bertembung antara
kepentingan peribadi dengan kepentingan
umum, kepentingan umum itu
hendaklah didahulukan .
2. Tidak menganggu kepentingan organisasi. Ini
membawa maksud kepentingan
organisasi hendaklah diutamakan
berbanding dengan kepentingan dan kebebasan
diri.

3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah


dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau
bercanggah, maka dengan sendirinya
ia terbatal .

d. AL-Musawah
: AL-Musawah atau persamaan adalah di
antara prinsip pengurusan di dalam islam.
: Persamman ini berkaitan dengan hakikat
bahawa manusia adalah berasal daripada
keturunan yang satu iaitu berasal daripada
Nabi Adam a.s .
: Hanya yang membezakan setiap manusia itu
dengan manusa yang lain ialah amalan,
tanggungjawab dan ketakwaan .
PELAKSANAAN MUSAWAH ATAU
PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI;

1. Semua warga organisasi harus diterima sama


rata , terutama dari sudut peraturan dan
undang- undang.

2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan


dihormati dari sudut kemanusiaan, keranan
setiap manusia mempunyai maruah,
kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang
tersendiri.

3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari


sudut peluang dan kemudahan yang diberikan
agar setiap pekerja dapat merasai peluang
dan hak yang sama .

4. Pembahagian tugas hendaklah mengambil


kira aspek kemanusiaan dan persamaan .
PRINSIP OPERASI
MEMBINCANGKAN PRINSIP OPERASI

: prinsip operasi merupakan prinsip sejagat


yang dalam hal ini terdapat juga sebahagian
daripada prinsip ini juga dipraktis dalam
pengurusan moden .
: pengurusan islam telah memperluas prinsip
operasi ini dengan menambah beberapa prinsip
tersendiri yang membezakannya dengan
pengurusan moden .
: prinsip-prinsip operasi ini penting bagi
membolehkan pengurus melaksanakan kerja-
kerja pengurusan mengikut seperti yang
dikehendaki oleh islam.

MENGHURAIKAN KETAATAN KEPADA


ORGANISASI

PENGENALAN

Manusia digalakkan untuk sentiasa


mengamalkan prinsip dan semangat
berorganisasi.
contoh; umat islam amat digalakkan
mengerjakan solat secara berjemaah dengan
melantik seorang ketua(imam).
Begitu juga dengan urusan musafir, manusia
digalakkan bermusafir secara berjamaah dan
melantik seorang ketua daripada mereka .

DEFINISI ORGANISASI

Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia


yang bekerjasama dan saling bergantung antara
satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat
individu, kumpulan dan organisasi.
Yusof Ismail mengungkapkan organisasi
didefinasikan sebagai "struktur perhubungan
untuk menyelesaikan pekerjaan".

KETAATAN KEPADA ORGANISASI

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada


ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus
dan seorang pengurus kepada pekerjanya .

Prinsip utama ketaatan ialah elagi arahan atau


perintah daripada pengurus tersebut tidak
bercanggah dengan islam maka menjadi
kewajipan pekerja mematuhi arahan yang
dikeluarkan olh majikannya.

FAKTOR ORGANISASI

Arahan tersebut mestilah berada dalam


bidang tersebut.
Kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam
deskripsi kerja.
Kerja tersebut boleh dilakukan mengikut
keupayaan mental dan fizikal pekerja.

KESETIAAN KEPADA ORGANISASI

Seseorang pengurus mesti setia kepada


organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :
1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan
risiko yang besar kepada organisasinya .
2. Membuat keputusan yang mungkin membawa
kepada kerugian syarikatnya .
3. Membelakangkan kepentingan organisasinya
demi kepentingan organisasi yang lain seperti
memberikan maklumat rahsia organisasinya
kepada organisasi pesaing.

KEPATUHAN KEPADA DISIPLIN


1 Kepentingan disiplin sememangnya tidak
dinafikan bagi memastikan operasi organisasi
berjalan dengan lancar.
2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan
peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu
yang berkerja di dalamnya.
3. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi
kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan
organisasi akhirnya.

4. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan


dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan
segala peraturan dan arahan yang berkaitan
dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri
pengurus itu sendiri.

CIRI-CIRI ORGANISASI

=>Mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi


sebagai sebuah menara gading, universiti
hendaklah memainkan peranan yang
diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya
dan masyarakat awam amnya.
=>mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.
=>organisasi jenis pekerjaan atau bahagian
yang diwujudkan.
=>organisasi pembuata mewujudkan bahagian-
bahagian seperti bahagian penfeluaran
pentadbiran.

PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG


WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS

=>Seseorang pengurus tidak boleh melakukan


kesemua kerja dalam jabatannya.
=>Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab
tersendiri dalam menjalankan kerja masing-
masing.
=>Seorang pengurus mesti memberikan
oekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi
membolehkan menjalankan tugas dengan
cekap dan berkesan.
=>Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan
autoriti kerja.
PENURUNAN KUASA DI ZAMAN
RASULULLAH DAN SAHABAT

Abu Bakar telah memberi kebebasan kepada


gabenor dalam mengendalikan urusan
pentadbiran tempatan, permaslahatan awam
dan mereka juga bertanggungjawab untuk
bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan
tertutp atau dalam keadaan terbuka.

MEMBINCANGKAN PEMBERIAN GANJARAN

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau


perempuan, sedang ia beriman,maka
sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia
Dengan Kehidupan Yang baik; dan
Sesungguhnya Kami akan membalas mereka ,
Debgan memberikan pahala Yang lebih dari apa
Yang mereka telah kerjakan". (al-Nahl : 97)

PEMBAHAGIAN GANJARAN

EKSTRINSIK
=> Ganjaran kewangan seperti kenaikan upah
dan bonus.

INSTRINSIK
=> Ganjaran penghargaan seperti surat pujian
dan sijil pekerja cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai