Anda di halaman 1dari 18

DIPLOMA IN PUBLIC ADMINISTRATION FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI (FSPPP) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), KELANTAN

KE RJA KURSUS KUMP ULA N


CTU263
ISLAM DAN PENGURUSAN
TAJUK:

KEPERLUAN AMALAN SYURA DALAM PENGURUSAN


DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZAH FATIMAH BINTI TASIR

DISEDIAKAN OLEH:

NUR ARIEFAH BINTI SAID 2011534267 AMEEMUN NISA BINTI MOHAMAD ALI 2011703701 FAIROQUE AIDI BIN ABD.HALIM 2011701709

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

TARIKH DIHANTAR:

13 HB SEPTEMBER 2013

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah CTU 263 kami, iaitu Ustazah Siti Fatimah Binti Tasir kerana sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan dari awal pemprosesan kerja kursus lagi. Turut ditujukan ucapan terima kasih ini kepada rakan rakan yang memberikan bantuan tunjuk ajar serta bimbingan yang banyak, terima kasih yang tidak terhingga kami ungkapkan. Semoga kita bersama dapat menyempurnakan tugasan ini dengan baik. selain itu, berkat ikhlas bantuan daripada pelbagai pihak turut banyak membantu saya. Akhir kalam, sekali lagi setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami rakamkan kepada semua yang telah membantu kami dalam penghasilan kerja kursus ini.

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

PENDAHULUAN
Manusia tidak mampu untu hidup bersendirian. Manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu sama lain. Ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan manusia sesama manusia dalam usaha melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan dunia tetapi juga mrangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain samada yang melibatkan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kemasyarakatan dan seumpamanya, begitulah juga bidang yang melibatkan soal pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara sesama manusia. Islam agama yang syumul dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan garis panduan tertentu dalam melaksanakan sistem pengurusan.

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

KEPERLUAN KEPADA PENGURUSAN ISLAM

SISTEM

Ramai umat Islam yang tidak menyedari wujudnya sistem pengurusan dalam Islam kerana selama ini metreka terdedah dengan sistem yang datang dari barat. Mereka mengambil dan mengamalkan sestem pengurusan barat dengan bersandarkan kepada teori-teori tertentu samada teori klasik atau kontemporari. Antara konsep yang menjadi amalan ialah pengurusan saintifik yang dikemukakan oleh Taylor dengan menitikberatkan kepentingan pengkhususan kerja dalam bidang tugas. Malaysia juga turut menerima tempias dari dasar pandang ke timur yang diterapkan oleh kerajaan, dengan mengambil dasr dan contoh sistem yang menjadi amalan di Jepun dan Korea Selatan. Antara sistem yang digunapakai ialah JIT( just-in-time)(kawalan kualiti total) Samurai Swordmanship dan pelbagai lagi. Semangat kerja orang jepun cuba diterapkan dalam sistem pengurusan masakini. Umumnya, semua teori tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu meningkatkan kualiti dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam pengurusan sesebuah organisasi. Matlamat asal cukup baik, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila banyak kes yang timbul yang menjurus kepada kegagalan. Kegagalan yang paling ketara ialah kegagalan yang membentuk sahsiah rupadiri kakitangan pengurusan itu sendiri. Ini kerana sistem itu gagal membentuk manusia yang cemerlang dan seimbang. Oleh itu sudah tiba masanya umat Islam kembali kepada sistem pengurusan Islam yang telah terbukti berjaya menyelesaikan pelbagai masalah khususnya yang melibatkan diri manusia itu sendiri. Antara sebab utama umat Islam perlu bebuat demikian ialah :

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

BERSIFAT RABBANI
Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemya adalah berlandaskan kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Rasul yang dilantik. Oleh itu sistem pengurusan Islam, sentiasa terikat dengan segala peraturan dan ketetapan Allah s.w.t. Manusia hanya berhak mencipta dan menggubal sesuatu mengitku ruang serta cara yang diizinkan oleh syara sahaja. Segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan secara pasti, hendaklah dilaksanakan tanpa dolak dalik atau tanpa sebarang pengubahsuaian. Oleh itu ketetapan konsep halal dan haram mampu mengawal setiap tindakan manusia. Kaedah pengurusan Islam adalah sama dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain iaitu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ketetapan ini merupakan satu arahan dari Allah s.w.t seperti Firman-Nya : Maksudnya : Kami telah meurunkan Al-Kitab padamu (Muhammad) sebagai penjelasanMsegala sesuatu yang diperlukan, juga merupakan petunjuk, kerahmatan dan kegembiraan untuk sekalian muslimin

Ini bermaksud dari segi metodologi dan asas pengurusan Islam adalah merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah. Perkara yang boleh berubah ialah berhubung dengan aspek-aspek teknikal dan perlaksanaan yang sememangnya perlu dikembangkan serta disesuaikan dengan pelbagai keadaan, masa dan persekitaran. Walaupun aspek ini boleh dipinda dan diubah, tetapi perlu juga dijadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebgai rujukan. Kaedah ini dikenali sebagai ijtihad yang merupakan akal fikiran manusia.
CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN 6

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

Ini menjadikan pengurusan Islam cukup berbeza dengan sistem pengurusan moden yang hanya berasaskan kebijaksanaan akal manusia yang terbatas dan terhad tanpatanpa panduan Wahyu. Hasilnya lahirlah satu sistem yang sentiasa wujud berbagai kelemahan kerana fikiran manusia yang terbatas yang mudah dipengaruhi oleh pelbagai unsur luar dan sekeliling yang tidak sihat.

AKTIVITI YANG SELARAS HUKUM SYARA


Kesemua aspek pengurusan Islam melibatkan aktiviti yang dibenar dan diluluskan oleh syara. Ini merupakan sebahagian dari standard yang ada dalam sistem pengurusan Islam secara berkekalan di seluruh dunia sejak dari awal kedatangan Islam lagi. Apa jua aktiviti yang diharankan oleh syara adalah ditegah sama sekali penglibatannya. Oleh itu sebarang aktiviti yang memang jelas pengharamannya seperti perjudian, arak, pelacuran, rasuah, penipuan dan sebagainya adalah dilarang qati (mutlak dan pasti) Firman Allah s.w.t : Maksudnya : hendaklah kamu menghukum antara seluruh manusia itu dengan peraturan yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu

PEMISAHAN SISTEM NILAI


Kebanyakan teori masa hari ini hanya menumpukan fokus kepada bidang kerja atau tugas kepada organisasi sahaja, tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. Nilai-nilai murni masyarakat setempat tidak diberi ruang yang sewajarnya, sedangkan itulah nilai yang telah sebati dengan diri mereka sejak zaman berzaman. Nilai-nilai agama diketepikan. Hasilnya hilangnya budaya berbudi bahasa, adab sopan, hormat menghormati, kerja itu ibadah dan sebgainya. Kesannya, timbul pelbagai gejala negatif yang kurang sihat dalam pengurusan

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

organisasi itu sendiri seperti rasuah, pecah amanah, kasar, bahasa yang kurang sesuai dan seumpamanya.

SISTEM YANG TIDAK SEIMBANG.


Teori-teori yang dilahirkan untuk tujuan amalan lebih memberi tumpuan kepada soal dalaman organisasi sahaja tanpa memberikan tumpuan kepada nilai kerohanian dan kemanusiaan tersendiri yang dianggap cukup penting. Kegagalan menghasilkan manusia yang cemerlang samalah seperti menghasilakn organisasi yang gagal dan bermasalah. Segala teori yang dihasilkan hanya memberi tumpuan bagaimana untuk meningkatkan kualiti dan produk yang dihasilkan.

SISTEM PENGURUSAN ISLAM ALTERNATIF TERBAIK


Untuk menghasilkan pembaharuan, kelainan dan peningkatan kualiti pengurusan, susah tentu umat Islam perlu kembai kepada ajaran Islam. Ini adalah disebabkan sistem pengurusan Islam bersifat sepadu dan seimbang dengan menekankan semua aspek yang menjadi keperluan dalam kehidupan manusia termasuklah dalam pengurusan Islam. Aspek-aspek material, rohani, fizikal dh psikologi diambil kira dalam bentuk yang sepadu untuk menentukan halatuju sesebuah organisasi.

PENGURUSAN ISLAM BERLANDASKAN ACUAN DAN NILAI SENDIRI


Telah menjadi lumrah kehidupan, manusia gemar meniru sesuatu yang baru dan pada mereka cukup baik jika turut sama dapat melakukannya. Peniruan yang membuta tuli selalunya membawa kepada lebih banyak kegagalan dan kelemahan, Pemikiran pentadbiran barat sudah tentu berteraskan kepada antiagama (fahaman sekular) iaitu melakukan pemisahan antara agama dan kehidupan. Sekiranya hendak diterima pakai, ia harus melaui pelbagai bentuk tapisan dan penyaringan. Oleh itu, alternatif yang terbaik ialah dengan memilih sistem pengurusan Islam mengikut acuan dan kacamata Islam itu sendiri kerana ia bukan hanya berpandukan kepada kebijaksaan akal manusia

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

semata-mata, tetapi juga berpandukan kepada sumber-sumber yang tidak diragui kesahihan dan kebenarannya. Ada ketikanya sumber tersebut menetapkan ketaatan penuh tanpa tolak ansur dan ada ketikanya diberikan ruang untuk melakukan sebarang bentuk perubahan.

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

Asas pengurusan Islam


Islam telah berjaya membawa satu pandangan hidupyang cukup luas dan sentiasa relevan dengan kehendak masa, keadaan dan tempat. Namun, Islam tidak pernah menolak pembaharuan, tetapi perlu seiring dan selari dengan ketetapan hukum syarak.

TAKHTIT-PERANCANGAN Perancangan adalah merupakan usaha-usaha yang dilakukan dan yang diambil dengan mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan kemudiannya menetap cara untuk mencapai matlamat tersebut dengan menagambil kira keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan untuk masa depan. Proses perancangan biasanya melibatkan beberapa perkara utama antaranya: magenalpasti matlamat menilai keupayaan sumber membuat jangkaan atau ramalan memperkenalkan plan tindakan dalam membuat perancangan, matlamat yang dikehendaki mestilah jelas samada matlamat yang perlu dicapai bagi jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat perlu merangkumi serampang dua mata iaitu kejayaan dunia dan akhirat. Keupayaan sumber juga perlu diambil kira dengan membuat analisa dari sudur kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran. Semuanya ini penting untuk menetukan samada sesuatu matlamat itu boleh dan mampu dicapai atau sebaliknya. Juga perlu diambil kira segala peluang yang ada atau yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat yang telah dirangka.
CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN 10

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

Selain itu, perlu juga difikirkan cara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengembelingkan segala keupayaan yang ada untuk mingkatkan produktiviti. Keupayaan untuk membuat jangkaun, andaian atau ramalan juga penting dalam menyediakan strategi tertentu dalammemastikan matlamat tercapai. Oleh itu perlu dilakukan pelbagai kajian dari segenap sudut seperti jangkaan pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, harga sumber, pilihan gantian sumber dan sebagainya. Akhir sekali disediakan plan tindakan yang difikirkan sesuai diambil untuk menjayakan setiap misi yang disasrkan. Ia perlu meliputi perancangan utama dn langkah susulan serta langkah pilihan sekiranya plan utama menghadapi kegagalan atau menghadapi sesuatu yang diluar jangka. Oleh itu penentuan fungsi, tugas dan tanggungjawab perlu diketahui oleh setiap kakitangan yang terlibat supaya mereka boleh bertindak mengikut bidnag tugas yang ditetapkan. Rasulullah s.a.w sendiri merancanakan sesuatu aktiviti atau tindakan yang akan diambil untuk memastikan segala yang dirancang mampu membuahkan hasil yang dikehendaki. Beliau tidak bertindak membuta tuli tanpa terlebih melakukan perancangan yang teliti. Antara contoh peracangan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah : Era Mekah Penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan kepada pengukuhan ajaran Islam dan menyeru manusia supaya menyembah dan mentauhidkan Allah s.w.t. Dua strategik dipraktikkan iaitu secara sulit dan terang-terangan. Nabi mrancang langkah sedemikian dengan mengambil kira kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari golongan Quraish dan suasana ketika itu. Apabila kedudukan Islam difikirkan telah stabil dan kuat, barulah Nabi mengambil langkah berdahwak secara terang-terangan. Era Madinah

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

11

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

1.

Program al-Muakha- ia merupakan rancangan pertama yang dilakukan

oleh Rasulullah s.a.w untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza kerana menyedari matlmat lebih mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di kalangan mereka. 2. Mendirikan masjid-Nabi juga merancang membina masjid sebagai langkah untuk menyatukan umat Islam atas dasar Islam dn bukan atas semangat perkauman yang sngat menbal ketika itu. Selian itu, jangkaan Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid. Nabi juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi untuk menggerak setiap aktiviti yang dirancang. 3. Menggubal Piagam Madinah- Nabi juga mengambil langkah untuk Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu mengukuhkan

perembagaan Negara Islam yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah egara Islam Madinah. TANZIN-PENGORBANAN/PENYUSUNAN Penyusunan atau pengorganisasian merupakan suatu proses penglokasian atau penempatan setiap sumber yang wujud dalam sesbuah organisasi samada sumbr tenaga manusia, benda atau barang, susunan organisasi, bidang kuasa, fungsi dan tugas setiap faktor tersebut untuk mencapai setiap matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu penyusunan setiap faktor yang terlibat perlu diambil kira pelbagai aspek sampingankerana kegagalan mengambilkira akan mengundang kepada kegagalan. Antara nilai dan perkara yang perlu diambil kira dalam menyusun sesebuah organisasi ialah : Sumber manusia-iaitu memastikan jumlahnya mencukupi dan menyusun fungsi dan tugas mereka berdasarkan kemahiran, keupayaan dan kebolehan mereka. Ia penting untuk menjamin mereka benar-benar berfungsi dan mampu menyumbang ke arah kejayaan organisasi. Mereka perlu mengetahui dengan jelas fungsi dan bidang tugas mereka untuk megelak pertindihan kerja atau
CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN 12

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

pembaziran faktor sumber tanpa digunakan seoptima yang mungkin. Oleh itu, carata organisasi perlu diwujudkan dengan menentukan jawatan yang diperlukan, jumlah tenaga kerja untuk setiap jawatan, pegawai-pegawai sokongan (jika perlu) dan taraf jawatan mereka. Sumber tabii-sumber tabaii merupakan sumber alam semulajdi yang juga penting kepada organisasi seperti turun naik harga pasaran, sumber pengganti sekiranya berlakunya kekurangan penawaran di pasaran, pembekal yang bersesuaian dan sebagainya. Begitulah juga dengan nilai modal yang diperuntukan untuk faktor sumber tabii perlu juga disusun untuk mengelakkan beban hutang di masa hadapan dan seumpanya. Gabungan sumber- Antara nilai-nilai yang perlu diambil kira dalam menyusun penempatan setiap sumber faktor yang terlibat ialah kecekapan intelektual, kemurnian peribadi, kecanggihan peralatan yang terkini, kedudukan dan fungsi yang sesuai. Semuanya perlu disusun dengan teratur disamping keupayaan menyepadukan keupayaan fizikal dan mental serta nilai-nilai akhlak setiap sumber tersebut. Nilai-nilai positif perlu ditekankan kepada setiap faktor sumber untuk menjamin keharmohian dan kesepakatan antara mereka. Oleh itu sikap hormat mengjormati, saling Bantu membantu, berbudi bahasa dan bersikap sopan perlu ditekankan. Peralatan yang canggih tidak akan membantu sesebuah organisasi seandainya sikap dan tabiat kakitangan mereka tidak seiring dengan kecanggihan tersebut. Rasulullah s.a.w sendiri mengambil pendekatan yang sama kearah

memperkenalkan jentera pentadbiran dan pengurusan negara, antara pengurusannya ialah : Penyusunan jentera pentadbiran- baginda Rasulullah s.a.w menyusun jentera pentadbirannya dengan menentukan jawatan, tugas dan fungsi mereka dengan memperkenalkan 2 sistem pentadbiran yang berbeza iaitu: Pentadbiran Pusat
CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN 13

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

Pentadbiran Wilayah Pentadbiran pusat Pentadbiran peringkat ini dibahagikan kepada tujuh jabatan iaitu : I. Timbalan (naibin)

Mereka adalah dikalangan sahabat yang mengepali pentadbiran Negara terutamanya menguruskan hal ehwal Islam sewaktu ketiadaan Rasulullah s.a.w di Madinah. II. Penasihat (mushir) Baginda sentiasa berunding dan meminta pendapat daripada orang-orang yang bijak, pandai, kuat iman, warak dan bersemangat untuk perkembangan Islam. Majlis penasihat (syura) terdiri daripada tujuh orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar antaranya ialah : Hamzah, Jaafar, Abu Bakar, Umar Ali, Ibnu Masud, Salman, Ammar, Huzaifah, Abu Zar, Miqdad dan Bilal III. Setiausaha (Katib) Katib bermaksud penulis, pencatat atau penyalin yang kemudiannya dikenali sebagai setiausaha. Baginda memberi tumpuan yang serius dalam bidang ini dan memerlukan golongan pakar yang menulis beberapa dokumen seperti wahyu, surat kepada raja-raja dan sebagainya. IV. Wakil (Rasul) - Duta Duta mestilah cerdik, perwatakan yang menyenangkan dan menarik serta mengusai bahasa-bahasa asing khususnya bahasa ditempat mereka dihantar bertugas. Antara tugas mereka ialah mengajak kepada Islam, membuat perjanjian, memberi perlindungan, memohon kepada pemimpin tertentu untuk membenarkan orang Islam di negara untuk pulang, mengirim hadiah dan lainlain. V. Pesuruhjaya

Kebiasaannya dilantik untuk mengurus soal-soal kecil tetapi dalam keadaan tertentu ia adalah tugas berat seperti politik dan pelaksana undang-undang.

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

14

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

VI. yang

Penyair dan pemidato (syuara dan khutaba) mengeji dan mencela sifat-sifat peribadi Rasulullah s.a.w.

Penyair seperti Hassan bin Thabit bertindak balas kepada penyair bukan Islam Walaubagaimanapun penyair Islam dilarang daripada melampaui dan keterlaluan. VII. Pegawai tugas-tugas am

Pelbagai nama diberikan kepada mereka seperti azin (pemanggil), Bawwab (penjaga pintu) dan hajib (penajaga pagar)

PENTADBIRAN WILAYAH 3 jawatan besar dan penting iaitu : I. Wali (Gabenor)

Daerah kerajaan Islam di akhir hayat Rasulullah s.a.w meliputi semenanjung tanah Arab dan sebagainya perbatasan negeri-negeri jiran seperti syria (syam) dan lain-lain. Baginda telah melantik wali atau gabenor sebagai wakil baginda ke atas wilayah-wilayah tersebut seperti Yaman (Muaz bin Jabal), Taef(Uthman b Abi Al Aaas), Mekkah (Attaa b Usiad) II. Hakim (Qadi)

Tugas mereka ialah untuk melaksanakan keadilan serta melaporkan terus kepada Rasulullah s.a.w yang merupakan ketua hakim, khususnya kota Madinah. Ali b Abi Talib dan Muaadz b Jabal antara para hakim yang dilantik baginda. III. Amil (pemungut cukai)

Tugas mereka berkait dengan ekonomi negara dan umat Islam seperti memungut zakat, derma, jizyah, al-fai, al-Kharaj, al-usyur dan sebagainya dari umat Islam dan bukan Islam yang berada dan mendapat perlindungan dalam daerah pemerintahan Islam.

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

15

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

QIYADAH-PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang pentadbir atau pengurus (disetiap peringkat pengrusan) untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi(manusia, benda dan perkara) supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi ke arah pencapaian objektif yang telah ditentukan. Kepimpinan melibatkan meransang pekerja bawahan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai, menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi dan menjadi penghubung atau juru bicara organisasi Kepimpinan adalah : a) b) c) Umpama kepala dalam anggota manusia-menentukan segala tujuan dan Lambang kesatuan- Ia adalah lambang kepada kesatuan, keutuhan dan Pemilihan secara berhati-hati sikap waspada dan berhati-hati perlu ada matlamat serta semua maklumat terhimpun kepadanya. disiplin sesebuah organisasi. ketika memilih seorang pemimpin untuk menjamin keadilan. Dasar pilih kasih perlu dielakkan. Perkara yang perlu dilihat disini ialah ciri-ciri pemimpin yang unggul, ciri-ciri petugas satu pekerja yang cemerlang, serta ciri organisasi yang diwakili. Antara ciri-ciri yang perlu ada kepada seseorang pemimpin yang baik dan berjaya ialah : I. bertanggungjawab II. III. setiap tindak tanduk yang dilakukannya. IV. Bertanggungjawab sikap tanggungjawab penting untuk melahirkan sikap waspada dalam menunaikan
CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN 16

Amanah

Pemimpin perlu

memahami bahawa tugasnya adalah satu amanah untuk mengelak sikap tidak Ikhlas Sifat Ikhlas penting

untuk melahirkan sikap jujur dan benar dalam menjalankan tugas. Muraqabah iaitu sentiasa menyedari dirinya sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t pada setiap masa dan

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

amanah yang dipikul dan turut melahirkan sikap bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasnya. V. Kemesraan dan keakraban antara perkara yang banyak membantu sesorang pemimpin ialah kemampuannya untuk menjalinkan hubungan yang mesra dan baik dikalangan para pekerja. Ia penting untuk memenangi hati para pengikut dan orang bawahannya. Sikap meninggi diri dan sombong adalah sikap yang akan membawa perpecahan dan perasaan benci orang bawahan. VI. organisasi. Keputusan yang tepat dapat Mengenali persekitaran iaitu diambil dengan memahami memahami di mana dia berada, siapa yang dipimpinnya dan fungsinya kepada persekitarannya, disamping mampu merancang startegi berkesan untuk mencapai matlamat. VII. VIII. Berilmu - Pemimpin perlu memiliki Memiliki nilai kemanusiaan nilai ini keilmuan yang mencukupi untuk mengurus dan mentadbir. penting untuk membantunya berjaya dalam kepimpinannya. Sikap hormat tolak ansur, mempercayai kemampuan dan kebolehan orang bawahan, sikap hormat kepadaorang lain, menunjukkan dengan dan berhemah. Disamping itu sikap keterbukaan juga penting iaitu sedia mendengat pendapat dan pandangan orang lain dan bukannya bersifat ditaktor. Untuk menambah nilai kejayaan dan keupayaan sesorang pemimpin dan kepimpinannya maka Islam telah menunjuk dan memberikan model terbaik yang boleh dicontohi iaitu amalan yang menggambarkan corak kepimpinan yang berkesan. Contoh itu terdapat dalam sholat berjemaah. Antara nilai-nilai yang dapat dicontohi ialah : a. b. c. d. Pengamalan konsep nasihat menasihati serta konsep tegur menegur Pemahaman konsep setiap kamu adalah pemimpin dans etiap kamu Perlantikan ketua yang berkelayakan dan berkebolehan Pemahaman konsep taat dan patuh kepada ketua
CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN 17

akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin

Keperluan amalan syura dalam pengurusan(KERJA KURSUS INDIVIDU)

e. f. g.

Lahir sikap hormat dan menghormati Sikap peka kepada kebajikan orang lain Semangat kerjasama atas dasar persaudaraan teamwork Rasulullah s.a.w perlu dicontohi kerana beliau adalah pemimpin Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh

yang unggul dan berjaya menyatupadukan umat Islam pemimpin yang Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang. Sistem syura diperkenalkan dengan melakukan berbagai perundingan bersama para sahabat. Akhirnya dapat membuahkan startegi yang baik dalam banyak hal yang dihadapi dan ditangani bersama kerana memperolehi berbagai idea yang bernas dan menarik Pemahaman konsep pemimpin yang memahami nilai, perasaan, mental fizikal serta elemen yang adalah kunci kepada kejayaan.

CTU263 |ISLAM DAN PENGURUSAN

18

Anda mungkin juga menyukai