Anda di halaman 1dari 22

Metodologi Ekonomi iSLAM 1 KONOMI ISLAM

Metodologi Ekonomi iSLAM ISI KANDUNGANPengenalan 3 Kriteria Metodologi 4 Metodologi yang saintifik 5 Berdasarkan ideolodi 5 Unsur dalam Metodologi 7 Teras Metodologi 7 Korpus 9 Pembentukan prinsip 10 2

Metodologi Ekonomi iSLAM PENGENALAN 1.0 Sistem ekonomi islam merupakan satu sistem yang menjadi pilihan alternative yang baik bagi menggantikan sistem ekonomi yang sering diguna pakai oleh dunia kini yakni sistem ekonomi konvensional. Banyak kajian tentang ekonomi Islam dilakukan berpandukan acuan barat. Semua kajian sama ada kajian perbandingan antara sistem ekonomi, kritikan terhadap teori konvensional dan pencarian alternative baru yang lebih baik ternyata menggunakan teori barat. Penggunaan acuan barat dalam membahasakan ekonomi Islam dilakukan dengan memasukkan unsur-unsur Islam iaitu membuang apa yang dilarang dan menggantikan apa yang sepatutnya dilakukan mengikut Islam. Oleh kerana Islam merupakan agama yang lengkap iaitu menyediakan manusia dengan cara hidup beretika dalam semua aspek kehidupan maka pastinya Islam mempunyai satu kaedah tersendiri. Kegiatan ekonomi merupakan salah satu aktiviti penting manusia yang melibatkan hubungan langsung antara manusia dengan manusia. Hubungan ini pasti mempunyai etika dan tatacara tertentu yang akan meletakkan aras kelakuan manusia ke arah cara yang diredhai oleh Allah s.w.t. Pada masa kini timbul kesedaran bahawa para cendiakawan Islam sepatutnya lebih peka terhadap kaedah sendiri dan mengurangkan pergantungan pada acuan barat. Teori, kaedah dan penilaian sepatutnya berpandukan apa yang ditetapkan dalam acuan Islam. Hal ini akan membantu masyarakat Islam dalam menjalankan aktiviti ekonomi dengan adat dan budaya Islam yang telah disyariatkan. Metodologi ekonomi Islam adalah satu arah yang akan menerangkan bagaimana kaedah-kaedah atau tatacara dalam ekonomi islam yang meliputi 3

Metodologi Ekonomi iSLAM aspek kriteria-kriteria metodologi, pendekatan yang boleh digunakan, sumber ilmu (nukleus) yang membantu dalam membentuk teori serta metodologi yang menjadi garis panduan masyarakat dalam menerapkan ciri-ciri Islam dalam diri dan bagaimana dapat diteruskan perkembangan membina metodologi ekonomi islam pada masa hadapan. iNFO iSLAM Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya 2.0 KRITERIA METODOLOGI Pembentukan metodologi ekonomi islam serta ekonomi barat adalah menggunakan konsep yang sama. Pembentukan sesuatu teori atau model ekonomi bermula dengan membuat pemerhatian terhadap fenomena ekonomi dan mengujinya dengan membentuk hipotesis yang boleh dikaji. Seandainya hipotesis yang dikaji adalah benar berdasarkan majoriti kelakuan ejen ekonomi serta data-data empiris maka terbentuklah satu teori ekonomi yang sah.(Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad , 2005). Oleh yang demikian sesuatu analisis haruslah mempunyai kriteria atau ciri-ciri yang signifikan untu k memastikan satu analisis atau kajian itu adalah tepat dan bukan khayalan semata-mata. Antara kriteria metodologi ialah: 4

Metodologi Ekonomi iSLAM 2.1 Metodologi yang Saintifik 2.2 Berdasarkan Ideologi Metodologi dalam erti kata yang mudah merupakan cara atau kaedah. Ahli statistic serta ahli sains social mengistilahkan metadologi sebagai satu kaedah atau tatacara pengumpulan, penyusuanan, dan penganalisisan data serta pembuatan keputusan. Pembentukan sesuatu metodologi secara umumnya memerlukan data dan pembuktian yang saintifik dan nyata. Islam secara dasarnya meliputi aspek akidah, syariah dan akhlak dalam menjalankan kehidupan seharian. Begitu juga berkaitan dalam menjalankan aktiviti ekonomi ketigatiga aspek ini menjadi tunjangnya. Istilah saintifik dalam islam mempunyai pandangan yang sangat subjektif dan amat berbeza berbanding dengan konsep saintifik dalam kaedah konvensional. Konsep saintifik dalam islam meliputi aspek etika, nilai moral dan batiniah yang merupakan sesuatu yang sukar untuk diukur. Ideologi dikaitakan dengan sesuatu idea yang didasarkan kepada sesuatu fahaman atau pegangan. Dalam ekonomi juga mempunyai ideologi yang tersendiri. Bagi system ekonomi konvensional adalah berdasarkan model atau fahaman negara barat yang hanya bersumberkan manusia sematamata. Tetapi bagi ekonomi islam pembentukan sesuatu ideologi bukan hanya rekaan manusia semata-mata tetapi adalah berteraskan ajaran islam. Segala perkara yang berkait dengan idea tersebut seperti andaian, batasan, syarat, dan bentuk hubungan juga berdasarkan ajaran islam Ekonomi islam menjadikan tauhid sebagai asas falsafah dalam kegiatan ekonomi manusia. Ia merangkumi hubungan tiga dimensi antara manusia, Allah sebagai pencipta dan makhluk yang lain. Hubungan manusia dengan Allah disebut sebagai hablumminallah manakala hubungan manusia dengan manusia dan alam sekitar disebut sebagai hablumminannas. 5

Metodologi Ekonomi iSLAM Pengertian saintifik juga mempunyai hubungan sebab dan akibat. Perhubungan dapat ditunjukkan melalui segala apa yang terjadi di alam ini pasti berpunca dari sesuatu sebab. Perkara ini menggambarkan sesuatu yang berlaku itu mempunyai hubungan sebab dan akibat. Oleh yang demikian menjadi tugas ilmu pengetahuan untuk menyelidik perhubungan ini, serta membuktikan hasil kajian dan sesuatu penyelidikan itu dalam beberapa kaedah umum yang dinamakan peraturan. Sebab itulah peraturan itu diberikan takrif secara saintifik sebagai kaedah umum yang menyatakan perihal hubungan sebab dan akibat antara dua keadaan ataupun lebih. iNFO iSLAM Melalui hubungan yang unik ini, manusia dididik agar melaksanakan sebarang aktiviti yang melibatkan manusia dan alam sekitar termasuk aktiviti aktiviti ekonomi berpandukan nilai dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah selaku Pencipta. Ilmu itu sebaik-baik pusaka, Adab itu sebaikbaik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan, Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan. Saidina Ali Abu Talib K.W 6

Metodologi Ekonomi iSLAM UNSUR DALAM METODOLOGI 3.0 3.1 Teras Metodologi Islam mengajar pengikutnya supaya hanya mematuhi perintah Allah s.w.t semata-mata dan tidak tunduk pada mana makhluk lain dan memiliki jiwa yang bebas. Segala keperluan serta aktiviti dalam kehidupan perlu selaras dengan kehendak Allah s.w.t kerana Ia adalah pencipta di sekalian alam serta mengetahui segala keperluan makhluknya. Oleh yang demikian nilai moral, etika dan kelakuan dalam islam mestilah berlandaskan aqidah iaitu untuk mematuhi hukum ataupun syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kepatuhan kepada syariat islam wujud atas kesedaran dan keyakinan bahawa hanya syariat islam sahajalah yang benar dan dapat memandu manusia ke arah yang lebih selamat di dunia dan akhirat. Hal ini selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang telah menentukan bahawa islam itu hendaklah dijadikan panduan dan perlembagaan yang lengkap serta menyeluruh dalam semua bidang, bukan setakat bidang kehidupan yang bercorak peribadi malah merangkumi bidang kehidupan bermasyarakat, baik yang bercorak sosial, ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itu metodologi adalah cara ataupun kaedah bagi membuktikan kebenaran maka kebenaran jelas terpancar dalam islam dengan berlandaskan syariatnya. Disebabkan syariat islam adalah berteraskan al-Quran dan alSunnah maka ia juga merupakan teras utama kepada metodologi islam. Teras utama ini juga merupakan sumber utama ilmu islam yang disebut sebagai nucleus. Berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah inilah pengetahuan dapat dibina. Selain itu Ijma , Qias dan lain-lain rujukan turut 7

Metodologi Ekonomi iSLAM menjadi sumber utama atau nucleus dalam teras metodologi ilmu ekonomi islam. Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber segala ilmu dan ia terjamin lengkap, benar, sempurna dan menyeluruh serta diyakini dapat menyelesaikan segala masalah manusia. Hal ini selaras dengan firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 37 yang membawa maksud Dan bukanlah al-Quran ini sesuatu yang diada-adakan oleh orang lain selain Alllah tetapi al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan kitab-kitab yang terdahulu dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum syarak yang diwajibkan (ke atas kemu); tidak ada sebarang syak ragu-ragu pada al-Quran itu yang datangnya daripada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selain itu, peranan cendekiawan islam juga diperlukan untuk mentafsir dan memahami al-Quran dan al-Sunnah. Pemahaman dan pentafsiran daripada al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad para cendekiawan islam akan dapat mengenal pasti kehendak sebenar islam dalam segala urusan terutamanya urusan ekonomi. Daripada pemahaman inilah akan dapat menzahirkan secara terperinci tentang etika, andaian, syarat, batasan dan kehendak islam. Faktor iman, ibadah, dan akhlak merupakan perkara penting dalam pembentukan individu yang beriman seterusnya mampu melahirkan satu unit binaan yang layak menjadi teras sebuah masyarakat yang kukuh. iNFO iSLAM Faktor iman, ibadah, dan akhlak merupakan perkara penting dalam pembentukan individu yang beriman seterusnya mampu melahirkan satu unit binaan 8

Metodologi Ekonomi iSLAM Korpus 3.2 Nukleus-nukleus akan membentuk cabang-cabang ilmu. Tedapat pelbagai cabang ilmu yang boleh dikenalpasti dan setiap cabang tersebut mempunyai hujahannya yang tersendiri. Himpunan bagi setiap bidang hujahan tersebut dikenali sebagai korpus. Korpus-korpus mempunyai pelbagai bidang seperti korpus ekonomi, korpus politik dan sebagainya. Dalam konteks ekonomi islam, korpus ialah himpunan ayat-ayat alQuran dan al-Sunnah dalam bidang ekonomi.Beberapa himpunan boleh dianggap sebagai korpus ekonomi islam seperti himpunan 1400 ayat alQuran (Waqar Hussaini: Mimeo) dan himpunan 6226 al-Sunnah tentang ekonomi. (Khan M.A.,1989). Berpandukan korpus tersebut, himpunan ayat dapat dibahagikan kepada bidang-bidang tertentu dalam ekonomi seperti penggunaan, pengeluaran, pembangunan, kewangan dan kebajikan sosial. Proses ini merupakan pengenalpastian ayat al-Quran dan alSunnah yang mempunyai kaitan dengan sesuatu bidang yang lebih khusus dan mendalam. Sesuatu ayat atau hadith mungkin boleh digunakan dalam pelbagai bidang berlainan kerana sesetengah prinsip akan berintegrasi antara satu bidang dengan bidang lain. Hal ini kerana kesemua bidang dalam kehidupan adalah mencakupi satu peraturan syariah yang sama. 9

Metodologi Ekonomi iSLAM Pembentukan PrinsipEkonomi Islam 3.3 Berpandukan korpus ekonomi, teori dan analisis, ejen ekonomi boleh dibentuk. Korpus akan menunjukkan bagaimana sepatutnya kelakuan ejen ekonomi supaya ia bertepatan dengan kehendak syarak. Daripada korpus ini juga dapat dibina pelbagai prinsip ekonomi islam misalnya bagaimana seharusnya kelakuan pengguna, kelakuan pengeluar, kelakuan majikan, kelakuan pemerintah, dan kaedah agihan. Lanjutan daripada pembentukan prinsip ekonomi islam akan terbinalah teori misalnya teori penggunaan islam, teori pengeluaran islam, teori agihan islam, dan teori kewangan islam. Perkara yang tidak dinyatakan secara jelas dan mungkin akan berlaku perbezaan pandangan atau pendapat. Masalah ini akan diselesaikan secara ijtihad Perbezaan pendapat memang diakui berlaku dalam islam dan perbezaan ini disebut sebagai mazhab. Terdapat empat mazhab iaitu mazhab Maliki, mazhab Hanafi, mazhab Shafie dan mazhab Hanbali. Mazhab-mazhab ini merupakan empat mazhab dalam fiqh ahli sunnah waljamaah. Perbezaan mazhab mungkin akan menyebabkan berlaku perbezaan dari segi analisis, andaian, batasan syarat dan natijah. Perbezaan ini akan menjana pelbagai idea dan pandangan yang masih dalam lingkungan syariah bukan penyebab kepada perpecahan dari segi hukum islam. Dalam membentuk prinsip-prinsip ekonomi islam, perbezaan pandangan antara mazhab boleh diselesaikan berpandukan ijmak ulama dan qias supaya selari dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah. Melalui ijmak ulama akan menentukan pelbagai pandangan yang berbeza itu yang mana dapat diterima untuk dijadikan panduan dalam pembentukan prinsip ekonomi islam. 10

Metodologi Ekonomi iSLAM Prinsip ekonomi iSLAM Kebebasan individu Individu berhak membuat keputusan dan bersuara. Jika tiada kebebasan, individu tidak dapat menjalankan kewajipan asas untuk kesejahteraan hidup Hak terhadap harta Mengiktiraf hak individu untuk memiliki harta. Terdapat batasan tertentu dalam pemilikan harta Ketidaksamaan ekonomi dalam batasan semula jadi Mengakui wujud ketidaksamaan ekonomi di antara manusia tetapi mengelak jurang perbezaan yang luas. Jurang perbezaan berlaku secara semula jadi, adil dan munasabah Keselamatan sosial Setiap individu mempunyai hak untuk hidup dalam sesebuah negara, da setiap warganegara dijamin untuk mendapatkan keperluan asas. Hak untuk hidup diberikan kepada setiap individu. Pengagihan kekayaan secara meluas Pengumpulan harta oleh satu golongan ditegah Larangan mengumpul kekayaan Melarang mengumpul harta kekayaan secara berlebihan Larangan terhadap institusi antisosial Melarang semua amalan yang mersakkan dan antisosial yang terdapat dalam masyarakat ) berjudi, minum arak, dan sebagainya) Kebajikan individu dan masyarakat Mengakui kebajikan individu dan masyarakat dan merupakan pelengkap di antara satu sama lain, bukannya bersaing dan bertentangan. Wujud faedah bersama. 11

Metodologi Ekonomi iSLAM Pembuktian 3.4 Sebarang teori yang dibentuk perlu dibuktikan kesahihannya melalui pengaplikasian menggunakan kejadian yang sebenar dalam kehidupan. Jika sesuatu teori yang dibentuk itu tidak dapat dilaksanakan dan bertentangan dengan realiti kehidupan sebenar, maka teori tersebut adalah tidak sah dan hanyalah khayalan. Sehubungan dengan itu, pembuktian secara ilmiah melalui kaedah statistik atau permodelan yang meyakinkan diperlukan sebagaimana yang selalu dilakukan dalam pengujian atau analisis ekonomi konvensional. Jika terdapat model sedia ada yang tidak mempunyai nilai agama, iaitu tidak melambangkan aqidah masih lagi boleh digunakan. Dua aspek penting yang perlu ditunjukkan dalam pembuktian sesuatu metodologi ialah pertama, teori yang dinyatakan adalah praktikal, iaitu boleh dilaksanakan dan kedua, keabsahannya boleh uji secara empirik. Pembuktian ini bertepatan dengan syarat penerimaan keimanan, iaitu membenarkan dengan hati, diucap dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan perbuatan. Tetapi perlu diingat yang ekonomi konvensional dan ekonomi Islam mempunyai paradigma yang berbeza. Kedua-duanya mempunyai etika, andaian, syarat, batasan dan nilai social yang berbeza. Pertimbangan yang sebaik mungkin peril dibuat agar unsure-unsur tersebut dapat dibezakan dalam membina model yang dibina. Selain itu dalam ekonomi Islam terdapat nilai yang tidak dapat dinyatakan secara empirik seperti pahala, dosa, tahap keimanan tahap pembaziran dan kedekut. Perkara seperti ini mempunyai kesan terhadap 12

Metodologi Ekonomi iSLAM gelagat ejen ekonomi tetapi agak sukar untuk membuktikannya serta mengukur kesannya secara kuantitatif. iNFO iSLAM Syarat penerimaan keimanan: membenarkan dengan hati, diucap dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan perbuatan. 4.0 KAEDAH PEMBENTUKAN EKONOMI ISLAM Menurut Surtahman Kastin & Sanep (2005), pembentukan teori atau permodelan ekonomi Islam boleh dilakukan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza. Kaedah pertama adalah dengan melakukan penyuburan kembali ilmu ekonomi Islam dan yang kedua adalh melalui proses pengislaman ilmu ekonomi yakni melalui Islamisasi. 4.1 Penyuburan KembaliEkonomi Islam Tradisional Pada hakikatnya cendiakawan Islam telah mendahului pemikir Barat dalam mengembangkan ilmu ekonomi. Banyak daripada mereka seperti Abu Yusuf, Ibn Taymiyah, dan Ibn Khaldun jauh lebih awal mendahului pemikir barat seperti Adam Smith (1723-1790), David Recardo (1772 13

Metodologi Ekonomi iSLAM 1823) dan Karl Marx (1818-1883). Surtahman Kastin & Sanep (2005). Penyuburan kembali ilmu ekonomi sebagaimana yang dipelopori oleh cendekiawan Islam boleh dilakukan dan merupakan cara terbaik untuk pembentukan ilmu ekonomi Islam. Kaedah ini memerlukan penyuburan kembali ilmu ekonomi Islam terdahulu dengan pengolahan semula fakta-fakta agar bersesuaian dengan keadaan semasa. Menurut Surtahman Kastin & Sanep (2005), pengolahan semula dengan pendekatan baru diperlukan kerana beberapa sebab: 1. Dalam penganalisisan ekonomi Islam yang asal, permasalahan ekonomi dilihat secara mudah malah dalam sesetengah kes tidak dinyatakan secara tegas sebagai ekonomi sedangkan pada masa kini permasalahan dan urus niaga ekonomi telah jauh berubah. Aktiviti ekonomi masa kini melibatkan pelbagai aktiviti yang kompleks. 2. kaedah yang digunakan pada masa dahulu tidak menggunakan pendekatan saintifik sedangkan pada masa kini segala analisis dan pembuktian menghendaki pembuktian yang saintifik. Oleh yang demikian, penganalisisan secara ilmiah persoalan ekonomi masa kini memerlukan kefahaman yang mendalam dalam perbincangan ilmu ekonomi Islam secara tradisional dan pelaksanaan dalam aktiviti ekonomi semasa. Pendekatan ini walaupun dianggap yang terbaik dan murni kerana bermula daripada sumber yang asli tetapi mungkin agak sukar dilakukan memandangkan dasar aktiviti ekonomi yang dibincangkan agak jauh kebelakang. Pembentukan semula bermula daripada yang asal menjadikannya seolah-olah sesuatu yang baru dan tersendiri berkaitan teori, etika, nilai sosial, pemodelan dan kaedah pembuktian yang mana pendekatan ini memerlukan proses yang lama. 14

Metodologi Ekonomi iSLAM Islamisasi Ekonomi 4.2 Pemikir Barat telah menghalusi mereka dengan menggunakan paradigma dan kriteria yang lebih saintifik. Kemajuan ini menjadikan ilmu ekonomi suatu ilmu yang lengkap. Namun, kebanyakan kriteria yang digunakan tidak menepati syarak. Walau bagaimanapun, jika diteliti idea ekonomi, kriteria dan model yang digunakan dalam ekonomi barat akan terbahagi kepada tiga bentuk iaitu bertepatan dengan Islam, berkeciali dan tidak menepati kehendak Islam (Faridi, 1987:21 di dalam Surtahman Kastin & Sanep, 2005). Ini bermakna bahawa sesetengah pendekatan Barat boleh digunakan sebagai titik permulaan. Namun demikian, penggunaannya perlu diteliti untuk memastikan ia tidak mengandungi ciri-ciri yang bertentangan dengan syarak. Oleh itu, untuk memastikan ilmu ekonomi yang digunakan bertepatan dengan kehendak ajaran Islam, iaitu pendekatan separa dan pendekatan menyeluruh. 1.1 Pendekatan separa Pendekatan separa merupakan satu kaedah yang dilakukan pengubahsuaian terhadap model Barat dalam beberapa kompenen tertentu. Namun demikian, andaian, norma dan hipotesis asal masih digunakan. Pengubahsuaian dengan cara menggantikan unsur yang bercanggah dengan Islam dengan unsur Islam atau memasukkan unsur Islam dalam model yang sedia ada. (Faridi, 1987:25 di dalam Surtahman Kastin & Sanep, 2005). Pendekatan ini tidak komprehensif dan tidak sesuai untuk dianggap sebagai model ekonomi Islam kerana ia masih berteraskan paradigma dan unsur-unsur Barat. Hanya pemboleh ubah tertentu yang jelas 15

Metodologi Ekonomi iSLAM bertentangan dengan Islam digantikan dengan pemboleh ubah yang bertepatan dengan Islam seperti kadar bunga digantikan dengan kadar untung rugi atau tambahan fakta seperti zakat. Analisis bermula daripada teori/model ekonomi konvensional Gantikan unsur bukan Islam dengan unsure Islam Model Ekonomi Islam Rajah: Islamisasi Separa 1.2 Pendekatan total Pendekatan total bermaksud satu kaedah menunjukkan perubahan dilakukan terhadap semua aspek meliputi paradigma, teras idea, andaian, norma, etika, hipotesis, dan batasan. Perubahan ini dilakukan dari peringkat permulaan sehingga peringkat pembuktian. Tajuk dan teori Barat boleh digunakan sebagai asas atau titik permulaan pembentukan model ekonomi Islam tetapi pengubahsuaian dilakukan terhadap semua aspek. Islamisasi total melibatkan beberapa peringkat berikut: 16

Metodologi Ekonomi iSLAM 1. berpandukan teras dan korpus ekonomi Islam kesemua andaian, norma dan batasan dalam sesuatu bidang ekonomi dikenal pasti untuk mengenal ciri-ciri ekonomi Islam. 2. tajuk, teori dan model ekonomi Barat boleh digunakan sebagai asas dan melakukan ubahsuai dari segi teras, idea, norma, andaian dan batasan. Melalui ijtihad pertimbangan wajar dilakukan sama ada sesuatu unsur itu bertepatan, berkecuali atau bertentangan Islam. 3. setiap unsur yang bertentangan dengan kehendak Islam akan diganti dan diubahsuaikan , manakala model dan teori bersesuaian dengan etika Islam atau berkeciali dari segi nilai boleh diterima pakai sebagai model ekonomi Islam. Proses Islamisasi dilakukan bermula dari peringkat awal pembentukan teori meliputi nilai etika, norma, andaian, batasan, objektif dan hipotesis. Pengislaman dilakukan dari semua aspek peringkat dengan mengeluarkan semua unsur yang tidak menepati kehendak Islam dalam pembentukan sesuatu teori atau model. Proses Islamisasi boleh ditunjukkan melalui rajah berikut; 17

Metodologi Ekonomi iSLAM Teori dan model ekonomi konvensional Kompenen teras dan korpus ekonomi islam Perbandingan kompenen ekonomi konvensional dan nukleus dan korpus ekonomi islam Ijtihad untuk mengelaskan komponen ekonomi konvensional kepada: Elemen Islam Elemen berkecuali Elemen tidak Islam Elemen digunakan dan diterima sebagai ekonomi Islam. Elemen digunakan dan diterima sebagai ekonomi Islam. Dapatkan elemen pengganti sebagai ijtihad Islamisasi teori dan model ekonomi (ekonomi Islam) Rajah: Islamisasi Total Proses Islamisasi diatas menunjukkan bahawa pengubahsuian dilakukan terhadap ekonomi konvensional bermula dari peringkat awal pembentukan teori. Nukleus dan korpus ekonomi Islam akan dipadankan dengan nilai, etika, andaian, paradigma, hipotesis dan objektif sesuatu teori. Penilaian dibuat berdasarkan teori atau model sama ada unsur-unsurnya bertepatan dengan Islam, nilainya berkecuali atau bertentangan dengan Islam. Jika sesuatu teori atau model mempunyai unsur yang berkecuali sifatnya atau bertepatan 18

Metodologi Ekonomi iSLAM dengan kehendak Islam maka ia boleh diterima pakai dan dianggap sebagai model ekonomi Islam. Penggantian dan pengubahsuain perlu dilakukan bagi unsur yang bertentangan dengan Islam bagi memastikan setiap teori atau model yang dibina tidak mengandungi sebarang unsur yang bertentangan dengan Islam. 5.0 KESIMPULAN Pengubahsuian yang dilakukan dalam membentuk model ekonomi Islam menjadikan Islam sebagai agama yang lengkap dengan sistem ekonomi tersendiri yang boleh dijadikan panduan umatnya. Islam merupakan agama yang lengkap dari pelbgai sudut iaitu dari akidah, syariah dan akhlak. Ekonomi terlet ak dibawah syariah yang akan membantu umatnya dalam berurusniaga berlandaskan syarak yang ditetapkan. Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran-Nya, segala suruhannya perlu diikuti bagi membentuk peribadi diri yang unggul. 19

Metodologi Ekonomi iSLAM RUJUKAN Azlan Shah Bin Haji Ahmad (2003). Islam Alternatif Pemikiran Ekonomi Barat. Diperoleh pada Mac 1, 2009 daripada http://www.bicaramuslim.com/ bicara7 /viewtopic.php?p=107521&sid=e3925b8486673f3b814deb9c2b824343 Khurshid Ahmad (1992). Kajian dalam Ekonomi Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Riduwan B. Wahab. (2004, November) Ekonomi Islam: Suatu Pengenalan. Dewan Ekonomi, Karangkraf: Selangor Muhammad Abdul Mun im Al-Jammal, (2000). Ensiklopedia Ekonomi Islam: Jilid Satu. (Salahuddin Abdullah, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Muhamad MA.g (2003). Metodologi Penelitian: Pemikir Ekonomi Islam. Ekonisia: Yogyakarta. Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad (2005). Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 20

Anda mungkin juga menyukai