Anda di halaman 1dari 65

 PENGURUSAN ISLAM.

 KOD: CTU 263.


1.0. PENDAHULUAN

Manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian.


Manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu sama
lain. Ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan
manusia sesama manusia dalam usaha melahirkan
kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan
bukan hanya untuk kehidupan dunia tetapi juga
merangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain
samada yang melibatkan politik, ekonomi, sosial,
pendidikan, kemasyarakatan dan seumpamanya,
begitulah juga bidang yang melibatkan soal
pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara
langsung antara manusia dengan manusia.

 Islam agama yang syumul dan serba lengkap
yang mencakupi segenap aspek kehidupan,
sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas
dan objektif yang tersendiri dalam menentukan
apa juga perkara yang melibatkan hubungan
sesama manusia , termasuklah dalam soal
pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri
yang dijamin mampu melahirkan keharmonian
dan kesejahteraan apa jua badan, pertubuhan
atau agensi yang melibatkan soal pengursannya.
Islam menyediakan garis panduan yang tertentu
dalam melaksanakan sistem pengurusan.
 Persoalan yang timbul ialah, mengapa kita perlu
kembali kepada sistem pengurusan Islam?.
Seperti yang diketahui, Islam adalah dinul yang
lengkap, yang mencakupi segenap aspek
kehidupan, sudah tentu turut termuat di
dalamnya ialah soal pengurusan. Bersesuaian
dengan tugas manusia sebagai khalifah iaitu
sebagai pentadbir dan pengurus alam ini, sudah
tentu soal pengurusan juga merupakan satu
aspek yang penting dalam kehidupan manusia,
sesuai dengan amanah dan tanggungjawab yang
telah diberikan Allah kepada manusia itu sendiri
Ramai umat Islam yang tidak menyedari
wujudnya sistem pengurusan dalam Islam kerana
selama ini mereka telah terdedah dengan sistem
yang datang dari Barat. Mereka mengambil dan
mengamalkan sistem pengurusan Barat dengan
bersandarkan kepada teori-teori tertentu samada
teori klasik atau kontemporari. Antara konsep
yang menjadi amalan ialah pengurusan saintifik
yang dikemukakan oleh Taylor dengan
menitikberatkan kepentingan pengkhususan
kerja dan bidang tugas.
Malaysia juga turut menerima tempias dari
dasar pandang ke timur yang diterapkan oleh
kerajaan, dengan mengambil dasar dan
contoh sistem yang menjadi amalan di Jepun
dan Korea selatan. Antara sistem yang
digunapakai ialah JIT ( just-in-time )TQC (
kawalan kualiti total ) Samurai Swordmanship
dan pelbagai lagi. Semangat kerja orang
Jepun cuba diterapkan dalam sistem
pengurusan masakini.
 Umumnya, semua teori tersebut mempunyai
matlamat yang sama, iaitu meningkatkan kualiti
dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada
dalam pengurusan sesebuah organisasi.
Matlamat asal cukup baik, tetapi sebaliknya yang
berlaku apabila banyak kes yang timbul yang
menjurus kepada kegagalan. Kegagalan yang
paling ketara ialah kegagalan membentuk
sahsiah rupadiri kakitangan pengurusan itu
sendiri. Ini kerana sistem itu gagal membentuk
manusia yang cemerlang dan seimbang.

 Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana
sistemnya adalah berlandaskan kepada
syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Sistem pengurusan Islam bukanlah
merupakan satu sistem yang direka dan
dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu
sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri
oleh Allah s.w.t. melalui perantaraan para
Rasul yang dilantik.

 Oleh itu sistem pengurusan Islam, sentiasa
terikat dengan segala peraturan dan
ketetapan Allah s.w.t. Manusia hanya berhak
mencipta dan menggubal sesuatu mengikut
ruang serta cara yang diizinkan oleh syara’
sahaja. Segala peruntukan undang-undang
yang telah ditetapkan secara pasti,
hendaklah dilaksanakan tanpa dolak dalih
atau tanpa sebarang pengubahsuaian. Oleh
itu ketetapan konsep halal dan haram mampu
mengawal setiap tindakan manusia.
 Kaedah asas pengurusan Islam adalah sama
dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain iaitu
bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.
Ketetapan ini merupakan satu arahan dari Allah
s.w.t. seperti FirmanNya :-

Maksudnya : “ Kami telah menurunkan al-


Kitab padamu ( Muhammad ) sebagai penjelasan
segala sesuatu yang diperlukan, juga merupakan
petunjuk, kerahmatan dan kegembiraan untuk
sekalian kaum muslimin ”
al- Nahl - 89
 Ini bermaksud dari segi methodologi dan
asas pengurusan Islam adalah merupakan
suatu yang tetap dan tidak berubah. Perkara
yang boleh berubah ialah berhubung dengan
aspek-aspek teknikal dan perlaksanaan yang
sememangnya perlu dikembangkan serta
disesuaikan dengan pelbagai keadaan, masa
dan persekitaran. Walaupun aspek ini boleh
dipinda dan diubah, tetapi perlu juga
dijadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai
sumber rujukan.
 Kaedah ini dikenali sebagai ‘ ijtihad ’ yang
menggunakan aqal fikiran manusia. Ini
menjadikan pengurusan Islam cukup berbeza
dengan sistem pengurusan moden yang hanya
berasaskan kepada kebijaksanaan aqal manusia
yang terbatas dan terhad tanpa panduan wahyu.
Hasilnya lahirlah satu sistem yang sentiasa wujud
berbagai kelemahan kerana aqal fikiran manusia
yang terbatas yang mudah dipengaruhi oleh
pelbagai unsur luar dan sekeliling yang tidak
sihat.
1.1.2. AKTIVITI YANG SELARAS HUKUM SYARAC

Kesemua aspek pengurusan dalam Islam melibatkan aktiviti yang


dibenar dan diluluskan oleh syarac . Ini merupakan sebahagian dari
standard yang ada dalam sistem pengurusan Islam secara berkekalan di
seluruh dunia sejak dari awal kedatangan Islam lagi. Apa jua aktiviti yang
diharamkan oleh syarac adalah ditegah sama sekali penglibatannya. Oleh
itu sebarang aktiviti yang memang jelas pengharamannya seperti
perjudian, arak, pelacuran, rasuah, penipuan dan sebagainya adalah
dilarang secara qat’ic ( mutlak dan pasti ). Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “ Hendaklah kamu menghukum antara seluruh


manusia itu dengan peraturan yang telah diturunkan Allah dan
janganlah kamu mengikuti
hawa nafsu ”

Al- Maidah – 49

 1.1.3. PEMISAHAN SISTEM NILAI

 Kebanyakan teori semasa hari ini hanya menumpukan
fokus kepada bidang kerja atau tugas kepada organisasi
sahaja, tanpa mengambilkira faktor-faktor lain. Nilai-nilai
murni masyarakat setempat tidak diberi ruang yang
sewajarnya, sedangkan itulah nilai yang telah sebati
dengan diri mereka sejak zaman berzaman. Nilai-nilai
agama diketepikan. Hasilnya, hilanglah budaya berbudi
bahasa, adab sopan, hormat menghormati, kerja itu
ibadah dan sebagainya. Kesannya, timbul pelbagai gejala
negatif yang kurang sihat dalam pengurusan organisasi itu
sendiri seperti rasuah, pecah amanah, kasar, bahasa yang
kurang sesuai dan seumpamanya.

 SISTEM YANG TIDAK SEIMBANG

 Teori-teori yang dilahirkan untuk tujuan


amalan lebih memberi tumpuan kepada soal
dalaman organisasi sahaja tanpa memberikan
tumpuan kepada nilai-nilai kerohanian dan
kemanusiaan itu sendiri yang dianggap cukup
penting. Kegagalan menghasilkan manusia
yang cemerlang samalah seperti menghasilkan
organisasi yang gagal dan bermasalah. Segala
teori yang dihasilkan hanya memberi tumpuan
bagaimana untuk meningkatkan kualiti dan
produk yang dihasilkan.
SISTEM PENGURUSAN ISLAM ALTERNATIF TERBAIK
Untuk menghasilkan pembaharuan, kelainan dan
peningkatan kualiti pengurusan, sudah tentu umat
Islam perlu kembali kepada ajaran Islam. Ini adalah
disebabkan disebabkan sistem pengurusan Islam
bersifat sepadu dan seimbang dengan menekankan
semua aspek yang menjadi keperluan dalam
kehidupan manusia termasuklah dalam pengurusan
organisasi. Aspek-aspek material, rohani,fizikal
dan psikologi diambil kira dalam bentuk yang
sepadu untuk menentukan halatuju sesebuah
organisasi.

 PENGURUSAN ISLAM BERDASARKAN ACUAN DAN NILAI SENDIRI

 Telah menjadi lumrah kehidupan, manusia
gemar meniru sesuatu yang baru dan pada
mereka cukup baik jika turut sama dapat
melakukannya. Peniruan yang membuta tuli
selalunya membawa kepada lebih banyak
kegagalan dan kelemahan. Pemikiran pentadbiran
Barat sudah tentu berteraskan kepada anti agama (
fahaman sekular ) iaitu melakukan pemisahan
antara agama dan kehidupan. Sekiranya hendak
diterima pakai, ia harus melalui pelbagai bentuk
tapisan dan penyaringan.
 Oleh itu, alternatif yang terbaik ialah dengan
memilih sistem pengurusan Islam mengikut
acuan dan kacamata Islam itu sendiri kerana ia
bukan hanya berpandukan kepada kebijaksanaan
aqal manusia semata-mata, tetapi juga
berpandukan kepada sumber-sumber yang tidak
diragui kesahihan dan kebenarannya. Ada
ketikanya sumber tersebut menetapkan ketaatan
penuh tanpa tolak ansur dan ada ketikanya
diberikan ruang untuk melakukan sebarang
bentuk perubahan.
 PEMBENTUKAN IDENTITI BANGSA BERMARUAH

 Sebagai bangsa yang mempunyai maruah dan harga
diri, sudah semestinya ia turut memiliki dan berupaya
menghasilkan sistem mereka sendiri tanpa perlu mencedok
atau mengambil dari orang lain. Mereka seharusnya berupaya
menggunakan aqal fikiran bagi mencetuskan idea dan
pemikiran yang sentiasa disesuaikan dengan landasan dan
panduan agama untuk menghasilkan sistem pengurusan
mereka sendiri. Bangsa kita tidak kurang kayanya dengan
pelbagai nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teras kepada
sistem itu sendiri seperti adab sopan, berbudi bahasa, bantu
membantu dan sebagainya. Apa guna dicedok dari barat
sedangkan kita mampu menghasilkan sistem kita sendiri
yang lebih sesuai dengan budaya dan adat resam tempatan.


 1.1.8. SISTEM YANG SEIMBANG

 Islam adalah agama yang mementingkan soal keseimbangan.
Islam bukanlah agama yang hanya memberi fokus kepada satu-
satu urusan dengan mengabaikan urusan yang lain, tetapi
sebaliknya menekankan aspek keseimbangan. Islam tidak hanya
mengejar keduniaan tanpa memikirkan soal akhirat, tidak hanya
menumpukan kepada material tanpa menghubungkannya
dengan nilai-nilai rohani, tidak hanya fokus kepada individu
tanpa memperdulikan kepentingan masyarakat keseluruhannya.
Semua tumpuan dilakukan berdasarkan kepada serampang dua
mata, sambil menyelam minum air dan sebagainya. Ini
bermakna, Islam ingin melihat umatnya berjaya bukan hanya di
dunia tetapi juga kejayaan yang lebih hakiki di akhirat.

 Sistem pengurusan moden jelas, hanya memberi
tumpuan kepada aspek-aspek yang tertentu sahaja
sambil mengabaikan aspek yang lain. Tumpuan
hanya untuk kemewahan dunia tanpa memperdulikan
soal akhirat, menekankan keuntungan material
sahaja tanpa memperdulikan soal kerohanian dan
begitulah seterusnya. Ada ketikanya tumpuan hanya
kepada individu tertentu sahaja tanpa
memeperdulikan nasib masyarakat yang menderita
dan sengsara. Kadang-kadang kala tumpuan lebih
kepada kemasyarakatan dengan menafikan hak
individu.

 1.1.9. SISTEM YANG ADIL

 Islam juga adalah agama yang adil. Keadilan
menjadi nadi dan teras dalam apa jua aktiviti
yang melibatkan kemanusiaan. Tanpa
keadilan, pasti ada golongan yang merasa
dirinya tertindas, teraniaya dan tidak
mendapat hak yang sewajarnya. Islam tidak
mahu melihat semua ini berlaku dalam
kehidupan manusia khususnya yang
berkaitan dengan soal pengurusan.
 Islam menekankan pemberian ganjaran, upah
dan gaji yang adil atau wajar, bersesuaian
dengan sumbangan yang diberikan. Begitu
juga dari sudut hukum, hukuman akan
membabitkan setiap individu tanpa
dibezakan melalui warna kulit, bangsa,
pangkat, darjat, kekayaan dan sebagainya.
Setiap kesalahan wajar menerima hukuman
yang adil dan sewajarnya berdasarkan
kesalahan yang dilakukan. Oleh itu, tidak
timbul soal pilih kasih dalam Islam
 Hal ini cukup ketara, berlaku dalam sistem
pengurusan moden hari ini. Hukuman berbeza
akan dikenakan ke atas orang yang berbeza.
Manusia sering dibezakan berdasarkan kepada
sistem kasta. Soal pilih kasih masih berleluasa
dalam sistem pengurusan masa kini. Semua ini,
akhirnya mengundang kepada ketidakadilan.
Ketidakadilan akhirnya mengundang pula
ketidakpuasan hati, yang seterusnya berakhir
dengan persengketaan dan huru hara di kalangan
masyarakat.
 1.1.10. KEISTIMEWAAN PENGURUSAN ISLAM

 Islam merupakan cara hidup yang syumul dan
menyediakan kepada manusia cara terbaik untuk
mengatur kehidupan. Islam bersifat global, adil, seimbang
antara jasmani dan rohani, fizikal dan material, individu
dan masyarakat. Islam adalah rahmat untuk seluruh alam.

 “ Dan tidaklah kami mengutuskan engkau ( wahai
Muhammad ) melainkan
 untuk memberi rahmat kepada seluruh alam ”

 ( al-Anbiyaa – 107 )

 Oleh itu apa sahaja yang diamalkan oleh
Rasulallah s.a.w. dan para sahabatnya amat patut
dan sesuai dijadikan ikutan dan panduan,
termasuklah dalam soal pengurusan dan
pentadbiran. Pengurusan Islam mengambil kira
semua kesan dan soal tanpa pengabaian salah
satu darinya. Pendekatannya bukan sahaja untuk
mendapat keuntungan dan kejayaan jangka
pendek iaitu di dunia sahaja malah menjangkau
jangka panjang iaitu kejayaan yang lebih hakiki
di akhirat. Matlamatnya mudah, iaitu mencari
keredhaan Allah s.w.t.
 Kesimpulannya, sistem pengurusan Islam yang
bersumberkan sumber yang muktabar serta berasaskan
kepada teras Tauhid adalah merupakan alternatif yang
terbaik di era globalisasi ini yang penuh dengan pelbagai
ranjau dan anak yang akan menyesatkan manusia
sekiranya salah memilih haluan hidup. Jelas tumpuan
bukan hanya untuk kejayaan jangka singkat sahaja tetapi
juga kepada kejayaan yang lebih hakiki, di akhirat.
Pengurusan Islam telah terbukti berjaya menghasilkan
tamadun Islam yang gemilang di masa lampau dan
seharusnya diikuti semula untuk mengembalikan
kegemilangan Islam telah banyak tercalar di masa ini.
Kesedaran terhadap tanggungjawab tersebut menjadikan
mereka insan yang terbaik sepertimana diterangkan dalam
al Quran iaitu:-



 “Kamu ( wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi faedah umat manusia, (kerana) kamu
menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah ( buruk dan keji ),
serta kamu beriman kepada ALLAH dengan sebenar-
benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)
itu beriman (sebagaimana semestinya), tentulah ( iman )
itu menjadi baik mereka. ( Tetapi) di antara mereka ada
yang beriman, dan kebanyakan dari mereka orang-orang
yang fasik”
 ( Ali Imran : 110 )

◦ PENGERTIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

 Ada pengkaji yang memberikan maksud
yang sama antara kedua-duanya dan ada
pula yang membezakan antara kedua-
duanya.Untuk memudahkan pemahaman,
kita perlu melihat kedua-dua definisi yang
diberikan kepada setiap perkataan
tersebut.Ada pelbagai definisi yang
diberikan antaranya:-

 1.2.1. AL-QURAN

 Al-Qur'an menggunakan istilah ‘Yudabbiru’ yang membawa maksud
"mentadbir atau mengurus". Ini dirakamkan dalam surah-surah tertentu
yang menggunakan perkataan di atas, antaranya ialah :-

 Firman Allah s.w.t. :

 "Tuhan mentadbirkan makhluk-makhluknya; (bagi melaksanakan tadbir-
Nya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi;
kemudian diangkat naik kepada pengetahuan-Nya (segala yang berlaku
dari pelaksanaan tadbir-Nya itu untuk dihakimi-Nya) pada suatu masa
yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya
menurut hitungan masa kamu yang biasa".
 (al-Sajdah:
5)
 Sebagai rumusan, ayat-ayat di atas secara jelas
menggambarkan antaranya:-

 Allah S.W.T. mengurus dan mentadbir kerajaan-Nya yang
begitu luas.
 Pengurusan tersebut dilaksanakan dengan kaedah, sebab
dan peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan.
 dunia dijadikan bukan sia-sia tetapi mempunyai matlamat
yang jelas iaitu memberi manfaat kepada manusia dengan
menggunakannya sebaik mungkin. Urusan di dunia tidak
terhenti setakat di dunia sahaja tetapi mempunyai hubungan
dan implikasi akhirat.

 1.2.2. PENTADBIRAN

 Derek French & Heather Saward (1975) : perkataan
administration ( pentadbiran ) dari sudut bahasa Inggeris
adalah berasal dari perkataan latin administrare yang
bererti menjaga. Ia sinonim dengan perkataan
management.

 Ahmad Zaki Badwi : pentadbiran ialah “ menyelaras
tenaga individu dan jemaah dengan tujuan mencapai
matlamat yang dirancang. Ia merangkumi perancangan,
menyusun, mengatur, memberi motivasi, menyelaras,
menyampai dan membuat susulan”.

 Wan Azmi (1994) : mendefinisikan pentadbiran sebagai, “
satu proses mengumpul dan menggunakan segala
kemudahan-kemudahan sumber dan punca keluaran
manusia, kebendaan dan apa sahaja untuk mencapai tuju-
arah yang telah ditetapkan oleh organisasi berkenaan ”

 Muhammad Abd Rauf : menjelaskan pentadbiran sebagai “
the process of organized human efforts according to a
plan designed to achive a project with a disired objective”
 Sondang P. Siagian (1981) : mendifinisikan pentadbiran
sebagai “ keseluruhan proses kerjasama antara dua orang
manusia atau lebih yang didasarkan atas rasional tertentu
untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya
”.

 Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas,
bolehlah dirumuskan bahawa terdapat
beberapa perkara atau elemen penting dalam
pentadbiran iaitu :-

◦ Pentadbiran adalah satu proses aktiviti untuk mencapai
objektif yang ditetapkan.
◦ Mempunyai unsur-unsur sumber seperti tenaga manusia
yang terdiri dari dua orang atau lebih dan
diorganisasikan ( disatukan / disyarikatkan )
◦ Ada peralatan, kelengkapan termasuk waktu, tempat dan
sebagainya.
◦ Ia merupakan proses yang berterusan.
 1.2.3. PENGURUSAN

 Harold Koontz & Heinz Wiehrich (1975) : “ proses merancang
dan memelihara persekitaran apabila individu bekerja bersama-
sama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat terpilih dengan
berkesan. Sebagai pengurus, manusia menjalankan fungsi
pengurusan dalam perancangan, pengorganisasian, pengstafan,
kepimpinan dan pengawalan ”.
 Wan Azmi (1994) : “ satu aktiviti perancangan dan pergerakan
atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi
berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturan,
tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangan tersebut ”.
 Ahmad Ibrahim Abu Sin (1984) : “satu kajian ilmiah dan juga
satu kesenian yang bergantung kepada bakat dan kebolehan
seseorang yang akan menjadi pengurus ”
 Umar al-Khattab : “ Melayani kehendak awam
atau rakyat ”. Ini terbukti melalui
kenyataannya, “ Saya telah melantik gabnor
bagimu, juga para pegawai, bukan untuk
berpeluk tubuh atau mengambil hartamu
tetapi untuk mendidik dan melayanimu ”.
 Muhammad al-Buraey (1990): “ penyelarasan
tenaga manusia untuk mencapai matlamat
kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu
berinteraksi antara satu sama lain ”.
 Berdasarkan kepada beberapa definisi di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa pengurusan ialah:-

 kemahiran dalam melaksanakan semua fungsi
pengurusan untuk mencapai objektif tertentu
yang telah ditetapkan.
 kewujudan organisasi sebagai penggerak dan
penyelaras utma samada yang berkaitan dengan
urusan dalaman atau luaran.
 perihal para pengurus yang semestinya bersifat
adil dan saksama.

 RUMUSAN

 Oleh itu, berdasarkan kepada definisi di atas
juga bolehlah dirumuskan bahawa pengurusan /
pentadbiran Islam boleh didefinisikan sebagai:-

 “ suatu proses penglibatan dan pengolahan
sumber ( termasuk tenaga manusia , benda dan
perkara iaitu hal dan keadaan ) supaya saling
bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah
organisasi ke arah pencapaian sesuatu objektif
dan tujuan samada yang bermotifkan keuntungan
ataupun tidak dan ia hendaklah sesuai dan selari
dengan ketentuan dan ketetapan syariat ”.
 Ini bermakna, kesempurnaan dan keistimewaan
sistem pengurusan Islam tergambar dalam
definisi di atas kerana ia merangkumi tiga
elemen penting dalam pengurusan itu sendiri
iaitu :-

 Dasar pengurusan
 Kualiti insan yang terbina
 Orientasi pengurusan berasaskan syarak.




 WASSALAM. TAJUK KEDUA NANTI.

Anda mungkin juga menyukai