Anda di halaman 1dari 23

1.

0 ULASAN BUKU PEMBANGUNAN NEGARA ISLAM HADHARI DARI


BAB KE BAB

BAB 1 -ASAS PEMIKIRAN HADHARIPenulis memulakan bab ini dengan memberi pendapat bahawa
Pemikiran Islam Hadhari bukan pemikiran yang direka tanpa asas. Ia juga
bukan ajaran baru atau bidah. Namun ianya adalah satu pemikiran yang
terpancar dari pandangan hidup islam yang dapat di ungkap daripada Alquran dan Sunnah. Seperti contoh penciptaan manusia bukanlah penciptaan
yang sia-sia menurut pandangan Islam. Penulis mendatangkan sepotong
ayat Al-quran dari surah Al-Mukminun : 115


Ertinya :Adakah kamu semua menyangka bahawa Kami menciptakan
kamu hanya sia-sia dan kamu tidak dikembalikan semula kepada Kami
Selain itu, penulis juga mendatangkan sepotong ayat al-quran dari surah
Al-Hujurat ayat 56 untuk membuktikan tujuan penciptaan manusia dari
pandangan hidup islam.

Ertinya: Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
beribadah
Oleh sebab yang demikian, untuk memenuhi tuntutan beribadah ini,
manusia dituntut untuk beriman dan beramal soleh. Dan ini merupakan asas
yang paling penting dan sangat dituntut dalam asas pemikiran Hadhari.
Dalam bab ini juga, menulis menerangkan iman dan amal soleh
mestilah berjalan serentak dan seiring bagi memenuhi tuntutan ibadah. Amal
yang tidak disertai dengan keimanan, tidak akan memenuhi tuntutan
1

beribadah. Iman akan bertambah dengan amal soleh sekaligus akan


mencapai

tahap

dinamakan

ketinggian

haiwan

bertutur

seseorang
seperti

manusia.

yang

Maka

ditakrifkan

ia
oleh

tidak

lagi

Aristotle.

Ketinggian kemanusiaan terjadi apabila manusia meningkatkan statusnya


sebagai hamba Allah SWT dan membebaskan dirinya daripada menjadi
hamba kepada yang lain selain daripada Allah SWT. Oleh kerana manusia itu
hamba kepada Allah SWT, maka ia mestilah taat pada dan patuh kepada
Allah SWT dan hidup dalam system yang ditentukanNya. Sistem pertama
ialah sistem Sunnatullah iaitu sistem semulajadi, yang tunduk dan patuh
pada kepada peraturan itu semua yang dilangit dan yang dibumi. Sistem
yang kedua pula ialah sistem Dinullah iaitu agama Allah SWT yang
merupakan petunjuk, peraturan, hukum, nilai-nilai, dan ajaran-ajaran yang
diwahyukan

kepada

rasul-rasul

untuk

menjadi

sistem

perundangan,

kemasyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya. Dua sistem ini sangat


berkait rapat dalam kehidupan manusia. Seperti contoh, keinginan seksual
manusia merupakan keinginan semulajadi (Sunnatullah), oleh itu untuk
memenuhi keinginan tersebut haruslah dipandu dengan peraturan islam
(Dinullah) iaitu berkahwin.
Seterusnya, peranan akal dalam pemikiran hadhari sangat
penting. Allah melengkapkan di dalam diri manusia akal yang dapat menjana
kekuatan ilmu pengetahuan yang membolehkannya menguasai bumi ini.
Oleh sebab yang demikian, akal yang baik dan sejahtera adalah hasil
daripada perbuatan amal-amal soleh yang dilakukan oleh seorang manusia
yang mana akan menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Dan amal-amal
yang soleh itu juga dilakukan berlandaskan dua sistem yang telah ditetapkan
Allah SWT dalam hidup manusia. Oleh sebab yang demikian, akal yang baik
dan sejahtera merupakan asas yang sangat penting dalam pembangunan
asas pemikiran Islam Hadhari.
BAB 2 -IMAN DAN AMAL SOLEH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM HADHARI-

Penulis memulakan bab ini dengan menerangkan maksud jihad. Beliau


mendefinisikan

jihad

itu

adalah

kerja

yang

bersungguh-sungguh

berlandaskan keimanan dan keyakinan terhadap kebenaran yang di amalkan


dan diperjuangkan. Beliau juga mengaitkan iman dan amal yang soleh
menentukan jihad yang sebenarnya. Tetapi iman dan amal soleh bukan
sekadar hanya iman dan amal soleh yang difahami secara ritual sahaja. Iman
dan amal soleh memenuhi erti keyakinan yang kukuh yang menggerakkan
amal ibadah yang bersungguh. Iman dan amal yang soleh juga ialah
membenarkan di hati setiap perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW.
Dalam bab ini, penulis menekankan bahawa pekerjaan yang ikhlas dan
bersungguh kerana Allah SWT juga merupakan satu amal yang soleh yang
akan menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Penulis membahagikan
amal soleh kepada dua bahagian. Pertama ialah amalan yang menjurus kea
rah memartabatkan diri sebagai hamba Allah dan yang kedua pula ialah
amalan yang menjurus ke arah melaksanakan tanggungjawab sebagai
khalifah. Orang yang bekerja untuk diri sendiri dan juga keluarganya dengan
kerja yang halal dan bersungguh juga adalah satu amal soleh dalam
perspektif islam hadhari. Pekerjaan yang terhormat memainkan peranan
yang penting kepada islam hadhari. Pekerjaan terhormat yang akan diterima
sebagai amal soleh adalah pekerjaan yang tidak melanggar sistem
sunnatullah dan dinullah.
Selain itu, dalam bab ini juga penulis menyentuh tentang kekayaan
negara. Penulis menekankan bahawa kekayaan negara jangan diberikan
kepada orang bodoh yang tidak tahu menguruskan kekayaan, tetapi berilah
kepada orang yang beriman yang mengurus kekayaan negara, kerana
sumber kewangan yang halal merupakan hal yang sangat penting dalam
pembangunan negara hadhari. Akhir sekali, dalam bab ini juga penulis
menekankan mengenai sector pekerjaan merupakan sector yang sangat
penting dalam menilai tahap islam hadhari.
3

BAB 3 MEMBANGUN NEGARA MAJUDalam bab ini, penulis menyentuh mengenai wawasan negara. Wawasan
negara ialah mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Penulis
menyentuh tentang perbezaan antara negara maju dan tidak maju.
Perbezaan tersebut ialah pencapaian yang dilalui dalam proses modenisasi,
Penulis juga menyentuh tentang istilah negara yang belum mencapai
modenisasi. Salah satu istilah negara yang belum mencapai modenisasi ialah
negara miskin ataupun negara yang sedang membangun.
Penilaian barat terhadap pencapaian negara maju adalah hanya dari
aspek kebendaan, pembangunan bangunan-bangunan mencakar langit
sahaja. Penilaian ini sangat berbeza dengan negara islam hadhari. Negara
islam hadhari membuat penilaian negara maju bukan hanya mengukur pada
pencapaian modenisasi sahaja. Proses islamisasi yang bermula selepas
kedatangan Nabi Muhammad SAW menyamai proses modenisasi dalam
beberapa aspek tertentu. Namun, tidak mungkin terdapat persamaan dalam
semua aspek. Terdapat terbezaan paling jelas dan ketara sekali antara dua
proses pembangunan negara maju ini. Perbezaan tersebut ialah tamadun
moden diasaskan mengikut fahaman sekularisme manakala tamadun islam
diasaskan mengikut kepercayaan tauhid dan ketuhanan.
Oleh sebab itu, penulis menekankan dalam bab ini bahawa membangun
negara maju mengikut acuan islam hadhari ialah pembangunan modenisasi
dan islamisasi yang berteraskan al-quran dan as-sunah.
BAB 4 -PEMERINTAHAN YANG ADILDalam

pembangunan

negara

mengikut

acuan

islam

hadhari,

pemerintahan yang adil merupakan aspek yang sangat penting. Negara


mengikut perspektif islam hadhari ialah dipimpin, ditadbir dan diurus
berdasarkan

tanggungjawab

manusia

sebagai

khalifah

bumi

ini.

Ia

ditadbirkan oleh pemerintahan yang telus dan melaksanakan prinsip-prinsip

pemerintahan yang merupakan kesinambungan para rasul dan orang yang


soleh.
Pemerintahan sebuah negara islam hadhari ialah pemerintahan yang
mengurus manusia dan kehidupannya dengan memelihara dan menghayati
agama allah sebagai system hidup. Pemerintahan yang adil dalam sesebuah
negara islam hadhari ialah pemerintahan yang memelihara nyawa manusia,
menjaga keturunannya, memelihara akal dan mengembangkan potensi akal
dalam kehidupan, memelihara dan menjaga keselamatan. Selain itu,
pemerintahan yang menjaga dan memeihara hak-hak asasi manusia. Selain
itu, pemerintahan yang adil menurut islam hadhari juga ialah pemerintahan
yang menjaga harta benda dan sumber-sumber alam.
Seterusnya, untuk menjadikan pemerintahan yang dikehendaki dalam
islam hadhari pemerintahan tersebut haruslah diasas dengan beberapa
aspek yang penting. Antara asas-asas pemerintahan yang ditulis dalam bab
ini ialah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pemerintahan
Pemerintahan
Pemerintahan
Pemerintahan
Pemerintahan
Pemerintahan
Pemerintahan

yang berasaskan kebenaran dan bukan hawa nafsu


yang menegakkan keadilan dan menolak kebenaran
yang berasaskan perasaan ehsan
yang sederhana dan seimbang
yang amanah
yang mengamalkan konsep islah dan penambahbaikan
yang berasaskan kepada rahmat dan keselesaan kepada

seluruh alam
8. Pemerintahan yang berasaskan iman dan ilmu
9. Pemerintahan yang berasaskan musyawarah.
BAB 5 MASYARAKAT BERJIWA BEBASMasyarakat hadhari ialah masyarakat yang menghargai, menghormati
dan menikmati kebebasan. Penulis membahagikan dua dimensi kebebasan
yang dimiliki oleh masyarakat hadhari. Pertama ialah masyarakat yang
bersih daripada budaya mengongkong dan menyekat orang lain dalam
memperkembangkan potensi diri. Kedua pula ialah individu yang bebas dari
pemikiran yang sempit dan jumud sehingga kebebasan berfikir tersekat
5

dalam usaha mencari kebenaran. Seperti contoh orang arab jahiliah


terdahulu berfikiran sempit disebabkan fanatic kepada ajaran agama nenek
moyang mereka menyebabkan tersekat akal untuk memikirkan perkara yang
jernih sehingga sanggup membunuh anak perempuan sendiri.
Seterusnya, dalam bab ini ada mengatakan tentang halangan masyarakat
yang berjiwa bebas ialah menolak pandangan baru yang menjadi alternatif
kepada pendapat lama disebabkan fanatik dengan ijtihad mujtahid-mujtahid
yang terdahulu. Selain itu, halangan msyarakat yang berjiwa bebas yang
kedua pula ialah kekurangan maklumat, Seperti contoh pelajar miskin yang
mempunyai kepintaran terhalang untuk menyambung pelajaran di sebabkan
oleh tiada pengaliran maklumat yang berguna. Halangan tersebut hendaklah
diatasi

kerana

dalam

mencapai

tahap

kemajuan

hadhari,

kemajuan

maklumat dan pengaliran yang seimbang perlu ada antara kota dan desa.
Dalam pembangunan negara hadhari, masyarakatnya haruslah berjiwa
bebas. Oleh itu, dalam buku ini oenulis berpendapat bahawa peraturanperaturan dan undang-undang yang banyak berlawanan dengan kehendak
islam hadhari dalam membangunkan masyarakatnya. Ini adalah kerana,
masyarakat yang berjiwa bebas adalah mereka yang menerima kebaikan
dan menolak kemungkaran dengan sukarela. Dengan ini, didikan dan
tarbiyah dari perasaan sukarela itu kan mendisiplinkan mereka secara fitrah.
Bebas yang dimaksudkan dalam perspektif islam hadhari ialah tidak
melakukan kejahatan kerana ketaatan kepada Allah SWT. Jika seseorang itu
mempunyai jiwa yang bebas seperti ini, dia tidak memerlukan undangundang dan peraturan, cukup dengan ketaatan kepada perintah Allah SWT.
Maka dengan hal ini, indeks pembangunan islam hadhari dari aspek
masyarakat yang berjiwa bebas akan meningkat..
BAB 6 PENGUASAAN ILMU PENGETAHUANPenulis memulakan bab ini dengan menerangkan bahawa penguasaan
ilmu pengetahuan merupakan ukuran paling penting dalam pembangunan
6

negara islam hadhari. Ilmu pengetahuan merupakan satu kekuatan bagi


manusia untuk menjalankan tanggunjawab kerana melalui ilmu pengetahuan
akan terpancar kebijaksanaan yang akan memberikan kebaikan kepada
manusia dan juga negara.
Semakin berkembang ilmu pengetahuan, semakin tinggi nilai hadhari
sesebuah negara. Namun, perkembangan ilmu pengetahuan bergantung
kepada aktiviti mencari dan meneroka pelbagai bidang ilmu di samping
wujudnya prasarana pembangunan dan kemajuan ilmu pengetahuan yang
lengkap kerana dengan kelengkapan sistem yang pendidikan yang lengkap
memudahkan proses perkembangan ilmu pengetahuan.
Namun, penullis menekankan bahawa dalam menguasai sesuatu ilmu
pengetuan, seseorang itu tidak boleh memisahkan antara ilmu sunnatullah
dan

dinullah

Kedua-duanya

mempunyai

kesepaduan

yang

tidak

bertentangan antara satu dengan lain. Ilmu sunnatullah ialah ilmu seperti
sains, ilmu alam, ilmu kemasyarakatan dan sebagainya berjalan mengikut
sunnah atau hukum perjalanan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia
diperolehi dengan membuat kajian terhadap perjalanan dalam mengikut
kaedah-kaedah tertentu yang dinamakan saintifik. Manakala ilmu dinullah
pula ilmu yang boleh didapati daripada usaha mengkaji petunjuk wahyu
yang terkandung di dalam al-quran dan sunnah rasulullah SAW yang sahih.
Namun apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat barat sangat berbeza
dengan islam, kerana barat memisahkan agama dengan kehidupan. Oleh
sebab itu, dalam membangunkan negara islam hadhari, penguasaan ilmu
pengetahuan haruslah tidak memisahkan antara ilmu sunnatullah dan
dinullah.
BAB 7 KUALITI HIDUP YANG TINGGIDalam bab ini, penulis menekan bahawa kualiti hidup dapat di ukur
apabila berupaya untuk memenuhi keperluan asas. Tiga keperluan asas yang
perlu dipenuhi dalam membangunkan negara islam hadhari. Pertama
7

keperluan dharuriyat (keperluan asas) seperti makanan bagi memelihara


hidup, pakaian untuk menutup aurat dan keperluan seperti tempat tinggal.
Warganegara dalam sebuah negara islam hadhari berhak mendapatkan
keperluan dharuriyat yang berkualiti. Seperti contoh, makanan yang
berkualiti perlulah memenuhi standard halal dan tayyiba(baik).
Seterusnya, kualiti hidup akan bertambah sempurna dengan keupayaan
memenuhi keperluan hajiyat, iaitu keperluan yang melebihi keperluan
daruriyat, seperti keupayaan menuntut ilmu, menyediakan rumah yang
selesa

atau

menyediakan

makanan

yang

berzat.

Kualiti

hidup

juga

bertambah dengan keupayaan menyediakan keperluan bagi membentuk


keindahan hidup yang sederhana dan mampu membantu orang lain.
Seterusnya yang ketiga ialah keperluan tahsinat iaitu keperluan untuk
berbakti dan keperluan menjadi tangan yang berada di atas, yang
memberikan sumbangan di dalam lapangan ekonomi dan social bagi mereka
yang memiliki kekuatan ekonomi.
Kualiti hidup yang tinggi dalam membangunkan negara islam hadhari
juga perlu diukur daripada keupayaan masyarakat yang melawan penyakit
dan juga diukur daripada taraf kesihatan yang dinikmati oleh rakyat negara
itu. Kurangnya penyakit sosial seperti jenayah, lepak, rogol, zina turut
menjadi ukuran terhadap kualiti hidup yang tinggi. Kualiti hidup juga diukur
daripada peluang rakyat mendapatkan pendidikan yang sempurna dan
peluang mendapat yang tinggi bagi melonjakkan kualiti diri yang mampu
menjadi manusia yang lebih produktif yang mampu memberi sumbangan
kepada negara. Selain itu juga, untuk meningkatkan taraf hadhari sebuah
negara itu, rakyat haruslah bebas daripada kemiskinan dan kemunduran
sepertimana yang berlaku ketika pemerintah Saidina Umar bin Abdul Aziz.
BAB 8 MENGUASAI ALAM SEMULAJADIAlam semulajadi merupakan satu nikmat daripada Allah SWT. Oleh
sebab itu, alam semula jadi tidak bole dipisahkan dengan konsep keimanan
8

dan syukur. Konsep keimanan dan syukur sangat penting kerana dengan
hadirnya dua konsep tersebut maka akan lahirlah keseimbangan dalam
menguasi

alam

semulajadi.

Keseimbangan

dalam

menguasai

alam

semulajadi mampu menghalang manusia daripada melakukan kerosakan ke


atas alam ini, kerana kerosakan alam semulajadi tidak boleh menjadi ukuran
bagi mencapai ketinggian tahap hadhari sesebuah masyarakat dan negara.
Penguasaan ke atas alam semula jadi tidak akan tercapai tanpa
penguasaan ke atas ilmu sains dan kejayaan membangunkan ekonomi.
Kekuatan ekonomi membolehkan pengetahuan dan penemuan sains itu,
diterjemahkan

di

dalam

kehidupan

menerusi

penguasaan

teknologi.

Ekonomi, sains dan teknologi adalah kompenan utama bagi menentukan


keupayaan menguasai alam semula jadi.
Negara-negara islam pada hari ini belum mencapai tahap hadhari yang
sempurna dari aspek menguasai alam semula jadi kerana negara-negara
tersebut tidak memanfaatkan sumber-sumber alam dengan sebaiknya.
Hanya Malaysia sahaja yang terselamat daripada kepincangan dalam
pengurusan sumber-sumber alam.
BAB 9 KEUTUHAN MORAL DAN BUDAYASebuah masyarakat hadhari memiliki moral awam yang dominan yang
terpancar

daripada

keutuhan

nilai-nilai

budaya

masyarakat

tersebut,

sedangkan pembentukan budaya yang utuh dibina di atas penghayatan


petunjuk yang terdapat di dalam dinullah dan syariatnya.
Penulis

menerangkan

dalam

bab

ini

bahawa

undang-undang

dan

peraturan kurang berkesan dalam mengatur masyarakat yang berdisiplin


kerana yang mampu mendisiplinkan ialah nilai sesuatu budaya. Masyarakat
tidak akan harmoni dan aman sekiranya bergantung kepada undang-undang
dan penguatkuasaan undang-undang

Udang-undang dan penguatkuasaan undang-undang kurang berkesan


dalam masyarakat yang berdisiplin dan tertib. Nilai-nilai budaya masyarakat
yang mampu mengatur ketertiban masyarakat dgn smpurna tersebut.
Namun nilai budaya itu akan berkesan jika dihayati dengan keimanan.
Ksepaduan masyarakat dalam menolak dan menerima nilai-nilai itu tanpa
peraturan yang mengukuhkan lagi

sesuatu

nilai budaya

masyarakat

tersebut.
BAB 10 KEKUATAN PERTAHANANDalam membangunkan negara islam hadhari, kekuatan pertahanan juga
merupakan

perkaran

yang

sangat

penting.

Dalam

bab

ini,

penulis

memfokuskan tiga aspek kekuatan pertahanan yang perlu ada dalam usaha
membangunkan negara islam hadhari. Kekuatan tersebut ialah:
1. Kekuatan sosial
2. Kekuatan ekonomi
3. Kekuatan ketenteraan
Kekuatan sosial yang dimaksudkan ialah kekuatan perpaduan dan
persaudaraan yang kuat. Masyarkat yang hidup dalam negara islam hadhari
sama ada islam ataupun tidak haruslah memiliki kekuatan kasih sayang yang
kuat antara satu dengan yang lain. Islam mengajar untuk saling menyayangi
antara satu dengan yang lain. Apabila perasaan kasih sayang dapat dipupuk,
maka kekuatan hubungan dalam sesebuah negara itu akan bertamabh erat
dan akan memberi kekuatan kepada negara. Namun persaudaraan yang
dipupuk bukanlah atas dasar keturunan tetapi atas dasar akidah bagi orang
islam sesama orang islam dan kemanusiaan bagi orang islam dan orang
bukan islam.
Seterusnya kekuatan ekonomi merupakan satu elemen yang sangat
penting kerana tanpa kekuatan dan kestabilan ekonomi kemakmuran tidak
akan lama kerana kepincangan akan berlaku dan kekuatan yang dimiliki akan
rapuh. Selain itu, kekuatan ketenteraan merupakan aspek yang terpenting
sekali. Kekuatan ketenteraan sebuah negara hadhari bukan hanya tentera
10

yang memberi sumbangan dan tenaga dalam menjaga negara, namau rakyat
juga perlu mempunyai semangat jihad dan patriotik yang kukuh. Tanpa
semangat dan dan kecanggihan senjatan, kita tidak akan mampu untuk
mengalahkan

musuh.

Oleh

sebab

itu,

kekuatan

ekonomi

yang

akan

membantu dalam menyediakan kelengkapan senjata.


BAB 11 STATUS BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM HADHARIPenulis memulakan bab ini dengan menjelaskan bahawa masyarakat di
Malaysia merupakan masyarakat yang majmuk, maka timbul persoalan
mengenai status masyarakat bukan islam dalam negara islam hadhari.
Dalam pembangungan negara yang berteraskan konsep islam hadhari,
orang bukan islam boleh tinggal dengan aman dalam negara tersebut.
Hubungan antara orang islam dan bukan islam dalam negara hadhari ialah
melalui perjanjian sosial iaitu yang terdapat dalam Perlembagaan Negara
dari aspek perkongsian kuasa.
Dalam konsep perkongsian kuasa antara orang bukan islam dan islam,
orang islam mendapat hak yang istimewa kerana masyarakat islam
merupakan penduduk peribumi dan penduduk yang mijoriti. Hak istimewa ini
diperkukuhkan lagi dengan tradisi orang melayu bahawa hanya orang
melayu yang layak berada dalam kalangan piminan teratas.
Namun, orang bukan islam juga diberi peluang untuk memilih pemimpin
dan menjadi pemimpin. Mereka juga boleh jadi perdana menteri sekiranya
mijoriti memilih mereka. Namun disebabkan oleh tradisi melayu, peratus
untuk mereka dipilih sebagai pemimpin teras adalah sedikit berbanding
pemimpin melayu. Perlaksanaan islam hadhari mengukuhkan lagi ketinggian
tamadun islam dalam kalangan masyarakat bukan islam.

11

2.0 KOMENTAR BUKU


Secara peribadinya, saya amat berminat untuk membaca buku ini kerana
sebelum ini saya masih tidak jelas dengan apa yang di maksudkan dengan
konsep Islam Hadhari. Namun setelah membaca buku ini, saya telah pun
mengetahui apa yang di maksudkan dengan islam hadhari dengan lebih
jelas.
Buku Pembangunan Negara Islam Hadhari dikarang oleh seorang tokoh
yang penting dalam pembentukan gagasan Islam Hadhari yang kini menjadi
satu konsep penting dalam pemerintahan Barisan Nasional. Tokoh yang saya
maksudkan ialah Mohd. Nakhaie Ahmad. Beliau merupakan seorang tokoh
yang penting dan juga seorang intelektual yang sangat penting dalam
Malaysia. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Al-Azhar dan Cairo
dan Universiti di Kaherah, Mesir sehingga peringkat sarjana. Beliau juga
pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia
dan Institut Teknologi Mara.
Penulis buku ini juga telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sejak tahun 2000. Selain itu, beliau juga
merupakan seorang penulis yang prolifik. Sehingga kini, beliau telah
menghasilkan lebih 15 judul buku yang meliputu konsep-konsep penting
dalam Islam, politik dan kenegaraan dalam perspektif Islam.
Setelah membaca mengenai kehidupan penulis ini melalui laman
sesawang, saya mendapati bahawa beliau merupakan seorang penulis yang
lebih

cenderung

dalam

penulisan

buku

yang

menjawab

kepada

permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam dan masyarakat di Malaysia.


Terdapat 11 bab yang utama dalam buku ini tidak termasuk bab permulaan
12

(muqaddimah) dan bab pengakhiran. Saya lebih cenderung untuk mengulas


buku ini dari bab ke bab agar para pembaca dapat mengetahui acuan yang
bagaimana yang dimaksudkan oleh penulis dalam pembentukan dan
pembangunan Negara Islam Hadhari.
Namun sepanjang pembacaan saya mengenai buku ini, saya mendapati
bahawa

penulis

memulakan

perbincangan

dengan

latar

belakang

kedatangan islam yang mengangkat martabat bangsa Arab. Seterusnya,


tamadun Islam menjadi penyumbang terbesar kepada perubahan dunia.
Namun kegemilangan Islam ini akhirnya sirna dan merosot sehingga dapat
diatasi oleh tamadun Barat. Dalam buku ini juga, penulis menyarankan
langkah-langkah

praktikal

yang

boleh,

dan

perlu

dilaksanakan

bagi

mengembalikan kegemilangan yang telah hilang itu. Ini yang saya rasakan
menjadi intipati Islam Hadhari yang mana penghayatan Islam yang baik akan
mengangkat martabat umat islam dan menjana kecemerlangan.
Penulis juga menyentuh aspek yang sangat penting dan sensitif dalam
masyarakat majmuk di Malaysia. Penulis menimbulkan persoalan tentang
status orang bukan islam dalam sebuah negara Islam. Penulis juga
membahaskan mengenai isu zimmi atau status bukan Islam dalam negara
Islam yang dianggap warganegara kelas kedua.
Seterusnya, dari aspek gaya penulisan buku ini, saya berasa kurang
tertarik untuk membaca kerana tidak terdapat unsur-unsur yang dapat
menarik minat untuk membaca. Bagi saya, gaya penulisan buku ini tidak
ceria kerana tidak terdapat gambar-gambar atau grafik yang dapat
menceriakan saya ketika membaca buku ini. Penggunaan warna pada muka
depan buku ini sahaja tidak mempunyai unsur-unsur seni yang menarik
minat untuk membaca. Saya tertarik untuk membaca dan memilih buku ini
sebagai buku yang akan saya ulas hanyalah kerana tajuk buku ini yang
berkaitan dengan Islam Hadhari.

13

Sepanjang pembacaan saya, saya mendapati bahawa terdapat ayat-ayat


berbelit dan juga berulang-ulang yang susah untuk difahami jika tidak dibaca
dengan teliti. Namun sesudah dibaca dengan dengan teliti, mesej yang ingin
disampaikan melalui ayat merupakan satu mesej yang ringkas. Seperti
contoh dalam bab 9 mukasurat 97,
Tanpa
kehilangan

keseimbangan
kelestariannya

yang

dinyatakan

dan

itu,

pembangunan

pembangunan
yang

dicapai

akan
akan

menghadapi kemelesetan. Demi untuk mencapai tahap kelestarian hadhari,


maka keseimbangan antara keupayaan menguasai alam semulajadi untuk
pembangunan, dengan pembangunan dari aspek kerohanian, mestilah
sentiasa dipelihara, khususnya aspek yang berkaitan dengan keimanan dan
kesyukuran. Dengai itu kelestarian pembangunan itu akan tercapai dan
tahap hadhari juga turut meningkat
Selain itu, dalam buku ini juga terdapat beberapa kesalahan ejaan.
Antaranya ialah perkataan pengetahuan yang di eja dengan pengethuan
dalam bab 7 mukasurat 78. Walaupun terdapat beberapa kesalahan dan
kelemahan dalam buku ini, namun buku ini sememangnya mempunyai
kekuatan dalam penyampaian mesej yang berkaitan dengan pembangunan
negara Islam Hadhari. Ilmu-ilmu yang terdapat dalam buku ini sangat
membantu

saya

dalam

memahami

apa

yang

dikehendaki

dalam

pembangunan negara Islam Hadhari.


Saya sangat bersetuju buku ini mampu untuk membentuk jati diri
mahasiswa kerana di dalam buku ini terdapat ilmu-ilmu yang sangat
bermanfaat dalam proses pembentukan diri mahasiswa. Seperti contoh,
dalam bab 7 buku ini bertajuk penguasaan ilmu pengetahuan, dalam bab ini,
penulis sangat menekankan agar seseorang yang ingin menguasai ilmu
pengetahuan haruslah tidak memisahkan antara ilmu sunnatullah dan ilmu
dinullah. apabila seseorang yang memisahkan antara kedua ilmu ini, maka
akan timbullah pemikiran sekularisme yang memisahkan dunia dan agama

14

3.0

SEJAUH

MANA

ILMU

TAMADUN

MEMBENTUK

JATI

DIRI

MAHASISWA
. Perkataan tamadun digunakan bagi

menggambarkan kemajuan

sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.


Dari perspektif semasa, perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian
yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya
dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa
Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa
Indonesia

istilah

peradaban

lebih

popular

penggunaannya).

Daripada

perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama.


Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan
perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan
maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang
bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

15

Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara


yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran
atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan
sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,
pemikiran dan kemajuan yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah
pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan
budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara
bangsa.
Oleh sebab yang demikian, saya sangat bersetuju buku-buku tamadun
islam seperti ini sememangnya sangat membantu mahasiswa dalam
pembentukan jati diri mahasiswa seperti contoh ilmu tamadun islam. Ilmu
tamadun islam mempunyai keunikan tersendiri dalam proses pembentukan
hati budi yang diterap secara tidak langsung dalam mendidik akhlak dan
moral para pelajar. Pemantapan jati diri yang sempurna dapat melahirkan
pelajar yang mampu mencetuskan kesejahteraan insan dalam sesebuah
masyarakat serta menjadi agen kelangsungan perkembangan sesebuah
tamadun.
Mahasiswa adalah insan yang mewarisi pemerintahan negara pada masa
hadapan. Aset yang bernilai ini perlu dipandu dengan betul supaya negara
dapat dibangun mengikut arus semasa. Pembentukan jati diri pelajar
berkualiti perlu direncana awal sejak di bangku sekolah lagi. Setiap hari
pelajar terdedah kepada pelbagai gejala tidak bermoral. Tambahan pula
perkembangan dunia globalisasi turut menjadikan golongan pelajar sensitif
dan peka dengan arus perubahan dan kemodenan. Transformasi daripada
alam kanak-kanak ke alam dewasa menyaksikan perubahan hormon dan
personaliti yang ketara. Sikap ingin tahu dan ingin cuba yang tinggi
menyebabkan mereka sering melakukan aktiviti yang melunturkan nilai hati
budi kemanusiaan. Oleh itu, saya merasakan ilmu-ilmu ketamadunan islam
seperti

ini

sangat

membantu

pelajar

16

dalam

mengembalikan

semula

keberkesanan tamadun islam yang terdahulu pada diri sendiri, masyarakat


mahupun negara.
Pembentukan jati diri mahasiswa merupakan suatu tanggungjawab yang
perlu dipikul oleh setiap individu. Pembentukan jati diri yang jitu mempunyai
pengaruh dan kesan besar terhadap pembangunan tamadun ummah. Oleh
sebab

itu,

langkah

IPTA

memperkenalkan

kursus

TITAS

merupakan

sumbangan yang tidak ternilai terhadap pembinaan tamadun Malaysia


dalam

memastikan

nilai-nilai

ketamadunan

dapat

diterapkan

bagi

membentuk jati diri dan hati budi mahasiswa. Pendedahan mengenai


pelbagai tamadun memberikan pengetahuan yang amat berguna kepada
mahasiswa.

Sekurang-kurangnya

ilmu

tamadun

dapat

bertindak

bagi

membendung penularan gejala-gejala negatif ke tahap serius dan boleh


memusnahkan tamadun manusia.
Selain itu, ilmu tamadun ini memberi kesedaran dalam kalangan pelajar
mengenai nilai-nilai sejagat yang berjaya menyatukan tamadun mahasiswa
daripada latar belakang budaya yang berbeza. Kesedaran yang mendalam
mengenai nilai-nilai sejagat membantu memupuk kesefahaman dalam
sesebuah masyarakat. Kesedaran ini mempunyai nilai pendidikan yang tinggi
dalam membentuk hati budi di kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum, agama, bahasa, dan budaya.
Semua pihak yang terlibat termasuklah institusi keluarga, pendidikan,
kerajaan,

agensi

bukan

kerajaan

dan

masyarakat

perlu

sama-sama

berganding bahu dan tidak hanya menunding jari pada satu-satu pihak
semata-mata. Ini kerana jatuh bangun sesebuah negara dan masyarakat
bergantung pada generasi muda yang akan memacu negara pada masa
hadapan..

4.0

REFLEKSI

17


Alhamdulillah, segala pujian hanyalah layak kepada Allah S.W.T yang
memberi kesempatan dan peluang berserta kekuatan kepada hambaNya yang
lemah ini untuk terus menyiapkan tugasan untuk subjek Tamadun Islam dan
Tamadun Asia Tenggara tanpa menghadapi halangan yaang begitu besar.
Saya dan rakan sekelas yang lain telah diberi taklimat mengenai Kerja Kursus
untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara ini oleh Ustazah Nurul
Hudaa binti Hassan. Taklimat yang diberikan oleh beliau mudah difahami oleh saya
dan rakan sekelas yang lain. Tempoh yang diberikan oleh beliau dalam menyiapkan
kerja kursus ini adalah selama sebulan. Saya berasa kurang yakin untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Namun, sebagai seorang bakal
guru, saya haruslah memegang prinsip Menangguh kerja itu merupakan jalan
menuju kegagalan.
Oleh sebab yang demikian, saya telah memikirkan beberapa langkah dalam
mengendalikan masa saya dengan baik. Antaranya ialah, selesai sahaja menerima
taklimat mengenai kerja kursus pendek ini, saya terus bergegas ke perpustakaan
untuk mencari bahan rujukan tambahan. Saya berusaha mencari buku yang akan
saya ulas dalam seminar pembentangan buku. Saya mendapat lima jenis buku yang
berbeza. Saya keliru untuk memilih buku terbaik untuk dibentangkan dalam
seminar. Oleh sebab yang demikian, saya telah mengambil keputusan untuk
berjumpa dengan Ustazah Nurul Hudaa dengan harapan beliau dapat membantu
saya dalam pemilihan buku tersebut. Akhir sekali, ustazah memberitahu saya
bahawa kelima-lima buku tersebut sangat baik untuk di ulas, namun beliau
menasihatkan saya untuk memilih buku yang bertajuk Pembangunan Negara Islam
Hadhari. Pada mulanya, saya tidak bersetuju untuk memilih buku itu kerana bagi
saya buku tidak menarik minat saya untuk membacanya. Saya lebih cenderung
untuk memilih buku yang bertajuk Kepimpinan Umar Abdul Aziz kerana saya
sudah mempelajari tentang tajuk buku ini pada tahun lepas, namun apabila
mendapat nasihat daripada rakan saya tentang pemilihan buku Pembangunan
Negara Islam Hadhari, dia menasihati saya agar mencari ilmu baru yang saya tidak
mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenainya. Akhirnya, saya memilih
buku Pembangunan Negara Islam Hadhari untuk dibentangkan dalam seminar.
18

Selain itu, saya juga telah memperuntukkan masa yang sesuai untuk memyiapkan
kerja kursus ini. Pada pendapat saya, sesibuk mana seseorang itu, andai dia mampu
untuk menguruskan masa dengan baik, saya yakin semua perkara akan dapat
dikendalikan dengan baik dan teratur.
Tugasan kerja kursus pada kali ini meminta saya dan rakan-rakan untuk
mengadakan satu seminar pembentangan buku bagi membincangkan secara
terperinci berkaitan dengan ketamadunan Islam dan Asia Tenggara. Oleh sebab itu,
saya dan rakan-rakan telah mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk
organisasi

pelaksana

untuk

seminar

pembentang

buku

ini.

Namun,

dalam

mengadakan sebuah seminar seperti itu, pastinya ada pendapat-pendapat yang


bercanggah yang menyebabkan peperangan mulut. Namun, sebagai seorang bakal
guru, saya mengambil langkah untuk menjernihkan keadaan dengan memberi
nasihat-nasihat yang boleh diterima oleh mereka. Hasil daripada mesyuarat itu,
saya telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa makanan bersama seorang
rakan saya iaitu Mohd. Rafiuddin bin Jamali. Namun, apa yang saya boleh lihat
sepanjang pengurusan untuk menguruskan seminar itu, terdapat beberapa orang
rakan tidak mengambil serius tugasan mereka sehinggakan Ustazah Nurul Hudaa
memarahi saya dan rakan-rakan dengan nasihat-nasihat yang sangat membina diri
saya dan juga rakan-rakan. Selepas daripada hari itu, saya dan rakan-rakan mula
mengambil

serius

dengan

tugas

masing-masing

sehinggakan

seminar

pembentangan buku itu berjalan dengan baik, walaupun terdapat beberapa


masalah yang berlaku.
Semasa seminar berlangsung, saya merupakan peserta kedua terakhir yang
membentang

buku.

Saya

melihat

rakan-rakan

saya

yang

lain

berjaya

membentangkan ulasan buku dengan baik. Ini merupakan pengalaman yang sangat
bermanfaat pada diri saya dalam persedian saya sebagai seorang bakal guru
apatah lagi saya adalah seorang guru yang akan mengajar Pendidikan Islam kelak.
Pada mulanya, saya berasa sangat gementar untuk membentangkan buku yang
telah saya pilih, namun saya mestilah mengatasi masalah tersebur dengan sentiasa
berfikiran positif. Terdapat tiga orang pensyarah yang menjadi juri pada hari itu
kerana saya dan rakan-rakan telah dibahagikan kepada tiga buah kelas. Setiap
kelas mempunyai tujuh orang peserta seminar. Saya termasuk dalam senarai kelas
yang pertama iaitu kelas saya sendiri bersama enam orang rakan yang lain.
19

Pensyarah yang menilai saya pada hari itu ialah Ustazah Nur Asyikin binti
Kamaruddin.Sesudah selesai seminar tersebut, tugasan tersebut meminta saya dan
rakan-rakan yang lain untuk menulis laporan ulasan buku tersebut dengan
terperinci. Selain itu juga, saya dan rakan-rakan diminta untuk membuat komentar
mengenai buku yang dipilih.
Hasil daripada tugasan tersebut, saya telah berjaya untuk menambahkan
ilmu

pengetahuan

saya

mengenai

langkah-langkah

yang

diperlukan

dalam

membangunkan sesebuah negara yang mengikut acuan Islam Hadhari kerana


sebelum membaca buku tersebut saya tidak mempunyai pengetahuan yang
mendalam mengenai konsep Islam Hadhari yang dicetuskan oleh bekas perdana
menteri kita ini iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.
Saya dan rakan-rakan juga diminta untuk menulis satu esei yang berkaitan
dengan sejauh mana ilmu tamadun mampu membentuk jati diri mahasiswa. Melalui
tugasan ini, saya sememangnya bersetuju ilmu tamadun mampu membentuk jati
diri mahasiswa. Seperti contoh, buku tamadun yang telah saya pilih telah membuka
minda saya mengenai konsep Islam yang ingin dibawa bagi mengembali semula
ketamadunan Islam di negara ini. Ia mampu menjadi kekuatan dalam diri saya
untuk terus berada dalam landasan yang betul walaupun dunia pada hari ini, segala
maklumat baik ataupun tidak berada dihujung jari. Maka dengan ilmu seperti ini
mampu

menjadi

panduan

minda

saya

untuk

berfikir

sesuatu

keputusan

berlandaskan sistem sunnatullah dan dinullah. Oleh sebab yang demikian, saya
sangat bersetuju subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara ini merupakan
subjek wajib di IPTA.
Akhir sekali, segala peristiwa yang tidak baik semasa saya menyiapkan
tugasan ini akan saya jadikan sempadan di masa akan datang, dan segala yang
baik akan saya jadikan teladan dalam usaha saya untuk menjadi guru yang menjadi
harapan masyarakat. Seterusnya. Ucapan terima kasih saya tujukan kepada
Ustazah Nurul Hudaa bin Hassan atas semangat dan dorongan yang baik agar saya
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.
Seterusnya, ucapan terima kasih saya kepada rakan saya saudara Mohd.
Rafiuddin bin Jamali atas kerjasama yang telah diberikan semasa mengurukan
makanan bagi jamuan seminar pembentangan buku tersebut. Tidak lupa juga
20

kepada

rakan-rakan

seperjuangan

yang

banyak

membantu

dalam

proses

menyiapkan kerja kursus ini.


Sekian, Terima Kasih

5.0 RUJUKAN
Nakhaie Ahmad. (2004). Pembangunan Negara Islam Hadhari. Kuala Lumpur:
Milenia Muslim Publications Sdn. Bhd.
Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudah Ali, Mohd
Hilmi Rozali & Mahdi Shuid. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Tenggara. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir & Siti
Halimah Putung. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Mustafa Hj. Daud. (1986). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd
Nasrudin Yunos, Roziah Sidik & Zulkarnain Mohamed. (2007). Pengajian
Islam. Selangor: Oxford-Fajar Sdn. Bhd
Kepentingan Budaya Ilmu dalam Pembentukan Masyarakat Bertamadun.
(2009). (t.p). Dicapai pada 1 April 2014 daripada
http://drmindailmu.blogspot.com/2009/07/kepentingan-budaya-ilmudalam.html

21

Abd Aziz bin Harjin. (t.t). Sejarah dan Tamadun Islam. Dicapai pada 1 April
2014 daripada http://citu551a.blogspot.com/
Mohd Nakhaie Haji Ahmad. (t.p & t.t). Dicapai pada 1 April 2014 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Nakhaie_Haji_Ahmad

6.0 LAMPIRAN

Gambar semasa selesai seminar pembentangan buku

22

Gambar bersama pensyarah penasihat program dan juga juri


kelas pertama.

23

Anda mungkin juga menyukai