Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS

DEM 2163

ISLAMIC ECONOMI

ASSIGNMENT:

THE COMPARISON BETWEEN ISLAMIC ECONOMICS

AND CONVENTIONAL ECONOMICS SYSTEM


PENDAHULUAN

Islam adalah agama yang sempura dari semua aspek kehidupan, islam bukan sahaja mengajar
manusia mengenai hukum-hakam sahaja bahkan ia meluas dari semua bab seperti peraturan,
kehidupan, adap, muamalah dan ekonomi. Maka dengan itu islam menjadi agama yang mulia
kerana sempurna tanpa cacat cela dan berbeza dengan agama lain yang hanya mengajar
konsep ketuhanan semata-mata. Didalam islam mengajar manusia cara berekonomi dengan
betul jadi manusia diberi pilihan untuk mengikuti cara ekonomi islam yang jelas selamat dan
jauh dari kezaliman, penindasan, penipuan dan sebagainya atau mengunakan ekonomi yang
tidak islamik iaitu tergelincir dari landasan agama kerana islam melarang penindasan, riba,
judi dan segala perkara yang dapat menzalimi manusia dan itulah yang membezakan ekonomi
islam dan ekonomi konvensional. Ekonomi islam juga merupakan perkara yang penting bagi
sesebuah negara lebih-lebih lagi negara islam kerana setiap perkara yang dilakukan perlulah
berteraskan syariat islam dan keredaan allah s.w.t. oleh itu penting bagi manusia terutama
umat islam untuk mengetahui ilmu berkenaan ekonomi islam walaupun asas sahaja kerana
apabila berlaku masalah ekonomi maka manusia tahu tanggungjawab masing masing. Oleh
itu didalam assignment ini saya akan menjelaskan perbezaaan antara ekonomi islam dan
ekonomi konvensional.
DEFINISI EKONOMI

Ekonomi mengikut pandangan islam adalah Satu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang
selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau
pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani
bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Selain itu menurut sarjana islam yang lain seperti
Muhammad akram khan seorang cendiakawan islam Bengali mentakrifkan bahawa ekonomi
islam itu sebagai Pengkajian ke atas pencapaian 'falah' manusia melalui penguasaan sumber
bumi di atas dasar kerjasama dan penyertaan. Selain itu menurut Masudul alam choudhury
ialah pengkajian sejarah, empirik dan berteori yang akan menganalisakan keperluan manusia
dan masyarakat dalam pancaran panduan sistem nilai-nilai Islam, dan Muhammad abdul
mannan pula mendefinisikan ekonomi islam sebagai Sains sosial, yang mengkaji masalah
ekonomi rakyat, disemai dengan nilai-nilai Islam, inilah definisi yang diletakkan oleh sarjana
islam kepada ekonomi islam.

Berdasarkan kepada beberapa pendefinisian di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa di


dalam islam pengkajian ekonominya adalah dianggap sebagai suatu kajian sains sosial dan
fokus pengkajiannya adalah manusia itu sendiri. Maka matlamat terakhir individu di dalam
ekonomi Islam adalah untuk memperolehi kejayan dunia dan akhirat.

Manakala definisi bagi konvensional ekonomi pula adalah Adalah Kajian sains sosial tentang
bagaimana sumber-sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak
manusia yang tidak terhad. Ilmu ekonomi konvensional juga dianggap sebagai suatu kajian
sains sosial di mana ianya mengkaji mengenai gelagat ekonomi manusia dengan
menggunakan kaedah saintifik. Dengan kata lain, fokus pengkajian ilmu ekonomi
konvensional adalah manusia itu sendiri dan manusia berkenaan pula merujuk kepada
individu ekonomi, di mana tindakan mahupun keputusan yang dilakukan oleh mereka adalah
berasaskan prinsip kerasionalan.

Selain itu juga teori ekonomi yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh penentu ekonomi klasik.
Sistem ekonomi klasik tersebut mempunyai kaitannya dengan kebebasan alami yang difahami
oleh tokoh-tokoh ekonomi sebagai ekonomi liberal klasik. Ekonomi liberal ialah sistem
ekonomi bergerak kearah menuju pasaran bebas dan sistem ekonomi berkefahaman
perdagangan bebas dalam era globalisasi yang bertujuan menghilangkan kebijaksanaan
proteksiolisme.
Ekonomi Islam adalah merupakan sains sosial namun ianya berbeza dengan ekonomi
konvensional. Misalnya, ekonomi Islam mengambil kira kesan sosial dan moral dalam
kegiatan ekonominya seperti pengeluaran, pengagihan dan penggunaan. Perhatian bukan
sahaja diberikan terhadap pengeluaran barangan dan perkhidmatan untuk dipasarkan, tetapi
juga kesan sosial dan moral barangan serta perkhidmatan tersebut yang mempunyai kaitan
dengan kualiti kehidupan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Selain itu, sekiranya ekonomi konvensional mewujudkan konsep homo economicus , maka
ekonomi islam pula melahirkan konsep homo islamicus, yakni Islam menganggap manusia
sebagai khalifah allah s.w.t dan tidak akan membiarkan mereka bertindak sesuka hati menurut
pertimbangan akal serta nafsu semata-mata tanpa bimbingan allah s.w.t. Menurut islam,
manusia yang merasakan diri mereka serba cukup dan tidak lagi memerlukan bimbingan allah
s.w.t adalah golongan yang melampau dan merekalah yang bertanggungjawab melakukan
kerosakan dunia ini seperti mana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Alaq, ayat 6 - 7, yang
bermaksud: "Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya
atau yang sewajibnya), dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya”.

Oleh itu, setiap muslim mestilah melandaskan kehidupan mereka kepada nilai-nilai agama.
Bagaimanapun, ini tidaklah bermakna bahawa mereka tidak rasional seperti fahaman sistem
ekonomi konvensional. Islam mengarahkan penggunaan akal secara total. Malah, terdapat
banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengarahkan manusia supaya berfikir dan menggunakan
akal mereka dengan sewajamya. Akal yang dikurniakan allah s.w.t adalah pelengkap kepada
segala rahsia ilmu pengetahuan manusia. Ianya merupakan asas yang kuat untuk kehidupan
beragama seperti mana maksud hadis Riwayat Bukhari: "Tidak ada agama bagi orang yang
tidak berakal."

Tujuan homo islamicus dalam keseluruhan aktiviti ekonominya adaiah untuk memperolehi
kejayaan di dunia dan di akhirat. Dan ianya hanya akan dapat diperolehi dengan memastikan
bahawa segala kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh individu ekonomi Islam adalah diredhai
allah s.w.t. Keadaan ini memberi gambaran bahawa ekonomi Islam menekankan
pertimbangan nilai dalam pemilihan matlamat, berbeza dengan ekonomi konvensional yang
mencari kepuasan manusia sahaja.
CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM

1. Bercirikan ketakwaan kepada allah yang merupakan pemilik segala harta.

Seseorang muslim beriman bahawa segala sesuatu itu hanyalah milik allah s.w.t dan
dia berkuasa pada setiap sesuatu yang ia miliki. Sebagai manusia kita hanya
meminjam sahaja harta kekayaan dan kesenangan yang pemilik asalnya adalah allah
s.w.t. Oleh itu didalam harta yang kita miliki mempunya hak-hak lain seperti sedekah,
zakat, nafkah dan sebaginya. Oleh itu didalam islam kita perlu berkongsi kesenangan
dengan orang lain seperti fakir miskin kerana mereka mempunyai hak keatas kita dan
bukanlah dengan cara memakan sorang harta yang dimiliki kerana sifat bakhil adalah
sifat buruk yang dilarang islam dan dilaknat oleh allah.

2. Menggunakan harta sebagai alat mendekatkan diri kepada allah.


Didalam islam harta kekayaan itu adalah sementara sahaja dan ia tidak mampu dibawa
kealam akhirat. Oleh itu setiap harta yang manusia miliki akan disoal oleh allah s.w.t
sama ada digunakan ke jalan allah atau kejalan maksiat. Semakin banyak harta
seseorang itu semakin lama mereka akan dihisab oleh allah di akhirat kelak. Para
sahabat seperti abu bakar, umar al-khattab dan uthman bin affan adalah antara orang
kaya yang menyerahkan kesemua harta mereka kejalan allah supaya mereka semakin
dekat dengan allah s.w.t.

3. Bahagian didunia tidak boleh diabaikan dalam mendapatkan akhirat.

Islam tidak mengutamakan harta kekayan tetapi dengan harta kekayaan itu lah
manusia dapat bekerja sama untuk membangunkan negara islam yang tiada
kemiskinan dan adil. Dengan harta juga kita dapat membagunkan kekuatan sesebuah
negara islam dengan ekonomi yang stabil. Walaupun islam mengutamakan akhirat
tetapi agama islam tidak menolak dunia kerana untuk membina motivasi didalam diri
manusia juga perlu mengunakan dunia sebagai laluan untuk menuju keakhirat.

4. Berlaku adil kepada sesama manusia.


Ekonomi islam ia bertujuan untuk memudahkan urusan manusia dengan cara yang
diredai allah dan berteraskan keadilan. Oleh itu ekonomi islam memberi haksama rata
kepada masyarakat yang kaya membantu yang miskin dan apabila mereka
berkemampuan maka mereka pula membatu orang yang susah. Didalam ekonomi
islam tiada istilah yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus menjadi
miskin tetapi yang kaya terus menjadi kaya yang miskin akan menjadi kaya. Itulah
konsep keadilan yang di berikan oleh agama islam.

5. Tidak melakukan kerosakan.

Didalam al-quran allah mengatakan bahawa tangan-tangan manusialah yang


merosakkan bumi, maka persoalannya adalah tangan manakah yang yang
dimaksudkan itu. Tangan yang dimaksudkan itu adalah manusia yang tamak dan tidak
pernah merasa cukup dengan apa yang mereka miliki. Dengan itu mereka sanggup
melakukan apa sahaja yang dpat membinasakan bumi allah. Tetapi didalam ekonomi
islam manusia dilarang bersifat tamak dan perosak. Bersifat cukup itu akan
menambahkan lagi rezeki yang aka nallah berikan kerana apabila merasa tidak cukup
mulalah mereka akan melakukan amalan riba, rasuah, penipuan dan sebagainya yang
dapat merosakkan manusia yang lain.

CIRI-CIRI KONVENSIONAL EKONOMI

1. Sistem ekonomi yang terpisah daripada agama. Ianya lahir berdasarkan pemikiran
manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan pengalaman atau
maklumat yang baru.
2. Berlandaskan kepada kebebasan individu dalam pelbagai aspek, termasuklah
kepentingan modal dansistem tawaran juga permintaan.
3. Mementingkan pengumpulan modal dan harta dengan mengetepikan nilai halal atau
haram.
4. Berunsurkan amalan riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (pertaruhan). 5.
Mementingkan kekayaan material semata-mata dan mengikis sifat tolong-menolong. 6.
Mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi orang lain.
PERBANDINGAN PRINSIP DALAM EKONOMI KONVENSIONAL DAN ISLAM

Dalam Perspektif ekonomi konvensional, penggunaan barangan dan perkhidmatan


mementingkan akan kepuasan manusia. Bahkan kepuasan hanyalah nikmat yang bakal dirasai
di akhirat kelak. Justeru kepuasan dalam Islam tidak dipandang dari sudut kebendaan semata
mata tetapi perlu dinilai dari segi kerohanian. Kepuasan ekonomi yang bertentangan nilai
Islam, hendaklah dilepaskan. Pengguna yang rasional ialah pengguna yang dapat memandu
tingkahlakunya yang terangkum dalam tiga prinsip:
1. Kepercayaan kepada hari akhirat yang meliputi kehidupan sebelum dan selepas mati.
Pertimbangan akhirat menyebabkan pengguna bukan sahaja akan membelanjakan sesuatu
untuk faedah yang segera tetapi faedah yang belum nampak iaitu akhirat.
2. Mendapat keredhaan allah, itulah kejayaan yang sebenar.Justeru, sumber harta,tenaga
dan masa yang digunakan hendaklah diniatkan di jalan allah dan bukan bagi
kepentingan diri yang berpandukan dorongan nafsu semata.
3. Kekayaan harta merupakan amanah dan ujian allah kepada pemiliknya.Oleh itu,harta
hendaklah dibelanjakan secara hak dan bukan dengan cara batil seperti
boros,berlebihan,membazir ke jalan yang terlarang,menyorok barangan dan
sebagainya.
Realitinya, dunia perniagaan begitu ghairah menarik perhatian pengguna melalui pelbagai
saluran iklan dengan pengiklanan yang mempesonakan. Iklan sepatutnya berperanan
membangkitkan kesedaran pengguna dengan memberi maklumat yang benar dan tepat.
Namun, berlaku juga pengiklanan yang mengabaikan peranan mereka yang sebenar sehingga
terjadi penipuan kepada pengguna. Iklan sebegini kerap digunakan untuk membangkitkan
emosi penggunan dengan sifat gemarkan kemewahan, kemegahan, bersaing, mementingkan
status, tamak dan pentingkan kebendaan. Lantaran itu, mereka mementingkan jenama
daripada mutu dan kesucian serta mementingkan hiburan daripada pendidikan.Akhirnya
pengguna terjerumus ke kancah budaya gemar membazir daripada bersifat sederhana dan
mementingkan keperluan asas. Keadaan ini amat jelas bertentangan dengan prinsip
kepenggunaan menurut perspektif Islam yang menekankan bahawa kehendak manusia perlu
disertai oleh keupayaan dan kuasa untuk memenuhinya. Ia dipanggil kehendak yang sah
kerana secara amnya kehendak manusia itu tidak terbatas. Justeru, Islam menggariskan adab
dan peraturan yang lengkap dalam menjalankan urusniaga secara adil sebagai perundangan
bagi melindungi pengguna. Sejarah membuktikan bahawa semasa Rasulullah s.a.w.
mula-mula memerintah Madinah, baginda telah menyucikan urusan perdagangan daripada
pelbagai bentuk amalan keji seperti menipu,
berjudi, riba, eksploitasi,mengaut keuntungan berlebihan dan sukatan yang tidak tepat.
Rasulullah s.a.w. sebagai saudagar besar telah memperlihatkan contoh dan adab peraturan
yang perlu dilaksanakan dalam urusan perniagaan iaitu:
1. Mendapatkan dan menikmati rezeki secara halal.
2. Mengharamkan perniagaan barangan dan perkhidmatan yang haram.
3. Berkelakuan baik semasa berurus niaga.
4. Menjauhkan diri daripada amalan riba'.
5. Menjauhi urusniaga yang melibatkan rasuah,wang kopi, menyatukan dua urusniaga
dalam suatu tawar menawar dan menjauhi pertukaran barangan secara adil. 6.
Menjalankan urusniaga dengan jujur dan amanah.
SISTEM EKONOMI ISLAM

Sistem ekonomi Islam bukanlah sistem ekonomi alternative maupun sistem ekonomi
pertengahan; sistem okonomi Islam merupakan sistem ekonomi solutif atas berbagai masalah
permaslahan yang selama ini muncul. Deskripsi paling sederhana dari ekonomi Islam adalah
suatu sistem ekonomi yang didasarkan pada ajaran dan nilai-nilai Islam, di mana keseluruhan
tersebutsudah tentu Al-Qur’an, As-Sunah, Ijma’, dan Qiyas. Secara umum, lahirnya idea
tentang sistem ekonomi Islam didasarkan pada pemikiran bahwa sebagai agama yang lengkap
dan sempurna, Islam tentulah tidak hanya memberikan penganutnya aturan-aturan soal
ketuhanan dan iman, melainkan juga jawaban atas berbagai masalah yang dihadapi oleh
manusia termasuk ekonomi. Sisitem ekonomi Islam merupakan ilmu ekonomi yang
dilaksanakan dalam kongret (penerapan ilmu ekonomi) sehari-harinya bagi individu, keluaga,
kelompok masyarakat, maupun pemerintah/penguasa dalam rangka mengorganisasi factor
produksi, distribusi, dan pemanfaatan barang dan jasa yang dihasilkan tunduk dalam peraturan
atau perundangundangan Islam (sunnatullah). Sistem ekonomi Islam adalah sistem ekonomi
yang mandiri dan terlepas dari sistem ekononi yang lainnya.

PRINSIP-PRINSIP DASAR EKONOMI ISLAM

Prinsip-prinsip dasar ekonomi islam menurut Umar Chapra dikutip M. Rianto al-Arif, adalah
sebagai berikut:
1) Prinsip tauhid.
Tauhid adalah fondasi keimanan Islam. Ini bermakna bahwa segala apa yang ada di
alam semesta ini didesain dan diciptakan dengan sengaja oleh allah s.w.t, bukan
kebetulan dan semuanya pasti memiliki tujuan. Tujuan inilah yang memberikan
signifikan dan makna pada eksistensi jagat raya, termasuk manusia yang menjadi salah
satu penghuni di dalamnya.
2) Prisnip khilafah.
Manusia merupakan khilafah allah s.w.t, di muka bumi dengan dibekali perangkat,
baik jasmani maupun rohani untuk berperan secara efektif sebagai khilafahnya.
Implikasi prinsip ini adalah:
i. Persaudaraan yang universal
ii. Sumber daya adalah amanah
iii. Gaya hidup sederhana
iv. Kebebasan manusia
3) Prinsip keadilan.
i. keadilan adalah salah satu misi utama ajaran Islam. Implikasi dari prinsip ini
adalah: Pemenuhan kebutuhan pokok manusia
ii. Sumber-sumber pendapatan yang halal dan thayyib
iii. Distribusi pendapatan dan kekayaan yang merata
iv. Pertumbuhan dan stabilitas

PRINSIP EKONOMI KONVENSIONAL

1. Pemilkan harta oleh Negara


Seluruh bentuk produksi dan sumber perdagangan menjadi milik negara atau masyarat
keseluruhan. Hak individu untuk memiliki harta atau memanfaatkan produksi tidak
diperbolehkan. Dengan demikian individu secara langsung tidak memiliki hak
kepemilikan.
2. Kesamaan ekonomi
Sistem ekonomi konvensional menyatakan bahwa hak individu dalam bidang ekonomi
ditentukan oleh prinsip kesamaan. Setiap individu mendapat kebutuhan hidup menurut
kepentingan masing-masing
3. Disiplin politik
Untuk mencapai tujuan di atas, keseluruhan negara diletakkan di bawah peraturan kaum
buruh, yang mengambil alih semua aturan produksi dan distribusi. Kebebasan ekonomi
dan hak kepemilikan harta dihapuskan sama sekali.

KELEMAHAN
Sistem ekonomi konvensional mempunyai kelemahan sebagai berikut:
i. Tawar-menawar sangat sukar dilakukan oleh individu yang terpaksa mengorbankan
kebebasan pribadinya, dan hak terhadap harta milik pribadi hanya untuk
mendapatkan makanan sebanyak dua kali sehari.
ii. Sistem tersebut menolak sepenuhnya sifat mementigkan individu, kewibawaan
individu yang menghambatnya dalam memperoleh kebebasan berfikir serta
bertindak. Hal ini menunjukkan secara tidak langsung bahwa sistem ini terikat
pada sistem ekonomi dictator. Buruh dijadikan budak masyarakat dan dipaksa
bekerja seperti mesin.
iii. Dalam sistem ini,semua kegiatan diambil alih untuk mencapai tujuan ekonomi,
sementara pendidikan moral individu diabaikan. Dengan ndemikian, apabila pencapaian
kepuasan kebendaan menjadi tujuan utama dan nilai-nilai moral tidak diperhatikan lagi,
masyarakat akan terbagi dalam beberapa kelompok.
iv. Sistem ekonomi ini mencoba untuk mencapai tujuan melalui larangan-larangan
sksternal dan mengesampingkan pendidikan moral dan latihan individu. Dengan
demikian mereka tidak mencapai, mereka tidak berusaha mencapai kejayaan yang
menjadi tujuannya.
KESIMPULAN
Secara kesimpulanya, penggunaan dari perspektif Islam merupakan aktiviti ekonomi yang
mampu mewujudkan keseimbangan dalam sistem sosio-ekonomi masyarakat khususnya
negara Malaysia. Namun begitu, Islam bukanlah semata-mata melyanai kehendak-kehendak
manusia yang tidak terbatas namun menyeimbangkan kehendak material dan spiritual
manusia secara adil. Dalam ekonomi Islam, langkah mengutamakan keperluan barangan dan
perkhidmatan merupakan asas dalam pengeluaran dan pengagihan terlebih dahulu kepada
semua lapisan masyarakat adalah secara praktikal. Rakyat dapat meneruskan hidup
sesempurna mungkin walaupun dalam Islam ia membenarkan aspek keselesaan dan kualiti
menerusi kepenggunaan barangan dharuriyyat, tahsiniyyat dan kamaliyyat. Justeru itu,
keperluan asas dapat diselesaikan dan inilah bentuk kesederhanaan Islam dalam aktiviti
penggunaan tanpa
condong kepada permintaan golongan kaya semata-mata tetapi juga golongan miskin yang
memiliki kuasa beli yang rendah.

RUJUKAN

file:///C:/Users/Shahrul/Downloads/233-Article%20Text-503-2-10-20200229.pdf
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/ciri-ciri-asas-ekonomi-islam/
https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_5C4.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11859/1/AJ_NORMALA%20ISMAIL%20WA%2003.pdf
https://www.academia.edu/37142551/PERBEZAAN_ASAS_ANTARA_EKONOMI_
http://076115citu.blogspot.com/2009/04/apa-itu-ekonomi-islam.html

Anda mungkin juga menyukai