Anda di halaman 1dari 2

Definisi Rasuah

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan
untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui
prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara
amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak
untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.
 
                Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran,
rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti
merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua
perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan
kesalahan jenayah rasuah.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-
Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain
seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar
dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi
bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to
influence his conduct; or the receipt of such reward John B. saunders pula dalam kamus
Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi the Taking or giving of money for
the performance or non-performance of a public duty.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- Dan
janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan
jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat
kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas
memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah
Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

 Meminta/Menerima Rasuah
 Menawar/Memberi Rasuah
 Membuat Tuntutan Palsu
 Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Anda mungkin juga menyukai