Anda di halaman 1dari 58

KELUARAN KHAS SEMPENA HARI ANTI RASUAH OLEH SPRM / UN-TRANSPARENCY INTERNATIONAL RASUAH : Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu

kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun corruption dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang -undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan. Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty. Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok). Menurut Transparency International pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan -jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat. NAMA LAIN BAGI RASUAH Dalam dunia hari ini rasuah disebut dalam berbagai sebutan agar ianya tidak nampak sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah. Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama lain. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu m engetahui (salahnya). Hadis nabi SAW ada menyatakan :Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum (HR. Abu Daud & Tirmizi) Ibnu Masud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut: Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya : 1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia. 2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya. 3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya. Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan). Adakala orang yang mendapat sesutu projek atau pekerjaan tidak memberi sesuatu dalam bentuk yang boleh dikatakan rasuah dan seumpamanya tetapi selepas mendapat upah dan imbuhan, diberinya sedikit wang atau seumpamanya kepada seseorang pegawai atas dasar penghargaan maka hal ini akan menjadi satu perkara syubhat. Mungkin pemberiannya kerana penghargaan semata-mata dan tidak mengharapkan apa-apa lagi selepas itu.

Adakalanya memberi kerana penghargaan tetapi ada niat tersembunyi yang mungkin hanya pemberi dan penerimanya sahaja yang mengetahui. HUKUM MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH 1. Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera samada pemberi, penerima atau yang berkaitan dengannnya. Jika sampai melibatkan individu tertentu yang teraniaya TAUBAT NASUHA TIDAK MEMADAI TANPA MEMOHON KEMAAFAN ATAU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA MEREKA. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah Subhanahu wa Taala berfirman, Ertinya : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. ( Al Baqarah : 188 ) Disebutkan dalam hadits :Ertinya : Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain). ( HR. At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih) 2. Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan. 3. Akibat rasuah kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah taubatnya. SUAPAN ATAU SOGOKAN Suapan atau makan suap juga boleh terjadi dalam bentuk wang derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apaapa manfaat seumpama itu yang lain; 1. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; 2. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; 3. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan atau peratusan; 4. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; 5. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan 6. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (5) yang terdahulu; PUNCA DAN SEBAB RASUAH Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada qadha dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap; 1. Tamak dan haloba. 2. Dengki dan khianat. 3. Sombong dan Takabbur. 4. Suka berbuat yang haram. 5. Tiada keberkatan Hidup 6. Nafsu serakah. 7. Gila Kuasa. 8. Menafikan hak orang lain. 9. Ingin menunjuk-nunjuk. 10. Zalim dan kasar. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu. Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan. Allah swt telah berfirman: dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya. (Surah Al Baqarah: ayat 188) 2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan. 3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, nilai ialah beliefs about right and wrong. Manakala etika pula ditakrifkan sebagai thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). 4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya. 5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. 7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting. KESALAHAN RASUAH Meminta/ Menerima Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apaapa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. Menawar/Memberi Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apaapa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. Membuat Tuntutan Palsu Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apaapa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung. KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA 1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya. 2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi. 3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah. 4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara. 5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan. 1. Kesan Terhadap Individu: (i) Kehilangan pekerjaan. (ii) Kejatuhan moral atau maruah. (iii) Menerima hukuman. (iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga. (v) Keluarga terabai. 2. Kesan Terhadap Masyarakat: (i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu. (ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah. (iii) Membebankan golongan orang susah. (iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. 3. Kesan Terhadap Negara: (i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran. (ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan. (iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang. (iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan. (v) Mengurangkan pendapatan negara. (vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan. PEYELESAIAN PENYAKIT RASUAH Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya: 1. Kembali kepada Islam dengan menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan hukum Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Taala mahupun yang sebaliknya. 2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan kejahatan. 3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan. 4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya. 5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Quran, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.

6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Taala: Tafsirnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .. (11) (Surah ar-Rad: 11) 7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup yang sementara ini. Terimalah ketentuan Allah dengan redha dan berlapang dada.. 8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam. Jauhi daripada sifat mahukan hak orang lain. 9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat. 10. Menjalankan hukuman tazir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut. 11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131. KESIMPULAN Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syarak, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Taala dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Wahai Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada se suatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya. (Hadis riwayat Ahmad) Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi: 1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak. 2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik. 3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi. Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur - See more at: http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonominegara/#sthash.cVHMNli2.dpuf

Rasuah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.

Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabatpejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. penyalahgunaan harta negara. merugikan negara memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali! Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

Meminta/Menerima Rasuah Menawar/Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undangundang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin. Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami

masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas) Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Keadaan yang mencetuskan rasuah 2 Bentuk salah guna kuasa 3 Impak negatif

o o o

3.1 Demokrasi 3.2 Ekonomi 3.3 Kesejahteraan negara

4 Mengukur rasuah

o o

4.1 Indeks Persepsi Rasuah 4.2 Laporan Transparency International 2001

5 Politik wang 6 Lihat juga 7 Rujukan

Keadaan yang mencetuskan rasuah[sunting]

Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik.

Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar. Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama". Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya. Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman. Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat. Gaji penjawat awam yang kecil.

Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.

Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan dibanteras.

Bentuk salah guna kuasa[sunting]


Rasuah dalam pentadbiran awam meliputi penggelapan wang dan nepotisme, selain salah guna kuasa yang menghubungkan sektor swasta dan sektor awam seperti penyogokan, pemerasan, campur tangan, dan penipuan. Rasuah memerlukan dua pihak yang korup: pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Di beberapa buah negara, rasuah sudah menjadi suatu budaya.

Impak negatif[sunting]
Demokrasi[sunting]
Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada.

Ekonomi[sunting]
Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat/industri yang tidak berdaya maju. Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima

peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan. Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masamasa sukar"

Kesejahteraan negara[sunting]
"Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia. Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan pelbagai faedah istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat/perusahaan tertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yang telah menaja kempenkempen politiknya sahaja.

Mengukur rasuah[sunting]
Mengukur (kadar) rasuah - secara statistik, untuk membandingkan beberapa buah negara, sebenarnya tidak memberikan hasil yang boleh diikuti sepenuhnya. Transparency International, salah satu badan terkemuka dalam kajian dan kegiatan antirasuah, telah menyediakan tiga penanda aras, yang diterbitkan setiap tahun: Indeks Persepsi Rasuah (berdasarkan pendapat para ahli tentang kekorupan negara-negara dunia); Barometer Rasuah Global (berdasarkan tinjauan pandangan rakyat tentang persepsi dan pengalaman mereka berdepan dengan gejala rasuah); dan Tinjauan Pemberi Sogok, yang melihat sejauh mana syarikat-syarikat antarabangsa/multinasional bersedia memberi sogok di negara-negara yang menjadi tempat operasi mereka.

Transparency International juga menerbitkan Laporan Rasuah Global; edisi tahun 2004 yang memfokuskan rasuah dalam lapangan politik.

Indeks Persepsi Rasuah[sunting]


Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat. Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:

Haiti Bangladesh Nigeria Myanmar Chad Paraguay Azerbaijan Malaysia

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Singapura terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Malaysia dengan 9.3.[perlu rujukan]

Laporan Transparency International 2001[sunting]


Dua belas buah negara yang paling kurang kes rasuahnya, menurut tinjauan dan penyelidikan oleh Transparency International pada tahun 2001 adalah seperti berikut (disusun mengikut abjad): Australia, Kanada, Denmark, Finland, Ireland, Luxembourgh, Belanda, New Zealand, Norway, Singapura, Sweden, dan Switzland. Tiga belas negara yang paling korup pula ialah... (disusun mengikut abjad): Azerbaijan, Bangladesh, Bolivia, Cameroon, Indonesia, Kenya, Nigeria, Pakistan, Filipina, Rusia, Tanzania, Uganda, dan Ukraine. Tinjauan dan penyelidikan tersebut masih dipertikaikan kerana dianggap terlalu subjektif.

Politik wang[sunting]

Rencana utama: Politik wang Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan. Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang. Kempen meraih kuasa politik (atau meraih undi) sebenarnya memakan belanja besar, dan memang "sedih" jika seseorang politikus tidak cukup biayanya untuk menampung, atau setepatnya, menjamin masa depan politiknya. Lantaran itu, mereka "meminta-minta daripada yang sudi". Mungkin kerana kurang cekap "menutup lubang", mudah sahaja orang lain terutama musuh politiknya, terhidu betapa telah berlakunya penyelewengan, apabila politikus sedemikian dilihat memberi perlindungan, keistimewaan, dan keutamaan yang luar biasa kepada pihak (mungkin juga warna bisnes) yang telah melabur dalam perusahaan politiknya

Jenayah Rasuah Dan Ketirisan Gugat Prestasi Ekonomi Negara Najib


April 23rd, 2011 by Najib Razak PEKAN, 23 April (Bernama) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi juga akan turut memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya. Perdana Menteri berkata kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik untuk membendung jenayah rasuah dan masalah ketirisan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara. Beliau berharap rakyat memahami bahawa sebarang tindakan yang diambil kerajaan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini berhubung tangkapan berkaitan rasuah adalah bertujuan untuk menangani ketirisan yang berlaku. Ia (tindakan itu) tidak ada lain tujuan melainkan untuk menambah hasil negara, katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang di sini, Sabtu. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan 60 anggota dan pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di seluruh negara untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa bukan soal kerajaan tidak mahu menambahkan projek pembangunan yang boleh memberi kerja tambahan kepada kontraktor tetapi kemahuan dan keinginan mestilah berpaksi kepada kemampuan kewangan negara. Ini berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara dan kebolehan kita mengutip hasil tambahan. Kalau kita tidak dapat kutip hasil tambahan kerana berlaku ketirisan yang berluasa, maka itu juga akan menjejaskan hasil dan pendapatan kerajaan. Misalnya, kalau banyak orang mengelat daripada membayar cukai yang menjadi punca kewangan kerajaan, kalau ada orang eksport dan import barang tetapi tipu harga dan melakukan apa yang disebutkan under declaration, maka ia merupakan kekurangan kewangan kepada kerajaan. Sehubungan itu, kita mesti fahami bahawa kalau kita hendak lebih banyak projek pembangunan, maka semua orang mesti memainkan peranan masing-masing, iaitu yang mengurus ekonomi negara kena mengurus dengan baik dan yang kena bayar cukai mesti ikut ketetapan yang patut ditunaikan mereka, katanya. Najib berkata beliau akan menjadi orang yang paling gembira jika hasil negara dapat dipertingkatkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion atau RM70 bilion. Kalau ekonomi negara kita, pertumbuhannya pada kadar yang tinggi, maka kita dapat mencari sumber kewangan dan hasil yang boleh menjadi sumber yang boleh digunakan untuk kita mengagih dalam bentuk projek pembangunan tambahan yang akan merangsangkan lagi sektor pembinaan kita. Sebaliknya kalau ekonomi negara kita tidak berkembang dan hasil tidak bertambah, maka kerajaan akan menghadapi keadaan yang sukar untuk menambah peruntukan bagi projek pembangunan yang boleh menjadi sumber kepada kontrakto r, katanya. Sumber : Bernama

Punca-punca dan kesan-kesan gejala rasuah.


Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada tahap organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai wujud. Gejala rasuah telah membelenggu manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan rasuah yang berlaku adalah berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan. Terdapat banyak catatan kuno yang menceritakan tentang gejala rasuah yang telah berlaku dimasa lalu contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap para hakim dan tingkah laku para pegawai pemerintah. Kegiatan rasuah ini terus menular dan berlaku sehingga kini dan telah meninggalkan pelbagai kesan yang negatif kepada sesebuah negara. Misalnya

Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming dan sebagainya yang tidak terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan pemerintahan negara tersebut. Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Kejatuhan kesultanan Melaka di tangan orang-orang Portugis dikatakan ekoran dari sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawaipegawai tertentu yang bertugas di Istana Sultan Melaka. Kegiatan rasuah ini terus wujud sehingga pemerintahan orang-orang British di Tanah Melayu dan dibuktikan bilamana pentadbiran British ketika itu telah menguatkuasakan undang-undang rasuah dalam tahun 1871 di mana perbuatan menerima hadiah yang boleh disifatkan sebagainya sebagai rasuah telah dikanunkan sebagai satu kesalahan undang-undang iaitu dalam kanun kesiksaan, 1871. Kemudian budaya rasuah ini terus menular dan berlaku di Malaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Dalam AlQuran, perkataan rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut, dan menipu. Terdapat banyak definisi rasuah yang telah diutarakan oleh para sarjana. Namun setelah diteliti, hampir setiap definisi tersebut mempunyai dua unsur iaitu penyalahgunaan kekuasaan yang melampaui batas kewajaran hukum oleh para pejabat atau apatur negara dan mengutamakan kepentingan peribadi atau klien diatas kepentingan publik oleh para pejabat atau apatur negara yang bersangkutan. Menurut Syed Hussein Alatas (1995) inti rasuah adalah penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Beliau telah menyenaraikan ciri-ciri rasuah yang telah diringkaskan seperti suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan, penipuan terhadap badan pemerintah, lembaga swasta atau masyarakat umumnya, dengan sengaja melalaikan kepentingan umum untuk kepentingan khusus, dilakukan dengan rahsia, kecuali dalam keadaan di mana orang-orang yang berkuasa atau bawahannya menganggapnya tidak perlu, melibatkan lebih dari satu orang atau pihak, adanya

kewajipan dan keuntungan bersama, dalam bentuk wang atau yang lain, terpusatnya kegiatan (rasuah) pada mereka yang mengkehendaki keputusan yang pasti dan mereka yang dapat mempengaruhinya, adanya usaha untuk menutup perbuatan rasuah dalam bentuk-bentuk pengesahan hukum dan menunjukkan fungsi ganda yang kontradiktif pada mereka yang melakukan rasuah.[1] Dari jenis taipologi, rasuah dapat dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu rasuah transtaktif, rasuah yang memeras, rasuah invesif, rasuah perkerabatan, rasuah defensive, rasuah autogenic, dan rasuah dukungan. Jenis-jenis rasuah ini dikategorikan mengikut kelakuan rasuah tersebut.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA RASUAH Rasuah yang telah melanda segenap sistem yang ada pada waktu lepas adalah berpunca daripada Perang Dunia Kedua. Hal ini telah dibuktikan dengan Laporan Jawatankuasa Santhanam seperti di India, menurut jawatankuasa tersebut peperangan yang berlaku dengan begitu meluas telah memberi peluang untuk gejala rasuah berlaku. Manakala di Tanah Melayu pendudukan Jepun telah menyebabkan timbulnya rasuah yang membengkak secara mendadak. Kelangkaan barang dan bahan

makanan, inflasi yang menggila, dan lemahnya pengawasan pemerintah telah menjadikan rasuah sebagai senjata yang ampuh untuk menutup kurangnya pendapatan. Disini jelas menujukkan bahawa situasi perang melahirkan banyak masalah rasuah.[1] Selain itu, faktor lain yang menyumbang terus berlangsungnya rasuah adalah pemerintahan kolonial. Rasuah tidak hanya ada dalam pemerintahan kolonial tetapi juga terus berkembang sebagai satu pengaruh yang tidak langsung yang menghasut kaum nasionalis untuk melawan pemerintah. Sebagai contoh, di India, semasa

penjajahan Inggeris, perbuatan menipu pemerintah umumnya dianggap sebagai perbuatan yang patriotik. Begitu juga dengan perbuatan mencuri bola lampu serta

perlengkapan lain dalam gerabak kereta api, melindungi para pelanggar undangundang dari tangkapan polis, penghindaran cukai, dan lain-lain yang dianggap sebagai perbuatan yang bertujuan agar pemerintah kolonial tidak merampas wang rakyat India. Namun setelah kemerdekaan pada tahun 1947, kebiasaan bersikap tidak jujur terhadap pemerintah terus berlanjut begitu juga dengan gejala rasuah. Punca rasuah seterusnya ialah keadaan perang yang disusuli dengan penyerahan kuasa kepada kelompok baru yang memerintah secara tiba-tiba telah mewujudkan banyak peluang rasuah yang sebelumnya tidak ada. Watak para

pemimpin yang menentukan kepada situasi seperti ini. Jika mereka melakukan rasuah atau membiarkan berlakunya rasuah, maka anasir-anasir rasuah akan mengukuhkan kedudukan mereka. Di negara-negara Asia yang baru sahaja merdeka, para

pemimpinnya telah mengamalkan rasuah atau membiarkan terjadinya rasuah contohnya di India, Nehru seringkali dipersalahkan kerana sikapnya yang membiarkan rasuah terjadi seperti kes rasuah yang menyangkut teman baiknya, Krishna Menon yang melakukan banyak pelanggaran dalam kes yang disebut sebagai skandal jeep ketika dia menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi India di London.[2] Punca berlakunya rasuah juga ialah daripada bertumbuhnya jumlah pegawai negeri dengan cepat, dengan akibat gaji mereka menjadi sangat kurang atau sedikit. Keadaan ini seterusnya menuntut mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan menampung keperluan hidup. Keadaan semakin bertambah runcing apabila pengarah melakukan rasuah semasa perang, bertambahnya jumlah pegawai awam dengan cepat, bertambah luasnya kekuasaan dan kesempatan birokrasi, ditambah pula dengan lemahnya pengawasan pemerintah, dan pengaruh-pengaruh parti politik yang menyediakan peluang yang sangat besar untuk berlakunya rasuah. Terdapat juga punca lain berlakunya rasuah selain daripada disebabkan oleh peperangan iaitu institusi hadiah dan kewajipan menyantuni keluarga. Menurut kajian sarjana, orang Asia tidak tahu perbezaan antara kewajiban kemasyarakatan dan kewajiban perseorangan, dan seringkali juga perbezaan antara sumber milik

pemerintah dan juga sumber milik peribadi. Hal ini kerana fikiran naif orang Asia yang tidak membezakan antara kewajiban kemasyarakatan dan kewajiban peribadi ini, maka terjadilah rasuah dan mereka tidak mengira yang mereka melakukan sesuatu yang salah sehinggalah beberapa orang eropah mengatakan perbuatan tersebut adalah salah. Sebagai contoh, seorang wanita penjual makanan di sebuah warung, anaknya datang dan ibunya memberinya makanan. Ini adalah pemberian keibuan dan pembayaran bukannya yang diharapkan tetapi yang diharapkan ialah cinta kasih anak. Lalu datang pula seorang Inspektor keselamatan dan wanita itu memberinya makanan serta menolak bayaran daripada Inspektor tersebut, ini adalah satu suapan. Pemberian makanan tersebut bukanlah suapan jika tidak ada harapan bahawa Inspektor itu akan menggunakan jabatannya untuk melindungi kepentingannya. Tetapi jika Inspektor itu tidak mempunyai wang lalu wanita tersebut memberinya makanan, perbuatan tersebut adalah dermawan. Dorongan psikologis yang menentukan pertukaran tersebut.

Dengan adanya pelbagai bentuk perilaku dan pola-pola motivasi tidak membenarkan kita untuk menarik kesimpulan bahawa suatu bentuk bersumber dari bentuk yang lain.[3] Punca peribadi juga adalah sebagai satu penyebab dan penanggungjawab daripada mereka yang menganggap situasi eksternal, iaitu struktur sosial, sebagai sesuatu yang menentukan dalam masalah rasuah. Bagi memudahkan penghuraian, istilah individual dan sosial akan digunakan. Istilah individual yang dimaksudkan ialah penjelasan tentang rasuah yang pada akhirnya mengecilkan gejala itu sebagai keperibadian perseorangan. Sedang yang dimaksud dengan sosial ialah penjelasan untuk mencari penyebab rasuah di luar keperibadian seseorang. Institusi budaya, kemiskinan, penderitaan luar biasa, perubahan politik besar-besaran, peperangan, sistem hukuman yang tidak sempurna adalah pengaruh yang berasal dari luar diri individu ini dianggap sebagai sebab-sebab rasuah yang menentukan. Apabila ada sesuatu yang menciptakan hambatan dalam tatapemerintahan pada sektor-sektor yang

berhubungan dengan khalayak ramai, hal itu akan menjadi sumber kepada berlakunya gejala rasuah.[4] Punca-punca lain berlakunya rasuah ialah modenisasi. Huntington mengatakan bahawa modenisasi membawa perubahan norma. Penyataan ini hanya berlaku bagi dunia bukan Barat, sedangkan di Barat, modenisasi membawa perkembangan sumbersumber kekayaan dan kekuasaan baru serta menampilkan kelas-kelas baru dengan tuntutan-tuntutan baru. Dalam masyarakat Barat, Huntington melihat terjadinya rasuah yang meluas sebagai akibat industrialisasi, yang membuka peluang kepada orang untuk mencari kekayaan lebih banyak. Modenisasi membantu pengaruh rasuah kerana ia menciptakan sumber kekayaan baru dan kelas-kelas baru yang mencita-citakan kekuasaan dengan menggunakan sarana rasuah dan ia menciptakan perluasan kegiatan-kegiatan pemerintahan.[5] Dikatakan oleh seorang sarjana bahawa penyelewengan yang melanda di pelbagai negara yang sedang membangun itu adalah kerana tidak cukupnya gaji pegawai negeri. Hal ini kerana disebabkan oleh adanya rasuah dan perencanaan yang buruk. Syed Hussein Alatas telah diberitahu oleh oleh Laksamana Sudomo pada waktu beliau berkunjung ke Jakarta pada Ogos 1982, bahawa pemerintah Indonesia akan mempunyai wang yang cukup untuk menggaji pegawai negerinya jika cukai dibayar secara jujur. Hal ini kerana rasuahlah yang telah menggurangkan sumber-sumber pendapatan pemerintah. Walaupun pembaikkan struktur cukai atau peraturan

pentadbiran telah dilakukan, namun ianya tidak akan mengubah masalah selagi mana orang-orang yang terlibat didalamnya tetap melakukan rasuah.[6] Ada juga sarjana yang mengatakan bahawa peperangan, pembukaan tanah baru secara besar-besaran dan situasi-situasi lain yang memberi peluang besar bagi rasuah dan juga sebagai penyebab meledaknya rasuah tetapi tidak menjelaskan kelangsungan dan kekukuhan rasuah yang berlaku pada waktu-waktu lepas tersebut. Rasuah yang berlaku di Indonesia dewasa ini tidak dapat dijelaskan dengan hal-hal yang ada di masa peperangan sementara dua generasi ini telah terbiasa dengan cara-cara rasuah. Hal

yang sama juga berlaku di negara-negara yang sedang membangun yang mengalami peperangan. Sebaliknya, setelah peperangan berakhir, rasuah diketahui mereda tetapi bermaharaja kembali sesudah mencapai kemerdekaan. Hal yang demikian juga

berlaku di Malaysia. Walaupun memang benar bahawa mereka yang berkuasa pada awal kemerdekaan menjadi kecanduan rasuah dari masa berlangsungnya peperangan, tetapi perang itu adalah situasi sementara yang telah melahirkan rasuah yang meluas pada waktu seterusnya. Kelangsungan dan meluasnya rasuah adalah disebabkan dari faktor-faktor lain yang tidak timbul dari peperangan sahaja. Punca seterusnya ialah faktor kelemahan individu. Punca asas seseorang melakukan rasuah adalah kerana kurangnya iman dan ketaqwaannya terhadap Tuhan. Walaupun diketahuinya rasuah itu salah tetapi tetap melakukannya dengan alasanalasan tersendiri dan selagi manusia lain tidak tahu. Selain dari itu, faktor-faktor seperti suka menyenggara hidup melebihi pendapatan, suka hidup mewah, tamak haloba, ingin cepat kaya, suka berjudi, dan berhutang menyebabkan seseorang itu terjerumus ke lembah rasuah.[7] Rasuah juga berlaku disebabkan dari faktor kelemahan kepimpinan dan pentadbiran. Kelemahan yang lemah hingga menyebabkan kurang atau tiada

penyeliaan serta pengawasan pihak atasan boleh menyebabkan rasuah berlaku. Hasil pemerhatian dan kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) ke atas kes-kes yang telah disiasat tetapi tidak dapat dibawa ke mahkamah, menunjukkan bahawa antara faktor-faktor berlakunya rasuah dalam perkhidmatan awam berpunca dari kurangnya pengawasan oleh pegawai atasan. Di samping itu terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam sistem atau prosedur kerja yang membuka peluang serta memberi laluan kepada pegawai-pegawai melakukan rasuah dan penyelewengan. Seterusnya rasuah juga berpunca daripada faktor sosial dan kebudayaan. Setiap kaum di negara Malaysia mempunyai budaya hidup dan tradisi masing-masing berhubung dengan pemberian wang atau hadiah. Kaum cina suka memberi angpau, manakal tradisi orang-orang Melayu pula suka memberi buah tangan dan bersedekah,

walaubagaimanapun pemberian-pemberian ini di buat di masa-masa tertentu di luar masa atau keadaan yang sepatutnya ia diberikan. Ianya bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai agar tidak disebut rasuah. Dalam proses menerima dan memberi wang atau hadiah ini diwujudkan suasana termakan budi yang mengakibatkan social obligation dan keadaan ini mempercepatkan merebaknya amalan rasuah.[8] Rasuah juga semakin menular disebabkan dari faktor pembangunan sosioekonomi dan modenisasi. Walaupun tidak ada kajian untuk menunjukkan nisbah yang mengaitkan pertalian antara kadar amalan rasuah dengan kadar kepesatan pembangunan sosioekonomi, tetapi kita dapat perhatikan bahawa kadar rasuah meningkat dengan meningkatnya proses pembangunan dan modenisasi dalam negara. Secara logiknya, ini adalah kerana dalam proses pembangunan dan permodenan, banyak rancangan-rancangan pembangunan dijalankan dan dengan demikian

pengaliran wang turut bartambah. Orang-orang tertentu yang terlibat dengan projek tersebut mengambil kesempatan mengaut keuntungan untuk poket sendiri. Selain dari itu, tekanan untuk hidup berlumba-lumba dan mendapatkan faedah-faedah daripada rancangan-rancangan pembangunan tadi akan berlumba-lumba inilah yang akan mendorong mereka untuk sedaya upaya cuba mendapatkan tempat untuk memenangi hati pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai urusan dengan kepentingan mereka. Oleh itu, jalan yang paling senang untuk memikat hati pegawai-pegawai tersebut ialah dengan memberi sogokan agar sesuatu urusan itu cepat diberi pertimbangkan dan diambil tindakan.[9] Seterusnya rasuah juga berpunca daripada faktor politik. Dalam konteks ini, perbuatan pilih kasih (nepotisme) serta salahguna kuasa dan jawatan berlaku demi kepentingan dan faedah untuk diri sendiri. Kelemahan pengawasan semakin

memudahkan gejala salahguna kuasa ini berlaku. Pemerintah pula seakan-akan membiarkan sahaja apa yang berlaku kerana gejala rasuah tersebut mengukuhkan kedudukannya. Perbuatan pilih kasih ini juga bersangkkutan dengan pemilihan pekerjapekerja, iaitu ahli keluarga dan kaum diutamakan berbanding yang lebih layak atau

yang sepatutnya diberi kerja kerana tiada pertalian terutamanya dalam sektor awam. Keadaan ini dapat dilihat sendiri dalam sesuatu jabatan itu yang dipenuhi dengan asal usul yang sama.[10] Kesimpulan yang dapat dibuat oleh saya ialah kebanyakkan sarjana-sarjana memberikan punca-punca berlakunya rasuah lebih kurang sama jenisnya dan hanya berbeza pada huraiannya. Punca-punca yang diberikan oleh mereka jika diteliti dengan jelas kebanyakkannya berkait rapat dan berpunca daripada pucuk kepimpinan dan pentadbiran sesebuah negara.

KESAN-KESAN GEJALA RASUAH Hasil kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli akademik seperti Gunner Mydral, Colin Leys, James Scott, David H.narey dan lain-lain menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kesan-kesan bukan sahaja negatif tetapi mempunyai kesan positif jika dinilai dari segi fungsi rasuah. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada sistem nilai dan norma masyarakat berkenaan. Walau apapun tanggapan individu dalam menilai kesan-kesan rasuah, namun hakikatnya rasuah melahirkan lebih banyak keburukan dan kebinasaan. Umpamanya walaupun pemberi rasuah boleh

mempercepatkan proses kerja jika dinilai dari segi fungsi positif rasuah sebagai catalyst, namun disebaliknya berlaku keburukan yang mana ia mengajar seseorang itu malas bekerja, kurang inisiatif, tidak amanah serta ketidakadilan sosial berlaku. Kesan pertama ialah kesan terhadap pelaku rasuah. Kesan yang paling cepat dirasakan adalah keatas individu-individu yang terlibat dengan rasuah itu sendiri. Mereka akan kehilangan pekerjaan dan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Terdapat satu kes di mana SPRM telah menangkap seorang awam yang telah melakukan rasuah. Beliau telah didapati bersalah dan menerima hukuman penjara. Lanjutan peristiwa itu, isteri dan empat orang anaknya masih kecil datang ke pejabat SPRM bagi menyara hidup keluarganya. Pesalah serta keluarganya juga mengalami

gangguan emosi dan psikologi. Kajian yang telah dijalankan oleh SPRM keatas orangorang yang pernah ditangkap dan dihukum kerana rasuah mendapati bahawa pesalahpesalah rasuah telah mengalami tekanan jiwa, malu, terhina, menjadi sensitif, kebebasan tergugat serta pergaulan sosial yang terhad. Satu lagi kesan yang dirasai ialah bilamana mengalami kerugian wang yang banyak kerana terpaksa membayar khidmat peguambela sehingga ada yang terpaksa bergadai harta benda.[11] Rasuah juga telah menyebabkan tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang dan saksama, iaitu jika berlakunya rasuah dan penyelewengan, maka ia akan mewujudkan golongan masyarakat yang terpaksa menanggung kesan buruknya. Tumpuan pembangunan dan pelaburan berpusu ke sektor tertentu sahaja.

Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor ini mempunyai permintaan dan keuntungan yang tinggi tetapi kerana rasuah. Maka berlakulah pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk melakukan rasuah, maka ia tidak diperkembangkan.[12] Selain itu, rasuah juga akan menjauhkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya. Lazimnya golongan yang kaya mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan, lalu membolehkan mereka memperoleh lebih banyak peluang yang ditawarkan oleh kerajaan, walaupun kadangkala mereka tidak berhak mendapatkannya. Rasuah

kepada mereka merupakan satu jambatan untuk mengaut lebih banyak keistimewaan dan menambahkan kekayaan. Keadaan ini akan menimbulkan ketidakadilan sosial yang akhirnya akan menjejaskan integrasi nasional. Seterusnya, rasuah turut menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Apabila amalan rasuah berlaku dalam dunia perniagaan, peniaga-peniaga biasanya akan memindahkan kos memberi rasuah kepada para pengguna dengan cara menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana ianya dianggap sebagi kos modal.[13] Rasuah juga turut menyebabkan pengaliran wang keluar negara (capital outflow). Mengumpul dan menyimpan wang rasuah di dalam negara dirasakan tidak

selamat oleh penerima-penerima rasuah, kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan merampasnya. Oleh yang demikian, wang rasuah (yang merupakan wang negara) di simpan di bank-bank luar negara. Ini bermakna negara akan kehilangan pertukaran wang asing dan modal. Hal inilah yang telah berlaku di Amerika Selatan pada tahun 1954-1959 di mana tiga diktaktor Amerika selatan iaitu Peron, Parez Jimenez dan Batista) telah memindahkan US 1.5 billion dollar wang negara mereka ke negara lain.[14] Selain daripada itu juga, gejala rasuah yang berleluasa turut mengancam keselamatan negara dan rakyat. Kontraktor-kontraktor yang memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan akan menyebabkan mereka menghasilkan kerja atau perkhidmatan yang kurang bermutu dan tidak menepati spesifikasi demi mencapai target keuntungan yang diharapkan. Bayangkanlah, apa yang akan terjadi kepada rakyat jelata yang menyeberangi sebuah jambatan yang dibina tidak mengikut spesifikasi atau menghuni rumah-rumah yang dibuat tidak mengikut mutu yang ditetapkan. Juga, tidak mustahil sekiranya dadah dan senjata api dapat menembusi kubu pertahanan keselamatan sekiranya berlaku suapan di pintu masuk negara. Rasuah juga antara lainnya dapat mencetuskan pergolakkan sosial dan rusuhan. Walaupun negara kita belum lagi mengalami tindakan ganas dari rakyat kerana kepimpinan yang dilanda rasuah, namun contoh-contoh dari pergolakkan sosial dan rusuhan lain yang berlaku di beberapa negara lain boleh dijadikan contoh. Apabila rakyat merasa kecewa dan perasaan benci meluap-luap kerana ditindas, ditipu, kecurangan dan ketidakadilan dilakukan oleh golongan pemerintah, maka kebangkitan rakyat tidak dapat dielakkan.[15] Kesan rasuah juga dapat menjejaskan kecekapan dan kelicinan pentadbiran. Apabila seseorang pekerja itu telah biasa disogokkan supaya mempercepatkan sesuatu kerja, maka ia akan dengan sengaja melambat-lambatkan pengendalian tugastugasnya kerana megharapkan untuk memperoleh lagi speed money. Lebih banyak sogokan, lebih istimewa pula layanan serta tumpuan yang diberikan. Keadaan ini

sudah tentu menjejaskan moral, etika perkhidmatan, kecekapan dan prestasi kerja dalam sesebuah jabatan. Akhirnya juga akan menjejaskan keseluruhan imej dan keutuhan jabatan tersebut.[16] Gejala rasuah yang melanda di dalam sesebuah negara juga akan menggalakan jenayah dan melindungi para penjenayah. Undang-undang yang diwujudkan adalah untuk melindungi rakyat dari jenayah dan untuk menghukum penjenayah-penjenayah. Sekiranya pegawai-pegawai yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undangundang tidak menjalankan tanggungjawabnya kerana sanggup menerima rasuah, maka penjenayah-penjenayah akan terlepas kerana tidak diambil tindakan undang-undang. Keadaan ini seterusnya akan menggalakkan lagi mereka untuk melakukan jenayah kerana mereka tahu untuk melepaskan diri. Di antara akibat-akibat rasuah yang telah dicatat oleh mereka yang menaruh perhatian terhadap masalah itu, yang paling jelas adalah pelbagai bentuk keadilan telah mempengaruhi peribadi-peribadi yang terbilang banyaknya, di saat-saat yang sangat menyedihkan. Sebuah contoh adalah banyaknya kematian sebagai akibat kepayahan kerana bantuan untuk mereka dicuri oleh orang-orang yang melakukan rasuah. Andreski mencatat banyak contoh ketidakadilan yang ditimbulkan oleh rasuah di Afrika Barat. Di rumah-rumah sakit para pesakit harus membayar jururawat untuk mengambilkan mangkuk najis. Para doktor pun harus disuap. Para pesakit yang tidak mampu berbayar akan disuntik dengan air yang diberi dengan zat pewarna kerana ubat-ubatan telah dicuri di farmasi. Seluruh masyarakat tersebut telah dirasuki rasuah sehingga akan tampak sangat mengerikan bagi orang yang hidup dalam masyarakat terbabit.[17] Rasuah juga akan menumbuhan ketidakcekapan yang menyeluruh di dalam birokrasi dan lembaga-lembaga lainnya. Yang pertama di antara mata rantai sebab akibat berupa hancurnya dasar-dasar akademik. Kenaikkan tingkat atau pangkat didalam bidang akademik tidak benar-benar didasarkan pada karya penelitian dan penerbitan seseorang, melainkan mendapat berkat antara hubungan, sikap menjilat,

keperluan pertandingan atau sekadar kemampuan menaiki tangga karier.

Para

pensyarah sama sekali tidak berminat pada mata kuliah yang dipegangnya, tidak ada perhatian intelektual terhadap masalah pendidikan, tidak mempunyai kecenderungan banyak membaca agar dapat memperolehi pengetahuan muktahir dalam bidangnya, dan akhirnya tidak mempunyai harga diri. Apa yang terjadi di kampus-kampus juga terjadi di birokrasi dan lembaga-lembaga lain yang serupa. Tidak terdapat kreativiti kerja yang terbit dari suasana yang sihat. Tenaga dihabiskan untuk mewujudkan bentuk dan hakikat serta minat membangun tertimbun oleh semangat rasuah. Wang suap yang diberikan oleh sebuah perusahaan telah mengurangkan kecekapan pemerintahan kerana membuatkannya abai terhadap alternatif lainnya yang realistik dan rasional. Keuntungan yang diperoleh oleh perubahan itu adalah kerugian bagi pemerintah kerana harga barang-barang yang bersangkutan sering dinaikkan.[18] Rasuah juga jelas telah menyuburkan jenis kejahatan lain di dalam masyarakat. Melalui rasuah sindiket kejahatan atau penjahat perseorangan dapat membengkokkan hukum, menyusupi organisasi negara, dan memperoleh penghormatan. Secara luas dikenal di India, bahawa para penyeludup yang terkenal menyusupi ke dalam tubuh parti dan memegang jawatan. Di Amerika Syarikat, misalnya melalui pemberian suap, polis yang melakukan rasuah memberi pelindungan kepada organisasi-organisasi penjahat. Sebagai akibat pengaruh metastiknya, rasuah menyebar dari satu bidang ke bidang yang lain. Hal itu mungkin semula hanya berupa pemberian dengan tujuan yang tersembunyi.[19] Pengaruh kolektif dan komulatif dari rasuah akan melemahkan semangat birokrasi dan mereka yang menjadi korban. Pengaruh pertama yang melemahkan itu ialah pelayanan palsu. Kerja yang dilakukan oleh orang yang menyeleweng adalah tidak tulus. Dia tidak menaruh minat pada kerja itu dan dengan demikian seorang kepala polis yang terlibat didalam penyeludupan ubat bius dan rasuah yang bermaharajalela tidak akan memperhatikan pekerjaannya di dalam pasukan polis, tidak akan mencurahkan kemampuannya yang terbaik untuk pekerjaan itu, tidak akan

mencurahkan waktu sepenuhnya untuk memikirkan pekerjaanya. tampak hanya dirancang sekadar untuk mengabsahkan

Kegiatan yang pada

kehadirannya

kedudukannya yang ditempatinya itu. Dia tidak mempunyai minat yang sesungguhnya di dalam pekerjaannya. Maka kerjanya hanyalah sesuatu yang semu sebagai ganti sesuatu yang murni yang tidak dia lakukan.[20] Rasuah juga turut membantu kepentingan musuh di dalam perang. Rasuah di Vietnam bukan sahaja sesuatu kejahatan malahan juga sebagai pengkhianatan. Perlengkapan tentera dan ubat-ubatan jatuh ke tangan Vietcong (musuh) melalui pasar gelap. Salah satu pasar gelap ialah di Qui Nhon di mana dapat diperoleh segala macam barang seperti makanan dan minuman, pakaian, senjata ringan, meriam, peluru, berpeti-peti bom tangan, peti televisyen, dan mesin cuci. Dapat pula orang membeli trak-trak berat, kenderaan lapis baja, dan bahkan helikopter melalui pasar gelap. Kenderaan-kenderaan ini lenyap begitu sahaja pada malam hari dan dinyatakan telah dirampas oleh Vietcong sedangkan penyelewengan yang dilakukan oleh orang dalam. Selain itu rasuah juga akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam ekonomi sesebuah negara. Kita telah sedia maklum bahawa beban ekonomi yang timbul akibat dari gejala rasuah jatuh ke bahu masyarakat. Segala kos suapan atau pemerasan telah dimasukkan kedalam kos pembiayaan atau modal perniagaan. Hal ini telah menyebabkan harga-harga barang menjadi lebih mahal, di samping beban berupa cukai dan pungutan lain yang sah. Kebebasan yang timbul sebagai akibat rasuah mendorong para pengusaha dan indrustriawan yang serakah untuk menambah batas keuntungan dengan melalaikan mutu dan menaikkan harga. Ini adalah akibat langsung terhadap pengguna. Selain itu penderitaan masyarakat masih bertambah kerana orang-orang yang melakukan rasuah yang kaya dan mengetahui cara-cara

menghindarkan diri daripada membayar cukai. Pengelakkan seperti ini mengakibatkan lebih tingginya pungutan cukai yang harus dibayar oleh warganegara yang jujur, untuk menutup jumlah yang tidak dibayar oleh orang-orang yang melakukan rasuah itu tadi.

(1.0) PENUTUP Setelah meneliti dari pelbagai pendapat para sarjana mengenai rasuah, punca-punya dan kesan-kesannya dapat disimpulkan di sini bahawa rasuah adalah satu gejala yang harus di banteras dengan segera . Program yang di atur oleh pemerintah untuk menghapuskan atau melenyapkan gejala rasuah bergantung kepada keadaan dan kemahuan kelompok pemimpin itu sendiri. Penyusunan program bergantung kepada kesedaran mereka yang terlibat iaitu pengertian mereka terhadap sifat, punca-punca dan kesan-kesan rasuah. Begitu juga jika suatu pemerintahan menetapkan untuk membanteras rasuah dan dan mempunyai kesempatan untuk itu, tidaklah sukar untuk mengubah keadaan, secara bertahap tetapi mantap. Kesedaran yang kuat harus wujud dari setiap sudut organisasi dan di setiap peringkat pemerintahan agar gejala rasuah ini dapat di bendung. Perencanaan haruslah benar-benar dilakukan dan tidaklah cukup jika hanya publisiti yang dilakukan. Masyarakat dari setiap sudut negara haruslah prihatin terhadap masalah ini agar ianya tidak terus berlaku dan berlaku sehingga mereka yang terpaksa menanggung kesannya.

[1] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 125. [2] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 127.

Mohd Yusuf Bahir. (2007). Kuasa pemangkin Rasuah. Hlm 35.


[3] [3] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 128. [4] Rasidah Abdul Rasyid. (1990). Rasuah:Satu Kajian Mengenai Sebab-Sebab Berlakunya

Rasuah. Bertrand De Speville. (2010). Overcoming Corruption. Hlm 75. [5] Bertrad De Speville. (2004).Overcoming Corruption. Hlm 73. [6] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 175. [7] Mohd. Nordin Ahmad. (1995). Masyarakat Melayu. Budaya Rasuah dan Penyelesaiannya. Hlm 13. [8] Rasidah Abdul Rasyid. (1990). Rasuah : Satu Kajian Mengenai Sebab-Sebab Berlakunya Rasuah. Halaman 35. [9] Kamarudin Bin Arim. (2004). Tesis Kajian Kes Rasuah Di Malaysia. Hlm 145. [10] Noor Sulastry Yurni Ahmad. (2011). Barah Rasuah dan Transformasi di Malaysia. [11] Ismail Awang. (1999). Gejala Rasuah dalam Budaya Kerja. Hlm 43.

[12] Hussain Mohamed. (2003). Rasuah :Mewah, Bergaya, Tetapi Celaka Padahnya. Hlm 60. [13] Hussain Mohamad. (2003). Gejala Rasuah : Mewah, Bergaya, tetapi Celaka Padahnya.

Hlm 63. [14] Bertrand De Speville. (2004). Overcoming Corruption. Hlm 78. [15] Kamarudin bin Arim. (2004). Tesis Kajian Kes Rasuah di Malaysia. Hlm 345. [16] Abd. Khalil Abdul Manap.(1974) Satu Taipologi Rasuah di Malaysia. Hlm 37. [17] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 184. [18] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 189. [19] Kamarudin Arim. (2004). Kajian Kes Tentang Rasuah di Malaysia. Hlm 92. [20] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 201.

MEMERANGI RASUAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Oleh Muhamad Razak Idris Disiarkan Berita Harian, 30 Disember 2010, Khamis. Banyak persoalan dakwah yang telah dilontarkan oleh Haji Zaid Kamaruddin, Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) semasa menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Perwakilan Nasional ke 20 baru-baru ini. Salah satu persoalan dari ucapan beliau yang menarik perhatian saya ialah ulasannya berkaitan bahaya gejala rasuah dan tuntutan untuk kita semua, terutama para pendakwah untuk memeranginya. Di dalam ucapannya, beliau mengutip anggaran Bank Dunia berkaitan rasuah. Menurut Bank Dunia, sebanyak US$1 trillion telah dibayar sebagai rasuah daripada keseluruhan untung kasar hasil dalaman dunia iaitu US$2.6 trillion. Rasuah juga telah mengakibatkan peningkatan 10 peratus kos menjalankan perniagaan di seluruh dunia dan setinggi 25 peratus kos mendapatkan kontrak di negara-negara membangun. Di dalam anggaran ini juga dinyatakan iaitu ada negara yang kehilangan sehingga 20 peratus pendapatan dalam negara disebabkan rasuah. Begitulah besarnya bahaya menimpa masyarakat dunia disebabkan oleh kegiatan rasuah. Ternyata ia telah membebankan daya saing ekonomi dan membawa sesebuah negara berada di dalam kerugiaan secara berleluasa. Kesan bahaya rasuah terhadap pembangunan sesebuah negara dapat juga ditinjau menerusi laporan oleh UNODC (United Nations Office on Drugs and Crime) 2010. Laporan ini menyebut iaitu rasuah adalah halangan terbesar kepada pembangunan ekonomi dan sosial. Rasuah telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dan melesapkan dana untuk perkhidmatan masyarakat. Apabila wang kerajaan dan rakyat disedut ke dalam akaun persendirian, sumber akan berkurangan untuk membina sekolah, hospital atau jalanraya. Apabila bantuan asing lesap ke dalam kantung peribadi, projek infrastruktur yang besar tergendala. Di samping kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi dan sosial, rasuah juga memberi akibat terhadap sistem demokrasi. Ini kerana rasuah menyekat kemampuan kerajaan untuk berfungsi secara berkesan untuk menyediakan perkhidmatan yang kritikal untuk rakyat. Ini boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan. Kesan lain rasuah ialah terhadap keluhuran undang-undang. Rasuah membawa kepada kepesatan kewujudan kumpulan jenayah terancang termasuk pengedar dadah dan senjata. Ini secara langsung menjejaskan keselamatan dan memudahkan jaringan pengganas berkembang. Apakah kita mempunyai kemampuan menghalang rasuah? Menurut Haji Zaid, tentu sekali kita mampu. Ini kerana, rasuah bermula dengan keputusan peribadi, selalunya digerakkan oleh ketamakan dan kemiskinan. Oleh itu, untuk menyekat rasuah, kita perlu membina budaya integriti dan keluhuran undang-undang. Tugas ini adalah tanggungjawab kerajaan dan semua anggota masyarakat. Dalam hal ini, agenda memerangi rasuah nampaknya harus bermula menerusi proses pembudayaan. Ia bermaksud, tuntutan untuk kita mendidik dan

menanam satu kefahaman di dalam fikiran masyarakat terhadap bahaya rasuah kepada pertumbuhan diri dan pembangunan negara secara keseluruhan. Ia juga berkaitan dengan usaha untuk mewujudkan rasa benci terhadap perbuatan rasuah dan berasa hina apabila diri digelar sebagai perasuah. Usaha memerangi rasuah memerlukan pendekatan yang menyeluruh. Ini meliputi peranan untuk kita membina budaya beramanah di dalam segala urusan kehidupan samada di peringkat kerajaan, perniagaan, media, masyarakat madani dan seluruh anggota masyarakat. Langkah lain ialah memastikan urus tadbir kerajaan dikendali dengan tatakelola yang baik. Antara aspek penting dalam sebuah tatakelola kerajaan yang baik ialah menerusi langkah mempertahankan keutuhan perlembagaan, menghormati kedaulatan undang-undang dan mengamalkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran. Menerusi langkah ini, proses pertumbuhan negara terjadi secara seimbang dan telus berdasarkan sandaran perundangan yang berdaulat. Proses pengukuhan tatakelola kerajaan yang baik juga memerlukan beberapa elemen sokongan lain seperti kumpulan pembangkang yang berwibawa, sistem kehakiman yang bebas dan perkhidmatan awam yang tidak memihak. Ini adalah antara tiga elemen yang akan menyumbang kepada kewujudan sebuah persekitaran yang sihat dan seimbang yang secara langsung akan mengekang terjadinya perbuatan rasuah di dalam sesebuah masyarakat dan negara. Proses memerangi rasuah juga menuntut peranan agama diperkukuhkan. Agama menunjukkan sempadan nilai dan menanamkan sikap rasa hina apabila terjebak di dalam perbuatan rasuah. Agama menekankan tentang balasan yang akan ditanggung pemberi dan penerima rasuah terutama di hari pembalasan kelak. Di samping itu, agama menanam sikap tangungjawab dan amanah di dalam diri individu. Kita yakin, semakin teguh pegangan agama, semakin jauh dirinya dari terjebak dengan perbuatan rasuah. Dalam kaitan ini, marilah kita sama-sama terlibat memerangi gejala rasuah. Bagi kita, ia adalah keutamaan dakwah masa kini. Memandangkan rasuah ialah barah bagi segala kerosakan, tugas memeranginya harus dijayakan tanpa henti. Untuk itu, ia harus bermula dari dalam dri kita sendiri. Seterusnya kita memantau perbuatan ini dari kalangan kaum keluarga dan sahabat handai. Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam hal ini amat penting sekali. Kita berharap SPRM sebagai badan tertinggi yang dipertanggungjawabkan bagi memerarangi rasuah untuk terus meningkatkan kecekapannya bagi membebaskan masyarakat dan negara dari bahaya rasuah

AR

27

AMALAN RASUAH DAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANINYA


Amalan Rasuah dan Langkah-langkah Menanganinya Oleh: Nana Amira Amir Hussin

Era digital ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak. Namun dalam usaha menuju era globalisasi dunia tanpa sempadan, Malaysia terpaksa bersemuka dengan satu penyakit sosial yang agak kritikal sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, iaitu amalan rasuah. Kita singkap laporan rasuah oleh Transparency International 2010 yang melaporkan bahawa Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah. Walaupun isu ini hangat diperkatakan, pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda apakah maksud "rasuah"? Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi alrisywah. Dalam Al-Quran juga digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Terdapat beberapa definisi lain yang diberikan oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Dalam kamus Concise Law Dictionary, P.G. Osbome memberi definisi "bribery and corruption" sebagai perbuatan "giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or receipt of such reward". Manakala John B. Saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley's Law memberikan definisi "the taking and giving money for the performance or non-performance of a public duty."Dalam ruang lingkup di biosfera ini, rasuah adalah wabak penyakit dan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat di semua tempat. Tidak ada negara yang boleh mendakwa dirinya bebas dari rasuah, cuma yang boleh membezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Menurut Badan Pemerhati Rasuah Antarabangsa indeks rasuah di negara ini juga membengkak setiap tahun. Barah penyakit sosial ini kian parah umpama tumor yang tumbuh tanpa rawatan rapi. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara kita. Hadis Rasulullah juga ada menyebut dengan ertinya :

"Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)" (Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih).

Selain hadis, Al-Quran juga menyebut: " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah : 188 )

Secara tuntasnya , langkah untuk mengatasi endemik ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan efektif. Perubahan paradigma masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi ke akar umbinya. Sikap tidak endah dalam mengatasi masalah ini menyebabkan negara kita ketinggalan atau 'lagging' ke belakang negara maju yang lain. Mungkin konsep mencegah lebih baik daripada mengubati amat berkesan bagi memastikan rasuah terus dikuburkan dan ditalkinkan di tempat yang sepatutnya.

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habishabisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju . Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya , maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan .

Kesan amalan rasuah terhadap ekonomi ialah rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan industri yang tidak berdaya maju.

Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan bajet kerajaan.

Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "pelarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar"

Kesan kepada kesejahteraan negara ialah "Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia. Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah kerajaan memberikan pelbagai faedah istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat tertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar melindungi syarikat yang telah menaja kempen-kempen politiknya sahaja. Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara tertentu tapi dianggap legal di tempat lain.

Kesan kepada demokrasi ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan merosakkan akaun

libiliti dan kecekapan, juga rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undangundang dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem kerana tidak tepat prosedur, kemerosotan sumber daya usaha, dan pejabat diiktiraf oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak dibawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Selain itu, siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiat lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Tambahan pula, kita sebagai seorang yang beragama Islam perlu memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri kita untuk mengelakkan diri daripada gejala rasuah ini. Keimanan dan keperibadian yang tinggi

adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak bangsa supaya menjauhi gajala ini. Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik agar membenci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigma masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal . Nabi Muhammad s.a.w bersabda

"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwa ku ada di tangan Nya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!" DEFINASI RASUAH

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum. TIADA ULASAN: Punca Utama Rasuah

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman BPR, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh: Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban Sikap hidup yang suka bermegah-megah hinggakan konsep seperti kata orang Perak, "biar pape asal bergaye" menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. TIADA ULASAN: KESALAHAN RASUAH Meminta/ Menerima Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. Menawar/Memberi Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung. TIADA ULASAN: PUNCA BERLAKUNYA RASUAH Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya. TIADA ULASAN: KESAN-KESAN RASUAH Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap

sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. TIADA ULASAN: LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiriKeimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan HukumanSiasatan dan penguatkuasaan undangundang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Memudahkan urusan menggunakan ICT -Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. TIADA ULASAN: Keadaan Yang Mencetuskan Rasuah

Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada. politik wang sukar dikesan dan dibanteras. Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik. Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar. Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama". Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya. Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman. Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat. Gaji penjawat awam yang kecil. Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku. Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan RASUAH

Dalam usaha menuju era modenisasi, negara kita terpaksa berhadapan dengan suatu penyakit sosial yang sungguh berbahaya sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, yakni gejala rasuah. Rasuah boleh diertikan sebagai amalan makan suap dan kegiatan memberikan dan menerima sogokan kebendaan untuk mencapai matlamat tertentu. Rasuah boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan situasi. Misalnya, rasuah dalam politik, sukan, mendapat sesuatu projek, mengelakkan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa, dan seumpamanya. Gejala ini kian serius di Malaysia. Saban hari, kemelut rasuah sering kali lihat di kaca televisyen dan juga di dada akhbar. Jika dibiarkan berleluasa, masalah ini boleh menghancurkan kemantapan ekonomi dan memburukkan imej negara. Pada umumnya, amalan rasuah ini merupakan suatu perbuatan jahil, jahat dan menyalahi undang-undang negara. Mengapakah amalan rasuah ini masih berlaku? Siapakah yang harus dipersalah? Sebenarnya, sikap manusia yang ingin mengejar kekayaan dan kemewahan telah menyebabkan berlakunya gejala tumbuk rasuah ini. Masyarakat semakin bersikap individualistik dan materialistik. Maka, mereka boleh menggunakan apa-apa cara sahaja untuk mencari wang termasuklah rasuah. Sikap mereka sendiri yang tamak dan tidak bertanggungjawab sanggup menerima sogokan yang diberi tanpa berfikir panjang. Sikap jujur dan amanah sudah ditepikan. Pada zaman ini, kita sering melihat berita rasuah yang menghiasi dada akhbar. Bekas Presiden Indonesia, Suharto telah banyak merasuahi pihakpihak lain untuk membolot khazanah dan kekayaan Indonesia. Perbuatan pemimpin tersebut telah membawa penderitaan kepada rakyatnya. Manifestasinya,keinginan menjadi kaya merupakan faktor perdana kepada berlakunya gejala rasuah. Sejak belakangan ini, kita banyak mendengar berita tentang skandal rasuah dalam sukan. Atlik-atlik sukan negara kita memberikan rasuah kepada atlik-atlik negara lain agar keputusan sesuatu pertandingan sukan dapat ditukarkan. Pasukan bola sepak negara kita turut disyaki terlibat dalam rasuah apabila kandas dalam perlawanan dengan pasukan Indonesia. Biasanya, rasuah boleh berlaku

apabila seseorang mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu yang diingini.

Selain itu, sesetengah pihak juga memberikan rasuah untuk mengelakkan diri daripada sesuatu hukuman. Lazimnya, kita boleh mendengar laporan tentang pihak polis yang menerima rasuah. Amalan ini biasanya berlaku apabila rakyat menyogok pihak polis dengan wang tunai apabila ditangkap kerana melakukan kesalahan, misalnya pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya. Statistik menunjukkan bahawa kes rasuah yang dilaporkan kebanyakannya melibatkan kesalahan undang-undang jalan raya. Oleh sebab kesedaran sivik yang masih rendah dalam kalangan rakyat, maka kebanyakan mereka akan melakukan amalan rasuah tanpa memikirkannya akibatnya.

Seterusnya, kurang didikan agama juga menyebabkan gejala rasuah ini semakin kritikal dan kronik di negara kita. Kebanyakan individu yang terlibat dalam kes rasuah telah kehilangan pedoman hidup dalam marcapada yang penuh dengan kejahatan. Mereka bagaikan perahu yang patah pendayung di tengah lautan kerana senang diperdaya oleh orang lain dan tidak mempunyai matlamat tertentu. Tambahan pula, benteng ketahanan diri mereka juga mudah dibolosi. Jadi, tidak hairanlah mereka sanggup menerima sogokan wang walaupun mereka tahu perbuatan tersebut melanggar undang-undang negara dan norma hidup masyarakat. Faktor ini sedikit sebanyak juga diakibatkan oleh undang-undang yang luwes. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan gentar melakukan amalan rasuah jika undang-undang terlalu longgar dan mereka dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan senang sahaja.

Oleh sebab kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung, banyak implikasi negatif telah timbul. Implikasi negatif yang pertama ialah imej negara kita semakin terjejas di persada antarabangsa. Hal ini demikian kerana negara kita dianggap sebagai sebuah negara yang lemah dari segi pengurusan negara apabila angka kes rasuah semakin meningkat. Tambahan pula, rakyat negara kita juga dianggap tidak bermoral. Hal ini boleh menyebabkan bangsa kita terhina di mata dunia. Walaupun semenjak belakangan ini kita telah menggapai banyak kejayaan dalam bidang teknologi ataupun sukan, tetapi kita tetap dipandang rendah oleh negara lain kerana kebolehan negara kita telah diragui. Adakah semua kejayaan ini juga diperoleh melalui rasuah? Sehubungan ini, negara-negara lain akan hilang kepercayaan pada kebolehan negara kita dalam menjana kemajuan yang lebih membanggakan.

Selain itu,rasuah juga boleh menyebabkan keruntuhan tamadun sesebuah negara. Jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akan mendapati bahawa rasuah telahpun diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlaku revolusi. Kesan amalan rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi, malah membawa kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali sebagai Zaman Gelap. Maka, perkara yang sama juga boleh berlaku di negara kita sekiranya rakyat tidak mengikis amalan rasuah. Tamadun yang telah dibina oleh bangsa kita ini akan runtuh dan musnah begitu sahaja jika gejala rasuah tetap membelenggu masyarakat. Begitu juga, banyak kerajaan di benua Afrika tumbang atau diguling gara-gara pemimpinnya mengamalkan rasuah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

Seterusnya, rasuah juga mewujudkan ketidakstabilan sosial. Rasuah amat bertentangan dengan alam. Misalnya, hanya mereka yang sanggup melakukan rasuah sahaja akan mendapatkan projek yang ditawarkan walaupun mereka tidak berkelayakan menjalankan sesuatu kerja dengan baik. Ini bermakna, hasil daripada perbuatan rasuah, golongan yang kaya aka terus kaya manakala golongan miskin akan terus tertindas. Umpamanya, banyak projek kerajaan di negara ini dimonopoli oleh golongan tertentu yang mempunyai kaitan persaudaraan atau hubungan intim dengan pihak tertentu, walhal kerja yang dihasilkan tidak berkualiti atau mengikut piawai yang ditetapkan. Masalah jenayah juga kian meningkat ekoran amalan rasuah. Hal ini demikian kerana penjenayah boleh melepaskan diri daripada tindakan undang-undang dengan mudah melalui rasuah. Masalah rasuah juga boleh menyebabkan keselamatan negara terjejas. Misalnya, kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini ada kaitan dengan unsur rasuah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, kes jenayah, rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pendatang semakin meningkat, sekali gus menggugat keamanan negara.

Rasuah juga menyebabkan ekonomi negara terjejas. Kekacauan politik berlaku kerana amalan rasuah yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya negara kita. Institusi kerajaan yang ampuh dan mapan ini akan menjadi porak-peranda dan huru-hara, akhirnya rakyat akan menderita. Kesannya, pelabur asing akan menghentikan keinginan mereka untuk melabur di negara kita. Kekurangan modal seterusnya boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara. Lantaran ini, perjalanan projek-projek mega akan tergendala dan syarikat-syarikat akan muflis jika kita tidak mengatasi kemelut sosial ini dengan cepat. Rasuah menjadi musuh utama negara kerana boleh menghilangkan semangat kerja seseorang dan menindas mereka yang bekerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab. Produktiviti pekerja yang rendah akan memburukkan ekonomi negara. Langkah-langkah untuk menbendung gejala rasuah ini ialah kerajaan perlu memperketat undangundang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Sistem perundangan negara ini masih kurang mampu untuk menghadapi masalah rasuah kerana hukuman ke atas penjenayah ini tidak setimpal dengan perbuatan keji mereka. Kerajaan harus menggubalkan undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman berat, seperti melanjutkan tempoh hukuman penjara, mengenakan hukuman rotan atau merampas harta benda yang dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam rasuah atau melesapkan sumber kewangan syarikat. Tindakan yang berat nescaya akan menyedarkan orang ramai supaya mereka tidak melibatkan diri daripada perbuatan maksiat ini. Usaha kerajaan melaksanakan Lempen Kepimpinan Melalui Teladan bertujuan memupuk sikap bersih, cekap dan amanah serta menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan pegawai kerajaan dan rakyat jelata merupakan strategi yang positif ke arah menghapuskan jenayah rasuah. Atas dasar ini, pihak berkuasa telah melarang pegawai kerajaan menerima sebarang hadiah daripada orang ramai. Selain itu, setiap pegawai kerajaan juga diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka untuk memastikan kekayaan mereka selaras dengan pendapatan yang diterima.

Langkah seterusya ialah menerapkan pendidikan moral dan agama. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu

tetapi memiliki nilai-nilai rohaniah yang tinggi. Institusi keagamaan kekeluargaan juga menyamai nilainilai moral dan akhlak serta kepercayaan keagamaan kepada setiap anggota masyarakat, terutama kanak-kanak dan golongan belia. Hanya melalui asas pendidikan agama yang kuat sahaja dapat membantu membanteras amalan rasuah ini. Penyelewengan dan pecah amanah tidak mungkin berlaku selagi seseorang itu mematuhi undang-undang negara dan mempunyai keimanan yang kuat.

Selain itu, pihak-pihak berkuasa perlu memperhebat penyiasatan tentang kes rasuah juga merupakan langkah efektif untuk mengurangkan amalan rasuah ini terus serius di negara kita. Badan Pencegah Rasuah (BRP) perlu memperhebat penyiasatan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah, pecah amanah atau penipuan wang. Polis Diraja Malaysia juga mesti mengambil lebih ramai pegawai yang berkebolehan dan benar-benar jujur untuk menjalankan penyiasatan. Pegawai-pegawai Polis Cawangan Khas boleh ditugaskan untuk membanteras jenayah rasuah. Pembentukan Jawatankuasa Mengenai Penyelewengan dan Penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran awam merupakan langkah positif kerana badan ini badan tertinggi yang bebas daripada cengkaman politik.

Kerjasama orang ramai merupakan langkah terakhir dalam mengatasi amalan rasuah ini. Tindakan yang berkesan hanyalah melalui tindakan bersepadu iaitu melibatkan badan-badan, jabatan-jabatan lain serta penglibatan anggota masyarakat keseluruhannya. Kerjasama segenap lapisan masyarakat mustahak untuk mengurangkan jenayah rasuah. Maklumat daripada orang ramai amat diperlukan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang segera ke atas mereka yang terlibat. Orang ramai juga mesti berani tampil ke hadapan untuk memberi bukti yang cukup kepada pihak polis supaya masalah rasuah dapat dibendung.

Kesimpulan, rasuah merupakan barah dalam masyarakat yang sukar diubati. Gejala ini telah semakin menghimpit masyarakat kita. Maka, kita perlu berganding bahu dan mengorak langkah untuk memerangi jenayah kolar putih ini sehingga ke akar umbi. Kerajaan perlu mengaturkan strategi yang lebih efisien dan efektif untuk membendung masalah sosial ini supaya negara kita bebas daripada amalan rasuah dan menjadi masyarakat sakinah yang beretika. Gejala rasuah merupakan perbuatan terkutuk kerana gejala ini boleh mengundang banyak masalah kepada negara. Marilah kita bersamasama memerangi amalan rasuah agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan akan menjadi kenyataan.

RASUAH ANCAMAN RASUAH DAN CABARAN MENANGGANINYA Oleh MOHAMAD YUSOFF AKOPE (SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA-SPRM)

PENDAHULUAN Integriti atau Keutuhan merupakan satu istilah keramat yang menjulang nama sesebuah tamaddun peradaban manusia dahulu kala sehingga disegani dan disanjungi sehingga kini. Tamaddun Greek, Rom, Parsi, Turki, Empayar-Empayar Kerajaan Islam, Kerajaan Kesultanan Melaka antara contoh terdekat, berkembang pesat atas asas yang kukuh iaitu ketinggian integriti institusi-institusi pemerintahannya dan budaya hidup masyarakat yang berteraskan nilai murni yang tinggi. Kejatuhan tamaddun berkenaan juga kerana masalah krisis integriti. Integriti ditakrifkan oleh Dewan Bahasa sebagai Kejujuran. Manakala Oxford Dictionary merumuskan integriti sebagai HONESTY, WHOLENESS, SOUNDNESS, QUALITY OF BEING HONEST. Maka dengan itu, keutuhan menuntut kepada ketinggian budi pekerti dan nilai murni. Keutuhan pengurusan pula merujuk kepada kualiti diri setiap individu yang berada dalam sistem sesebuah organisasi, samada ia seorang pemimpin atau seorang pekerja bawahan. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh mengecapi pencapaian terbaik tanpa kualiti yang ada pada setiap diri individu yang mendokongnya. Perkara inilah yang tersirat di sebalik konsep TQM yang menegaskan Qualiti Performance Come Only From Quality People, . Pekerja berkualiti bukan sekadar do the right thing, at the rihgt time, at all the time tetapi memiliki maruah dan nilai diri yang tinggi dengan ciri-ciri seperti adil, jujur, amanah, benar, telus dan bersyukur.

1.4. Namun kini dunia dilanda dengan isu-isu yang menyentuh integriti samada terhadap individu mahupun sistem pentadbiran sesebuah negara. Antara isu integriti ialah masalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Malaysia tidak terkecuali dari gejala rasuah. Sistem pentadbiran kerajaan kini dilanda rasuah di semua sektor. Tentunya Perkhidmatan Awam Malaysia juga tidak terkecuali malah menjadi fokus perbincangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

2. RASUAH DI MALAYSIA

2.1. PERSEPSI ANTARABANGSA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Transparency International iaitu satu badan NGO yang prihatin terhadap rasuah di peringkat antarabangsa telah mengeluarkan corruption perception index (CPI). Index rasuah terhadap Malaysia yang dikeluarkan sejak dari tahun 1995 menunjukkan kedudukan Malaysia tidak berubah dalam tempoh 5 tahun yang lepas iaitu dari 5.28 (1995), 5.32 (1996), 5.01 (1997), 5.3 (1998) dan 5.1 (1999)

Sebaliknya negara seperti Denmark dan Hong Kong umpamanya menunjukkan peningkatan mata dalam index tersebut dari tahun ke tahun. Contohnya Denmark, dari mata 9.33 (1996) kepada mata 10 (1999). Hong Kong dari mata 7.01(1996) kepada 7.7 (1999) dan Singapora dari mata 8.80 (1996) kepada 9.1 (1999) (mata 10 merupakan tahap tertinggi dalam CPI yang bermaksud negara tersebut bebas daripada rasuah dan sebaliknya semakin rendah mata semakin tinggi rasuah dalam negara berkenaan). Kajian SPRM Berdasarkan perangkaan BPR dalam tempoh 20 tahun kebelakangan (1978 1997), menunjukkan kadar rasuah meningkat dan membimbangkan. 2.2.1. Maklumat Jumlah maklumat dalam tahun 1978 adalah 6,139 tetapi telah meningkat kepada 10,096 pada tahun 1997 atau pertambahan 64.5%, iaitu peningkatan purata 3.2% setahun. Siasatan Terbuka Jumlah siasatan terbuka pula menunjukkan peningkatan sebanyak 143 kes atau 40.9% dalam tempoh yang sama, iaitu 350 siasatan dalam tahun 1977, meningkat kepada 493 siasatan dalam tahun 1997. Secara purata, bilangan kes siasatan telah meningkat sebanyak 2.0% setahun.

2.2.3. Tangkapan Dari segi tangkapan, perangkaan 10 tahun pertama (1978-1987) seramai 1,949 orang, berbanding dengan jumlah tangkapan bagi tempoh 10 tahun kedua (1988-1997) di mana seramai 3,298 orang. Perangkaan ini menunjukkan peningkatan tangkapan sebanyak 1,349 atau 69.2%. 2.2.4. Laporan BPR (Tatatertib) Berhubung dengan Laporan BPR (Tatatertib) terhadap pegawai awam, perangkaan bagi 10 tahun pertama (1978-1987) ialah sebanyak 987 laporan berbanding dengan jumlah laporan sebanyak 1,369 bagi tempoh 10 tahun kedua (1988 -1997), menunjukkan peningkatan sebanyak 382 atau 38.7%. Kajian ahli-ahli kriminologi mendapati daripada 10 jenayah yang dilakukan hanya satu kes sahaja yang dilaporkan. 3. TAKRIF RASUAH Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti tumbuk rusuk dan makan suap. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti wang kopi, undercounter payment dan duit pelincir. Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik. Dalam sebuah kamus yang terkenal, Websters Third New International Dictionary (1961) mendefinisikan rasuah sebagai: an inducement [as if a public official] by means of improper considerations (as bribery) to commit a violation of duty. M.McMullan - Theory of Corruption (Article) mendefinasikan rasuah sebagai Seorang pegawai kerajaan adalah melakukan rasuah apabila beliau menerima wang atau apa-apa (barangan atau perkhidmatan) bernilai wang kerana melakukan sesuatu yang berkaitan urusan tugasnya, iaitu mengabaikan tanggungjawabnya atau tidak mematuhi panduan yang ditetapkan atas alasan yang tidak wajar (a public officer is corrupt if he accepts money or moneys worth for doing something that he is under duty to do anyway, that he is under a duty not to do, or to exercise a legitimate discretion for improper reasons).

Jacob Van Kleveren dalam artikalnya the Concept Of Corruption mengatakan Penjawat Awam menyalahguna kuasanya untuk mendapat pendapatan tambahan daripada orang awam (a civil servant abuses his authourity in order to obtain an extra income from the public ) adalah melakukan rasuah. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed (di petik dari Kertas Kerja Prof. Madya Dr. Syed Arabi Idid: Pencegahan Rasuah Dari Perspektif Komunikasi) mengatakan Umumnya, rasuah difahami sebagai memberi sesuatu supaya seseorang akan menyalahgunakan kuasanya dan bertindak memihak kepada pemberi (generally, corruption is understood as giving something so that he will abuse his power and act favouring the giver ) dan beliau juga mengatakan rasuah lebih dikenali sebagai amalan yang membolehkan seseorang memperolehi ganjaran melalui cara-cara yang tidak halal ( Corruption is better known as a practice which enables someone to obtain remuneration through illegitimate mean). McKee M.H., dalam The Transparency International Source Book 1996 mengatakan rasuah: involves behavior on the part of officials in the public sector, whether politicians or civil servants, in which they improperly and unlawfully enrich themselves, or those close to them, by the misuse of power entrusted to them. 4. BENTUK KESALAHAN RASUAH Secara umumnya bentuk kesalahan rasuah yang sering dilakukan mencakupi perlakuan-perlakuan yang boleh dikelaskan dalam tiga kategori berikut: 4.1 Menerima dan Memberi Sogokan sama ada secara : Rasuah Spontan Sogokan berbentuk spontan ini biasanya melibatkan mereka yang tidak mengenali antara satu sama lain dan biasanya perbuatan ini berlaku tanpa dirancang. Sebagai contoh, pegawai penguatkuasa undangundang jalan raya yang meminta "kertas biru" supaya boleh melepaskan seorang pemandu yang melanggar had laju. Rasuah Bersindiket Sogokan dalam bentuk ini berlaku selalunya setelah ada persetujuan bersama. Biasanya pemberi dan penerima telah saling kenal mengenali. Perbuatan jenayah mereka ini telah dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada dikesan oleh orang lain. Contoh, pegawai penguatkuasa undang-undang menerima rasuah secara bulanan daripada taukeh syarikat pengangkutan, Contoh lain ialah kes Lesen terbang dan lesen gerenti lulus. 4.2 Menyalahgunakan kuasa atau kedudukan

4.2.1. Satu lagi jenis kesalahan yang membimbangkan ialah kesalahan menyalahgunakan kuasa, iaitu menggunakan kedudukan atau jawatan rasmi untuk kepentingan diri. Kesalahan menyalahgunakan kuasa ini dilakukan oleh Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan juga pegawai awam. Kesalahan ini diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu kerana menggunakan kedudukan awamnya bagi mendapatkan suapan, seperti yang ditafsirkan dalam seksyen 2 APR 1997. Contohnya memberikan projek perumahan atau tanah kepada sanak saudara terdekat tanpa mengistiharkan kepentingan. 4.2.2.Seksyen 15 ini sebenarnya adalah ubahsuai dari seksyen 2 Ordinan Dharurat No. 22 Tahun 1970 yang masih terpakai sekarang. Di bawah Ordinan 22, seseorang itu adalah bersalah jika terlibat dengan corrupt practice. Corrupt practice bermaksud menggunakan kedudukannya untuk faedah kewangan atau faedah-faedah lain bagi diri sendiri, saudara-mara atau sahabat handainya (using his position for his pecuniary or other advantage) .

4.2.3.Terdapat anggapan di bawah seksyen 15(2) Akta ini yang menyatakan, sesiapa yang membuat sesuatu keputusan atau apa-apa tindakan di mana dirinya, saudara atau sekutu mempunyai kepentingan adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan. 4.3 Mengemukakan Dokumen Palsu Kesalahan ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Secara ringkasnya seksyen ini bermaksud, mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipalnya, suatu dokumen yang diketahuinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengelirukan prinsipalnya.Contohnya tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran bayaran penginapan dan perbatuan yang palsu; butirbutir resit bayaran atau invoice bekalan yang palsu; dan seumpamanya. 5. SEBAB-SEBAB BERLAKU RASUAH 5.1. Rasuah berlaku kerana wujud tiga unsur utama iaitu kuasa, kelemahan dalaman dan peluang: Kuasa Memiliki kuasa melalui pelantikan jawatan Kuasa Pentadbiran melalui pilihanraya Kelemahan Dalaman Kawalan Dalam Organisasi Kawalan Diri - Moral dan Etika (Keimanan) Peluang

Menggunakan peluang atau kesempatan yang ada untuk kepentingan diri ketika memiliki kuasa dan tiada kawalan dalaman. 5.2. Disamping itu, beberapa faktor berkaitan juga telah dikenalpasti menjurus kepada perlakuan rasuah: a. Faktor Kelemahan Individu Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya Sikap suka berjudi dan berhutang serta boros. Faktor Sosial dan Kebudayaan Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika Keadaan masyarakat yang buta huruf Amalan tradisi seperti pemberian ang-pow dan buah tangan Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada seperti penambahan aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong. Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi Melambatkan-lambatkan urusan pejabat Overgrown bureaucracy Terlampau banyak penurunan kuasa. Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba. Faktor Politik Mencari kekayaan melalui politik Menyalahgunakan kuasa dan nepotisme. 6. KESAN-KESAN RASUAH Rasuah dan penyalahgunaan kuasa memberi pelbagai kesan. Antara kesan-kesan yang dikenalpasti ialah :

Ketidakadilan Sosial Jenayah rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial, yang mana berlaku penindasan ke atas golongan miskin dan menafikan hak golongan tertentu. Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan lebih tertindas kerana tidak mampu membuat bayaran rasuah dan dinafikan hak-hak mereka sebagai warganegara. Meninggikan kos hidup Para peniaga yang memberikan rasuah terpaksa meninggikan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan ini. Ini boleh menyebabkan inflasi dan kos hidup meningkat. Kajian mendapati rasuah menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan rasuah terhadap ekonomi telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General of Development at the European Commision di mana beliau mengatakan: corruption raises the cost of goods and services; it increases the debt of the country (and carries with it recurring debt-servicing cost in the future; it leads to lowing of standards, as sub-standards goods are provided and inappropriate or unnecessary technology is acquired; and its result in project choices being made based more on capital (because it is more rewarding for the perperator of corruption) than on manpower, which would be more useful for development. Membahayakan nyawa Pemaju dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka yang terlibat terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan bangunan atau jalan raya yang boleh membahayakan nyawa orang ramai. Mengancam keselamatan negara Membocorkan rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara haram, membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana menerima rasuah boleh mengancam keselamatan negara. Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang Kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih atau selective enforcement dan double standard berlaku. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mampu memberi sogokan. 6.6. Pengaliran Keluar Modal Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan

daripada dikesan. Keadaan ini menyebabkan banyak wang mengalir keluar. P. E. Pedersen dalam artikelnya bertajuk The Search for the Smoking Gun (Euromoney, September 1996, muka surat 49) mengatakan sehingga US$30 billion bantuan yang diberikan kepada Africa berakhir dalam akaun-akaun individu tertentu di Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar tahunan bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda disatukan. 6.7. Mempengaruhi Dasar Pembangunan Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat. 6.8. Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar. Paolo Mauro, ahli ekonomi IMF mendapati bahawa "rasuah mempunyai kaitan negatif yang kuat dengan pertumbuhan kadar pelaburan, tanpa mengira keadaan red tape yang dihadapi. Model Mauro ini menunjukkan bahawa satu sisihan piawai (standard deviation) pembaikan dalam "indeks rasuah" akan menunjukkan kepada peningkatan sebanyak 2.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menjual Maruah Diri :pegawai atau pemimpin yang menerima rasuah sebenarnya menjual kuasa dan juga menggadai maruah diri kepada pemberi rasuah. 7. LARANGAN-LARANGAN MELAKUKAN RASUAH 7.1 Perundangan Akta Pencegahan Rasuah 1997 menetapkan pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang perantaraan/orang tengah adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini. Kesalahan-kesalahan rasuah juga terdapat dalam Kanun Kesiksaan, Akta Kesalahan Piliharaya, 1954 dan Akta Kastam, 1967. 7.2. Hukum Islam Terhadap Rasuah Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah Al-Baqarah: 188)

Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya:Dikutuk (dilaknat oleh Allah) orang yang memberi dan menerima sogokan (rasuah) dalam hukum. (Riwayat Imam At-Tarmizi) AJARAN CHRISTIAN Jesus said to tax collectors, Collect no more than the amount presribed for you. And to soldiers Do not extort money from anyone be satisfied with your wages. Zacchaeus, a chief tax collector, said to Jesus after inviting him home, If I have defrauded anuone I will pay back four times as much . And Jesus replied, Today salvation has come to this house For the Son of Man came to seek out and to save the lost Confucian Confucius, about 500 CE debated whether an emphasis on virtue would make officials too benevolent and hence corrupt. Hsiao Ching, - 145 CE parts of an Imperial edict Anyone arresting or informing on a person guilty of bribery would be given the bribe received by the accused Some officials make a business of presents and bribes. Wang an Shih, about 1050 CE attribute corruption to bad men and bad laws and referred to a multitute of minute and harassing prohibition. (Confucius, as desribed in Syed Hussein Alatas, Corruption: Its Nature, Causes and Function, Aldershot, Hong Kong (ect) Avebury, 1990, page 54 ; Hsiao Ching, Syed Hussein Alatas, op cit, page 44 quoting Pan Ku, The History of the Former Han Dynasty, Vol. 1, translated Homer M Dubs, Baltimore, Waverly press, 1988, page 306; Wang an Shih, quoted by Syed Hussein Alatas, op cit, pages 72-74). The teachings of Buddha About 585 CE If an important minister neglects his duties, works for his duties, works for his own profit or accepts

bribes, it will cause a rapid decay of public morals. People will cheat one another take advantage of the poor, and there will be no justice for anyone. only flatterers will find government position, and they will enrich themselves with no thought for the sufferings of the people Unjust officials are the thieves of peoples happiness they defraud both ruler and people and are the cause of the nations troubles. (Buddha. The teaching of Buddha, Tokyo, Bukkyo Dendo Kyokai, 630th revised edition, 1990, pages 468, 470.) Hindu Writings Men who are appointed by king to protect his subjects generally become hypocrites who take the property of others, and he must protect those subjects from them. The king should banish and confiscate all the property of those evil-minded men who take the money from parties to lawsuits. Law of Manu. About 600 CE (in written form probably later) . Chapter 7, sections 123, 124, translated by Wendy Doniger and Brian K Smith, London, Penguin Classics, 1991, page 14 (indebted to Syed Hussein Alatas, op cit, page 14, for locating reference) Ancient Greece Platos Law, about 300 CE The servants of the nations are to render their service without taking any present The disobedient shall, if convicted, die without ceremony 8. USAHA-USAHA PENCEGAHAN RASUAH Sebenarnya kerajaan memandang berat terhadap masalah rasuah dan telah mengambil langkah-langkah bagi mebanteras gejala rasuah di Malaysia. Antara langkah-langkah yang diambil ialah : Memperkemaskan Undang-Undang Pencegahan Rasuah iaitu dengan menggubal Akta Pencegahan Rasuah 1997 - Akta ini sebenarnya adalah gabungan dari tiga undang-undang rasuah yang terpakai sebelum ini iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Ordinan (kuasaKuasa Perlu) Dharurat, No. 22 Tahun 1970. Empat perubahan ketara dalam akta ini ialah mengadakan peruntukan kesalahan-kesalahan baru, tambahan kuasa kepada pendakwaraya dan BPR, perubahan dari segi kaedah undang-undang (prinsiples of the law) dan juga dari segi undang-undang keterangan. Selain daripada itu menambah hukuman penjara mandatori 14 hari dan tidak lebih 20 tahun. Selain daripada itu ia juga boleh dikenakan denda tidak kurang dari 5 kali nilai suapan rasuah atau RM10,000 mana yang

lebih tinggi. Meluaskan fungsi BPR sebagaimana dalam peruntukan Seksyen 8 APR 1997 iaitu dipertanggunjawabkan di bawah undang-undang untuk meneliti amalan, sistem dan prosedur kerja badan awam bagi mengurangkan ruang dan peluang perlakuan rasuah. Dalam pelaksanaan kajian ini BPR boleh mengarah, menasihati dan membantu ketua-ketua badan awam ke arah pembaikan sistem dan prosedur kerja yang lebih berkesan bagi mengurang kemungkinan berlakunya rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Melancarkan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan (JKP) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Semua Menteri Besar, Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dikehendaki menubuhkan JKP masing-masing. Objektifnya ialah untuk mengwujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap, berdisiplin serta integriti paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni serta mengatasi masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Terdapat lapan (8) Terma Rujukannya bagi jawatankuasa berkenaan mengambil perhatian dalam mencapai objektif tersebut iaitu: Perundangan Sistem dan Prosedur Nilai-Nilai Murni Kod Etika Pengiktirafan Tindakan Pengesanan dan Punitif Kawalan Dalaman Tindakan Pemulihan Di samping usaha besar itu, BPR juga di pertanggung jawabkan di bawah undang-undang (butiran f dan g,seksyen 8, APR 1997 supaya menjalankan aktiviti yang boleh mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. MASALAH DALAM MEMERANGI RASUAH Ciri Rasuah Yang Unik - Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar dikesan. Faham Materialistik Yang Semakin Menebal - Terlalu menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan mengutamakan keuntungan dan kurang memberi perhatian kepada aspek-aspek nilai muni, kawalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin Longgar Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak releven lagi dan lama kelamaan sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin kurang. The end Justified The Mean menjadi pegangan dan cara hidup mereka. Ikatan Sosial Yang Rapuh - hubungan sesama individu lebih bersifat materialistik atau ukuran benda, kepentingan perniagaan dan kekayaan. Hubungan kejiranan semakin renggang, rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan sudah malap. Makan tindakan yang diambil tidak diambil hirau risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama dan negara. Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas - Ciri rasuah yang unik menyukarkan mereka yang melakukan jenayah rasuah di bawa ke pengadilan. Jika pun dibawa, masalah-masalah lain pula yang timbul seperti saksi enggan bekerjasama, keterangan tidak mencukupi dan seumpamanya. Iltizam Kepimpinan Yang Lemah - Tidak ramai pemimpin yang sanggup bercakap melarang pengikut dari amalan rasuah. Apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah. Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan sahaja tapi juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara. CABARAN MENANGANI GEJALA RASUAH Apabila kita berbicara mengenai keutuhan atau integriti dalam Perkhidmatan Awam, gejala rasuah, penyelewengan, salahgunakuasa dan salahlaku jenayah seperti pecah amanah adalah antara anasir buruk atau elemen negatif yang tidak boleh dipandang ringan atau dipandang remeh. Masalah rasuah, penyelewengan, dan salahgunakuasa tersebut perlu ditangani segera dan secara bersungguh-sungguh, dengan pendekatan yang terancang, bersepadu, bersistematik dan menyeluruh. Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk mebanteras gejala rasuah:Menggerakan Kesedaran Rakyat supaya anti rasuah dan penyelewengan. Semua pihak, kursusnya semua peringkat kepimpinan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya memainkan peranan yang aktif untuk menyedarkan rakyat mengikut keupayaan dan bidang kuasa atau bidang pengaruh yang ada. Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Awam - Dari segi mekanismanya sudah pun ada iaitu dengan penubuhan JKP disemua peringkat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Apa yang dibimbangkan ialah samada ia akan berfungsi dengan baik atau tidak. Sekali lagi ia bergantung kepada daya usaha dan kegigihan ketua-ketua organisasi berkenaan. Negara Tanpa Rasuah sebagaimana dalam cabaran ke empat Wawasan 2020, iaitu mengwujudkan masyarakat yang penoh bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dengan nilai agama, kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Mungkinkah tercapai jika rasuah tidak dibenteras. LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

11.1. PERANAN PEMIMPIN DAN KETUA JABATAN a) Melahirkan Budaya Organisasi Cemerlang Isu-isu disiplin dan masalah moral dan akhlak di kalangan warga organisasi seharusnya ditangani secara tegas dan bijaksana. Nilai-nilai murni sebagaimana disarankan oleh Konvensyen JKP iaitu nilai teras dan kembangan hendaklah disemaikan dan bajai supaya ia subur menjiwai setiap warga organisasi. Kesebokan dengan projek-projek pembangunan hendaknya tidak menjadi alasan untuk lari dari tanggungjawab ini. Menggerakan JKP merupakan satu cabaran untuk melahirkan Budaya Kerja Cemerlang yang perlu dilakukan oleh ketua-ketua organisasi. b) Pemimpin sebagai "role model" Dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat, fungsi kepimpinan itu amat besar dan mutlak sekali. Pemimpin adalah merupakan role model dan "motor penggerak" untuk mencapai tujuan kewujudannya. Berjaya atau tidaknya sesebuah organisasi atau masyarakat dalam mencapai tujuan mereka, sebahagian besarnya ditentukan oleh cara-cara pemimpin dalam membimbing orang-orang yang dipimpinnya. Seseorang ketua atau pemimpin itu perlulah menjadi role model bagi warga organisasi yang diterajuinya. Jika sifat keperibadian dan nilai integriti yang tinggi menjadi asas kepimpinan, maka nilai-nilai yang sama dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, berkesan dan berterusan di kalangan anggota-anggotanya.

Dalam buku The Tao of Leadership, di zaman Dinasti Han China, pengaruh pemimpin dikatakan sebagai mempunyai ripple effect iaitu: Your behavior influences others through a ripple effect. A ripple effect works because everyone influences everyone else. Powerful people are powerful influences... Remember that your influence begins with you and ripples outward. So be sure that your influence is both potent and wholesome. Sabda Rasullullah s.a.w.: Mana-mana pemimpin yang menguruskan urusan umat Islam sedangkan dia tidak mengambil berat dan tidak memperdulikan mereka, nescaya ia tidak akan masuk syurga bersama mereka. (Riwayat Muslim) 11.2. Peranan Individu (Pekerja) a) Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan diri hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu samada ia seorang pekerja biasa atau pemimpin dalam sesebuah jabatan. Bagi maksud ini renungilah petikan-petikan berikut:-

Allah s.w.t. berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya). Al-Anfal ayat 27, Sabda Rasulullah s.a.w.; Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji." (Riwayat Muslim) Amanah itu membawa rezeki dan khianat itu menyebabkan kefakiran (kemiskinan dan kehinaan). (Riwayat al-Dailami) Rasulullah s.a.w. bersabda: Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari Kiamat ialah seseorang yang berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal, maka harta itu akan membawanya ke Neraka. (Riwayat al-Bukhari) Atas kesedaran itu, diharap setiap individu yang menjadi penjawat awam bolehlah berperanan mencegah rasuah yang antaranya dalah seperti berikut:Berpegang kepada prinsip agama dan nilai murni; Tegas berlandaskan undang-undang dan peraturan ketika membuat keputusan; Bebaskan diri daripada hutang berlebihan dan bina gaya hidup yang sepadan dengan pendapatan; Utamakan perkhidmatan dari kepentingan diri Teliti dalam setiap urusan Ikhlas bekerja tanpa harapkan balasan Segera membuat laporan percubaan meyogok Muhasabah diri. 12. PENUTUP Rasuah adalah suatu gejala dan jenayah yang amat berbahaya. Ia wujud akibat perilaku manusia yang tipis imannya, rendah asas akhlak, dhaif akal-budi, tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu demi kepentingan peribadi yang secara rakus mengumpul kekayaan material dan merebut pangkat atau kedudukan melalui jalan tidak sah. Justeru itulah, semua pihak khususnya penjawat awam seharusnya perlu prihatin untuk terus membanteras dan memerangi jenayah rasuah secara apa jua yang boleh dan termampu samada melalui perundangan, peraturan dan pendidikan. Dengan cara ini sahaja

bukan sahaja keutuhan Perkhidmatan Awam dapat dipertahankan, malahan negara akan bebas dari gejala rasuah.

Anda mungkin juga menyukai