Anda di halaman 1dari 4

Nilai-nilai etika profesional dalam masyarakat Jepun (beri contoh amalan etika dalam

organisasi tertentu)

Negara Jepun merupakan antara kuasa utama dunia dalam pelbagai segi termasuklah
perindustrian dan pembuatan. Hal ini demikian kerana sikap rakyatnya yang sangat rajin,
disiplin dan berdedikasi. Budaya kerja masyarakat Jepuan yang sangat efisyen dan berkesan
telah membawa Jepun ke mata dunia. Pengamalan nilai-nilai etika profesional dalam
masyarakat Jepun dapat mengubah tingkah laku manusia secara positif dan memberikan
manfaat kepada negara-negara lain secara meneyeluruh. Antara nilai-nilai etika profesional
dalam masyarakat Jepun adalah berikut:

1. Bekerja Keras

Di Jepun, pulang kerja cepat merupakan sesuatu yang agak memalukan bagi orang Jepun
kerana pulang kerja cepat menandakan sifat pemalas seseorang. Jika melakukan sesuatu kerja,
mereka akan melakukannya secara serius dan hanya berhenti dan bersantai dengan rakan-rakan
hanya pada waktu rehat.

2. Sikap Menepati Masa

Masyarakat Jepun benci membazir masa kerana masa adalah aset yang paling berharga.
Mereka sangat mementingkan masa dan temujanji. Mereka biasanya akan sampai 10 minit
daripada waktu pertemuan yang telah ditetapkan.

3. Sifat Pemalu

Sifat ini adalah budaya sopan dan turun-temurun masyarakat Jepun. Orang Jepun malu jika
membuat sesuatu kerja tetapi tidak mencapai kualiti yang diinginkan. Mereka akan bercakap
dengan perasaan malu. Bagi mengelakkan perasaan malu ini, mereka akan bekerja kuat untuk
mencapai kejayaan yang maksimum. Disebabkan malu juga, orang Jepun lebih suka beratur
daripada memotong barisan. Hal ini kerana mereka tidak akan melanggar norma yang telah
menjadi peraturan umum.
4. Perasaan Setia

Masyarakat Jepun jarang menukar kerja dan akan berkhidmat dalam satu atau dua perusahaan
hingga pencen. Hal ini dapat dikaitkan dengan imbuhan dan ganjaran yang diterima oleh
perkerja. Sebagai contoh, kebanyakkan pekerja di syarikat Sony telah lama berkhidmat dengan
syarikat tersebut. Terdapat pekerja yang berkhidmat melebihi 20 hingga 30 tahun. Ini kerana
mereka merasa sayang terhadap syarikat tersebut turut membuatkan mereka tidak berfikir
untuk mencari pekerjaan lain walaupun tidak dapat dinafikan wujud kebimbangan kerana
syarikat Sony terpaksa menghadapi persaingan yang kuat dengan syarikat dari Kora seperti
Samsung.

5. Kerjasama dan mengelakkan sifat individualistik

Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik. Amalan
kerjasama ini turut diterapkan di syarikat Sony. Pekerha akan diberikan projek dan mereka
dikehendaki menyelesaikannya secara berkumpulan. Dalam proses kerjasama ini, hormat
menghormati adalah penting antara orang muda terhadap orang yang lebih tua, anak kepada
ibu bapa begitu juga pekerja dan pegawai atasan.

6. Sikap Menghargai Orang Lain

Masyarakat Jepun mempunyai budaya menghargai pemberian orang walaupun sedikit. Jika
pertama kali berkenalan dengan orang Jepun, mereka akan menyanjung tinggi kenalan baru
tersebut. Hal ini penting untuk hubungan kerja dan sosial yang akan wujud selepas itu.

7. Inovasi

Masyarakat Jepun bukan bangsa pembuatan, tetapi mempunyai kelebihan dalam mengubah
penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh
masyarakat. Sebagai contoh, kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman.
Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Philip Electronics.
Namun,beliau berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk
yang meletup selama puluhan tahun. Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model
walkman lahir dan jumlah produksi telah mencapa 150 juta produk.

8. Sikap Menjaga kebersihan tempat kerja

Di Jepun, kerja-kerja membersih sesuatu kawasan tidak terhad kepada janitor namun dilakukan
oleh setiap pekerja. Masyarakat Jepun percaya bahawa tempat kerja yang bersih dan kemas
dapat mengelakkan masalah berkait dengan emosi, mental ataupun profesional. Tambahan
pula, mereka percaya bahawa seorang yang menjaga kebersihan tempat kerja menunjukkan
kepercayaan orang lain yang tinggi.

9. Fokus dan Mengamalkan Kaizen

Sudah tentu anda akan dipuji jika sesuatu kejayaan dicapai, namun jangan harap ia akan berlaku
di Jepun. Mereka seolah-olah tidak berminat dengan hasil yang dicapai tetapi lebih memberi
perhatian kepada proses bagaimana ia dicapai dan cara untuk menjadikan ia lebih baik pada
masa hadapan. Proses ini dikenali sebagai Kaizen yang dalam kebanyakan bidang akan
dilaksanakan dengan merancang, melakukan dan melihat hasilnya. Daripada hasil itu mereka
akan menganalis apa yang mereka boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Mereka lebih kepada
menggunakan hasil sebagai peluang untuk belajar dan reflek, tidak seperti kebanyakan orang
yang mengganggap hasil itu adalah kejayaan semata-mata.

Kelemahan

- Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebahagian
besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya
kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.

References
MelancongKeJepun.com, 2017. 10 Rahsia Kejayaan orang jepun. [Online]
Available at: http://www.melancongkejepun.com/10-rahsia-kejayaan-orang-jepun/
Saad, S. & Talib@Khalid, K. A., 2013. Implimentasi budaya kerja Jepun dalam organisasi di
Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 11(6), pp. 1-10.

Suhaimi, K., 2017. 12 Budaya kerja orang jepun yang harus kita contohi. [Online]
Available at: https://iluminasi.com/bm/fakta-menarik-tentang-budaya-perniagaan-jepun-yang-
anda-tak-tahu.html

Tokyo Grand Renovation, 2018. Renovate your work ethics with Japanese Kaizen. [Online]
Available at: https://tgr.com.ph/work-ethics-japanese-kaizen/

Anda mungkin juga menyukai